struktur dan fungsi

Post on 14-Jun-2015

271 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Struktur dan FungsiAnatomi dan Fisiologi

Bidang yang mengkaji tentang struktur tubuh manusia dikenali sebagai Anatomi ataupun boleh dipanggil Antropotomi. Manakala bidang yang mengkaji fungsi strukur tubuh badan pula dikenali sebagai fisiologi

Organisasi StrukturTubuh manusia

•Kepala dan leher

kepala adalah bahagian yang paling utama pada tubuh badan. Permukaan bahagian hadapan kepala dikenali sebagai muka. Manakala bahagian dalam kepala pula terdapat kaviti mulut, kaviti nasal, kaviti orbital, kaviti telinga dan kaviti kranium.

Leher pula terletak di antara kepala dan toraks. Leher terdiri daripada bahagian atas esofagus, larinks, saraf- saraf kranial dan pembuluh darah.

Struktur leher juga ada kelenjar tiroid, paratiroid dan nodus-nodus limfa.

Badan

Badan manusia terbahagi kepada bahagian toraks,

(Thorax) bahagian abdomen dan pelvis.

Toraks ialah bahagian atas dan ia terletak di antara leher

dengan abdomen.

Terdapat beberapa bahagian utama di dalam toraks

seperti jantung, paru-paru, pembuluh darah, trakea dan

esofagus.

Rangka dinding toraks terbentuk oleh kolum vertebra di

belakang, tulang-tulang rusuk di lateral dan tulang stemum di

hadapan.

Abdomen merupakan bahagian inferior trunkus badan. Ia dipisahkan daripada toraks oleh otot diafragma. Organ yang terletak di dalam abdomen terdiri daripada trek gastrousus, hepar, pankreas, pundi hempedu, limpa dan ginjal.

Pelvis adalah bahagian paling bawah trunkus badan. Pelvis terletak di antara dua tulang pinggul. Organ yang terletak di dalam kaviti pelvis terdiri daripada pundi kencing, organ pembiakan internal dan juga bahagian bawah trek gastrousus.

Abdomen

Pelvis

Anggota

Anggota tubuh badan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu anggota bahagian hadapan dan anggota bahagian belakang.

Tahap Organisasi Struktur Manusia

Struktur badan manusia mempunyai tahap organisasi yang berbeza iaitu dari submikroskopik hingga makroskopik. Pertalian di antara pelbagai tahap organisasi ialah seperti di bawah.

1. Tahap Kimia = Tubuh badan manusia terdiri daripada unit-unit kecil yang dikenali sebagai atom. Tahap ini berada pada aras pertama dalam struktur manusia iaitu aras kimia.

2. Tahap Selular = Atom ini bergabung sesama sendiri untuk membentuk molekul-molekul dan menjadi aras sel. Sel merupakan benda hidup paling kecil pada badan manusia serta berfungsi sebagai pengangkut nutrien dan oksigen, menjalankan tindak balas metabolism dan mengeluarkan CO2 daripada tubuh manusia

3. Tahap Tisu = Tisu terdiri daripada sel- sel yang serupa dan Sel-sel ini bekerja bersama-sama untuk melakukan fungsi tertentu. Sebagai contoh, sel-sel otot jantung membentuk tisu otot kardiak merupakan organisasi tahap tisu.Terdapat empat jenis tisu dalam badan manusia iaitu tisu epitilium, tisu penghubung, tisu otot dan tisu saraf. 

4. Tahap Organ =Organ terdiri daripada dua atau lebih tisu yang sama-sama bekerja melakukan fungsi tertentu.Sebagai contoh, jantung adalah organ dengan dindingnya terdiri daripada lapisan otot kardiak dan lain-lain tisu.

5. Tahap Sistem Organ =Organ-organ berinteraksi di sistem organ.Setiap kali mengecut, jantung mengepam darah ke talian saluran darah. Secara bersama, jantung, darah dan saluran darah membentuk sistem kardiovaskular iaitu organisasi dalam tahap sistem organ.

6. Tahap organisasi =Semua sistem organ badan bekerja sama mengekalkan kehidupan dan kesihatan. Ini merupakan organisasi tahap tertinggi manusia.

Chemical levelAtoms combine to form molecules

1

2

3

4

Cellular levelCells are made up of molecules

Tissue levelTissues consist of similar types of cells

5 Organ system levelOrgan systems consist of different organs that work together closely

Organ levelOrgans are made up of different types of tissues

6 Organismal levelThe human organism is made up of many organ systems

Atoms

Molecules

Smooth muscle cell

Smooth muscle tissue

Connective tissue

Smooth muscle tissue

Epithelial tissue

Blood vessel (organ)

Heart

Blood vessels

Cardiovascular system

Levels of Structural Organization

Figure 1.1

Susunan atom dan molekul pada tahap kimia menghasilkan

filamen protein.

filamen protein pada tahap selular menjadi sel-sel otot

kardiak.

sel-sel ini berkait menjadi tisu otot kardiak. Struktur tisu memastikan penguncupan

yang selaras dan menghasilkan denyutan

organ jantung membolehkan ia

bertindak seperti pam.

Jantung yang menakung darah bersambung

dengan salur darah dan mengepam darah

melalui atrium dan ventrikal dalam sistem

kardiovaskular

top related