senarai tugas guru penolong kanan kokurikulum
Post on 05-Oct-2015
198 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
SENARAI TUGAS GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
SENARAI TUGAS GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
.1 Mukadimah
Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab kepada Pengetua/Guru Besar untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dengan itu, Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab bagi melicinkan pentadbiran, mempertingkatkan prestasi penglibatan dan penyertaan murid sertaguru dalam aktiviti kokurikulum bagi mencapai Wawasan 2020.
1.2 Bidang Tugas
1.2.1 Menjalankan tugas-tugas Pengetua/Guru Besar semasa ketiadaan
Pengetua/Guru Besar, Guru Penolong Kanan I dan Guru Penolong Kanan II.
1.2.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua/Guru Besar.
1.2.3 Bertanggungjawab kepada Pengetua/Guru Besar di dalam semua aspek pengurusan kokurikulum termasuk sidang petang.
1.2.4 Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum di sekolah.
1.2.5 Membantu Pengetua/Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah termasuk sidang petang.1.3 Senarai Tugas
1.3.1 Kokurikulum
a. Persatuan Dan Kelab
I. Merancang kegiatan persatuan dan kelab
II. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab
III. Menyelia kegiatan persatuan dan kelab
IV. Menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah
b. Pasukan Pakaian Seragam
I. Merancang kegiatan pasukan pakaian seragam
II. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan pasukan pakaianseragam
III. Menyelia kegiatan pasukan pakaian seragam
IV. Menyelaras aktiviti-aktiviti pasukan pakaian seragam di dalam dan di luar sekolah.
c. Kelab Sukan Dan Permainan
I. Merancang kegiatan kelab sukan dan permainan
II. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan kelab sukan dan permainan
III. Menyelia kegiatan kelab sukan dan permainanIV. Menyelaras aktiviti-aktiviti kelab sukan dan permainan di dalam dan di luar sekolah.
1.3.2 Pentadbiran
a. Menyelaraskan proses penubuhan kelab dan persatuan sebagaimana mengikut Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196 bertarikh 21hb. Mei 1998.
b. Menyusun, menyelaras dan memantau takwim kegiatan kokurikulum sekolah
c. Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum
d. Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan kokurikulum telah diambil.
e. Membantu di dalam segala jenis penerbitan sekolah dalam hal kokurikulum.
f. Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah dengan mematuhi Peraturan (Melancong) Sekolah 1957.
g. Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah (seperti Hari Kokurikulum Sekolah).
h. Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam kegiatan kokurikulum serta meningkatkan tahap pencapaian.
i. Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum.
j. Memastikan rekod dan data kokurikulum disenggarakan dan dihantar sesalinan ke Pejabat Pendidikan Daerah dan Pejabat Pendidikan ..
k. Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang berhubung dengan kokurikulum.
l. Mengenalpasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi dalam kegiatan kokurikulum dan mengadakan latihan untuk mereka.
m. Menyelaras pungutan, pembayaran dan tuntutan Skim Takaful Malaysia Berhad
n. Merancang aktiviti kokurikulum untuk murid-murid selepas peperiksaan dan semasa cuti sekolah.
1.4 Tugas-Tugas Lain
1.4.1 Menanggotai Jawatankuasa-Jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua/Guru Besar dari masa ke semasa.
1.4.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan
oleh Pengetua/Guru Besar dari masa ke semasa.
2.2 Senarai Tugas Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum
2.2.1 Tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
a. Merancang aktiviti sekolah (Rancangan Jangka Panjang /Pendek).
b. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
c. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
d. Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
e. Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.
f. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah/negeri/kebangsaan.
g. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual Kokurikulum.
h. Menentukan tarikh Kejohanan Olahraga sekolah, Merentas Desa, Hari Kecemerlangan Kokurikulum dan kegiatan lain.
i. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
j. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah.
k. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan.
l. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.
m. Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh Pelajar.
