tahap kreativiti dan pencapaian penyelesaian masalah fizik …€¦ · manakala tahap pencapaian...
Post on 27-Jan-2021
13 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH
FIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU
RASHIMAH BINTI ABU KASIM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2012
-
2
PSZ 19:16 (Pind. 1/07)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL : TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAERAH JOHOR BAHRU
SESI PENGAJIAN: _____________
Saya RASHIMAH BINTI ABU KASIM(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.4. **Sila tandakan (/)
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan
Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI SULIT
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan dimana penyelidik dijalankan)
TERHAD
TIDAK TERHAD
---------------------------------------
(TANDATANGAN PENULIS)
DISAHKAN OLEH:
------------------------------------------------
(TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
NO 25 JALAN PADI RIA 8,
BANDAR BARU UDA,
81200 JOHOR BAHRU.
Tarikh: ………………………….
PM. DR. SETH BIN SULAIMAN
Nama Penyelia
Tarikh: ……………………………
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan
menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis ini dimaksudkan sebagai tesisi bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi
pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
-
3
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Fizik.
Tandatangan :
Nama Penyelia : PM. DR SETH BIN SULAIMAN
Tarikh :
-
4
TAHAP KREATIVITI DAN PENCAPAIAN PENYELESAIAN MASALAH FIZIK
PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI DAERAH JOHOR BAHRU
RASHIMAH BINTI ABU KASIM
Disertasi ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Pendidikan Fizik
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2012
-
5
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasanyang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : RASHIMAH BINTI ABU KASIM
Tarikh :
-
6
Buat suamiku yang tersayang Mohd Zikri Bin Mat Deris
Puteri Kesayanganku Khyrah Zhafirah
Ibu-bapa serta seluruh keluarga tersayang
-
7
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya
menyiapkan Disertasi Projek Sarjana Fizik saya ini.
Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada Prof Madya Dr.
Seth Bin Sulaiman, Penyelia Projek Sarjana saya kerana banyak membimbing dan
memberikan tunjuk ajar sepanjang kajian ini dijalankan. Terima kasih atas segala-
galanya.
Terima kasih saya ucapkan kepada suami dan ibu-bapa saya kerana banyak
memberi dorongan untuk saya meneruskan usaha dan menghadapi cabaran untuk
menyiapkan disertasi saya ini.
Tidak dilupakan juga kepada Pengetua Sekolah di dalam daerah Johor Bahru
yang terlibat kerana membantu dalam menjayakan disertasi ini dan memberikan
kerjasama yang baik dalam menyediakan responden untuk menjawab soalselidik dan
soalan yang disediakan.
-
8
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat tahap kreativiti dan pencapaian
penyelesaian masalah fizik di sekolah menengah. Jumlah responden yang terlibat
adalah seramai 100 orang pelajar tingkatan empat aliran sains iaitu seramai 50 orang
pelajar lelaki dan 50 orang pelajar perempuan. Instrumen kajian yang digunakan
adalah set soalan CT-PS (Creativity Test-Problem Solving) yang mempunyai nilai
kebolehpercayaan α=0.77 untuk soalan tahap kreativiti (Bahagian B) dan α=0.93
untuk soalan penyelesaian masalah Fizik (Bahagian C). Data yang diperolehi
dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS). Dapatan
kajian menunjukkan bahawa tahap kreativiti pelajar secara keseluruhannya adalah
tinggi (min=80.69). Manakala tahap pencapaian penyelesaian masalah Fizik
mengikut Model Heller adalah lemah (min=24.47). Keputusan ujian-t menunjukkan
bahawa tidak terdapat perbezaan signifikan antara tahap kreativiti merentasi jantina
p=0.075 dan juga tidak terdapat perbezaan signifikan dalam pencapaian penyelesaian
masalah fizik merentasi jantina p=0.649 pada α=0.05. Korelasi Pearson menunjukkan
bahawa terdapat hubungan yang lemah di antara tahap kreativiti pelajar dan
pencapaian penyelesaian masalah Fizik (r=0.18) tetapi tidak signifikan.
-
9
ABSTRACT
This study was conducted to find the level of secondary school student’s
creativity and problem solving achievement Physics. A total of 100 Form Four
science students were involved in this study of which 50 were males and 50 were
females. The instrument used was a set of questions CT-PS (Creativity Test-Problem
Solving) with a reliability value of α=0.77 for the creativity question (Part B) and
α=0.93 for physics problem-solving questions (Part C). The data obtained were
analyzed using the Statistical Package for the Social Science (SPSS). The findings
indicate that the level of creativity as a whole is high (mean=80.69). While the
physics problem-solving performance of students was low (mean=24.74). T-test
results showed no significant difference between the level of creativity across gender
(t=0.075) and no significant difference on physics problem-solving performance
across gender (t=0.649) at α=0.05. From the data analysis using Pearson correlation
there is a weak correlation between the level of creativity and achievement of physics
problem solving (r=0.18) at α=0.05 but it is not significant.
-
10
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 10
-
11
1.6.1 Pelajar 11
1.6.2 Guru 11
1.7 Batasan Kajian 12
1.8 Takrifan Istilah 13
1.8.1 Kreativiti 13
1.8.2 Penyelesaian masalah 14
1.9 Kesimpulan 14
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Kreativiti 16
2.2.1 Penghalang kepada Kreativiti 17
2.2.2 Pengukuran Tahap Kreativiti 18
2.3 Kemahiran Menyelesaikan Masalah 22
2.3.1 Kemahiran Menyelesaikan Masalah 24
2.3.1.1 Model Penyelesaian Masalah Enam
Langkah Dewey
24
2.3.1.2 Model Polya 25
2.3.1.3 Model Lester 25
2.3.1.4 Model Heller & Heller 26
2.4 Kepentingan Kreativiti dalam Kemahiran
Penyelesaian masalah
28
2.5 Kajian-Kajian Lepas
2.5.1 Kajian Tentang Tahap Kreativiti Pelajar
2.5.2 Kajian Tentang Pencapaian Penyelesaian
Masalah
30
30
35
2.6 Kesimpulan 40
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 41
3.2 Rekabentuk Kajian 42
-
12
3.3 Sampel Kajian 42
3.4 Instrumen kajian 43
3.5 Prosedur kajian 46
3.6 Kajian Rintis 47
3.7 Analisis data 49
3.8 Kesimpulan 52
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 53
4.2 Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 54
4.3 Tahap Pencapaian Penyelesaian Masalah Fizik Pelajar Mengikut Model Heller
54
4.4 Hubungan Antara Faktor Jantina dengan Tahap Kreativiti Pelajar
55
4.5 Hubungan Antara Faktor Jantina dengan Pencapaian Penyelesaian Masalah Fizik
56
4.6 Hubungan Antara Tahap Kreativiti Pelajar dengan Pencapaian Penyelesaian Masalah Fizik
57
4.7 Kesimpulan 59
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 60
5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 61
5.2.1 Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4 61
5.2.2 Tahap Pencapaian Penyelesaian Masalah Fizik Pelajar Mengikut Model Heller
61
5.2.3 Hubungan Antara Faktor Jantina dengan Tahap Kreativiti Pelajar Tingkatan 4
63
5.2.4 Hubungan Antara Faktor Jantina dengan Pencapaian Penyelesaian Masalah Fizik
63
5.2.5 Hubungan Antara Tahap Kreativiti Pelajar dengan Pencapaian Penyelesaian Masalah
64
-
13
Fizik
5.3 Rumusan dan Implikasi Kajian 65
5.3.1 Tahap kreativiti yang tinggi 65
5.3.2 Tahap pencapaian penyelesaian masalah fizik yang rendah
67
5.4 Cadangan daripada Kajian 69
5.5 Cadangan untuk Kajian Lanjutan 72
5.6 Kesimpulan 73
RUJUKAN 74-85
LAMPIRAN 86-111
-
14
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Taburan Responden Mengikut Sekolah 43
4.1 Min tahap kreativiti pelajar tingkatan empat 54
4.2 Min markah Pencapaian Penyelesaian
Masalah Fizik Model Heller oleh Pelajar
Tingkatan Empat
54
4.3 Ujian T diantara Tahap Kreativiti Pelajar dan
Jantina
55
4.4 Ujian T diantara Penyelesaian Masalah Fizik
dan Jantina
56
4.5 Ujian Korelasi Pearson di antara tahap
kreativiti dan penyelesaian masalah Fizik.
57
4.6 Jadual interprestasi nilai pekali korelasi (r) 57
4.7 Kesimpulan hasil analisis data 58
-
15
SENARAI SINGKATAN
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
NKRA - National Key Result Area
LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
P&P - pengajaran dan pembelajaran
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
FPN - Falsafah Pendidikan Negara
KBKK Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif
CT-PS Creative Thinking-Problem Solving
JPNJ Jabatan Pelajaran Johor
SPSS Statistical Package For Social Science
-
16
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Pengesahan soalan Penyelesaian Masalah
Fizik
86
B Set Soalan CT-PS (Creativity Test-Problem
Solving)
87
C Skema pemarkahan soalan penyelesaian
masalah (Bahagian C)
96
D Teknik Menjawab Soalan CT-PS (Untuk
kegunaan guru sahaja)
106
E Contoh Borang Ujian CT-PS Jawapan
Pelajar
107
F Item-item mengikut konstruk cirri-ciri
kreativiti individu
108
-
17
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun
2020 amat bergantung kepada keupayaan warganya untuk menyediakan pendidikan
berkualiti yang menekankan pembangunan insan secara holistik dan membangunkan
daya inovasi dan kreativiti pelajar. Dengan ini, kita akan dapat menghasilkan modal
insan yang berilmu, kreatif, inovatif dan berketerampilan serta berupaya untuk
memacu ekonomi berteraskan pengetahuan dan mencipta kekayaan baru bagi negara
kita (Muhyiddin, 2010). Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah
status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang berilmu, saintifik
dan progresif. Di samping itu, masyarakat ini juga berkebolehan untuk mengurus
alam dan sumbernya secara optimum dan bertanggungjawab. Bagi mencapai hasrat
ini, kita perlu membentuk warganegara kritis, kreatif dan berketerampilan yang
mengamalkan budaya sains dan teknologi (Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK),
2002).
-
18
Kemahiran berfikir secara kreatif memainkan peranan yang amat penting dan
harus diterapkan dalam minda anak-anak sejak mereka masih kecil lagi. Ini
bersesuaian dengan National Key Result Area (NKRA) yang diperkenalkan oleh
Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. NKRA
yang berkaitan dengan bidang pendidikan adalah NKRA yang ketiga: Meluaskan
Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan. Dalam NKRA ini, beliau
ingin memastikan anak-anak akan mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan
berkemampuan. Mahu tidak mahu, generasi muda Malaysia perlu berilmu, mesti
berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu bersaing di persada
internasional yang penuh cabaran ini (Mohd Najib, 2009).
Ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamat
untuk melahirkan insan yang sempurna dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Bagi mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara kritis,
kreatif dan berketerampilan yang mengamalkan budaya sains dan teknologi (PPK,
2003). Jelas di sini, pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan individu yang
terdidik dari segi kognitif, afektif dan psikomotor agar matang berfikir, berkemahiran
untuk memikul tanggungjawab dan mempunyai komitmen untuk mendukung aspirasi
pendidikan negara.
1.2 Latar belakang masalah
Matlamat utama kurikulum fizik bertujuan untuk melahirkan pelajar yang
mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Fizik dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan
nilai murni untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan
harian. Di antara objektif kurikulum Fizik adalah mengaplikasikan pengetahuan dan
-
19
kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam
penyelesaian masalah, membuat keputusan dan mengkonsepsikan (PPK, 2003).
Daripada perbandingan Laporan Prestasi SPM 2007 yang dikeluarkan oleh
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mata pelajaran Fizik
didapati prestasi keseluruhan calon adalah pada tahap sederhana. Kematangan calon
dalam menyampaikan fakta dan konsep-konsep fizik semakin meleset terutama
dalam penyelesaian masalah dan juga membuat keputusan. Penyelesaian masalah
secara kuantitatif adalah sederhana iaitu sebahagian calon tidak menggunakan rumus
yang betul menyebabkan gantian yang dibuat adalah tidak betul. Masih terdapat
calon yang lemah dalam menguasai istilah fizik, kemahiran proses sains seperti
memerhati, membanding beza sehingga gagal menjawab soalan konstruk
mengkonsepsi. Pelajar disarankan supaya meneliti dalam gantian semasa membuat
pengiraan dan menyemak unit pada akhir jawapan dengan baik. Mereka juga perlu
mempunyai kemahiran proses sains dan kemahiran KBKK sesuai dengan kehendak
soalan semasa. Guru perlu memberi penekanan kepada kemahiran proses sains,
kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga perlu
membina soalan-soalan yang mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis,
berbentuk aplikasi dan lebih kontekstual (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2008).
Berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan
pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan
dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang
dialami (Mohd Nashuha, 1995). Namun begitu, setiap individu mempunyai jenis dan
cara berfikir mereka yang berbeza. Menurut Ainon & Abdullah (2005) kesemua
kanak-kanak adalah berbakat dan kreatif. Tetapi apabila mereka mula memasuki
alam persekolahan bakat dan kreativiti mereka menurun secara mendadak. Ini kerana
di sekolah, kanak-kanak diterapkan pembelajaran yang mana menjadikan mereka
tidak kreatif. Kreativiti yang dibiarkan tanpa bimbingan dan asuhan yang sesuai akan
menjadi kanak-kanak yang tidak kreatif. Manusia dilahirkan ke dunia lengkap
dengan potensi kreatif. Potensi kreatif yang terbiar tanpa persekitaran yang sesuai
akan membenamkan sifat-sifat kreatif yang ada pada diri seseorang (Siti Zabidah,
-
20
2006). Selain itu, sikap terlalu ‘mengikut kebiasaan’ dan seragam serta mengikut
peraturan yang ditetapkan juga turut membenamkan sifat-sifat kreatif seseorang.
Begitu jugalah dengan pelajar tingkatan 4, jika sifat-sifat kreatif tidak diambil peduli
akhirnya akan terbantut. Pengabaian kepada pemupukan sifat kreatif melahirkan
orang yang mudah menyerah, kekal sebagai pengguna, tidak berubah dan menerima
seadanya serta sentiasa takut kepada kegagalan.
Sistem pendidikan di Malaysia kurang memberi penekanan kepada kemahiran
berfikir secara kreatif dan kemahiran penyelesaian masalah. Penumpuan lebih kepada
penghafalan fakta-fakta dengan menekankan pengulangan dan latih tubi. Aktiviti
pemikiran dianggap lanjutan daripada pembelajaran dan hanya dapat dilakukan
setelah sukatan pelajaran telah diselesaikan (Roslinda, 2007). Khuan & Omar (2005)
berpendapat bahawa hemisfera kiri dan hemisfera kanan adalah bahagian-bahagian
otak yang berfungsi bersama-sama untuk memproses maklumat, dan kedua-duanya
diperlukan untuk menyelesaikan masalah secara kreatif. Penggunaan otak yang
seimbang adalah baik untuk mengoptimumkan perkembangan potensi pelajar.
Senario demikian perlu diubah selaras dengan keperluan global yang sentiasa
mencabar agar generasi muda tidak ketinggalan. Oleh itu, kemahiran berfikir secara
kreatif diharapkan dapat dikembangkan melalui sistem pendidikan.
Menurut Jamilah (2004), kemahiran berfikir diterapkan kepada pelajar
melalui soalan-soalan aras tinggi, aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pemikiran dan
penyelesaian masalah serta kaedah-kaedah pengajaran. Oleh kerana pemikiran itu
bermula dengan sesuatu masalah, maka murid perlu berfikir secara kritis dan kreatif
untuk mencari penyelesaian bagi masalah tersebut. Daripada analisis data berkenaan
soalan guru dan respon murid semasa pengajaran dan pembelajaran memberi satu
gambaran jelas bahawa guru cenderung mengemukakan soalan kognitif aras rendah
ataupun soalan konvergen berbanding soalan aras tinggi iaitu soalan divergen. Ini
boleh dilihat daripada kajian yang dibuat oleh S.Supramani (2006) di mana dapatan
kajiannya membuktikan bahawa terdapat hubungan yang ketara antara soalan guru
dan respon murid. Ini bermaksud jika guru mengemukakan soalan aras tinggi murid
juga menghasilkan respon aras tingggi dan sebaliknya dan daripada kajian ini
membuktikan guru lebih banyak mengemukakan soalan aras rendah di mana murid
-
21
tidak banyak berpeluang untuk melibatkan diri mereka dalam menghasilkan respon-
respon yang asli, idea-idea yang kreatif, keputusan dan peyelesaian baru bagi sesuatu
masalah. Seterusnya Rajendran (2002) dalam kajiannya mendapati hanya 10% soalan
yang dikemukakan oleh guru-guru dalam P&P adalah soalan pada aras tinggi. Ini
bermakna, 90% daripada soalan yang dikemukakan adalah pada aras rendah.
Keadaan yang sama dapat dilihat dalam soalan-soalan yang dikemukakan secara lisan
oleh guru-guru di bilik-bilik darjah.
Menurut Abdul Main & Abdullah (1993) sebagai agen sosiolisasi, guru
berperanan menerapkan segala kemahiran generik yang bersesuaian dengan
keperluan industri masa kini di samping memberi ilmu pengetahuan. Penggunaan
kemahiran generik secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran guru amat
bergantung kepada penguasaan kemahiran pengintergarasiannya dalam kemahiran-
kemahiran yang lain seperti kemahiran berfikir, kemahiran pemudahcaraan,
kemahiran belajar, kemahiran menilai dan menaksir dalam pengajaran, dan tidak
kurang pentingnya kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.
Menurut Effandi & Zanaton (2007), cabaran dalam pendidikan hari ini adalah
mengajar secara berkesan kepada pelajar yang mempunyai keupayaan dan kadar
pembelajaran yang berbeza. Guru diharapkan untuk mengajar dengan cara yang
membolehkan pelajar untuk belajar konsep sains dan matematik sementara
menggabungkan kemahiran-kemahiran proses, memperoleh keterampilan, sikap dan
nilai-nilai positif serta kemahiran penyelesaian masalah. Penguasaan pelbagai
kemahiran belajar hendaklah dilakukan untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan
membolehkan murid menguruskan pembelajaran sendiri. Penguasaan pelbagai
kemahiran belajar seperti kemahiran mengumpul, merekod, mengelas, menilai,
mentafsir, merumus dan mengaplikasi maklumat serta menggunakan pelbagai
sumber diberi penekanan yang lebih untuk mempertingkatkan pembelajaran
(Jumaatol Halisha, 2006). Pelbagai strategi pengajaran perlu digunakan dalam kelas
sewaktu pengajaran sains dan matematik.
Guru hendaklah menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar daripada
pengajaran berpusatkan guru semata-mata. Guru juga perlu menjalani program
-
22
latihan kreativiti bagi meningkatkan tahap kreativiti di kalangan guru-guru (Hamsiah,
2004). Tahap kreativiti guru sains dan matematik adalah di tahap sederhana
walaubagaimanapun tahap kreativiti guru sains adalah lebih tinggi daripada guru
bukan sains. Maka usaha-usaha yang berkaitan untuk meningkatkan tahap kreativiti
guru sains perlulah dilaksanakan agar guru boleh mewujudkan persekitaran
menggalakkan pembelajaran secara kreatif (Nor Aznizah, 2004). Guru yang
berkualiti akan dapat meningkatkan komitmen pelajar dalam aktiviti pembelajaran
mereka serta menggalakkan penglibatan intelektual pelajar dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah. Perkara ini secara tidak langsung akan
dapat meningkatkan pencapaian pelajar tersebut (Rohani et al., 2010).
Berdasarkan objektif pembelajaran yang keempat dalam sukatan mata
pelajaran Fizik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) penekanannya
adalah penyelesaian masalah (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Manakala
dalam objektif pentaksiran yang kelima dan keenam pula (Lembaga Peperiksaan
Malaysia, 2003), penekanan juga diberikan kepada penyelesaian masalah. Oleh itu,
lebih daripada 50% kertas peperiksaan Fizik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
merupakan soalan berbentuk penyelesaian masalah dan Kertas 3 keseluruhannya
adalah penyelesaian masalah juga (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2002). Ini
menunjukkan bahawa betapa penyelesaian masalah adalah salah satu elemen yang
penting dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Fizik. Menurut Seth et al. (2007),
amalan biasa sekolah dalam latihan tubi hanya membiasakan pelajar dengan format
soalan dan tidak fokus kepada penyelesaian masalah. Oleh itu, pelajar hanya mampu
menjawab soalan yang lazim ditemui. Apabila berdepan dengan masalah yang benar-
benar merupakan masalah, sebahagian besar pelajar tidak dapat menyelesaikannya
sedangkan konsep serta pengetahuan Fizik yang diperlukan dalam masalah tersebut
adalah sama seperti dalam latihan yang pernah dibuat. Maka tidak hairanlah apabila
pelajar ini melangkau ke menara gading, kemahiran generik ini tidak dapat dikuasai
sehingga terbawa ke alam pekerjaan di mana ramai graduan sukar mendapat
perkerjaan.
Peranan jantina adalah di antara faktor yang perlu dikaji bagi melihat aras
pemikiran kreatif pelajar dan penyelesaian masalah ini. Dalam pembelajaran, pelajar
-
23
yang berbeza latarbelakang dan jantina akan mempunyai aras pemikiran kreatif yang
berbeza. Perbezaan ini adalah bermanfaat dalam menilai dan mengukur aras
pemikiran kreatif pelajar di dalam pembelajaran mereka di sesebuah kelas (Tatag
Yuli, 2004). Menurut Zalizan et al. (2005) keputusan peperiksaan awam (UPSR,
PMR dan SPM) pada tahun 1996-2000 menunjukkan pelajar perempuan memperoleh
prestasi yang lebih baik berbanding pelajar lelaki dalam hampir kesemua mata
pelajaran. Haggerty (1987) dalam kajiannya mendapati pelajar lelaki memperolehi
pencapaian yang lebih baik kerana mereka lebih kerap bertanya soalan berbanding
pelajar perempuan. Soalan-soalan yang ditanyakan pula adalah soalan aras tinggi.
