tuan hj mohd rashid bin mohd saie.pdf
Post on 08-Oct-2015
276 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Hj. Mohd Rashid B. Mohd Said
Mengenai peristiwa pertempuran dengan komunis di Hutan Balak, Kluang, Johor pada tahun 1953
Oleh;
Mohd Amizul Zaimy B. Mohd Amin 2002614178 Wan Yuhaimisham B. Wan Yusoff 2002228635
Projek dimajukan kepada Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknolgi Mara, Puncak
Perdana, Shah Alam bagi memenuhi keperluan kursus IMR 603 - Sejarah Lisan
-
Tajuk
Penghargaan
Pendahuluan
)0- Kata Mula
)0- Ulasan peristiwa : Komunis dan Zaman Darurat di
Tanah Melayu.
Transkrip
Interview log
-,. Tape 1:-
Tape 1 Side A
Tape 1 Side B -,. Tape 2 :-
Tape 2 Side A
Tape 2 Side B
Lampiran
-,. Lampiran 1 : Biografi orang ditemuramah.
)0- Lampiran 2 : Senarai Soalan.
Soalan orientasi
. Soalan umum
Soalan spesifik
~ Lampiran 3 : Surat-surat
Surat kebenaran membuat penyelidikan.
Pejanjian Mengenai Sejarah Lisan. ,. Lampiran 4 : Galeri dan dokumen berkaitan
Muka Surat
III
V
VI
Vlll
1
46
47 48
49
50
51 52
Galeri ,.: Gambar terbaru orang ditemuramah.
-
Galeri 2 : Gambar orang ditemuramah sewaktu bertugas dalam
Polis.
Galeri 3 : Logo Federal Junge} Company (FJC) Dokumen berkaitan dengan orang ditemuramah.
y Lampiran 5 : Artikel
II
-
Dalam menjayakan danmemenuhi keperluan subjek Oral Documenting, pelbagai
pihak telah telibat dalam membanatu kami untuk menjalankan sesi wawancara bersama
tokoh yang terlibat.
Pertama sekalinya kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pesyarah
kami yang secara langsung telah memberikan pelbagai nasihat dan kaedah dalam
menjalankan aktiviti wawancara. Dengan bantuanya, kami dapat dan berjaya
mewawancara tokoh yang telah kami pilih.
Juga tidak dilupakan kepada tokoh yang dipilih, Tuan Hj. Rashid kerana sudi
untuk diwawancara oleh kami. Dengan pertolongannya, kami dapat mencungkil segala
rahsia dalam memahami pahit getir beliau dalam menjadi seorang penduduk yang
selamat berikutan zaman darurat dahulu.
Seterusnya, kami juga ingin memberikan sekalung ucapan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat tennasukalah kawan-kawan kami dari satu kumpulan yang
sama mahupun kepada semua yang secara tidak langsung terlibat dalam menjayakansesi
wawancara kami.
Terima Kasih.
IV
-
Pendahuluan
7(jI1)I ~V }l . ..... .
Dalarn kehidupan harian kita, sudah pastinya kita perlu untuk bercakap. Dalarn pada
itu, pelbagai informasi dan rnaklumat disarnpaikan. Tidak kira penting atau sekadar
cakap kosong, itulah dinarnakan kornunikasi dan sernua itu rnernberikan satu
pengalarnan untuk diingati pada rnasa akan datang. Begitu juga dengan generasi yang
hidup lebih awal pada kita. Kehidupan rnereka pastinya rnernpunyai liku-liku dan
ranjau kehidupan yang boleh kita sarna-sarna rnengetahuinya untuk berkongsi
pengalarnan baik dan buruk rnasa larnpau. Narnun, tanpa ada usaha usaha untuk
rnenyirnpan sernua rnaklumat yang dipercakapkan, pastinya sernua itu akan hilang dan
sernua generasi akan datang pasti tidak rnengetahui sejarah-sejarah rnasa larnpau.
Kerana sejarah-sejarah yang bemilai inilah, rarnai mula rnengumpulakannya
tidak kira apa cara sekalipun dan salah satunya rnelalui sesi ternubual ataupun
wawancara. Oleh sebab inilah, salah satu subjek yang dinarnakan Oral Documenting
diperkenalkan Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM.
Oral Documenting rnengikut definisi Merriam Webster New Collegiate
Dictionary adalah ; "Maklumat dan sejarah yang benar-benar berlaku dan diketahui
melalui sesi wawancara dengan orang yang terlibat dan ia disirnpan melalui pemain
perakam (Tape recorder)"
Melalui subjek Oral Documenting, pelajar-pelajar yang mengikuti mata
pelajaran ini berpeluang mengetahui kepentingan setiap sejarah yang dirakam,
kegunaannya, dan juga mengetahui bagaimana cara-cara yang berkesan dalarn sesi
wawancara. Selainnya sudah tentu mernberi satu peluang yang baik kepada para
VI
-
Pendahuluan
pelajar untuk menimba ilmu dalam mewawancara para-para tokoh mengenai sejarah
baik, buruk, pahit getik dan segal a kenangan manis pada masa lampau. Dengan Oral
Documenting, para pelajar berpeluang untuk mengenali orang-orang lama yang masih
hidup untuk berkongsi pengalaman lampau yang boleh dijadikan tauladan untuk
kehidupan masa akan datang.
Antara tauladan yang boleh diambil iktibar termasuklah kisah-kisah yang berlaku
sebelum negara kita merdeka. Kisah-kisah seperti zaman penjajahan Jepun, kemudian
diikuti dengan kisah silam berkaitan zaman pentadbiran British dan seterusnya. Salah
satu kisah-kisah yang sukar dilupakan oleh sekian penduduk Tanah Melayu
dahulutennasuklah kisah pemberontakan, pahit dan getir kehidupan zaman darurat
dan juga zaman komunis.
..
VII
-
Pendahuluan
Ulasan peristiwa
KOMUNIS DAN ZAMAN DARURAT DI TANAH MELAYU
Sebelum Negara kita Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai dugaan
terpaksa dirempuh oleh penduduk Tanah Melayu semenjak pembukaan Tanah Melayu
dulu. Selain pelbagai ancaman dari negara luar, ada juga dugaan seperti penjajahan,
pertukaran pucuk pimpinan dan sebagainya. Semenjak bermulanya zaman
perdagangan yang bermula di Melaka, pelbagai kuasa luar cuba menguasai negara
kita ini. Antara yang terbaru adalah penjajahan dari negara British, kemudian
dirampas oleh negara Jepun, kemudian bertukar kepada British. Bermula dengan
penduduk yang hanya tunduk kepada penjajah, sedikit demi sedikit sifat itu berubah
kepada berani menentang kuasa besar seperti British dan Jepun. Kerana tidak tahan
akan desakan pihak penjajah, sebahagian penduduk Tanah Melayu ketika itu cuba
bangkit untuk menentang kuasa besar disamping mendapat hak sebagai penduduk asal
Tanah Melayu.
Pelbagai cara digunakan untuk bangkit menentang penjajah. Kebanyakannya
gagal. Namun usaha itu tidak terhenti disitu sehingga ada sebahagian bangsa di Tanah
Melayu terpaksa bekerja keras untuk mendapat hak yang sarna sebagai penduduk
Tanah Melayu. Bangsa Cina umpannya, mereka telah menubuhkan satu persatuan
komunis yang pada asalnya untuk menentang kuasa penjajah dan mendapat hak
mereka sebagai bangsa Cina di Tanah Melayu. Namun usaha murni mereka pada
asalnya itu berubah sedikit demi sedikit menjadi satu usaha yang dibenci pihak
penduduk Tanah Melayu sendiri.
Di Tanah Melayu, pengaruh komunis mula menular masuk ke sini sekita awal
1920-an, dan ia mula menebal bermula tahun 1925. Hasilnya, pada 1926, satu
VIII
-
Pendahuluan
persatuan komunis mula dibentuk. Buat pertama kalinya, Liga Belia Komunis telah
ditubuhkan dan berpusat di Singapura. Kemudian ia diikuti pula dengan penubuhan
pasukan komunis yang dikenali sebagai Parti Komunis Nanyang. Parti Komunis ini
diterima ramai oleh orang Cina dan ia telah dicadangkan agar pucuk pimpinannya
disusun semula. Dari itu, satu persidangan telah dibuat untuk mengatur kembali parti
ini. Sebagai hasilnya, pada 6 April 1930, Parti Komunis Nanyan telah dikenali
sebagai Parti Komunis Malaya (PKM) dan ia beribu pejabat di Singapura.
Pada asalnya, PKM bertujuan untuk menggulingkan kuasa Brtish di Tanah
Melayu dan mendapat hak yang sarna sebagai penduduk di sini. Selain itu, ia
bertujuan untuk menubuhkan atau mewujudkan sebuah negara komunis atau sebagai
Republik Komunis Malaya. PKM juga bertanggungjawab untuk menyelia parti
komunis di Thailand dan Indonesia. Sejak ditubuhkan, PKM terpaksa menjalankan
setiap aktivitinya secara haram kerana parti ini talah diharmkan oleh pihak British.
Dari itu, PKM telah mewujukan pakatan anti British. Walau bagaimanapun, pakatan
ini tidak lama kerana setelah Jepun mengambil alih penjajahan terhadap Tanah
Melayu, anti British telah diberhentikan. Semenjak Jepun menduduki Tanah Melayu
juga telah menyebabkan PKM bekerjasam dengan pihak British untuk mengusir Jepun
dari Tanah Melayu. Semenjak itu juga PKM mula menjalankan aktivitinya di dalam
hutan sehingga sekarang. La bagi mengelakan PKM diburn oleh pihak keselamatan.
Setelah penjajahan Jepun tamat dan dijajah kembali oleh pihak British, PKM
telah diterima oleh British kerana PKM pernah menolonf,'llya mendapatkan Tanah
Melayu kembali. Dengan itu, PKM telah diberi hak dalam pentadbiran Tanah Melayu
ketika itu.
PKM mula berkembang. Pada 1945 hingga 1948, PKM telah mewujukan Parti
itu ke seluruh Tanah Melayu. Antara parti yang ditubuhkan ialah .
IX
-
Pendahuluan
1. Kesatuan Buruh Am bagi mendapat sokongan dari pekerja.
2. Liga Belia Demokratik Baru untuk mendapat sokongan dari belia.
3. Pan-Malayan of Trade Union (PMFTU) p~la ditubuhkan untuk
mendapat sokongan dari semua kesatuan sekerja.
Dengan matlamat untuk menubuhkan Republik Komunis, PKM telah
menjalankan satu aktiviti yang dikenali sebagai "Gerakan Massa" yang bertujuan
untuk memaksa British memberi Tanah Melayu berkerjaan sendiri dan kemerdekaan.
Bagi melumpuhkan ekonomi. dan memudahkan PKM merampas kuasa dari British,
PKM telah berjaya menganjurkan permogokan. Akibatnya, hampir tiga ratus
permogokan berlaku di seluruh negara.
Sekitar tahun 1945 hingga 1948, PKM terpaksa merubah teknik dalam
mencapai malamatnya. Antaranya menubuhkan Malayan People Anti British Army
(MPABA) di bawah pimpinan pengerusi jawatankuasa pusat tentera PKM iaitu Law
Yew dan Yeng Kuow. PKM mula menggunakan kekerasan untuk memastikan
impiannya tercapai. Bennula 1948 juga melihat PKM mula melancarkan
pemberontakan bersenjata. Bennula dengan itu jugalah Tanah Melayu diistihar
sebagai zaman darurat. Antara kejayaan awal PKM dalam pemberontakan ini ialah
membunuh tiga orang peladang dari Eropah, pemilik lombong dan juga anggota
keselamatan. lni menyebabkan undang -undah darurat dikeluarkan pada 17 lun 1948.
Secara rasminya undang-undang ini mengharamkan pergerakan PKM. Bagi
memastikan keselamatan penduduk Tanah Melayu ketika itu, undang-undang yang
dikeluarkan memperkanalkan kad pengenalan bagi penduduk, dan juga membuat
penempatan semula untuk memastikan keselamatan penduduk terjamin.
