tugasan - kedudukan ydpa sebagai raja berpelembagaan di malaysia
Post on 24-Dec-2015
91 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan.....................................................................................................2
2.0 Latar Belakang Sejarah…………………………………………………3-4
3.0 Kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja
Berperlembagaan……………………………………………………………5-6
4.0 Bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong
4.1 Badan Eksekutif (Pemerintah)……………………………………..7-9
4.2 Badan Perundangan (Legislatif)…………………………………..9-11
4.3 Badan Kehakiman (Judisiari)………………………………….........12
5.0 Kesimpulan………………………………………………………………..13
Bibliografi
1
1.0 PENGENALAN
Institusi raja adalah suatu kesinambungan kepada sistem kerajaan dan pemerintahan
yang telah berakar subur di bumi ini untuk sekian lamanya. Raja sebagai teras kepada
kerajaan-kerajaan Melayu yang telah muncul sejak awal kurun ke-11 di Malaysia, adalah
katalis kepada kewujudan sesebuah kerajaan. Tanpa seorang raja berdaulat yang dapat
diterima oleh rakyatnya, sebuah kerajaan atau negeri tidak dapat dibentuk yang dianggap
sebagai satu entiti pemerintahan yang boleh menguruskan masyarakat yang berada di bawah
naungannya.
Hal ini adalah kerana Raja adalah lambang Negara bangsa yang mempunyai kuasa
menjamin kedamaian, keselamatan dan kegemilangan masyarakat. Institusi Raja-Raja
Melayu pada hari ini adalah kesinambungan sejarah dan warisan tamadun bangsa yang telah
memberikan kesan positif kepada kestabilan sosial, politik dan ekonomi sesebuah kerajaan
yang berdaulat seperti Malaysia1. Tidak dinafikan ketetapan untuk terus mendaulatkan
institusi Raja adalah satu pelanjutan sistem kerajaan, adat budaya, tradisional dalam era
moden.
Raja, termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia diwujudkan berasaskan undang-
undang. Perkara ini telah diambil perhatian dalam proses penggubalan Perlembagaan dalam
membentuk Malaysia sebagai Negara yang merdeka dan berdaulat. 10% atau 19 dari 183
Perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah perkara-perkara berkaitan Raja.
Kedudukan institusi Raja-Raja Melayu dalam sistem pemerintahan di negara ini amat penting
dan dapat dilihat di mana Majlis Raja-Raja dan institusi Yang di-Pertuan Agong menduduki
tangga teratas hierarki kuasa pemerintahan Persekutuan Malaysia dan mempunyai kedudukan
yang istimewa seperti yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
1 Mohd Sufiean Hassan, Melaka Prihatin Isu Institusi Raja-Raja Melayu Dalam Doktrin Raja Perlembagaan Negara, MohdYusoff Rungkai Erti Kesultanan Melaka Kepada Malaysia Hari Ini, Melaka Hari Ini, 1 Julai 2013, hlm. 17.
2
2.0 LATAR BELAKANG SEJARAH
Perjalanan sejarah Negara telah menyaksikan sistem beraja mutlak di Malaysia telah
berakhir dan sistem raja perlembagaan seperti yang telah dicadangkan oleh Jawatankuasa
Lord Reid yang bertanggungjawab menyediakan draf Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu telah diterima sebelum Tanah Melayu Merdeka. Ketika berlangsungnya penjajahan
British di Tanah Melayu, Sultan masih memegang kuasa pemerintahan untuk hal tertentu di
negeri masing-masing dan kedudukan Sultan masih dianggap berdaulat.
Pada 5 Ogos 1957, pihak British mula akur kepada kuasa Raja-raja Melayu dalam
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang telah ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dan
Pesuruhjaya Tinggi British. Hasil persetujuan telah menunjukkan bahawa kuasa Raja-Raja
Melayu telah dikanunkan di dalam Perlembagaan Persekutuan manakala agama Islam
diiktiraf sebagai agama beraja yang mana mampu memberi kesan positif kepada kehidupan
sosio ekonomi masyarakat di Tanah Melayu.2
Ketika perlembagaan persekutuan dibentuk, Pulau Pinang dan Melaka diketuai oleh
seorang Gabenor yang kini dikenali sebagai Yang Dipertua Negeri. Sebaik sahaja Negara
merdeka pada 31 Ogos 1957, sistem demokrasi berparlimen dan raja perlembagaan telah
mengukuhkan kedudukan dan kuasa raja-raja yang tertakhluk kepada Perlembagaan
Persekutuan. Kemudian, Sabah dan Sarawak juga mempunyai seorang Gabenor seperti yang
telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan Malaysia tahun 1963.3
Oleh kerana sistem pemerintahan beraja adalah terlalu berharga untuk dilepaskan,
institusi raja telah dikekalkan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan
Perlembagaan Negeri. Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra
(Almarhum) telah memilih untuk mengasaskan sistem berkerajaan yang menggabungkan
2 Ibid, hlm. 17.3 Kassim Thukiman, Hamidah Abdul Rahman, Suaibah, Perlembagaan Malaysia dalam Perspektif Hubungan Etnik, Bab 5. Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif Teori dan Praktik, 2009, hlm. 110-111.
