tradisi bangsa cina

Post on 25-Jul-2015

260 Views

Category:

Documents

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Pakaian Tradisional Orang CinaPakaian Tradisional Orang Cina

Komposisi Etnik Cina

• Jumlah penduduk Malaysia adalah 28.3 juta yang merangkumi 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara.

• Warganegara Malaysia terdiri daripada kumpulan etnik Bumiputera (67.4%), Cina (24.6%), India (7.3%) dan Lain-lain (0.7%).

Sumber : BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2010 (BANCI 2010)http://www.statistics.gov.my/portal/index.php

Sumber : BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2010 (BANCI 2010)http://www.statistics.gov.my/portal/index.php

Suku Dialek• Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa

suku dialek. Terdapat enam kumpulan dialek utama: Hakka, Kantonis, Fujian, Teochew, Hainan dan FuChou.

• Orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak), bahagian-bahagian di Johor terutamanya Kulai, Selangor-Kuala Lumpur dan Pahang.

• Suku Hakka juga didapti di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Perak, di mana mereka mungkin dijadikan suku dialek terbesar di tempat-tempat tersebut.

• Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negri Sembilan dan Perak di mana golongan ini membentuk peratusan besar dalam populasi.

• Suku Kantonis juga membentuk suku dialek terbesar di Johor timur dan Sandakan, Sabah. Sandakan pernah bergelar "Hong Kong Kecil" kerana bandar itu pernah dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong, di mana pemandangannya menyerupai Hong Kong pada 1970-an dan 1980-an.

• Media bahasa Kantonis juga disiarkan dalam saluran televisyen Malaysia, terutamanya RTM2 dan 8TV.

• Sementara itu, suku Hokkien membentuk suku dialek terbesar di Pulau Pinang, Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor -- terutamanya di Klang dan kawasan pantai Selangor serta Johor barat.

• Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu negeri Sarawak, iaitu Kuching. Kebelakangan ini saluran televisyen Malaysia menampilkan rancangan berbahasa Hokkien dari Taiwan untuk mengimbangkan kandungan dialek-dialek Cina dalam media Malaysia.

• Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang, kebanyakan pulau-pulau di Sabah dan Johor selatan, terutamanya Johor Bahru dan Pontian.

•Terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysia yang selari dengan tiga pusat metropolitan.

•Kumpulan Pulau Pinang dan Melaka kebanyakannay bertutur dalam bahasa Hokkien manakala kumpulan Kuala Lumpur, Seremban dan Ipoh kebanyakannya berbahasa Kantonis dan Hakka.

•Di selatan semenanjung Malaysia, terutamanya Johor, bahasa Mandarin paling banyak ditutur oleh masyarakat Cina di sana, sebagai kesan daripada pengaruh media berbahasa Mandarin dari Singapura, serta penggunaan bahasa Mandarin dalam pendidikan formal.

• Ini telah menyebabkan ramai orang, terutama generasi muda, untuk menyisihkan penggunaan dialek-dialek Cina yang lain seperti Teochew dan Kantonis.

• Di Malaysia Timur pula, bahasa Hakka and Mandarin laris ditutur, kecuali Sibu yang cenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakan dengan bahasa Kantonis.

Banci 2000 menunjukkan perbezaan dialek masyarakat Cina tempatan.

Dialek Populasi

Hokkien (Minnan) 1,848,211

Hakka 1,679,027

Kantonis 1,355,541

Teochew 974,573

Mandarin 958,467

Hainanese 380,781

Min Bei 373,337

Foochow 249,413

Tradisi yang diamalkan oleh bangsa Cina

1. Tahun Baru Cinaa) Sejarah Tahun Baru Cina• Tahun Baru Cina bermula dengan mitos “Nian”

yang bermaksud tahun.• “Nian” ialah sejenis makluk ganas yang

menjadikan tanah besar cina huru-hara. Makluk tersebut membunuh manusia, ternakan serta memusnahkan harta benda.

• Rakyat hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan terutama menjelang penghujung dan permulaan kalendar lunar.

• Akhirnya, atas bantuan seorang dewa, rakyat tanah cina berjaya mengetahui kelemahan dan ketakutan makluk ganas tersebut.

• Lalu, rakyat telah menghalau makluk ganas tersebut dengan membakar buluh, memakai baju merah, melekatkan kertas merah di tepi pintu, serta membuat bising dengan memukul periuk besi.

• Makluk tersebut berasa takut lalu melarikan diri. Pada keesokan hari, iaitu hari pertama kalender lunar, rakyat saling bertemu dan mengucapkan “gong xi” kepada saudara serta kawan-kawan kerana berjaya selamat daripada ancaman “Nian”

Makluk Ganas “Nian”

• Sejak itu, makluk “Nian” tidak berani wujud lagi di tanah besar cina.

• Untuk mengenangi peristiwa yang amat bermakna ini, rakyat cina telah menetapkan permulaan kalendar sebagai tahun baru bagi kaum cina.

• Kini, Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting bagi kaum cina.

• Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.

• Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , Baru, buah limau mandarin menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.

• Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru.

