tema hari guru 2013
Post on 24-Jan-2018
369 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TEMA HARI GURU 2013 : GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
29 March 2013
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) selaku Urus Setia Pemilihan Tema Hari Guru 2013
telah menerima persetujuan dan pengesahan dari Pejabat YAB Menteri Pelajaran berhubung
Tema Hari Guru 2013. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan tema yang telah dipersetujui oleh
YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran adalah:
GURU MALAYSIA: 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan
berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam
aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem
pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang
tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan
berkecekapan tinggi.
HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-
2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu
agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan
Negara.
sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia
top related