Pelajar lelaki juga mengambil bahagian yang lebih aktif dalam perbincangan dan
menunjukkan minat untuk menjalankan aktiviti sedangkan pelajar perempuan pula
lebih suka menunggu jawapan yang betul daripada guru. Selain itu pelajar lelaki juga
lebih banyak menjalankan aktiviti sains berbanding pelajar perempuan. Sesetengah
pelajar lelaki lebih cenderung untuk memahami sesuatu konsep tetapi tidak bersedia
untuk menghafal fakta-fakta atau takrifan sesuatu konsep sains. Selain itu pelajar
lelaki juga cuba menjalankan “mini experiment” di samping menjalankan uji kaji
yang telah ditetapkan. Disebabkan pelajar lelaki lebih aktif dalam pembelajaran,
mereka memperolehi lebih banyak maklumat dan kemahiran. Maka mereka lebih
berupaya untuk menyelesaikan masalah berbanding pelajar perempuan.
Campbell & Clewell (1999) pula menyatakan bahawa pengaruh jantina
adalah amat besar dalam mempengaruhi pencapaian akademik seseorang individu.
Jantina boleh mempengaruhi individu dalam berbagai cara dan keadaan contohnya
dalam cara berpakaian, berfikir, kesopanan, sikap, personaliti dan juga dalam
pencapaian akademik. Pelajar perempuan di Amerika Syarikat dikatakan mempunyai
sikap dan personaliti yang lebih berani untuk menghadapi cabaran terutamanya
dalam mata pelajaran seperti Biologi, Kimia dan Fizik. Selain daripada itu, pelajar
perempuan yang pintar juga dilihat lebih aktif berbanding dengan pelajar lelaki.
Melalui kajian oleh Norfauzi (2002) yang mengukur tahap kreativiti di kalangan
pelajar tingkatan 4 mendapati pelajar lelaki menunjukkan pencapaian lebih kreatif
daripada pelajar perempuan. Didapati bahawa tahap kreativiti yang rendah di
kalangan pelajar menjadi penghalang perkembangan pemikiran mereka,
memandangkan kreativiti adalah satu elemen penting dalam proses pembelajaran.
-
24
Oleh itu usaha-usaha perlu dilakukan dalam menghasilkan pelajar yang kreatif dalam
menghadapi cabaran-cabaran dalam kehidupan seharian.
Sikap pelajar terhadap kemahiran berfikir juga harus diambil kira. Sudah
sekian lama pelajar disuap dengan segala fakta tentang topik-topik yang ada dalam
sukatan pelajaran. Pembentukan ’buluh’ yang diasuh dari ’rebung’ lagi begitu
menjadikan pelajar tidak perlu bersusah payah berfikir mencari idea atau
menajamkan fikiran (Siti Zabidah, 2006). Pembentukan sikap menerima dan rasa
cukup dengan apa yang diberi guru telah mengenepikan kemahiran berfikir secara
kreatif yang perlu dipelajari dan dikuasai untuk mencapai tahap mahir. Menurut
Habibah (1999), kajiannya menunjukkan bahawa sikap pelajar terhadap sains di
sekolah mengarah kepada sikap positif. Sikap pelajar terhadap mata pelajaran
berkenaan adalah penting. Pelajar yang bersikap positif terhadap sesuatu mata
pelajaran akan lebih bersedia untuk belajar dan seterusnya meningkatkan
pembelajaran masing-masing.
Ini bermakna kemahiran berfikir secara kreatif memainkan peranan yang
penting dalam usaha merealisasikan sembilan cabaran Wawasan 2020. Ini adalah
kerana penerapan berfikir secara kreatif dalam setiap perkara akan merangsang
seseorang individu itu untuk berfikir dengan lebih teliti, terancang dan juga terhindar
daripada sebarang kesilapan dalam membuat dan memilih sesuatu keputusan yang
jitu. Oleh itu, kita perlulah berusaha untuk menerapkan berfikir secara kreatif dalam
kehidupan seharian agar dapat melahirkan sebuah bangsa yang gagah menghadapi
cabaran Wawasan 2020 dan juga mampu menjadi sebuah masyarakat yang
cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia.
1.3 Pernyataan masalah
-
25
Menyedari kepentingan kemahiran berfikir secara kreatif perlu diterapkan
kepada pelajar-pelajar di dalam sistem pendidikan kita sekarang ini maka penyelidik
berpendapat suatu kajian untuk melihat tahap kreativiti pelajar dan pencapaian
penyelesaian masalah fizik dalam kalangan pelajar fizik di sekolah menengah patut
dijalankan bagi menunjukkan kepentingan kreativiti dalam pembelajaran fizik.
1.4 Objektif kajian
Kajian ini dijalankan untuk meninjau beberapa aspek iaitu:
(i) Menentukan tahap kreativiti pelajar tingkatan empat di daerah Johor Bahru.
(ii) Menentukan tahap pencapaian penyelesaian masalah Fizik pelajar tingkatan
empat di daerah Johor Bahru.
(iii) Mengenalpasti sama ada wujud perbezaan antara tahap kreativiti pelajar
tingkatan empat merentasi jantina di daerah Johor Bahru.
(iv) Mengenalpasti sama ada wujud perbezaan antara tahap pencapaian
penyelesaian masalah Fizik merentasi jantina pelajar tingkatan empat di
daerah Johor Bahru.
(v) Menentukan jika terdapat korelasi antara tahap kreativiti dengan pencapaian
penyelesaian masalah Fizik pelajar tingkatan empat di daerah Johor Bahru.
1.5 Persoalan kajian
-
26
Satu kajian dijalankan untuk menjawab persoalan berikut:
(i) Apakah tahap kreativiti pelajar tingkatan empat di daerah Johor Bahru?
(ii) Apakah tahap pencapaian penyelesaian masalah Fizik pelajar tingkatan empat
di daerah Johor Bahru?
(iii) Adakah terdapat perbezaan signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar
perempuan terhadap tahap kreativiti pelajar tingkatan empat di daerah Johor
Bahru ?
(iv) Adakah terdapat perbezaan signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan
tingkatan empat di daerah Johor Bahru dalam pencapaian penyelesaian
masalah Fizik?
(v) Adakah terdapat hubungan antara tahap kreativiti pelajar dengan pencapaian
penyelesaian masalah Fizik pelajar tingkatan empat di daerah Johor Bahru ?
1.6 Kepentingan kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat tahap kreativiti pelajar dan
pencapaian penyelesaian masalah fizik di sekolah menengah. Hasil kajian ini juga
dapat memberikan bukti tentang kepentingan kreativiti dalam usaha untuk
meningkatkan tahap pembelajaran pelajar dan merangsang minda serta meningkatkan
semangat pelajar untuk lebih berminat terhadap mata pelajaran Fizik. Ini dapat
memberi manfaat kepada guru dan pelajar.
1.6.1 Pelajar
-
27
Sains merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuiri dan
penyelesaian masalah. Justeru ia memperkembangkan lagi kemahiran untuk
menyiasat alam sekitar yang melibatkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta
kemahiran saintifik (PPK, 2003). Melalui kemahiran berfikir kreatif ini pelajar lebih
aktif dan lebih berminat terhadap subjek Fizik. Ini dapat menggalakkan pelajar lebih
meminati subjek ini dan sekaligus dapat meningkatkan tahap kreativiti dikalangan
pelajar Fizik di negara ini. Kita juga boleh dapat menerapkan kemahiran berfikir ini
untuk lebih banyak inovasi dihasilkan selaras dengan keperluan negara sekarang ini.
Pendidikan sains seperti Fizik juga menitikberatkan aspek pengetahuan
konsep Fizik dan menekankan kemahiran penaakulan aras tinggi. Perubahan
paradigma perlu dilakukan oleh semua pihak bagi memastikan pelajar mempunyai
pengetahuan tinggi dalam sains dan teknologi dan mempunyai kemahiran
menyelesaikan segala masalah dengan menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi
dan seterusnya peka kepada perubahan dan keperluan sains dan teknologi (Khairun
Nadwa, 2010).
1.6.2 Guru
Proses P&P pada masa kini lebih memberi penekanan kepada guru sebagai
seorang pembimbing dan pemerhati semasa proses P&P dijalankan selaras dengan
penerapan proses pembelajaran berpusatkan pelajar. Selain itu, mereka juga akan
menjalankan tugas seperti menggerakkan, mengatur dan menilai kemajuan pelajar-
pelajarnya. Guru juga perlu menarik minat pelajar terhadap topik yang akan
disampaikan sebelum memulakan sesuatu pengajaran. Melalui kemahiran berfikir
kreatif ini guru boleh memberi penyoalan dari pelbagai aras yang dapat
mengukuhkan lagi pemahaman pelajar dalam menyelesaikan seseuatu masalah secara
terbimbing. Ini akan menyebabkan guru lebih mudah untuk mengajar sesuatu tajuk
-
28
kepada pelajar. Guru memainkan peranan penting sepanjang proses penyampaian
maklumat dengan memberikan contoh-contoh yang berkaitan dengan pengalaman
harian pelajar. Latihan yang berterusan juga mampu meningkatkan keupayaan pelajar
memahami konsep seterusnya dapat menyelesaikan masalah Fizik dengan baik
(Nooridayu, 2009).
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui tahap kreativiti pelajar dan
pencapaian penyelesaian masalah pelajar bagi mata pelajaran Fizik dan langkah-
langkah yang boleh diambil oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam
membantu memperbaiki tahap pencapaian pelajar. Pencapaian pelajar dalam subjek
sains khususnya Fizik mempengaruhi mutu dan kualiti generasi muda negara kita
yang dikira sebagai pewaris negara yang diharapkan dapat membantu meningkatkan
taraf hidup rakyat di negara ini.
1.7 Batasan kajian
Batasan kajian merujuk kepada faktor di luar kawalan penyelidik yang
berkemungkinan besar boleh mempengaruhi hasil yang diperoleh. Antara faktor-
faktor tersebut ialah:
(i) Kajian ini hanya melibatkan konsep momentum, tekanan, kerja dan kuasa
serta halaju dan pecutan yang terdapat di dalam Sukatan Mata Pelajaran Fizik
Tingkatan Empat.
(ii) Topik yang dikaji tidak diajar oleh penyelidik dan hanya diajar oleh guru
sekolah masing-masing.
(iii) Bilangan sampel yang digunakan tidak ramai untuk dijadikan kesimpulan
secara keseluruhan. Walau bagaimanapun, kajian ini boleh dijadikan sebagai
satu kajian tinjauan bagi kajian-kajian yang selanjutnya.
