senarai keperluan membina akuarium tropika
Post on 23-Jul-2015
158 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Senarai Keperluan membina Akuarium
Tropika
Peralatan Akuarium
Akuarium
Penutup
Bahan hiasan
Batuan
Pasir
Pokok hiasan
Kayu hiasan
Anti klorin
Baldi – 10 liter
Langkah –langkah membina akuarium
Penyediaan akuarium
Untuk kerja kursus ini akuarium bersaiz 1.5 kaki x 1 kaki dipilih bagi memudahkan
penyimpanan dan menjimatkan perbelanjaan bahan hiasan dalaman.
Akuarium perlu dibersihkan terlebih dahulu untuk mendapatkan pemandangan yang jelas dan
bersih daripada sebarang kotoran dan bahan yang tidak diingini.
Potong
Namun, jauhi akuarium yang tinggi dan carilah yang rendah (tinggi tidak lebih 18-24 inci)
dan juga panjang serta lebar. Ikan sebenarnya lebih suka kawasan untuk berenang dalam
akuarium panjang. Satu lagi, akuarium tinggi ni susah untuk disenggara. Bayangkan kalau
tinggi/ dalam akuarium tersebut 2 kaki atau lebih..tak ke haru sampai ke ketiak tangan dihulur
untuk samapai ke dasar dan fakta penting…akuarium yang tinggi dan mempunyai luas
permukaan yang kecik, menyebabkan kandungan oksigen terlarut di dasar amat kurang. Jadi,
buat keputusan yang tepat..Ikan hepi, anda pun hepi..=)
Stand/ kabinet
Akuarium sememangnya berat tambah lepas dimasukkan air, batu, pasir, kayu dan segala
macam lagi..pening jugak nak cari stand ni..nak beli akuarium nak letak kat mana?atas meja
nanti runtuh pulak..nak letak atas stand besi yang siap dengan akuarium nanti patah pulak
(lama kelamaan selepas karat)..lagi satu, tak percaya stand besi tuh tak kuat? pergi test kat
mana-mana akuarium di rumah kawan (lakukan secara tersembunyi..hehhehe) cuba tolak
dengan satu jari..silap-silap nampak akuarium membuai-buai selepas air berkocak..takut
tengok..apa yang anda boleh buat, sekiranya ada bajet lebih belilah yang siap
kabinet..ataupun mungkin pergi tempah kabinet di kilang perabot kecil-kecilan (harga lebih
murah)..kalau pandai bertukang, buat sendiri..
kami di Aqua Mania membuat sendiri kaki-kaki akuarium siap kabinet lagi..oklah, simple
tapi kemas dan tegap dan yang paling penting murah..kalau tak de bajet lebih dan tak pandai
bertukang, stand besi tadi adalah last option..tapi jangan lupa, bawak ke kedai besi untuk
ditamabahkan besi pengikat di kiri kanan besi serta kuatkan welding sedia ada.
Bumbung/ Penutup
Penutup akuarium standard yang dijual di kedai-kedai ikan memang dah siap dengan lampu..
Selalunya lampu jenis t5 tapi pink kaler lah…hmm, kalau nak kaler lain kenalah tukar plak
samada beli bulb lain atau try slow talk dengan tauke kedai tu kalo boley..Penutup yang
dijual di pasaran ada dua jenis iaitu plastik dan kayu. pilihan bumbung plastik walaupun
mahal sedikit tapi untuk long term amat berbaloi sebab tak akan mereput apabila terkena
percikan air akuarium dan juga juga ringan. Bumbung akuarium amat diperlukan kepada
pemilik ikan tropika yang jenis mudah melompat keluar seperti kelisa/ arowana, lampam,
jelawat dan lain-lain ikan yang mempunyai bentuk badan panjang serta tirus. Walaupun
begitu, lampu yang dipasang hendaklah dihadkan dalam tempoh 8-10 jam sahaja kerana
dikhuatiri haba terhasil daripada lampu yang terperangkap akan memberi kesan terhadap
suhu air.
