usaha-usaha dalam memperluaskan perniagaan … fileusaha-usaha dalam memperluaskan perniagaan...
Post on 25-Aug-2019
240 Views
Preview:
TRANSCRIPT
USAHA-USAHA DALAM MEMPERLUASKAN PERNIAGAAN USAHAWAN
KECIL DAN SEDERHANA (PKS) BUMIPUTERA DI DAERAH BATU PAHAT,
JOHOR MELALUI PENDEKATAN STRATEGI MENANG-MENANG.
RAMLI BIN SAPPAR
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : RAMLI BIN SAPPAR
Tarikh : 30 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Buat ayah dan ibuku,
En. Sappar b. Misran,
Pn. Rogayah bt. Mingun.
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan
hidup anakandamu ini. Harapan mu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan
jua
dan buat adinda-adindaku terima kasih atas segalanya.
Buat Teman Seperjuangan yang dikasihi,
Bersama mencipta kecemerlangan,
Kenangan bersama tak mungkin hilang di luput zaman,
Semoga Allah memberkati kejayaan kita semua.
Sekian, Wassalam.
iv
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah, berkat rahmat dan keizinan-Nya yang telah memberi
semangat dan ketenangan kepada saya dalam menyiapkan projek penyelidikan ini
bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan Kejuruteraan Elektrik.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya kalungkan kepada
penyelia saya, Prof. Dr. Muhd Rashid Bin Hj Rajuddin yang telah banyak memberi
bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan motivasi yang amat berguna dalam usaha untuk
menyempurnakan kajian ini. Segala teguran dan ulasan yang diberikan akan saya
jadikan sebagai panduan dan pegangan dalam meneruskan cabaran hari mendatang.
Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah yang pernah membimbing,
rakan-rakan seperjuangan dan mereka yang terlibat secara langsung dalam
menyiapkan penyelidikan ini, semoga segala jasa baik yang diberikan mendapat
keberkatan di dalam kehidupan kalian semua, InsyaAllah.
Wassalam..
Ramli b. Sappar
v
ABSTRAK
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengetahui usaha-usaha dalam
memperluaskan lagi perniagaan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Bumiputera di daerah Batu Pahat, johor melalui pendekatan strategi menang-
menang. Pengkaji telah membahagikan kepada empat faktor utama iaitu faktor
kerjasama, faktor kepercayaan, faktor kesamaan status dan juga faktor penerimaan
matlamat bersama. Sampel terdiri daripada usahawan-usahawan PKS Bumiputera di
daerah Batu Pahat, Johor. Saiz sampel yang dipilaih adalah seramai 58 orang. Kajian
ini menggunakan soal selidik sebagai instrunen kajian. Jenis soal selidik yang
digunakan adalah temuduga berstruktur yang menggunakan skala binary. Keputusan
kajian menunjukkan usaha-uasaha dalam memperluaskan perniagaan melalui
pendekatan secara menang-menang adalah di tahap yang sederhana secara puratanya.
Faktor kerjasama adalah sederhana, faktor kepercayaan adalah sederhana,begitu juga
terhadap faktor kesamaan status dan penerimaan matlamat bersama. Cadangan yang
diberikan adalah merangkumi semua pihak yang terlibat secara langsung dalam
pembangunan usahawan dan usahawan Bumiputera. Cadangan merangkumi
keperluan mewujudkan pertubuhan usahawan Bumiputera di setiap daerah,
mewujudkan skim-skim yang menggalakkan kerjasama secara menang-menang, dan
skim-skim usahawan angkat.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to gain the information of the effort in
broading the Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera entrepreneur
business in the area of Batu Pahat, Johor using the approach of win-win situation.
The researcher had divided to four main factors which are team working, reliability,
status equalization and mutual acceptable goals. The researcher has chosen 58 people
randomly as respondent. This research using questionnaire as a research instrument.
