tinjauan terhadap pelaksanaan mata pelajaran … filereports from data are shown by mean and...
Post on 31-Mar-2019
236 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN MATA PELAJARAN
SENI REKA TANDA DI SEKOLAH MENENGAH
AKADEMIK DI NEGERI PAHANG
AHMAD BUSHRA BIN ABDUL RAHMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN MATA PELAJARAN
SENI REKA TANDA DI SEKOLAH MENENGAH
AKADEMIK DI NEGERI PAHANG
AHMAD BUSHRA BIN ABDUL RAHMAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana MudaTeknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
iii
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI
DENGAN KURNIAAN DAN NIKMATNYA
Teristimewa :
Buat Ibu dan Ayah yang dikasihi,
Abdul Rahman bin Abdullah dan Wan Habsah bte Wan Jusuh..
yang telah banyak memberi dorongan dan nasihat sepanjang pengajian disamping iringan doa dan
pengorbanan yang tiada putusnya..
Buat kakak-kakak dan adik-adik tersayang..
Buat rakan-rakan yang banyak membantu dan memberi sokongan..
Buat ‘insan’ yang teristimewa..
Sekalung ucapan terima kasih diucapkan..
Semoga sentiasa diberkati-Nya..
iv
PENGHARGAAN
Penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah
pembimbing Encik Asnul Dahar bin Minghat diatas segala bimbingan, perbincangan dan
nasihat yang diberikan sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. Tidak lupa juga ucapan
penghargaan ini ditujukan kepada Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah membenarkan kajian ini
dilaksanakan, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang atas segala maklumat dan kerjasama
yang diberikan sehingga kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada 10 buah sekolah di negeri Pahang yang
telah banyak memberi kerjasama, khususnya kepada pengetua dan guru-guru Seni Reka
Tanda yang telah banyak memberikan maklumat yang diperlukan. Tidak lupa juga
kepada pengetua dan guru-guru Seni Reka Tanda di empat buah sekolah di negeri Johor
kerana kerjasama yang diberikan untuk membolehkan kajian rintis dijalankan dengan
sempurna.
Akhir sekali ucapan terima kasih ini ditujukan kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak dalam menjayakan projek penyelidikan ini.
v
ABSTRAK
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif untuk meninjau pelaksanaan
mata pelajaran vokasional Seni Reka Tanda di sekolah menengah akademik di negeri
Pahang. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti masalah dalam sukatan mata
pelajaran, kemudahan dan kelengkapan bengkel, jadual waktu serta kaedah pengajaran
yang digunakan dalam pelaksanaan mata pelajaran ini. Sampel kajian terdiri daripada 24
orang guru yang mengajar mata pelajaran Seni Reka Tanda di seluruh negeri Pahang.
Data mentah dikumpulkan menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan
perisian komputer SPSS (Statistical Package For Social Sciene) serta dilaporkan
mengikut min dan peratus. Hasil kajian mendapati bahawa guru-guru menghadapi
masalah dari segi sukatan mata pelajaran, kemudahan dan kelengkapan bengkel serta
jadual waktu. Hasil kajian turut mendapati guru-guru menggunakan kaedah yang
pelbagai bagi mengajar mata pelajaran Seni Reka Tanda.
vi
ABSTRACT
This descriptive study to survey an implementation of vocational subject ‘Seni
Reka Tanda’ in academic secondary school in Pahang. Objective of this study to identify
problem in contain of subject, equipment and facility in the workshop, timetable and
teaching method that been used in this subject. Sample of this study consist 24 teachers
who teaching ‘Seni Reka Tanda’ in Pahang. Data of this study is gathering by using
questionnaire and analysis using by SPSS (Statistical Package For Social Science).