Lampu
Walaupun lampu selalunya didatangkan sekali dengan penutup akuarium, namun sekiranya
anda perlukan lampu yang lebih terang ataupun untuk kegunaan akuarium planted anda boleh
buat pilihan seperti lampu High Output (HO), Very High Output (VHO), compact light,
malah juga metal halide bergantung kepada jenis atau keperluan akuarium anda. Keperluan
lampu secara detail bagi akuarium tropika akan saya terangkan pada artikel lain yang khusus.
Sistem Penapisan/ Filter
Pemilihan sistem penapisan atau filter adalah kritikal dan boleh kami katakan kejayaan
pemeliharaan ikan tropika atau marin adalah bergantung kepada sistem filter. Ini kerana, filter
yang baik bermakana kualiti air baik dan harus diingat sebenarnya apabila kita memelihara
ikan sebenarnya kita menjaga air. Kualiti air ok, hidupan akuarium pun ok jugak.Simple
kan.=). Tapi, filter macam mana yang baik?sebab bila tanya tokey kedai kompom dia akan
tunjukkan yang mahal dan kononnya terbaik..KARUTTT..sebab ramai pemilik kedai ikan di
luar sana yang tak beretika dan hanya ingin menjual barang dan kaut untung tanpa pernah
memikirkan wang, masa dan komitmen anda dalam hobi ini. Ramai tokey yang tak peduli
pun ikan-ikan anda..walaupun begitu masih ada juga segelintir yang bepengetahuan dan dapat
memberikan tunjuk ajar..Teruskan sokongan anda kepada kedai-kedai begini..banyak betul
kami melalut ni..hehhe..=)
Oklah, bagi akuarium tropika terdapat beberapa jenis filter yang anda boleh pilih. Antara
pilihan filter yang boleh dipilih adalah undergravel filter (sedikit konvensional tapi berkesan),
Hanging On Back (HOB), top filter dan yang terakhir adalah sump filter (paling terbaik cuma
kena rajin masa pasang paip dan sistem).
Sekarang anda dah mula memahami asas sedikit sebanyak. Tapi sebelum membuat
keputusan, pastikan anda hanya mencari sistem filter yang berkesan serta berbaloi dengan
wang anda. Filter yang mempunyai kadar penapisan 3-5 kali ganda bagi akuarium tropika
adalah mencukupi.Katakan anda memiliki akuarium berisipadu 100 liter jadi carilah pam
yang mempunyai kadar 300liter/hour -500 lliter/hour..dan cubalah memilih yang lebih besar
sedikit dan ianya pasti berbaloi. Ingat, mahal bukan beerti bagus dan murah pun tak
semestinya berkesan. Jadi buat pemilihan yang tepat.
Pemanas
Pemanas air? Uishh..buat apa..kan Malaysia panas..tapi sebenarnya ianya adalah untuk
menjaga kestabilan suhu air akuarium daripada terlampau sejuk selain untuk mengawal
penyebaran penyakit. Contoh: ikan discus dapat hidup dengan sihat dalam persekitaran air 30
darjah sehingga 34 darjah dan dapat bertahan sehingga 36 darjah celcius! Namun begitu tidak
semua akuarium yang memerlukan pemanas dan bergantung kepada jenis ikan serta suhu
persekitaran seperti di dalam sebuah bilik berhawa dingin..
Termometer
Termometer adalah untuk kegunaan anda dalam memerhatikan suhu akuarium kesayangan
anda supaya tidak terlampau sejuk atau terlampau panas..Terdapat pelbagai rekaan
termometer dan termometer yang ringkas, kecil dan murah sudah mencukupi. Namun begitu
terpulang kepada bajet dan rupabentuk yang anda ingini.
Lapisan Pasir/ Batuan
Lapisan pasir atau batuan dapat menambahkan kecantikan semulajadi kepada akuarium
tropika anda. terdapat pelbagai jenis batuan atau pasir termasuk yang berwarna warni dijual
di pasaran. Selain itu, lapisan pasir adalah penting abgi keberkesanan undergravel filter
sekiranya sistem penapis tersebut menjadi pilihan anda. Manakala bagi pemilihan lapisan
pasir/ batuan bagi akuarium planted, pastikan anda hanya membeli pasir/ tanah yang dijual
bagi tumbuhan akuatik dan bukannya di nursery pokok kerana kandungan yang tidak
bersesuaian serta akan mengeruhkan air.