3
institusi raja dan rakyat dengan memperkenalkan konsep Raja Perlembagaan dan sistem
demokrasi berparlimen. Hal ini member suatu wajah baharu, di mana kedaulatan institusi raja
bersatu dengan suara rakyat dalam satu ikatan yang harmoni.
3.0 KEDUDUKAN YANG DI-PERTUAN AGONG SEBAGAI RAJA
BEPERLEMBAGAAN
4
Sistem Raja Beperlembagaan adalah suatu sistem pemerintahan yang mengekalkan
raja sebagai pemerintah tertinggi mengikut Perlembagaan Malaysia. Seorang Kepala Utama
Negara bagi Persekutuan, secara harfiahnya gelaran tersebut bermaksud “primus interpares”,
mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan. Pemerintah iaitu Yang di-
Pertuan Agong4 akan dilantik oleh Raja-Raja Melayu dan dibantu oleh Perdana Menteri
berdasarkan Perlembagaan Malaysia.
Urusan pemilihan dan pelantikan Yang di-Pertuan Agong adalah terletak kepada
persetujuan Majlis Raja-Raja mengikut peruntukan yang telah termaktub di dalam
Perlembagaan Persekutuan5. Pemilihan dibuat berdasarkan sistem secara bergilir-gilir selama
5 tahun dalam kalangan Sultan-Sultan yang memerintah negeri-negeri Melayu iaitu Negeri
Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor, Perak. Apabila
seorang Raja dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong, maka Majlis Raja-Raja akan
mengisytiharkan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Penyimpan Mohor Besar.
Menurut Raja Dr. Nazrin Shah (2012), “sesungguhnya, kewujudan takhta Ketua
Utama Negara dan kaedah lantikan Yang di-Pertuan Agong adalah satu kehebatan keaslian
inovasi yang telah mengekalkan identiti Negara bangsa”. Ia merupakan jawatan unik yang
tidak ada di mana-mana Negara lain di dunia ini. Hal ini kerana Malaysia merupakan satu-
satunya Negara yang mempunyai Ketua Negara memerintah secara bergilir-gilir. Yang di-
Pertuan Agong mempunyai seorang Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang akan
bertanggungjawab menjalankan pemerintahan sekiranya Baginda melakukan lawatan ke luar
Negara selama lebih 15 hari, tidak berupaya mejalankan tugas kerana sakit atau atas sebab-
sebab lain.
4 Perlembagaan Persekutuan, Perkara 32 (1).5 Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.
5
Selain itu, Malaysia telah memilih untuk mengamalkan sistem pemerintahan
Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Malaysia juga merupakan Negara yang
mengamalkan sistem demokrasi berasaskan sistem Persekutuan. Ini bermakna semua negeri
di Malaysia bersetuju dengan konsep penubuhan Malaysia dan terbabit dalam menyerahkan
sebahagian kuasa masing-masing kepada pentadbiran Kerajaan Persekutuan seperti
pertahanan, kewangan, pendidikan dan lain-lain seperti yang tercatat di dalam Perlembagaan
Persekutuan.
4.0 BIDANG KUASA YANG DI-PERTUAN AGONG
6
Doktrin pengasingan kuasa yang diambil oleh Malaysia adalah berbeza daripada
doktrin pengasingan asal. Dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia, Perlembagaan
Persekutuan telah memberi bidang kuasa yang luas kepada Yang di-Pertuan Agong. Sebagai
ketua pemerintah yang tertinggi di dalam Perlembagaan Persekutuan, Baginda berkuasa
dalam ketiga-tiga cabang badan bebas ini iaitu Badan Eksekutif (Pemerintah), Badan
Perundangan (Legislatif) dan Badan Kehakiman (Judisiari). Ketiga-tiga badan ini mempunyai
bidang kuasa yang berbeza. Badan Eksekutif dan Badan Perundangan mempunyai kaitan
antara satu sama lain kerana Malaysia mengamalkan sistem kerajaan di mana ahli-ahli Badan
Eksekutif juga adalah ahli-ahli Badan Perundangan. Badan Kehakiman pula diasingkan dan
ahli-ahli Badan Kehakiman hendaklah bebas dari pengaruh sebarang pengaruh politik bagi
menjamin keadilan di Malaysia.
