warisan kesultanan melayu

Post on 21-Apr-2022

40 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

WARISAN KESULTANAN MELAYU

SISTEM PEMERINTAHAN

DAN PENTADBIRAN

SISTEM PERUNDANGAN

KERAJAAN MELAYU

KEGIATAN EKONOMI DI NEGERI-

NEGERI MELAYU

SOSIOBUDAYA

SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negeri-negeri Melayu

Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negeri Sembilan

Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu

PEMBESAR PERINGKAT

NEGERI

PEMBESAR PERINGKAT DAERAH DAN JAJAHAN

PENGHULU PERINGKAT KAMPUNG

SULTAN Ketua pentadbiran

peringkat negeri

Membantu raja/sultan

dalam pentadbiran

peringkat negeri

RAJA/SULTAN Menjadi lambang kedaulatan negeri

Baginda memiliki kesempurnaan, kebolehan dan keistimewaan.

Kesan : baginda dapat memastikan pembesar dan rakyat telah melaksanakan tugas yang diberikan.

Kedaulatan dapat dilihat melalui kemampuannya melaksanakan undang-undang dengan adil.

Kepentingan kedaulatan sultan : dapat menjamin keamanan, kesetiaan dan sokongan rakyat

Unsur penting untuk mengukuhkan kedaulatan sultan : kecemerlangan, keunggulan peribadi dan kepahlawanan

Kedaulatan sultan diperkukuhkan dengan alat-alat kebesaran

• Kegunaan cap mohor : untuk mengesahkan arahan dan sebagai lambang surat rasmi kerajaan.

• Alat kebesaran tidak boleh digunakan oleh rakyat biasa.

CAP MOHOR DIRAJA TENGKOLOK ATAU DESTAR

SULTAN JOHOR

SULTAN KELANTAN

SULTAN KEDAH

SULTAN PAHANG

SULTAN SELANGOR

SULTAN PERAK

YANG DIPERTUAN NEGERI SEMBILAN

SULTAN TERENGGANU

SULTAN PERLIS

KERIS PEDANG

LEMBING TOMBAK BERAMBU

PAYUNG UBUR-UBUR KENDI

KETUR KIPAS TEPAK SIREH

• Warna kuning = sapu tangan, tepi tabir, ulasan bantal besar dan tilam.

• Payung putih = khas untuk raja

• Payung kuning = untuk anak raja

• Nobat = alat muzik diraja yang dimainkan ketika upacara:

1.Pertabalan raja

2.Kemangkatan raja dan kerabatnya

3.Keberangkatan raja ke balairung seri

SEMAMBU GONG NAFIRI

SERUNAI GENDANG BESAR

(NAKARA) GENDANG KECIL (TABAL)

BAHASA:

•Sultan menggunakan “bahasa dalam” atau bahasa istana.

•Rakyat dilarang menggunakan bahasa ini.

TULAH:

•Ialah bencana (kesusahan) yang menimpa individu, masyarakat atau negara.

•Jika rakyat menderhaka dan tidak menurut perintah sultan akan ditulah.

• Pembesar Peringkat NEGERI:

• Membantu pentadbiran dan melaksanakan perintah Sultan.

• Mereka diberi kuasa mentadbir dan mengutip cukai di kawasan tertentu.

• Pembesar Peringkat JAJAHAN DAN DAERAH:

• Dilantik terus oleh Sultan melalui pemberian surat tauliah.

• Tugas : menjaga dan mengekalkan keamanan, mempertahankan kedaulatan negeri, menyerahkan sebahagian hasil dan cukai kepada kerajaan serta menyediakan tenaga kerja.

• KETUA KAMPUNG / PENGGAWA / PENGHULU:

• Tugas : memungut cukai, membekalkan tentera, mengekalkan taat setia masyarakat kampung dan menjadi perantara antara pembesar dengan rakyat.

PENTADBIR PERINGKAT KAMPUNG:

•Golongan Agama:

•Merupakan golongan cerdik pandai Islam

•Menjadi penasihat sultan, kadi, mufti atau pembesar negeri.

•Mereka berdakwah (menyebarkan agama Islam), mengendalikan pengajian agama dan menghasilkan karya agama

•Di kampung, mereka menjadi imam, khatib, bilal dan jurunikah.

•Ahli Magis:

•Bomoh dan pawang mahir dalam bidang perubatan.