Penyauk
Terdapat pelbagai jenama dan saiz penyauk. Bagaimanapun, pilih penyauk yang bersesuain
dengan ikan yang anda pelihara iaitu tidak telalu besar atau terlalu kecil. Penyauk yang
terlalu besar boleh menyebabkan ekor ikan emas kesayangan anda patah dan rosak serta tidak
lagi kembang cantik ketika berenang. Sauk yang terlalu kecil akan menyebabkan ikan
melompat keluar dan mungkin mencederakannya. Sekiranya anda memilih memelihara ikan
tropika yang bersisik kasar dan besar seperti lampam, arowana dan lain-lain pastikan anda
memilih penyauk berstektur kasar kerana tidak akan menanggalkan sisiknya. Bagi ikan-ikan
kecil sperti ikan guppy, mollies mahupun ikan emas yang lemah lembut pastikan anda
memilih penyauk berstektur halus supaya tidak mencederakannya. Nasihat penting daripada
kami, pastikan anda memiliki dua penyauk yang berlainan saiz supaya dapat digunakan untuk
menangkap ikan dengan lebih mudah serta tidak stress.
Dechlorinator/ Anti klorin
Anda memerlukan dechlorinator atau anti klorin untuk meneutralkan klorin terkandung
kecuali anda menggunakan air RO atau air yang disimpan terlebih dahulu semalam sambil
diberikan buih dengan pam. Anti klorin yang murah hanya dapat meneutralkan klorin
manakala yang lebih berkualiti dapat meneutralkan kloramin serta logam berat lain
terkandung dalam air paip rumah anda. Fakta penting, klorin terkandung dalam air paip
hendaklah dineutralkan kerana jika tidak akan membunuh ikan dengan meresapi insang serta
menghilangkan slime coat atau lendiran badan ikan.
Test Kits
Ramai peminat di Malaysia jarang ambil peduli tentang test kit kerana bagi mereka, letak air
dan on kan semua peralatan lepas lima minit masukkan ikan. Nampak macam tak
perlukan..dan sebab itulah ramai peminat akuarium tropika di Malaysia yang tidak berjaya.
Test kit diperlukan untuk memeriksa kadar Ammonia, Nitrit, dan juga pH. Jika boleh
dapatkan set lengkap test kit kerana lebih murah.
Paip Sifon
Paip sifon berguna ketika menyenggarakan akuarium terutama ketika membersihkan kotoran
terkumpul pada atau dalam batuan/ pasir. Sebenarnya ia amat membantu memudahkan anda
serta menjimatkan masa anda untuk membuang kotoran serta menukar air.
Pembersih magnetik
Pembersih magnetik dan pencuci cermin akuarium adalah salah satu peralatan yang penting
serta mudah untuk anda membersihkan kaca akuarium anda yang telah ditumbuhi lumut.
Baldi Air
Apabila anda memulakan hobi ini, pastikan anda memiliki satu baldi air yang murah dan tulis
Untuk Akuarium Sahaja supaya tidak bercampur dengan penggunaan rumah yang lain seperti
memabsuh pakaian dan lain-lain. Khaskannya untuk akurium kesayangan anda sahaja.
Buku Rujukan
Memiliki buku rujukan atau panduan adalah suatu pelaburan yang baik bagi memeulakan
hobi ini. Anda juga boleh melayari website-website berkaitan dengan ikan tropika atau klik
sahaja ke website ini untuk rujukan..=) Thanks..
Pokok Hiasan
Pokok hiasan samada plastik atau hidup dapat menambahkan kecantikan suasana dalam
akuarium. bagi yang gemarkan semulajdi, pemilihan pokok hiasan hidup memerlukan juga
peralatan lain seperti lampu, tanah, fertilizer dan juga tabung gas karbon dioksida (CO2).
Bagaimanapun, terpulang pada selera masing-masing.