2.2.2 Tanggungjawab Penolong Kanan Kokurikulum
a. Menentukan objektif gerakerja kokurikulum sekolah tercapai.
b. Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerakerja kokurikulum sekolah.
c. Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerakerja kokurikulum
d. Memastikan supaya setiap unit gerakerja kokurikulum berjalan dengan lancar, berterusan dan berkesan.
e. Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perjalanan aktiviti kokurikulum.
f. Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan aktiviti kokurikulum.
g. Mengawal segala urusan kewangan bagi wang yang dikutip daripada pelajar.
h. Menerima laporan kedudukan stok dan inventori peralatan kokurikulum.
i. Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada setiausaha kokurikulum, penolong setiausaha kokurikulum dan penyelaras-penyelaras unit.
j. Memutuskan pengurniaan yang akan diberi kepada pelajar yang
mencapai taraf kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum
2.2.3 Tanggungjawab Setiausaha Kokurikulum
a. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
b. Membantu Pengetua dalam pengagihan tugas kepada guru-guru, perancangan, pelaksanaan dan penilaian pelajar.
c. Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti persatuan/kelab/pasukan badan beruniform dan
sukan/permainan.
d. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi.
e. Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik.
f. Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan dan mencukupi.
g. Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti
kokurikulum dan mengadakan latihan dengan mereka.
2.2.4 Tanggungjawab Setiausaha Sukan
a. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.
b. Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD/MSSN/MSSM.
c. Membantu Pengetua mengagih tugas baru dalam olahraga dan permainan.
d. Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan.
e. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
f. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
g. Mengurus dan menjaga keselamatan semua perlatan sukan sekolah.
h. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
i. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
j. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktivit sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.
K . Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.
L . Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah.
M. Menghadiri kursus dari masa ke masa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.
2.2.5 Tanggungjawab Penyelaras Persatuan/Kelab/Pasukan Badan Beruniform
a. Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/pasukan badan beruniform.
b. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
c. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.
d. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar menyertai persatuan/kelab/pasukan badan beruniform.
e. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
f. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.
g. Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum
- mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.
- Mengumpulkan semula daripada guru tingkatan pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod bilik kokurikulum.
h. Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti:
- Borang penyertaan persatuan
- Borang senarai AJK dan ahli
- Buku laporan aktiviti
i. Mengumpulkan rancangan tahunan dan buku aktiviti untuk edaran, rujukan dan rekod.
j. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah.
2.2.6 Tanggungjawab Guru Penasihat / Pemimpin
a. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.
b. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
c. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
d. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.
e. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
f. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
g. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Badan Beruniform/Kelab Persatuan dan Sukan/Permainan.
h. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
i. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.
j. Mendaftarkan Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan, Permainan.
k. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
L . Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah dalam lawatan atau projek yang dijalankan.
M . Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
N . Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
O . Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan
unit yang diwakili.
P . Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
Q . Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
R . Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
S . Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
T . Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
2.2.7 Tanggungjawab Guru Kelab Permainan / Rumah Sukan
a. Membentuk jawatankuasa.
b. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan.
c. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar.
d. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
e. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah.
f. Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/Kelas/Tingkatan/Sekolah.
g. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
h. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk ke pertandingan luar sekolah.
i. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
j. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
k. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
l. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi untuk digunakan.
m. Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan.
n. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkahlangkah untuk mempertingkatkan.
o. Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang(johan daerah/negeri, wakil daerah/negeri dan negara)
p. Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia, kebudayaan & Sukan; Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Permainan/Sukan.
q. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke
Masa
LAMPIRAN 7A
CONTOH SURAT PERMOHONAN
MENUBUHKAN PASUKAN UNIT PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
KADET POLIS
LAMPIRAN A
JADUAL PERTAMA
(Kaedah 5)
PASUKAN KADET POLIS DIRAJA MALAYSIA
PERMOHONAN UNTUK MENUBUHKAN PASUKAN KADET
(Hendaklah dihantar dalam tiga salinan)
Bahagian A
Pengarah Pendidikan Negeri,
Saya (Nama)
Pengetua Sekolah ..
Memohon menubuhkan Pasukan Kadet Polis Diraja Malaysia di sekolah saya.
