potensi pulau pulau
Post on 09-Aug-2015
312 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1
1. PENDAHULUAN
Ekonomi Brunei Darussalam terutamanya ekonomi maritim sangat bergantung kepada hasil
hidrokarbon iaitu minyak dan gas yang diperolehi dari dalam ceruk bumi Brunei Darussalam.
Kebergantungan ini telah melambatkan kemajuan ekonomi negara dari pelbagai sektor sama ada
perindustrian, pelancongan dan lain-lain.
Namun begitu Brunei Darussalam masih mempunyai banyak lagi sumber yang memiliki
nilai-nilai ekonomi yang belum atau sedang diterokai, salah satunya ialah pulau. Pulau
menyediakan pelbagai bonus bagi negara pemilik, antaranya penyediaan kawasan pelancongan,
pelabuhan, dan zon produktif penangkapan ikan.
Pulau secara dasarnya mampu menjana ekonomi maritim negara sama ada dari sektor
pelancongan, sektor perikanan, mahupun sektor perkapalan. Oleh itu, objektif bagi kajian ini
adalah untuk menyenaraikan beberapa pulau yang mempunyai potensi dalam ekonomi maritim
negara disamping untuk melihat bagaimana pulau-pulau tersebut berpotensi dalam menjana
perekonomian negara dalam pelbagai sektor.
Dengan itu, ekonomi negara tidak akan hanya tertumpu dan bergantung kepada
pengeluaran minyak dan gas yang merupakan sumber galian yang tidak boleh diperbaharui atau
dikitar semula.
2
2. PULAU-PULAU DI BRUNEI
Pulau merujuk kepada sebidang wilayah atau tanah yang dikelilingi oleh air, lazimnya ia kekal di
atas air. Ini tidak termasuk kawasan yang tidak produktif atau tidak mendatangkan hasil (Clive
Simmons, 1979). Pulau mempunyai keluasan lebih daripada 1,000 kilometer persegi (Kriangsak
Kittichaisaree, 1987).
Menurut ahli kajibumi bahawa yang disebut pulau itu adalah daratan yang lebih kecil dari
benua terkecil iaitu Australia (Mohd Said Haji Taha, 2003). Walau bagaimanapun ukuran
keluasan pulau adalah bervariasi dengan kepelbagaian ekosistemnya tersendiri.
Oleh itu, dapat difahami bahawa yang dimaksudkan dengan pulau itu adalah kawasan
atau sebidang tanah yang berada di atas permukaan air, dengan keluasan yang tidak melebihi
1,000 kilometer persegi dan mempunyai keistimewaan tersendiri.
Negara Brunei Darussalam merekodkan sekurang-kurangnya 33 buah pulau (sila lihat
lampiran A), iaitu dua buah pulau terletak di luar kawasan pantai iaitu Pulau Pilong-pilong dan
Pulau Punyit, dan selebihnya berada di perairan Sungai Brunei dan di Teluk Brunei (Mohd. Said
Haji Taha, 2003).
Daerah Brunei Muara mencatatkan sebanyak 20 buah pulau, di mana 13 buah terletak di
kawasan Teluk Brunei, lima buah di Sungai Brunei dan dua buah lagi terletak di luar kawasan
pantai, berdekatan dengan Pantai Muara dan Pantai Jerudong. Di Daerah Temburong, terdapat
10 buah pulau, sementara di Daerah Tutong mencatatkan sebanyak tiga buah pulau kesemuanya
terletak di Sungai Tutong. Tiada catatan dibuat bagi Daerah Belait (Mohd. Said Haji Taha,
2003).
3
Luas keseluruhan pulau-pulau di negara ini ialah 7,939 hektar atau 1.4% keluasan Negara
Brunei Darussalam (Mila Saraswati & Ida Widaningsih, t.t). Pulau-pulau ini memberikan
pelindungan kepada pesisiran Brunei daripada angin kencang dan ombak. Habitat bakau pulau
mempertingkatkan produktiviti dan kepelbagaian spesis di sekitar perairan. Terpisah daripada
daratan, pulau-pulau ini melabuhkan flora dan fauna yang unik dan memelihara hidupan liar
yang terancam seperti Bangkatan (Geronimo Silverstre, 1992).
Kebanyakan pulau-pulau tersebut tidak berpenghuni kecuali tiga buah pulau yang didiami
iaitu Pulau Baru-baru, Berbunut dan Berambang (Haji Said Haji Taha, 2003). Ketiga-tiga pulau
ini boleh dilihat dari Bandar Seri Begawan dan Sungai Besar, Jalan Kota Batu. Walau
bagaimanapun, kependudukan tersebut menjadikan pulau-pulau tersebut terdedah kepada
pembangunan (Geronimo Silverstre, 1992).
