ampunkan daku

35

Upload: tazkirah-ptar

Post on 12-Jun-2015

1.302 views

Category:

Spiritual


10 download

DESCRIPTION

Tazkirah @PTARJanuari 2012Uztazah Hjh NorRihah Mohd Nadzir27 Jan 2012

TRANSCRIPT

Page 1: Ampunkan Daku
Page 2: Ampunkan Daku

AMPUNKAN DAKU

PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN (PMI) STAFJANUARI 2012

Page 3: Ampunkan Daku

APA ITU TAUBAT?

Taubat ialah kembali taat kepada Allah s.w.t dan menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta memohon keampunan dari Allah.

Page 4: Ampunkan Daku

• Menurut Dr Shaleh Ghanim Assadlani dalam bukunya “Wajibut Taubat Ila Allah”, perkataan taubat berasal dari kata akar “tawaba” yang bererti kembali. Seseorang dikatakan kembali atau bertaubat apabila dia menjauhi semua perbuatan dosa. Maka, erti taubat ialah kembali kepada Allah dengan melepaskan seluruh hubungan hati dengan dosa, kemudian kembali mengerjakan kewajipannya kepada Allah.

Page 5: Ampunkan Daku

Taubat di segi syarak pula bermaksud meninggalkan seluruh perbuatan dosa dan menyesali semua kemaksiatan yang telah dikerjakannya kerana Allah. Kemudian berusaha untuk tidak mengulanginya bila dan di mana saja walaupun dia mampu dan tahu akan kemungkinan untuk mengulanginya.

Page 6: Ampunkan Daku

Dalil :

“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka dan sememangnya

tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk)

yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang

demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di

bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi)

mereka yang beramal”

(Surah Ali ‘Imran: 135-136).

Page 7: Ampunkan Daku

KENAPA PERLU TAUBAT?

Selagi makhluk itu bernama manusia, ia pasti tidak akan terlepas daripada kesilapan dan keterlanjuran. Dalam menempuh hidup ini, pasti ada saja dosa-dosa yang dilakukan sehari-hari –PERLUNYA TAUBAT

"Sesungguhnya Allah SWT suka kepada orang-orang yang bertaubat dan menjaga kebersihan." Surah al-Baqarah : 222

Page 8: Ampunkan Daku

Orang yang bertaubat akan terhindar dari azab kubur kerana matinya dalam keadaan dia bertaubat dan berazam tidak mahu melakukan perbuatan keji lagi.

Ibnu Umar ra berkata: “Sesungguhnya kami benar-benar menghitung zikir Rasulullah SAW dalam satu kali majlis (pertemuan), Baginda mengucapkan 100 kali (istighfar dalam majlis): “Ya Rabb, ampunilah aku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Menerima Taubat dan Maha Penyayang.” (HR Abu Daud)

Page 9: Ampunkan Daku

MASIHKAH ADA PELUANG UNTUKKU BERTAUBAT?

• Adakah menjadi suatu masalah bagi Allah untuk mengampunkan dosa hamba-Nya? Tiada yang mustahil buat Allah. Maka taubat adalah kunci penghapus segala dosa. (kisah seorang pelacur yang memberi minum seekor anjing)

• Kadangkala kita terlalu berfikir  tentang dosa dari taubat itu sendiri sehinggakan hidup berlalu tanpa taubat.

Page 11: Ampunkan Daku

• Allah tidak pernah meletakkan "Terma dan Syarat" dalam menerima taubat hambaNya.

• Allah sangat menyukai apabila hambaNya merintih memohon taubat dariNya, dan ketahuilah kita sentiasa mempunyai ruang dan peluang untuk bertaubat meskipun sebesar mana dosa yang pernah kita lakukan.

ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG

Page 12: Ampunkan Daku

Dalil :

“Dan Dialah (Allah) yang menerima taubat daripada hamba-Nya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang telah mereka lakukan). Dan Dia mengetahui apa yang kamu semua kerjakan.” Surah as-Syura : 25

Page 13: Ampunkan Daku

Dalil :

“Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kebodohan, kemudian mereka bertaubat dengen segera, maka taubat mereka itulah yang diterima oleh Allah dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

(An-Nisa’: 17)

Page 15: Ampunkan Daku

BAGAIMANA NAK BERTAUBAT?

Dosa kecil, antara lain boleh dihapuskan dengan cara beristighfar dan berterusan melakukan amal kebaikan.

Manakala bagi dosa besar, ia harus dicuci dengan tulus merintih keampunan daripada-Nya (Taubat Nasuha)

Page 16: Ampunkan Daku

Dalil :

• Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan "Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu". - Surah At-Tahrim (Ayat 8)

Page 17: Ampunkan Daku

TAUBAT NASUHA

1. Ikhlas ingin bertaubat2. Meningggalkan segala dosa serta

merta3. Menyesal atas dosa yang dilakukan4. Berazam tidak melakukannya lagi

* Jika dosa itu berkaitan dengan manusia hendaklah meminta maaf daripada manusia juga

Page 18: Ampunkan Daku

DAH BERTAUBAT, TAPI BUAT DOSA SEMULA. BAGAIMANA?

• “Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah SWT berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Page 19: Ampunkan Daku

• Selagi seseorang hamba Allah menyesal dan insaf, sekalipun telah berulang dosa, Allah Yang Maha Pengampun tetap mengampuninya.

• Namun, hendaklah kita berhati-hati kerana waktu kematian tidak pasti. Orang yang bertaubat dan berjaya mengawal dirinya tentulah lebih baik dari yang gagal mengawal diri. Tidak mustahil ketika dia gagal mengawal diri itu, kematian menjemputnya pergi.