-=
x
-
Pendahuluan
Selain itu, kerajaan juga mula memperkanalkan kawasan hitam iaitu kawasan
yang dilabelkan sebagai kawasan komunis. Dengan itu, penduduk di kawasan diberi
arahan berkurung pada waktu malam. Arahan ini melarang sarna sekali penduduk
kawasan hitam untuk keluar rumah pada waktu malam. Dengan kata lain, darurat ini
berlaku akibat dari perperangan antar PKM dengan kerajaan Tanah Melayu dan pihak
British.
Pada 18 Disember 1955, Ketua kanan Parti Komunis Malaya (PKM) telat
berjumpa dengan ketua menteri Tunku Abdul Rahman AI-Haj bagi membincangkan
isu berkaitan PKM. Chin Peng selaku ketua kanan PKM telah meminta Tunku Abdul
Rahman AI-Haj untuk menghalakan PKM, namun ia sarna sekali ditolak dan
petempuran PKM berterusan. Walaupun negara telah mencapai kemerdekaan pada
1957, namun pemberontakan serta zaman darurat masih berterusan. Setelah merdeka,
sebahagian kawasan hitam telah diistiharkan menjadi kawasan putih dan selamat
untuk diduduki. Secara rasminya, zaman darurat telah bertakhir pada 31 lulai 1960
namun pemberontakan parti komunis tidak terhenti di situ sahaja.
Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), terdapat dua peringkat
pemberontakan yang dilakukan oleh PKM. Pertama ialah bermula tahun 1948 hingga
1960 dan peringkat kedua bermula dari tahun 1968 hingga 1989. Pada tahun ] 969,
oleh kerana pergeselan berlaku dalam PKM, parti itu berpecah menjadi tiga iaitu :
1. Parti Komunis Malaya asal (PKM)
2. Parti Komunis Marxist Leninst
3. Parti Komunis Malaya Kumpulan Revolusi.
Semenjak itu, PDRM memainkan peranan penting dalam membanteras semua
parti komunis yang wujud.
XI
-
Pendahuluan
Pemberotakan peringkat kedua ini tidak kurang hebatnya. Parti komunis ini
semakain ganas dengan membunuh lebih ramai pegawai-pegawai polis dan tentera
termasuklah membunuh Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Abd Rahman Hashim dan
ketua polis Perak iaitu Tan Sri Kho Chong Kong. Selain itu, Parti komunis ini juga
melancarkan sabotaj terhadap keIjaan seperti mengebom tugu negara, dan
mengagalkan projek Lebuh Raya Timur Barat dengan memusnahkan kelengkapan
pembinaan bemilai jutaan ringgit.
Namun, dengan sokongan orang - orang melayu dan dari pihak kerjaan
Malaysia sendiri, ancaman parti komunis di sini telah beIjaya ditangkis. Pada 2
Disember 1989, satu peIjanjian telah ditandatangani di Hadyai, Thailand di antara
kerajaan Malaysia dan Thailand. Dengan Perjanjian ini, Chin Peng yang telah menjadi
setiausaha agung Parti Komunis Malaya telah bersetuju untuk menamatkan
perjuangan bersentanya. Dengan itu, peIjuangan pihak polis dan tentera boleh
dikatakan sudah berjaya.
Walaubagaimanapun, dalam mencapai kejayaan ini, seramai seribu tiga ratus
lima puluh sembilan, seramai dua ribu sembilan ratus enam puluh lapan ahli komunis
yang tercedera dan seramai enam ribu lapan ratus sembilan puluh lima terbunuh.
Begitu juga dengan pihak polis dan tentera, seramai lima ribu lima ratus lima puluh
empat anggota polis dan tentera yang terbunuh dan tercedara selain dua ribu lima
ratus lima puluh lima orang awam tumt terkoban dalam tempoh menamatkan zaman
darurat di negara ini.
Antara pegawai tentera yang terlibat dan terselamat dalam peristiwa darurat itu
ialah Konstabel 20984, Mohd Rashid Mohd Said. Beliau adalah anggota peninjau
Platun 3 dalam 19 Federal Jungle Company (FJC). Beliau yang lebih dikenali sebagai
SaIjan Mahat adalah kelahiran dari Kampung Bintang, Batu Pahat, Joho, pemah
Xll
-
Pendahulwm
ditugaskan di beberapa tempat seperti di hutan balak di Jalan Kluang (Johor), dan Titi
Gantung (Perak). Selain dari pasukan FJC, beliau juga diserapkan ke dalarn Unit
Simpanan Polis yang mana unit adalah adalah asas kepada penubuhan Unit Simpanan
Persekutuan (FRU). Sebagai anggota polis, belia ditugaskan di Cawangan Tugas Am
di Kuala Terengganu, kemudian ditukarkan ke Cawangan Khas (CK), Bukit Arnan
bagi menentang konfrontasi Indonesia dan Filipina di Pulau Tembisan dekat
Sandakan, Sabah.
Dari segi pengalamnya, Sarjan Mahat pemah ditembak oleh komunis di bahu
kiri dan pemah ditembak di bahagian kepala. Kerana umumya panjang, beliau masih
diberikan nyawa untuk meneruskan hidup dan sehingga kini beliau masih tak dapat
lupakan peristiwa pahit itu. Beliau bersara pada 31 Disember 1987 dengan pangkat
sarjan. Beliau pemah diberikan surat penghargaan Ketua Polis Negara oleh Tan Sri
Hissain Mogh Sidek pada Julai 1967. Sebagai mengenang jasanya dalam pertemuran
darurat, beliau dianugerahkan Pingat Pangkutan Negara yang diberikan oleh Yang di-
Pertuan Agong pada Jun 1981.
~~========================================================== XIII
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertempuran dengan Komunis di Hutan Balak, Kluang, Johor pada tahun 1953
TRANKSRIP WA WANCARA DENGAN TUAN HAJI.MORD RARSID BIN
MORD SAID MENGENAI PERISTIW A PERTEMPURAN DENGAN
KOMUNIS DI RUTAN BALAK, KLUANG, JOROR PADA TARUN 1953
TAPE 1 SIDE A
Bismillahiramahnirahim
Berikut adalalah rakaman wawancara sejarah lisan mengenai peristiwa pertempuran dengan komunis di hutan balak, Kluang, Johor pada tahun 1953 dengan Tuan Haji Mohd Rashid bin Mohd Said, yang merupakan seorang wira pada zaman darurat.
Rakaman ini dijalankan di nombor 25, Jalan 50, Selayang Baru, 68100 Batu Caves, Selangor, pada 25 Ogos 2004, jam 10 pagi. Wawancara ini dikendalikan oleh Mohd Amizyul Zaimy bin Mohd Amin dan dibantu oleh Wan Yuhaimisham bin Wan Yusoff,
dengan segal a hormatnya, kita memulakan rakaman ini.
Asslamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, dan salam sejahtera ..
Amizul : Asslamualaikum pakcik ?
Pakcik : Waalaikumusalamwarahmtullahiwabarakatuh.
Amizul : Apa khabar pakcik sekarang ?
Pakcik : Khabar baik, sihat lagi dikurniakan Allah Subhanallahiwataala.
Amizu! :Bolehkan pakcik berikan nama penuh pakcik?
Pakcik : Nama saya Haji Mohd Rashid bin Mohd Said.
Amizul : Kebiasaan apakah gelaran pakcik dikalangan kawan-kawan pakcik?
Pakcik : Kawan-kawan masa kerja dulu yang ada panggil saya cikgu, ada panggil pakcik, pasal apa saya bagi peluang pada dia orang, awak nak
panggil saya panggilah apa awak suka panggil, jangan sampai gaji saya
dikurangkan oleh kerajaan.
2
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertempuran dengan Komunis di Hutan Balak, Kluang, Johor pada tahun 1953
Amizul : Jadi sekarang berapakah usia pakcik?
Pakcik: Umur saya sekarang tujuh puluh dua tahun.
Amizul : Bilakah pakcik dilahirkan?
Pakcik : Dilahirkan pada sembilan belas dua belas tahun tiga puluh dua.
Amizul : Dimanakah tempat pakcik dilabirkan ?
Pakcik : Saya dilahirkan di Parit Yani, Batu Pahat, dibesarkan di Kampung
Bintang, Batu Pahat
Amizul : Apakah pekerjaan pertama pakcik sebelum menjadi polis?
Pakcik : Masa tu saya selepas sekolah saya kerja memotoing getah di kawasan air putih dekat Parit Sulung dalam tahun lima puIuh satu. Masa tu harga
getah dua ringgit sekaki, harga segerap dia tujuh puluh sen. Di situ kawasannya kawasan hitam, banyak komunis.
Amizul : Pakcik ada berapa orang adik-beradik? Bolehkah pakcik ceritakan
serba sedikit pasal mereka?
Pakcik : Saya mempunyai sembilan adik-beradik. Silap, saya mempunyai yang
adik-beradik yang hidup sekarang enam beradik, lima lelaki, seorang
perempuan. Yang saya lah anak pertama, anak sulung, dan adik saya
satu tinggal dia ada Kampung Bintang sekarang, dia kerja, kerja cara kampung. Yang satu ada duduk Kampung Rahmat, di Seri Gading, Batu
Pahat, dia kerja jadi tukang kebun di kilang. Lagi satu ada duduk di Felda UIu Dengar, Kluang, yang seorang lagi duduk di Felda Muakhir,
Shah Alam. Yang seorang lagi yang perempuan duduk di Batu Satu,
Berserai, de kat denganjambatan Batu Pahat.
Amizul : Saya difahamkan pakcik anak yang sulung, bagaimanakah hubungan
pakcik adik-beradik pada masa dulu dan sekarang?
3
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertemJNl'an dengan Komunis di Hulan Balak, Kluang, Johor pada lahun 1953
Pakcik: Saya dengan adik-beradik saya sentiasa akan bertemu, ada apa-apa
masalah, masing-masing akan beritahu pada saya, juga saya, jika ada masalah apa-apa, kerja, kahwin atau apa-apa, memberitahu mereka. Ada juga kadang-kala ada saya lapang akan pergi menziarah mereka, maklurnlah mereka tiada kemudahan sebagai orang kerja di kampung, saya ada kemudahan sikit, saya terpaksalah pergi menemui mereka.
Amizul : Adakah pakcik selama ni menghadapi apa-apa penyakit?
Pakcik: Saya kira-kira, penyakit dulu adalah, penyakit tiga serangkai orang
kata, kencing manis, darah tinggi, jantung, tetapi jantung dan darah tinggi saya didapati sudah berkurang, sudah tiada lagilah, doktor
mengatakan sudah baik. Tapi kencing manis masih ada lagi. Terpaksa
saya berjaga-jaga untuk kebaikan.
Amizul : Bolehkan pakcik ceritakan serba sedikit tentang sejarah pendidikan
pakcik dari peringkat awal hingga tamat pengajian?
Pakcik: Saya masuk sekolah dulu selepas perang, sebelurn perang saya tak
bersekolah, pada tahun empat puluh lima selepas perang, saya masuk ke
sekolah, darjah satu, masa itu umur saya dalam dua bel as tahun. Saya belajar sehingga darjah empat sahaja, yang ini pun dalam setengah tahun sahaja saya belajar, saya memohon berhenti pada guru besar mengatakan saya nak bekerja masuk A.C (Anny Company). Tapi sebaliknya saya tidak memasuk A.C, saya bekerja di kampung, memotong getah.
Amizul : Pad a tahun berapakah pakcik berumah tangga?
Pakcik: Saya berumah-tangga mula pada tahun lima puluh lima(55).
Amizul : Siapakah nama isteri pakcik dan apakah pekerjaan isteri pakcik
dahulu?
Pakcik : Nama isteri pakcik ialah Che Ah binti Mohd Arif, dia bekerja secara suri rumah tangga sepenuhnya.
4
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertempuran dengan Komunis di Hutan Balak. Kluang. Johor pada tahun /953
Amizul : Hasil dari perkahwinan pakcik, pakcik ada berapa orang anak?
Pakcik: Kalau hasil perkahwinan saya, dikumiakan Allah Subhanawataala
sembi Ian orang anak, dua meninggal, yang laki-Iaki dua-dua meninggal.
Tinggal sekarang tujuh, lima perempuan, dua lelaki masih ada, yang hidup.
Amizul : Berapa lamakah pakcik sudah tinggal di kawasan perumah ini?