-
29
(iv) Sampel adalah sampel bertujuan. Keputusan tidak boleh dirumuskan bagi
mewakili populasi pelajar berpencapaian tinggi fizik bagi daerah Johor
Bahru.
(v) Kurangnya kerjasama dari pihak sekolah disebabkan pelbagai faktor seperti
mengganggu sesi pembelajaran ataupun minggu peperiksaan sedang
berlangsung.
(vi) Pelajar kurang memberi respons yang baik kerana penyelidik bukan guru
yang mengajar.
1.8 Takrifan Istilah
Terdapat beberapa istilah yang mempunyai maksud yang dikhususkan oleh
penyelidik di dalam kajian ini. Istilah-istilah yang dimaksudkan adalah seperti
berikut.
1.8.1 Kreativiti
Menurut Naudé (2005), kreativiti boleh ditakrifkan daripada sifat atau ciri-ciri
seseorang. Ciri-ciri ini adalah seperti yang dikemukakan oleh Ryhammar & Brolin
(1999) melalui 13 konstruk iaitu ketabahan hati, disiplin diri, pentingkan diri,
imaginasi, suka mengikut gerak hati, bergantung pada diri sendiri, minat yang luas,
keutamaan yang tidak diketahui, suka kerumitan, bangga kepada kemahiran,
bermotivasi, kenangan masa kanak-kanak dan harga diri. Kajian ini adalah
berdasarkan kepada teori kreativiti Naudé (2005).
-
30
1.8.2 Penyelesaian masalah
Penyelesaian masalah adalah proses di mana pelajar mencari jalan keluar
daripada sesuatu masalah. Ia juga adalah suatu proses yang membolehkan pelajar
untuk menggunakan akal fikiran mereka dan bukan hanya mengulangi prosedur yang
telah dipelajari sebelum ini untuk menyelesaikan sesuatu masalah (Lindsay, 2009).
Menurut Heller (1999) penyelesaikan masalah adalah proses untuk membuat
keputusan rantai logik yang mengarah dari situasi yang tidak jelas kepada sebuah
penyelesaian. Ia melibatkan lima strategi iaitu Tumpukan kepada Masalah, Jelaskan
Fizik, Rancang Penyelesaian, Laksana Rancangan dan Menilai Jawapan. Kajian ini
diasaskan kepada proses penyelesaian masalah Heller (1999).
1.9 Kesimpulan
Kesimpulannya, bab ini membincangkan pengenalan kepada kajian ini, latar
belakang masalah yang dikenalpasti, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan
kajian, kepentingan kajian terhadap pelajar dan guru, batasan kajian, dan takrifan
istilah yang digunakan dalam kajian ini.
-
31
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
Dunia pembelajaran semakin mencabar dengan perubahan iklim ekonomi
dunia yang kini lebih mementingkan inovasi. Kreativiti bukan lagi sesuatu yang
bersifat unik atau tersendiri. Ia kini menjadi satu keperluan dan asas kepada
pencapaian seseorang mahupun negara. Kreativiti yang dimaksudkan bukan hanya
tertakluk kepada ciptaan semata tetapi meliputi segala perlakuan dan pemikiran.
Kesannya, kreativiti perlu wujud dengan pemikiran kritikal untuk memandunya ke
arah yang lebih produktif dan dapat dipertanggungjawabkan (Mohamed Pitchay
Gani, 2004).
Kemahiran berfikir secara kreatif selaras dengan objektif Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang ketiga iaitu untuk mengembangkan dan
meningkatkan daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif.
Kemahiran berfikir secara kreatif merupakan satu strategi bagi mencapai matlamat
-
32
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu mewujudkan insan yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.
2.2 Kreativiti
Kreativiti merupakan suatu kebolehan berfikir dan bertindak yang tidak
berasaskan logik biasa kerana logik bersifat penilaian. Kreativiti adalah suatu potensi
dan kebolehan asasi yang dimiliki oleh semua manusia (Mohd Azhar, 2004).
Kreativiti bolehlah dikatakan sebagai satu aspek keintelektualan yang dipunyai oleh
manusia. Menurut Mohd Nashuha et al. (1995), terdapat 5 ciri asas bagi kreativiti
iaitu:
(i) Keaslian: Ada dua jenis idea yang asli iaitu samaada seseorang itu menemui
fakta baru, mengeluar buah fikiran baru atau mencipta produk atau hasil yang
baru dan idea kedua iaitu mencari pentakrifan yang baru kepada fakta atau
data lama, penggunaan semula bahan terbuang atau mengaplikasi idea yang
sudah diketahui umum dalam bentuk baru.
(ii) Kelenturan: kesediaan menerima idea baru dan kemampuan untuk
menyesuaikan pendekatan anda menerima perubahan.
(iii) Bercapah: Pemikiran divergen akan menggunakan segala sumber maklumat
atau idea walaupun sesetengah orang menganggap idea itu remeh dan
mempunyai kaitan yang longgar dengan masalah yang dihadapi.
(iv) Menghurai: kemampuan untuk membuat perincian terhadap sesuatu idea
sejak idea itu mula tercetus hinggalah kepada tahap penyelesaian.
(v) Kelicinan: keupayaan untuk menjana banyak idea sebelum membuat
pertimbangan atau mendapat jalan penyelesaian.
Menurut Halizah & Ishak (2008), pemikiran kreatif terdapat dalam tiga ciri-ciri
yang utama iaitu mentakrifkan fokus atau tugas kreatif, menstruktur untuk
-
33
pelaksanaan alat berfikir kreatif yang sistematik dan menguji dan perlaksanaan
output daripada pemikiran kreatif.
Berdasarkan model yang dihasilkan oleh PPK, kemahiran berfikir kreatif ini
berupa kebolehan menjana dan menghasilkan idea yang asli. Pemikiran kreatif
membolehkan seseorang mengembangkan imaginasi dan menghasilkan idea yang
pelbagai. Pemikiran ini menekankan penggunaan data atau maklumat yang sedia ada
untuk mencerna dan menjana pelbagai idea yang mungkin bagi memenuhi tujuan
tertentu. Pemikiran kreatif memperluas dan mengembangkan daya imaginasi, inovasi
dan kreativiti pelajar untuk mendapatkan idea yang banyak, pelbagai dan baru.
Pemikiran kreatif menekankan penggunaan data dan maklumat sedia ada untuk
menjana idea baru yang mungkin bagi sesuatu tujuan.
2.2.1 Penghalang kepada kreativiti
Daya kreativiti dalam diri seseorang itu adakalanya tidak dapat diterokai dan
terbantut kerana ia dihalang oleh beberapa perkara yang individu sendiri perlu
tangani seperti yang diutarakan oleh Azman Azwan (2001):
(i) Tidak mahu berfikir berterusan mengenai sesuatu idea: Kebanyakan orang
mahu menyelesaikan sesuatu masalah atau menerbitkan idea secara serta-
merta. Mereka tidak mahu berfikir lama dan menganggap idea yang datang
spontan itu adalah yang terbaik. Tetapi hakikatnya, kebanyakan idea kreatif
hanya akan datang setelah beberapa lama diterokai menerusi proses inkubasi.
(ii) Takut untuk menerbitkan idea di hadapan orang ramai: Kebanyakan orang
lebih suka mengkritik berbanding menerbitkan idea di hadapan orang ramai.
Mereka takut ditertawakan atau dianggap menghasilkan idea yang tidak logik.
(iii) Tidak mahu berangan-angan atau berfantasi: Kebanyakan orang beranggapan
bahawa berangan-angan adalah pekerjaan yang tidak berfaedah atau
membuang masa manakala fantasi adalah lebih sesuai untuk kanak-kanak.
-
34
Bagaimanapun, tanggapan itu adalah tidak betul sama sekali kerana
kebanyakan idea kreatif akan datang ketika melayangkan fikiran atau sedang
bersantai.
(iv) Takut untuk malakukan perkara yang tidak mengikut norma biasa: Asalkan
kita tidak melanggar undang-undang dan berpaksikan ketuhanan, tidak ada
salahnya kita tidak akur kepada norma biasa.
(v) Takut untuk keluar dari peranan tradisional dan streotaip: Untuk
menyelesaikan masalah, adakah anda akan sarankan supaya wanita keluar
bekerja dan lelaki menjadi “suami-rumahtangga”?.
(vi) Tidak peka kepada maklumat terperinci dalam rekabentuk dan struktur:
Kebanyakan kita terlalu terikat dengan informasi dan membuatkan kita tidak
peka kepada maklumat visual di sekitaran. Maklumat visual seperti sebuah
kerusi kadang-kala adalah lebih baik sebagai pencetus idea kreatif.
Kesimpulannya, apabila kita sudah mempunyai sifat-sifat yang perlu ada
dalam diri seorang kreatif, tahu apakah perkara-perkara yang menghalang kita
daripada menjadi kreatif, fahami proses kreativiti yang perlu dilalui, mempunyai
ciri-ciri pemikir kreatif, bagaimana untuk mengenalpasti kreativiti dan ingin
memujuk diri supaya menjadi kreatif, maka proses kreativiti akan menjadi satu
proses yang mudah serta menyeronokkan.
2.2.2 Pengukuran tahap kreativiti
Pendekatan psikometrik berandaian bahawa kebolehan kreatif boleh diukur
dengan menggunakan ujian yang tertentu. Ia bermaksud kebolehan kreatif individu
boleh ditentukan samaada tinggi, sederhana atau rendah menerusi ujian yang tertentu.
Dalam perkataan lain, pendekatan ini cuba melihat hubungan antara kreativiti dan
kepintaran. Di antara kriteria atau sifat-sifat kreatif tersebut adalah sukakan cabaran,
rasa ingin tahu yang tinggi, berfikiran terbuka, memiliki sifat humor, suka mencuba
sesuatu yang baru, tidak berfikiran konvensional, boleh menangguhkan penilaian,
-
35
selesa dengan imaginasi, lihat masalah sebagai peluang, lihat masalah sebagai
sesuatu yang menarik, suka mencabar andaian, tidak mudah putus asa dan bekerja
keras (Mohd Azhar, 2004).
Pada dasarnya, untuk menjadi individu yang berdaya fikir kreatif, mereka
perlu mempunyai sifat-sifat berikut iaitu sanggup mengambil risiko, mempunyai
keinginan untuk mengetahui yang tinggi, sensitif kepada keindahan dan emosi, tidak
akur dan mempunyai daya humor yang baik (Azman Azwan , 2001). Ciri-ciri lain
daripada individu yang kreatif yang ditemui adalah sifat mudah memperbaiki diri
sendiri ataupun sifat suka berjuang, yang selalu membuahkan rasa ingin tahu, yang
sangat komited dalam tugas yang diberi dan sukakan kepada persaingan, suka
bersosial dan mudah membantu pelajar berhadapan dengan kesukaran kerja mereka;
ibubapa mereka suka menggalakkan pelajar itu bersifat berjuang dan berupaya untuk
menetapkan yang tahap sendiri dan dibenarkan untuk memilih rakan-rakan sendiri..
Kriteria utama untuk sifat kreativiti dengan demikian diterapkan dalam soal selidik
kreativiti yang digunakan.