Pada masa ini, penduduk yang menetap di Pulau Baru-baru dan Pulau Berbunut telah
berpindah ke Kampong Bolkiah dan Kampong Sungai Bunga (Perumahan Yayasan Sultan Haji
Hassanal Bolkiah) dan lain-lain (Mohd. Said Haji Taha, 2003).
Antara habitat yang menghiasi pulau-pulau di Negara Brunei Darussalam ialah hutan
dasar, hutan bakau, hutan paya gambut dan bermacam jenis tumbuhan. Sementara hidupan liar
termasuklah Bangkatan, Keluang , spesis burung tebing sungai, laut dan burung migratori serta
spesis hidupan sungai dan laut serta terumbu karang dan banyak lagi.
4
Kepelbagaian habitat dan ekosistem ini memberikan nilai ekonomi yang tinggi bagi
negara jika digunakan sebaiknya dan dimajukan secara seimbang iaitu antara ekonomi dan
pemuliharaan habitat pulau.
Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada tujuh buah pulau yang menurut para pengkaji
mempunyai potensi ekonomi yang tersendiri iaitu Pulau Muara Besar, Pulau Berambang, Pulau
Selirong, Pulau Pilong-pilong, Pulau Baru-baru, Pulau Pelumpong dan Pulau Keingaran.
3. SUMBER EKONOMI DAN POTENSI PULAU-PULAU DI BRUNEI
3.1 PULAU MUARA BESAR
Pulau Muara Besar merupakan pulau kedua terbesar di negara ini dengan keluasan 940 hektar.
Pulau ini terletak di Teluk Brunei, lebih kurang satu kilometer arah Tenggara Pelabuhan
Antarabangsa Muara dengan kedudukan 5°00’00”N, 115°06’00”E. Pulau Muara Besar terdiri
daripada hutan dasar dan hutan bakau yang dihuni oleh hidupan liar termasuklah burung
Migratori.
Gambar 1.0 Pulau Muara Besar
Sumber: Laman Web
5
3.1.1 Potensi Pulau Muara Besar Dalam Perlembagaan Ekonomi.
Berdasarkan pemerhatian pengkaji ke lapangan, pulau itu mempunyai potensi yang amat tinggi
untuk dimajukan sama ada dari sudut pelancongan atau eko-pelancongan. Dengan kedudukan
pulau yang berada di laluan perdagangan maritim Timur-Barat, tanah yang rata dan luas, ianya
menyediakan tapak yang sangat sesuai untuk dimajukan sebagai salah satu pusat tarikan
pelancong ke Negara Brunei Darussalam.
Beberapa perancangan telah dirangka oleh kerajaan memajukan potensi Pulau Muara
Besar. Misalnya, pada tahun 2008, Brunei Economic Development Board (BEBD) telah
menandatangani sebuah memorandum sefahaman (MoU) dengan International Container
Terminal Services Inc atau ICTSI untuk memajukan Pulau Muara Besar.
Disebabkan lokasi Pulau Muara Besar terletak berhampiran dengan Pelabuhan Muara,
ianya dicadangkan untuk dijadikan sebagai tempat / kawasan terminal kontena laut dalam
(deepwater container terminal). Tambahan lagi, sebuah jambatan yang akan menghubungkan
Pekan Muara dan Pulau Muara Besar akan dibina. Jangkaan projek ini siap dibangun ialah pada
November 2012.
Namun yang demikian, perancangan ini nampaknya belum lagi membuahkan hasil kerana
berdasarkan pemerhatian pengkaji baru-baru ini, Pulau Muara Besar masih lagi belum menerima
sebarang unsur-unsur kemajuan. Tetapi menurut informan pengkaji daripada Jabatan Muzium
Maritim Negara Brunei Darussalam, pulau ini akan dibangunkan untuk mengukuhkan dan
memudahkan penubuhan industri minyak dan gas, khusunya penapisan petrokimia (intergrated
petrochemical) dan juga akan dijadikan pangkalan bekalan marin. Perkara ini bertepatan dengan
penerangan BEDB dalam laman sesawang mereka menerusi halaman Key Industrial Sites.
6
Perancangan terkini Pulau Muara Besar, seperti yang dinyatakan oleh BEDB ialah Pulau
Muara Besar Brunei Refinery Project. Jenis projek ini ialah Greenfield Refinery &
Petrochemicals Complex. Rancangan ini masih lagi berada di tahap perangkaan dan dijangka
akan menelan belanja sebanyak $2.5 billion. Rancangan ini akan menghasilkan sejuta tan per
tahun dan 135, 000 tong produk akhir sehari. Di antara produk akhir yang akan dihasilkan adalah
gasoline, diesel dan bahan api jet-A, serta paraxylene dan benzena (Brunei Times, 2008). Hal
ini turut dinyatakan dalam petikan artikel daripada laman sesawang Brunei Halal Berhad;
One of the supporting projects for Brunei Halal Brand is the development of Pulau Muara Besar (PMB).