Limau Mandarin

b) Kesatuan Makan Malam(Reunion Dinner)• Makan malam yang paling diutamakan oleh

kaum cina.• Sebelum hari tahun baru bermula, sanak

saudara yang jauh akan kembali berkumpul.• Malam tahun baru akan dihabiskan dengan

bermain ‘mah jong’ sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga.

• Ahli keluarga akan berkongsi segala peristiwa manis pahit yang telah berlaku sepanjang tahun ini.

Kesatuan Makan Malam (Reunion Dinner)

c) Shou Shui (守岁)• Sebelum tahun baru lunar, kaum cina akan

menunggu sehingga larut malam, untuk menunggu kelepasan tahun lama dan menyambut tahun baru.

• Dalam Bahasa Cina, shou bermaksud menjaga manakala shui bermaksud umur.

• Amalan shou shui bagi remaja bertujuan membekati ibu bapa supaya mereka panjang umur.

d) Ang Pao (红包)• Merupakan sampul merah yang disimpan

wang. • Biasanya diberikan oleh warga yang lebih tua

kepada kanak-kanak dan yang belum berkahwin.

• Makna pemberian ang pao tersebut ialah supaya membekati umur kanak-kanak tersebut semakin kurang.

e) Tarian Naga dan Singa (舞龙舞狮)• Merupakan tarian dan persembahan

tradisional yang dimainkan semasa musim perayan cina.

• Masyarakat cina menganggap bahawa naga mewakili kekuatan yang boleh menghilangan nasib buruk dan mencegah jenayah.

• Gerakan-gerakan tarian melambangkan peranan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah.

• Tarian Singa pula dikatakan mempunyai kuasa menghalau syaitan dan membawa nasib baik.

• Oleh itu, penari-penari tarian singa akan dijemput ke rumah dan kedai semasa Tahun Baru Cina.

• Tarian ini biasa dimainkan dengan gendang dan gong.

• Penari Singa akan menari mengikut irama gendang dan gong.

Tarian Singa Selatan dan Naga

Tarian Singa Utara

e) Chap Goh Mei (元宵节)• Diraikan pada hari ke-15 Tahun Baru Cina dan

menandakan menamatan perayaan tersebut.• Juga dikenali sebagai “Pesta Lampu” kerana

lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.

• Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-warni, berbentuk seperti gunung, bangunan, orang, watak kartun, burung dan binatang.

Perayaan Chap Goh Mei

2. Perayaan Kuih Bulan

a) Sejarah Perayaan Kuih Bulan • Perayaan Kuih Bulan atau Perayaan Pertengahan

Musim Luruh merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (1280 Sebelum Masihi - 1341 Masihi).

• Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.

• Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September.

• Ia selalunya hampir dengan ekuinoks musim luruh.

• Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang dan terang, menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas.

• Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting selain Perayaan Tahun Baru Cina.

• Selain makan kuih bulan, perayaan ini disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan,

Kuih Bulan

Tanglung

• Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini.

• Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin.

• Suatu ketika dulu, Bumi dikitari sepuluh biji matahari, setiap satu bergilir-gilir menyinari bumi. Pada suatu hari, tiba-tiba kesemua sepuluh matahari muncul serentak, lalu membahangkan bumi dengan keterlaluannya. Mujurlah tibanya seorang pemanah gagah bernama Houyi, tiba di bumi untuk menjatuhkan sembilan biji matahari. Maka beliau menjadi Raja, tetapi lama-kelamaan menjadi zalim.

Mitos Perayaan Kuih Bulan

• Pada suatu hari, Houyi mencuri air atma jiwa dari seorang dewi. Akan tetapi, air itu jatuh dalam tangan ratunya Chang Er untuk menyelamatkan rakyat jelata dari kezaliman si raja. Setelah meminumnya, Chang Er terapung jauh hingga mencapai bulan. Betapa cintanya Houyi terhadap ratunya, maka tak sanggup baginda menjatuhkan bulan.

Chang ErChang Er

Hou YiHou Yi

Adat Resam bangsa Cina

1. Makanan Tradisional Cinaa)Mee Kampua ( 干板面 )• Merupakan makanan khas orang Foo Chow.• Ia sangat murah dan senang untuk

menyediakannya.• Kandungan utamanya adalah seperti minyak

babi, mee, serbuk perasa, daun bawang, bawang goreng dan daging kukus babi.

Mee Kampua 干板面

b) Bak Kut The ( 肉骨茶 )

• Bukan teh tetapi dihidangkan bersama teh.• Dicipta oleh pengorek bijih timah dari China

pada kurun ke-19.• Memasak daging khinzir dengan herba- herba.• Biasanya ia dihidangkan sebagai sarapan oleh

kaum cina.• Kandungan utamanya ialah daging, organ

dalaman khinzir, sayur, bawang putih serta kicap.

• Biasanya ia dimakan bersama dengan nasi.

Bak Kut The 肉骨茶

c) Mee Suah ( 面线 )• Makanan tradisional orang Foo Chow.• Suah bermaksud benang, jadi ia bermaksud mee

benang.• Dihidangkan semasa hari pertama Tahun Baru

Cina serta perayaan cina yang lain.• Juga di kenali sebagai mee panjang umur oleh

orang Foo Chow. • Kandungan utama ialah sup dan daging ayam,

mee suah, garam, perasa serta arak merah cina.

