pusat tuisyen didikan genius program bahasa melayu sekolah ... · sang siput pun bertanya, "kancil,...
Post on 12-Feb-2021
12 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest
Ulang Kaji I
Set A
SR3B
Nama : ____________________________
-
Markah Kuiz Komputer
Minggu Tarikh Tatabahasa
(%)
Perbendaharaan Kata (%)
Peribahasa
(%)
Lain-lain
1
2
3
4
5
-
Kertas 1 (Pemahaman)
Bahagian A (20 Markah)
A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Ramai _____ yang datang untuk menyaksikan pertunjukan ular
sempena Pameran Antarabangsa Makanan Tradisional Malaysia.
A. pengunjung C. pemastautin
B. pendatang D. pedagang
2. Pusat beli-belah yang terkenal itu telah mengadakan jualan
murah beg tangan yang diperbuat _____ kulit buaya.
A. semenjak C. kerana
B. daripada D. walaupun
3. " _____ hendak berpesan agar semua rakyat berganding bahu
demi menjamin keselamatan negeri ini," titah Sultan Ahmad
Syah.
A. Tuanku C. Beta
B. Hamba D. Patik
Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B-A 1
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
4. Walaupun usia datuk telah tua, namun dia begitu gigih _____
sawahnya dengan kerbau peliharaannya.
A. membajak C. memelihara
B. menolak D. membanting
5. Peragawati yang cantik jelita itu mempunyai pinggang yang
_____ seperti kerengga.
A. gedempol C. sendat
B. sempit D. ramping
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.
6. Syam dan Syamil adalah pasangan kembar tetapi _____
mempunyai perwatakan yang amat berbeza.
A. kalian C. beliau
B. mereka D. kami
Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.
7. Haziq, Halimah dan Haziqah begitu gembira dengan layanan
_____ yang diberikan oleh datuk mereka.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B-A 2
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
A. akrab C. mesra
B. setia D. manis
8. Desmond tidak dibenarkan oleh ibunya menyertai rombongan ke
Melaka. _____, dia bertekad untuk memujuk ibunya supaya
membenarkannya pergi.
A. Di samping itu C. Namun begitu
B. Oleh sebab itu D. Selain itu
9. Puan Marlia memasukkan beberapa _____ garam ke dalam kari
ikan yang sedang dimasak olehnya.
A. genggam C. biji
B. butir D. cubit
Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.
10. Apabila mendapat khabar tentang kematian ibunya, air
mata Laili _____ tanpa henti sambil menahan esakan tangisnya.
A. bercucuran C. berlimpahan
B. mengalir D. berhamburan
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B-A 3
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.
11. _____ menunggu datuk pulang dari kebun, Nek Habsah
menganyam tikar mengkuang di bawah pokok yang rendang itu.
A. Jikalau C. Apabila
B. Sementara D. Setelah
12. Kata-kata penghinaan yang dilemparkan kepadanya oleh
ibu tirinya membuatkan hati Melissa menjadi _____ .
A. kusut-masai C. haru-biru
B. calar-balar D. remuk-redam
Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.
13. Dalam kejohanan olahraga peringkat sekolah baru-boru ini,
Jayanthi telah dipilih sebagai _____ kerana berjaya
memecahkan rekod dalam acara lompat jauh.
A. peragawati C. olahragawan
B. seniwati D. olahragawati
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B-A 4
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
14. "Ibu tidak mahu kamu berkawan dengan budak-budak
nakal itu," kata Puan Nancy kepada anak lelakinya.
A. Puan Nancy melarang anak lelakinya berkawan dengan budak-
budak nakal itu.
B. Anak lelaki Puan Nancy melarang ibunya berkawan dengan
budak-budak nakal itu.
C. Budak-budak nakal itu tidak mahu berkawan dengan anak
lelaki Puan Nancy.
D. Puan Nancy melarang budak-budak lelaki itu berkawan
dengan anaknya yang nakal.
15. Selepas makan, kakak saya membasuh pinggan mangkuk
sampai bersih sebelum masuk tidur.
A. Kakak saya masuk tidur sebelum membasuh pinggan mangkuk
sampai bersih selepas makan.
B. Sebelum masuk tidur, kakak saya akan membasuh pinggan
mangkuk sampai bersih selepas makan.
C. Selepas selesai makan, kakak saya akan masuk tidur sebelum
membasuh pinggan mangkuk.
D. Pinggan mangkuk akan dibasuh oleh kakak sampai bersih
sebelum masuk tidur.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B-A 5
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Pilih ayat yang betul.
