tugasan harian & kerja amal
Post on 03-Apr-2018
493 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/29/2019 Tugasan Harian & Kerja Amal
1/5
1
TUGASAN HARIAN
MENULIS TUGASAN HARIAN
Laporan Tugasan Harian perlu dibuatdalam bentuk karangan yangditulis sendiri oleh pelajar.
Panjang laporan anda mestilahtidak kurang daripada 250 patah perkataan. Laporan perlu
ditulis di atas kertas A4. Ingat ye....pelajardilarang melukis garisan di atas kertas A4 tersebut.Untuk laporan Tugasan Harian, pelajar tidak perlu sertakan gambar (bukti) ataupun lampiran.
Pelajar juga perlugunakan kedua-dua belah muka surat kertas A4.
Bilangan Laporan
Pelajar semua mestilah menyiapkansekurang-kurangnya 8 laporan. Tidak seperti laporan Kerja
Amal, pelajarbebas untuk menyentuh mana-mana nilai yang terdapat di dalam sukatanpelajaran. Ingat ye, calon hanya perlu menyentuh satu nilai sahaja bagi setiap laporan.
Penyediaan laporan
Bagi setiap laporan, pelajar semua perlulah menulis butiran-butiran seperti di bawah:
Nama penuh :
Nombor kad pengenalan :
Angka giliran :
Tajuk :
Untuk memastikan markah yang baik pula, pelajar perlulah mengambil kira perkara-perkara di
bawah:
kekemasan
mematuhi ketepatan masa
kebersihan laporan
kekemasan tulisan
kekemasan penyusunan kesemua Tugasan Harian
Kesan (mesti dinyatakan di dalam laporan)
Adalah sangat penting untuk pelajarmenyatakan kesan positif laporan terhadap diri calon .
Calon perlu menggunakan perkataan-perkataan di bawah:
Kesedaran/sedar
Insaf
Iktibar
Perubahan sikap
Panduan Menulis Kata Kesan
http://norainiamran.blogspot.com/2009/03/pengurusan-tugasan-harian.htmlhttp://norainiamran.blogspot.com/2009/03/pengurusan-tugasan-harian.html -
7/29/2019 Tugasan Harian & Kerja Amal
2/5
2
Kesedaran (mengetahui dan memahami keadaan yang sebenar)
Contoh: Setelah selesai membaca laporan mengenai aktiviti rakan-rakan saya menyediakan
makanan untuk anak-anak yatim tersebut, saya sedar bahawa setiap manusia memerlukan
perhatian dan kasih sayang.
Insaf (mamahami sesuatu perkara sehingga menimbulkan kesedaran dalam diri sendiri)
Contoh: Setelah selesai membantu menyediakan makanan untuk anak-anak yatim tersebut, saya
insafbahawa bukanlah senang untuk ibu saya menyediakan makanan untuk kami sekeluarga,
dan saya akan cuba untuk membantu ibu saya memasak.
Iktibar ( pengajaran atau teladan yang pelajar perolehi selepas menjalankan kerja amal)
Contoh: Setelah selesai membantu menyediakan makanan untuk anak-anak yatim tersebut, saya
mendapat iktibar bahawa saya perlu bersyukur kerana masih mempunyai ibu dan bapa.
Perubahan sikap (perubahan sikap yang dialami pelajar selepas menjalankan aktiviti)
Contoh: Setelah selesai menjalankan aktiviti kerja amal di rumah anak-anak yatim tersebut, saya
merasai perubahan sikap dalam diri saya. Saya mulai prihatin terhadap nasib orang-orang yang
kehilangan anggota keluarga.
CONTOH TUGASAN HARIAN
Pelajar semua jangan terkejut atau pun tertekan dengan hasil tugasan harian pelajar-pelajar cikgu.
Cikgu tidak mahu menyekat kreativiti pelajar-pelajar cikgu. Apa yang penting kegembiraan dan
kepuasan mereka.
Tidak salah kalau pelajar semua sekadar menghasilkan tugasan harian tanpa hiasan seperti yang
dilakukan oleh pelajar-pelajar cikgu.
-
7/29/2019 Tugasan Harian & Kerja Amal
3/5
3
MENULIS LAPORAN KERJA AMAL
Ingat ye pelajar....Laporan mesti ditulis tangan menggunakan kertas A4 yang tidak
bergaris.
