psikologi sosial tingkah laku prososial

Post on 22-May-2015

368 Views

Category:

Education

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Tingkah Laku Prososial

Perlakuan prososial:

Tindakan yang membantu/memberikan faedah kepada orang yang dibantu tanpa mendatangkan keuntungan kepada individu yang membantu

Mengapa ketika dalam kesukaran/kecemasan muncul individu yang tidak dikenali untuk membantu

Altruism – sikap tidak mementingkan diri dan mengambil berat tentang orang lain

Heroism – tindakan berani tanpa mengira risiko bagi mencapai matlamat sosial

Empati – respons afektif dan kognitif terhadap emosi distres individu lain – meletakan diri di tempat individu tersebut

Adakah kerana kehadiran ramai orang pada situasi kecemasan bermakna banyak bantuan yang bakal diberikan?

- kesan pembahagian tanggungjawab – tanggungjawab dikongsi bersama

- kesan pemerhati – kebarangkalian wujud sifat prososial bergantung kepada bilangan pemerhati yang ada

- kesan implisit pemerhati – penurunan tindakan membantu kerana berada dalam kumpulan

Lima langkah untuk membantu atau tidak:

a. Sedar atau tidak sesuatu berlaku

b. Mengesahkan sesuatu kecemasan berlaku

c. Memastikan ianya tanggungjawab kita untuk membantu

d. Memastikan mempunyai pengetahuan atau kemahiran untuk membantu

e. Membuat keputusan untuk membantu

Faktor yang mempengaruhi tindakan untuk membantu atau tidak membantu:

- membantu orang yang kita suka

- membantu mereka yang mirip kita – bahasa, telo dsb

- membantu mereka yang bukan menyebabkan masalah itu berlaku

- pendedahan kepada tingkah laku prososial akan meningkatkan sikap prososial

Motivasi perlakuan prososial:

a. rasa seronok dapat membantu

b. membantu dapat mengurangkan emosi negatif

c. membantu satu pencapaian

d. menjadi darah daging - genetik

Kesimpulan:

Memahami tentang proses, kesan dan asas tindakan prososial – memberi kefahaman kepada kita tentang kewujudan sifat dan

sikap prososial dalam masyarakat.

top related