16. A. Semua penonton bertepuk tangan kerana pesona dengan
Persembahan penyanyi itu.
B. Ibu saya ialah yang pakai baju kebaya warna biru dan
berselendang putih.
C. Wak Karman menunggang basikal untuk pergi ke kedai
berdekatan rumahnya.
D. Surat pada rakan saya ini akan saya balas beberapa
lama lagi.
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Buluh tergolong dalam keluarga Gramineae, iaitu sekeluarga
dengan jenis rumput termasuklah rumput-rampai, padi, jagung dan
gandum. Lebih tepat lagi buluh berada di bawah sub-keluarqa
Bambusoideae. Manakala sub-keluarqa ini mengandungi genus-genus
seperti Bambusa, Dendrocalamus dan lain-lain lagi.
Buluh sering didapati hidup subur di dalam hutan lembap tropika
khususnya di kawasan-kawasan berhampiran lembah sungai, di tanah
pamah dan di atas permatang, di dalam belukar, di kawasan-kawasan
hutan yang telah musnah dan terbiar akibat aktiviti pertanian pindah,
pembukaan tanah untuk pertanian dan juga pembalakan.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B-A 6
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Di dalam hutan di Malaysia dan juga di negara-negara tropika
yang lain sering dijumpai buluh tumbuh menegak serta berumpun-
rumpun seperti Gigantochloa spp, dan Bambusa spp. Buluh hidup subur
di kawasan yang mempunyai saliran yang baik khususnya pada tanah
pasir peroi sehingga ke tanah liat peroi. Di samping itu tanah berasid
khususnya yang mempunyai keasidan pada tahap pH 5.0 - 6.5 adalah
paling sesuai bagi tanaman buluh. Semasa pemilihan kawasan untuk
penanaman buluh selain daripada ciri-ciri di atas, faktor yang
terpenting yang perlu diambil kira ialah sumber air untuk penyiraman.
Air amatlah penting di peringkat awal selepas penanaman.
Terdapat lebih kurang 12 spesies yang biasa digunakan untuk
tujuan komersial. Lima (5) spesies ditanam dan hanya terdapat di
sekitar kawasan kampung dan selebihnya hidup liar di tepi sungai, di
kawasan hutan yang telah dibalak dan di sepanjang sungai. Didapati
tujuh (7) spesies buluh yang hidup liar boleh diambil rebungnya
seperti jadual di bawah.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B-A 7
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
17. Buluh tergolong dalam keluarga apa?
A. Gramineae
B. Paku pakis
C. Mengkuang
D. Kelapa sawit
18. Pernyataan berikut adalah benar tentang tempat di mana
buluh dapat tumbuh dengan subur kecuali…
A. kawasan berhampiran lembah sungai
B. kawasan tepi pantai
C. tanah pamah
D. dalam belukar
19. Apakah faktor terpenting yang perlu diambil kira semasa
pemilihan kawasan penanaman buluh?
A. berdekatan dengan sistem perhubungan
B. bentuk muka bumi tanah tinggi
C. saiz kawasan penanaman
D. sumber air untuk penyiraman
20. Nyatakan dua jenis buluh yang boleh diambil rebung dan
batangnya.
A. Buluh Semantan dan Buluh Beti
B. Buluh Beting dan Buluh Tumpat
C. Buluh Minyak dan Buluh Semeliang
D. Buluh Semantan dan Buluh Dinding
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B-A 8
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Bahagian B (30 Markah)
Soalan 21 (4 markah)
Isikan kata hubung yang paling sesuai pada tempat kosong dalam
petikan di bawah.
__________ sekian lama menunggu, akhirnya Sang Kancil pun
muncul dengan tercungap-cungap. Semua penghuni hutan hairan. Lalu
Sang Siput pun bertanya, "Kancil, kenapa kamu nampak tercungap-
cungap sahaja?" Sang Kancil tidak menjawab malah matanya terkebil-
kebil merenung setiap haiwan yang berada di hadapannya.
__________ Sang Arnab menghampiri Sang Kancil sambil mengusap-
usap belakang Sang Kancil. Tiba-tiba Sang Kancil menangis teresak-
esak. Akhirnya, Sang Kancil membuka mulut memberitahu
__________ dia hampir menjadi mangsa Sang Harimau.
__________ mendengar penerangan Sang Kancil, semua haiwan yang
hadir melahirkan rasa marah mereka kepada Sang Harimau.