Ikan
Akhir sekali pemilihan ikan. Pastikan anda memilih ikan yang serasi bersama dalam
akuarium. Pemilihan ikan seperti arowana yang bersifat karnivor, dominan serta agresif
sudah tentu tidak dapat dipelihara bersama ikan emas atau ikan guppy yang comel molek
kerana kelak berakhir riwayat dalam perut arowana tersebut.. .Oleh itu, kaji dahulu sifat
dn keserasian ikan-ikan yang anda minati sebelum membeli ikan. Jangan biarkan ikan baru
anda menyebabkan anda kehilangan seluruh komuniti ikan comel kesayangan anda sedia ada
nanti..
Selamat Memelihara Ikan…
Membina akuarium baru anda!
By Pengumpul | Published: October 29, 2010
Jika anda masih baru di dalam membela ikan tropika tidak perlu bimbang, anda cuma hanya
perlu lakukan mengikuti beberapa langkah ini:
Langkah 1 Pilih jenis tangki ikan yang anda inginkan. Adakah anda ingin tangki spesies tunggal?
Mungkin anda akan seperti tangki masyarakat. Baca terus untuk melihat perbezaan antara
kedua-dua jenis tank.
Single species tank: Satu akuarium yang tunggal, seperti mana anda sangkakan,
akuarium jenis ini boleh didiami dengan seekor ikan sahaja. Kebiasaannya, ikan jenis
ini adalah ikan yang tidak serasi dengan ikan yang lain.
Community tanks: Tangki komuniti adalah tangki tropika yang biasa digunakan, atau
diketahui umum. Dengan campuran ikan yang serasi antara satu sama lain, sebuah
tangki komuniti akan membuat sentuhan yang sempurna untuk rumah. Akuarium
jenis ini, bukan sahaja sedap mata memandang, tetapi ia lagi mudah untuk anda
kumpulkan jenis-jenis ikan air tawar yang lain.
Langkah 2 Sekarang saatnya untuk memilih akuarium anda. Jenis akuarium anda dapatkan terutama
bergantung pada ikan anda akan beli. Peraturan umum untuk menentukan saiz tangki adalah
“satu galon air pada satu inci ikan.” Katakanlah anda mendapatkan ikan yang lima inci
panjang, anda perlu menyediakan rumah untuknya dalam minima tangki 5 galon.
Langkah 3 Ini adalah bahagian yang menyenangkan! Saatnya untuk memilih perhiasan akuarium anda.
Perkara yang asas anda perlu tahu didalam memilih perhiasan akuarium anda ialah:
1. Berikan tanaman, ikan anda dapat menyembunyikan diri mereka.
2. Pastikan ikan mempunyai tempat tersendiri di dalam tangki akuarium tersebut.
3. Jangan mengisi terlalu banyak perhiasan di akuarium anda, jika tidak ikan anda tidak
akan punya cukup ruang untuk berenang, menyebabkan stres dan penyakit.
Langkah 4 Tentukan lokasi penempatan aquarium anda. Anda boleh menyimpannya di mana sahaja anda
mahu, tetapi tidak dihadapan atau berdekatan dengan tingkap, yang mungkin akan
mengakibatkan pertumbuhan alga di dalam tangki tersebut.
Langkah 5 Anda perlu memilih jenis tanaman yang terbaik untuk anda. Tanaman plastik (yang selamat
untuk ikan anda), dan tanaman hidup. Jika anda berminat dengan tanaman hidup, anda masih
boleh mendapatkannya dengan tanaman palsu, ada pelbagai jenis tanaman plastik keluar
sekarang.
Tanaman hidup adalah sukar untuk diuruskan(bergantung pada jenis yang anda dapatkan.).
Ada sesetengah tumbuhan hidup memerlukan penjagaan yang rapi seperti memerlukan cecair
neutral, atau baja tertentu. Biasalah, kedua-duanya ada baik dan buruknya..
Baik: Tanaman hidup dapat memberikan oksigen kepada ikan anda.
Buruk: Tanaman hidup memerlukan nutrisi khusus dan akan menyebabkan anda
terpaksa melaburkan duit poket anda untuk menjaganya.
Tanaman plastik tidak memerlukan apa-apa untuk menjaganya, dan ia masih lagi
membolehkan akuarium anda nampak sempurna.
Langkah 6 Anda perlu ada bahagian penapis. Ada beberapa sistem penapisan yang berbeza boleh dipilih,
penapis air terjun dan penapis bawah tanah.