•Mereka boleh mengubati dan menyembuhkan penyakit.

•Mereka juga dilantik menjadi pemimpin dalam masyarakat.

MENGAPAKAH SISTEM PEMERINTAHAN DI NEGERI MELAYU DAN NEGERI SEMBILAN BERBEZA?

• Negeri-negeri Melayu = Adat Temenggung.

• Negeri Sembilan dan Naning = Adat Perpatih.

• Adat Temenggung dan Adat Perpatih berasal dari Sumatera, Indonesia.

• Seorang pembesar di Sumatera membahagikan kawasan pentadbiran kepada 2 orang anak lelakinya iaitu Datuk Perpatih dan Datuk Ketemenggungan.

• Adat Temenggung diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan - memerintah Palembang.

• Adat ini dibawa masuk ke Tanah Melayu setelah keturunan raja Palembang (Parameswara) datang ke Melaka.

• Adat Perpatih diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang - memerintah Pagar Ruyong, Sumatera.

• Adat ini diperkenalkan di Tanah Melayu apabila Raja Melewar memerintah Negeri Sembilan dan orang Minangkabau berhijrah (berpindah) ke Tanah Melayu dan menetap di Negeri Sembilan dan Naning.

Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Sembilan

UNDANG

LEMBAGA

BUAPAK

YAMTUAN BESAR • Pemerintah

tertinggi

• YAMTUAN BESAR

• Pemerintah tertinggi di negeri Sembilan.

• Sekarang dikenali sebagai Yang Dipertuan Besar.

• Peranan sama dengan peranan raja-raja Melayu.

• UNDANG

• Ketua luhak / luak (daerah / jajahan)

• Sungai Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau diperintah oleh Undang.

• Ulu Muar, Inas, Gunung Pasir, Terachi dan Jempul diperintah oleh Penghulu

• Tugas utama : memilih Yamtuan Besar

• LEMBAGA

• Ketua suku atau waris

• Peranan Lembaga :

I. memilih Undang,

II. menjaga keselamatan dan keamanan,

III. menyelesaikan pertelingkahan antara suku,

IV.mengendalikan pembahagian harta pusaka,

V. menjadi orang perantaraan antara anggota sukunya dengan Undang

• BUAPAK

• Ketua Perut

• Setiap Perut merupakan Anak Buah.

• Menjadi tempat rujukan soal yang berkaitan dengan adat dan hukum.

PEMILIHAN PEMIMPIN DALAN ADAT PERPATIH (amalan demokrasi)

YAMTUAN BESAR

UNDANG

LEMBAGA

BUAPAK

ANAK BUAH

MEMILIH

MEMILIH

MEMILIH

MEMILIH

SISTEM PERUNDANGAN KERAJAAN MELAYU

SISTEM PERUNDANGAN

UNDANG-UNDANG ADAT

- Adat Temenggung

- Adat Perpatih

UNDANG-UNDANG BERTULIS

- Hukum Kanun Melaka

- Undang-undang Laut Melaka

- Undang-undang Pahang

- Undang-undang 99 Perak

- Undang-undang Kedah

UNDANG-UNDANG ADAT

• peraturan berdasarkan amalan kebiasaan masyarakat

• dihafal secara turun-temurun dan mesti dipatuhi

CIRI-CIRI SERTA KEISTIMEWAAN

ADAT TEMENGGUNG

Sistem pemerintahan bercorak autokratik. Kuasa tertinggi terletak di tangan raja / sultan. Baginda menjadi ketua pentadbir, ketua agama dan menjadi simbol kedaulatan serta perpaduan rakyat

ADAT PERPATIH

Sistem pemerintahan demokrasi dan permuafakatan. Setiap suku mempunyai wakil dalam pemerintahan. Sesuatu keputusan dibuat secara bersama. Yamtuan Besar sentiasa berunding dengan Undang dalam membuat keputusan

CIRI-CIRI SERTA KEISTIMEWAAN

ADAT TEMENGGUNG

Sistem kekeluargaan mengikut sebelah ibu dan ayah. Selari dengan hukum syarak (Islam) lelaki diberi keutamaan kerana mereka menjadi ketua keluarga dan nasab keturunan dikira daripada sebelah bapa.

ADAT PERPATIH

Setiap ahli suku bersaudara. Dari segi jurai keturunan, keluarga sebelah ibu diutamakan kerana jurai (keturunan) ini melahirkan suku.