The plan is to develop a new container port which will be supported by export processing zone and
industrial park. Once PMB is fully developed, it will help to promote Brunei Halal Brand in a number of
ways, amongst others, attracting food, pharmaceutical and cosmetic investors to set up their operation
and export their Halal certified end products to third countries.
Gambar 1.1 Pulau Muara Besar di masa akan datang
Sumber: Laman Web
7
Sebagai kesimpulannya, menyedari akan potensi yang terdapat di pulau ini, kerajaan
Negara Brunei Darussalam telah membuat pelbagai projek untuk memajukan Pulau Muara Besar
iaitu dalam aspek mengukuhkan kawalan dan sumber maritim serta hasil minyak negara dan
bukannya dari aspek pelancongan atau eko-pelancongan.
Jelasnya, terdapat dua cadangan yang telah dirangka, iaitu menjadikan Pulau Muara
Besar sebagai sebuah terminal kontena air dalam dan menjadikan pulau ini sebuah tapak
perindustrian pengeluaran hasil minyak. Walau bagaimanapun, rancangan masih tinggal
rancangan tersebut belum diusahakan dan belum ada usaha sebenar untuk mengeksploitasi pulau
tersebut.
Tidak dinafikan, dengan kedudukan pulau yang sangat berhampiran dengan Pelabuhan
Antarabangsa Muara, ia merupakan satu tapak yang sangat ideal untuk dijadikan sebuah pulau
peranginan atau pulau perhentian bertaraf dunia. Dengan keluasan hampir 940 hektar, ianya
boleh menampung beberapa buah pusat penginapan untuk para pelancong dalam atau luar negeri.
Faktor keluasan pulau sahaja tidak mencukupi, persisiran pantai Pulau Muara Besar juga
sesuai dijadikan tempat beriadah. Keadaan pulau yang tenang dan tidak begitu jauh dengan
Pekan Muara dapat memberikan ketenangan kepada pengunjung pulau yang ingin berehat dari
kehidupan bandar yang sibuk.
Tambahan lagi, seperti yang pengkaji nyatakan tadi, pulau ini boleh dijadikan tempat
pelancongan atau eko-pelancongan. Yang dimaksudkan dengan pusat pelancongan ialah, pulau
itu dibangunkan dengan tujuan menarik pelancong untuk berhibur dan beriadah sahaja.
Manakala, tema eko-pelancongan pula lebih bertumpukan kepada penarikan riadah yang bersifat
alam semula jadi.
8
Untuk tema pusat pelancongan, beberapa buah resort atau hotel boleh dibangunkan di
pulau tersebut, ditemani dengan khidmat sukan air seperti jetski, berkayak, payung terjun air dan
sebagainya. Selain menjadikan Pulau Muara Besar sebagai sebuah pulau perlancongan resort, ia
juga boleh dibangunkan untuk menjadi sebuah restoran makanan laut terbesar, tersegar dan
berkualiti tinggi di Brunei Darussalam.
Menyentuh mengenai sumber pengangkutan yang akan menyambungkan Pulau Muara
Besar dengan tanah besar, adalah dicadangkan agar diadakan sebuah perkhidmatan kapal
pengangkutan bertaraf sederhana secara tetap. Selain itu perlu diadakan untuk mengadakan
sebuah sistem pengangkutan air cable car yang boleh menghubungkan Pulau Muara Besar
dengan tanah besar dan pulau-pulau berhampiran yang terdapat di Negara Brunei Darussalam.
Dengan itu, pelancong atau pengungjung akan mendapat laluan yang mudah untuk menerokai
khazanah dan keindahan pulau-pulau di negara kita ini. Walaupun untuk menyediakan sistem
perkhidmatan pengangkutan seperti ini memakan kos yang sangat tinggi, namun tanpa ada
pengorbanan, tidak akan ada kemajuan.
Gambar 1.2 Air Cable Car
Sumber: Laman Web
9
Sungguhpun kerajaan Negara Brunei Darussalam sudah membuat beberapa perancangan
untuk menjadikan tapak Pulau Muara Besar itu sebagai sebuah tapak perindustrian minyak dan
pangkalan bekalan marin, namun Pulau Muara Besar itu lebih berpotensi untuk dijadikan sebuah
pulau penarik pelancong utama negara.
Mungkin sudah tiba masanya untuk negara kita menambah hasil pendapatan negara
dengan mengukuhkan aktiviti pelancongan dengan menaiktarafkan sumber-sumber asli pulau
kepada pusat tarikan pelancong bertaraf dunia. Negara Brunei Darussalam tidak ketinggalan
mempunyai khazanah-khazanah kepulauan yang menarik untuk dikunjungi jika pulau-pulau
tersebut di majukan dan diberikan perhatian yang secukupnya.