The types of questionnaire that the researcher chooses was a structure interview
consist of binary scale. The finding shows that the effort in broading business using
the approach win-win situation is in an average level. The suggestions for the
findings embarrassed to all party where involved directly or indirectly in developing
entrepreneur especially Bumiputera entrepreneur. The suggestion also includes the
utility in manifest the unity of Bumiputera entrepreneur in each area, the
encouragement of team work scheme and entrepreneur adoption scheme.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PERAKUAN PENSYARAH
JUDUL i
PERAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xiv
SENARAI SINGKATAN xv
viii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.1.1 Strategi Menang-Menang 4
1.1.2 Elemen-Elemen Dalam Pelaksanaan
Strategi Menang-Menang 6
1.2 Latar Belakang Masalah 6
1.3 Penyataan Masalah 9
1.4 Persoalan Kajian 10
1.5 Objektif Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.6.1 Usahawan Bumiputera 12
1.6.2 Dewan Perniagaan Melayu
Malaysia (DPMM) 12
1.6.3 Kementerian Pembangunan
Usahawan Dan Koperasi 12
1.7 Skop Dan Batasan Kajian 13
1.8 Definisi Dan Istilah 13
1.8.1 Usaha 13
1.8.2 Memperluaskan 14
1.8.3 Perniagaan 14
1.8.4 Usahawan 14
1.8.5 Bumiputera 15
1.8.6 Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) 15
1.8.7 Pendekatan 16
1.8.8 Strategi 16
1.8.9 Menang-Menang 17
ix
1.9 Penutup 17
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 18
2.2 Faktor Kerjasama 22
2.3 Faktor Kepercayaan 23
2.4 Faktor Kesamaan Status 24
2.5 Faktor Penerimaan Matlamat Bersama 25
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 26
3.2 Rekabentuk Kajian 26
3.3 Tempat Kajian 27
3.4 Populasi Dan Sampel 28
3.5 Instrumen Kajian 28
3.5.1 Bahagian A 29
3.5.2 Bahagian B 29
3.6 Prosedur Kajian 30
3.7 Kaedah Analisis Data 30
3.8 Penutup 32
x
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 33
4.2 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian A 35
4.2.1 Latar Belakang Responden 35
4.2.1.1 Jantina 36
4.2.1.2 Umur 36
4.2.1.3 Jenis Perniagaan Mengikut Sektor 37
4.2.1.4 Jangkamasa Perniagaan 38
4.2.1.5 Pendapatan Perusahaan 39
4.2.1.6 Jenis Milikan 40
4.2.1.7 Kepelbagaian Produk 40
4.2.1.8 Keluasan Pasaran 41
4.3 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian B 42
4.3.1 Faktor Kerjasama 42
4.3.2 Faktor Kepercayaan 45
4.3.3 Faktor Kesamaan Status 47
4.3.4 Faktor Penerimaan Matlamat Bersama 49
4.3.5 Pembahagian Analisis Mengikut Sektor 52
4.4 Rumusan 53
xi
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 55
5.2 Rumusan 56
5.3 Perbincangan 57
5.3.1 Latar Belakang Responden 57
5.3.2 Persoalan Kajian Pertama 58
5.3.2.1 Kecenderungan 59
5.3.2.2 Kesediaan 60
5.3.2.3 Inisiatif 61
5.3.3 Persoalan Kajian Kedua 62
5.3.3.1 Kepercayaan Bersandar 63
5.3.3.2 Kepercayaan Tak Bersandar 64
5.3.4 Persoalan Kajian Ketiga 65
5.3.5 Persoalan Kajian Keempat 67
5.3.5.1 Matlamat Sendiri 68
5.3.5.2 Matlamat Bersama 69
5.3.6 Persoalan Kajian Kelima 70
5.3.6.1 Perkhidmatan 71
5.3.6.2 Pertanian 72
5.3.6.3 Perkilangan 72
5.4 Cadangan 73
5.4.1 Usahawan Bumiputera 74
5.4.2 Dewan Perniagaan Melayu
Malaysia (DPMM) 77
5.4.3 Kementerian Pembangunan
xii
Usahawan Dan Koperasi 79
5.5 Cadangan Penyelidikan Masa Hadapan 81
5.6 Penutup 82
BIBLOGRAFI 83
xiii