4.1 Badan Eksekutif (Pemerintah)
Badan Eksekutif merupakan badan yang bertanggungjawab melaksanakan kuasa-
kuasa eksekutif mengikut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan. Badan ini tidak
mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang dan urusan penghakiman. Badan
Eksekutif terdiri daripada Jemaah Menteri atau Kabinet yang merupakan badan pelaksana
dasar kerajaan. Menurut Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong
memegang kuasa memerintah Negara Malaysia dan tertakhluk kepada peruntukan mana-
mana undang-undang Persekutuan. Kuasa Eksekutif pula terbahagi kepada dua iaitu Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab menjalankan urusan-urusan
pentadbiran dan pemerintahan.
Terdapat tiga perkara yang boleh dilaksanakan mengikut budi bicara Yang di-Pertuan
Agong sendiri. Baginda diperuntukkan budi bicara untuk melantik seorang Perdana Menteri.
Menurut Perlembagaan, Baginda hendaklah memilih seorang ahli Dewan Rakyat yang
7
mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai
Jemaah Menteri. Menurut amalan, Perdana Menteri yang dipilih adalah merupakan ketua
parti politik yang telah memenangi pilihan raya. Kuasa budi bicara Baginda juga merangkumi
perkara persetujuan dan tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen6. Selain itu,
Baginda juga boleh menitahkan supaya diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja mengenai
kepentingan rakyat Malaysia.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja ini diadakan untuk membincangkan keistimewaan,
kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja7. Yang di-Pertuan
Agong merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri Baginda sendiri di samping berperanan
sebagai Ketua Agama Islam di negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah
Persekutuan8. Kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Raja di negeri masing-masing dalam
perlembagaan yang menyentuh mengenai hal ehwal Islam memperlihatkan interaksi antara
sejarah dan perlembagaan. Walaupun Raja-Raja tertakhluk kepada konsep Raja
Berperlembagaan, Baginda dapat bertindak melaksanakan kuasanya sebagai ketua agama
tanpa memerlukan nasihat kerajaan yang memerintah. Baginda juga turut bertanggungjawab
dalam menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan kaum
Bumiputera Sabah dan Sarawak9. Baginda berperanan menentukan rizab orang Melayu dan
kaum Bumiputera, biasiswa, bantuan pendidikan dan latihan, jawatan perkhidmatan, kadar
permit dan juga mengisytiharkan darurat10.
Yang di-Pertuan Agong merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera
Persekutuan11. Baginda berkuasa untuk menangguh atau mengampunkan sesuatu hukuman12.
6Perlembagaan Persekutuan, Perkara 55.7 Perlembagaan Persekutuan, Perkara 40 (2) (c).8Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3 (3).9Perlembagaan Persekutuan, Perkara 153.10Perlembagaan Persekutuan, Perkara 150.11Perlembagaan Persekutuan, Perkara 41.12Perlembagaan Persekutuan, Perkara 42.
8
Baginda juga mempunyai kuasa untuk melantik atau membatalkan lantikan jawatan menteri
dan timbalan menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri. Setelah menimbang nasihat
Perdana Menteri dan berunding dengan Majlis Raja-Raja, Yang di-Pertuan Agong
memperuntukkan kuasa dan budi bicaranya melantik ahli Suruhanjaya Pasukan Polis, ahli
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya
Pilihan Raya, Majlis Angkatan Tentera dan Juruaudit Negara.
Secara teorinya, Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa eksekutif mengikut
Perlembagaan Persekutuan. Tetapi sebenarnya, kuasa eksekutif dilaksanakan oleh Jemaah
Menteri dan kakitangan Perkhidmatan Awam. Namun begitu, Baginda mempunyai
kedudukan istimewa yang mengatasi semua orang dalam Persekutuan dan tidak boleh
didakwa dalam mana-mana mahkamah kecuali Mahkamah Khas yang ditubuhkan13.
Kedudukan institusi raja turut terjamin oleh Perlembagaan. Antaranya, walaupun ahli
Parlimen mempunyai kebebasan untuk membuat pernyataan berkaitan Raja-Raja Melayu,
namun mereka tidak dibenarkan untuk menganjurkan atau mencadangkan pemansuhan
institusi raja dalam apa jua prosiding Parlimen mengikut Perkara 63 (5), Perlembagaan
Persekutuan.