3.2 PULAU BERAMBANG
Gambar 2.0 Sebahagian Pulau Berambang
Sumber: Kajian Lapangan pada 25hb Oktober, 2012.
Buku Kenali Negara Kitani keluaran Pusat Sejarah Brunei mencatatkan Pulau Berambang
sebagai pulau yang terbesar di Brunei Muara. Ia terletak di luar pantai Kota Batu, yang terletak
di belakang Kg Bolkiah B di Kg Ayer dengan keramaian penduduknya sekitar 595 orang.
10
Pulau ini terkenal dengan tempat-tempat yang unik lagi menarik seperti gua kelawar dan
lombong arang batu. Walau bagaimanapun, ramai yang tidak mengetahui bahawa pulau ini juga
sangat kaya dengan flora dan fauna, seperti helang yang jarang dilihat dimana-mana, monyet
Bangkatan, buaya dan banyak lagi.
3.2.1 Jenis-Jenis Pokok
Satu penyelidikan dibuat ke atas pelbagai spesis pokok di Bukit Hujung Pahang untuk menjadi
rujukan dalam buku Borneoguide terbitan ASEAN Tourist di Australia. Sebanyak 28 spesis
pokok yang didokumenkan oleh penduduk tempatan dan Borneoguide antaranya kayu Kakang,
buah Apong, Kuduk-kuduk, durian putih dan durian kuning (Sila lihat lampiran 2). Setiap pokok
mempunyai kelebihannya yang tersendiri, contohnya Kayu Kakang untuk membuat keluli,
Timbaran digunakan oleh masyarakat Iban untuk membuat pakaian mereka, Kuduk-Kuduk
digunakan sebagai ubat untuk menyembuhkan demam panas dan banyak lagi.
3.2.2 Flora dan Fauna
Oleh kerana Pulau Berambang mempunyai tempat yang menarik dan kaya dengan flora-fauna, ia
telah menjadikan pulau ini sebagai sebuah pulau yang boleh menjana ekonomi. Jika dilihat dari
segi geografinya, Pulau Berambang adalah sebuah pulau yang mempunyai perkampungan yang
lengkap dengan kehidupan air dan darat, dalam erti kata lain penduduk kampung ini terbiasa
dengan kehidupan air dan juga kehidupan darat. Ciri-ciri ini juga menjadi salah satu
keistimewaan masyarakat Pulau Berambang.
11
Pihak pengkaji merasa terkejut dan tertarik dengan aktiviti perekonomian yang
menggunakan flora dan fauna di Pulau Berambang kerana walaupun bilangan penduduknya
kecil, tapi penggunaan hasil semula jadi dalam perlaksanaan sumber ekonomi begitu
menggalakkan. Diantara aktiviti perekonomian yang aktif dijalankan adalah seperti berkebun,
penghasilan gula apong, peranginan Bukit Pahang, pemeliharaan ikan dalam sangkar dan
penangkapan udang galah.
3.2.3 Pertanian
Penduduk kampung telah diperkenalkan kepada satu organisasi dibawah Menteri Perindustrian
dan Sumber-sumber Utama yang dipanggil Kawasan Pertanian Luar Bandar (KPLB) semenjak
empat tahun kebelakangan. Ini bertujuan untuk membawa masyarakat Pulau Berambang
bercucuk tanam bagi menghasilkan perekonomian.
Dalam usaha pihak kerajaan bagi meningkatkan kehidupan masyarakat Pulau Berambang
ini, kerajaan telah memberi tiga bidang tanah yang sangat luas untuk diusahakan oleh masyarakat
pulau ini. Kedudukan bagi bidang tanah ini adalah di Riong, Menunggul Laut dan juga Burung
Paiu dengan keluasan setiap kawasan perkebunan ini adalah seluas 50 hektar.
Semenjak KPLB diperkenalkan, pelbagai usaha telah dibuat dalam meningkatkan
kemahiran mereka. Diantaranya ialah dengan memberi pelbagai kursus dan taklimat yang telah
dianjurkan oleh pihak kerajaan kepada mereka yang ikut serta dalam KPLB. Diladang tersebut
telah ditanam pelbagai buah seperti buah-buahan tempatan (kembayau, tibadak, nangka), durian
dan mangga. Selain itu juga, usaha bagi menanam buah yang susah untuk didapati juga telah
dijalankan sekarang seperti penanaman buah longan. Penduduk kampung percaya bahawa tanah
di pulau tersebut adalah sangat subur.
12
3.2.4 Gulanau atau Gula Apong
Selain dari perkebunan, penghasilan gula apong juga sangat menggalakkan. Gula apong
(gulanau) merupakan manisan yang diperbuat daripada air nira yang dihasilkan daripada pokok
nipah yang banyak terdapat di sepanjang sungai Pulau Berambang. Selain itu, gula ini dipercayai
mempunyai pelbagai khasiat seperti mengelak serta mengurangkan penyakit kencing manis dan
darah tinggi.