CIRI-CIRI SERTA KEISTIMEWAAN

ADAT TEMENGGUNG

Perkahwinan dilakukan mengikut hukum syarak.

ADAT PERPATIH

Perkahwinan sesama suku adalah dilarang kerana dianggap bersaudara.

CIRI-CIRI SERTA KEISTIMEWAAN

ADAT TEMENGGUNG

Dalam pembahagian harta pusaka, anak lelaki diutamakan kerana lelaki mempunyai tanggungjawab yang lebih besar berbanding wanita

ADAT PERPATIH

Pewarisan harta pusaka secara turun-temurun daripada kepunyaan suku. Pewarisan harta diberatkan di sebelah ibu kerana anak perempuan menjadi asas kewujudan suku

CIRI-CIRI SERTA KEISTIMEWAAN

ADAT TEMENGGUNG

Hukuman bertujuan memberi pengajaran kepada orang lain. Sultan melaksanakan hukuman tetapi pembesar atau penghulu melakukannya sekira mendapat mandat (perintah)

ADAT PERPATIH

Hukuman yang dijatuhkan bertujuan untuk pemulihan. Undang-undang dapat menyedarkan pesalah supaya tidak mengulangi kesalahan

UNDANG-UNDANG BERTULIS • Merupakan himpunan peraturan, larangan

dan adat istiadat dalam bentuk bertulis

• Undang-undang bertulis terawal :

1.Hukum Kanun Melaka

2.Undang-undang Laut Melaka

• Unsur yang terdapat dalam undang-undang ini tersebar ke negeri Johor, Perak, Pahang dan Kedah kerana negeri tersebut merupakan jajahan takluk Kesultanan Melayu Melaka

HUKUM KANUN MELAKA

• Merupakan dokumen undang-undang yang mengandungi 44 fasal (perkara) :

• Hak dan keistimewaan raja dan kaum kerabatnya (keluarga)

• Peranan dan tanggungjawab raja dan pembesar

• Jenayah, muamalah (bermasyarakat), keluarga, keterangan dan acara (aktiviti)

UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA

• Digubal bagi menentukan peraturan pelayaran dan perdagangan:

• Tugas pegawai kapal

• Langkah keselamatan dalam kapal

• Tugas- anak-anak kapal

• Penyewaan dan penumpangan kapal dagang

• Kuasa nakhoda (ketua kapal) menjatuhkan hukuman

UNDANG-UNDANG PAHANG

• Digubal (dicipta) pada tahun 1596 semasa pemerintahan Sultan Abdul al-Ghafar Muhaiyuddin Shah. Kandungan:

• Adat (peraturan) lembaga negeri, keistimewaan raja serta pembesar.

• Undang-undang jenayah, pernderhaka, penzina dan undang-undang awam

UNDANG-UNDANG KEDAH

• Bahagian:

• Undang-undang pelabuhan seperti cukai, peraturan keselamatan pelabuhan, pelabuhan timbangan dan ukuran.

UNDANG-UNDANG 99 PERAK

• Berasal daripada Parsi dan digunakan di Perak pada abad ke-18.

• Ada 99 kesalahan dan hukuman. Antaranya:

• Syarat memegang jawatan kerajaan seperti sultan, penghulu, khatib dan kadi.

• Peraturan adat istiadat menghadap dan melantik raja.

• Hukuman jenayah, undang-undang dan pertanian.

• Undang-undang kekeluargaan seperti perkahwinan, penceraian dan zina.

KEGIATAN EKONOMI DI NEGERI-NEGERI MELAYU

PERTANIAN

PERIKANAN

PEMBUATAN KRAF TANGAN

PERLOMBONGAN

PERDAGANGAN

Pengeluaran = memenuhi keperluan seharian sahaja dan

selebihnya dijual.

Dijalankan secara kecil-kecilan / sara diri

PERTANIAN

• Jenis tanaman : padi sawah, padi huma, sayur-sayuran, buah-buahan dan ubi.

• Merupakan sumber makanan penting.

• Kawasan utama pertanian tertumpu di kawasan berhampiran dengan sungai kerana tanahnya subur dan mudah mendapatkan sumber air.

• Contoh: kawasan delta sungai di Kedah dan Kelantan = kawasan utama penanaman padi sawah.

