toshiba medical systems corporation menubuhkan subsidiari ... · peningkatan jumlah penduduk dan...
Post on 29-Apr-2019
223 Views
Preview:
TRANSCRIPT
10 Jun, 2014
Toshiba Medical Systems Corporation
Toshiba Medical Systems Corporation Menubuhkan Subsidiari Baharu di Malaysia
Toshiba Medical Systems Corporation (TMSC; ibu pejabat: Otawara, Tochigi Prefecture,
Jepun; Presiden: Satoshi Tsunakawa) telah menubuhkan Toshiba Medical Systems
Malaysia Sdn. Bhd. sebagai sebuah syarikat usaha sama dengan pengedar TMSC di
Malaysia, Abex Medical System Sdn. Bhd. (Ibu pejabat Abex: Kuala Lumpur;
Pengerusi: Tan Sri Dr. Kuan Yong Kuan). Syarikat baharu ini akan memulakan
perniagaan pada 12 Jun 2014 sebagai subsidiari TMSC.
Kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi anggaran 5% atau lebih dijangka dapat
dicapai di rantau Asia Tenggara, dan pembangunan ekonomi ini akan membawa pada
peningkatan jumlah penduduk dan perubahan pada corak prevalens penyakit. Pasaran
perubatan di rantau ini dianggarkan bernilai 40 bilion yen (menurut kajian TMSC),
dan dijangka akan terus berkembang.
Di kalangan negara-negara Asia Tenggara, Malaysia dengan kemajuan perkhidmatan
kesihatannya secara aktif mempromosikan pelancongan perubatan sebagai salah satu
industri pertumbuhan negara, dan menerima ramai pesakit dari luar negara. Bagi
memberikan penjagaan kesihatan yang bermutu tinggi di Malaysia, terdapat
keperluan yang semakin meningkat di kalangan institusi perubatan untuk memasang
teknologi perubatan termaju seperti sistem CT pengesan kawasan Aquilion ONE
Toshiba.
TMSC memulakan perniagaannya di Malaysia pada Ogos 1981 menerusi Abex dan
telah melaksanakan aktiviti jualan dan servis tempatan. Dengan kelebihan kerjasama
dengan pusat-pusat R&D dan latihan di dalam dan luar Jepun, penubuhan subsidiari
di Malaysia akan membolehkan sistem Toshiba yang terkini digunakan sepenuhnya.
TMSC akan meneruskan usahanya menyumbang pada penjagaan kesihatan di
Malaysia dan negara-negara lain di Asia Tenggara dengan menambahbaikkan produk
melalui nilai tambah yang tinggi dan mengukuhkan sistem perkhidmatannya bagi
- 2 -
memenuhi keperluan pasaran.
Profail syarikat:
Nama Toshiba Medical Systems Malaysia Sdn. Bhd. (dijadualkan)
Presiden En. Tan Tuan Shee (pada masa ini Pembantu kepada Pengarah Urusan
Toshiba Medical Systems Asia Pte., Ltd.)
Aktiviti Jualan dan servis peralatan perubatan
Pekerja 112
Alamat Lot 2-5, Jalan SU/6A, Lion Industrial Park, Section 26, 40400 Shah Alam,
Selangor, Malaysia
Mengenai Toshiba Medical Systems Corporation
Toshiba Medical Systems Corporation ialah pembekal sistem pengimejan diagnosis
perubatan dan penyelesaian perubatan komprehensif yang terkemuka di dunia, seperti
sistem CT, X-ray dan vaskular, ultrasound, perubatan nuklear dan MRI, serta sistem
maklumat untuk institusi perubatan. Toshiba Medical Systems Corporation telah
menyediakan produk perubatan selama lebih 80 tahun. Pada Oktober 2003, Toshiba
Medical Systems Corporation, yang sebelum itu telah beroperasi sebagai Bahagian Sistem
Perubatan Toshiba Corporation (“Toshiba”), telah ditubuhkan sebagai sebuah ahli bebas
kumpulan Toshiba. Toshiba Medical Systems Corporation ialah subsidiari milik penuh
Toshiba.
Mengenai Toshiba
Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune 500, menyalurkan keupayaan bertaraf
dunia dalam produk dan sistem elektronik dan elektrik termaju kepada lima kumpulan
perniagaan strategik: Tenaga & Prasarana, Penyelesaian Komuniti, Sistem &
Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan, Peranti & Komponen Elektronik, dan Produk &
Perkhidmatan Gaya Hidup. Berpandukan prinsip Komitmen Asas Kumpulan Toshiba,
"Komited pada Insan, Komited pada Masa Depan", Toshiba menggalakkan operasi global
ke arah "Pertumbuhan Melalui Kreativiti dan Inovasi", dan menyumbang ke arah
mencapai dunia di mana manusia boleh hidup dengan selamat, sejahtera dan aman di
mana-mana sahaja.
Ditubuhkan di Tokyo pada 1875, Toshiba pada hari ini merupakan pusat rangkaian global
bagi 590 buah syarikat disatukan dengan lebih 200,000 orang pekerja di seluruh dunia,
dan mencapai jualan tahunan melebihi 6.5 trilion yen (US$63 bilion).
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm
top related