Tarikh: ..
Tandatangan:
(Pengetua)
Bahagian B
Pegawai Pemerintah,
Saya menyokong / tidak menyokong penubuhan Pasukan Kadet di Sekolah
Tarikh:
Tandatangan: .
(Pengarah Pendidikan)
Bahagian C
Diluluskan / Tidak diluluskan
Tarikh:
Tandatangan:
(Pegawai Pemerintah)
LAMPIRAN 7B
CONTOH SURAT PERMOHONAN
MENUBUHKAN PASUKAN UNIT PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
LAMPIRAN L
BORANG PERMOHONAN PENUBUHAN PASUKAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH:_______________________________________________
________________________________________________
TEL:____________________________________________
BILANGAN AHLI (40 Orang satu pasukan)
JantinaPeralihanTingkatan 1Tingkatan 2
Lelaki
Perempuan
Jumlah Kecil
Jumlah Besar :_____________________________________
Nota:Senarai nama seperti dalam lampiran.
GURU PENASIHAT
Tandatangan _____________________________________
3.1NAMA: (
)
Guru Penasihat sanggup / tidak sanggup menyertai Kursus Guru Kadet Bomba Dan .
Penyelamat
Pengesahan Pengetua(Nama:
)
Tarikh:
LAMPIRAN 8
PERKARA-PERKARA YANG PERLU ADA DALAM TAKWIM
BULANMINGGU/ TARIKHAKTIVITICATATAN
Januari
Pendaftaran Kelab/Persatuan, Unit PakaianSeragam dan sukan / Permainan.
Pendaftaran Ahli.
Mesyuarat Agung.
Mesyuarat AJK.
Menyediakan Perlembagaan.
Menyediakan Peraturan.
Menyediakan Perancangan dan Aktiviti.Pengetua/Guru Besar
GPK H.E.M/ Kokurikulum
Guru Penasihat
Guru Permainan
Guru Kelas
Guru Asrama
Guru Pemimpin
Semua aktiviti sukan hendaklah berasakan :-
Rumah
Kelas
Umur
Jantina
Minat
Februari
November5. Aktiviti
Kemahiran Asas.
Latihan
Pertandingan Dalaman/Kelas/Rumah
Aktiviti luar/pertandingan luar
Perkhemahan
Hari Kokurikulum Sekolah
Pemantauan.
Penilaian.
Menyediakan Laporan Tahunan.
Dokumentasi
LAMPIRAN 9
CONTOH FORMAT TAKWIM UNIT PAKAIAN SERAGAM,
KELAB / PERSATUAN DAN KELAB SUKAN / PERMAINAN
BIL.AKTIVITITINDAKAN
1.4.1. 2001Mesyuarat Majlis Kokurikulum Sekolah.
Pengetua/Guru Besar
GPK H.E. M /Kokurikulum
2.6.1. 2001Pendaftaran ahli-ahli baruGPK H.E.M/Kokurikulum
Guru Pemimpin
Guru Penasihat
Guru Kelas
3.10.1. 2001Mesyuarat Agung Unit Pakaian Seragam, Kelab/
Persatuan dan Kelab Sukan/ PermaiananGuru Pemimpin
Guru Penasihat
4.15.2. 2001Pertandingan Bola sepak antara rumah-rumah Guru Penasihat Rumah Sukan
5.3.4. 2001Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris.Guru Penasihat Persatuan Bahasa Inggeris.
6.6.6.2001Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Guru Pemimpin Kadet Bomba dan Penyelamat
7.4.9.2001Mesyuarat Majlis Kokurikulum Sekolah Kali Ke- 2.Pengetua/Guru Besar
GPK H.E.M /Kokurikulum
8.12.10. 2001Menyediakan Laporan TahunanGPK H.E.M/ Kokurikulum
Guru Pemimpin
Guru Penasihat
9.16.11.2001DokumentasiGPK H.E.M/ Kokurikulum
LAMPIRAN 10
CONTOH SURAT PERMOHONAN MENGUTIP DERMA
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Menengah Kebangsaan Kebangsaan Ahmad Razali,
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan.