Mee Suah 面线

d) Yee Sang ( 鱼生 )

• Hidangan ini direka di kawasan pantai selatan Cina oleh kaum Teo chew.

• Yee Sang dihidangkan dalam jamuan, upacara keagamaan serta Tahun Baru Cina.

• Pembuka selera untuk memupuk 'tuah' untuk tahun berikutnya

• Terdiri daripada potongan daging ikan mentah yang bercampur dengan cebisan sayur, sos beraneka, perasa, dan ramuan-ramuan lain.

Yee Sang 鱼生

2. Pantang Larang Tahun Baru Cina• Oleh kerana bulan pertama adalah permulaan

satu tahun, orang cina menganggap ia mesti mula dengan tanda yang baik, jadi terdapat banyak pantang larang yang mesti mematuhi.

• Dari segi bahasa• perkataan seperti “mati,rosak,tiada,hantu,

sakit, kalah dan sebagainya tidak boleh disebut.

• Kanak-kanak buat kesalahan pun tidak boleh dimarahi.

• Dari segi Tingkah laku:• Pinggan,mangkuk,cawan dan sebagainya tidak

boleh dipecahkan, jika berlaku, mesti cakap perkataan bertuah seperti “Shui Shui Ping Ang” supaya tidak mendapat nasib malang.

• Dilarang makan ubat, ini kerana memakan ubat pada tahun baru menandakan kesihatan pada tahun tersebut akan terjejas.

• Tempayan beras mesti diisi penuh, supaya tidak tertimpa nasib kebuluran.

• Tidak boleh buang sampah atau menyapu lantai, ini akan menyapu keluar ‘kekayaan’ dan ia bertujuan ‘mengumpul kekayaan’.

• Tidak boleh pinjam duit atau hutang kepada orang lain, jika tidak ia membawa nasib malang bahawa hutang sepanjang tahun itu.

Perubahan Nilai yang telah berlaku

1. Gambar Nenek Moyang • Gambar nenek moyang biasanya digantung di

dinding ruang tamu rumah kaum cina.• Tujuan gambar tersebut adalah sebagai tanda

peringatan kepada cucu- cicit supaya sentiasa mengingati jasa nenek moyang.

• Namun, generasi moden sekarang semakin berkelakuan seperti kacang lupakan kulit.

• Gegala ini berlaku mungkin disebabkan oleh penganutan agama lain.

• Anggapan bahawa perletakkan gambar nenek moyang merupakan penyembahan nenek moyang.

• Anggapan bahawa perletakkan gambar nenek moyang merupakan perbuatan yang kuno.

• Kesannya, banyak genarasi moden yang derhaka dan tidak menghormati nenek moyang mereka.

2. Tidak kunjung mengunjungi semasa Tahun Baru Cina

• Generasi muda Cina kini ramai tidak mengamalkan tradisi ini.

• Mereka lebih suka lepak dengan kawan mereka.• Ada sesetengah ibu bapa membawa anak mereka

melancong ke luar negeri untuk mengelakkan tradisi ini.

• Lama-kelamaan tradisi ini akan lenyap dan tiada jalinan hubungan antara saudara-mara.

Perubahan yang perlu diambil

1. Pembakaran kertas semasa Qing Ming• Pembakaran kertas semasa Qing Ming

menyebabkan pencermaran udara berlaku.• Pembakaran kertas tersebut dianggap

sebagai wang di dunia si mati .• Tidak menepati objektif Qing Ming dimana

generasi muda sepatutnya menguruskan serta membersihkan kubur moyang dan tidak mewajibkan pembakaran kertas.

2. Perjudian semasa Tahun Baru Cina• Sebahagian orang Cina suka berjudi semasa

Tahun Baru Cina. • Mereka akan guna gaji dan bonus untuk cuba

nasib judi sebab menganggap diberkati Dewa kekayaan.

• Akhirnya sesetengah daripada mereka berhutang banyak sehingga meminjam duit daripada ‘Ah Long’.

• Ini tidak boleh diamalkan dan perlulah perubahan. Duit ini sepatutnya digunakan untuk tujuan baik, mereka tidak akan jadi kaya dengan perjudian.

Ramalan potensi bangsa• Pada masa yang akan datang, kaum Cina diharap

dapat terus membantu dalam usaha pembangunan ekonomi, sosial dan politik negara kita.

• Walau bagaimanapun, kadar populasi kaum Cina dikhuatir masih menurun pada masa yang akan datang.

• Diharap, kaum Cina dapat meningkatkan kadar kelahiran ahli keluarga supaya populasi kaum cina dapat meningkat pada masa depan.

Ramalan potensi bangsa

• Kaum Cina dikuatiri masih berperanan besar dalam pembangunan ekonomi negara.

• Dengan kelebihan dalam pengurusan perniagaan, kaum cina mempunyai kelebihan dalam mengawal ekonomi negara kita.

• Selain itu, nilai mata wang negara kita akan semakin meningkat pada masa akan datang.

top related