Page 20: Ampunkan Daku

CARA HENDAK ISTIQAMAH DENGAN TAUBAT

• Memohon pertolongan Allah agar kita tetap atas jalan hidayah. Antara doa yang dianjurkan :

“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri

petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya

Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya”

(Surah Ali ‘Imran: 8).

Page 21: Ampunkan Daku

Nabi SAW pula selalu membanyakkan doa:

“Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu”

(Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi ‘Asim).

Page 22: Ampunkan Daku
Page 23: Ampunkan Daku

• Mendampingi mereka yang baik dan soleh. Teman yang baik dan mahukan kebaikan akan membawa kita berterusan dalam kebaikan. Begitulah sebaliknya. Firman Allah SWT yang maksudnya :

“Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan

petang, yang mengharapkan keredaanNya semata-mata, dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia, dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui jantung hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya

pula adalah melampaui kebenaran”.

(Surah al-Kahfi: 28)

Page 24: Ampunkan Daku

KEHEBATAN TAUBAT

• Orang-orang yang bertaubat akan beroleh keutamaan yang besar di sisi Allah. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya

kamu beruntung.”

(Surah An-Nur: 31)

Page 25: Ampunkan Daku

• Orang-orang yang bertaubat juga akan diampuni oleh Allah walaupun dia telah banyak melakukan dosa, hatta sebanyak buih di laut sekalipun. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menyesatkan dirinya sendiri, kemudian ingat akan Allah dan memohon ampun atas dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yang dapat

mengampuni dosa selain daripada Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu

sedang mereka mengetahui.”

(Surah Ali Imran: 136)

Page 26: Ampunkan Daku

• Pintu rahmat Allah akan sentiasa terbuka kepada hamba-hamba-Nya yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat, sehinggakan tidak ada apa-apa hijab (penghalang) antara mereka dengan Tuhannya. Dalam al-Quran Allah berfirman yang bermaksud:

“Kecuali bagi siapa saja yang bertaubat, beriman dan beramal salih, nescaya mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan tidak disesatkan sedikit jua pun. Iaitu syurga Adn yang telah dijanjikan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah kepada hamba-hamba-Nya

sekalipun syurga itu tidak nampak, sesungguhnya janji Allah itu pasti akan ditepati.”

(Surah Maryam: 60-61)

Page 27: Ampunkan Daku

• Di dalam taubat terkandung kemuliaan, iaitu selain keampunan, Allah turut mengirimkan bersamanya rezeki yang melimpah-ruah serta zuriat keturunan yang baik-baik. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Maka aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha

Pengampun. Nescaya dia akan mengirimkan kepadamu hujan yang lebat. Dan melimpahkan kepadamu harta dan keturunan, menyediakan

untukmu kebun-kebun dan sungai-sungai.’”

(Surah Nuh: 10-12)

Page 28: Ampunkan Daku

JANGAN TANGGUH TAUBAT

“Dan tidaklah taubat orang-orang yang mengerjakan kejahatan itu diterima oleh Allah hingga apabila ajal datang kepada

seseorang di antara mereka, barulah mereka mengatakan: ‘Sesungguhnya saya bertaubat

sekarang.’ Dan tidak pula taubat orang-orang yang mati dalam kekafiran diterima-Nya. bagi

mereka telah Kami sediakan seksa yang pedih.”

(Surah An-Nisa’: 18)

Page 32: Ampunkan Daku

Ku menatap dalam kelamTiada yang bisa ku lihat

Selain hanya nama-Mu ya AllahEsok ataukah nanti

Ampuni semua salahkuLindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku memintaKau beriku bahagia

Jadikan aku selamanyaHamba-Mu yang selalu bertakwa

Ampuniku ya AllahYang sering melupakan-Mu

Saat Kau limpahkan karunia-MuDalam sunyi aku bersujud

Page 33: Ampunkan Daku

KESIMPULAN (Sebagai renungan):

• Muhammad Isa Selamat dalam bukunya “Taubat : Amalan & penghayatannya” telah menyebut, “Taubat adalah perasaan hati kecil yang merupakan penyesalan atas segala yang telah terjadi, kemudian mengharap ampunan daripada Allah dengan menjauhi segala perbuatan dosa, dan selalu berbuat kebaikan. Dengan perbuatan baik inilah, taubat seseorang dan seluruh ketaatannya akan diterima oleh Allah. Barangsiapa yang bertaubat hanya sekadar mengisi kekosongan dan tidak mengerjakan apa-apa yang dicintai oleh Allah, maka dia tidak dikatakan bertaubat, kecuali kalau dia benar-benar kembali kepada Allah dan berusaha melepaskan kaitan hati dari mengulangi perbuatan dosa serta menetapkan makna taubat di dalamnya sebelum mengucapkannya secara lisan, dan membuktikan dengan kesungguhan taubatnya dengan menjauhi segala yang dibenci Allah serta kembali kepada yang dicintai dan diredai-Nya.”

Page 34: Ampunkan Daku

RUJUKAN :

Imam Ghazali (1995), Taubat dan Liku-likunya, Pustaka Islamiah, Singapore.

Soleh Ghonim As-sadlani (1999), Rahsia Taubat dan Istighfar : Makna, Hakikat, Kelebihan, Syarat dan Lafaz, terj. Muhammad bin Abdul Latiff, Al-Hidayah Publisher, Kuala Lumpur.

drmaza.com/homewww.iluvislam.com

Page 35: Ampunkan Daku