Oleh kerana Pulau Berambang sangat kaya dengan bakau maka secara semula jadinya ia
juga kaya dengan Pokok Nipah. Pokok Nipah adalah sejenis palma yang tumbuh di kawasan
hutan bakau atau di tempat pasang surut dekat tepi laut. Daun pokok Nipah yang panjang dan
lembut banyak digunakan masyarakat tempatan untuk membuat atap nipah dan digunakan dalam
seni anyam-menganyam.
Gula apong ini dijual dengan harga BND$10 untuk satu bekas botol Nescafe yang besar.
Menurut informan, Yusop Bin Muhammad selaku Ketua Kampong Menunggol, mengatakan
bahawa:
“Pendapatan bulanan dari hasil penjualan gula apong adalah menggalakkan. Dengan pendapatan
inilah mereka sebagai pengusaha menanggung perbelanjaan keluarga mereka.”
Tambah beliau lagi, pada jam 3 petang setiap hari pengusaha akan menadah air sadap (air
yang diambil dari pohon nipah) menggunakan bekas buluh dan meletakkannya di setiap batang
pokok nipah dan dibiarkan semalaman bagi memastikan bekas buluh tadi penuh. Pada keesokan
harinya seawal jam 7.00 hingga 9.00 pagi, mereka akan melakukan kerja mengambil air sadap.
13
Apabila selesai mengambil air sadap daripada buluh berkenaan, air sadap itu seterusnya di masak
menggunakan kawah besar dan mengambil masa selama kira-kira lima hingga enam jam. Ia
perlu digaul supaya masak sepenuhnya.
3.2.5 Riadah Bukit Bujang Pahang
Peranginan Bukit Bujang Pahang adalah tempat peranginan yang sangat sinonim dengan Pulau
Berambang. Ramai pelancong dari dalam atau luar negara yang datang ke pulau ini untuk
menaiki sendiri Bukit Bujang Pahang. Bahkan sejarah asal-usul nama bukit itu sendiri sudah
menarik minat.
Menurut ketua Kampong Menunggol, asal-usul nama ini diambil apabila seorang pemuda
bernama si Bujang menaiki bukit tersebut dan memakan buah yang sangat padar (dalam bahasa
Kedayan disebut pahang) semasa berehat disana. Dari kejadian itulah bukit tersebut dinamakan
Bukit Bujang Pahang.
Di kawasan bukit ini, terdapat juga pelbagai tempat menarik seperti Gua Batu Kapur,
Gua Kelawar, Telaga Puteri, Batu Arang dan Batu Berpangkat. Kejauhan bukit ini dianggarkan
sekitar lebih kurang tiga ke empat kilometer dengan jalan yang bengkang-bengkok. Atas
kerjasama pihak kerajaan, pondok-pondok untuk peranginan, taman permainan kecil dan juga
tandas telah dibuat bagi menarik lagi pelancong dalam dan luar negara.
14
3.2.6 Penangkapan Udang Galah
Udang galah merupakan antara tarikan utama di Pulau Berambang. Selain terdapat penduduknya
yang mengusahakan penternakan udang galah, aktiviti menangkap udang galah di sepanjang
sungai disana merupakan aktiviti yang berjaya menarik ramai kaki pancing untuk datang ke sana.
Udang galah (saintifiknya Macrobranchium Rosenbergi) berada dalam
keluarga palaemonidae bersifat omnivor dan aktif pada waktu malam. Ia hidup di kawasan air
tawar seperti di sungai, paya dan tasik.
Pulau Berambang telah menerima kunjungan kaki pancing dari pelancong semata-mata
untuk merasai sendiri pengalaman menaikkan udang galah. Ekoran daripada jumlah pemancing
yang ramai, ada di antara penduduk Pulau Berambang menyediakan perkhidmatan bot sewa.
Menurut Ketua Kampung Menunggul, Awang Yusop Bin Muhammad dengan kehadiran orang
ramai yang ingin mencuba nasib menangkap udang galah di sana, secara tidak langsung
membuka ruang rezeki kepada penduduk di sini. Udang galah sememangnya mempunyai nilai
yang tinggi dan merupakan sumber rezeki bagi kebanyakan nelayan di kampong-kampung yang
terdapat di Pulau Berambang.
Walaupun ramai pemancing yang datang dan telah banyak menangkap udang galah, jika
dilihat dari sudut positif, populariti udang galah di sungai Pulau Berambang menjadi antara
perkara menarik yang sering dikaitkan dengan pulau tersebut.
Selain daripada aktiviti-aktiviti di atas, aktiviti perekonomian kecil yang sering
dijalankan adalah seperti merambat, memukat, memancing di jambatan – jambatan, berjual kuih-
muih dan lain lain.
