semangat kejiranan
Post on 22-Dec-2015
227 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Tajuk: Semangat Kejiranan
SEMANGAT KEJIRANAN
Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan
sekalian.Assalamualaikum w. b. t.Tajuk pidato saya pada hari yang mulia ini ialah ‘Semangat Kejiranan’.
Hadirin sekalian,
Jiran ialah sekelompok masyarakat setempat yang tinggal berhampiranantara satu dengan lain.
Jiran diibaratkan sebagai saudara kandung tempat kita mengadu tatkala berada dalam kesusahan atau hendak mengadakan
majlis keramaian. Jiran yang baik ibarat Cubit peha kiri ,Peha kanan pun terasa’ amat sukar ditemui. Semangat kejiranan
wajar dipupuk kerana melaluinya kita dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.
Hal ini dapat dilaksanakan melalui budaya ziarah-menziarahi semasa perayaan besar seperti Sambutan Hari Raya, Tahun Baru
Cina atau Deepavali. Selain itu kita juga boleh berkunjung ke rumah jiran ketika mereka mendapat musibah atau sakit.
Kunjungan kita ke rumah jiran mungkin dapat melegakan penderitaan yang mereka alami dan secara tidak langsung
mengeratkan hubungan silaturahim.Semangat kejiranan juga berupaya mewujudkan masyarakat yang prihatin. Hal
ini boleh terjadi seandainya jiran tetangga saling mengambil berat di antara satu denganlain. Hubungan yang terjalin akan
memudahkan kita untuk meminta bantuan ketika dalam kesusahan. Selain itu, kita juga boleh mengharapkan jiran
memerhatikan rumah kita semasa kita pulang ke kampung atau pergi melancong. Pada masa yang lain mungkin kita pula
akan dipinta oleh mereka untuk berbuat perkara yang serupa.
Semangat kejiranan yang dipupuk juga memudahkan tugas yang besar dilaksanakan secara bergotong-
royong. Apabila hubungan sesama jiran sudah menjadi akrab sesuatu tugas yang berat dan besar seperti membersihkan
kawasan kampung atau perumahan dapat dilaksanakan secara bersama-sama tanpa sebarang masalah. Justeru, tugas yang
berat menjadi mudah laksana hati kuman sama dicecahhati gajah sama dilapah. Lantas suasana yang harmoni dapat dibentuk
dalam masyarakat. Kesimpulannya, semangat kejiranan wajar dipupuk dalam masyarakat kita agar masyarakat dapat hidup
dalam keadaan harmoni. Sekiranya hal ini dapat dilakukanmaka akan tercapailah cita-cita negara untuk membentuk
masyarakat yang bersatupadu dan penyayang. Sekian ,terima kasih.
top related