• Tenaga binatang (kerbau) = membantu kerja-kerja membajak kawasan penanaman padi.

• Empangan = menakung air, menambahkan hasil pengeluaran padi

• Air disalurkan ke kawasan pertanian melalui terusan.

• Contoh : Terusan Wan Mat Saman di Kedah

PERALATAN PERTANIAN

TAJAK

CANGKUL

BAJAK

TENGGALA

PENYISIR

KUKU KAMBING

PERIKANAN

• Menggunakan peralatan tradisional.

• Kesan penggunaan peralatan tradisional : masyarakat Melayu mahir membuat alat menangkap ikan

• Hasil tangkapan dijual kerana mendapat permintaan yang tinggi

• Lebihan hasil tangkapan yang tidak dijual akan dibuat ikan kering, belacan, budu dan keropok.

IKAN KERING

BELACAN

BUDU

PEMBUATAN KRAF TANGAN

• Masyarakat Melayu = kreatif dan berkemahiran.

• Mereka bijak memanfaatkan sumber semula jadi untuk dijadikan bahan kraf tangan.

• Sumber : daun mengkuang, daun pandan dan nipah = tikar, bakul dan tudung saji.

• Mereka pandai menenun songket, membuat senjata (keris), perhiasan daripada emas dan perak.

PERLOMBONGAN

• Negeri-negeri Melayu kaya dengan bijih timah dan logam

• Melombong = pekerjaan tradisi masyarakat Melayu.

• Kawasan utama bijih timah :

1. Perak : Lembah Kinta, Larut, Dinding dan Beruas

2. N9 : Sungai Linggi dan Sungai Ujong

3. Selangor : Sungai Klang

• Kawasan utama emas :

1. Kelantan

2. Pahang

3. Terengganu

• Kaedah melombong : mendulang/melampan dan lombong siam

• Kegunaan bijih timah : bahan dagangan, mata wang dan perkakas rumah

• Kegunaan emas dan perak : barang perhiasan

PERDAGANGAN

SISTEM PERCUKAIAN

•CUKAI = bayaran yang dikenakan ke atas hasil pertanian, perlombongan, perdagangan dan hasil hutan seperti beras, bijih timah, ikan kering, getah perca, dan rotan.

•CUKAI = sumber pendapatan pemerintah

•SUNGAI = jalan perhubungan utama dan tempat memungut cukai.

• CUKAI LABUH BATU = cukai yang dipungut di tempat tertentu di sepanjang sungai.

• CUKAI BEBAS KUALA = cukai yang dipungut di kuala sungai.

• CUKAI KEPALA = cukai yang dikenakan kepada rakyat – guna buat ufti = bunga emas

• CUKAI TANAMAN = dikenakan kepada rakyat jika tanaman mereka mengeluarkan hasil yang banyak.

• CUKAI = lambang kuasa seseorang pembesar di kawasannya.

SISTEM SERAH

•= pemberian sebahagian daripada hasil tanaman yang diusahakan oleh rakyat kepada pemerintah.

•Pemberian sistem serah ini sebagai balasan kepada pembesar yang menyediakan tanah untuk rakyat.

•Kadar dan nilai serahan = mengikut hasit tanaman dan ternakan yang diperoleh dalam tahun tersebut.

SISTEM KERAH

• KERAH = pekerjaan yang dibuat tanpa upah.

• CONTOH = bina istana, kubu, jalan dan saliran

• TUJUAN = menunjukkan taat setia, sedia berkorban dan berganding bahu rakyat untuk membantu pemerintah.

PERDAGANGAN

• Dilakukan secara berjual beli / tukar barang

• Sultan dan pembesar = pemodal

• Sultan dan pembesar memonopoli kegiatan perdagangan

• Perdagangan yang dijalankan oleh rakyat biasa = berjaja di pasar / di luar kawasan

• Pusat perdagangan = di pelabuhan yang berhampiran dengan muara sungai

• Contoh : Pelabuhan Melaka, Kedah, Klang dan Johor Lama = pusat mengumpul dan mengedar barangan dari Timur dan Barat

PERDAGANGAN

• Barang dagangan utama = rempah, garam, gambir, hasil tenunan, bijih timah dan lada hitam.