Reports from data are shown by mean and percentage valve. Result from this study
shown that respondent had a problem with the contain of subject, equipment and
facilities in workshop and timetable. Result of the study also shown that respondent
using multi teaching method in teaching this subject.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK/ABSTRACT v
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 6
1.3 Pernyataan Masalah 12
1.4 Objektif Kajian 13
viii
1.5 Persoalan Kajian 13
1.6 Batasan Kajian 14
1.7 Kepentingan Kajian 14
1.8 Definisi / Istilah Kajian 16
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 18
2.2 Latar Belakang Mata Pelajaran Vokasional 19
2.3 Latar Belakang Mata Pelajaran Seni Reka
Tanda
20
2.4 Hubungan sukatan mata pelajaran dalam
pengajaran dan pembelajaran
23
2.5 Hubungan kemudahan dan kelengkapan
bengkel dalam pengajaran dan pembelajaran
25
2.6 Hubungan kaedah pengajaran guru dalam
pengajaran dan pembelajaran
27
2.7 Hubungan pengurusan waktu dalam
pengajaran dan pembelajaran
29
2.8 Hubungan pengkhususan/opsyen guru dalam
pengajaran dan pembelajaran.
2.9 Penutup 32
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 33
3.2 Reka bentuk Kajian 33
3.3 Sampel 34
3.4 Instrumen Kajian 35
ix
3.5 Kajian Rintis 37
3.6 Prosedur Kajian 39
3.7 Analisis Data 40
3.8 Penutup 41
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 43
4.2 Analisis Data 44
4.3 Analisis Demografi Responden 45
4.4 Analisis Persoalan Kajian 49
4.5 Penutup 60
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 61
5.2 Rumusan Kajian 62
5.3 Perbincangan 64
5.4 Cadangan 74
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 76
5.6 Penutup 78
BIBLIOGRAFI 79 - 84
LAMPIRAN
Lampiran A-D 85 - 96
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Bidang Dan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) 4
1.2 Taburan Sekolah Menengah Akademik Yang
Menawarkan (MPV) Di Setiap Daerah Di
Negeri Pahang
8
1.3 Taburan Sekolah Menengah Akademik Yang
Menawarkan Mata Pelajaran Seni Reka Tanda
Di Setiap Daerah Di Negeri Pahang
10
1.4 Taburan Data Latar Belakang Guru-Guru Yang
Mengajar Mata Pelajaran Seni Reka Tanda di
Sekolah Menengah Akademik di Negeri Pahang
bagi Tahun 2002
11
2.1 Jadual Sukatan Mata Pelajaran Seni Reka
Tanda
21
3.1
Taburan Sekolah Dan Jumlah Guru Yang
Mengajar Mata Pelajaran Seni Reka Tanda
34
3.2 Pengkelasan Skala Likert Dengan Markah Skor 36
xi
3.3
Taburan Soalan Berdasarkan Persoalan Kajian
Dan Jenis Skala Yang Digunakan Bagi Setiap
Persoalan Kajian
37
3.4
Taburan Sekolah Dan Jumlah Guru Yang
Mengajar Mata Pelajaran Seni Reka Tanda
37
3.5 Pemeringkatan Skala Likert 40
3.6 Perubahan Markat Dan Skala 41
3.7 Markat Skala Likert Tiga Mata 41
4.1 Nilai Skor 44
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 45
4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 46
4.4 Taburan Responden Mengikut Tahap
Pendidikan
46
4.5 Taburan Responden Mengikut Kelayakan
Ikhtisas
47
4.6
Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar
47
4.7
Taburan Data Latar belakang Responden Yang
Mengajar Mata Pelajaran Seni Reka Tanda
48
4.8 Taburan Responden Mengikut Min Dan Peratus
Bagi Pelaksanaan Sukatan Mata Pelajaran Seni
Reka Tanda
50
4.9
Taburan Responden Mengenai Kemudahan
Kelengkapan Bengkel Mengikut
Min Dan Peratus
52
xii
4.10
Taburan Responden Mengenai Kaedah
Pengajaran Guru Mengikut Min Dan
Peratus
55
4.11
Taburan Responden Mengenai Pengurusan
Jadual Waktu Untuk Mengajar Mata Pelajaran
Seni Reka Tanda Mengikut Min Dan Peratus
58
xiii
SENARAI SINGKATAN
MPV - Mata Pelajaran Vokasional
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
SMT/V - Sekolah Menengah Teknik/Vokasional
SPSS - Statistical Package For Social Science
EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Set Soal Selidik 85
B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia
93
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, Jabatan
Pendidikan Negeri Pahang
95
D Surat Kebenaran Universiti Teknologi Malaysia 96
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Permintaan terhadap tenaga pekerja teknikal dan vokasional terutamanya
