surat iringan

Post on 12-Apr-2017

815 Views

Category:

Business

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KEMBANG KASTURI SDN. BHD.No. 22 Jalan Genting Klang, 53300 Setapak, Kuala Lumpur.No. telefon: 011-25376893 No. faks: 03-61155891Alamat e-mel: inquiry@kembangkasturi.comLaman sesawang: www.kembangkasturi.com

En. Mohd Senu Bin Awang, Pengarah,Pusat Pembangunan Keusahawanan,Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,P.O Box 10, Jalan Gombak,50728 Kuala Lumpur. 10 JULAI 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Tuan,

PEMOHONAN KELULUSAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN

Merujuk perkara di atas, saya selaku Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd. ingin memohon kebenaran pihak tuan untuk memulakan perniagaan.

2. Untuk makluman pihak tuan, syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat hasil daripada perkongsian modal oleh enam orang rakan kongsi dan perniagaan yang bakal kami jalankan ialah perniagaan dalam bidang kesihatan dan kecantikan. 3. Kami yakin bahawa produk kami akan diterima di pasaran dan mendapat sambutan daripada pembeli. Hal ini kerana, produk kami merupakan 100% keluaran Muslim bumiputra. Produk kami juga menggunakan sumber daripada alam semulajadi yang diyakini bersih dan bermutu.

4. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dilampirkan kertas kerja perniagaan syarikat kami sebagai rujukan untuk tindakan tuan yang selanjutnya.

Akhir kata, segala jasa baik daripada pihak tuan untuk mempertimbangkan permohonan kami ini sangatlah kami hargai dan dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

……………………….(Ahmad Fikri Ridzuan Bin Mohamed Sooudin)Ketua Pegawai Eksekutif,Syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd.

top related