Rujukan Tuan
:
Rujukan Kami
:
Tarikh
:
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Razali,
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan.
Tuan,
MEMOHON KEBENARAN MENGUTIP DERMA KEAHLIAN
Merujuk perkara di atas, saya selaku Bendahari Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Razali dengan penuh rasa tanggungjawab memohon kebenaran untuk mengutip derma keahlian bagi Persatuan Bahasa Melayu sebanyak RM3.00 (Ringgit Malaysia :Tiga Sahaja) daripada setiap ahli untuk jangka masa satu tahun. Kutipan ini adalah penting untuk menjayakan aktiviti persatuan ini.
Diharapkan permohonan ini mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.
Sekian terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
.
( ROSLEE BIN ISMAIL )
Bendahari,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Razali,
6800 Ampang,
Selangor Darul Ehsan.
LAMPIRAN 11
CONTOH SURAT KELULUSAN MENGUTIP DERMA
Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Razali,
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan.
Rujukan Tuan
:
Rujukan Kami
:
Tarikh
:
Encik Roslee Bin Ismail,
Bendahari,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Razali,
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan.
Tuan,
KELULUSAN MENGUTIP DERMA KEAHLIAN
Merujuk perkara di atas, saya selaku Penolong Pendaftar Sekolah meluluskan permohonan tuan mengikut Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam Peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 hb.Mei 1998 P.U.(A) 196, untuk mengutip derma keahlian Persatuan Bahasa Melayu sebanyak RM3.00 (Ringgit Malaysia : Tiga sahaja) daripada setiap ahli.
Sehubungan dengan itu, diharapkan Persatuan Bahasa Melayu akan bergerak aktif di samping menjaga nama baik sekolah.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
.
(
)
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Razali,
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan.
LAMPIRAN 12
CONTOH SURAT PEMBERITAHUAN AKTIVITI KOKURIKULUM
KEPADA IBU BAPA/PENJAGA
Sekolah Menengah Kebangsaan Yoke Kuan,
45400 Sekincan,
Selangor Darul Ehsan
Rujukan Tuan:
Rujukan kami:
Tarikh
:
Yang Dihormati,
Ibu Bapa / Penjaga Murid,
Sekolah Menengah Kebangsaan Yoke Kuan,
45400 Sekinchan,
Selangor Darul Ehsan.
Tuan,
AKTIVITI KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAN YOKE KUAN
Dengan sukacitanya dimaklumkanbahawa sekolah ini akan mengadakan Aktiviti Kokurikulum dan Kepimpinan Murid peringkat sekolah seperti jadual dibawah ini:
PASUKAN UNIT PAKAIAN SERAGAM
PASUKAN UNIT PAKAIAN SERAGAMHARIWAKTU
PERSATUAN PENGAKAP
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH
PANDU PUTERIISNIN
ISNIN
ISNIN3.00 - 4.00 PETANG
3.00 - 4.00 PETANG
3.00 - 4.00 PETANG
KELAB/PERSATUAN
KELAB / PERSATUANHARIWAKTU
PERSATUAN BAHASA MELAYU
PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK
PERSATUAN BAHASA INGGERISSELASA
SELASA
SELASA3.00 - 4.00 PETANG
3.00 - 4.00 PETANG
3.00 - 4.00 PETANG
KELAB SUKAN / PERMAINAN
KELAB SUKAN / PERMAINANHARIWAKTU
BOLA SEPAK
BOLA JARING
OLAHRAGARABU
RABU
RABU3.00 - 4.00 PETANG
3.00 - 4.00 PETANG
3.00 - 4.00 PETANG
Sekian untuk makluman tuan. Kerjasama tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
(
)
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Yoke Kuan,
45400 Sekinchan,
Selangor Darul Ehsan.
LAMPIRAN 13
CONTOH SURAT PEMBERITAHUAN KEPADA IBU BAPA/PENJAGA
KETIDAKHADIRAN AKTIVITI KOKURIKULUM
Sekolah Menengah Kebangsaan Banting,
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.