kumpulan mahir dan separa mahir semakin meningkat akibat kepesatan ekonomi negara
yang maju menjelang tahun 2020. Sumber manusia adalah aset yang amat penting dalam
memenuhi hasrat ini. Sebagaimana yang digariskan dalam kenyataan Wawasan 2020,
bagi Malaysia untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, bekas Perdana
Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Mahathir telah menegaskan bahawa:
…the most important resource of any nation must be talents, skills, creativity and will of its people…our people ia our ultimate resource. Without a doubt, in the 1990’s and beyond Malaysia must give the fullest emphasis possible to the development of this ultimate resources…
(Tun Dr Mahathir, 1991)
Beberapa kenyataan dasar dan rancangan kerajaan juga turut menekankan
kepentingan membangunkan tenaga kerja mahir berkualiti tinggi yang dapat
menyesuaikan diri dengan persekitaran dunia yang sering berubah. Bagi memenuhi
keperluan untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja ini, perubahan dasar perlu di
2
lakukan bagi mencapai matlamat ini terutamanya ke arah penyediaan ‘knowledge
worker’ dan ini bergantung kepada kejayaan kerajaan melaksanakan pelbagai dasar dan
strategi untuk mencapainya.
Peranan untuk melahirkan tenaga kerja mahir ini telah diletakkan kepada
pendidikan vokasional yang sememangnya bertujuan untuk melahirkan tenaga pekerja
dalam pelbagai bidang pekerjaan. Pendidikan vokasional telah diperkenalkan di
Malaysia pada tahun 1926 yang mewujudkan sekolah tukang bagi tujuan pendidikan
ketukangan. Sejarah perkembangan pendidikan teknik dan vokasional telah
memperlihatkan betapa pentingnya pendidikan teknik dan vokasional dalam
pembangunan negara kerana ianya menyediakan latihan pendidikan bercorak kemahiran
pra vokasional dalam usaha menyediakan mereka bagi memenuhi permintaan pasaran
pekerjaan pada masa hadapan.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengkaji dan seterusnya menggubal
kurikulum pendidikan teknik dan vokasional mengikut tahap pendidikan. Dalam sistem
persekolahan di Malaysia, pelajar telah didedahkan kepada pelajaran vokasional sejak di
bangku sekolah rendah lagi melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
dan mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pada peringkat menengah
rendah. Pada peringkat atas pula, mata pelajaran yang ditawarkan adalah sebagai mata
pelajaran elektif di dalam kumpulan (V) elektif Vokasional dan Teknikal. Mata
pelajaran dalam kumpulan ini ialah Perdagangan, Ekonomi Asas, Prinsip Akaun, Sains
Pertanian, Ekonomi Rumah Tangga, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuruteraan,
Teknologi Kejuruteraan dan Pengajian Kejuruteraan.
Mata pelajaran vokasional (MPV) merupakan salah satu lagi komponen mata
pelajaran yang baru diperkenalkan pada Januari 2002 dalam Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM). Mata pelajaran ini diperkenalkan kepada pelajar-pelajar
3
Tingkatan Empat sekolah menengah akademik harian yang mempunyai masalah untuk
mempelajari subjek-subjek yang memerlukan pembacaan dan ingatan yang kuat untuk
belajar. Menyedari hakikat bahawa permintaan terhadap pekerja menjelang tahun 2020
semakin meningkat, latihan kemahiran adalah satu strategi berkesan ke arah penyediaan
guna tenaga negara. Mata pelajaran ini adalah perluasan kepada mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu di peringkat menengah rendah. (Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Oktober 2002 : Edisi kedua)
Matlamat Kementerian Pendidikan melalui pengenalan mata pelajaran ini adalah
untuk melahirkan pelajar berkemahiran dalam bidang usaha yang relevan dan bermakna
untuk membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan, memulakan perniagaan sendiri
atau meneruskan latihan di peringkat lebih tinggi. (Pusat Perkembangan Kurikulum,
Oktober 2001: Edisi kedua)
Selain daripada itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai objektif
tersendiri memperkenalkan mata pelajaran ini di sekolah menengah akademik harian.