Penapis air terjun: Penapis jenis ini adalah penapis elektronik yang di gantung di bahagian
belakang akuarium anda. Ini dapat membersihkan air di dalam tangki anda dengan menyedut
air ke tabung, disalirkan ke bahagian tertentu yang dibina khas di dalam penapis, dan
kemudian disalirkan kembali melalui span, sehingga mencipta sebuah air terjun kecil yang
mengalir kembali ke tangki. Anda harus menukar atau membersihkan penapis ini dalam
tempoh 2 bulan sekali. Anda tidak memerlukan pam udara jika anda mempunyai sistem
penapis begini.
Penapis di bawah tanah: Penapis jenis ini memakan masa. Maksud di bawah tanah adalah
selembar plastik beralun yang anda letakkan di dasar akuarium, sebelum anda memasukkan
kerikil. Penapis ini mempunyai beberapa paip kecil (bergantung pada saiz akuarium anda)
yang menempel di atas kerikil dalam ukuran “1 inchi. Anda mesti mempunyai pam angin
dan dipasang bersama-sama dengan penapis tersebut. Penapis ini akan menyedut kesemua
sampah ke paip di bahagian bawah tangki tersebut, sebelum memerangkapnya di bawah batu
kerikil anda tadi. Penapis ini bukanlah berfungsi dengan mengunakan elektronik.
Langkah 7 Sekarang masa untuk menyiapkan tangki anda:
1. Letakkan tangki di tempat yang anda cadangkan sebelum ini. Ingat! Elakkan daripada
sinaran matahari.
2. Pastikan tangki anda ditempatkan di kawasan selamat.
3. Letakkan peralatan sistem penapisan, dan pam udara .
4. Penuhkan dengan batu kerikil di bahagian bawah tangki.
5. Mulai anda anchoring tanaman dalam kedudukan. Pastikan anda memiliki mereka di
mana anda ingin tata letak yang akan.
6. Anda boleh bermula dengan menyusun tumbuhan anda didalam akuarium tersebut.
7. Meletakkan perhiasan yang lain: kayu apung, batu, dll
8. Jika anda mempunyai barang perhiasan yang memerlukan pam angin: batu
gelembung, tongkat gelembung, atau perhiasan lain yang digunakan untuk bekalan
hawa, sekarang adalah masa untuk menambahnya.
9. Letakkan mangkuk di dasar akuarium anda, sebelum menambah air. Gunakan kendi
air atau hos air untuk menambahkan air ke tangki anda. Pastikan air masuk ke dalam
mangkuk dan biarkan ia melimpah hingga mengalir ke dalam tangki anda, tujuannya
untuk mengelakkan pasir, tumbuhan atau peralatan perhiasan anda terjejas dari tempat
yang sepatutnya.
10. Keluarkan mangkuk dari tangki setelah air di tangki anda mencapai ¾ penuh. Anda
boleh meneruskan mengisi tangki selepas mangkuk telah dikeluarkan.
11. Tangki anda haruslah siap sepenuhnya sebelum anda memasukkan penapis air terjun
anda.
12. Masukkan ikan peliharaan anda ke dalam akuarium, jangan buka bungkusan ikan
terlebih dahulu! Pastikan ikan tersebut masih berada di dalam beg plastic seperti anda
mula-mula membeli di kedai ikan. Ini bertujuan kerana ingin menyuaikan ikan
tersebut berada dalam keadaaan sesuai di dalam temperature akuarium tersebut.
13. Anda boleh melepaskan ikan selepas 15 minit sudah berakhir. Jangan takut jika
mereka tenggelam ke bawah pada awalnya (mereka masih di dalam menyuaikan diri
di persekitaran baru mereka), mereka akan kembali kembali normal dalam beberapa
minit.
14. Anda tidak perlu memberi makan ikan baru anda selama 24 jam selepas anda
memasukkan mereka ke dalam akuarium.
15. Menyediakan danMenghias akuarium
16. 1. Sediakan semua aksesori tambahan akuarium
17. 2. Bersihkan akuarium dengan menggunakan spanatau gentian kapas.
18. 3. Bersihkan dan bilas bahan hiasan seperti pasir, batu dan kayu.