PERDAGANGAN

• Hasil hutan = kayu-kayan, rotan, damar dan madu lebah

• MERAMU = kegiatan mengumpul hasil hutan untuk tujuan perdagangan

PERDAGANGAN

• Dilakukan secara tukar barang (sistem barter)

• MATA WANG AWAL = kulit siput geweng dan kulit siput gerus

PERDAGANGAN

• PERKEMBANGAN EKONOMI = penggunaan mata wang logam daripada timah dan emas.

• ABAD KE-15 = wang logam, kaleng (calains) diperbuat daripada timah digunakan di Melaka.

• Di Terengganu = mata wang emas dan kupang yang berbentuk segi lapan, wang syiling keping atau pitis serta jokoh digunakan.

• Johor = mata wang emas iaitu mas dan kupang digunakan

• Kelantan = mata wang emas kijang, dinar, kupang dan pohon pitis digunakan

• Negeri 9, Pahang, Selangor dan Perak = mata wang jongkong tampang / timah digunakan

• Selangor = mata wang jongkong timah (tampang sebuaya)

• Kedah = mata wang berbentuk ayam jantan.

TIMBANGAN, SUKATAN DAN UKURAN

• SUKATAN = mengukur isipadu sesuatu benda.

• Alatan = kaul, cupak dan gantang untuk sukat beras, bijih timah, rempah, garam dan kacang

• TIMBANGAN = mengukur berat sesuatu barang

• Alatan = dacing dan pikul untuk timbang emas, perak, bijih timah dan rempah

• KELUASAN : Kedah guna unit relung untuk ukur keluasan tanah.

• TUJUAN = memudahkan urusan jual beli.

PENGANGKUTAN

• PERHUBUNGAN = jalan darat dan jalan air.

• Jalan air penting kerana barangan padat diangkut dengan lebih mudah dan cepat.

• Contoh : jalur, kolek, perahu dan sampan.

• Denai penarikan = perahu terpaksa ditarik untuk sampai ke sungai.

• Jalan ini menghubungkan Pahang dengan Melaka

• Kesan = masa perjalanan dapat disingkatkan

• Gajah, kerbau / lembu = mengangkut barang

SOSIOBUDAYA

• Struktur masyarakat = pembahagian masyarakat kepada beberapa lapisan sosial

• Kedudukan individu boleh berubah.

How?

1.Taraf sedia ada (pertukaran tugas atau pekerjaan tanpa menjejaskan taraf sosialnya)

2.Taraf pencapaian (berubah ke lapisan yang lebih tinggi kerana kebolehan / khidmatnya kepada pemerintah

SOSIOBUDAYA

GOLONGAN PEMERINTAH

GOLONGAN DIPERINTAH

SULTAN • Keluarga dan Kerabat Sultan • Pembesar • Ulama • Pendeta

• Rakyat • Hamba

SUSUN LAPIS MASYARAKAT MELAYU

GOLONGAN PEMERINTAH

GOLONGAN DIPERINTAH

SULTAN • Raja / sultan • Keluarga dan kerabat

diraja • Pembesar • Ulama • Pendeta

• Golongan merdeheka (merdeka)

• Hamba

SISTEM GILIRAN DI PERAK

Raja Kecil Bongsu

Raja Kecil Muda

Raja Kecil Besar

Raja di Hilir

Raja Muda

Raja Kecil Tengah

SULTAN

GOLONGAN PEMERINTAH SULTAN / RAJA

• Memelihara perpaduan

• Menjamin keamanan dan kemakmuran negara

KAUM KERABAT DIRAJA

• Membantu raja melicinkan pentadbiran negara

• Menjadi pembesar atau raja di kawasan jajahan

PEMBESAR

• Membantu raja dalam tugas pentadbiran

• Mengarahkan rakyat melakukan kerja awam demi negara

• Jawatan ini diwarisi secara monarki (keturunan)

• Contoh : jawatan Laksamana disandang oleh keluarga Hang Tuah

GOLONGAN PEMERINTAH GOLONGAN ULAMA

• Membantu raja mendidik rakyat menjadi masyarakat yang beradab dan berakhlak mulia

• Mejadi penasihat sultan dalam hal-hal keagamaan

• Bertugas sebagai guru agama, kadi atau imam

GOLONGAN PENDETA

• Merupakan golongan berilmu pengetahuan dalam bidang :

