toshiba medical systems corporation menubuhkan subsidiari ... · peningkatan jumlah penduduk dan...

2
10 Jun, 2014 Toshiba Medical Systems Corporation Toshiba Medical Systems Corporation Menubuhkan Subsidiari Baharu di Malaysia Toshiba Medical Systems Corporation (TMSC; ibu pejabat: Otawara, Tochigi Prefecture, Jepun; Presiden: Satoshi Tsunakawa) telah menubuhkan Toshiba Medical Systems Malaysia Sdn. Bhd. sebagai sebuah syarikat usaha sama dengan pengedar TMSC di Malaysia, Abex Medical System Sdn. Bhd. (Ibu pejabat Abex: Kuala Lumpur; Pengerusi: Tan Sri Dr. Kuan Yong Kuan). Syarikat baharu ini akan memulakan perniagaan pada 12 Jun 2014 sebagai subsidiari TMSC. Kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi anggaran 5% atau lebih dijangka dapat dicapai di rantau Asia Tenggara, dan pembangunan ekonomi ini akan membawa pada peningkatan jumlah penduduk dan perubahan pada corak prevalens penyakit. Pasaran perubatan di rantau ini dianggarkan bernilai 40 bilion yen (menurut kajian TMSC), dan dijangka akan terus berkembang. Di kalangan negara-negara Asia Tenggara, Malaysia dengan kemajuan perkhidmatan kesihatannya secara aktif mempromosikan pelancongan perubatan sebagai salah satu industri pertumbuhan negara, dan menerima ramai pesakit dari luar negara. Bagi memberikan penjagaan kesihatan yang bermutu tinggi di Malaysia, terdapat keperluan yang semakin meningkat di kalangan institusi perubatan untuk memasang teknologi perubatan termaju seperti sistem CT pengesan kawasan Aquilion ONE Toshiba. TMSC memulakan perniagaannya di Malaysia pada Ogos 1981 menerusi Abex dan telah melaksanakan aktiviti jualan dan servis tempatan. Dengan kelebihan kerjasama dengan pusat-pusat R&D dan latihan di dalam dan luar Jepun, penubuhan subsidiari di Malaysia akan membolehkan sistem Toshiba yang terkini digunakan sepenuhnya. TMSC akan meneruskan usahanya menyumbang pada penjagaan kesihatan di Malaysia dan negara-negara lain di Asia Tenggara dengan menambahbaikkan produk melalui nilai tambah yang tinggi dan mengukuhkan sistem perkhidmatannya bagi

Upload: lytruc

Post on 29-Apr-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Toshiba Medical Systems Corporation Menubuhkan Subsidiari ... · peningkatan jumlah penduduk dan perubahan pada corak ... keperluan yang semakin meningkat di kalangan institusi perubatan

10 Jun, 2014

Toshiba Medical Systems Corporation

Toshiba Medical Systems Corporation Menubuhkan Subsidiari Baharu di Malaysia

Toshiba Medical Systems Corporation (TMSC; ibu pejabat: Otawara, Tochigi Prefecture,

Jepun; Presiden: Satoshi Tsunakawa) telah menubuhkan Toshiba Medical Systems

Malaysia Sdn. Bhd. sebagai sebuah syarikat usaha sama dengan pengedar TMSC di

Malaysia, Abex Medical System Sdn. Bhd. (Ibu pejabat Abex: Kuala Lumpur;

Pengerusi: Tan Sri Dr. Kuan Yong Kuan). Syarikat baharu ini akan memulakan

perniagaan pada 12 Jun 2014 sebagai subsidiari TMSC.

Kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi anggaran 5% atau lebih dijangka dapat

dicapai di rantau Asia Tenggara, dan pembangunan ekonomi ini akan membawa pada

peningkatan jumlah penduduk dan perubahan pada corak prevalens penyakit. Pasaran

perubatan di rantau ini dianggarkan bernilai 40 bilion yen (menurut kajian TMSC),

dan dijangka akan terus berkembang.