Rujukan Tuan:
Rujukan Kami:
Tarikh:
_____________________________________
_____________________________________
_____________________________________
Tuan,
PEMBERITAHUAN KETIDAKHADIRAN AKTIVITI KOKURIKULUM KALI KE
Saya diarah untuk memaklumkan bahawa anak / jagaan tuan .. .
dari Tingkatan . telah tidak menghadiri aktiviti Persatuan / Kelab / Unit Pakaian Seragam .. pada
2.Sila maklumkan kepada pihak sekolah dengan menggunakan lampiran yang disertakan atau berhubung terus Pengetua / Penolong Kanan Hal Ehwal Murid seberapa segera.
3.Mengikut Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 hb.Mei 1998 P.U.(A) 196 pelaksanaan kokurikulum sekolah, anak / jagaan tuan boleh digugurkan daripada menjadi ahli unit pakaian seragam, persatuan / kelab dan kelab sukan / permainan dan tidak layak menerima sijil kokurikulum.
4.Untuk makluman pihak tuan, penglibatan anak / jagaan tuan dalam aktiviti kokurikulum adalah penting sebagai prasyarat kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh atau Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
.
(
)
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Banting,
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.
LAMPIRAN 14
KANDUNGAN FAIL UNIT PAKAIAN SERAGAM,
KELAB / PERSATUAN DAN KELAB SUKAN / PERMAINAN
1.Surat Permohonan menubuhkan Unit Pakaian Seragam, Kelab / Persatuan dan Sukan / Permainan daripada guru / murid disertakan bersama :
1.1Draf perlembagaan
Draf aktiviti asas
Senarai Jawatankuasa Penaja (Rujuk Lampiran 17)
Surat kelulusan penubuhan daripada Pengetua / Guru Besar selaku Penolong Pendaftar Sekolah. Ada penyataan kelulusan penubuhan.
Surat pelantikan sebagai Guru Pemimpin / Penasihat. Ada penyataan penurunan kuasa pengelolaan dan penyeliaan.
Minit Mesyuarat Agung penubuhan.
Perlembagaan yang disahkan oleh Pengetua / Guru Besar. (Rujuk Lampiran 18)
Senarai jawatankuasa yang disahkan oleh Pengetua / Guru Besar.
Perancangan aktiviti asas yang disahkan oleh Pengetua / Guru Besar.
Jadual aktiviti tahunan yang disahkan oleh Pengetua / Guru Besar.
Senarai keahlian yang disahkan oleh Guru Pemimpin. (Rujuk Lampiran 19 dan 20)
Surat permohonan mengutip derma keahlian daripada Bendahari.
Surat kelulusan mengutip derma daripada Pengetua / Guru Besar.
Akaun kewangan / belanjawan yang disahkan.
Surat permohonan untuk menjadi ahli gabungan daripada Guru Pemimpin kepada Pengetua / Guru Besar.
Surat kelulusan untuk menjadi ahli gabungan daripada Pengetua / Guru Besar.
Surat permohonan untuk menjadi ahli gabungan kepada Badan Induk.
Surat penerimaan menjadi ahli gabungan daripada Badan Induk.
Minit-minit mesyuarat yang diadakan.
Surat-surat pekeliling yang berkaitan daripada :
Kementerian Pendidikan Malaysia
Jabatan Pendidikan Selangor
Pejabat Pendidikan Daerah
Sekolah
Dokumen pencapaian cemerlang ahli-ahli.
Laporan setiap aktiviti.
Laporan tahunan. (Rujuk Lampiran 21)
Daftar penilaian bagi setiap ahli.
Surat penyerahan kembali kuasa dan perlantikan sebagai Guru Pemimpin daripada Guru Pemimpin kepada Pengetua / Guru Besar.
Stok dan inventori.
Sampel-sampel Sijil / Surat Penghargaan.
LAMPIRAN 15
KANDUNGAN BUKU PELAPORAN UNIT PAKAIAN SERAGAM,
KELAB/PERSATUAN DAN KELAB SUKAN/PERMAINAN
Senarai Ahli Jawatankuasa.