Pakcik : Pakcik tinggal di sini semenjak sebelas hari bulan, tahun sembilan belas enam lapan, sehingga hari ini.
Amizul: Bagaimana keadaan masa mula-mula pakcik tinggal dahulu?
Pakcik : Kalau nak diikutkan sejarah tinggal dulu di sini memanglah sangat sukar. Bas pun tak sampai di sini, jauh berjalan kaki, masa dulu ada kawan saya yang naik basikal, tapi saya masa tu sudah mempunyai
sebuah motorsikal Honda. Itu adalah kemudah saya ulang alik ke
tempat kerja saya sejauh dalam sepuluh kilometer dari sini. Jadi tak berapa sukarlah tentang perjalanan kehidupan saya, tapi tentang kehidupan disini saya rasa boleh tahan sikit lah, pasal sekolah pun dah mula nak buat, lama-lama kemudahan tu datanglah. Kalau masa baru-
barn memang banyak kesukaran. Air pun mandi di lombong, air nak
mandi pun dilombong, semuanya ambil dilombong. Masa tu penduduk
tak berapa ramai, jadi air terjamin bersih. Sekarang lombong tu telah dikambus untuk buat pembangunan.
Amizul : Macam mana bekalan elektik apa semua pakcik?
Pakcik: Masa tu barn-barn memang tidak ada bekalan elektrik dan air.
Kemudian beberapa tahun telah duduk di sini, saya tak ingat pulak
tahun berapa mas uk elektrik dan air.
Amizul : Tahun berapakab pakcik berhijrah ke Selangor?
Pakcik : Saya berhijrah ke Selangor pada bulan enam tahun seribu sembilan
5
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertempuran dengan Komunis di Hutan Balak, Kluang, Johor pada tahun 1953
ratus enam puluh empat daripada Terengganu, Kuala Terengganu ke
Kuala Lumpur oleh sebab diperintahkan bertugas di ibu pejabat polis Bukit Arnan. Masa tu bemama Jalan Melak
Amizul: Sebelum ini pakcik menetap di mana dan bersama siapa?
Pakcik: Sebelum saya duduk di Selayang ni, saya dulu tahun enam puluh
empat tukar dari Terengganu ke Kuala Lumpur, saya tinggal di Kampung Barn,
Jalan Raja Muda Musa.
Amizul : Berapakab umur pakcik semasa mula-mula zaman darurat?
Pakcik : Masa zaman darurat, umur saya lebih kurang enam belas tahun.
Amizul: Di mana kab pakcik pada masa zaman darurat tu?
Pakcik : Pada zaman darurat, masa tu saya tinggal Kampung Bintang, bersama
orang tua saya.
Amizul Pada masa tu, apakab perasaan pakcik apabila Tanab Melayu
diistibarkan darurat?
Pakcik: Masa tu kira-kira umur saya pun di peringkat yang rendah, tiada
perasaan apa-apalah. Masa tu kemudahan media masa, baik surat
khabar, baik radio, memanglah tidak mempunyai wartawan kampung.
Tetapi semenjak umur saya lapan belas tahun, saya merasai membenci pada komunis kerana dia memerintah Malaya ni dalam empat belas hari
dengan cara kezaliman dia membunuh orang kampung, membakar
rumah-rumah orang kampung, di pertama di jalan kawasan dari Batu Pahat ke Parit Sulung, di situlah mereka banyak membakar dan
membunuh, tetapi kampung saya oleh sebab kampung saya terpencil
duduk di tengah-tengah, orang-orang kampung saya tiada kena apa-apa
kemalangan dan mereka tak sampai kampung saya. Kampung yang
berdekatan sajalah yang merasai kesukaran begitu. Tetapi semangat kebencian saya sentiasa ada membenci komunis.
6
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Raji Moh/lttNshid EM Mohd Said menJlltai peristiwa pertempuran dengan Komunis di Bulan Balak, Kluang, Johor pada tahun 1953
Amizul : Pad a masa kejadian tu, ada tak pakcik tengok sendiri kejadian
tersebut? Macam pembunuhan?
Pakcik : Pada masa tu, saya tiadalah. Pertamanya mendengar berita dari orang-
orang tua kebanyakannya mengatakan begitu, tetapi asap yang tebaI
naik ke atas langit, saya dapat lihat dari kampung saya.
Amizul: Bagaimana pula dengan ahli keluarga pakcik pada masa tu?
Pakcik: Pada masa tu, keadaan keluarga saya tiada menjadi apa-apa pasal orang kampung masa tu kira-kira masing-masing membawa pemikiran
sendiri untuk mempertahan diri sendiri sahaja. Oleh sebab masa tu, kampung dari satu rumah ke satu rumah amat jauh, tiadalah seperti sekarang, tiap-tiap tanah penuh dengan rumah. J adi tak ada apa-apa
ketakuan.
Amizul : Bagaimana kaum lelaki dan wanita pad a masa tu pakcik?
Pakcik: Masa zaman pakcik masa tu, kaum wanita dengan lelaki memang
jauhlah bezanya oleh sebab kawalan, kata orang dengan cara disiplinlah, lelaki dengan perempuan tu, yang pertamanya kita segan
dengan orang-orang tua dekat kampung memerhati keadaan kita, jadi kita terpaksa nak menetukan pe' el (perangai) kita, kebaikan kita di kampung, jadi kita jarang lelaki dah perempuan mudah bergaul-gaul seperti sekarang ni. Tapi dulu sehingga tuning sendiri pun susah nak
Jumpa.
Amizul : Pernab tak terjadi kejadian-kcjadian yang tak diingini terjadi diantara
kaum lelaki dab perempuan?
Pakcik : Kalau mengikut keadaan masa tu memang tak ada. Pertama di dalam
kampung masa tu, masyarakat memang bersatu padu. Yang menjadi asas, yang menjadi baik kampung masa tu pe' el kelakuan orang muda ataupun kanak-kanak, disebabkan masa dulu, orang-orang tua
bekerjasama, ada yang mengatakan "Anak awak, anak saya", jadi kita
~=========================================== 7
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertempwan dengan Komunis di Hutan Balak, Kluang, Johor pada tahun 1953
jaga-jaga sesama [Bersama-sama] pe'el kelaku [Perangai] masing-masing, dan tabiat masing-masing, jaga maruah, supaya tidak jadi tercemar. Kalau ada satu pekara berlaku, kita akan sampai kepada ibu
bapa mereka. Ibu bapa mereka mengucapkan terima kasih kepada orang
yang memberitahu tu kerana dia ucap terima kasih supaya anak-anak
mereka menjadi baik. Kita kadanga-kadang jaga kerana "Anak awak, anak saya" Jadi sebahagian kanak-kanak dan orang muda masa dulu,
dia malu atas sebab ni, ada orang lain akan memerhati dia, akan
memberitahu pada ibu bapa, dia jadi takut untuk melakukan satu-satu pekara.Kalau cara amalan macam ni diamal sekarang, saya memang
jadi baik tetapi sebaliknya, ada separuhnya, kita memberitahu pada ibu bapa mereka, kebetulan dia duduk berdua, yang datang seorang, apabila
orang memberitahu lepas dari dia, dia bercakap dengan kawan seorang
lagi, "Agaknya anak mereka tu baiklah, anak dia tu baiklah, padahal
anak dia pun tak gunajuga", begitulah keadaannya.
Amizul: Bagaimana pula keadaan kampung pakcik sendiri ketika itu?
Pakcik: Ketika itu kampung pakcik boleh dikatakan hidup tenteram, aman-
damai. Masa dulu tiap-tiap kampung ada mempunyai ketua kampung,
tempat saya, penolong penghulu tu dinamakan naib, jadi ketua kampung itu kuasa dia besar, disegani orang, apa-apa pekara kita
terpaksa merujuk kepada dia, jadi dia, semua dia ambil tahu keadaan masyarkat dan kampung, siapa orang yang datang, siapa orang yang
bermaustatin, terpaksa dia mengambil berat. Jadi, karnpung halaman
jadi arnan, dan pencuri-pencuri jarang ada, pasal mereka ni tak ada kemudahan untuk lakukan kejahatan.
Amizul : Apakah yang terjadi pada keluarga pakcik pada ketika itu? Dan
siapakah yang paling banyak melindungi keluarga pakcik pada
masa itu?
Pakcik : Keadaan keluarga pakcik ketika itu boleh dikata serupa juga dengan keadaan orang yang berrnaustatin di karnpung ketika itu. Pendeknya
masa dulu boleh katakan segal a tanggunjawab terserah pada seorang
8
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertempuran dengan Komunis di Hutan Balak, Kluang, Johor pada tahun 1953
bapa, dan bapak-bapak saudara, datuk saudara yang menjaga keluarga masing-masing. Jadi diatas keluarga nilah menjadi satu sandaran dipandang orang mulia, hina, dan apa-apa. Kalau kita miskin sekali
pun, kalau pe' el kelaku[Perangai] kita baik, duduk di dalam kampung menjadi sempurna juga.
Amizul : Siapakah yang paling banyak melindungi keluarga pakcik ketika
itulah?Pakcik sendiri atau ayah, ibu bapa pakcik yang menjaga
keluarga pakcik?
Pakcik: Kalau nak ikut, kira-kira, awalnya mula ketika saya masih belum
bekerja apa semua, boleh dikatakan ibu bapa sayalah yang bertanggungjawab segala-galanya. Tetapi setelah saya telah meningkat umur dan bekerja, saya sebagai anak yang sulung, saya pula mengambil alih tanggungjawab untuk membantu orang tua saya dan menyara adik-beradik, bennakna yang kecil menjadi besar dengan sempurna hidupnya, itu semua terpikuI atas bahu saya. Sehingga saya bekerja pun, saya memberi bantuan kepada mereka.
Amizul: Semasa peristiwa, adakah pakcik melihat sendiri kejadian pertempuran?
Pakcik : Diatas peristiwa yang berlaku diatas kezaliman komunis membakar
dan membunuh orang kampung, saya cuma dapat melihat dari kampung
saya sahaja, asap berkepul-kepul naik ke udara dan bunyi kentong yang dipukul oleh penduduk kampung yang berdetum, kuat bunyinya. Jadi
kita tahu, masa dulu, tandanya jika berlaku sesuatu kecemasan, orang kampung akan pukuI kentong, sambung-menyambung. Di situlah yang
kita dapat tahu komunis telah menyerang kampung, membakar dan
menangkap penduduk kampung umumnya.
Amizul : Ketika itu, apakah perasaan ibu bapa pakcik semasa darurat,
semasa peperangan ,semasa pertempuran tersebut ?
9
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertemptUtlll dengan Komunis di Hutan Balak, Kluang, Johor pada tahun /953
Pakcik: Masa berlaku zaman darurat, membakar sana dan membakar sini,
tangkap orang sana, tangkap orang sini oleh komunis, memanglah
banyaknya orang-orang tua pun bimbang dan takut berlaku pada anak-
anak muda mereka, takut ditangkap komunis, dicederakannya. Tetapi
karnpung saya oleh sebab duduk di tengah-tengah kawasan begitu,
jarang berlaku pekara ini, jadi orang karnpung dan ibu bapa saya nampak berkuranganlah untuk berasa takut.
Amizul : Apakah mata wang yang digunakan pada masa itu dan nilai ia,
sama tak dengan masa sekarang?
Pakcik : Masa tu, duit dikirakan ringgit. Bertanda "S" bercalit dua tu, tanda
ringgit digunakan. Dulu pun kita gunakan, sekarang baru berubah
RM, Ringgit Malaysia. Dulu kira ringgit bertanda begitulah. Tapi nilai
ia dulu, kalau katakan satu ringgit, dengan sepuluh ringgit sekarang pun
tak sarna. Besar nilai dulu.
Amizul: Apakah pekerjaan penduduk pada masa tu?
Pakcik : Penduduk kampung, masa itu boleh dikatakan semua memotong getah
dan berkebun kelapa sahaja, tiada mempunyai hasil lain melainkan berkebun, selain bercucuk tanam, jadi untuk memudahkan mereka, cuma tiada susah payah, pendeknya, hidup banyak bergantung atas
pertanian mereka tanam.
Amizul : Ada tak hasil ternakan yang mereka buat, macam ayam, itik ke?
