ybhg. dato’ hj abdul fattah hjmenyokong kempen “jom ikrar 16 derma organ” dengan tema “satu...

Post on 19-Feb-2018

230 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

1

UCAPAN PERASMIAN

YBHG. DATO’ HJ ABDUL FATTAH HJ

ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA

2

MAJLIS

PROGRAM KESEDARAN DERMA

ORGAN SEMPENA SAMBUTAN

KEMERDEKAAN 2017 ANJURAN

ANGKASA

14 SEPTEMBER 2017, DI AUDITORIUM

ANGKASA, KELANA JAYA

3

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh

Terima Kasih Pengacara Majlis

4

[SALUTASI PENUH DILETAKKAN ATAS

ROSTRUM SEBELUM MAJLIS

BERMULA]

Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan

dan Puan-Puan Yang Dihormati

Sekalian.

5

1. Pertamanya, marilah kita

memanjatkan kesyukuran ke

hadrat Allah SWT kerana memberi

peluang kepada kita untuk sekali

lagi, merayakan sambutan

kemerdekaan ke-60 negara,

anjuran ANGKASA.

6

2. Saya mengambil kesempatan

mengalu-alukan kehadiran tetamu

kehormat jemputan khas dari

KPDNKK, SKM, MKM, agensi-agensi,

Kementerian Kesihatan, Pusat

Sumber Transplan Nasional, wakil-

wakil koperasi dan warga kerja

ANGKASA ke majlis ini.

7

3. Sebagai pengisian sambutan

kemerdekaan kali ini, kita adakan

“Program Kesedaran Derma Organ”

yang mendapat kerjasama

daripada Pusat Sumber Transplan

Nasional.

8

4. Pada hari ini juga, ANGKASA

mengambil inisiatif

mempromosikan penjagaan

kesihatan dengan menjemput

pelbagai agensi berkaitan

kesihatan sebagai acara

sampingan mempromosikan gaya

hidup sihat.

9

Hadirin Yang Dihormati Sekalian

5. Sebagai organisasi yang

berpegang kepada prinsip

keperihatinan terhadap

masyarakat dan alam sekitar,

ANGKASA mengambil bahagian

mewakili gerakan koperasi

10

Malaysia mengadakan program

kesedaran derma organ sebagai

usaha menyokong Kerajaan

melalui Pusat Sumber Transplan

Nasional untuk meningkatkan lebih

ramai penderma yang berikrar

menjadi penderma dari sektor

koperasi.

11

6. Ini kerana negara masih

memerlukan ramai penderma

terutama dalam kalangan orang

Melayu yang masih kecil

peratusannya. Berdasarkan statistik

Pusat Sumber Transplan Nasional

bilangan Melayu yang berdaftar

sebagai penderma 116,415 orang

12

berbanding Cina 156,217 orang dan

India 87,658 orang dengan jumlah

keseluruhan penderma berjumlah

383, 173 orang.

7. Melalui usaha ini, kita

berharap dapat meningkatkan

bilangan penderma Melayu

13

memandang 80 % daripada

komuniti koperasi adalah orang

Melayu. Seterusnya meningkat

penderma organ Malaysia yang

masih kecil sekitar 1.2 %

berbanding negara maju yang

mencecah 30 – 40 % berbanding

jumlah penduduk negara mereka.

14

8. Program ini juga, sebagai

usaha meningkatkan kesedaran

tentang keperluan dan pentingnya

derma organ dalam kelompok

gerakan koperasi. Langkah ini, bagi

melonjakkan lagi tahap kesedaran

dan kefahaman pendermaan

organ yang masih lagi menjadi isu

15

sensitif dalam masyarakat kita.

Pada hari ini, kita berharap dapat

memberi penjelasan detail dan

‘pencerahan’ terhadap isu ini.

9. Ini juga usaha ANGKASA

memberi kerjasama penuh dan

menyokong kempen “Jom Ikrar

16

Derma Organ” dengan tema “Satu

Ikrar, Sejuta Harapan” yang sedang

giat dipromosikan Pusat Transplan

Nasional.

Hadirin Yang Dihormati Sekalian

17

10. Bagi warga koperasi dan

ANGKASA berhasrat menderma

organ boleh juga mendaftar

sebagai pengikrar derma organ

secara online di

www.dermaorgan.gov.my

18

11. Saya difahamkan juga,

pada Oktober nanti, satu acara

larian “Let’s Save Lives” sempena

Minggu Kesedaran Derma Organ

Kebangsaan, Bulan Kesedaran

Cancer Payudara dan Kempen Nak

Sihat, bakal dianjurkan Pusat

Sumber Transplan Nasional.

19

Jom!...kita beramai-ramai

menyertainya sebagai tanda

sokongan usaha ini.

12. Akhir kata, saya menyeru

untuk kita semua “Lebih Berprihatin

dengan Kesihatan untuk Hidup

20

Lebih Sempurna di Masa Hadapan.”

Mulakan dari sekarang!...

13. Dengan lafaz suci

Bismillahirahmanirahim, saya

merasmikan PROGRAM KESEDARAN

DERMA ORGAN SEMPENA

SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 60

21

ANJURAN ANGKASA .... SEHATI

SEJIWA

Sekian, terima kasih.

Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabaraktuh.

top related