Senarai kehadiran.
Takwim.
Senarai kutipan derma.
Laporan aktiviti. (Contoh seperti di bawah)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI MAJU
48000 AMPANG
SELANGOR
LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM
Persatuan/ Kelab, Unit Pakaian Seragam dan Kelab Sukan/Permainan__________
________________________________
Guru Penasihat: (1) __________________________________________
(2) __________________________________________
3.Tarikh: _______________ Hari : _________________ Masa: _____________
4.Kehadiran ahli: ____________/______________
Kegiatan yang dijalankan: ____________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
6.Pencapaian Kegiatan: ________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
7.Komen Guru Penasihat: ______________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
Tandatangan:
.
(Guru Penasihat)
(Setiausaha)
LAMPIRAN 16 AGARIS PANDUAN MENGENDALIKAN PERMOHONAN
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
(UNDANG-UNDANG (PELANCONGAN) SEKOLAH 1957
Tiga ( 3 ) salinan borang permohonan : Undang-undang (Pelancongan) Sekolah 1957 bersama 3 salinan senarai ahli yang melawat untuk dalam Negeri Selangor Darul Ehsan.
(Mengikut undang-Undang (Pelancongan) Sekolah 1957 lawatan dalam negeri tidak perlu dipohon akan tetapi pihak sekolah perlu juga diminta memohon untuk tujuan kegunaan rekod pengurusan di pejabat tuan/puan). Borang pelancongan boleh didapati di Pejabat Pendidikan Daerah/sekolah masing-masing.
Borang permohonan dan senarai nama yang melawat ditambah lagi dua salinan tiap-tiap satu bagi sebuah negeri yang dilalui atau dilawati.
Nama peserta kaum Cina diiringi dengan tulisan Cina ( sama ada guru atau murid).
Bilangan guru yang mengelola/mengiringi lawatan murid hendaklah sesuai.Anggarkan setiap 20 orang murid ada seorang guru yang mengawas.
Jantina guru: kalau ada yang bermalam jika ada murid perempuan mesti adakan guru perempuan semasa mengawasinya.
Tidak dibenarkan lawatan dibuat dalam masa persekolahan kecuali ada kelulusan.
7.Semua borang permohonan dan senarai nama lawatan hendaklah ada tandatangan Pengetua /
Guru Besar bersama cop rasmi. Guru Kanan/Guru Penolong Kanan yang menandatanginya mestilah menggunakan cop rasmi Pengetua/Guru Besar dan dicatat bagi pihak pada awal sebelum perkataan Pengetua/Guru Besar.Jangan benarkan menggunakan cop Guru Penolong Kanan.Borang permohonan dan senarai nama yang melawat yang difotostatkan hendaklah disahkan semula oleh Pengetua/Guru Besar .( Tandatangan bersama cop rasmi).Borang permohonan/senarai nama yang berbentuk fotostat,satu set yang asal mesti ada bersama.
Pihak sekolah tidak dibenarkan mengemukakan borang permohonan/senarai nama yang melawat dengan menulis satu helai demi satu helai kerana ini adalah membazir tenaga dan membuang masa sahaja serta akan berlaku kesalahan apabila menyediakan helai yang berikutnya( tidak sama ). Pihak sekolah hendaklah menyediakan dengan cara : ditaip serentak dengan menggunakan karbon (satu helai sahaja yang asal dan beberapa helai lain ( yang diperlukan) mesti sama/serupa dengan yang asal.Dengan cara lain: disediakan satu helai borang permohonan dan senarai nama yang melawat ditaip atau ditulis , sebelum dicop dan tandatangan difotostat seberapa yang diperlukan.
Lawatan ke Singapura / Thailand mestilah disertakan bersama Jadual Lawatan tiap-tiap set permohonan.Borang / permohonan dan senarai nama yang melawat bersama Jadual Lawatan hendaklah ditambah satu salinan lagi kerana salinan ini untuk Kementeriaan Pendidikan Malaysia.
