teks doa watikah jpp

Post on 17-Jan-2016

461 Views

Category:

Documents

18 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

teks doa untuk watikah jpp ipg malaysia

TRANSCRIPT

TEKS BACAAN DOA

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

IPG KAMPUS IPOH SESI 2015/2016

بسم الله الرحمن الرحيم

االحمد الله رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء .والمرسلين وعلى آله وصحبه اجمعين

اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما وال تجعل اللهم فينا وال معنا وال من يتبعنا شقيا وال

.محروما

Ya Allah, Ya Tuhan kami, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami

berhimpun pada hari ini, berdoa memohon rahmat dan hidayah dari-Mu. Semoga

dengan rahmat itu, Engkau berikan petunjuk kepada kami, Engkau perkukuhkan

ikatan kami, Engkau perbaiki urusan Agama dan dunia kami.

Allahumma Ya Azizu Ya Qahhar,

Sempena Majlis Watikah Perlantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, IPG

Kampus Ipoh sesi 2015/2016 ini, kami pohonkan ehsan daripada-Mu Ya Allah,

agar Engkau kurniakan kepada kami nikmat kesejahteraan dan keselamatan yang

berterusan, lindungilah kami daripada segala keburukan dan keaiban,

hindarkanlah kami daripada segala bentuk kemungkaran dan kemaksiatan, agar

tenang hati-hati kami dalam menjalani perjalanan kehidupan ini, Ya Allah.

Peliharalah kami daripada segala bencana, anugerahkanlah kami dengan nikmat

kesihatan agar kami dapat meneruskan usaha kami, dalam mencurahkan bakti

dan menaburkan jasa.

Ya Fattahu Ya Razzak,

Ya Allah, Ya Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan,

kurniakanlah taufik dan hidayah-Mu kepada kami, restuilah perancangan kami,

bimbinglah kami dengan petunjuk-Mu yang berterusan. Pimpinlah kami ke jalan

yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan.

Hindarkanlah kami dari segala mala petaka dan sifat-sifat yang keji.

Selamatkanlah kami sekalian dari perselisihan yang boleh membawa perpecahan

dan kebinasaan.

top related