Pakcik: Ada yang diantara mereka, boleh dikatakan seluruh penduduk
kampung membela ayam dan itik adalah untuk kegunaan, keperIuan
makan sendiri. Tak ada seperti sekarang ni, bela banyak-banyak,
bemiaga, jual sana, jual sini. Mereka saja bela untuk kegunaan sendiri.
Amizul : Ada tak orang yang berniaga pada masa darurat tu?
Pakcik : Pada masa darurat, tiada orang bemiaga, baik apa, baik apa pun, tiada
berani. Masa dulu jarang orang-orang Melayu bemiaga. Kalau ada pun masa tu, sebuah kedai Cina sahaja. Disitulah orang-orang Melayu akan
10
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertempwan dengan Komunis di Butan Balak, Kluang, Johor pada tahun 1953
pergi membelinya di kedai Cina itu sahaja, barang-barang kepeduan harianya
Amizul : Ada tak kerja yang dilakukan secara paksa atau sukarela?
Pakcik: Kerja-kerja dimasa itu, masing-masing kira bertanggungjawab ali:l.:. pekerjaan sukarela mereka sendiri, tiada siapa mengarahkan. Oleh sebab mereka yang ada, orang kampung, dia bekerja di tanah sendiri. Ada juga separuh bekerja dengan orang asing sebagai menjadi kuli dan kerja dengan orang-orang Melayu juga ada. Mana yang tidak mempunyai harta, terpaksa lah dia mencari makan dengan bekerja mengopek kelapa, mengangkat kelapa, dan berkebun getah.
Amizul : Bagaimana dengan kegiataan keagamaan ketika itu?
Pakcik: Berkenaan keagamaan masa tu, boleh dikatakan menyeluruh orang
kita ni memang faham dan ambil berat dari segi agama. Sungguh pun
mereka masa tu tidak tahu terjemahan seperti Qulhullahuahad sepenuhnya, tapi mereka tahu membacanya dan mengguna dan yakin
sesuatu pekara, satu ayat tu. Bergepang teguh pantang larang oleh
agama, pahala, dosa, mereka memang dah cukup faham. Dan begitu
juga anak-anak mudanya, dan wanitanya, dia menjadi pafam dari segi agama, pantang larang.Pertama di zaman dulu boleh katakana setiap
orang muda dan wanita masa tu untuk memenuhkan syarat sebagai
seorang muda, hendaklah pandai mengaji, berzanji. Begitu juga wanitanya berzanji dan al-quran. Oleh sebab, ada majIis tu, kalau mereka tak dapat membacanya, mereka rasa terhina. Masa tu,
dikampung-karnpung semuanya boleh dikatakan mengerti membaca,
berzanji dan al-quran. Menjadi asas penduduk kampung masa tu.
Amizul : Bagaimana pula keadaa kawan-kawan pakcik ketika itu? Ada tak
yang pernah menjadi mangsa dalam zaman darurat?
Pakcik : Di zaman itu, di kampung saya, tak ada yang cedera atau pun menjadi mangsa keganasan komunis. Oleh sebab saya dah cerita tadi, kampung
11
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertempuron dengan Komunis di Hulan Balak, Kluang, Johor pada tahun 1953
saya duduk di tengah-tengah yang berlaku dikiri kanan, kampung-
kampung tersebut.
Amizul :Setelah peristiwa darurat, apakah hasrat pakcik ketika itu yang
difahamkan terlibat dalam anggota simpanan polis?
Pakcik: Masa darurat, saya ambil keputusan, saya dan rakan-rakan saya
sekampung tiga orang, nama dia Ali Othman dan Mohd Nor Kesebi,
oleh sebab semangat tinggi dan membenci komunis, di atas nya berlaku
hal-hal keadaan di kampung-kampung yang komunis mengganas,
membakar rumah orang dan membunuh orang, itu sebab kami berasa
berazam untuk membela supaya jangan negara kami, Malaya ni menjadi pemerintahan komunis, saya pun pergilah ke Balai Polis Batu Pahat, tiga orang mendaftar diri masuk menjadi Jungle Company.
Amizul : Jadi bilakan pakcik terlibat dalam Jungle Company ni,FJC?
Pakcik : Saya masuk berkhidmat ni pada satu hari bulan dua tahun lima puluh
dua, masa tu berada di pusat latihan Olding Company, Sungai Buluh,
mula-mula saya masuk tu tahun lima puluh dua. Berlatih disitu selama
dua bulan. Tamat latihan pada bulan empat tahun lima puluh dua .
Selepas tu, kami masing-masing ditukar pada tiap-tiap company sebab
Jungle Company masa tu ada dua puluh dua company. Saya, mula
bertujuan bertukar ke nombor dua company, di Kulai Batu Dua Puluh Tujuh, Johor Bahru, Johor. Saya tak dapat oleh sebab ramai yang minat pergi tukar nombor dua company, oleh sebab mereka memandang
pakaian ,dan cara kesegakan mereka itu. Oleh sebab ramai, saya pun
terpaksa kemudian pertukaran. Kemudian pada itu, kami ditukarkan
nombor enam bel as Jungle Company di Titi Gantung, Grik, Perak,
Bersama dengan Mohd Nor Kesebi. Ali Othaman, dia tukar ke nombor
sembilan belas Jungle Company, Ranggam, Johor. Jadi, sampai tempat
company masing-masing di situ, masing-masing menerima arahan
menjalankan tugas masing-masing di tempat tersebut.
Amizul : Bagaimana pula perasaan ibu bapa pakcik ketika pakcik menyertai
12
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertempuran dengan Komunis di Hutan Balak. Kluang. Johor pada tahun 1953
pakcik menyertai anggota simpanan Jungle Company ni?
Pakcik : Kalau ikutkan keadaan masa tu, tiada orang tua, ibu bapa yang suka
anaknya untuk masuk AC (Army Company), Jungle Company atau pun polis. Oleh sebab masa tu banyak orang-orang kampung yang ada AC
terutamanya, tiapa-tiap hari ada sahaja kematian. Orang-orang kampung jarang nak membenarkan anaknya pergi masuk tu. Tetapi saya oleh sebab semangat dan keinginan dengan kawan saya, masing-masing
dengan cara sendiri, sukarela pergi menjadi Jungle Company dengan tidak memberitahu kepada kedua ibu bapa saya. Tetapi pada esok masa
nak pergi berlepas, saya baru bagi tahu pada pukul lima lebih pada
ibubapa saya telah masuk Jungle Company, kalau tak pergi pun susah,
pergi pun susah. Masa dahulu orang tua kalau dengar bersangkut paut dengan polis, takut kena tangkap, atau kena apa-apa, mereka - pun
diam, tak ada menahan apa-apa, mengikut sahaja.
Amizul : Bagaimana pula pergaulan pakcik ketika menyertai anggota polis?
Pakcik : Masa itu boleh dikatakan, kita tiap-tiap orang muda bekerja masa itu . boleh dikatakan bersatu hati, bersatu padu menentang musuh. Kita
macam kawan-kawan ibarat adik-beradik. Itulah saudara kita yang
paling terdekat, sebagai orang bujang duduk di berek(blok bangunan) yang besar berdekatan, satu berek ibarat satu kampung. Kita berbaik
antara satu sarna lain, tolong menolong. Terutama dengan orang
sekampung sendiri, kalau ada sesama duduk di satu berek itu, lebih
mesra lagi, dialah saudara yang dekat masa tu.
Amizul : Siapakan antara nama-nama anggota pakcik yang masih ingatl?
Pakcik : Anggota saya yang saya masih ingat semasa saya di enam belas Jungle
Company, planton satu saya, tetapi saya dah lupa sebab dah lama, pertama planton Sarjan Sair, nama dia Sarjan Bidin, koperal seksyen saya nama Zabidin. Lans Koperal nya Mohamad Isa, dua kosong
kosong kosong tujuh nombor dia dan lagi satu Harun budak Melaka, dua kosong kosong kosong sembilan kosong.
Amizul : Adakah pakcik seorang yang disegani pada ketika dahulu dan pada
13
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertemf1llTan dengan Komunis di Hutan Balak, Kluang, Johor pada tahun 1953
waktu berkhidmat, adakah pakcik pernah tengok mangsa dikalangan
kawan pakcik yang menjadi mangsa komunis?
Pakcik : Mangsa itu boleh dikatakan tiada boleh nak kata siapa yang dihormati
ataupun tidak. Masa tu dalam jawatan pakcik, pekerjaan pakcik angkatan pakcik serupa, walaupun dia sarjan, walaupun dia berpangkat, sarjan mejar atau apa-apa, dipandang setaraf, sebagai kawan tetapi pangkat, harus dihormati sebagai dia orang tua. Segala-galanya kita
terpaksa patuh berkenaan disiplin atau segala-galanya.
Amizul : Apakah tujuan utama kemunculan komunis pada masa tu?
Pakcik : Tujuan komunis tak lain tak bukan dia nak menakluki Tanah Melayu, masa itu nak jadikan pemerintahan komunis. Mereke memikirkan orang melayu semuanya akan memberikan sokongan kepada mereka. Tetapi
mereka salah anggap, perjalanan mereka salah, sebab mereka telah merosakan hati orang-orang Melayu, dengan cara mereka menangkap
dan membunuh orang Melayu, bakar sana, bakar sini, jadi orang Melayu semuanya berasa takut. Menganggap mereka sebagai musuh
pula. Sebab itulah komunis tidak mendapat sokongan orang Melayu.
Orang Melayu saya percayai tidak boleh jadi komunis pasal apa? Pertama pasal orang Melayu tidak ingin mendapat susah, buat kerja yang susah-susah. Melainkan dia tahu nak senang sahaja, ibarat orang kata, " Tanam petang, pagi nak menuai". Kalau komunis, dia berazam
bersusah payah tidak kirakan anak bini semua, kalau adik-beradik,
bapak sendiri pun dia bunuh. Patuh kepada undang-undang komunis.
Orang kita Melayu kalau ada jadi komunis disebabkan oleh tipu daya komunis dan mengelakan daripada ditangkap diluar atau pun lain-
lain\Bukanlah kerana ideologinya menjadi komunis. Sebab itu orang melayu separuhnya boleh keluar menyerah diri dan ada yang boleh
pakat keluar kahwin. Bangsa-bangsa Cina, komunisnya yang sebenar
dia tidak boleh pakat, tengok pe' el sikit sahaja cara ada perubahan mereka akan ditangkap, dianiayai, diseksa.
Amizul : Adakah pakcik pernah terjumpa atau terserempak dengan komunis
14
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertempuran dengan Komunis di Hutan Balak. Kluang. Johor pada tahun 1953
berbangsa Melayu ketika itu?
Pakcik : Semenjak lagi mula pakcik memotong getah di Air Putih Parit Sulung, sehingga pakcik kerja, tiada yang pakcik temui orang Melayu menjadi komunis. Tetapi ada pun yang nama pun Melayu seperti Jalil, Dollah,
Samsudin, itu ialah pada golongan orang Cina menggunakan nama
orang Melayu. Sebenar dia bukanlah orang Melayu. Tetapi dia anggota
komunis, orang Cina, dia menggunakan bahasa Melayu. Jadi orang
ingatkan dia tu Melayu, sebenarnya dia bukanlah orang melayu, guna
nama sahaja. Ini ialah satu helah, taktik supaya orang Melayu ingat, orang Melayu ada menjadi komunis.
Amizul : Apakah kehendak pihak komunis pada masa tu?
Pakcik: Kalau pada masa tu, boleh dikatakan penduduk yang berhampiran
dengan kaki bukit atau kawasan hitam, darurat yang komunis susah
untuk mendapat bantuan ataupun apa-apa, dia akan memaksa orang-
orang kampung yang duduk ~situ untuk memberi bantuan pada mereka, ubat, beras, mancis, segala-galanyalah, mengehendaki secara
paksa. Jika secara sukarela, saya ingat tiada orang Melayu hendak
memberi bantuan pada mereka kerana mereka pun hidup susah, macam
mana nak membantu komunis. Bagi pihak orang Cina, harus juga pertamanya mereka terpakasa, dan ada juga yang sebenar-benar menjadi penyokong kepada mereka.