BORANG LAWATAN
LAMPIRAN 16 B
PERATURAN-PERATURAN (PELANCONGAN) SEKOLAH 1957
Borang-borang untuk perkara di atas hendaklah dibuat dalam 3 salinan, ditambah dua salinan lagi bagi tiap-tiap negeri yang hendak dilawati atau dilalui dan disampaikan ke Jabatan Pendidikan Selangor 5 minggu sebelum tarikh pelancongan.
1.Nama Sekolah_____________________________________________________
2. Nama Guru :_____________________________________________________
3. Nama guru yang mengadakan pelancongan:_____________________________
4. Tujuan melancong: _________________________________________________
5. Nama guru-guru yang membantu:
_______________________________ No. K.P: _________________
_______________________________ No. K.P: _________________
________________________________No.K.P:___________________
6. Jenis Kenaikan:_________________________________________
7. Tempat-tempat yang dilawati:
3.
4.
Nama TempatTarikhNama dan alamat penuh tempat bermalam
1.
2.
3.DariHingga
..
(Tandatangan Guru Besar dan Cop Sekolah)
8. Punca Pendapatan Wang:
__________________________________________________________
2. ___________________________________________________________
3. ___________________________________________________________
9. Nama dan keterangan orang-orang yang diberi kuasa untuk membelanjakan wang.
BilNamaJawatanKad PengenalanUmurAlamat Penuh
1
2
3
4
CONTOH MINIT MESYUARAT PENAJA PENUBUHANMINIT MESYUARAT PENAJA PENUBUHAN KELAB PELANCONGAN/LAWATAN
SEKOLAH KEBANGSAAN DR. ABDUL LATIFF
45200 SABAK BERNAM
SELANGOR DARUL EHSAN
(Bil. 01/2001)
Tarikh
:
Masa
:
Hari
:
Tempat:
KEHADIRAN: 30 orang
BilPerkaraTindakan
1Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada guru penasihat dan pelajar
1.2 Pengerusi menyatakan tujuan mesyuarat
Makluman
2Pemilihan Jawatankuasa::Guru
:Murid
:Murid
:Murid
:Murid
:Murid
:Murid
2.1
2.2
2.3
2.4
2.5
2.6
2.7
Penasihat
Pengerusi
Setiausaha
Pen. Setiausaha
Bendahari
Ahli Jawatankuasa
Pemeriksa Kira-Kira:
3Tugasan Jawatankuasa:
3.1 Memberikan penerangan tugasan untuk Jawatankuasa tersebut.
Setiausaha
4Membincangkan Perlembagaan
Semua ahli
5Hal-Hal Lain.
Disediakan oleh:
Setiausaha Penaja,
Kelab Pelancongan/Lawatan,
Sekolah Kebangsaan Dr. Abd. Latiff,
45200 Sabak Bernam,
Selangor Darul Ehsan.
LAMPIRAN 18
CONTOH PERLEMBAGAAN UNIT PAKAIAN SERAGAM, ,PERSATUAN / KELAB DAN KELAB SUKAN/PERMAINAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LAUT
42800 TANJUNG SEPAT
SELANGOR DARUL EHSAN
PERLEMBAGAAN UNIT PAKAIAN SERAGAM, KELAB / PERSATUAN DAN
KELAB SUKAN/ PERMAINAN .
MATLAMAT
OBJEKTIF
3.KEAHLIAN
Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.
GURU PENASIHATGuru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak merancang,melaksana atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.
AHLI JAWATANKUASA Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat layak dicalonkan sebagai AJK.
Pemilihan AJK secara undian.
AJK Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
AJK Persatuan hendaklah terdiri:-
PENGERUSI
NAIB PENGERUSI
SETIAUSAHA
PENOLONG SETIAUSAHA
BENDAHARI
AJK KELAS
PEMERIKSA KIRA-KIRA
Guru Penasihat boleh menambah bilangan AJK jika difikirkan perlu.
DERMASumber utama kewangan persatuan/kelab adalah melalui derma yang ditetapkan.