Menurut Torrance (1988) kreativiti adalah proses menjadi sensitif kepada
masalah, kekurangan, kekurangan dari segi pengetahuan, elemen, harmoni dan
sebagainya. Ia juga mengesan masalah, mencari penyelesaian dengan membuat
andaian atau mencipta hipotesis tentang kekurangan, menguji dan menguji semula
hipotesis, cuba mengubahnya, menguji lagi dan akhirnya mengkomunikasikan
dapatan. Namun begitu menurut Torrance adalah amat sukar atau mustahil untuk
memberikan satu definisi yang benar-benar tepat. Ini adalah kerana ciri-ciri kreativiti
itu sendiri yang infinitif serta melibatkan setiap deria yang dimiliki oleh manusia
termasuklah penglihatan, pendengaran, bau, rasa dan perasaan. Tambah beliau lagi
sekiranya definisi yang tepat wujud sekalipun adalah amat sukar untuk
mengungkapkannya.
Menurut Naudé (2005), kreativiti boleh ditakrifkan daripada sifat atau ciri-ciri
seseorang. Oleh itu satu alat ukur yang sah dan boleh dipercayai diperlukan untuk
menguji kreativiti. Individu kreatif sering disalah tafsirkan atau disalahfahami oleh
-
36
masyarakat sebagai akibat daripada kurangnya pengetahuan. Ada pelbagai salah
faham seperti persepsi bahawa individu-individu kreatif ini adalah gila. Tujuan dari
penelitian ini juga akan dapat mengurangkan salah faham seperti ini, dengan
memberitahu pembaca bahawa individu kreatif mempunyai ciri-ciri yang unik.
Namun, kreativiti merupakan konsep yang sangat luas yang sangat sulit untuk
ditakrifkan.
Dalam kajian ini, soalan untuk menguji tahap kreativiti pelajar diambil
daripada soal selidik kreativiti “Creativity Questionnaire” yang dihasilkan oleh
Naudé (2005) yang menggabungkan beberapa item daripada kajian-kajian yang
berkaitan dengan kreativiti. Soal selidik kreativiti yang dibangunkan ini bertujuan
untuk menggabungkan sebahagian besar aspek dan sifat yang ada pada seseorang
individu kreatif. Setiap faktor-faktor yang menyumbang terhadap keperibadian
seorang individu contohnya faktor persekitaran serta genetik memberikan sumbangan
terhadap tahap kreativiti.
Di antara item yang diambil untuk menghasilkan soal selidik kreativiti ini
adalah daripada kajian-kajian lepas yang dibuat oleh Kumar et al. (1997) melalui soal
selidik yang dibangunkannya untuk menguji kreativiti iaitu soalselidik “Creativity
Styles Questionnaire” (CSQ). Alpha Cronbranch untuk kajian beliau adalah 0.81. Di
antara item yang diambil dalam kajian beliau adalah:
(i) “I create new ideas by combining existing ideas” - saya membuat idea-idea
baru dengan menggabungkan idea-idea yang ada (item nombor 45).
(ii) “When I have a new idea, I get totally absorbed in it” – Bila saya punya idea
baru, saya taksub dengan idea tersebut (item nombor 60).
Di antara item yang diadaptasi dari kajian Colengalo et al. (1992) melalui
soal selidiknya “Iowa Inventiveness Inventory” iaitu “When I look at an object, I see
how I can change it” - Ketika saya melihat suatu objek, saya dapat idea bagaimana
saya boleh mengubahnya (item nombor 61).
-
37
Di antara item yang diadaptasi dari dari kajian Byrd’s (1986) melalui soal
selidik “Creatrix Inventory” yang mempunyai Alpha Cronbranch untuk kajian 0.81
merangkumi:
(i) “I see the humour in something when others don't” -Saya dapat melihat
jenaka dalam sesuatu ketika orang lain tidak dapat melihatnya (item nombor
34).
(ii) “Daydreaming is a useless activity”.- "Mengelamun merupakan kegiatan yang
tidak berguna (item nombor 54).".
Individu yang memiliki sifat inovatif memiliki motivasi lebih besar untuk
menjadi kreatif, mempunyai kepercayaan diri yang lebih besar dan mempunyai sifat
mengambil risiko yang menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi (Kirton, 1989).
Item dalam soal selidik kreativiti yang dibuat olehnya adalah antaranya:
(i) “When struggling with something, I will find a solution”; -Ketika berusaha
terhadap sesuatu, saya akan mencari penyelesaiannya (item nombor 55).
(ii) “I tend to do things differently to other people”- Saya cenderung melakukan
sesuatu yang berbeza untuk orang lain (item nombor 35).
Daripada kajian yang dibuat oleh Basadur & Hausdorf (1996) melalui soal
selidik “Basadur Preference Scale” yang mana Alpha Cronbrach dalam kajian
mereka adalah 0.76 menekankan aspek yang berbeza dari hubungan kreativiti, iaitu
sikap bagi kreativiti:
(i) “New ideas usually don't work out” - Idea yang baru kebiasaanya tidak
menjadi (item nombor 56).
(ii) “I think creative thoughts are bizarre”- Saya fikir berfikiran kreatif adalah
aneh (item nombor 36).
(iii) “Creative people generally seem to have scrambled minds” - Orang kreatif
umumnya tampak mempunyai fikiran yang serabut (item nombor 52).
(iv) “Ideas are only important if they have an impact on big projects” - Idea
hanya penting jika ianya memberi impak kepada projek-projek besar (item
nombor 53).
-
38
Menurut Ryhammar & Brolin (1999), individu yang kreatif boleh
digambarkan sebagai seorang yang bermotivasi, menghadapi segala kesukaran
dengan cekal hati, bersifat ingin tahu, mempunyai keperluan untuk diri sendiri, bebas
dalam fikiran dan perbuatan, yakin, dan terbuka kepada stimulasi luaran dan
dalaman. Individu kreatif biasanya tertarik kepada dan dirangsang oleh
ketidakpastian dan kerumitan, dan biasanya sensitif dan mempunyai kapasiti yang
besar bagi penglibatan emosi. Kriteria-kriteria ini juga adalah asas kepada pembinaan
soal selidik kreativiti. Sebagai contoh, pemikiran mencapah boleh beroperasi sebagai
keupayaan untuk menjana sejumlah besar idea yang pelbagai dengan diukur
menggunakan soalan-soalan secara terbuka. Individu yang kreatif cenderung
berfantasi tentang hal-hal lain. Individu yang kreatif juga mengingati mimpi mereka
lebih baik dan lebih terlibat dalam fantasi lebih misalnya mengelamun daripada
individu yang kurang kreatif (Hocevar & Bachelor, 1989).
2.3 Kemahiran Menyelesaikan Masalah
Dewasa ini, kemahiran menyelesaikan masalah semakin diberi perhatian dan
memainkan peranan yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran fizik.
Proses penyelesaian masalah melibatkan penggunaan pengetahuan, kemahiran dan
pemahaman yang jelas untuk mencari penyelesaian kepada situasi yang kaedah
penyelesaiannya tidak ketara. Ini seperti yang diutarakan oleh Hamza & Griffith
(2006), di mana mereka mengamati bahawa keadaan kelas yang di mana pelajar-
pelajarnya berfikiran kreatif dan penyelesaian masalah adalah pengajaran dan
pelajaran yang bersifat terbuka, kondusif, santai, mencabar, aman, menyokong, sikap
saling percaya, bersemangat dan kolaboratif. Keadaan kelas seperti ini menghargai
pelajar yang berkemahiran kreatif dan sekaligus menggalakkan proses berfikir dan
menerokai iaitu seperti pelajar bebas untuk menyuarakan pendapat dengan tiada
sebarang ancaman, menghiburkan dan P&P sangat menyenangkan. Guru sampel
-
39
yang dipilih untuk kajian ini berkongsi banyak karakter. Di antara karakter mereka
adalah mudah didekati, personaliti, kreatif, ambil berat, fleksibel, berpengetahuan
luas, bertenaga, menarik, memotivasi, imaginatif, inovatif, estetis, pencari
kemungkinan, pemimpin, wawasan, asli, dan unik.
Proses penyelesaian masalah melibatkan pengetahuan dan kemahiran yang
telah dipelajari-kemahiran intelek, melalui strategi kognitif. Di samping melibatkan
penggunaan pengetahuan yang telah dipelajari, proses penyelesaian masalah
menghasilkan pembelajaran dan pengetahuan baru. Melalui penyelesaian masalah,
pelajar akan mempelajari prinsip atau hukum yang lebih kompleks, dengan cara
menggabung beberapa prinsip atau hukum yang mudah. Ini bermakna, semasa proses
penyelesaian masalah, pelajar dilatih untuk menemui sesuatu pengetahuan atau
kemahiran baru pada peringkat yang lebih tinggi (Abu Hassan & Meor Ibrahim,
2004).
Menurut Noraihan (2008), apabila wujud suatu masalah baru, kaedah
penyelesaian akan segera dicari oleh pelajar supaya masalah itu dapat diselesaikan
dengan segera. Tanpa sedar suatu ruang telah dicetuskan oleh mereka untuk
menghubungkan masalah dan cara penyelesaiannya. Ruang itu membolehkan mereka
berfikir suatu kaedah yang sesuai untuk mendapatkan cara penyelesaian masalah
yang terbaik. Terdapat dua faktor kepada seseorang pelajar bagi menyelesaikan
masalah. Pertama, pelajar menggunakan pemahaman dan keupayaan untuk
mengingat kembali pengetahuan yang tertentu dalam sesuatu mata pelajaran atau isi
kandungan. Kedua, pelajar menggunakan kemahiran dalam penaakulan secara logik
kepada jawapan yang diperolehi.
Menurut Krulik & Rudnik (1993), penyelesaian masalah didefinisikan
sebagai proses yang menuntut individu menggunakan pengetahuan, kemahiran serta
pengalaman yang lepas untuk mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah.
Penyelesaian masalah perlu ditegaskan memandangkan kemahiran ini merupakan
kaedah yang paling sesuai dalam memperkembang kemahiran-kemahiran lain dalam
proses mempelajari konsep Fizik seperti membuat klasifikasi, menyusun data,
menganalisis, generalisasi dan perwakilan data selain dapat memperkembang
-
40
pemahaman dalam jajaran isi kandungan fizik yang luas seperti yang termaktub di
dalam Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK, 2002).
Menyelesaikan masalah mengikut PPK (2002) adalah proses mencari
penyelesaian yang tepat secara terancang terhadap situasi yang tidak pasti, mencabar
atau kesulitan yang tidak dijangkakan. Strategi ini digunakan apabila diketahui tiada
jawapan yang betul dan ada perbezaan antara apa yang dijangkakan dengan apa yang
sepatutnya berlaku. Langkah penggunaan kemahiran menyelesaikan masalah ini
adalah kenal pasti dan fahami masalah, jelaskan masalah, cari alternatif penyelesaian
masalah, lakukan operasi penyelesaian dan nilaikan penyelesaian.