END OF TAPE 1 SIDE A: TAPE 1 SIDE B
Amizul : Apakah kesalahan yang dilakukan oleh penduduk tempatan sehingga
---
membawa kemogokan pihak komunis?
Pakcik : Masa itu oleh sebab penduduk-penduduk kampung yang berhampiran
bukit yang dikawasan hitam, yang mereka tidak hendak membantu
pihak komunis, apa yang dihendakinya, suruh membantu pada mereka
memberi makanan, ubat-ubat atau segala-gala kemahuan meraka, tak
dapat dituruti oleh penduduk kampung tersebut oleh sebab mereka
15
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertempuran dengan KO!f1unis di Hu/an Balak, Kluang, Johor pada tahun 1953
kuatir kadang-kala pasukan keselarnatan ada masuk ke kawasan mereka, takut terlibat dengan komunis, mereka akan mendapat hukuman yang lebih teruk.
Amizul: Bagaimana dengan cara komunis cuba menguasai Tanah Melayu?
Pakcik : Komunis cuba menguasai Tanah Melayu,memerintah Tanah Melayu,
mereka memikir mudah untuk mempengaruhi orang Melayu, merka memujuk orang Melayu, mereka mengatakan nak menghalau orang putih, nak menghalau Jepun, pemerintahan Jepun, Jepun zalim, memerintah dia kata akan sarna-sarna dengan British memerintah Malaya semula dan mereka ada yang bekerjasama dengan pasukan sati tiga enam yang turun di Rulu Perak, Grik, di hulu Grik, kebetulan masa
tu memang betul, komunis ada bekerjasarna dengan pasukan satu tiga enam didalarn permerintahan Jepun, oleh sebab di situ mereka turun mendapat kerjasarna, dan lepas tu mereka bertujuan untuk menguasai Malaya bersama-sama tetapi sebaliknya apabila diadakan perungingan, mereka tidak sefaharnan, langsung komunis masuk ke hutan semula dan diperintah diadakan darurat, langsung dia menentang pemerintahan British masa zaman BMA dulu.
Amizul : Pakcik ada sebut pasal Sarjan Mahat, berkaitan dengan dalam artikel
sebelum ni. Siapakah Sarjan Mahat sebenarnya ?
Pakcik: Sarjan Mahat ini ialah ketua planton serjan saya tetapi masa tu satu seksyen masuk, dan dia dengan planton komander Leftenan bahasa Inggeris, menjadi ketua pasukan kami masuk dalarn hutan tu.
Amizul : Apakah jawatan dan tanggungjawab beliau ?
Pakcik: Tanggungjawab Sarjan Mahat serupa dengan bagaimana Leftenan Inggeris itu juga, bertanggungjawab untuk menyerang, membalas serangan, dan memberi arahan-arahan, kalau kita lama bertempur, di situ mereka menggunakan kepakaran masing-masing, memberi arahan kepada orang bawahan.
Amizul : Apakah kejadian pertama yang berlaku ketika pakcik menjalankan
16
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji MoM Rashid Bin MoM Said mengenai peristiwa pertemfJllTatI dengan Komunis di Hutan Balak, Kluang, Johor pada tahun 1953
rondaan bersama-sama rakan?
Pakcik : Masa itu masuk di dalam kawasan hutan kayu balak oleh sebab diatas
maklumat yang didapati, pakcik pun masuklah satu seksyen pakcik
yang diketuai Sarjan Mahat dan polis Leftenan tu pergi meronda, menjejak langkah-Iangkah yang dikatakan mendapat maklumat komunis ada berkeliaran di kawasan kayu balak itu. Kami pun
masuklah. Tapi sebelum kami masuk, sebelum itu ada planton seksyen
kami juga, dia masuk pergi menghala sebelah kanan. Jadi dia ni yang terdulu satu hari punya masuk tidak menemui komunis tu pasal dia
pergi ke simpang kanan, terns. Sedangkan kem komunis terns. Kami
berjalan, pasal semalam dia orang dah pergi masuk sebelah kanan, petro (planton) meronda di kawasan tersebut, saya pun terns ke kawasan. Tak jauh dari simpang tersebut, barangkali lebih kurang tiga suku bam, itu yang kami terns, Sarjan Mahat dan polis Leftenan mengesyaki ada jejak komunis di kawasan tu, mereka cuba meninjau-ninjau, memberi syarat berhenti dan meninjau-ninjau keadaan di situ, langsung Sarjan Mahat kena tembak. Kami masa tu masing-masing kenderaan tembakan,
masing-masing mencari perlindungan sendiri dan membalas tembakar
komunis tersebut.
Amizul : Bagaimana dengan planton yang pertama sebelum kumpulan pakcik
ataupun grouping pakcik sampai?
PakciK: Seksyen yang semalamnya pergi masuk ke kawasan tu, tiada apa-apa,
pergi selamat, balik selamat dan tiada apa-apa berita, tiada menjumpa kesan, oleh sebab kawasan tu komunis tidak melalui, cuma komunis
lalui, kawasan yang saya lalui pada hari berlaku tersebut. Oleh sebab
sebelum sampai kejadian pagi ni sebenamya kami masuk lagi telah menemui pekerja-peketja kayu balak, pecayai peketja kayu balak tersebut memanglah penyokong-penyokong komunis. Kalau mereka
tidak menyokong, mereka akan mata. Terpaksalah mereka menyokong
dengan sukarela atau pun paksaan tak dapat diketahui sebenamya.
~~======================================================== 17
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertempuran dengan Komunis di Hutan Balak, Kluang, Johor pada tahun 1953
Pakcik: Kepakaran seperti itu memang tidak ada lah. Pasal yang dia ajar untuk kegunaan semasa sahaja yang kepakaran tu sendiri. Macam pakcik membawa bring-gun ( Sejenis senjata), pakcik di aja(,1'ilatih untuk segala masalah tentang beringgan supaya berlaku satu pekara, kita
boleh mengatasinya. Sebab itu setiap orang yang membawa beringgan
dibagi lebih senjata, mempunyai satu pistol lagi seperti mana Planton Serjan membawa pistol, macam polis leftenan, Planton Komande~'ldia membawa bronin (Sejenis senjata). Jadi orang membawa bring-gun, terpaksa menggunai senjata lebih satu pasal takut berlaku kerosakan di atas bring-gun mereka, mereka boleh membaiki. Di masa membaiki,
takut komunis datang menyerang, mereka ada mempunyai senjata lain
Amizul : Adakab bring-gun ini merupakan senjata utama yang digunakan dalam
peperangan, pertempuran bersama komunis?
Pakcik: Inilah senjata utama yang digeruni oleh komunis. Oleh sebab ia senjata automatik, mempunyai peluru yang banyak, komunis memang takut. Tetapi bahayanya kepada yang membawa, memang cukup
bahaya lah dari segi masuk hutan, meronda, komunis kalau ada apa-apa
hal, orang yang membawa beringgan yang dituju dahulu.
Amizul: Seingat pakcik siapakab pejuang-pejuang dari kalangan Melayu yang
berjuang untuk mengusir komunis pada masa tu selain daripada pakcik
punya polis, anggota-anggota polis, Federal Jungle Company ni , Apa
lagi pejuang-pejuang yang terlibat dalam mengusir?
Pakcik: Pejuang-pejuang yang sealing dari anggota polis, boleh dikatakan banyak jugalah, yang bahagian sukarela, orang kampung yang membagi maklumat. Sungguhpun mereka tak mengangkat senjata dan berjuang, tetapi mereka memberi maklumat dengan sepenuhnya pergerakan
komunis. Ada separuhnya, ada yang kadang-kadang mengaku dianya
menjadi komunis, sebaliknya dia tidak komunis, untuk mendapat maklumat, memberi pada pasukan keselamatan. lni lah jasa mereka. Oleh sebab system kampung-kampung dulu ada mempunyai ketua
19
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertempuran dengan Komunis di Hutan Balak, Kluang, Johor pada tahun 1953
kampung, naib, dan penghulu, penghulu dan naib ada mempunyai
orang-orang tertentu, boleh dikatakan orang kuat, orang kanan, boleh
dikatakan orang-orang ni semua lah yang akan mendapat maklumat dari
satu mulut ke satu mulut, boleh menjadi satu keamanan kampung tu. Jadi nak berlaku satu-satu pekara, dengan mudah mereka boleh
mendapat. Tetapi dengan cara dahulu, lain. Masa dulu, masing-masing
menjaga keselamatan untuk faedah kampung sendiri. Tak ada seperti sekarang ni, ibarat "Kau, kau, aku, aku". Sehingga jiran sebelah pun, nak pergi mana-mana tak bagi tahu. Datang lori angkat barang
dia,orang ingatkan dia nak tukar barang, ataupun pindah.Bila dia balik
dari kampung dia menangis-nangis, barn tahukan dia tu berlaku
kecurian. lni lah satu penyakit tidak menggunakan kejiranan, setia dan menggunakan cara kita, aturan hidup, masyarakat sebagai orang
Melayu yang mempunyai. adapt resam. Sebagai Melayu, kita lupakan
pasal mengingatkan "Kaukau, aku,aku." Kalau "Kau kena curi, atau
kena bunuh, ibarat kau punya pasal." Tetapi mereka tak tahu,mereka
punya giliran akan sampai tak lama lagi. Inilah satu penyakit. Orang
dulu-dulu tak ada mengingini pekara semacam ini berlaku, semacam
inilah mereka bertindak. Sebelum pokok tu menjadi besar mereka sudah tebang dahulu.
Amizul : Seingat pakcik, berapa orangkah dalam pasukan yang pakcik sertai?
Pakcik: Pasukan yang saya sertai masa berlaku kejadian ini, lebih kurang dalam dua belas orang. Saya satu seksyen sebenarnya sepuluh orang,
tapi tambah planton serjan, planton komander leftenan, tambah duajadi dua belas orang. Masuk ke dalam hutan tu seramai dua belas orang.
Amizul : Siapakah nama ketua di atas kelolaan pakcik?
Pakcik : Ketua, kalau sebagai OC dalam company, nama dia saya tak ingat.
Tapi dia seorang orang putih, bangs a Enggeris, nama saya tak ingat.
Planton Komander saya ni, leftenan, saya pun lupa namanya. Yang saya ingat, planton serjan sayalah. Sarjan Mahat.
Amizul : Ada tak di kalangan orang Melayu sendiri yang menjadi talibarut
20
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertempuran dengan Komunis di Hutan Balak, Kluang, Johor pada tahun 1953
komunis pada masa tU?
Pakeik: Kalau nak kira memang ada. Tetapi tidak berapa ramai. Mereka ni
sebab jadi begitu oleh sebab dengan paksaan, atau ada sebab-sebab tertentu untuk kepentingan diri mereka. Ada juga separuhnya, orang-orang Melayu yang masuk komunis bukanlah dengan eara saya sebut
tadi, dengan ideologi sebagai mana Mahendara (Nama orang). Mahendra ni ialah seorang guru agama, mereka ini bersemangat tinggi,
semangat kebangsaan untuk membebaskan Malaya daripada penjajah, tetapi mereka tak ada mempunyai kekuatan dan tak ada rakan-rakan
sebagai orang Melayu sendiri untuk menubuh satu pasukan untuk
menentangnya. Terpaksa mereka berasingan. Apabila mereka
menjumpa kumpulan komunis, komunis telah menggunakan kelemahan ini, dia kata,dia akan beri bantuan kepada orang-orang Melayu untuk
membebaskan Malaya ni dari eengkaman orang Jepun dan British. Jadi
disini, mahendara masuk komunis, tetapi sebenamya bukanlah anggota
komunis. Dengan seeara tak langsung, dengan tipu helah komunis, dia
telah menjadi golongan komunis. Sebab tu jadi di Bukit Kepong, satu koperal sudah hendak menembaknya, dia menegahnya, dia kata
''jangan, yang telah lalu, sudah, yang sudah.sudahlah, jangan." Oleh sebab masa dia orang melakukan pekara tu, dia tidak ada disitu. Dia
datang terkemudian.
Amizul : Dalam peristiwa Bukit Kepong, apa pandangan pakcik ketika itu?
Adakah pakcik berada di sana atau pakcik mendengar dari ketua-ketua
pakcik?
