tisu keras

Post on 09-Jul-2016

165 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

TISU KERAS

OLEH:MUHAMMAD AKMAL BIN YASIN

MUHAMAD ZHARIF AIMAN BIN ZABIDI

Definisi Kecederaan Tisu Keras

Sejenis kecederaan yang melibatkan tisu keras atau lebih dikenali sebagai

tulang.

Anatomi Rangka Tulang Manusia

Ciri-ciri patah Patah melarat:

-Patah tulang yang mengakibatkan organ di

sekelilingnya rosak. Contohnya, paru-paru

rosak disebabkan patah tulang rusuk atau

kerosakan otak disebabkan tengkorak pecah.

Patah Tulang Rusuk

Tengkorak Pecah

Ciri-ciri patah Patah rebung:

-Hanya sebahagian daripada tulang yang patah.

Ia berlaku apabila tulang kanak-kanak yang

muda dan baru membesar itu cedera. Ia

mungkin kelihatan bengkok seperti ranting

muda dan lembut.

Patah Rebung

Jenis-jenis Patah

1. Kepatahan tertutup:

-Kepatahan yang berlaku di mana tiada

luka ataupun tulang yang patah itu

tidak terdedah kepada udara luar.

Jenis-jenis Patah

2. Kepatahan terbuka:

-Kepatahan tulang yang

mempunyai luka dan terdedah

kepada udara luar.

Patah terbuka

Jenis-jenis Patah

3. Kepatahan penuh:

-Kepatahan tulang yang berlaku di

mana tulang itu patah kepada dua

atau lebih serpihan.

Patah penuh

Jenis-jenis Patah

4. Kepatahan tidak penuh:

-Keretakan yang berlaku

kepada tulang tersebut.

Patah tidak penuh

Jenis-jenis Patah

5. Kepatahan stress:

-Kepatahan yang berlaku disebabkan oleh

pergerakan yang berulang di mana tulang itu tidak

dapat menahan bebanan tersebut (seperti berlari

atau kawad). Tulang akan mengalami keretakan

yang amat halus di mana tidak dapat ditunjukkan

oleh sinar x pada peringkat awal.

Retakan Tulang Tengkorak

Mangsa kemalangan mungkin mengalami

kecederaan di tempurung kepala.

Mangsa mungkin tidak sedar.

Darah atau cairan air putih seperti air mungkin

keluar dari hidung atau telinga dan mungkin juga

daripada mata. Dan bahaya paling besar

kecederaan tempurung kepala ini ialah kerosakan

otak.

Tanda-tanda berlaku

Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot.

Mangsa mendengar bunyi atau merasa tulang patah.

Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera.

Merasa kebas atau hilang denyutan nadi pada anggota

cedera.

Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tak normal.

Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang, sendi

atau otot.

Punca berlaku

Patah tulang boleh juga berlaku akibat barah tulang atau osteoporosis.

Kemalangan jalanraya adalah punca yang paling banyak menyebabkan kepatahan/retak tulang.

Kekuatan hentakan tepat (direct force) – patah berlaku ditempat yang menerima hentakan.

Kekuatan hentakan sipi (indirect force) - patah berlaku ditempat yang menerima hentakan.

Kesan Kepatahan

Kecederaan sarafKecederaan ototKecederaan salur darahKecederaan organKehilangan darahJangkitan kuman pada lukaTidak sedar diriKematian

Tindakan Pertolongan

1. Jangan melakukan banyak pergerakan keatas

mangsa atau mengubah ubah kedudukan mangsa

banyak kali.

2. Pergerakan yang banyak akan menjadikan

keadaan mangsa lebih parah.

Tindakan Pertolongan

3. Agar tidak menggangu pernafasan mangsa,

bersihkan mulut dan hidung mangsa dari

sebarang benda seperti darah, muntahan, lendir

dan sebagainya.

4. Baringkan mangsa dalam keadaan mengiring

yang bertujuan untuk memudahkan aliran lendir

atau muntah yang dapat menggangu pernafasan.

Tindakan Pertolongan

5. Ketika membaringkan mangsa, letakkan

kepala lebih rendah daripada bahagian

tubuh lainnya, kecuali jika ada tanda patah

tulang belakang.

6. Bersihkan kotoran-kotoran yang melekat

pada luka.

Tindakan Pertolongan

7. Sekiranya terjadi pendarahan yang banyak,

hentikannya dengan menekan dengan lembut di

sekitar kawasan yang mengeluarkan darah. Bila ada

perdarahan yang besar usahakan menghentikan

dengan menekan lembut dikawasan yang

mengeluarkan darah dengan kain bersih.

8. Segera membuat panggilan kecemasan.

KUIZSila ‘klik’ pada gambar untuk

menjawab soalan berikut.

1. Terdapat berapakah jenis-jenis patah?

A) 6

B) 5

C) 4

D) 3

2. Apakah yang dimaksudkan dengan patah melarat?

 

A. Patah tulang yang mengakibatkan organ di sekelilingnya

rosak.

B. Hanya sebahagian daripada tulang yang patah.

C. Kepatahan yang berlaku disebabkan oleh pergerakan yang

berulang di mana tulang itu tidak dapat menahan bebanan

tersebut.

D. Kepatahan tulang yang berlaku di mana tulang itu patah

kepada dua atau lebih serpihan.

3. Pernyataan yang manakah menerangkan tentang patah rebung?

A. Kepatahan tulang yang berlaku di mana tulang itu patah

kepada dua atau lebih serpihan.

B. Kepatahan yang berlaku disebabkan oleh pergerakan yang

berulang di mana tulang itu tidak dapat menahan bebanan

tersebut.

C. Hanya sebahagian daripada tulang yang patah. Ia berlaku

apabila tulang kanak-kanak yang muda dan baru membesar itu

cedera. Ia mungkin kelihatan bengkok seperti ranting muda dan

lembut.

D. Patah tulang yang mengakibatkan organ di sekelilingnya rosak.

4. Apakah yang dimaksudkan dengan kepatahan stress?

A. Kepatahan tulang yang berlaku di mana tulang itu patah

kepada dua atau lebih serpihan.

B. Hanya sebahagian daripada tulang yang patah.

C. Kepatahan yang berlaku disebabkan oleh pergerakan yang

berulang di mana tulang tidak dapat menahan bebanan

tersebut. Tulang mengalami keretakan yang amat halus

di mana tidak dapat ditunjukkan oleh sinar x peringkat awal.

D. Patah tulang yang mengakibatkan organ di sekelilingnya

rosak.

top related