simpulan bahasa

Post on 15-Feb-2017

1.408 Views

Category:

Documents

8 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

. Abang AngkatMaksud: Lelaki yang telah di akui sebagai

abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.

Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah.

Abang Kandung

• Maksud: Abang yang seibu sebapa.

• Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.

• Maksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah.

.Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh ayahnya.

Ada Hati

• Maksud: Keinginan.

• Contoh Ayat: Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti.

• Maksud: Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan yang lain.

• Contoh Ayat: Pendatang baru di kampung itu suka mengadu domba pemuda di kampung ini dengan pemuda dari kampung seberang.

• Maksud: Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh.

• Contoh Ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-ajak ayam.

Babi Buta = Membabi Buta

• Maksud: Berbuat sesuatu tanpa banyak berfikir.

• Contoh Ayat: Serangan yang membabi buta itu telah menyebabkan ramai orang awam terkorban.

Balik Hati = Berbalik Hati

• Maksud: Berubah pendirian.

• Contoh Ayat: Dia telah berbalik hati dan tidak jadi meninggalkan kampungnya

top related