syair siti sianah bm

Post on 15-May-2015

13.804 Views

Category:

Education

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

SYAIR SITI SIANAH

Rangkap 1 – Sesetengah perempuan berperangai janggal kerana mencukur bulu roma di muka dan kening sehingga tajam. Selepas itu, dia berhias dengan pakaian yang lengkap.

Rangkap 2 – Terdapat perempuan yang ketawa mengilai-ngilai. Apabila ada lelaki, dia akan menunjuk-nunjukkan mukanya supaya lelaki tersebut terpikat oleh kecantikannya.

Rangkap 3 – Sesetengah perempuan suka bersolek dengan asyik berdandan dan berhias. Dia juga asyik membelek-belek muka dan dirinya di hadapan cermin.

MAKSUD SYAIR

Rangkap 4 – Terdapat perempuan yang tidaklah begitu cantik dan jelita. Ada sesetengahnya, hidungnya kembang dan tidak mancung seperti besar mulut buaya rupanya.

Rangkap 5 – Sesetengah perempuan berperangai buruk. Dia membuat siput pada rambut yang sedikit sambil memakai cemara yang berjela-jela panjangnya.

Rangkap 6 – Terdapat perempuan yang berlangsir dengan menyapu bedak di kaki, tangan, lengan, dan jari sehingga putih. Perbuatan itu semata-mata untuk mengaburi mata orang daripada melihat parut yang ada.

Rangkap 7 – Sesetengah perempuan suka dipuji. Dengan itu, dia memakai gelang sampai ke pangkal lengan. Apabila ada lelaki, dia memandang dan suka berpelesiran.

Rangkap 8 – Ada perempuan yang suka mendendahkan kaki dan tangan dengan alasan untuk berubat. Niatnya itu Allah Taala yang tahu, iaitu untuk membuatkan lelaki terpikat padanya.

Rangkap 9 – Kita hendaklah berlindung dengan Allah daripada segala perbuatan yang salah. Mudah-mudahan kita akan diselamatkan dan dijauhi daripada berperangai seperti perempuan yang tidak berakhlak.

Rangkap 10 – Ramai pula yang suka berjudi sehingga tergadai barang kemas kerana perangai buruk tersebut sudah sebati dengan diri.

Rangkap 11 – Pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan akan banyak menyebabkan perkara yang salah dilakukan. Mereka juga lalai untuk menunaikan sembahyang. Semua itu kerana syaitan sudah hampir dengan diri dan menghasut mereka.

1. “Syair Siti Sianah” bertemakan nasihat.2. Persoalannya pula ialah :

Cara-cara golongan perempuan mencantikkan rupa parasnya.

Pergaulan lelaki dan wanita yang melampaui batas.

TEMA & PERSOALAN

1. “Syair Siti Sianah” terdiri daripada sebelas rangkap.

2. Setiap rangkap syair itu terdiri daripada empat baris.

3. Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara tiga hingga lima patah kata.

4. Bilangan suku kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara tujuh hingga empat belas suku kata.

5. Bunyi akhir pada setiap baris atau rimanya adalah sama, iaitu aaaa

BENTUK SYAIR

1. Pemilihan katanya indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis.Contohnya:

Di dalam cermin muka ditelek, Kanan dan kiri dibelek-belek.

1. Penggunaan simile. Contohnya:

Seperti taji berandam di keningnya.

UNSUR KEINDAHAN

3. Penggunaan inversi. Contohnya:

Dengan jantan suka berdekat

Dalam contoh ini, sepatutnya: (Sesetengah perempuan) suka berdekat dengan jantan.

4. Penggunaan hiperbola. Contohnya :

Memakai gelang bertingkat-tingkat

Dalam contoh ini, banyaknya gelang yang dipakai itu digambarkan secara berlebih-lebihan dengan ungkapan memakai gelang bertingkat-tingkat.

5. Penggunaan kata arkaik. Syair ini mempunyai beberapa kata arkaik, iaitu kata-kata yang tidak digunakan lagi pada hari ini.

Contohnya:sempolah – rangkap kesembilanserudi – rangkap pertama.

Asonansi (pengulangan bunyi vokal). Contohnya:

Roma di muka pula dicukurnya. Dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi vokal u sebanyak empat kali.

Aliterasi (pengulangan bunyi konsonan). Contohnya:

Berhias berdandan berpakai molek Dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi konsonan b sebanyak tiga kali.

Unsur bunyi

Nilai kejujuran. Contohnya, kejujuran perempuan adalah penting dalam memperlihatkan kecantikan diri.

Nilai menjaga maruah diri. Contohnya, perempuan mesti menjaga batasan hubungan dengan lelaki supaya maruah dan kehormatan diri terpelihara.

NILAI

1. Pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan hendaklah ditegah kerana pergaulan bebas itu mengundang pelbagai kemungkaran.

2. Setiap perempuan mesti menjaga akhlak dan adan sopan supaya tidak diekploitasi oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab.

3. Setiap perempuan hendaklah menjaga kecantikan diri tetapi janganlah pula melampau-lampau sehingga menimbulkan fitnah.

PENGAJARAN

top related