19. 4. Masukkan pasir, batu dan kayu buruk ke dalam akuarium dengan berhati-hati.
20. 5. Masukkan pam air ke dalam akuarium. Kemudian, pasangkan penapis
21. 6. Titiskan larutan antiklorin ke dalam akurium
22. 7. Letakkan tumbuhan akuatik atau tumbuhan tiruan ke dalam akuarium
23. 8. Letakkan dan pasangkan lampu di bahagian bawah penutup akuarium
24. 9. Hidupkan suis alat penapis dan lampu
25. 10. Akuarium yang sedia untuk dimasukkan ikan hiasan
26. 11. Memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium
27. Akuarium yang telah lengkap dipasang sangat cantik dan sesuaidiletakkan di pelbagai
sudut sebagai hiasan dalaman di rumah kita
Keperluan :
Akuarium : bersaiz sekurang-kurangnya 60 cm (lebar).
Gantikan dengan tank nano pun boleh.
Tanah : Lapisan atas : ADA Sarawak sand, ADA Soil Malaya
sand,
ADA Power Sand Special M, Unipac Zambezi sand.
Lapisan bawah ( baja ) : ADA bactar 100, Clear Super.
Penapis air : Standard ( Jenis air terjun/waterfall)
Dekorasi : Batu sungai, akar kayu 'redmoor'
Pokok : Spiky moss, Pogostemon erectus, Utricularia graminifolia,
Holoer moss, Monosolenium terenum, Staurogyne repens
Kelengkapan tambahan : Set 'Advance C02', lampu fluorecent, peralatan
aqualanscape.
--------------------------------------------
LANGKAH 1 :
28. 29.
kenal pasti tema dan layout akuarium yang diingin. Contoh seperti
di atas. Ada unsur perspektif dan penegasan. Gunakan kadbod sebagai penanda aras bagi membentuk perspektif. lepas tu,
taburkan baja ( ADA Bactar 100 & Clear Super ) di bahagian dasar akuarim. Susun dan bahagikan ruang bagi mewujudkan perspektif
dari 'atas turun ke bawah'. Di bahagian atas lapisan baja, letakkan ADA Power Sand Special M. Ratakan tanpa menekan diatas lapisan
tanah dan baja ni. Ruang yang kosong ni, tinggalkan dulu.
Langkah 2 :
30. 31.
Pasir Unipac Zambezi diratakan pada bahagian atas seperti dalam
gambar diatas. Pada tahap ni, kamu boleh tentukan berapa tinggi perspektif yang kamu inginkan. Tujuannya untuk membentuk
lapisan dan latar yang meninggi. kan cantik~
Langkah 3 :
32. 33.
Sebelum lapisan pasir yang seterusnya dimasukkan, beberapa keping kadbod perlu kita masukkan bagi menstabilkan kedudukan
setiap lapisan pasir yang telah kita masukkan sebelum ni. kala malas, gunakan lidi sate pun boleh. Tapi perlukan kuantiti yang
banyak untuk menahan posisi setiap lapisan. caranya? cucuk hingga terbenam kesemua lidi tu. Sebaiknya gunakan kadbod yang agak
tebal.
Langkah 4 :
34. 35.
Pasir ADA Soil Malaya dimasukkan. Ok, ketinggian penting jika nak
ditonjolkan pada langkah ni. Tujuan kita gunakan pasir ni, bertujuan untuk memberikan nutrien tambahan kepada akar pokok.
Takde pun takpe. Tapi kurang natural lah.
Langkah 5 :
36. 37.
38.
Langkah seterusnya, ADA soil malaya gred halus diratakan pada
bahgaian paling atas. Gred halus ni didatangkan dalam bentuk serbuk. Bersesuaian dengan akar2 pokok yang halus seperti spesis
riccia. kelebihannya, mampu memegang akar pokok yang lebih kecil. nak gantikan dengan pasir kosmetik macam aragonite, pakcik
tak cadangkan.
Langkah 6 :
39. 40.
Pasir ADA Sarawak dimasukkan pada bahagian yang kosong tadi,
bagi menampakkan penegasan kesan pasir. lihat! kan cantik ;) tapi pastikan ia tak terlalu tinggi sebab kita tak mahu bahagian dasar ni
terlalu 'menonjol'. Nanti 'feel' perspektif tumenjadi kurang menarik.