SENARAI JADUAL
BIL JADUAL MUKA
SURAT
1 3.0 Kedudukan Nombor Item Mengikut
Persoalan Kajian 29
2 3.1 Kriteria Penilaian Skor 32
3 4.0 Item-Item Mengikut Persoalan Kajian 34
4 4.1 Tahap Pencapaian Berdasarkan Peratus 35
5 4.2 Jantina 36
6 4.3 Umur 36
7 4.4 Jenis Perniagaan Mengikut Sektor 37
8 4.5 Jangkamasa Perniagaan 38
9 4.6 Pendapatan Perusahaan 39
10 4.7 Jenis Milikan 40
11 4.8 Kepelbagaian Produk 40
12 4.9 Keluasan Pasaran 41
13 4.10 Faktor Kerjasama 42
14 4.11 Faktor Kepercayaan 45
15 4.12 Faktor Kesamaan Status 47
xiv
16 4.13 Faktor Penerimaan Matlamat Bersama 49
17 4.14 Pembahagian Analisis Mengikut Sektor 52
18 4.15 Purata Peratus Keseluruhan Bagi Setiap Faktor 53
SENARAI RAJAH
BIL RAJAH MUKA SURAT
1 1.0 Pruitt And Robin Dual Concern Model 5
2 1.1 PKS Dan Perusahaan Besar Mengikut Sektor 8
SENARAI LAMPIRAN
BIL LAMPIRAN MUKA SURAT
1 Borang Soal Selidik (Lampiran A) 86
2 Perakuan Pakar (Lampiran B) 87
xv
SENARAI SINGKATAN
DPMM - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
PKS - Perusahaan Kecil Dan Sederhana
SPSS - Statistical Package for Social Science Windows Version 13.5
SME - Small and Medium Entrepreneur
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kepesatan perkembangan ekonomi dunia pada masa kini menyebabkan corak
pembangunan ekonomi sesebuah negara lebih bersifat kepada pasaran global yang
lebih luas dan menguntungkan. Ini dapat dilihat apabila semakin banyak konsortium
ditubuhkan dan banyak ahli perniagaan menjalinkan kerjasama kerana perkongsian
sebegini merupakan cara untuk berjaya dalam pasaran global. Hal ini kerana melalui
hubungan yang strategik akan mewujudkan keperluan mencari pasaran baru dan
pembangunan produk dapat dilakukan dengan lebih baik iaitu dari segi kualiti, kos
dan masa.
Namun, perkongsian perniagaan atau kerjasama strategik yang berjaya
bergantung pada hubungan. Menurut Michael Yeoh (2003), menjalin dan
mengekalkan hubungan yang baik merupakan kunci kepada perkongsian strategik
yang berjaya. Hal ini memerlukan pihak-pihak yang berkenaan bekerjasama dalam
usaha niaga ‘menang-menang’, yang melaluinya semua pihak akan mendapat untung
atau manfaat. Manfaat yang diperolehinya tidak boleh dibolot oleh satu pihak sahaja
sedangkan pihak yang satu lagi kurang mendapat manfaat.
2
Bagi syarikat-syarikat yang telah mengecapi kejayaan yang cemerlang dalam
perniagaan mereka, strategi perkongsian ataupun kerjasama sentiasa ditingkatkan di
dalam pelan strategi perniagaan mereka kerana terdapat banyak manfaat yang
diperolehi melalui perkongsian atau kerjasama yang dijalankan. Sebagai contoh, jika
diteliti konsep pemasaran bagi produk yang dikeluarkan oleh syarikat perisian
Microsoft, dalam setiap pemasaran produknya, Microsoft akan meningkatkan dengan
segera perkongsian pasarannya ( Dr. Rod Kuhn King, 2004). Dengan itu, dapat
dilihat bahawa apabila sesuatu perkongsian atau kerjasama dalam perniagaan itu
berlaku, ianya dapat membantu dalam mengembangkan lagi pasaran ke tahap yang
lebih luas yang akan menguntungkan pengeluar dan juga rakan-rakan kongsi mereka.
Tidak dapat dinafikan, tanpa perkongsian atau kerjasama sesebuah syarikat
mungkin akan mengecapi kejayaan yang besar walhal syarikat-syarikat yang besar
dan berjaya juga tidak terlepas mengadakan perkongsian ataupun kerjasama di
dalam perniagaan mereka.