Persatuan/Kelab juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.
Ahli yang menyertai aktiviti yang memerlukan belanja besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai projek tersebut.
7.KEHADIRAN/PENYERTAAN
Ahli persatuan/kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan/kelab sepanjang tahun.
Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan hak-hak keahlian persatuan/kelab.
8.AKTIVITIDijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.
Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.
9.PERATURAN-PERATURAN
Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.
10.TINDAKAN DISIPLIN10.1Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan/kelab dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
Amaran lisan
Amaran bertulis
Gantung keahlian
Pecat keahlian
Ahli yang dikenakan tindakan disiplin, akan hilang semua hak keahlian.
Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada guru penasihat unit pakaaian seragam, persatuan / kelab dan kelab sukan / permainan secara bertulis dan keputusan guru penasihat adalah muktamad.
11.PINDAAN PERLEMBAGAAN
Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, guru penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh pengetua/guru besar.
HAL-HAL LAINSetiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.
12.3 .
Kelulusan Penolong Pendaftar Persatuan/Kelab Sekolah
.
Pengetua/Guru Besar
Tarikh: .
Cop
LAMPIRAN 19
CONTOH BORANG PERMOHONAN MENJADI AHLI
UNIT PAKAIAN SERAGAM ,KELAB / PERSATUAN DAN KELAB SUKAN / PERMAINAN
BORANG PERMOHONAN MENJADI AHLI
Guru Pemimpin
Sekolah Kebangsaan Gombak Setia
Tuan,
Saya memohon menjadi ahli Sekolah Kebangsaan Gombak Setia . Keterangan mengenai diri saya adalah seperti berikut.
1.Nama Penuh: ..
2.Tahun/Tingkatan: .
3.No. S.Lahir/K.P.: ..
4.Tarikh lahir: ..
5.Nama ibubapa/penjaga:
6.Alamat tempat tinggal:
.
7.No telefon rumah:
Bersama-sama ini disertakan wang bagi tujuan berikut.
Derma keahlianRM.
Kad ahli
RM.
Lencana ahli
RM.
Sumbangan
RM.
Jumlah
RM.
Sekian terima kasih.
Yang benar,
(Tandatangan ahli)
Tarikh : ..
LAMPIRAN 20
CONTOH JAWAPAN SURAT KETIDAKHADIRAN AKTIVITI KOKURIKULUM
DARIPADA IBU BAPA
Tarikh:
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Kalumpang ,
44100 Kerling ,
Selangor Darul Ehsan.
Tuan/Puan,
PEMBERITAHUAN KETIDAKHADIRAN AKTIVITI KOKURIKULUM
Terima kasih atas surat tuan Bil.. bertarikh ..
Anak/jagaan saya .. dari tingkatan
Telah tidak menghadiri aktiviti persatuan/kelab/unit pakaian seragam . pada ..kerana
Saya akan berjumpa tuan/puan jam
pagi / petang untuk berbincang berkaitan kes berkenaan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
..
(Tandatangan ibu bapa/penjaga)
Nama: LAMPIRAN 21
CONTOH LAPORAN TAHUNANLAPORAN TAHUNAN UNIT PAKAIAN SERAGAM,
KELAB/ PERSATUAN DAN KELAB SUKAN / PERMAINAN
Nama Unit Pakaian Seragam, Persatuan/Kelab dan Kelab Sukan / Permainan : ..
Guru Penasihat :1. .....
2...
3...
Pengerusi
: ..
Naib Pengerusi:
Setiausaha
:..
Penolong Setiausaha :..
Bendahari
:.
Ahli Jawatankuasa :1.
Keahlian
:. ..Orang
Lelaki Perempuan .
Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun :
Bil
Tarikh
Aktiviti
Catatan
Pencapaian Tertinggi : ( Pertandingan,Peperiksaan, Sijil dan lain-lain )
...
..
..
Disediakan oleh :
Disahkan oleh :
..
( Setiausaha )
(Guru Pemimpin / Penasihat )
top related