• - salasilah raja

• - Kesusasteraan

• - Kebudayaan

• - Kesenian

• - Adat istiadat Melayu

• Menjadi pakar rujuk sultan dan masyarakat

GOLONGAN DIPERINTAH (MERDEHEKA)

RAKYAT BIASA

• Rakyat biasa yang bermastautin tetap

• (a) Pedagang

• (b) Peniaga

• (c) Petani

• (d) Tukang ukir

• (e) Pembuat senjata

• (f) Pembuat barang tembikar

• Penghibur raja

• Pelakon sandiwara

• Pawang dan bomoh

RAKYAT ASING

• Bekerja sebagai :

• (a) Askar upahan

• (b) Pelombong

• (c) Pedagang

GOLONGAN DIPERINTAH (HAMBA)

HAMBA RAJA

• Menjadi hamba di istana

HAMBA BERHUTANG

• Menjadi hamba kerana tidak dapat membayar hutang

• Selepas habis hutang, mereka bebas

HAMBA BIASA

• Menjadi hamba secara keturunan

• Kerja dalam aktiviti perlombongan, pertanian dan pertahanan

Gaya Hidup Golongan Bangsawan

• Gaya hidup raja dan kerabat diraja diamalkan di istana.

• Golongan bangsawan terdiri daripada:

1. Raja

2. Kaum kerabat (family members)

3. Pembesar kerajaan

• Mereka mengamalkan gaya hidup yang unik dan tersendiri

• Gaya hidup mereka merangkumi adat istiadat, bahasa dan cara berpakaian.

GAYA HIDUP GOLONGAN BANGSAWAN

ISTIADAT PERTABALAN SULTAN

• Semasa pertabalan sultan Melaka, Bendahara duduk berhampiran singgahsana

• Laksamana dan Seri Bija Diraja membawa pedang kerajaan

• Alat kebesaran lain (al-Quran, keris panjang, cogan, ketur dan tempat bara) dibawa bersama

GAYA HIDUP GOLONGAN BANGSAWAN

ISTIADAT KEMANGKATAN SULTAN

•Disempurnakan mengikut ajaran agama Islam

•Bendera kuning akan diturunkan dan digantikan dengan bendera putih

•Tembakan meriam dilepaskan untuk memberitahu rakyat tentang kemangkatan sultan.

•Pada masa yang sama, upacara pelantikan sultan baharu dijalankan

SEMASA MENGHADAP RAJA

• Rakyat mesti guna istilah sembah

• Mereka dilarang menggunakan bahasa istana

• Mereka mesti bertanjak, berpancung (kain diikat senget) dan keris mesti diletakkan di hadapan

• Mereka dilarang memakai kain nipis (kain kasa)

GAYA HIDUP GOLONGAN BANGSAWAN

ISTIADAT MENJUNJUNG DULI

•Menjunjung duli dilakukan oleh pembesar sebagai tanda hormat dan taat kepada sultan

•Istiadat ini dilakukan di balairung seri.

GAYA HIDUP GOLONGAN BANGSAWAN

ISTIADAT MENYAMBUT TETAMU

•Istiadat menyambut tetamu berbeza mengikut kedudukan negara utusan sama ada setaraf atau tidak

•Banyak atau sedikit alatan kebesaran bergantung kepada kedudukan negara utusan

GAYA HIDUP GOLONGAN BANGSAWAN

PAKAIAN SULTAN • Dibuat menggunakan emas

dan dihiasi permata

• Alat perhiasan seperti pending, dokoh, bengkung dan keris

GAYA HIDUP RAKYAT

• Mengamalkan gaya hidup yang sederhana dan diamalkan di luar istana

• Masyarakat Melayu mengamalkan nilai-nilai murni yang menjadi amalan seharian

• Hubungan masyarakat Melayu membentuk perpaduan

AMALAN GOTONG- ROYONG

• Dilakukan semasa majlis perkahwinan, bersawah dan membina jalan

• Di utara Semenanjung Malaysia, amalan ini dikenali sebagai berderau atau berseraya

AMALAN MENGHORMATI

JIRAN

• Menjadi amalan utama

• Kesan :

1. dapat menjalinkan hubungan baik dengan jiran

2. Wujud keadaan aman, tenteram dan harmoni

AMALAN HORMAT- MENGHORMATI

• Hormat-menghormati menjadi budaya masyarakat Melayu

• Memanggil orang yang lebih tua dengan panggilan pangkat (kakak, abang, mak cik, pak cik dll)

