preliminary estimate.pdf

Post on 08-Dec-2015

154 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Kaedah Isipadu Bangunan Anggaran kos sesebuah bangunan diperoleh dengan mendarabkan anggaran isipadu bangunan dengan kadar harga yang sesuai. Cara memperoleh kadar harga adalah sama seperti Kaedah Keluasan Lantai dan Kaedah Unit dan diberi dalam bentuk kos per meter padu bangunan.

Kaedah Keluasan Lantai Anggaran kos sesebuah bangunan diperoleh dengan mendarabkan keluasan kasar lantai bangunan dengan kadar harga yang sesuai. Kadar harga ini didapati hasil daripada analisis yang dibuat ke atas kos bagi bangunan yang sama dalam bentuk kos per meter persegi keluasan lantai. Pelarasan sewajarnya hendaklah dibuat ke atas kadar harga sekiranya bangunan yang dicadangkan berbeza dari segi jenis pembinaan, saiz, bentuk dan sebagainya berbanding dengan bangunan yang dianalisis.

Kaedah Unit Anggaran kos sesebuah bangunan diperoleh dengan mendarabkan anggaran bilangan penghuni atau pengguna bangunan tersebut dengan kadar harga yang sesuai. Kaedah ini sesuai digunakan untuk membuat anggaran kos bangunan yang saiz dan rekabentuknya banyak ditentukan oleh bilangan penggunanya seperti sekolah, asrama, hospital, masjid dan sebagainya. Cara memperoleh kadar harga adalah sama seperti Kaedah Keluasan Lantai dan kadar harga ini diberi dalam bentuk kos per pengguna bangunan.

Kaedah Tutupan Tingkat Anggaran kos sesebuah bangunan diperoleh dengan mengira keluasan dinding, lantai dan bumbung bangunan. Setiap komponen bangunan ini diberikan pemberat di mana kerja yang lebih sukar dan melibatkan kos pembinaan yang lebih tinggi diberikan pemberat yang lebih tinggi. Jumlah keluasan komponen ruang ini didarabkan dengan kadar yang sesuai untuk memperoleh anggaran kos bangunan berkenaan. Cara memperoleh kadar harga adalah sama dengan kaedah-kaedah lain dan diberikan dalam bentuk kos per meter persegi keluasan komponen penutupan.

• Kaedah Kepungan @ Enclosed Storey ialah kaedah anggaran yang mengambil kira perubahan-perubahan rekabentuk pelan dan tinggi tingkat bangunan. Sama seperti keluasan lantai, cuma ia ditambah dengan keluasan dinding luar dan bumbung dengan nilai pemberat @ weightage bagi melambangkan keadaan sebenar rekabentuk. Contoh pengiraan kaedah ini adalah merujuk kepada contoh berikut:

• Kebaikan daripada menggunakan kaedah ini ialah lebih tepat berbanding 3 kaedah yang dinyatakan tadi dan telah mengambil kira faktor rekabentuk.Ia juga boleh menunjukkan kos bagi keputusan rekabentuk yang berlainan diperingkat awal proses rekabentuk. Manakala keburukannya, ialah data harga lepas sukar diperolehi dan ia tidak mengambil kira iatem-item asing seperti external works dan kerja-kerja piling.

Kaedah Kuantiti Nilaian Hampir Pengukuran kuantiti secara kasar dibuat untuk kerja yang terlibat bagi sesebuah bangunan. Kuantiti untuk setiap kerja yang diukur ini didarabkan dengan kadar harga yang sesuai untuk memberikan kos kerja tersebut. Cara ini dapat menghasilkan anggaran kos yang lebih tepat berbanding pengunaan kaedah-kaedah yang lain. Bagaimanapun, cara ini mengambil masa yang lebih lama dan hanya boleh digunakan jika maklumat yang diperlukan seperti lukisan dan spesifikasi kerja dapat disediakan.

top related