15
3.2.7 Potensi Pulau Berambang
Melihat dari segi potensi pulau ini, pengkaji telah mendapati bahawa pulau ini mempunyai
potensi yang besar dalam sumber perekonomian. Kunci cadangan bagi memperluaskan sumber
ekonomi di Pulau Berambang ini adalah modal (wang). Modal yang besar adalah bertujuan untuk
menjadikan sumber-sumber ekonomi yang telah ada di Pulau Berambang ini menjadi sumber
komersil yang besar. Jika dilihat melalui perekonomian yang telah diterangkan di atas, potensi
untuk memperkembangluas ekonomi di pulau ini adalah sangat positif. Antara potensi-potensi itu
adalah seperti berikut:-
i. Potensi Pertanian
Ia boleh mendatangkan hasil yang lumayan jika ia dapat dijual di seluruh pelusuk Brunei. Ini
adalah kerana, buah-buahan di Brunei banyaknya di bawa dari luar negara. Disebabkan kerana
tanah yang diberikan sangat luas, ia memerlukan banyak pekerja dan ini akan dapat
mengurangkan pengangguran.
Selain itu juga yang penting adalah penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran di kebun
tersebut, kerana keluasan kawasan yang membolehkan penanaman yang banyak dan hasilnya
juga akan lumayan. Salah satu faktor utama untuk menjadikan tanaman itu subur adalah udara
dan air yang cukup.
Oleh kerana pulau ini tidak terdapat industri yang mengeluarkan asap, maka udaranya
sangat segar dan cukup dan kerana kawasannya adalah pulau, maka air adalah sangat mencukupi.
16
ii. Potensi Gulanau atau Gula Apong
Penghasilan gula apong atau lebih dikenali sebagai gulanau dikalangan masyarakat Brunei di
pulau ini juga boleh dikomersilkan. Brunei sangat terkenal dengan makanan yang manis, maka
mengapa tidak semua kuih-muih ini lebih banyak menggunakan gulanau? Ini boleh mengurangi
kadar penyakit gula berlebihan.
Berdasarkan kajian, terdapat perbezaan gula apong dan gula biasa. Gula apong adalah
gula asli dan gula biasa telah bercampur dengan pelbagai campuran lagi. Oleh kerana itulah, gula
apong dianggap lebih sehat daripada gula biasa. Penggunaan gula apong boleh di pertingkatkan
dengan meningkatkan lagi penghasilan gulanau. Keberjayaan penghasilan gula ini dapat diambil
contoh dari Gula Melaka yang terkenal dan juga Gula Apong yang terdapat di Sarawak.
iii. Potensi Tarikan Pelancong luar dan dalam negara dengan Penangkapan Udang Galah
dan riadah di Bukit Bujang Pahang
Sektor pelancongan adalah antara penyumbang utama dalam mempertingkatkan ekonomi negara
dan pada hakikatnya, Pulau Berambang memang mempunyai potensi yang sangat besar untuk
menyediakan tempat untuk menarik pelancong.
Faktornya adalah suasana yang aman damai dan udara yang sangat bersih ditambah lagi
dengan suasana kehidupan kampung. Contohnya, pelancong akan menikmati dan merasa sendiri
pengalaman menangkap udang galah sebagai penangkap udang yang berasal dari kampong. Ini
adalah kerana jambatan-jambatan dari kayu yang menggambarkan kehidupan tradisi masyarakat
Brunei khasnya yang tinggal di kawasan perairan, ia telah disediakan untuk para penangkap
udang galah. Hal ini juga di sokong lagi dengan suasana pulau yang aman damai.
17
3.3 PULAU SELIRONG
Pulau Selirong merupakan pulau terbesar di Negara Brunei Darussalam, berkeluasan 2,566
hektar dengan koordinat 4°53'4"N 115°7'42"E yang kaya dengan pokok bakau. Pulau ini juga
dikenali dengan nama “Pulau Nyamuk” (Communiti Trip, t.t). Ia terletak di Daerah Temburong,
iaitu bersempadan dengan Sungai Bangau iaitu sempadan antara Negara Brunei Darussalam dan
Malaysia dari sebelah timur, Alor Besar dari sebelah Selatan dan dari utara dan barat Teluk
Brunei (Awg Mohd Said, 2003). Pulau ini merupakan hutan simpanan yang terkawal, yang mana
tujuh puluh lima peratus daripada kawasan ini masih lagi ditutupi oleh hutan (Liyana S, 1997).