Langkah 7 :
41.
42.
Penting ! pada tahap ni, kita perlu masukkan lagi beberapa keping
kadbod/ lidi sate pada setiap sudut. Ini bertujuan untuk menahan setiap lapisan pasir dan berat beban dari dekorasi yang kita dah
pilih. tapi kalau driftwood yang kita pilih adalah ringan, tak perlu banyak sangat kadbod/lidi sate. Batu riccia di letakkan kat
sempadan pasir ADA Sarawak ( Langkah 6 ) tadi, juag bertujuan yang sama seperti diatas.
Langkah 8 :
43. 44.
Pada saat ini, masa untuk kamu menguji kretiviti kamu dengan menyusun dekorasi kayu redmoor mengikut kesukaan. Tapi
sebelum tu, sila rendam sikit2 je kayu tu dalam air. Bukan DIBASUH. Penting, lokasi dan bahan yang dipilih untuk
menyokong struktur sokongan kayu tu penting, kerana tekanan dalam air akan memberikan kesan bila dah siap; Kecuali bagi tangki
yang kurang dari 20 cm (tinggi).
Langkah 9 :
45. 46.
Batuan perbagai saiz, seperti batu sungai, dimasukkan. Untuk dapatksn inspirasi, lihat bagaimana batuan disungai tersusun.
jangan susun 'main cincai' je sebab masa kita dah letakkan kayu
redmoor nanti, lapisan tanah akan 'turun'.
Langkah 10 :
47. 48.
Kayu redmoor yang sudah siap dibasuh (bukan dibasuh guna sabun peluntur) diletakkan. Dan susun mengikut kehendak kamu. Nak
tahu cantik atau tak sususan perspektifnya, lihat dari setiap sisi cermin akuarium.
Langkah 11 :
49.
50.
Isikan tangki dengan air. Seelok-eloknya, air bertapis (water filter).
Kalau nak isikan akuarium ni dengan ikan, jangan lupa campurkan ubat anti-klorin. Sesetengah penapis air, sudah tersedia bahan anti-
klorin didalamnya. Jadi tak eprlu risau. oh ya! Ketika nak isikan air, pastikan ia bukan dituang secara terus keatas lapisan
tanah/dekorasi. Gunakan pinggan/bekas air kecil sebagai alas ketika menuang atau gunakan tangan jika malas (pastikan tangan
adalah bersih). Untuk hasil yang memuaskan, tutup lapisan tanah dan dekorasi seperti gambar kat atas.
Langkah 12 :
51. 52.
Ketika ini, batu yang lebih berat ditindih pada kayu redmoor bagi memastikan ia tidak bergerak. Supaya beratnya selari dengan
tekanan dalam tangki akuarium. Dan bila air dah penuh, kena biarkan dalam satu tempoh untuk memastikan kandungan amonia
adalah terkawal. disini ada 2 cara.
1) Jalankan fungsi penapis air untuk akuairum dan biarkan tangki tersebut selama beberapa minggu. paling baik, 3 minggu. Ini
bertujuan untuk mengawal paras ammonia dalam air dan juga
untuk membentuk koloni bakteria berguna dalam water filter tu.
2) Masukkan chip ammonia (dijual dikedai akuarium) ke dalam
ruang penapis air yang sedia ada, dan biarkan akuarium selama 1
hari. Ni cara paling cepat. Tapi pada masa ni, koloni bakteria masih belum stabil.
Langkah 13 :
53. 54.
Peralatan aqualanscaping digunakan sebagai persediaan akhir. Beli
mana-mana pokok yang diingini bagi menghiasi ruang dalam
akuarium. perlu diingat. pokok yang tenggelam didasar,
memerlukan pencahayaan yang cukup. kalau kamu memilih pokok
seperti pokok teratai dan kiambang yang terapung, ini akan.
menghalang proses fotosistesis di bawah air.
untuk tujuan aqualanscaping, pakcik akan buka tutorial baru.
Sekarang dah macam buat kertas karangan berperingkat-peringkat.
(^^,)/
Gambar, hasil perkongsian enche James Findley
top related