Objektif-objektif tersebut adalah:
1. Memberi peluang yang luas kepada pelajar memilih mata pelajaran mengikut
minat dan bakat mereka.
2. Membekalkan kemahiran vokasional terutamanya kepada pelajar yang cenderung
dalam ketukangan tangan.
3. Memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah menengah
akademik.
4. Sebagai persediaan awal bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dan separa
mahir dalam perindustrian negara.
4
Untuk mencapai matlamat dan objektif tersebut, pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia melalui Pusat Perkembangan Kurikulum mencadangkan pelaksanaan mata
pelajaran vokasional sebanyak 22 mata pelajaran seperti yang disenaraikan mengikut
bidang dalam Jadual 1.1 di bawah:
Jadual 1.1 Bidang Dan Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
Sumber : Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (2002)
Bidang Mata pelajaran
1. Pembuatan
Membuat Perabot Seni Reka Tanda Menservis Automotif Meservis Alat Penyaman Udara Mengetuk Dan Mengecat Kereta Menservis Alatan Elektik
2. Ekonomi Rumah Tangga
Rekaan Dan Jahitan Katering Dan Penyajian Pemprosesan Makanan Penjagaan Dan Dandanan Hiasan Dalaman Asas Asuhan Kanak-Kanak Perkhidmatan Geriatrik
3. Pembinaan
Pembinaan Domestik Pendawaian Domestik Kerja Paip Domestik Kimpalan Arka Dan Gas
4. Teknotani
Landskap Dan Nurseri Tanaman Makanan Akuakultur Dan Haiwan Rekreasi
5. Aplikasi Komputer
Grafik Berkomputer Produksi Bahan Multimedia
5
Mata pelajaran ini dilaksanakan secara berperingkat mengikut empat fasa, mulai
tahun 2002 hingga tahun 2005. Bagi fasa satu, lapan mata pelajaran ditawarkan mulai
tahun 2002 iaitu:
1. Pembinaan Domestik
2. Membuat Perabot
3. Seni Reka Tanda
4. Menservis Peralatan Elektrik Domestik
5. Rekaan dan Jahitan Pakaian
6. Katering dan Penyajian
7. Landskap dan Nurseri
8. Tanaman Makanan
Salah satu mata pelajaran vokasional (MPV) yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pendidikan di sekolah menengah akademik adalah mata pelajaran Seni
Reka Tanda. Mata pelajaran ini digubal untuk membekalkan murid dengan kemahiran
dan ketrampilan dalam bidang reka bentuk dan pembuatan tanda sebagai salah satu
produk media komunikasi. Mata pelajaran ini mendedahkan pelajar kepada beberapa
aspek reka bentuk dengan tumpuan kepada penghurufan (tipografi), penggunaan simbol
grafik dan piawaian warna dalam menghasilkan kerja.
Di antara objektif mata pelajaran ini adalah:
1. Mengaplikasikan kemahiran dan mereka bentuk, membuat susun atur dan menanda
tulis dalam pembuatan produk yang bernilai komersial untuk bidang pengiklanan.
2. Menggunakan kelengkapan visual untuk kerja pindahan tata letak.
3. Menghasilkan ilustrasi dengan menggunakan peralatan semburan angin.
4. Melakukan kerja semburan cat untuk menghasilkan papan tanda.
5. Melakukan kerja cetakan skrin untuk menghasilkan cetakan fabrik dan perspek.
6
6. Menggunakan kelengkapan Computer Aided Signage (CAS) untuk menghasilkan
kerja pengiklanan.
7. Membuat anggaran bahan kos.
8. Mengamalkan prosedur kerja yang betul dan selamat.
9. Menguruskan kerja dengan baik dan berkomunikasi dengan berkesan.
10. Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah.