Pakeik : Hal bukit kepong ni, masa itu berlaku, saya masih dalam sekolah lagi.
Tetapi oleh sebab dengar eerita-eerita kemudian daripada itu dan
daripada orang-orang kampung, pegawai-pegawai yang berkenaan,
dieeritakan oleh polis-polis yang telah lama bekerja masa saya dalam pasukan polis, disitulah berita yang saya boleh kumpulkan, mendapat
dari mereka perkhabaran seperti ini.
Amizul : Pernah tak pakcik nampak orang yang ditembak oleh anggota
21
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertempuran dengan Komunis di Hutan Balak, Kluang. Johor pada tahun 1953
komunis?
Pakcik: Saya berdepan betul, tengok tidak adalah depan saya sendiri masa
saya bertugas baikpun masa saya jadi orang awam, tak ada saya nampak melakukan tembakan di depan saya sendiri.
Amizul : Sekiranya macam tu, anggaran pakcik, berapa jauhkan musuh dari tempat pakcik ketika itu, ketika bertempur?
Pakcik : Pada masa itu, jarak dia dalam lebih kurang tiga puluh kaki kaki dari sentri dia, pengawal dia ni dengan pakcik dan Sarjan Mahat yang meninjau-ninjau, dalam tiga puluh kaki kaki. Kern mereka barangkali ada dalam empat puluh kaki lebih jarak dia. Kern mereka ini duduk di kaki bukit. Jadi memang sukarlah, kalau kita tembak,memang boleh
dikatakan sukar mereka tu nak kena. Oleh tempat mereka nak lari pun,
di jalan yang curang, menghala turon bukit, jadi kalau ada pun, orang di belakang-belakang pakcik yang sebelah, yang lain barangkali tembak
dengan peluru bring-gun barangkali masa tu, ada yang boleh terkena
mereka, kesan-kesan darah mereka ada dan bekas kern mereka tu, satu
nya ada seorang perempuan oleh sebab tempat tidur tu berasing, tak
bercampur. Yang lain-Iaing anggota lelaki.
Amizul : Seingat pakcik, berapakah tembakan yang dilepaskan semasa
pertempuran?
Pakcik : Oleh sebab tembakan komunis, oleh sebab memanglah dia menembak
kita dahulu, bila dia dengar pengawal dia mula menembak, yang lain
pun terns mengambil bahagian menembak. Dia dengar tembakan tu
daripada mana, mereka pun menembak.Pihak kami pun membalas
tembakan.Bertambah-tambah lagi mereka mengetahui di mana
kedudukan kami.Bertembak-tembak masa tu. Jadi mereka lebih
mengetahui yang kehadiran kami hampir dengan mereka. Oleh sebab
kami berjalan, dengan sepuluh orang tentu ada bunyinya walaupun kita tidak bercakap. Tetapi oleh sebab mereka berhati-hati, mereka ingatkan
pihak pasukan kami jalan terns sahaja, tak ada mengesan mereka.
22
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertempuran dengan Komunis di Hutan Balak, Kluang, Johor pada tahun 1953
Amizul :Apa tindakan pasukan pakcik pada masa tu?
Pakcik : Masa tu, apabila dengar letupan bunyi dari pihak komunis menembak
Sarjan Mahat, pasukan kami dengan serta-merta masing-masing mencari perlindungan untuk menyelamatkan diri masing-masing dan
bertindak balas ke arah bunyi peluru komunis yang mana kita percaya
komunis tu dah ada, di situ masing-masing menembak kearahnya
bertubi-tubi dan berhati-hati.
Amizul: Pernah tak pakcik membunuh anggota komunis?
Pakcik : Bagi pihak tangan saya sendiri, membunuh tak adalah. Oleh sebab kita
masuk hutan berkelompok, berkawan, jadi tak dapat ditentukan siapa yang akan menembak, membunuh tiap-tiap satu kalau berjumpa komunis yang kita tembak mati.
Amizul: Apakah perasaan pakcik dapat menewaskan komunis?
=-
Pakcik : Apabila kami sudah mengetahui bagi pihak kami berjaya dan pihak komunis sudah mengundur diri, dia tidak akan bertahan lama, kemudian
sesudah kami membuat pembersihan segala-gala dan tiada pihak kami
yang binasa, pihak kami puas hatilah. Tetapi sebaliknya sebelum saya
membuat pembersihan, saya diberitahu oleh Leftenan memberi isyarat
masa sudah tembak-menembak, apabila kami telah berenti tembak-
menembak, masing-masing berwaspada rnemerhati keadaan takut kalau
ada komunis lagi berlari atau pun apa-apa, kami pun melihat keadaan
seperti itu sudah bersih, karni pun masing-masing beredar dari ternpat
berlindung. Saya pun pergi tempat saya berlindung, tengok-tengok di
akar kayu yang tebal di ternpat saya berlindung, saya terlihat peluru
berada dalarn lima enam butir, peluru stenggan melekat pada akar kayu
yang tebal itu. lika komunis menggunakan senjata rapel, kayu tu akan tern bus dan mengenai dada kanan saya dan dada kiri Koperal Mad
Samad. ladi apabila sudah melihat keadaan sebegitu, saya kata
bersyukur pada Allah taala telah rnenyelarnatkan keadaan,
rnernanjangkan umur saya. Oleh sebab tiada ternbus nya akar kayu itu, saya selarnat dan panjang urnur dan begitu juga koperal Mad Sarnad.
23
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertempurm, dengan Komunis di Hutan Balak, Kluang, Johor pada tahun 1953
Amizul: Selain daripada kern kornunis yang pakcik berternpur ni, pernab tak
pakcik rnengbadapi kern-kem komunis yang lain?
Pakcik: Selepas pekara ni berlaku, ada juga yang saya pergi, di kawasan Layang-Iayang, oleh sebab mendapat maklumat disitu, seorang
penoreh getah telah diikat komunis dan dibunuh, perempuan. Mereka
ini ialah mak mentua kepada komunis serah diri, dan mak kepada
perempuan W.S.C punya mak. Itu komunis mendapat maklumat dari
pemotong-pemotong getah yang lain, langsung mak mereka ni diikat,
ditembak dan ditikam dengna pisau beberapa kali. Apabila menerima
laporan, seksyen saya pergi ke tempat itu juga, kali ini, Mad Samad sahaja yangmenjadi ketua seksyen. Sarjan Mahat dan leftenan tidak ikut oleh sebab kami pergi satu seksyen. Masa ini saya telah membawa
senjata beringgan. Jadi pergilah kawasan tersebut melalui kebun getah, dan melintas hutan-hutan untuk sampai ke kebun getah yang lain, pergi
mengambil mangsa yang dibunuh oleh pihak komunis. Sebelum sampai
tu, kami di acah-acah oleh komunis juga supaya kami masuk perangkap mereka menhambat(mengejar) mereka. Tetapi kami telah faham taktik komunis sebegitu, kami tidak akan mengikutnya, kuatir dibubuh
jerangkap samar atau apa-apa. Kami mengambil pemerhatian juga berwaspada. Pertama kami pergi mengambil masa yang kena tu
dululKemudian kami akan menghantar berita kepada kern kami
mengatakan komunis ada di dalam kawasan tu. !tu terpulanglah kepada
OC kami untuk bagaimana tindakannya, menghantar orang atau apa-apa
lain-lain tindakan.
Amizul : Apakah barang-barang yang biasa tedapat dalam kem komunis?
Pakcik : Apabila selepas daripada pembersihan, didapati barang-barang yang
ada di dalam kem mereka seperti makanan, pakaian, itu sahaja yang dapat.
Amizul : Apa yang pasukan pakcik buat terhadap barang-barang komunis yang
ditinggalkan?
24
-
skrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertem[Ml'an dengan Komunis di Hutan Balak, Kluang, Johor pada tahun 1953
Pakcik: Karni diperintahkan rnernbawa batik ke kern dan rnenyerahakan ke
Balai Polis untuk dijadikan barang bukti.
Amizut : Ada tak sebabagian barang-barang yang pakcik rampas tu digunakan?
Macam barang-barang makanan.
Pakcik: Barang-barang yang kita dapat dari rampasan sepertl ltu tidak dibenarkan rnengarnbil barang rnakanan atau apa-apa pun. Terpaksa kita
serahkan kepada balai polis untuk dijadikan bukti
Amizul: Bagaiamana dengan kenderaan yang digunakan untuk membawa
pasukan dan barang-barang yang dirampas dari komunis?
Pakcik : Dari dalarn hutan, karni angkut anggota karni sarnpai ke jalan raya. Naik ke lori tiga tan dan GMC kenderaan perisai untuk mengiringi
kami.
Amizul: Adakab pakcik mempunyai kenderaan sendiri pada zaman darurat?
Pakcik: Sernua anggota pasukan pada rnasa tu tidak rnernpunyak kenderaan
sendiri. Semua kenderaan yang disediakan oleh pasukan.
Amizul : Bagaimana pakcik dan pasukan dapat mengenal pasti sarna ada orang
tersermpak itu adalab komunis atau orang awam?
Pakcik: Oleh sebab dalam hutan masa itu, kawasan hutan berkurung, kita
boleh mernbezakan selain pekeIja kayu balak, di situ dikira kawasan larangan, jika kita nampak ada selain dari kita aggota keselamatan, mereka tu kita anggapkan sebagai komunis. Bolehlah kita bertindak.
Juga dalarn begitu, kita harus berhati-hati juga, takut sebahagian kadang-kadang ada juga orang asli yang berkeliaran di dalam kawasan itu.Inilah yang menjadi masalah bagi kita. Separuhnya komunis ada juga yang berlindung di sebahk orang ash.
Amizul : Bagaimanakab pula dengan pakaian komunis yang mereka pakai pada
masa tu? Adakab sarna seperti orang awam ataupun mereka ada
25
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertempuran dengan Komunis di Hutan Ba/ak, Kluang, Johor pada tahun 1953
pakaian mereka sendiri?
Pakcik : Warna pakaian seragam dia orang ialah sepertimana polis pakai, kasut
kain, songkok bucu lima, bintang tiga, dan juga pakaian lain-lain yang mereka pakai, oleh sebab mereka tidak mempunyai banyak pakaian
yang mereka terhad, pakaian-pakaian yang mereka ada.
Amizul: Sepanjang tempoh darurat di Tanah Melayu, ada tak kumpulan-
kumpulan lain yang menentang komunis selain tentera ataupun polis
ataupun selain komunis, ada tak musuh-musuh lain?
Pakcik: Dalam hutan, tentera dan FJC sahaja, di kawsan luar, Jungle Squad, EPC, AC, ASU, home -guard, AP yang mengawal keselamatan luar. Di
dalam hutan, tiada lain daripada pasukan yang dua, tentera dan FGC.
Amizul: FJC tu apa pakcik?
Pakcik: FGC tu nama penuhnya, dalam bahasa orang putih Federal Jungle
Company.
Amizul : Bagaimana pula semangat orang Melayu pada masa itu secara amnya?
Pakcik: Semangat orang Melayu pada masa itu, semuanya semangat untuk
hendak kebebasan Malaya.
Amizul : Apakah sebab komunis cuba menguasai Tanah Melayu pakcik?
Pakcik: Oleh sebab gerakan komunis sejak tahun dua puluhan lagi dan bangsa nya pun ramai di Tanah Melayu. Negara Cina berdekatan dengan negeri
Tanah Melayu. Dia ingat orang Melayu memberi sokongan kepadanya
tetapi sebaliknya orang Melayu tidak memberi sokongan kepadanya.
Sebab orang Melayu ingin memerintah sendiri.
Amizul : Pernah tak pakcik berperang sebelum kejadian pada hari pertempuran
itu?
26
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertempllFan dengan Komunis di Hulan Balak, Kluang, Johor pada tahun /953
Pakcik: Saya pemah berjuang semasa saya bertugas di Enam Belas Jungle Company di Titi Gantung, negeri Perak, Selalu bertembung dengan
komunis apabila masuk di dalam hutan membuat operasi, meronda
tetapi komunis anggotanya sedikit, dia tidak akan melawan lama,dia
akan tembak-tembak secara tembak cun, lepas tu mereka lari
menghilangkan din.Kita tidak dapat nak mengesan oleh sebab
memandangkan keadaan bahaya pada pasukan kita, kita terpaksa
bertindak kemudiannya dengan perlahan-Iahan, berwaspada.