AMALAN ZIARAH-MENZIARAHI

• Tetamu memberi salam dan dijawab oleh tuan rumah

• Tetamu perlu membasuh kaki dan bersalaman dengan tuan rumah

• Tuan rumah mempersilakan tetamu duduk

• Tepak sireh disorongkan, minuman dan makanan dihidangkan

• Tetamu membasuh tangan dan membaca doa makan

• Makan mesti guna tangan kanan

• Mereka kurang berbual / ketawa kerana kurang sopan

KEGIATAN MASA LAPANG GOLONGAN RAKYAT

• Kegiatan masa lapang = ketika menunggu hasil @ selepas menuai hasil tanaman iaitu sebelah petang @ malam selepas bekerja.

• Golongan bangsawan dan rakyat melakukan aktiviti seperti:

1. Bermain sepak raga

2. Catur, gasing dan congkak

3. Bermain senjata dan bersilat

4. Menunggang kuda

5. Bermain layang-layang

6. Bercerita, berpantun dan bersyair

Permainan gasing

Permainan wau

Permainan congkak

Permainan senjata

Permainan silat

KEGIATAN MASA LAPANG DI ISTANA

• Masa lapang golongan pemerintah = ketika mereka tidak menjalankan urusan pentadbiran negara

• Golongan penghibur ( tukang cerita, penyair, penyanyi dan ahli muzik menghiburkan raja dan pembesar.

• Muzik dan tarian dipersembahkan.

KARYA PERSURATAN

• Cara pengarang menyampaikan buah fikiran dan ilhamnya melalui bentuk penulisan

• Menggunakan tulisan jawi

• Menambahkan ilmu pengetahuan

KARYA PERSURATAN

KARYA AGAMA

• Fikah

• Usuluddin

• Tasawuf

• Tafsir

• Hadis

KARYA SASTERA, SEJARAH, BAHASA, PERUBATAN

• Misa Melayu

• Sejarah Melayu

• Syair Sultan

• Ahmad Tajiddin

• Nazam Kamzul Ula

• Tuhfat al-Nafis

• Kitab al-Darr al Manzum

CERITA SASTERA LISAN

PENGLIPUR LARA

JENAKA BINATANG CERITA DONGENG

• Hikayat Raja Muda

• Lebai Malang

• Sang Kancil dan Harimau

• Puteri Sa’dong

• Hikayat Malim Deman

• Pak Kaduk • Pelanduk dan Buaya

• Tasik Dayang Bunting

• Hikayat Anggun Cik Tunggal

• Si Luncai • Kura-kura dan Arnab

• Cik Siti Wan Kembang

• Disampaikan oleh tukang cerita sambil bermain alat muzik seperti gendang dan rebab.

• Kepentingan : Dapat menghiburkan dan nasihat

KESENIAN RAKYAT • Merupakan hasil ciptaan rakyat.

• Antaranya;

1. Seni muzik

2. Seni tari

3. Seni suara

4. Seni ukir

5. Seni bina

6. Seni tekat

7. Seni tenun

8. Seni mempertahankan diri

1. SENI MUZIK • Termasuklah muzik hadrah dan gamelan

• Alat muzik yang digunakan ialah rebana ubi, seruling, kompang, nafiri dan gong

2. SENI TARI • Tarian yang terkenal ialah joget, inang, zapin,

kuda kepang dan asyik

3. SENI SUARA • Lagu yang terkenal ialah

1. Endoi

2. Dendang Siti Fatimah

3. Ulit anak

4. Nazam

5. Marhaban

6. Nashid

7. Qasidah

8. Hadrah

9. Dikir barat

10.Rodat dan ghazal

3. SENI BINA • Mempunyai hubungan yang rapat dengan alam

sekitar

• Rumah orang Melayu berbumbung panjang serta tidak berpaku

• Reka bentuk dipengaruhi oleh unsur dari luar alam melayu

• Rumah di Negeri Sembilan bercorak seni bina rumah Minangkabau

• Rumah di Kelantan, Terengganu dan Pahang dipengaruhi seni bina Siam dan Majapahit

• Rumah di Johor dipengaruhi seni bina Belanda

Rumah di Negeri Sembilan

Rumah di Kelantan, Terengganu dan Pahang

Rumah di Johor

4. SENI UKIR

• Masyarakat Melayu pandai mengukir tembaga, memahat dan mengukir pintu serta membuat mimbar masjid.