1.2 Latar belakang Masalah
Dalam era k-ekonomi kini, permintaan terhadap tenaga pekerja teknikal dan
vokasional terutamanya kumpulan mahir dan separa mahir semakin meningkat. Ini
kerana keperluan sumber manusia dalam sektor industri semakin bertambah. Menyedari
hakikat ini, mata pelajaran vokasional (MPV) telah diperkenalkan untuk mewujudkan
sekumpulan individu dalam masyarakat kita yang berkemahiran, berpengetahuan dan
terlatih dalam perkara asas dalam beberapa bidang pekerjaan yang telah dikenalpasti.
Mereka yang berminat dan cenderung dalam bidang ini telah disediakan program yang
sesuai dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan mengikut keperluan
perancangan.
Selaras dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan
mata pelajaran vokasional sebagai satu aliran pendidikan dalam melahirkan tenaga kerja
yang diperlukan negara. Namun begitu, sistem pendidikan sekarang sedang melalui
pelbagai cabaran bagi memenuhi kehendak negara. Dalam ucapan kertas kerja Seminar
Kebangsaan Pendidikan Asas Vokasional dan Pendidikan, Datuk Dr. Ahamad Timbalan
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Teknikal (2001), menyatakan:
7
…pendidikan dan latihan adalah merupakan sebahagian pelaburan sosial penting yang boleh memberi
faedah jangka panjang. Murid adalah aset negara yang amat berharga dalam menentukan corak
masyarakat kelak. Justeru itu, amatlah wajar murid sekolah yang akan mewarisi generasi masa hadapan
perlu dibekalkan dengan kurikulum yang relevan dan bermakna agar pengetahuan dan kemahiran yang
mereka perolehi nanti dapat menangani pelbagai cabaran dalam menempuhi era globalisasi dan k-
ekonomi…
Berdasarkan petikan, ternyata kurikulum yang besesuaian dengan keperluan
semasa amat perlu bagi generasi hadapan supaya lebih bersedia menempuhi
pembangunan akan datang dan juga kemajuan teknologi. Dalam pelaksanaan mata
pelajaran vokasional (MPV) di sekolah menengah akademik ini, guru menjadi fokus
utama dalam menjayakannya disamping keperluan bagi melaksanakannya. Pelaksanaan
bagi mata pelajaran vokasional ini telah pun dijalankan di seluruh negara dengan
melibatkan sebanyak 105 buah sekolah pada fasa pertama dan 103 buah sekolah pada
fasa kedua. Pelaksanaan ini telah melibatkan sebanyak 208 buah sekolah secara
keseluruhannya di seluruh negara.
Negeri Pahang merupakan salah satu negeri yang terlibat dalam pelaksanaan
mata pelajaran vokasional (MPV) ini. Di negeri Pahang terdapat sebanyak 28 buah
sekolah yang menawarkan mata pelajaran vokasional dalam berbagai bidang mata
pelajaran yang terletak di lapan buah daerah. Daerah-daerah tersebut adalah seperti yang
terdapat dalam Jadual 1.2 di sebelah:
8
Jadual 1.2: Taburan Sekolah Menengah Akademik Yang Menawarkan MPV Di
Setiap Daerah di Negeri Pahang
Daerah Sekolah
Kuantan 1. Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Lembing
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Goh
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota
4. Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan
5. Sekolah Menegah Kebangsaan Pelabuhan Kuantan
Pekan 1. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mahmud Mat
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Chini Timur
4. Sekolah Menegah Kebangsaan Shahbandar Husin
5. Sekolah Menengah Kebangsaan Chini
Temerloh 1. Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Mentakab
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Damak
4. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Bahaman
5. Sekolah Menegah Kebangsaan Kampong Raja
Maran 1. Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Afzan
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Maran
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Temin
Kuala Lipis 1. Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Merapoh
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan
Rompin 1. Sekolah Menengah Kebangsaan Chanis
2. Sekolah Menegah Kebangsaan Padang Tengku
Raub 1. Sekolah Menengah Kebangsaan Dong
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Lurah Bilut
Bentong 1. Sekolah Menengah Kebangsaan Kg. Sertik
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong
3. Sekolah Menegah Kebangsaan Pelangai
Sumber : Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (2003)
9
Dalam penawaran mata pelajaran vokasional (MPV) ini di sekolah-sekolah
akademik, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipatuhi oleh sekolah-sekolah. Kriteria-
kriteria tersebut yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu:
i. Sekolah-sekolah yang mempunyai kemudahan bengkel dan peralatan
yang sesuai serta ruang fizikal yang mencukupi.
