teks ucapan timbalan pengarah

Post on 12-Dec-2015

256 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Teks Ucapan

TRANSCRIPT

TEKS UCAPAN

YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA

KETUA SETIAUSAHA NEGARA

MAJLIS PERASMIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN

CEMERLANG

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH RANAU

TAHUN 2015

05 0GOS 2015 (RABU)

1.00 PETANG

MOUNT KINBALU HERITAGE & SPA KUNDASANG

Bismillahhirramanirrahim

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Terlebih dahulu izinkan saya memanjat rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT

kerana dengan limpah kurniaNya, kita dapat berkumpul pada hari ini untuk

menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Pejabat

Pendidikan Daerah Ranau tahun 2014 .

Majlis APC pada petang ini merupakan satu penghargaan dan juga pengiktirafan

kepada warga pendidik dan AKP yang telah menunjukkan perkhidmatan cemerlang

dalam memastikan system penyampaian perkhidmatan pendidikan sentiasa

mencapai standard dan kualiti yang ditetapkan.

Hari ini kita berkesempatan meraikan kejayaan 173 orang warga pendidik dan AKP

yang cemerlang bagi tahun 2014. Tahniah saya ucapkan. Semoga anugerah dan

penghargaan ini menjadi pemangkin dan pendorong dalam usaha meneruskan

kecemerlangan dalam bidang tugas masing-masing. Saya yakin kita akan terus

meraikan kecemerlangan para pendidik dan AKP yang komited terhadap melakari

dan menyelusuri kecemerlangan perkhidmatan demi kejayaan diri, organisasi,

bangsa dan Negara. Saya berharap penganugerahan yang diberikan ini akan dapat

dijadikan sebagai pembakar semangat kepada warga Kementerian yang lain agar

terus bekerja keras bagi mencapai matlamat untuk menjadikan Kementerian

Pendidikan sebagai World Class Education Provider.

top related