4.2 Badan Perundangan (Legislatif)
Badan Perundangan (Legislatif) berfungsi menggubal undang-undang bagi menjamin
keadilan dan kesejahteraan rakyat, tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada mana-mana
pihak dan tidak boleh mempunyai kuasa lain. Selain daripada menggubal undang-undang
Negara, Badan Perundangan juga menggubal undang-undang dalam negerinya. Terdapat tiga
jenis undang-undang yang dibuat oleh Parlimen iaitu:
a) Akta – Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen
13Perlembagaan Persekutuan, Bahagian XV, Perkara 182-183.
9
b) Enakmen – Undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri
c) Ordinan – Undang-undang yang dibuat oleh Kerajaan Sarawak
Badan Perundangan juga dikenali sebagai Parlimen Malaysia yang terdiri daripada
Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Yang di-Pertuan Agong
mempunyai kedudukan dan peranan yang penting dalam Badan Perundangan Persekutuan.
Baginda berkuasa memanggil Parlimen bersidang dari semasa ke semasa, menangguhkan dan
membubarkan Parlimen setelah memperoleh nasihat daripada Perdana Menteri14. Apabila
Parlimen dibubarkan, satu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari
daripada tarikh Parlimen bubar. Parlimen hendaklah dipanggil bersidang tidak lewat daripada
120 hari dari tarikh Pilihan Raya Umum diadakan.
Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa untuk melantik 44 orang ahli Dewan
Negara (Senator). Mengikut Perlembagaan Persekutuan, Bahagian 4, Bab 4, Perkara 45
menyatakan 26 orang ahli dilantik daripada 13 buah negeri dengan 2 orang sebagai wakil
setiap negeri. Manakala, 2 orang ahli akan dilantik bagi mewakili Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan warganegara
yang pada pendapat Baginda telah berbakti dengan cemerlang dalam bidang masing-masing.
Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan yang penting dalam proses penggubalan
undang-undang. Setelah semua rang undang-undang mendapat kelulusan dari kedua-dua
Dewan Parlimen, rang undang-undang itu perlu mendapatkan persetujuan Yang di-Pertuan
Agong sebelum diperkenankan menjadi undang-undang yang sah. Untuk memperkenankan
undang-undang tersebut, Baginda akan menurunkan cap mohor Negara kepada rang undang-
undang yang telah diluluskan oleh Badan Perundangan15. Ketelitian proses ini adalah
14 Perlembagaan Persekutuan, Perkara 55.15 Perlembagaan Persekutuan, Perkara 66.
10
bertujuan untuk memastikan supaya undang-undang yang dikuatkuasakan tidak merugikan
mana-mana pihak tetapi sebaliknya dapat menjaga kepentingan rakyat dan Negara.
11
4.3 Badan Kehakiman (Judisiari)
Badan ketiga di dalam sistem Kerajaan Malaysia ialah Badan Kehakiman. Badan
Kehakiman melaksanakan tugas-tugas kehakiman dan kuasanya terletak pada Mahkamah
Tinggi dan Mahkamah Rendah. Fungsi utama badan kehakiman adalah untuk memastikan
Perlembagaan Persekutuan dipatuhi dan keadilan ditegakkan. Selain berperanan
membicarakan segala masalah perundangan yang timbul di antara individu dengan individu
dan individu dan negara, mahkamah juga berperanan untuk mentafsir undang-undang.
Hukuman dan keadilan yang diputuskan oleh Badan Kehakiman tidak mengira status, darjat,
bangsa, agama atau keturunan seseorang.
Perlembagaan ini memberi kuasa kepada Badan Kehakiman seperti yang termaktub
dalam Perkara 21. Di dalam Bahagian Sembilan, Perlembagaan Persekutuan telah
menggariskan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam bidang kehakiman. Setelah mendapat
nasihat daripada Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik Ketua Hakim
Negara yang merupakan ketua badan kehakiman negara, Presiden Mahkamah Rayuan,
hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan hakim-hakim Mahkamah Tinggi setelah berunding
dengan Majlis Raja-Raja16. Baginda juga boleh melantik mana-mana orang yang telah
memegang jawatan kehakiman tinggi di Malaysia untuk menjadi hakim tambahan di
Mahkamah Persekutuan17.
Kesemua urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan perlucutan jawatan terletak di
bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong. Selain itu, Yang di-Pertuan Agong boleh meminta
pendapat atau merujuk kepada Mahkamah Persekutuan mengenai isu-isu berbangkit yang
berkaitan dengan badan kehakiman. Kesemua hakim yang telah dilantik tidak boleh bergiat
aktif dalam bidang politik bagi menjamin dilindungi dari pengaruh politik.