3.3.1 Sumber Ekonomi Pulau Selirong
Pelbagai jenis bakau yang terdapat di pulau ini adalah seperti Bakau Kurap, Bakau Minyak dan
Bakau Langgadai yang mana bakau yang terdapat di Pulau Selirong merupakan salah satu bakau
yang paling asli dan yang sangat terpelihara di dunia (NYL, June 2007). Bakau di Pulau Selirong
ini mempunyai banyak keistimewannya. Antara keistimewaannya adalah daun bakau boleh
dijadikan sebagai ubat untuk mengubati sakit kepala dan mabuk laut dengan cara meletakkan
daun bakau berhampiran dengan kepala pesakit (NYL, June 2007).
Selain itu, arang bakau juga digunakan secara tradisional oleh wanita untuk rawatan
selepas bersalin. Mereka percaya bahawa selepas melahirkan anak, wanita tersebut perlu
memanaskana diri dengan ‘berdiang’ berhampiran api arang bakau tersebut untuk membantu
mempercepatkan proses kesembuhan otot rahim (NYL, March 2007).
18
Pada zaman lampau, bakau merupakan sumber utama kayu bagi industri arang dan kayu
api di Brunei. Selain untuk kegunaan tempatan, ia juga diekspot ke luar negeri dan digunakan
dalam industri pemprosesan atau pembersihan kulit binatang (tanning industry). Selain itu
penghasilan produk dari arang tersebut itu ialah untuk menghalau serangga dan bagi tujuan
perubatan (NYL, March 2007).
Gambar 3.0 Akar kayu bakau di Pulau Selirong
Sumber: Laman Web CommunitiTrip.com
3.3.2 Potensi Pulau Selirong
Ke arah memperkembang-majukan industri pelancongan disamping meningkatkan ekonomi
maritim di negara ini, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama telah
memperkenalkan Pulau Selirong sebagai salah sebuah tempat destinasi pelancongan yang
menarik berbentuk eko-pelancongan.
Walaupun Negara Brunei Darussalam tidak begitu bergantung kepada sektor
pelancongan sebagai sumber pendapatan dan ekonomi negara, tetapi dengan adanya pulau yang
dijadikan sebagai pulau rekreasi akan menarik minat pelancong disamping untuk membantu
19
meningkatkan ekonomi negara. Dengan itu, pulau ini telah dijadikan sebagai sebuah tempat bagi
menarik pelancong asing dan boleh meningkatkan ekonomi maritim negara.
Ini adalah kerana selain kaya dengan pokok bakau, Pulau Selirong ini juga kaya dengan
spesis keindahan flora dan fauna yang menakjubkan (NYL, March 2007). Oleh yang demikian,
tempat ini turut menjadi tumpuan para penyelidik untuk membuat kajian tentang spesis serangga,
tumbuhan serta flora dan fauna yang banyak terdapat di pulau itu. Juga, pulau ini akan menjadi
tarikan jika satu galeri yang berunsurkan ‘mesra alam’ dibina sekitar kawasan ini yang mana
dalam galeri tersebut ada disertakan beberapa informasi mengenai pulau tersebut dari aspek
sejarah, spesis bakau serta flora dan fauna yang terdapat pada pulau tersebut dan sebagainya.
Antara kemudahan tersebut adalah seperti laluan titian dari Tanjung Puan ke Sungai Palu-
Palu sejauh dua kilometer, menara peninjau setinggi 30 meter bagi menyaksikan pemandangan
sekitar pulau dari atas, beberapa pantaran jeti bagi menurunkan penumpang, beberapa platform
untuk memberi taklimat kepada pelawat, kemudahan tandas dan juga pondok-pondok rehat.
Selain dengan kemudahan yang telah disediakan, pulau ini berpotensi untuk maju kehadapan
lagi, jika usaha pembinaan ‘chalet’ dan restoran di pulau ini diadakan.
Sehingga kini, Pulau Selirong telah menarik lebih daripada 2,150 jumlah pengunjung
yang telah direkodkan secara rasmi sejak Januari 2000 oleh Jabatan Perhutanan, Kementerian
Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (Brusearch News Article, 2007).
20
Gambar 3.1 Laluan Titian bagi memudahkan pengunjung
Sumber: Laman Web CommunitiTrip.com
3.4 PULAU PILONG-PILONGAN
Pulau Pilong-Pilongan terletak 3.2 km dari sebelah utara Pantai Muara di Lautan Cina Selatan
dengan keluasan dua hektar. Dengan kesesuaiannya sebagai pulau koral, keseluruhan pulau ini
terkenal dengan kehidupan lautnya yang unik terutama batu-batu atau terumbu karang yang
pelbagai spesis. Terumbu karang itu dapat dilihat dari permukaan air dalam kedalaman tiga
meter hingga tujuh meter (Awang Mohd Said, 2003).
