praktis mengenal pasti media

Post on 25-May-2015

23.474 Views

Category:

Education

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Praktis kenal pasti media kertas pengajian am 900/4 stpm

TRANSCRIPT

LatihanMengenal pasti Media

Catatan : Pelajar perlu meneliti kata kunci dalam arahan

soalan dalam menentukan bentuk jawapan (media) yang tepat.

1. Berdasarkan maklumat yg diberikan dlm petikan di bawah,

sediakan graf yg sesuai utk menunjukkan pola perubahan permodalan pasaran syarikat-syarikat yg dipilih dlm Pasaran Saham Kuala Lumpur.( 2000)

2. Berdasarkan maklumat yg diberikan di bawah, sediakan graf yg

menunjukkan keadaan turun naik petunjuk-petunjuk penting di Papan

Pertama Bursa Saham KL bagi tempoh tahun 1990 dan tahun 1995.(1998)

3 .Dengan berdasarkan maklumat yg diberikan dlm petikan di bawah ini, sediakan graf bar yg sesuai utk menunjukkan jumlah guna tenaga mengikut pekerjaan dan kumpulan etnik pd

tahun 1990 dan tahun 1995. ( 1996)

4. Dengan menggunakan maklumat yg disediakan dlm petikan di

bawah ini, sediakan sebuah graf bar yg sesuai utk menunjukkan kelahiran hidup

mengikut berat kelahiran, kumpulan etnik dan jantina bayi bagi Semenanjung

Malaysia pada tahun 1990. ( 1995)

5 Berdasarkan maklumat yg diberikan dalam petikan di bawah,

sediakan graf bar yang sesuai utk menunjukkan peratusan

perubahan kekosongan jawatan baru di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Julai 1998 dan Januari hingga Julai 1999.(2004)

6.Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang

sesuai untuk menunjukkan kadar perubahan bilangan kes kebakaran mengikut punca dari

tahun 1996 hingga 2000.(2003)

7. Dengan menggunakan maklumat yang diberikan di bawah ini, sediakan sebuah graf bar

yang sesuai utk menunjukkan kuantiti eksport tiga komoditi utama antara tahun 1989 hingga

tahun 1992. Pada gambar rajah yang sama, tunjukkan juga jumlah pendapatan eksport tiga

komoditi utama itu bagi tempoh yang dinyatakan, dengan menggunakan graf garis.

(1994 )

8. Dengan menggunakan maklumat yang diberikan dlm petikan di bawah, sediakan graf garis yang sesuai untuk menunjukkan jumlah pengambilan pelajar bagi kursus-kursus sains dan teknik pada peringkat ijazah di institut

pengajian tinggi tempatan bagi tempoh 1975-1995, dan juga menunjukkan pengambilan pelajar bagi setiap jenis kursus dalam tempoh itu sebagai komponen jumlah pengambilan tersebut. (1993)

9. Dengan menggunkan maklumat yg diberikan di dalam petikan bawah, sediakan graf bar yang menunjukkan bilangan kes jenayah perdagangan yang dilaporkan kpd pihak polis, bilangan orang yg ditangkap dan bilangan mereka yang didakwa di mahkamah kerana terbabit dalam pelbagai kesalahan jenayah tersebut di antara tahun 1985 hingga 1989. ( 1991)

10. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan nilai jaminan kredit

yang diberikan oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad ( CGC) kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana ( PKS)

mengikut jenis perniagaan dan jenis skim jaminan kredit yangditawarkan pada tahun 2004. ( 2008)

11 Berdasarkan maklumat yang diberikan dlm petikan di bawah, sediakan carta yg sesuai utk

menunjukkan perbezaan peruntukan perbelanjaan sektor ekonomi kerjaan Persekutuan antara

Rancangan Malaysia Keenam dengan Rancangan Malayisa ketujuh. ( 2000)

12. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta pai yang sesuai untuk menunjukkan import

dan eksport Malaysia bagi tahun 1998.

13. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pengeluaran dan jumlah

perolehan eksport barangan utama terpilih bagi tahun 2002 hingga tahun 2005.( 2008)

top related