• Ukiran bercorak ukiran timbul, terbenam dan tembus

• Tema ukiran : berbentuk daun, bunga dan ayat-ayat al-Quran dengan tulisan khat

Ukiran tembaga

5. SENI TEKAT

• Kain baldu dijadikan kain dasar dan disulami dengan benang emas yang berbentuk bunga serta pohon-pohon

• Hasil seni tekat : kipas, bantal dan balutan tepak sireh

6. SENI TENUN

• Terkenal di Kelantan, Terengganu dan Pahang

• Tiga jenis tenunan iaitu

1.Tenunan biasa,

2.Benang ikat celup

3.Songket

4.Corak tenunan berunsurkan tumbuhan, binatang, bunga dan bentuk geometri

7. SENI MEMPERTAHANKAN DIRI

• Dapat mendisiplinkan diri dan membentuk ketahanan diri seseorang individu untuk menghadapi musuh

ADAT RESAM

• Merupakan amalan yang ditetapkan oleh masyarakat dan diwaris secara turun-temurun

• Adat resam yang masih diamalkan sehingga ke hari ini ialah:

1.Adat perkahwinan

2.Adat menyambut kelahiran bayi

3.Adat berkhatan

1. MERISIK

• Tujuan : mengetahui sama ada gadis telah berpunya atau tidak.

• Jika kedua-dua belah bersetuju, sebentuk cincin diberi sebagai tanda persetujuan

1

2. MEMINANG

• Pihak lelaki menghantar rombongan peminangan dengan membawa cincin pertunangan

• Tarikh akad nikah dan majlis perkahwinan akan ditetapkan

2

3. AKAD NIKAH

• Majlis diadakan di rumah pengantin perempuan.

• Upacara ini dijalankan oleh juru nikah

3

4. MAJLIS PERKAHWINAN

• Pengantin bersanding di atas pelamin

ADAT MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI

• Adat ini dilakukan seminggu selepas bayi dilahirkan.

• Kenduri dan upacara mencukur rambut bayi dilakukan sebagai tanda kesyukuran (thankfull) kepada Allah

• Sesetengah tempat mengadakan bacaan berzanji dan marhaban

• Majlis diakhiri dengan bacaan tahlil dan doa selamat.

BACAAN BERZANJI DAN MARHABAN

DOA SELAMAT

ADAT BERKHATAN

• Seseorang kanak-kanak lelaki yang sudah baligh atau cukup umur akan dikhatankan

• Upacara berkhatan dilakukan beramai-ramai

• Sebelum upacara dilakukan, kanak-kanak lelaki akan dimandikan dan diarak mengelilingi kampung.

• Upacara ini dilakukan oleh Tok Mudin.

PENDIDIKAN

PENDIDIKAN TIDAK

FORMAL

PENDIDIKAN FORMAL

PENDIDIKAN TIDAK FORMAL

• Kanak-kanak mempelajari segala pantang-larang (rules), adat istiadat dan adab sopan daripada ibu bapa / orang dewasa yang berpengalaman

• Dipelajari secara tidak langsung • Disampaikan melalui cerita lisan, peribahasa,

pantun dan teka-teki. • Berkesan dalam kalangan kanak-kanak • Kemahiran pertukangan dan ilmu perubatan

tradisional diajar secara tidak formal melalui pemerhatian kanak-kanak itu sendiri

• Kemahiran ini diwarisi daripada generasi kepada generasi yang lain

PENDIDIKAN FORMAL

• Sistem pendidikan ini berkembang selepas kedatangan Islam

• Masyarakat mula mempelajari kitab muqaddam dan al-Quran, fardu ain, mengira, menulis jawi, tajwid, rukun Islam dan rukun Iman.

• Pendidikan agama Islam diajar di istana, masjid, pondok, madrasah, surau atau di rumah guru agama.

• Terdapat sebilangan masyarakat Melayu yang melanjutkan pelajaran ke Makkah.

• Pendidikan bertujuan melahirkan individu berakhlak mulia, berkelakuan sopan, bertatasusila, dan berhemah tinggi

• Pendidikan tidak formal diajar untuk membolehkan seseorang itu hidup berdikari.

TAMAT

top related