Setelah bahawa Seketika Apabila
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B-A 9
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
(2 markah)
Ayat tanya:
_______________________________________________
_______________________________________________
Jawapan: Punca yang menyebabkan banjir kilat kerap berlaku
ialah pembangunan yang tidak terancang di kawasan bandar.
b. Tulis dialog yang sesuai bagi situasi yang terdapat dalam
gambar di bawah.
_______________________________________________________
_______________________________________________________
(2 markah)
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B-A 10
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Tuliskan perumpamaan yang sesuai berdasarkan gambar di atas.
_______________________________________________________
_______________________________________________________
(2 markah)
Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang diberikan.
Haruan (Channa Striatus), spesies suka menyendiri memilih
kawasan berpaya, parit atau sawah padi sebagai habitat. Haruan
mudah dikesan terutama di kawasan semak berair cetek.
Masyarakat Cina begitu taksub dan amat menggemari spesies ini
khususnya dalam bidang perubatan. Hal ini berikutan hasil
penyelidikan yang mendapati dagingnya mengandungi asid arakidonik
yang dikatakan mampu menyembuhkan luka dalaman dengan cepat
malah kaya dengan kandungan protein serta asid amino yang
diperlukan untuk pertumbuhan badan.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B-A 11
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Haruan dikelaskan sebagai karnivor. Oleh sebab itu, haruan
menjadikan anak-anak ikan kecil, berudu, udang dan juga cacing
sebagai dietnya. Ketika memburu haruan sering menyelinap di celah
rumput tebal dengan mendiamkan diri sebelum menyerang mangsa.
Paling menarik, haruan hanya memakan ikan hidup. Spesies ini lebih
selesa dengan air yang mempunyai keseimbangan pH 7. Hal ini
bermakna, ia lebih selesa berada pada tahap air sedikit masam
bercampur kelat. Haruan suka berada dalam air yang berliat. Haruan
tidak suka berada di kawasan terdedah matahari. Justeru, ia lebih
gemar bersembunyi di tempat teduh dan terlindung. Tidak hairan ia
lebih selesa berada di kawasan bersuhu sejuk dengan suhu air sekitar
26 darjah celsius.
Haruan sering menjadi buruan ramai berikutan ia mempunyai
nilai komersial dan khasiat perubatan. Bagi menjamin sumber terus
berkekalan, kaedah pemburuan secara berhemah perlu diterapkan.
Kaedah menangkap ikan menggunakan renjatan elektrik, racun, tuba
atau bahan letupan adalah dilarang. Kaedah buruk ini menyumbang
pada kepupusan baka ikan itu dan memusnahkan ekosistem sama
sekali.
Bagi mereka yang menggemari menu ikan haruan sebagai
hidangan, pelbagai jenis masakan berasaskan haruan dapat dimasak.
Bagi orang Melayu, haruan masak lemak cili api bercampur daun
kesom begitu digemari. Bagi masyarakat Cina pula, sup ikan haruan
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B-A 12
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
bercampur rempah perubatan dan haruan kukus amat popular.
Sesetengah pengamal perubatan tradisional juga percaya menelan
anak ikan haruan hidup yang masih merah mampu menyembuhkan
penyakit selain membantu menguatkan pengaliran darah.
a. Nama lain bagi Haruan ialah ____________________ .
(1 markah)
b. Mengapakah haruan dikelaskan sebagai karnivor?
_______________________________________________
_______________________________________________
(2 markah)
c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh. (2 markah)
Hasil penyelidikan mendapati dagingnya mengandungi
asid arakidonik yang dikatakan mampu menyembuhkan
luka dalaman dengan cepat.
Kaedah pemburuan yang disarankan ialah menggunakan
renjatan elektrik atau bahan letupan supaya hasil
tangkapan adalah banyak.
Ketika memburu ia sering menyelinap di celah rumput
tebal dengan mendiamkan diri sebelum menyerang
mangsa.
Hasil penyelidikan mendapati dagingnya mengandungi
sejenis kuman yang mampu melumpuhkan sistem saraf
manusia.
BETUL
SALAH
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B-A 13
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang diberikan.
Candat ialah istilah bagi menangkap sotong. Terdapat beberapa
jenis candat seperti candat twist, candat udang dan candat umpan.
Setiap kali turun ke laut, kita memerlukan paling kurang dua
kombinasi mana-mana jenis candat. Kadangkala sotong tidak mahu
memegang candat-candat tertentu.