2.3.1 Model-model Penyelesaian Masalah
Terdapat beberapa model penyelesaian masalah yang telah dikenalpasti iaitu
Model Penyelesaian Masalah Enam Langkah Dewey, Model Polya, Model Lester
dan Model Heler & Heller. Berikut adalah penjelasan lanjut tentang model-model
tersebut.
2.3.1.1 Model Penyelesaian Masalah Enam Langkah Dewey
Model Penyelesaian Masalah Enam Langkah Dewey (1948) ini menekankan
kaedah secara pratikal, ia menunjukkan bagaimana idea falsafah boleh digunakan
dalam kehidupan harian. Proses pemikiran, falsafahnya adalah tindakan rancangan
untuk menyelesaikan masalah. Contohnya, seseorang yang ingin belajar berenang,
tidak perlu diajar pebagai teori, sebaliknya mereka wajar diajar di kolam renang dan
-
41
belajar renang. Justeru itu, mudah bagi mereka untuk menguasai kemampuan
berenang itu (Arkes & Garkse, 1982).
2.3.1.2 Model Polya
George Polya telah membina model penyelesaian masalah pada tahun 1957
yang dikenali sebagai Model Polya. Empat fasa yang terdapat dalam Model Polya ini
amat sesuai untuk dipraktikkan semasa proses pengajaran dilaksanakan. Model
penyelesaian masalah yang diutarakan oleh Polya (1957) ini berasaskan heuristik.
Heuristik ialah sesuatu strategi atau teknik mental yang dilakukan tetapi tidak
semestinya diakhiri dengan penyelesaian yang diingini. Seperti yang diketahui
kaedah penyelesaian masalah menggalakkan pelajar-pelajar untuk keluar dari
pembelajaran secara tradisional supaya mereka boleh menjadi lebih bersedia . Ini
bermakna pelajar itu sendiri perlu memahami segala teori dan kemahiran yang
berkaitan supaya mereka dapat mengaplikasikannya dalam masalah yang diberikan
kepada mereka (Abreza Atan, 2008).
2.3.1.3 Model Lester
Lester (1978) telah menyarankan enam peringkat penyelesaian masalah yang
dikenali sebagai model Lester. Strategi penyelesaian masalah di dalam model ini
melibatkan pelaksanaan suatu set aktiviti yang boleh memberikan penyelesaiannya,
ini bergantung kepada pengalaman, pengetahuan dan kemahiran pelajar yang sedia
ada serta kefahaman masalah yang berkenaan. Kebolehan penyelesaian masalah
-
42
adalah berkaitan dengan peringkat perkembangan kognitif yang sesuai sekurang-
kurangnya sampai ke peringkat aplikasi. Cara penyelesaian masalah tidak boleh
dihafaz seperti menyelesaikan soalan matematik. Setiap soalan bermasalah
memerlukan strategi penyelesaian tersendiri. Penyelesaian masalah boleh melibatkan
lebih daripada satu pendekatan. Proses penyelesaian masalah memerlukan
pelaksanaan satu set aktiviti yang sistematik yang mengaplikasikan kemahiran,
konsep atau prinsip yang telah dikuasai terlebih dahulu (Norhayati, 2008).
2.3.1.4 Model Heler & Heller
Model penyelesaian masalah Heller yang dipelopori oleh Heller & Heller
(1999) iaitu Problem Solving Strategy in Physics dibina melalui kajian yang telah
dilakukan ke atas pelbagai bidang seperti fizik, kesihatan, kejuruteraan, senibina dan
program komputer. Kebanyakan cara penyelesaian masalah pakar dari pelbagai
bidang ini adalah sama. Yang paling penting pakar-pakar tersebut mengikut cara
yang sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah tersebut. Melalui strategi
penyelesaian masalah Fizik Model Heller, sistem penilaian penyelesaian masalah ini
bukanlah hanya melihat semata-mata dengan jawapan yang betul sahaja. Kebanyakan
penilaian soalan Fizik ini tidak langsung memberi markah jika pelajar membuat
gambaran awal tentang sesuatu masalah tersebut. Kita perlu lebih prihatin dalam
memberi markah kepada pelajar kerana kebanyakan pelajar boleh mengeluarkan
idea-idea daripada soalan yang diberi dalam bentuk gambaran awal dan konsep yang
akan digunakan. Dari segi ini, kita sepatutnya boleh memberi markah atas kefahaman
mereka untuk memulakan langkah dalam menyelesaikan masalah Fizik tersebut.
Menurut Nyoman (2007), Model Heller ini sangat sesuai untuk digunakan
dalam penyelesaian masalah fizik pelajar adalah kerana:
i. Memberi gambaran awal tentang konsep Fizik.
ii. Melatih kemahiran penyelesaian masalah.
iii. Meningkatkan kemahiran penggunaan alat dan bahan.
iv. Membentuk kemahiran merancang dan membina sesuatu ujikaji.
-
43
v. Menyelidik sesuatu fenomena yang tidak mudah diterangkan tanpa
pengetahuan baru.
vi. Dapat menghargai proses ujikaji.
vii. Mendapat pengalaman menjadi ahli Fizik.
viii. Memperoleh kepuasan melakukan ujikaji melalui pemerhatian.
Di dalam disiplin fizik ini, terdapat lima strategi yang perlu ada dalam
penyelesaian masalah Fizik (Problem Solving Strategy in Physics) dalam Model
Heller (1999). Di bawah ini disenaraikan strategi-strategi tersebut beserta
penerangannya.
(i) Tumpukan kepada Masalah (Focus the problem)- Identify the information
relevant to the problems. Di dalam fasa ini pelu mengembangkan penjelasan
kualitatif tentang peryataan masalah tersebut. Perkara pertama adalah dengan
membuat gambaran secara visual peristiwa yang dijelaskan dalam pernyataan
masalah dengan menggunakan sebuah rangka awal. Kemudian tuliskan
pernyataan yang ringkas tentang apa yang ingin di cari. Tuliskan idea-idea
atau konsep fizik yang mungkin terlibat dalam masalah dan ini akan
menggambarkan pendekatan yang akan di gunakan nanti. Setelah itu,
seharusnya tidak perlu merujuk pada penyataan masalah lagi.
(ii) Jelaskan Fizik (Describe the physics)- Represent the problem in term of
formal concept and principles of pyhsics. Di dalam fasa ini pelajar perlu
membuat gambaran masalah dengan diagram fizikal dan kuantiti fizikal fizik.
Tuliskan pernyataan apa yang anda ingin cari. Pastikan semua simbol dalam
kuantiti fizik ini dinyatakan di dalam gambaran tadi. Tuliskan persamaan
kuantitatif yang berhubungkait dengan prinsip-prinsip fizik dan segala anu
yang ingin dicari.
(iii) Rancang Penyelesaian (Plan the solution)- Logical steps in mathematica
algorithms. Pada fasa ini segala gambaran fizik tersebut perlu di wakili oleh
persamaan yang mewakili persamaan yang menyelesaikan masalah fizik
tersebut. Pilih salah satu perhubungan kuantitatif yang termasuk dalam
-
44
kuantiti yang dikehendaki. Jika ada anu yang perlu ditambah, pilih persamaan
yang baru diwujudkan dalam perhubungan kuantitatif tadi dan ditambah anu
tadi. Jika tiada anu tambahan, selesaikan persamaan dengan penggantian anu
yang terlibat. Selesaikan kuantiti yang disasarkan dan pastikan unit ditulis
daripada hasil persamaan. Pastikan kedua-dua unit dalam persamaan yang
ingin dicari adalah sama dengan persamaan fizik yang digunakan.
(iv) Laksana Rancangan (Execute the plan)- Determine the solution. Dalam fasa
ini kita perlu masukkan segala kuantiti yang diketahui ke dalam penyelesaian
algebra ataupun persamaan fizik yang dikehendaki yang didapati daripada
langkah 3 iaitu Rancang Penyelesaian (Plan the solution). Ini adalah untuk
menentukan nilai numerik kuantiti yang tidak diketahui. Pastikan adakah unit
itu perlu ditukar kepada unit yang standard ataupun tidak.
(v) Menilai Jawapan (Evaluate the answer)- Evaluate how well the solution
resolves the original problems. Pada fasa akhir ini pastikan kerja anda
dinyatakan dengan betul, boleh diterima dan menjawab persoalan atau
permasalahan yang dinyatakan. Pastikan magnitud jawapan adalah tidak
terlalu besar atau terlalu kecil. Dan pastikan anda betul-betul menjawab
persoalan yang diajukan.
Daripada model-model yang dinyatakan di atas, penyelidik menggunakan
model penyelesaian masalah Heller. Ini kerana mata pelajaran fizik adalah berbentuk
mekanikal di mana proses fizik boleh di gambarkan melalui gambaran visual. Mata
pelajaran fizik juga boleh diterangkan fiziknya melalui pernyataan fizik. Ia juga
digunakan kerana model ini telah memenuhi beberapa kriteria dalam melakasanakan
penyelesaian masalah fizik. Justeru, model Heller memberikan garis panduan yang
lebih tepat dalam menyelesaikan masalah fizik.
2.4 Kepentingan Kreativiti dalam Pencapaian Penyelesaian Masalah
-
45
Penguasaan kemahiran berfikir kreatif yang bijak berupaya menghasilkan
individu yang mempunyai kreativiti yang tinggi dan bersedia menghadapi kehidupan
yang mencabar. Antara kepentingan kreativiti dalam penyelesaian masalah adalah:
(i) Menurut PPK (2002) ia adalah untuk memperkembangkan daya intelek
memandangkan penerapan Kemahiran Berfikir Kreatif dalam Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Negara (FPN) iaitu “untuk mengembangkan dan meningkatkan
daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif”. Peningkatan
Kemahiran Berfikir Kreatif juga sesuai dengan konsep sekolah bestari yang
membolehkan para pelajar menguasai pelajaran berdasarkan sifat-sifat
individu kreatif.
(ii) Mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang
rasional, kritis dan kreatif dalam objektif pendidikan sekolah menengah iaitu
KBSM (PPK,1992).
(iii) Satu lagi aspek yang ditekankan dalam KBSM ialah perkembangan daya
pemikiran. Setiap orang guru dikehendaki menggunakan kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran yang boleh mencetuskan, meransangkan dan
mengembangkan daya pemikiran pelajar. Strategi ini berkait rapat dengan
tumpuan KBSM untuk membina intelek manusia (PPK,1992).
(iv) Menurut Lilia et al. (2002), penekanan kepada Kemahiran Berfikir Kreatif
dan penyelesaian masalah ini adalah sebahagian dariapda objektif mata
pelajaran Fizik bagi tingkatan 4 & 5 iaitu mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni
dalam penyelesaian masalah, membuat keputusan dan mengkonsepsikan.