Jika dilihat pula dari segi skop kemanusiaan, manusia kebiasaannya
memerlukan seseorang untuk membantu dalam mencapai sesuatu matlamat dan
kehendaknya ( Len Kaplan, 2006 ). Dengan ini tidak mustahillah dikatakan jika
sesebuah syarikat atau perniagaan yang ingin bertambah maju, ianya memerlukan
tahap kerjasama yang berkesan dan sistematik. Hal ini kerana pengurusan sesebuah
syarikat atau perniagaan adalah dikendalikan oleh manusia. Secara tidak langsung
juga, hubungan sesama manusia jagu dapat dipertingkatkan melalui kerjasama atau
perkongsian di dalam perniagaan.
Kepentingan dalam mewujudkan suasana kerjasama antara manusia ataupun
syarikat mahupun negara dan sebagainya adalah untuk meningkatkan sesuatu tahap
yang telah sedia ada kepada satu tahap yang lebih tinggi. Ini bermakna, kerjasama
3
adalah satu formula yang amat berkesan untuk meningkatkan sesuatu tahap yang
sedia ada daripada tepu tanpa perubahan. Jika dilihat dari skop kerjasama atau
perkongsian dalam perniagaan, kepentingan yang dilihat adalah dari segi
meningkatkan keuntungan dan tahap menjaga hubungan niaga yang dijalinkan.
Dengan itu, apabila hubungan niaga semakin kukuh, kerjasama yang dijalinkan
semestinya dapat meningkatkan keuntungan kedua-dua belah pihak. Oleh yang
dimikian, kekuatan atau kejayaan perkongsian atau kerjasama yang di jalankan sama
ada perkongsian oleh syarikat besar mahupun kecil adalah tertakluk kepada betapa
kuatnya hubungan secara ’menang-menang’ yang dijalankan antaranya. Kegagalan
dalam memahami maksud disebalik istilah `menang-menang' ini boleh
mengakibatkan keadaan tidak puas hati, menaruh syak wasangka dan saling tidak
mempercayai ( Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Forum Bouo untuk Asia, April
2005).
Apabila berlakunya keadaan yang sedemikian, kerjasama tidak dapat
dilaksanakan dengan baik, dan seterusnya tiada manfaat yang akan diperolehi
daripadanya. Dengan sebab itulah pentingnya kerjasama secara ‘menang-menang’.
Beginilah sedikit gambaran tentang kepentingan dalam menjalinkan
kerjasama dalam perniagaan. Melalui kerjasama, sesuatu perniagaan boleh
dikembangkan ke tahap yang lebih baik dan untuk sesuatu kerjasama itu dapat
bertahan dengan lebih lama dan penjanaan keuntungan daripadanya dapat diperolehi,
pendekatan kerjasama ‘menang-menang’ perlulah di utamakan.
4
1.1.1 Strategi Menang-menang
Setiap penyelesaian masalah mempunyai peraturan, prosedur, pendekatan dan
tekniknya yang tersendiri ( Moore, 1996 ). Justeru, dalam menangani masalah yang
timbul akibat daripada persaingan khususnya bidang perniagaan, suatu formula atau
pun pendekatan telah diwujudkan dalam mengelakkan kesan negatif dalam
persaingan iaitu pendekatan secara ’menang-menang’. Pendekatan strategi ini lebih
memberi tumpuan kepada strategi bekerjasama, contohnya seperti di dalam bidang
perniagaan. Strategi ‘menang-menang’ adalah perubahan daripada konflik
menyerang lawan dan bertahan kepada kerjasama. Ia merupakan perubahan sikap
yang mengubah keseluruhan haluan perhubungan. ( The Conflict Resolution
Network ).
Strategi ini adalah strategi yang terbaik dalam penyelesaian masalah yang
melibatkan beberapa belah pihak kerana ianya dapat memuaskan hati pihak-pihak
yang terlibat secara adil dan saksama. Ini dapat dilihat melalui Model Dwi-Tumpuan
(Pruitt and Rubin Dual Concerns Model, 1986) di bawah.
5
Rajah 1.0 : Model Dwi-Tumpuan (Pruitt and Rubin Dual Concerns Model,1986)
Dalam model ini, Pruitt dan Rubin menerangkan problem solving ( menang-
menang ) merupakan cara terbaik dalam perundingan atau kerjasama kerana ianya
memberi kebaikan kepada diri sendiri mahupun juga kepada pihak lawan. Dengan
itu, kedua-dua belah pihak akan sama-sama mendapat manfaat secara saksama dan
tiada pertikaian dapat dibangkitkan.