Di kalangan negara-negara Asia Tenggara, Malaysia dengan kemajuan perkhidmatan

kesihatannya secara aktif mempromosikan pelancongan perubatan sebagai salah satu

industri pertumbuhan negara, dan menerima ramai pesakit dari luar negara. Bagi

memberikan penjagaan kesihatan yang bermutu tinggi di Malaysia, terdapat

keperluan yang semakin meningkat di kalangan institusi perubatan untuk memasang

teknologi perubatan termaju seperti sistem CT pengesan kawasan Aquilion ONE

Toshiba.

TMSC memulakan perniagaannya di Malaysia pada Ogos 1981 menerusi Abex dan

telah melaksanakan aktiviti jualan dan servis tempatan. Dengan kelebihan kerjasama

dengan pusat-pusat R&D dan latihan di dalam dan luar Jepun, penubuhan subsidiari

di Malaysia akan membolehkan sistem Toshiba yang terkini digunakan sepenuhnya.

TMSC akan meneruskan usahanya menyumbang pada penjagaan kesihatan di

Malaysia dan negara-negara lain di Asia Tenggara dengan menambahbaikkan produk

melalui nilai tambah yang tinggi dan mengukuhkan sistem perkhidmatannya bagi

Page 2: Toshiba Medical Systems Corporation Menubuhkan Subsidiari ... · peningkatan jumlah penduduk dan perubahan pada corak ... keperluan yang semakin meningkat di kalangan institusi perubatan

- 2 -

memenuhi keperluan pasaran.

Profail syarikat:

Nama Toshiba Medical Systems Malaysia Sdn. Bhd. (dijadualkan)

Presiden En. Tan Tuan Shee (pada masa ini Pembantu kepada Pengarah Urusan

Toshiba Medical Systems Asia Pte., Ltd.)

Aktiviti Jualan dan servis peralatan perubatan

Pekerja 112

Alamat Lot 2-5, Jalan SU/6A, Lion Industrial Park, Section 26, 40400 Shah Alam,

Selangor, Malaysia

Mengenai Toshiba Medical Systems Corporation

Toshiba Medical Systems Corporation ialah pembekal sistem pengimejan diagnosis

perubatan dan penyelesaian perubatan komprehensif yang terkemuka di dunia, seperti

sistem CT, X-ray dan vaskular, ultrasound, perubatan nuklear dan MRI, serta sistem

maklumat untuk institusi perubatan. Toshiba Medical Systems Corporation telah

menyediakan produk perubatan selama lebih 80 tahun. Pada Oktober 2003, Toshiba

Medical Systems Corporation, yang sebelum itu telah beroperasi sebagai Bahagian Sistem

Perubatan Toshiba Corporation (“Toshiba”), telah ditubuhkan sebagai sebuah ahli bebas

kumpulan Toshiba. Toshiba Medical Systems Corporation ialah subsidiari milik penuh

Toshiba.

Mengenai Toshiba

Toshiba Corporation, sebuah syarikat Fortune 500, menyalurkan keupayaan bertaraf

dunia dalam produk dan sistem elektronik dan elektrik termaju kepada lima kumpulan

perniagaan strategik: Tenaga & Prasarana, Penyelesaian Komuniti, Sistem &

Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan, Peranti & Komponen Elektronik, dan Produk &

Perkhidmatan Gaya Hidup. Berpandukan prinsip Komitmen Asas Kumpulan Toshiba,

"Komited pada Insan, Komited pada Masa Depan", Toshiba menggalakkan operasi global

ke arah "Pertumbuhan Melalui Kreativiti dan Inovasi", dan menyumbang ke arah

mencapai dunia di mana manusia boleh hidup dengan selamat, sejahtera dan aman di

mana-mana sahaja.

Ditubuhkan di Tokyo pada 1875, Toshiba pada hari ini merupakan pusat rangkaian global

bagi 590 buah syarikat disatukan dengan lebih 200,000 orang pekerja di seluruh dunia,

dan mencapai jualan tahunan melebihi 6.5 trilion yen (US$63 bilion).

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Toshiba, sila layari www.toshiba.co.jp/index.htm