senarai tugas mendispens ubat
Post on 06-Aug-2015
125 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SENARAI TUGAS
PROSEDUR MENDISPENS UBAT DI KAUNTER FARMASI
BIL TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
1. Terima preskripsi daripada pesakit di kaunter pendispensan
2. Menyaring preskripsi
a) Saring:
Nama, nombor pendaftaran, umur, tarikh, dan nombor kad pengenalan.
tanda tangan, nama dan cop preskriber yang sah
nama ubat, dos, kekerapan, tempoh rawatan
polifarmasi, interaksi ubat dan masalah lain berkaitan ubat
b) Hubungi preskriber jika terdapat preskripsi yang bermasalah
3. Mengisi dan melabel ubat
a) Untuk preskripsi lengkap, Isikan ubat ke dalam bekas ubat mengikut arahan dan labelkan bekas tersebut.
b) Jika ubat adalah Dadah Berbahaya (DD), psikotropik dan ubat kategori A, hendaklah direkodkan
c) Bekalan yang tidak penuh, catatkan butir-butir bekalan seperti di belakang preskripsi dan tandatangan
4. Semak semula label, nama ubat, kuantiti, sukatan dos, dan arahan yang betul
5. Panggil nama pesakit atau nombor giliran. Pastikan identiti pesakit sama seperti dalam preskripsi.
6. Dispen ubat kepada pesakit dengan memberi penerangan arahan penggunaan ubat.
7. Tandatangan di belakang preskripsi setelah ubat didispens. Jika bekalan ubat tidak penuh, kembalikan preskripsi kepada pesakit dan beritahu tarikh datang semula untuk mengambil ubat
8. Rekodkan jumlah pesakit dan jumlah item. Simpan preskripsi yang ada mengikut susunan tarikh selama tujuh tahun.
Disahkan oleh:
Pegawai Farmasi Klinik Kesihatan Sekinchan
SENARAI TUGAS
PROSEDUR PENGENDALIAN DADAH BERBAHAYA DI UNIT FARMASI
BIL KERJA
1. Periksa paras stok Dadah Merbahaya (DDA) dan sediakan anggaran keperluan DDA. Sediakan senarai pesanan DDA.
2. Borang pesanan DDA perlu ditandatangani oleh Pegawai Faramsi atau Pegawai Perubatan YM di klinik.Hantarkan pesanan DDA ke Hospital
3. Terima barang dan semak untuk menentukan stok yang dibekalkan adalah tepat berdasarkan borang pesanan ubat DDA.
4. Sahkan dan tandatangan penerimaan pada borang pesanan DDA. Kembalikan sesalinan borang pesanan DDA yang ditandatangan kepada hospital. Failkan sesalinan borang pesanan DDA di klinik
5. Catatkan kemasukan dalam Buku Rekod DDA
6. Simpan didalam almari berkunci di unit farmasi/ unit berkenaan
7. Segala aktiviti pengeluaran dan penerimaan ubat DDA hendaklah direkod dalam Buku Rekod DDA dengan menulis:
Nama Pesakit
Nombor Kad Pengenalan Pesakit
Alamat Pesakit
Nama preskriber
Kuantiti dibekal
Baki
Tandatangan pembekal
Tarikh bekalan diberi
Disahkan oleh:
Pegawai Farmasi
Klinik Kesihatan Sekinchan
top related