Cadangan Penyediaan Pelaporan Kerja amal
A: Tajuk Aktiviti
Contoh:
Sambutan hari kemerdekaan di sekolah saya Kerja amal di Pusat Perlindungan Haiwan SPCA Ampang Gotong royong membersihkan bilik darjah
Lawatan ke Rumah Anak Yatim Wawasan, Ampang
Nyatakan tujuan utama diadakan aktiviti tersebut. Pelajar disarankan menyediakan sekurang-
kurangnya 2 matlamat
C: Objektif
Nyatakan objektif yang hendak dicapai daripada kerja amal tersebut
D: Tarikh dan masa
Nyatakan tarikh dan masa kerja amal itu dilaksanakan
E: Peserta
Nyatakan orang lain yang terlibat dalam kerja amal tersebut.
Contoh
Guru rakan ibu/bapa/ahli keluarga yang lain pengurus pusat perlindungan penyelia rumah kebajikan
F: Peranan anda
Ceritakan semua kerja yang anda lakukan dari mula hingga tamat aktiviti tersebut
G: Kesan
Pelajar mesti nyatakan kesan kerja amal tersebut terhadap dirinya setelah menyelesaikan kerja
amal tersebut dengan menggunakan mana-mana satu perkataan di bawah.
http://norainiamran.blogspot.com/2009/03/panduan-menulis-laporan-kerja-amal.htmlhttp://norainiamran.blogspot.com/2009/03/panduan-menulis-laporan-kerja-amal.html -
7/29/2019 Tugasan Harian & Kerja Amal
4/5
4
sedar/kesedaran insaf iktibar perubahan sikap
BAHAGIAN B
Cadangan kerja amal
Bidang Perkembangan Diri (pelajar hanya perlu jalankan 1 aktiviti sahaja)
Pelajar boleh buat kerja amal ini di mana-mana sahaja yang berkenaan
Nilai kerajinan:
Semua jenis kerja amal, tak kira di mana.. Asal sahaja pelajar buat kerja amal, inibermakna pelajar telah jalankan kerja amal berkaitan nilai kerajinan
Nilai kasih sayang
Apa sahaja kerja amal yang berkaitan membantu ahli keluarga Apa sahaja kerja amal yang berkaitan membantu haiwan (beri makan, mandikan,
grooming, selamatkan, bersihkan tempat tinggal
Nilai bertanggungjawab/berdikari
Membersihkan bilik sendiri Membasuh pakaian, kasut, stokin sendiri Mengemas buku, peralatan sekolah sendiri
Nilai kepercayaan kepada Tuhan
Membuat apa sahaja kerja amal di rumah ibadat (aktiviti bersembahyang tidak dikirasebagai kerja amal)
Bidang Kekeluargaan (pelajar hanya perlu jalankan 1 aktiviti sahaja)
Pelajar boleh buat kerja amal ini di rumah ahli keluarga dan di tempat-tempat yangberkenaan
Kasih sayang terhadap keluarga
beri adik/ahli keluarga yang uzu makan mandikan adik/ahli keluarga yang uzukeluarga
-
7/29/2019 Tugasan Harian & Kerja Amal
5/5
5
pakaikan adik/ahli keluarga yang uzur pakaian rawat ahli keluarga yang sakit bimbing adik/ahli keluarga belajar/buat kerja sekolah mengendalikan sambutan hari istimewa ahli keluarga
Tanggungjawab terhadap keluarga
bantu ahli keluarga buat kerja-kerja di rumah bantu ahli keluarga membuat persiapan sambutan hari istimewa keluarga (aktiviti
sambutan hari istimewa tidak dikira sebagai kerja amal)
bantu ibu bapa (cuci kereta, kemas rumah, memasak, membasuh, menyapu dll) bantu ibu bapa bawa barang ketika membeli barang keperluan/membeli belah
Bidang Alam Sekitar (pelajar perlu jalankan 2 aktiviti)
Pelajar boleh buat kerja amal ini di rumah, sekolah, rumah anak yatim, rumah orang tua,
zoo, rumah ibadat dll.
Apa sahaja kerja amal membersihkan
menyapu (bilik darjah, rumah, halaman, kawasan rumah, kawasan luar rumah) membersihkan (bilik darjah, rumah, sungai, pantai, kawasan rekreasi) menanam pokok
top related