16 Di bawah Perkara 122(2), Perdana Menteri, sebelum meminta nasihat beliau berkenaan pelantikan hakim selain Ketua Hakim Negara, Mahkamah Persekutuan hendaklah berunding dengan Ketua Hakim.17 Perlembagaan Persekutuan, Perkara 122(1A).
12
5.0 KESIMPULAN
Hakikatnya, kedudukan istimewa dan peranan Raja iaitu rujukan kepada kedudukan
dan bidang kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di dalam Perlembagaan
Persekutuan adalah sangat penting dan meluas sebagai seorang Ketua Utama Negara.
Kearifan, kebijaksanaan dan sifat berkecuali seorang Yang di-Pertuan Agong sebagai
penimbang tara yang adil dan saksama kepada ketiga-tiga cabang iaitu Eksekutif,
Perundangan dan Kehakiman dapat melicinkan urus tadbir Negara dengan baik, menjadi
rujukan untuk tujuan perdamaian akibat perselisihan dan persengketaan serta bebas dari
segala polemik politik supaya Baginda dapat berperanan secara berkesan. Yang di-Pertuan
Agong juga adalah payung kedaulatan Negara untuk memberi naungan saksama kepada
setiap warga Malaysia tanpa megira kaum, agama dan politik. Oleh itu, sebagai warganegara
Malaysia, kita hendaklah bersatu padu mengekalkan dan mempertahankan kedaulatan
institusi Raja-Raja Berperlembagaan serta keamanan yang telah kita kecapi sejak zaman
kemerdekaan sehingga kini. Prinsip Rukun Negara kedua iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan
Negara hendaklah diterapkan di dalam jati diri kita bagi membuktikan kesetiaan dan
berpegang kepada semangat “di mana bumi berpijak, di situ langit dijunjung”. Daulat
Tuanku!
13
BIBLIOGRAFI
Abdul Aziz Bari. (2002). Majlis Raja-Raja: Kedaulatan dan Peranan dalam Perlembagaan
Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jabatan Penerangan Malaysia. Sistem Pemerintahan. (2011). Buku Malaysia 2011. Buku
Rasmi Tahunan.
Kassim Thukiman, Hamidah Abdul Rahman, Suaibah. (2009). Bab 5: Perlembagaan
Malaysia dalam Perspektif Hubungan Etnik. Hubungan Etnik di Malaysia: Perspektif
Teori dan Praktik. hlm 89-114.
Mohd Sufiean Hassan, (2013). Melaka Prihatin Isu Institusi Raja-Raja Melayu Dalam
Doktrin Raja Perlembagaan Negara, Mohd Yusoff Rungkai Erti Kesultanan Melaka
Kepada Malaysia Hari Ini. Rencana. Melaka Hari Ini. hlm. 17-18.
Nazri Muslim, (2013). Peranan Institusi Raja-Raja Melayu Menurut Perlembagaan dalam
Memelihara Kedudukan Islam dari Perspektif Pendidikan Sejarah. Seminar
Pendidikan Sejarah dan Geografi. Universiti Malaysia Sabah.
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia, (2014). Pengenalan dan Sejarah
Ringkas Kehakiman Malaysia. http://www.kehakiman.gov.my/node/531.
Perlembagaan Persekutuan (Percetakan Nasional Malaysia Bhd, 2009).
Rais Yatim, (2011). Kabinet 1 Malaysia: Mengimbas Kembali Tadbir Urus Kabinet.
(Terjemahan: A. Khalid). Kuala Lumpur: Mashi Publication Sdn. Bhd.
Raja Dr. Nazrin Shah, (2012). Raja Berperlembagaan dan Kelangsungan Bangsa. Isu Utama.
Dewan Masyarakat. Selangor Darul Ehsan. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 6-14.
14
Ramlah Adam, Noormaizatul Akmar Ishak. (t.t). Persepsi Rakyat Terhadap Institusi Raja:
Satu Kajian Kes di Perlis dan Kedah. Seminar Raja Kerajaan dan Kerajaan Perlis.
Universiti Malaysia Perlis.
Rozilah Katan, (2007). Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke XIII: Raja
Berperlembagaan. Kuala Lumpur. Jabatan Penerangan Malaysia. hlm 78-83.
Shamrahayu A. Aziz, (2012). Kuasa dan Peranan Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan:
Sejarah dan Masa Depan. Seminar Perlembagaan Malaysia: 'Di Antara Sejarah dan
Tuntutan Semasa'. Kuala Lumpur.
15
top related