Faktor-faktor keberkesanon mencandat banyak bergantung
kepada kejernihan air, kekuaton arus, suhu air laut, kemasinan air
laut, keamatan cahaya lampu, keamatan cahaya bulan, cara henjutan
candat, nafsu makan sotong dan yang paling penting ialah jumlah
sotong yang berkumpul di dalam laut. Penggunaan candat berbeza
memberikan peluang kepada pencandat untuk mendapatkan hasil yang
lebih.
Salah satu keistimewaan sotong adalah simpanan dakwat
hitamnya sebaqai senjata untuk mempertahankan dirinya. Pancutan
dakwat hitam akan terhasil sekiranya diancam oleh musuh. Jika
terkena mata, ia akan mengakibatkan pandangan kita menjadi kabur
untuk beberapa minit. Dalam tempoh berkenaan sotong sudah mampu
untuk melarikan diri dari musuhnya. Ada spesies sotong yang mampu
mengawal pancutan dakwatnya untuk dilepaskan sedikit demi sedikit
secara berulang-ulang.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B-A 14
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Menurut saintis, sotong merupakan satu spesies yang boleh
digunakan sebagai penunjuk kepada kualiti air laut. Kawasan yang
mengandungi sotong menunjukkan kualiti air di kawasan berkenaan
odalah baik. Sotong hidup secara berkumpulan dan berpindah randah.
Sotong akan mengikuti pola pergerakan makanannya. Ia akan berhenti
di kawasan yang selamat dan mempunyai makanan yang cukup.
a. Perkataan candat seperti dalam petikan boleh juga dinyatakan
sebagai?
_______________________________________________
_______________________________________________
(1 markah)
b. Mengapakah pencandat perlu menggunakan candat yang
berbeza-beza?
_______________________________________________
_______________________________________________
(2 markah)
c. Apakah kesannya terhadap kita jika terkena pancutan dakwat
hitam sotong?
_______________________________________________________
_______________________________________________________
(2 markah)
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B-A 15
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
d. Bersetujukah kamu bahawa sotong dapat menjadi petunjuk
kualiti air laut? Mengapa?
_______________________________________________
_______________________________________________
(3 markah)
Soalan 25
Teliti gambar di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang diberikan.
a. Berapakah harga baju pakej A yang perlu dibayar selepas
potongan?
_______________________________________________
_______________________________________________
(2 markah)
b. Baju dalam pakej C diperbuat daripada _____________ ?
(1 markah)
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B-A 16
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
c. Berdasarkan petikan atur cara di atas, tandakan (√) jika betul
dan (x) jika salah.
d. Nyatakan bilakah baju dalam pakej B ini sesuai dipakai.
Mengapa? (3 markah)
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B-A 17
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Kertas 2 (Penulisan)
Bahagian A (10 Markah)
Gambar di bawah menunjukkan beberapa aktiviti ekonomi yang
dijalankan oleh manusia. Tulis lima ayat tentang suasana dalam
gambar dengan lengkap.
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B-A 18
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Bahagian B (15 Markah)
Gambar di bawah menunjukkan situasi kemalangan yang melibatkan
sebuah kereta. Dua orang mangsa yang tercedera. Tulis satu ulasan
tentang gambar tersebut dalam bentuk perenggan. Panjangnya ulasan
kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B-A 19
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Bahagian C (25 Markah)
Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab hanya satu soalan sahaja.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah
perkataan.
Soalan 1
Kamu telah menyertai satu pertandingon syarahan sempena Kempen
Keselamaton Jalan Raya anjuran Kelab Keselamatan Jalan Raya
sekolah kamu. Tajuk syarahan kamu ialah "Cara-cara Menjaga
Keselamatan Di Jalan Raya". Tulis sebuah syarahan tentang "Cara-
cara Menjaga Keselamatan Di Jalan Raya" dengan lengkap.
ATAU
Soalan 2
Televisyen ialah media elektronik yang penting pada masa kini. Setiap
rumah di negara ini mempunyai sekurang-kurangnya sebuah
televisyen. Pengaruh televisyen amat kuat dengan pelbagai rancangan
dan cerita yang dipaparkan. Walau bagaimanapun terdapat kesan baik
dan buruk rancangan yang dipaparkan itu.
Berdasarkan pada pernyataan di atas, tulis sebuah karangan yang
bertajuk "Keburukan Televisyen Kepada Pelajar" dengan lengkap.
Program Bahasa Melayu Edubest - Set Ulang Kaji I SR3B-A 20
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my
top related