seni dalam pendidikan merupakan salah satu daripada elektif yang saya perlu ambil bagi semester...

Post on 11-Feb-2016

227 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Seni dalam pendidikan merupakan salah satu daripada elektif yang saya

perlu ambil bagi semester empat ini. Seni dalam pendidikan atau singkatannya SDP

menekankan sesuatu yang baru. Elemen - elemen yang telah adalah seni visual, seni

pergerakan, dan juga seni muzik. Elemen ini akan menyeronokan yang akan membuatkan

murid- murid minat dengan pelajarannya.

Sepanjang penghasilan tugasan ini, saya telah perolehi ilmu yang baru. SDP kali ini

telah menambah ilmu pengetahuan saya dalam bidang seni. Antara contohnya, seni visual

ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu

aktivitidan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Sepanjang

penghasilan tugasan ini, pelbagai ilmu baru telah saya perolehi. Antaranya, pembelajaran yang

berkesan bukanhanya bersandarkan kepada kurikulum semata-mata, bahkan

perlu mempunyai elemenseni agar penerimaan ilmu dikalangan murid menjadi lebih jitu dan mampan

Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. irama yang

menarik dalam sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar

muziktersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui

pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di

sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita

tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa. Dalam pendidikan seni,irama

digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang

mewujudkan pergerakan. mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri

dan ke kanan, menari,melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda

kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan.

k esimpulannya, saya sebagai seorang guru perlu mengambil langkah dalam

memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih

berkesan. Walaupun dalam subjek selain pendidikan seni, aktviti pendidikan seni ini boleh

pengintegrasian dan boleh berfungsi sebagai satu cabang komunikasi. SDP yang

dirancang dalam pengajaran kali ini diharapkan dapat membantu saya sebagai guru

dalam mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran

kepada murid – murid saya. Saya merancang rangsangan ini supaya dapat

mencapai objektif dan matlamat pada akhir pembelajaran.

REFLEKSI

S D P   y a n g diintegrasikan membantu saya untuk mempelbagaikan teknik dan

strategi pengajarandan pembelajaran saya. Seni perlu diberi peranan yang penting dalam

kurikulum agar semua yang dirancang Berjaya dilakukan dan ternyata hasilnya murid –

murid saya berasa seronok pada kedua-dua hari berkenaan kerana saya telah menerapkan

elemen SDP dan secara keseluruhannya kesemua murid saya dapat memahami tajuk yang

dipelajari dan hanya beberapa orang murid sahaja yang perlu bimbingan dan aktiviti

pengukuhan. Tugasan ini secara tidak langsung telah membuka mata dan minda saya.

Kesimpulannya, pada masa ini saya telah mengambil peluang ini untuk

mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kami kerana telah banyak menolong kami .

Beliau mempunyai senyuman manis semasa mengajar kami.

top related