ii. Sekolah yang mempunyai guru-guru yang sesuai dan berminat mengajar
mata-mata pelajaran yang ditawarkan.
iii. Sekolah yang mempunyai ramai pelajar yang cenderung dalam
ketukangan tangan.
iv. Sekolah yang berdekatan dengan pusat latihan seperti Politeknik, Kolej
Komuniti, Sekolah Menengah Teknik, Institut Kemahiran Mara, Pusat
Giat Mara dan sebagainya.
v. Sekolah yang berdekatan dengan kawasan perindustrian yang sesuai
dengan keperluan mata pelajaran.
vi. Sekolah yang pernah mengendalikan program Sekolah Ke Kerjaya.
Oleh sebab terdapatnya kriteria tersebut maka tidak semua sekolah dapat
menawarkan mata pelajaran vokasional di sekolah mereka. Di negeri Pahang, setiap
sekolah hanya dibenarkan menawarkan sekurang-kurangnya dua mata pelajaran
vokasional pada setiap tahun bergantung kepada kemudahan dan kesesuaian. Seni Reka
Tanda merupakan mata pelajaran vokasional yang paling banyak ditawarkan di sekolah-
sekolah menengah akademik di negeri Pahang. Sebanyak 10 buah sekolah dari 28 buah
sekolah di negeri Pahang menawarkan mata pelajaran ini. Di antara sekolah-sekolah
yang menawarkan mata pelajaran ini di negeri Pahang adalah seperti Jadual 1.3 di
sebelah:
10
Jadual 1.3: Taburan Sekolah Menengah Akademik Yang Menawarkan Mata Pelajaran
Seni Reka Tanda Di Setiap Daerah Di Negeri Pahang
Daerah Sekolah
Kuantan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Lembing
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota
Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan
Pekan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Abdullah
Temerloh Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh
Maran Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Afzan
Kuala Lipis Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Koyan
Rompin Sekolah Menengah Kebangsaan Chanis
Raub Sekolah Menengah Kebangsaan Dong
Bentong Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong
Sumber: Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (2003)
Mata pelajaran Seni Reka Tanda ini dirancang khas untuk murid yang
mempunyai minat dan kecenderungan dalam kerja kemahiran pembuatan dan
rekabentuk. Penggubalan mata pelajaran ini merupakan satu usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia ke arah mempertingkatkan kemahiran praktis dan menanam
semangat keusahawanan di kalangan pelajar. Pada peringkat awal pelaksanaannya,
dianggarkan kira-kira 250 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Seni Reka
Tanda ini dan 24 orang tenaga pengajar di sekolah menengah akademik di seluruh negeri
Pahang. Ini berdasarkan sumber yang diperolehi dari Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.
Bagi memastikan program mata pelajaran Seni Reka Tanda ini mencapai
matlamatnya, perlu di pastikan bahawa sekolah yang terlibat perlulah mempunyai
keupayaan tenaga pengajar, mendapat kemudahan bengkel dan pembekalan mesin dan
alatan yang sesuai serta pengurusan yang baik. Jika aspek ini diabaikan, dikhuatiri
matlamat untuk memberikan kemahiran kepada pelajar juga terjejas dan kurang
berkesan.
11
Pada masa ini, masih belum terdapat seorang pun lulusan maktab atau universiti
yang khusus bagi mata pelajaran Seni Reka Tanda ini di sekolah menengah akademik.
