rph bm thn 2.docx
Post on 20-Dec-2015
320 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Matapelajaran : Bahasa Malaysia
Kelas/Masa : 2 Maju/ 7.30 pagi-8.30 pagi
Tema : Kemasyarakatan
Tajuk : Gotong-royong
Standard Pembelajaran : 2.3.2
Objektif : Di akhir pembelajaran murid dapat
1) Membaca pelbagai jenis ayat dengan lancar.2) Membaca kuat dialog dengan intonasi dan tanda baca yang betul
Aktiviti : 1) Guru mempamerkan gambar aktiviti bergotong-royong
2) Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar yang dilihat.
3) Guru mengedarkan petikan teks kepada murid.4) Murid membaca kuat petikan dialog yang diberikan dengan bimbingan
guru.5) Murid membaca secara kelas,kumpulan dan individu dengan sebutan
dan intonasi yang betul.6) Guru berbincang dan meminta murid memberikan pendapat mereka
tentang petikan dialog yang dibaca.7) Melengkapkan ayat yang diberi dengan jawapan yang sesuai pada
lembaran kerja.
EMK : Ilmu : Pendidikan Moral
Nilai : Kerjasama
TMK : Kreativiti dan inovasi
BBB : Petikan,lembaran aktiviti,gambar
Penilaian P & P : Murid memahami dialog yang dibaca
Refleksi :________orang murid dapat menguasai kemahiran._______diberi bimbingan.
Tajuk : Gotong-royong di Balai Raya
Ravi : Kamu berdua hendak ke mana,Izham,Richard?Mengapakah kamu berdua
membawa sabit dan penyapu?
Izham : Oh,awak rupanya, Ravi.Saya ingatkan siapa tadi.Kami berdua hendak ke
balai raya.Awak sudah lupakah Ravi?Hari ini taman perumahan kita akan
mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan taman perumahan
kita.Sebab itulah kami membawa penyapu dan sabit ini.
Richard : Semua penduduk taman perumahan ini diwajibkan menyertai aktiviti ini.
Ravi : Nasib baik kamu berdua mengingatkan saya.Kalau begitu marilah kita pergi
bersama-sama.
Richard dan Idham : Marilah.
Lengkapkan ayat di bawah dengan jawapan yang betul.
1. Gotong-royong itu diadakan di___________________.
2. Alatan yang digunakan semasa gotong-royong ialah _________________dan_______________.
3. Jumlah orang yang terlibat dalam dialog diatas ialah_____________orang.
4. ____________________wajib menyertai gotong-royong tersebut.
5. Nama budak yang terlibat dalam dialog di atas ialah_______________,_____________dan__________________.
top related