(v) Kemahiran sains di negara kita memberi tumpuan kepada penguasaan
kemahiran tertentu untuk melakukan aktiviti yang berorientasikan eksperimen
dan kegiatan amali. Sehubungan dengan ini, para pelajar perlu mempunyai
pengetahuan yang baik dalam aspek kemahiran saintifik, bagi membolehkan
mereka mempelajari sains secara bersistem dan berkesan. Melalui kaedah
-
46
yang memberi peluang kepada pelajar terlibat dengan aktif dalam proses P&P
secara langsung dapat meningkatkan daya intelek pelajar ke arah berfikiran
kritis,analitis dan bersistem (Abu Hassan, 2004).
2.5 Kajian-kajian Lepas
Di dalam bahagian ini, kajian-kajian yang berkaitan dengan Tahap Kreativiti
Pelajar akan dibincangkan. Antara kajian-kajian yang dibincangkan adalah yang
berkaitan dengan kreativiti pelajar.
2.5.1 Kajian Tentang Tahap Kreativiti Pelajar
Naudé (2005) telah menjalankan kajian yang bertajuk “The Relationship
between Personality and Creativity: A Psychometric Study”. Kajian ini adalah
bertujuan untuk membangunkan soal selidik kreativiti berdasarkan kriteria utama
seperti yang telah ditentukan melalui kajian literasi yang komprehensif; untuk
mentadbir soal selidik ini, dalam kombinasi dengan Ujian Singkatan Torrance untuk
Dewasa (ATTA) dan 16PF bagi menentukan tahap responden kreativiti berhubung
kepada bentuk personaliti mereka; untuk menentukan sama ada profil tipikal 16PF
boleh diperolehi bagi tujuan mengenal pasti individu yang kreatif. Sampel kajian
terdiri daripada pelajar psikologi tahun empat di Universiti Pretoria. Motivasi
pendorong kepada penyelidikan ini adalah kerana kekurangan penyelidikan dalam
bidang kreativiti dan keperluan terhadap instrumen pengukur tahap kreativiti yang
-
47
boleh dipercayai dan sahih. Individu kreatif sering disalahtafsirkan atau disalah
anggap oleh masyarakat akibat kekurangan ilmu. Tujuan kajian ini juga akan
mengurangkan salah konsep seperti ini, dengan memaklumkan pembaca mengenai
kreativiti serta individu yang mempunyai ciri-ciri unik ini. Disertasi melaporkan
terhadap pembangunan soal selidik kreativiti yang boleh digunakan dalam pelbagai
bidang. Keputusan penyiasatan ini mengesahkan dan menjuruskan kepada
penyelidikan sebelumnya menunjukkan hubungan yang rapat antara kreativiti dan
personaliti tertentu. Kelompok kreatif seperti yang diukur oleh ATTA menunjukkan
bahawa mereka melihat diri mereka menjadi ketara lebih berdikari dalam pemikiran,
terbuka untuk mengalami, dominan, individualistik dan cekap, daripada kelompok
yang kurang kreatif. Kedua-dua kelompok dengan tahap kreativiti yang sederhana
dan tinggi menunjukkan bahawa mereka cenderung untuk menjadi lebih pintar, puas
hati, dan lebih suka untuk membuat keputusan mereka sendiri. Kelompok ini
cenderung untuk menjadi lebih abstrak pemikiran dan terang. Kedua-dua kelompok
dengan tahap kreativiti yang rendah dan kelompok dengan tahap kreativiti yang
tinggi menunjukkan bahawa mereka cenderung untuk menjadi lebih spontan, sosial
berani, tidak dikongkong dan meneroka daripada kelompok dengan tahap kreativiti
sederhana. Kelompok yang kurang kreatif cenderung untuk menjadi lebih terkawal,
sensitif terhadap ancaman, penakut dan pemalu. Kelompok kajian dengan tahap
kreativiti rendah walaubagaimanapun, menunjukkan bahawa mereka cenderung
untuk menjadi semberono, penglibatan diri, cekal hati dan tidak ambil peduli
daripada kelompok dengan tahap kreativiti sederhana. Kelompok pada tahap
kreativiti sederhana cenderung untuk menjadi lebih kritikal dan tidak terikat.
Kelompok dengan tahap kreativiti yang rendah juga seolah-olah menjadi pengikut,
menurut arahan dan mempunyai kebergantungan kepada kumpulan. Kelompok ini
juga menunjukkan bahawa mereka cenderung untuk berfikiran lebih konkrit dan
kurang bijak, daripada kelompok dengan tahap kreativiti yang sederhana dan tinggi.
Norfauzi (2002) telah menjalankan kajian yang bertajuk “Tahap Kreativiti Di
Kalangan Pelajar Tingkatan Empat Di Daerah Jasin, Melaka”. Kajian ini dijalankan
untuk mengukur tahap kreativiti di kalangan pelajar tingkatan 4 di daerah Jasin,
Melaka serta perbandingan tahap kreativiti antara pelajar aliran sains dan sastera
serta lelaki dan perempuan. Jumlah responden yang terlibat ialah seramai 200 orang
-
48
iaitu 118 orang pelajar sains dan 82 orang pelajar sastera meliputi seramai 71 orang
pelajar lelaki dan 129 orang pelajar perempuan. Instrumen kajian adalah satu set soal
selidik yang diubahsuai daripada Ujian Pemikiran Kreatif Torrance. Pengukuran
dijalankan berdasarkan kepada 4 kriteria iaitu kefasihan, kelenturan, keaslian dan
penghuraian. Sebanyak 10 soalan digunakan dalam soal selidik dengan skor
maksimum adalah 4 dan minimum 0 bagi setiap soalan. Keputusan kajian
menunjukkan bahawa secara keseluruhan tahap kreativiti di kalangan pelajar adalah
rendah iaitu 70.00% daripada keseluruhan responden mempunyai tahap pemikiran
yang tidak kreatif. Keputusan juga menunjukkan pelajar aliran sains mempunyai
tahap kreativiti yang lebih tinggi daripada pelajar aliran sastera dan pelajar lelaki
menunjukkan pencapaian lebih tinggi daripada pelajar perempuan. Didapati bahawa
tahap kreativiti yang rendah di kalangan pelajar menjadi penghalang perkembangan
pemikiran mereka, memandangkan kreativiti adalah satu elemen penting dalam
proses pembelajaran. Oleh itu usaha-usaha perlu dilakukan dalam menghasilkan
pelajar yang kreatif dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam kehidupan seharian.
Roslinda (2007) dalam kajiannya yang bertajuk “Tahap Penguasaan
Kemahiran Berfikir Kritis Dan Kreatif (KBKK) Dalam Mata Pelajaran Fizik Di
Kalangan pelajar Tingkatan Empat”. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap
penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam mata pelajaran
Fizik di kalangan pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan
Nanas, Pontian Johor. Dalam konteks kajian ini, hanya enam aspek KBKK yang
dikaji iaitu mencirikan, membandingkan dan membezakan, mengumpulkan dan
mengelaskan, menjanakan idea, membuat inferens serta menghubungkaitkan.
Seramai 56 orang pelajar yang terdiri daripada 27 orang pelajar lelaki dan 29 orang
pelajar perempuan dalam julat umur antara 16 hingga 17 tahun terlibat dalam kajian
ini. Alat kajian yang digunakan ialah Ujian Pencapaian Tahap Penguasaan
Kemahiran Berfikir (UPTPKB) yang mengandungi 30 item berbentuk objektif aneka
pilihan berserta empat pilihan jawapan. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ini ialah
(α) = .84. Statistik deskriptif seperti min, sisihan piawai, dan peratusan serta statistik
inferensi seperti ujian-t, ANOVA satu hala dan korelasi Pearson (r) telah digunakan
dalam menganalisis data. Keputusan kajian menunjukkan tahap penguasaan KBKK
keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana. Di samping itu, keputusan
-
49
menunjukkan tahap penguasaan KBKK merentas jantina dan bangsa masing-masing
adalah tidak bererti pada aras .05.
Suriyana (2004) telah menjalankan kajian yang bertajuk “Tahap Penguasaan
Kemahiran Berfikir secara Kritis Dan Kreatif Dalam Mata pelajaran Sains Di
Kalangan Pelajar tingkatan Dua Di Sekolah Daerah Kuala Terengganu”. Kajian ini
bertujuan untuk melihat tahap penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
(KBKK). Sampel kajian ini ialah 120 orang pelajar tingkatan dua di daerah Kuala
Terengganu. Instrumen kajian yang digunakan untuk menguji tahap penguasaan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif mengandungi soalan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif. Keputusan kajian menunjukkkan bahawa tahap penguasaan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dikalangan pelajar tingkatan dua dalam
mata pelajaran Sains adalah pada tahap sederhana. Hasil analisis yang telah
dijalankan mendapati bahawa paling ramai pelajar menguasai kemahiran menciri
diikuti oleh kemahiran meramal, menganalisis, menghubungkait, membanding dan
membeza, dan paling lemah dalam kemahiran membuat inferens. Perbandingan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif antara pelajar lelaki dan perempuan turut
dikaji dan didapati bahawa pelajar lelaki lebih ramai menguasai tahap penguasaaan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif berbanding dengan pelajar perempuan.
Namun begitu, tahap penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif kedua-
dua jantina adalah sama iaitu pada tahap sederhana. Berdasarkan ujian-t, tiada
perbezaan signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan untuk keenam-enam
komponen kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Di akhir laporan kajian ini,
telah diutarakan beberapa cadangan kepada pihak sekolah, guru dan pelajar untuk
meningkatkan lagi kemahiran berfikir di kalangan pelajar sekolah.
Nooraishah (2004) telah menjalankan kajian yang bertajuk “Penguasaan
Aspek Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif Di Dalam Mata Pelajaran Sains
KBSM Di Kalangan pelajar Tingkatan Empat Di Daerah Kuala Langat”. Tujuan
kajian ini adalah untuk meninjau tahap penguasaan aspek KBKK di kalangan pelajar
Tingkatan 4 di dalam mata pelajaran Sains. Kajian dilakukan di 3 buah Sekolah
Menengah di Daerah Kuala Langat, Selangor. Instrumen kajian ini ialah soalan ujian
pengesanan yang diberikan kepada 100 orang pelajar dari 3 buah sekolah Menengah
-
50
di Daerah Kuala Langat. Hasil kajian telah ditunjukkan dalam bentuk min, sisihan
piawai, peratusan, frekuensi dan ujian-t. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa
pelajar mempunyai tahap penguasaan yang paling baik pada aspek membuat inferens
sedangkan aspek menghubungkait berada pada kedudukan yang paling rendah.
Selain itu, tahap penguasaan pelajar pada setiap aspek KBKK dibahagikan kepada
lima tahap iaitu tahap cemerlang, tahap baik, tahap sederhana , tahap lemah dan tahap
sangat lemah. Kajian ini menunjukkan bahawa penguasaan pelajar adalah sederhana
pada semua aspek KBKK yang dikaji iaitu mencirikan, menilai, menganalisis,
menjana idea, menghubungkait dan membuat inferens. Seterusnya, hasil kajian
menunjukkan bahawa wujudnya perbezaan yang signifikan antara min lelaki dan
perempuan hanya pada aspek menganalisis sahaja. Manakala pada lima aspek yang
lain tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina lelaki dan perempuan.