Ini boleh dilihat dari data yang diperolehi dari Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
mengenai taburan data opsyen guru-guru yang mengajar mata pelajaran Seni Reka
Tanda di lima buah sekolah menengah akademik di negeri Pahang bagi tahun 2002
dalam Jadual 1.4:
Jadual 1.4: Taburan Data Latar Belakang Guru-Guru Yang Mengajar Mata Pelajaran
Seni Reka Tanda Di Sekolah Menengah Akademik Di Negeri Pahang bagi Tahun 2002
Mata Pelajaran Vokasional Opsyen Jumlah Guru
Kemahiran Hidup 4
Seni Reka Tanda Pendidikan Seni Grafik 4
Reka Cipta 1
Lukisan Kejuruteraan 2
Sumber: Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
Berdasarkan data yang diperolehi menunjukkan pemilihan guru adalah terdiri
daripada mereka yang mempunyai latar belakang opsyen yang berbeza dengan mata
pelajaran yang diajar.
Oleh itu, penyelidik ingin mengkaji bagaimanakah pelaksanaan mata pelajaran
ini di sekolah menengah akademik memandangkan mata pelajaran ini adalah mata
pelajaran yang baru. Tenaga pengajar yang kurang dan bukan opsyen diberi tugas bagi
mengendalikan mata pelajaran ini. Peruntukkan 12 waktu yang diperuntukkan seminggu
oleh Pusat Perkembangan Kurikulum juga menunjukkan mata pelajaran ini mempunyai
waktu pengajaran dan pembelajaran yang lebih berbanding mata pelajaran lain
khususnya di sekolah menengah akademik. Kemudahan dan kelengkapan bengkel yang
disediakan juga menjadi faktor penyelidik ingin mengkaji apakah masalah yang dihadapi
oleh guru. Ini kerana, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia buat permulaan
12
bengkel-bengkel yang disediakan akan dipertingkat dari masa ke semasa. Ini
menunjukkan bahawa buat permulaan bengkel yang disediakan tidak lengkap buat
sepenuhnya. Pada pendapat penyelidik, situasi ini seakan-akan menggambarkan
kesukaran untuk ianya dilaksanakan dengan lancar dan berkesan khususnya bagi mata
pelajaran Seni Reka Tanda.
1.3 Pernyataan Masalah
Mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah menengah akademik merupakan
satu siri mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia berbentuk vokasional yang ditawarkan
khas untuk pelajar di sekolah akademik menengah atas dan ianya baru sahaja
diperkenalkan. Namun begitu, pelaksanaannya sudah memasuki ke fasa kedua.
Kajian ini dijalankan untuk meninjau bagaimanakah mata pelajaran Seni Reka
Tanda iaitu salah satu mata pelajaran vokasional (MPV) yang ditawarkan di sekolah
menengah akademik ini dilaksanakan kerana pada peringkat awalnya, data yang
diperolehi dari Jabatan Pendidikan Negeri Pahang menunjukkan guru bukan opsyen
dipilih untuk melaksanakannya di sekolah. Kajian telah meninjau apakah masalah yang
dihadapi oleh guru dalam melaksanakan sukatan mata pelajaran, kemudahan dan
kelengkapan bengkel yang disediakan, pengurusan jadual waktu dan kaedah pengajaran
yang digunakan oleh guru.
Sehingga kini masih belum ada satu kajian khusus yang dijalankan berkaitan
tinjauan terhadap pelaksanaan mata pelajaran vokasional Seni Reka Tanda di sekolah
menengah akademik.
13
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
1. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan sukatan
mata pelajaran untuk mengajar mata pelajaran Seni Reka Tanda.
2. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru terhadap kemudahan dan
kelengkapan bengkel untuk mengajar mata pelajaran Seni Reka Tanda.
3. Mengenalpasti kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru untuk mengajar
mata pelajaran Seni Reka Tanda.
4. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru dalam pengurusan jadual waktu
untuk mengajar mata pelajaran Seni Reka Tanda.
1.5 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini, penyelidik telah mengemukakan beberapa persoalan kajian
bagi menentukan objektif kajian tercapai, diantaranya ialah:
1. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan sukatan mata
pelajaran untuk mengajar mata pelajaran Seni Reka Tanda?
2. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru terhadap kemudahan dan kelengkapan
bengkel untuk mengajar mata pelajaran Seni Reka Tanda?
3. Apakah kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru untuk mengajar mata
pelajaran Seni Reka Tanda?
4. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru dalam pengurusan jadual waktu untuk
mengajar mata pelajaran Seni Reka Tanda?
top related