Amizul : Pad a anggaran pakcik, jam berapakah selalunya pasukan pakcik mula
masuk ke hutan, untuk menjalankan rondaan?
Pakcik : Pada jam sembi Ian pagi berdasarkan ada jumpa pekerja-pekerja kayu balak.
Amizul : Rondaan yang dibuat adalah rondaan keberapa semenjak pakcik
menjadi anggota polis hutan?
Pakcik : Tak dapat dikira kerana memang kerja Jungle Company untuk masuk hutan untuk berusan, oleh sebab itu kami tak dapat mencatitnya berapa
kali dan berapa banyaknya.
Amizul : Dalam sehari tu, berapa kali pakcik?
Pakcik: Di dalam keadaan sebegini. Tengok keadaan juga. Kalau kita pergi yang lebih jauh, sebulan kadang-kadang, seminggu, dua rninggu, melihat keadaan tempat yang dituju. Masa yang pergi ni oleh sebab rnendapat maklumat mengatakan komunis berada berkeliaran di
kawasan kayu balak tu, pun lagi kawasan tu tidak berapa jauh dari kern Jungle Company, dia menghala jalan ke Kluang. Sebab itu kami tak lama memasuk operasi, pergi pagi petang batik. Berganti-ganti, bergilir-
gilir. Mana planton yang tinggal di dalarn kern, kami sebagai stanby di
dalarn kern untuk operasi yang mana dekat dengan kern.
27
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertempuran dengan Komunis di Hulan Balak, Kluang, Johor pada tahun /953
Amizul : Ketika membuat rondaan pada hari tersebut, apakah kejadian atau
peristiwa pertama pakcik alami pada hari itu?
Pakcik : Kejadian seperti itu ialah kali pertama bagi pasukan saya memasuki hutan tersebut.
Amizul : Berapakah anggota kumpulan pakcik yang terlibat pada hari tersebut?
Pakcik : Kami masuk ke kawasan tersebut sebanyak satu seksyen, dua belas
orang termasuk seorang planton sefJan dan seorang polis
leftenan Anggota kami ialah seksyen tiga, pIanton tiga. Sembi Ian Belas
Jungle Company
Amizul : Bagaimanakah pasukan pakcik boleh tiba di tempa rondaan?
Kenderaan apa yang digunakan untuk ke tempat rondaan?
Pakcik: Pasukan kami berlepas daripada kern dengan menaiki lori dengan
diiringi oleh MGC, kereta perisai yang mengiringi kami untuk ke tepi
jalan mas uk ke hutan.
END OF TAPE 1 SIDE B: TAPE 2 SIDE A
Amizul : Dimanakah tempat permulaan rondaan pada hari tersebut?
Pakcik : Apabila saya berlepas dari kern menaiki lori, turun sahaja dari lori di tepi jalan raya, terus masuk dalam kawasan hutan, di situlah kira permuIaan membuat rondaan sebagaimana makIumat yang diterima
mengatakan komunis berkeliaran di dalam kawasan kayu balak.
Amizul : Sebelum rondaan, apa pakcik dan pasukan pakcik buat? Berdoa atau
sebagainya?
Pakcik : Semasa hendak berlepas, terlebih dahulu kami diberitahu oleh ketua,
bagaimana caranya, apa-apa halnya untuk memberi tahu berkenaan
maklumat yang diterima di kawasan yang masuk kawasan yang
bahaya,disitu ada komunis yang berkeliaran dan masing-masing dengan
petua-petua dan berdoa, ituatas perdirian masing-masing.
28
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertempuran dengan Komunis di Hutan Balak, Kluang, Johor pada tahun 1953
Amizul : Apa tugas pakcik dalam pasukan pakcik pada hari itu? Pakcik : Saya pada hari itu ditugaskan sebagai Ricky nombor dua iaitu
peninjau, membawa senjata Stin-gun berjalan di hadapan nombor dua.
Amizul : Bagaimanakah struktur muka bumi tempat pasukan pakcik membuat
rondaan?
Pakcik : Kawasan itu kawasan berbukit-bukit, kawasan yang semak, kawasan
yang dikatakan kawasan kayu balak, disitu memanglah dikatakan sukar
untuk menjalankan segal a aktiviti meronda oleh sebab jalannya pun teruk, ia sebagai jalan hutan. Di situ memang tempat komunis suka berjalan oleh sebab kalau kita masuk tentu sukar bagi kita.
Amizul: Apakah kesusah yang pakcik hadapi sewaktu membuat rondaan pada
hari tersebut:
Pakcik: Pada hari tersebut masa saya menjalankan rondaan dengan rakan-rakan semua satu seksyen itu, menjadi kesukaran bagi pihak kita ialah pekerja-pekerja kayu balak. Semuanya berbangsa Cina. Oleh sebab komunis kebanyakan berbangsa Cina, kita takut kita salah anggap, kita
salah pemerhatian, kita tembak orang yang tidak jadi komunis. Sebab itulah kita berhati-hati dengan teIiti, mengamati mereka tu benar ke
pemotong kayu balak atau pun komunis. Sebab itulah kita berhati-hati
dan jalan perlahan-Iahan untuk menuju ke kawasan yang lebih jauh ke dalam hutan.
Amizul : Sebelum ini, pernah tak pakcik menghadapi situasi yang sarna seperti
situasi pada hari peperangan tersebut?
Pakcik : Setiap kali kalau pasukan saya melakukan segala tugas rondaan masuk
ke dalam hutan dibana-mana sekali pun, serupa juga menghadapi kesukarannya.
Amizul : Seingat pakcik, pukul berapakah pakcik dan pasukan pakcik
29
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertempuran dengan Komunis di Hutan Ba/ak, Kluang, Johor pada tahun 1953
menyedari kehadiran pihak komunis?
Pakcik : Lebih kurang jam sepuluh hingga sepuluh setengah pagi.
Amizul : Pada anggaran pakcik, berapa ramaikah bilangan pihak komunis
ketika kejadian itu?
Pakcik : Pada masa kejadian itu, oleh sebab mendengar cara tembak-menembak depan komunis tu, anggota komunis dipercayai dalam tujuh lapan orang sahaja.
Amizul : Apakah senjata yang digunakan oleh pakcik dan kawan-kawan pakcik
untuk menentang komunis?
Pakcik: Saya sebagai ricky [Peninjau] merupakan senjata stin-gun dan kawan-kawan lain memakai kerbain(sejenis senjata), dan satu brin-gun. Pegawai sebagai sarjan memakai kerban dan membawa pistol bagi leftenan dia memakai kerbain dan bronin (Sejenis senjata).
Amizul : Berapa banyak peluru yang diberikan kepada pasukan pakcik?
Pakcik : Peluru yang diberi pada setiap orang sebagai mana stau brin-gun dan
yang lain-lain, senjata kerbain, pegawai ada dua senjatq satu kerbain satu bronin sebagai mana yang disebut tadijuga tiap-tiap ahggota dibekalkan kerbain, juga born tangan, born asap, bennet, parang tiger roop iaini tali harimau. Itu lah kelengkapan yang diperuntukan kepada
pasukan karni untuk mernasuki hutan.
Amizul : Adakah habis peluru yang dibekalkan kepada pasukan pakcik dalam
menentang komunis pada peristiwa itu?
Pakcik : Tidak kehabisan peluru kerana rnenggunakan berhati-hati dan peluru
secukupnya.
Amizul : Ada tak menggunakan born atau bahan letupan lain dalam kejadian
tersebut?
30
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertempuran dengan Komunis di Hutan Balak, Kluang, Johor pada tahun /953
Pakcik: Born tangan dan born asap ada tetapi tak digunakan kerana
pertempuran itu dikira satu pertempuran yang keciL Pakcik jarang menggunakan seperti born yang tersebut.
Amizul : Bagaimana pakcik dan pasukan pakcik mempertahankan diri dalam
kejadian tersebut?
Pakcik : Menggunakan segala pengetahuan dan taktik mencari tempat
perlindungan serat menyerang balas kepada komunis yang membuat
serangan pada pasukan kami.
Amizul : Apakab perasaan pakcik dalam kejadian itu ?
Pakcik : Tiap-tiap anggota memang mempunyai semangat untuk mengalahkan
musuh, langsung tiada apa-apa yang ditakutkan. Sememang orang
muda, tetapi sekarang apabila teringat-ingat sesungguhnya menakutkan.
Amizul : Adakab abli pasukan pakcik yang tercedera ?
Pakcik : Tiada
Amizul : Adakab abli pasukan pakcik yang menemui ajal dalam kejadian
tersebut?
Pakcik : Tiada
Amizul : Adakah pasukan pakcik mendapat bantuan daripada pasukan lain
dalam menewaskan komunis pada bari tersebut?
Pakcik : Tiada dapat bantuan lain kerana pertempuran itu dikira satu
pertempurankecil. Dengan anggota kita sendiri telah mencukupi untuk
menentang musuh yang ada.
Amizul : Berapa lamakah tempoh pertempuran antara pasukan pakcik dengan
pihak komunis?
Pakcik : Dari mula hingga selesai dalam pertempuran tersebut, selama lebih
kurang lima belas minit.
31
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertempuran dengan Komunis di Hutan Balak, Kluang, Johor pada tahun 1953
Amizul: Pada anggaran pakcik, adakah ahli komunis yang tercedera?
Pakcik : Selepas membuat pembersihan kawasan, pasukan kami dapati kesan-
kesan darah komunis di lereng bukit dipercayai komunis ada yang
cedera, diselamatkan rakan-rakan mereka. Selepas itu dapat maklumat
ada yang mati.
Amizul: Jika ada, berapa ramaikan anggaran pakcik ahli komunis yang cedera?
Pakcik : Anggota komunis yang cedera memanglah ada , dilihat kesan darah di
jalan yang dia mengundurkan diri, jumlahnya tak dapat di agak.
Amizul : Anggaran pakcik lagi, adakah ahli komunis yang terbunuh dalam
kejadian terse but?
Pakcik : Makumat yang diterima, ada yang mati.
Amizul : Berapa ramaikah ahli komunis yang terbunuh dalam kejadian tersebut
pada pendapat pakcik atau pun dari maklumat yang pakcik terima?
Pakcik : Tak dapat di agak.
Amizul : Apakah tindakan pasukan pakcik terhadap ahli komunis yang
tercedera ataupun terbunuh?
Pakcik: Jika ada, kesemuanya ditawan, dibawa balik, serahkan ke balik polis
untuk ambil tindakan selanjutnya.
Amizul : Apakah jenis senjata yang pihak komunis gunakan?
Pakcik : Masa berlaku kejadian tu, dia nya menggunakan stin-gun dan senapang.
Amizul : Pada pendapat pakcik, dimanakah pihak komunis mendapat bekalan
senjata dan peluru?
Pakcik : Masa mereka membuat serangan hendak daripada mereka yang
ditawan juga mereka ada kerjasama pasukan satu tiga enam menentang Jepun dahulu.
32
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertempuron dengan Komunis di Hutan Balak, Kluang, Johor pada tahun 1953
4.mizul: Bagaimami mereka mendapat bekalan senjata?
Pakcik: Mereka mendapat senjata daripada pasukan satu tiga enam tentera British yang datang dan orang-orang askar yang datang daripada India,
turon di Hulu Perak, mereka bekeIjasama dengan komunis untuk menentang Jepun untuk memberi kebebasan kepada Malaya.Disitu lah
mereka mendapat senjata yang banyak.
Amizul : Apakah teknik peperangan yang pasukan pakcik gunakan dalam
menewaskan komunis pada kejadian itu?
Pakcik: Teknik serang balas dan berwaspada memanglah ada pada tiap-tiap
anggota keselamatan.
Amizul : Pakcik sebagai orang Islam, ada tak pakcik membaca apa-apa
surah yang pakcik mempelajari untuk mempertahankan diri
dalam situasi tegang pada hari itu?
Pakcik : Memanglah ada. Masa hendak berlepas, bacalah apa-apa yang diberi
orang-orang tua, dan gunakan petua-petua seperti petua 'Lidah ke
angkat ke langit-Iangit, Jika berasa geli, maknanya pada hari itu kita
tidak akan menerima apa-apa bahaya.' Di situlah petua-petua yang
memberi semangat dan keberanian kepada kita oleh sebab kita tidak
mendapat apa-apa daripada jangkaan kita.