Menurut Larry R.Smeltzer et. al. (2002) pula, strategi ‘menang-menang’
adalah pendekatan yang lebih tepat dalam penyelesaian masalah secara bersama. Ini
menunjukkan bahawa tiada pihak yang salah dan tiada pihak yang betul, tetapi
penyelesaian masalah secara bersama lebih diutamakan agar kerjasama atau
perkongsian yang disetujui tidak berlaku masalah. Ini adalah selari seperti yang
dikemukakan oleh Pruiit and Rubin di dalam teori model dwi-tumpuannya yang
mengutamakan penyelesaian masalah lebih daripada pendekatan yang lain.
Yielding
( Mengalah )
Inaction
( Mengelak )
Compromising
( Seri )
Problem Solving
( Menang-menang )
Contending
( Menang-Kalah )
Tumpuan
Kepada
Hasil
Pada
Pihak
Lawan
Tumpuan Kepada Hasil Pada Diri Sendiri
Model Dwi-Tumpuan (Pruitt and Rubin Dual Concerns Model, 1986)
6
1.1.2 Elemen-Elemen Dalam Pelaksanaan Strategi Menang-Menang
Menurut Larry R.Smeltzer et. al. (2002), terdapat empat elemen yang perlu
dipatuhi untuk menjayakan pendekatan strategi menang-menang di dalam di dalam
kerjasama ataupun perkongsian perniagaan yang dijalankan. Elemen-elemen
tersebut ialah :
i. Kerjasama
ii. Kepercayaan
iii. Kesamaan status
iv. Penerimaan matlamat bersama
1.2 Latar Belakang Masalah
Industri mahupun Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS/PKS) memainkan
peranan penting dalam perkembangan ekonomi sesebuah negara. Peranan dan
sumbangan ini dijangka menjadi semakin penting dalam mencapai wawasan 2020
dan menjadikan negara ini sebagai sebuah negara perindustrian. Malah PKS boleh
dijadikan sebagai asas, tulang belakang dan pendokong dalam memenuhi hasrat dan
cita-cita wawasan dan pembangunan ekonomi negara selepas 2020. Dalam ertikata
kata lain, ia berkeupayaan menyediakan peluang pekerjaan serta mampu
mewujudkan persefahaman di antara firma, khususnya dalam proses menghasilkan
pengeluaran berasaskan bahan keluaran tempatan. Dalam jangka panjang, secara
tidak langsung PKS mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara hasil
eksport barangan berasaskan PKS, sepertimana yang dilalui oleh negara Jepun,
Thailand serta Korea Selatan. Justeru, PKS di Malaysia berpotensi besar menjadi
pemangkin utama pembangunan ekonomi negara yang setanding dengan negara-
negara yang telah mencapai kejayaan tersebut seperti Jepun.
7
Kemajuan ekonomi sesebuah negara adalah bergantung kepada
perkembangan PKS kerana peranan dan sumbangan PKS dijangka akan terus
meningkat dari setahun ke setahun untuk memberi khidmat sokongan dalam
pengeluaran komponen-komponen yang diperlukan oleh syarikat-syarikat besar di
dalam negara ( Abdul Rahman Bakar, 2005 ).
Ini dapat dilihat apabila lebih 80% di kalangan syarikat-syarikat sektor
perkilangan adalah terdiri daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Manakala, sebanyak 29.1% keluaran sektor perkilangan telah disumbangkan oleh
Perusahaan Kecil dan Sederhana. Di samping itu, nilai tambah bagi seorang pekerja
telah meningkat sebanyak 7. 8% (2002 : RM 34,945) kepada RM 37,675 dalam
tahun 2003 ( Abdul Rahman Bakar, 2005).
Oleh kerana pentingnya sektor PKS ini dalam menjana ekonomi negara,
kerajaan sentiasa mengambil langkah yang progresif untuk meningkatkan lagi
prestasi PKS di Malaysia dan pada tahun lalu sahaja, kerajaan melaksanakan 201
program utama bagi memperkukuhkan infrastruktur, membina kapasiti bina upaya
usahawan dan meningkatkan pembiayaan, membabitkan perbelanjaan RM7.8 billion
kepada 287,692 PKS ( Dr Tan Yee Kew, Bernama.com, 5 Julai 2007).