Mansor (2002) telah menjalankan kajian yang bertajuk “Penggunaan Kaedah
Penyelesaian Masalah Secara Kreatif Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Di
Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Di Daerah Pontian Dan Johor Bahru”. Kajian ini
dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan kaedah penyelesaian masalah secara
kreatif dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Kajian berbentuk deskriptif ini
melibatkan 100 orang pelajar yang dipilih secra rawak dari sekolah Menengah
Teknik dan Akademik di daerah Pontian dan Johor Bahru, Johor. Instrumen kajian
yang digunakan ialah set soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian iaiatu
Bahagian A yang melibatkan biodata responden dan bahagian B yang melibatkan
maklumbalas responden terhadap persoalan-persoalan kajian. Maklumbalas yang
diterima diukur dengan menggunakan Skala Likert dan Binari. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa konsep penyelesaian masalah secara kreatif telah difahami
oleh pelajar. Mereka juga memiliki gaya berfikiran secara kreatif hasil bimbingan
guru dengan kebolehan mengaplikasi pada tahap sederhana. Namun terdapat
perbezaan terhadap gaya berfikir secara kreatif antara pelajar berlaianan aliran dan
jantina.
Siti Hajar (2008) telah menjalankan kajian yang bertajuk “Tahap Kreativiti Di
Kalangan Pelajar Program Sains Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia” . Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengukur tahap kreativiti
di kalangan pelajar program sains di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
-
51
Malaysia. Jumlah responden yang terlibat seramai 161 orang pelajar program sains
iaitu 19 orang pelajar lelaki dan 142 orang pelajar perempuan. Instrumen kajian yang
digunakan adalah set borang soal selidik yang diubahsuai berdasarkan Ujian
Pemikiran Kreatif Guilford dan Torrance untuk menguji empat kriteria kreativiti iaitu
keaslian, kefasihan, kelenturan dan penghuraian. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa secara keseluruhannya pelajar program sains di Fakulti Pendidikan
mempunyai pemikiran tidak kreatif iaitu sebanyak 85.10% daripada keseluruhan
responden. Keputusan ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan
antara tahap kreativiti merentasi jantina (p=0.519). Hasil analisis statistik ANOVA
pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kreativiti
merentasi pencapaian akademik (p=0.419). Daripada dapatan kajian mendapati tahap
kreativiti yang rendah di kalangan pelajar program sains di Fakulti Pendidikan yang
merupakan bakal-bakal guru akan menjejaskan proses penyampaian ilmu di dalam
kelas kelak.
Daripada kajian-kajian yang telah dibuat, didapati tahap kreativiti pelajar
adalah sederhana berdasarkan dapatan kajian yang dibuat oleh Nooraishah (2004)
dan Suriyana(2004). Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Norfauzi (2002) dan Siti
Hajar (2008) didapati tahap kreativiti pelajar adalah rendah dan lemah.
Berdasarkan kajian yang dinyatakan, didapati terdapat perbezaan signifikan
antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap kreativiti pelajar. Berdasarkan kajian
Suriyana (2004), Mansor (2002) dan Norfauzi (2002) menunjukkan tahap
penguasaan kemahiran berfikir kreatif lelaki adalah lebih tinggi daripada pelajar
perempuan. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Siti Hajar (2008) dan Roslinda
(2007) menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan antara tahap kreativiti
merentas jantina.
Kesimpulannya, satu kajian tentang melihat tahap kreativiti amat perlu untuk
dijalankan untuk melihat tahap kreativiti pelajar-pelajar tingkatan empat yang
berlainan jantina kerana dewasa ini kreativiti amat dititikberatkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia sendiri bagi memenuhi NKRA pendidikan negara. Diharapkan
kajian-kajian seperti ini dapat merealisasikan hasrat NKRA pendidikan itu sendiri
-
52
kerana melalui kajian-kajian seperti ini kita akan dapat melihat tahap kreativiti
pelajar.
2.5.2 Kajian Tentang Pencapaian Penyelesaian Masalah
Nooridayu (2009) telah menjalankan kajian yang bertajuk “Pencapaian
Penyelesaian Masalah Fizik Oleh Pelajar Kritis Dan Kreatif Dalam Kalangan Pelajar
Tingkatan Empat Di Skudai”. Kajian dijalankan untuk mengenalpasti tahap
pencapaian penyelesaian masalah Fizik pelajar tingkatan empat di samping
mengenalpasti gaya pemikiran mereka. Seramai 100 orang pelajar tingkatan empat
aliran sains tulen dari sekolah-sekolah sekitar Skudai telah dipilih sebagai responden
kajian. Seramai 33 orang daripadanya adalah pelajar lelaki dan 67 lagi adalah pelajar
perempuan. Pembolehubah bebas dalam kajian ini ialah jantina dan kemahiran
berfikir pelajar. Alat kajian yang digunakan ialah set soal selidik item kritis kreatif
yang terdiri daripada 30 item dan set Ujian Pencapaian Penyelesaian Masalah Fizik
yang mengandungi dua soalan penyelesaian masalah. Kebolehpercayaan set ujian ini
ialah α = 0.74. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan tahap
pencapaian penyelesaian masalah Fizik oleh pelajar kritis dan kreatif adalah pada
tahap sederhana. Analisis data turut menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan
yang signifikan merentas jantina dalam pencapaian penyelesaian masalah Fizik.
Keputusan akhir juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan
antara pelajar kritis dan pelajar kreatif dalam pencapaian penyelesaian masalah Fizik
mereka. Kesimpulannya, pencapaian penyelesaian masalah Fizik oleh pelajar
tingkatan empat di sekolah-sekolah yang terlibat berada pada tahap sederhana.
Noor Azmil (2007) telah menjalankan kajian yang bertajuk “Kemahiran
Penyelesaian Masalah Dalam Tajuk Keseimbangan Daya Dalam Kalangan Pelajar
Tingkatan Empat”. Tajuk Keseimbangan Daya mengandungi konsep-konsep yang
abstrak dan sering dilaporkan sukar untuk dipelajari oleh pelajar. Kajian ini bertujuan
-
53
untuk mengenal pasti tahap keupayaan pelajar dalam kemahiran penyelesaian
masalah dalam tajuk Keseimbangan Daya yang melibatkan pengiraan magnitud dan
arah paduan daya, peleraian daya, keseimbangan daya pada sistem takal,
keseimbangan daya pada sistem satah condong, keseimbangan daya yang
berhubungkait dengan berat ketara dalam lif, dan keseimbangan tiga daya.
Pengumpulan data adalah melalui soal selidik ujian penyelesaian masalah fizik yang
dijalankan kepada 113 orang pelajar tingkatan 4 aliran sains di sebuah sekolah
menengah sains di negeri Johor. Data-data yang diperolehi telah diproses secara
manual dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil dapatan
kajian menunjukkan tahap keupayaan penyelesaian masalah dalam kalangan pelajar
adalah sederhana. Kajian juga mendapati mereka berada pada tahap baik dalam
memahami masalah serta sederhana dalam merancang penyelesaian dan
mendapatkan jawapan. Bagaimanapun, terdapat sebilangan pelajar yang masih tidak
menguasai dengan sepenuhnya konsep asas dalam tajuk ini.
Rahimah (2008) telah menjalankan kajian yang bertajuk “Pembelajaran
Berasaskan Konsep Konstruktivisme Dalam Menyelesaikan Masalah Fizik Pelajar
Sains Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru”. Dalam kajian ini,
kemahiran pembelajaran berasaskan konstruktivisme digunakan bagi membantu
pelajar Sains Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru meningkatkan tahap
pencapaian mereka dalam menyelesaikan masalah Fizik. Responden yang terlibat
adalah seramai 306 orang pelajar Sains Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik
Daerah Johor Bahru iaitu 129 orang pelajar lelaki dan 177 orang pelajar perempuan.
Responden diberikan Ujian Keupayaan Penyelesaian Masalah Fizik (UKPMF), iaitu
satu set masalah Fizik bertajuk Persamaan Linear yang terdiri daripada 14 item untuk
diselesaikan oleh pelajar. Responden juga diberi satu soal selidik iaitu Cara
Penglibatan Pelajar (CPP) yang terdiri daripada 50 item berskala Likert. Ujian-t
menunjukkan perbezaan min yang merentas jantina di mana pelajar perempuan yang
terlibat dalam Menyelesaikan Masalah Fizik menggunakan Kaedah Pembelajaran
Konstruktivisme (min =3.24. SD = .38), lebih tinggi daripada pelajar lelaki (Min =
3.13, SD = .50) t(304) = -2.16, p < .05. Begitu juga, ujian–t bagi menunjukkan
perbezaan tahap pencapaian menyelesaikan masalah merentas jantina di mana min
pelajar perempuan lebih tinggi daripada pelajar lelaki (min=51.57, SD =15.95), dan
min pelajar lelaki (min= 45.95, SD = 17.76), t(304) = -2.88 p
-
54
Jamil (2008) telah menjalankan kajian yang bertajuk “Tahap Kognitif Pelajar
Fizik Di Sekolah Berasrama Di Daerah Kuala Terengganu Dalam Menyelesaikan
Masalah Fizik berdasarkan kepada Taksonomi Bloom”. Kajian ini dijalankan untuk
mengkaji tahap kognitif pelajar fizik dalam menyelesaikan masalah fizik berdasarkan
kepada Taksonomi Bloom di tiga buah sekolah berasrama di dalam daerah Kuala
Terengganu. Sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Agama (SMA), Sekolah
Menengah Sains (SMS) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT). Seramai 88 orang
pelajar lelaki dan perempuan terlibat dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan
dalam kajian untuk menilai tahap kognitif pelajar dalam menyelesaikan masalah fizik
adalah Ujian Tahap Kognitif merangkumi bab Daya dan Gerakan dan Haba. Hasil
daripada kajian menunjukkan tahap kognitif bagi SMA dan SMS pada tahap
sederhana manakala pada SMT pada tahap lemah. Wujud perbezaan yang signifikan
skor min bagi jantina lelaki dan perempuan yang mana lebih kepada memihak pelajar
perempuan.
Haslinda (2007) telah menjalankan kajian yang bertajuk “Penguasaan
Penyelesaian Masalah Fizik Mengikut Model Heller Dan Hubungannya Dengan
Pencapaian Penyelesaian Masalah Fizik Pelajar Tingkatan 4 di dua buah sekolah di
Daerah Marang”. Seramai 130 orang pelajar lelaki dan perempuan yang terlibat
sebagai responden dalam penyelidikan ini. Alat kajian yang digunakan untuk menilai
penguasaan penyelesaian masalah dan tahap pencapaian penyelesaian masalah adalah
Ujian Pencapaian Penyelesaian Masalah Fizik yang mengandungi dua item berbentuk
subjektif. Ujian ini mengandungi dua soalan yang terdiri daripada bab daya dan
gerakan serta bab haba dan tenaga. Kebolehpercayaan alat kajian ini mempunyai nilai
α = 0.77. Statistik analisis d
top related