Amizul : Dalam kejadian tersebut, ada atau tidak pasukan pakcik membuat
rampasan senjata dari pihak komunis?
Pakcik : Tidak, cuma barang-barang makanan mereka sahaja yang dapat diambil.
Amizul : Ada tak ahli komunis yang terlibat hari itu yang mana pakcik kenai?
Pakcik : Tidak ada.
Amizul : Adakah pakcik boleh melihat setiap pergerakan setiap peluru yang
dilepaskan oleh setiap komunis?
33
-
'Skrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertempuran dengan Komunis di Hutan Balak, Kluang, Johor pada tahun 1953
Pakcik : Tidak, bunyinya kedengaran sahaja yang kita boleh tahu di mana mereka tu berada.
Amizul : Boleh pakcik lihat apa jenis teknik pihak komunis gunakan untuk
menyerang pasukan pakcik?
Pakcik : Tidak.
Amizul : Boleh pakcik ceritakan dim ana pihak komunis berselindung dalam
pertempuran itu?
Pakcik : Komunis masa itu dia berlindung di batang pokok kayu dan kaki bukit
yangcuram.
Amizul : Sewaktu pakcik menembak, pakcik dapat target atau pun tidak setiap
tembakan yang dilepaskan?
Pakcik: Tak nampak. Cuma tahu dimana kedudukan komunis berdasarkan
tembakan mereka sahaja.
Amizul : Kebanyakan tembakan yang dilepaskan , pakcik target bahagian
komunis yang mana?
Pakcik : Jika nampak, tembak badan, kepala bagi mati.
Amizul : Apakah halangan yang pakcik hadapi dalam menembak pihak
komunis?
Pakcik: Pokok-pokok yang melindungi masa itu.
Amizul : Berapa ramaikah ahli komunis yang pakcik tewaskan dalam kejadian
tersebut?
Pakcik : Masa itu tiada tahu.
Amizul : Bagi pakcik sendiri, berapa banyakkah peluru yang pakcik gunakan
dalam pertempuran terse but?
34
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertempuran dengan Komunis di Hutan Balak. Kluang. Johor pada tahun 1953
Pakcik : Stin-gun, senjata yang saya gunakan lebih lrurang pelurunya tiga puluh biji.
Amizul : Bagaimanakah semangat kumpulan yang ditunjukan oleh pasukan
pakcik dalam menghadapi serangan komunis itu?
Pakcik: Masing-masing bersemangat tinggi dan berhati-hati berindak balas
terhadap komunis.
Amizul : Secara keseluruhan, berapa ramaikah komunis yang kecundang pada
hari tersebut?
Pakcik : Tiada : Selepasnya maklumat diterima ada yang mati ditembak.
Amizul : Pada anggaran pakcik, berapa ramaikah komunis yang dapat
melarikan diri?
Pakcik : Kesemuanya bersama-sama rakan-rakan yang luka mereka melarikan
diri .
mizul : Pada anggaran pakcik, berapakah jarak antara komunis dan pakcik
dalam pertempuran itu?
Pakcik : Lebih kurang dalam dua pulu kaki dengan pengawal komunis yang
menernbak Sarja Mahat tu.
Amizulb: Macam mana rupa kem komunis tersebut?
Pakcik: Kem komunis tersebut, dia berbentuk, dia bubuh atap, buat pasang
sikat, di tebing kaki bukit de kat pokok-pokok besar sebagai
peIindunganya. Juga kem perempuan nya berasingan ada juga di situ.
Amizul : Ada komunis yang tertinggal di kern pada hari tersebut?
Pakcik : Tidak ada.
Amizul: Ada tak barang-barang komunis yang terdapat di kern yang mana
pihak pasukan pakcik boleh gunakan ?
Pakcik : Tiada .
35
-
{ranskrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertempuran dengan Komunis di Hutan Balak, Kluang, Johor pada tahun /953
Amizul : Apakah barangan yang ditinggalkan oleh komunis yang mana pihak
pasukan pakcik gunakan ketika itu?
Pakcik: Tiada.
Amizul : Bolehkah pakcik ceritakan sedikit kejadian tembak-menembak pada
hari tersebut?
Pakcik : Pada hari itu, lebih kurang dalam pukul sepuluh lebih, kami sampai di suatu kawasan terlihat sesuatu yang mencurigakan, ada musuh dan terus
memberi isyarat berhenti. Langsung Sarjan Mahat dan Leftenan, ketua kami pergi melihat tempat yang disyaki sebagai ada musuh, melihat
pokok, anak-anak kayu yang ditebang-tebang dan mereka terus masuk
ke dalam hutan sehingga jauh dari tempat kami berjalan tadi. Apabila Sarjan Mahat sarna dengan Leftenan tu tengah tercari-cari, tertengok-tengok, masa itu~ami pun terdengar tembakan daripada pengawal komunis. Kami pun terus melindungkan diri, mendapatkan pokok yang
berdekatan jalan kami itu, terus membalas tembakan komunis tersebut. Saya dengan Koperal Mahat berada di dekat akar kayu yang tebal di
situ. Ricky [Peninjau] nombor satu, dia telah lari dahulu dekat pokok besar tu dan terus menembak sasaran sebagaimana kedengaran bunyi
yang komunis berada .
Amizul : Saya difahamkan pakcik dan rakan pakcik hampir terkena tembakan
komunis, bolehkah pakcik ceritakan pengalaman pakcik ketika itu?
Pakcik : Apabila selepas ketua kami memberi isyarat suruh berhenti tembak-
menembak, semuanya berhenti tembak-menembak dan membuat
pembersihan, melihat apa yang telah berlaku, ada ke anggota kita yang
tercedera ataupun jua pihak komunis, ada ke yang tercedera ataupun luka. Apabila masa saya nak pergi melihat pembersihan, terlebih qahulu
saya pergi ke tempat saya berlindung di pokok besar tu, di aka}kayu yang saya berlindung yang mula saya lari dengan Koperal MadSamad,
saya dapati peluru stind-gun komunis ada dalam lima enam bijiterlekat di akar kayu tersebut. J ika komunis menggunakan senapang, saya
percaya akar kayu tebal tu akan tembus, dia akan mengenai dadakanan
36
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertempuran dengan Komunis di Hutan Balak, Kluang, Johor pada tahun 1953
saya dan dada kiri Koperal Mad Samad. Disitu saya menarik nafas
panjang, dan bersyukur pada Allah subhanawataala yang saya ni telah selamat daripada bahaya itu. Dan juga saya berharap mudah-mudahan kawan-kawan yang lain pun begitu juga selamat.
Amizul : Di bahagian manakah pakcik cuba ditembak?
Pakcik : Jika akar kayu ditembusi peluru, dada kanan saya akan ditembusi
peluru, Mad Samad, dada kiri dia.
Amizul : Apakah perasaan pakcik ketika itu?
Pakcik : Masa tu apabila saya terlihat peluru di akar kayu tersebut, alangkah
terperanjatnya saya akibat itu, bersyukur ke hadrat Allah Subhanawataala di atas saya selamat, tidak binasa.
Amizul : Apakah perasaan pakcik pula setelah terselamat dari tembakan itu?
Pakcik: Di atas peristiwa itu, saya teringat-ingat bahayanya dan bersyukur
kerana kawan-kawan saya pun telah terselamatjuga.
Amizul : Seingat pakcik, berapa das tembakan kah yang ditujukan kepada badan
pakcik?
Pakcik : Lima enam butir peluru stin-gun yang terlekat, yang lain saya tak tahu.
Amizul : Pada pendapat pakcik, berapa orang komuniskah yang cuba
menembak pakcik?
Pakcik : Pengawalnynya nombor satu yang nampak saya ke pokok besar itu?
Amizul: Bagaimanakah keadaan pakcik ketika peperangan? Sama ada
meniarap, berdiri atau sebagainya?
Pakcik: Oi masa itu, saya apabila tembakan berlaku dengar bunyi, saya berlari
ke akar kayu dengan berdiri sehingga habis peringkat tembak-
menembak di antara kayu tebal itu sambi! membalas tembakan
komunis.
Amizul : Berapa orangkah kawan-kawan pakcik yang berada berhampiran
37
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertempuran dengan Komunis di Hutan Balak, Kluang, Johor pada tahun 1953
dengan pakcik?
Pakcik: Yang berada dengan berhampiran dengan saya, saya bertiga orang,
Ricky(peninjau) nombor satu, Andan, berdiri dekat pokok kayu besar, saya dengan Koperal Mad Samad di akar kayu.
Amizul : Adakah kawan-kawan pakcik berhadapan dengan situasi yang sama
seperti pakcik hadapai?
Pakcik : Tiada kerana mereka di belakang, jauh daripada saya dan masa, masing-masing berjalan berjauhan oleh sebab untuk menyelamatkan diri supaya tidak diketahui komunis.
Amizul : Apakab yang pakcik fikirkan apabila berada dalam peperangan itu?
Pakcik: Suatu bahaya sedang menimpa, semoga rakan-rakan terselamat dari
bahaya tersebut.
Amizul : Bagaimana kejadian pada hari tersebut ditamatkan?
Pakcik : Di dalam tembak-menembak beberapa minit, ketua perintahkah
tembak -menembak.
Amizul : Apakab perasaan pakcik setelah kejadian pada hari tersebut berakhir?
Pakcik : Setelah didapati rakan-rakan semuanya selamat, hati berasa lega dan
bersyukur kepada Allah Subhanawataala oleh sebab selamat, tetapi
mengenangkan Sarjan Mahat yang kena tembak tadi oleh komunis, tujuan nya nak menembak di kepalanya tetapi kena di birai tepi kain nya. Di situlah kita berasa syukur, kalau tidak, dia akan binasa.
Amizul : Siapakah orang pertama pakcik ingati setelah tamat kejadian hari
tersebut?
Pakcik : Apabila selesai berlakunya hal tersebut, saya bersyukur kepada Allah
Subhanawataala dan ibu bapa saya, berkat doanya lah saya terselamat
daripada nahas tersebut.
Amizul : Apa yang berlaku setelah kejadian itu berakhir?
38
-
Transkrip wawancara dengan Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd Said mengenai peristiwa pertempuran dengan Komunis di Hutan Balak, Kluang, Johor pada tahun 1953
Pakcik : Didapati semuanya selamat, pasukan kami berangkat kembali ke kern
sembilan belas Jungle Company, Renggam.
Amizul : Ke manakah pasukan pakcik setelah peperangan pada hari tersebut?
Membuat rondaan atau pulang ke kem?
Pakcik : Pasukan kami pada hari tersebut balik ke kern mmbawa barang-barang
komunis untuk dijadikan bukti, diserahkan ke balai polis Renggam.
Amizul : Apakah tindakan dari kem pusat setelah tamat kejadian itu?
Pakcik: Ketua iaini OC kern setelah dimaklumkan oleh leftenan dan Sagan
Mahat, OC memerintahkan seksyen lain menyambungkan rondaan yang
kami jalankan tersebut.
Amizul : Pada pendapat pakcik, apakah pihak kerajaan perlu buat bagi
mengenang pejuang dulu dalam memartabatkan Tanah Melayu dari
ancaman komuni?
Pakcik: Banyak caranya. Jika kerajaan hendak buat untuk mengenangkanjasa-jasa perjuangan tersebut, mereka yang hidup kampung-kampung boleh dikatakan susah, berilah bantuan apa sahaja. Dua, sebagai mana baru-baru ini kerjaan ada beri saguhati RM seribu kepada bekas-bekas polis, EPC, AC, home guard, AP, ini memang satu cara yang baik. Kalau nak
lebih baik lagi, berilah kepada waris sampai ke anak, juga dalam proses permohonan, mereka itu meniggal dunia, dibatalakan, berilah kepada
warisnya, barulah sempurna.
END OF TAPE2 SIDE A: TAPE 2 SIDE B
Amizul: Selain daripada Federal Jungle Company (FJG), adakah pakcik
diserapkan ke dalam unit lain?
39
-
Transkrip wawancara dengan Tu
top related