Berdasarkan Banci Pertubuhan dan Perusahaan (2005), terdapat sejumlah
548,307 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ditubuhkan di negara ini
dengan 474,706 syarikat atau (86.5%) terlibat dalam sektor perkhidmatan diikuti
sektor perkilangan dengan sejumlah 39,376 (7.3 %) syarikat telah ditubuhkan dan
sektor pertanian dengan sebanyak 34,225 syarikat (6.2 %). Ini dapat di tunjukkan
seperti graf di bawah :
8
Rajah 1.1 : PKS dan Perusahaan Besar Mengikut Sektor
Menurut Dr Tan Yee Kew, ( Bernama.com 5 Julai 2007) berdasarkan banci
pertubuhan dan perusahaan 2005, didapati hanya sebanyak 9,997 PKS atau 26
peratus yang terlibat dalam sektor perkilangan dimiliki Bumiputera berbanding
27,496 atau 73 peratus bukan Bumiputera. Jumlah ini adalah terlalu sedikit jika
dibandingkan dengan jumlah PKS yang berdaftar di Malaysia keseluruhannya.
Jumlah yang sedikit ini juga berlaku di dalam sektor perkhidmatan dan juga
pertanian.
Kerancakan perkembangan sektor PKS ini semenangnya akan menyebabkan
bertambahnya lebih banyak perusahaan-perusahaan PKS yang baru pada masa akan
datang. Ini secara tidak langsung akan mewujudkan persaingan di kalangan PKS.
Usahawan PKS sentiasa menghadapi saingan yang hebat dengan syarikat-syarikat
PKS yang lain dan juga syarikat-syarikat yang lebih besar yang mengeluarkan
produk yang sama atau hampir sama yang menjadi pengganti produk yang
dikeluarkan ( Ab. Aziz Yusof dan Zakaria Yusof, 2004 ). Persaingan yang wujud ini
9
adalah kerana disebabkan oleh margin keuntungan dan pasaran yang semakin
mengecil.
Dengan pertumbuhan syarikat PKS yang semakin meningkat dan jumlah
usahawan Bumiputera PKS yang sedia ada adalah terlalu kecil, persaingan antara
mereka akan menyebabkan kesukaran dalam mengembangkan pasaran PKS
Bumiputera yang sedia ada mahupun yang baru. Hal ini telah menarik minat
pengkaji untuk mengkaji sama ada para usahawan PKS ini menerapkan pendekatan
strategi ’menang-menang’ sesama mereka dalam menghadapi persaingan daripada
produk keluaran mereka yang sama dalam membantu memperluaskan lagi
perniagaan mereka sama ada bagi usahawan yang telah bertapak mahupun yang baru
berkecimpung.
1.3 Pernyataan Masalah
Merujuk kepada fenomena persaingan seperti yang di atas, dan penglibatan
usahawan Bumiputera dalam sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di
Malaysia, pengkaji ingin mengkaji tentang ‘Apakah usaha-usaha yang dilakukan
oleh usahawan Bumiputera dalam melaksanakan pendekatan strategi menang-
menang?’.
10
1.4 Persoalan Kajian
Antara persoalan-persoalan kajian yang cuba dikaji oleh pengkaji ialah :-
1.4.1 Adakah faktor kerjasama antara usahawan Bumiputera mempengaruhi
pelaksanaan pendekatan strategi ‘menang-menang’ di dalam perniagaan
mereka?
1.4.2 Adakah faktor kepercayaan antara usahawan Bumiputera mempengaruhi
pelaksanaan pendekatan strategi ‘menang-menang’ di dalam perniagaan
mereka?
1.4.3 Adakah faktor kesamaan status antara usahawan Bumiputera mempengaruhi
pelaksanaan pendekatan strategi ‘menang-menang’ di dalam perniagaan
mereka?
1.4.4 Adakah faktor penerimaan matlamat bersama antara usahawan Bumiputera
mempengaruhi pelaksanaan pendekatan strategi ‘menang-menang’ di dalam
perniagaan mereka?
1.4.5 Apakah tahap-tahap pengaruh faktor menang-menang oleh usahawan
Bumiputera dalam melaksanakan pendekatan strategi ’menang-menang’
mengikut jenis perniagaan (sektor)?
top related