Antara habitat yang mendiami kawasan ini termasuklah Gamat atau Timun Laut, Helang
Laut, Bakaka, Peragam Putih, pelbagai Anemones, Juvenile, Bumphead Parrotfish, Moorish
Idols, Schools of Fusiliers, Squid, Spiny Lobsters dan pelbagai jenis ikan berwarna-warni dengan
pelbagai bentuk, rupa dan saiz serta spesies hidupan terumbu karang (Wendy Chia, 2010).
21
Gambar 4.0 Pulau Pilong-Pilongan
Sumber: Kajian Lapangan pada 25hb Oktober, 2012.
3.4.1 Sumber Ekonomi Maritim Pulau Pilong-Pilongan
Keindahan dan kekayaan hidupan akuatik pulau ini telah menarik masyarakat dan pelancong
untuk datang ke pulau Pilong-Pilongan ini. Selain itu, tempat ini dijadikan sebagai tempat
perkelahan dan juga tempat untuk kegiatan-kegiatan air. Antaranya ialah seperti selam skuba,
snorkeling, kayak, memancing dan menangkap ikan serta kegiatan pemuliharaan hidupan yang
dilindungi.
Walau bagaimanapun, kegiatan air ini tidak dapat dilakukan terutamanya ketika musim
hujan serta keadaan berombak kuat dan merbahaya. Ringkasnya, aktiviti ini dilakukan mengikut
musim dan keadaan yang tertentu.
Sebagaimana yang dinyatakan di atas, aktiviti selam skuba (iaitu aktiviti selam di laut
dengan mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan) dan snorkeling (selam paras
permukaan) merupakan aktiviti sukan dan rekreasi air yang terdapat di Pulau Pilong-Pilongan
(Abdul Aziz, 2010).
22
Rata-rata penggemar sukan air tersebut tertarik dengan keindahan hidupan akuatik dan
ingin melihat keindahan tersebut secara lebih dekat dan sekaligus membolehkan para pengkaji
untuk mengkaji mengenai kehidupan lautan tersebut. Selain itu, pulau ini menyediakan kawasan
lintasan bagi aktiviti kaya yang bermula di Pantai Serasa.
Gambar 4.1 Aktiviti Selam Skuba
Sumber: Laman Web
Aktiviti memancing dan menangkap ikan juga terdapat di kawasan pulau ini. Antara jenis
ikan yang ada ialah Berahan, langoran, yu dan sebagainya. Hasil tangkapan tersebut pula sama
ada dijadikan sebagai bekalan untuk keluarga dan juga untuk dijual di pasar raya pada harga
yang berpatutan dan agak tinggi. Penjualan tersebut memberikan keuntungan yang banyak
kepada si pembekal barangan jualan.
23
Gambar 4.2 Ternakan Ikan Dalam Sangkar
Sumber: Kajian Lapangan pada 25hb Oktober, 2012.
Ternakan ikan dalam sangkar juga diusahakan dan keseluruhan ternakan ikan itu adalah
ikan kerapu harimau. Pada peringkat awal iaitu sekitar tahun 2009, sebanyak lapan buah sangkar
bulat dibuat oleh Syarikat Biomarine Sdn. Bhd di kawasan pulau ini Juga terdapat sejumlah
90,000 ikan pompano telah dilepaskan bagi ternakan sangkar laut di kawasan pulau ini (Sim
Y.H, 2012).
3.4.2 Potensi Ekonomi Maritim Pulau Pilong-Pilongan
Pulau Pilong-Pilongan sudah setentunya mempunyai beberapa potensi yang boleh
dikembangmajukan dari sumber-sumber ekonomi yang sedia ada. Antaranya ialah dengan
memajukan dan menjaga alam sekitar pulau. Selain memastikan persekitaran marin yang sihat
melalui pemuliharaan rapi terhadap hidupan lautan iaitu terumbu karang di pulau ini. Ini akan
menarik lebih ramai pelancong untuk datang dan menerokai pulau ini (Ruzanna, Mohammad
Firdaus dan et.al, 2011).
24
Selain daripada itu, aktiviti sukan air di pulau ini juga mempunyai potensi untuk
berkembang jika ditawarkan pakej aktiviti sukan air dengan harga yang berpatutan. Di samping
menjadikan aktiviti selam skuba, snorkeling dan berkayak sebagai aktiviti utama dalam tempoh
percutian pelancong.
Produktiviti ekosistem yang tinggi di pulau ini juga memberikan sumbangan kepada
sektor perikanan. Ternakan ikan dalam sangkar di pulau ini berpotensi untuk dieksport ke negara
luar sepertimana yang diusahakan sendiri oleh Syarikat Biomarine Sdn. Bhd yang telah berjaya
mengeksport ikan kerapu kira-kira BND$1.2 juta iaitu hasil perusahaan ternakan ikan dalam
sangkar terapung di Tanjung Pelumpong.
Pengekspotan ikan-ikan kerapu hidup berkenaan adalah merupakan pasaran julung-julung
kalinya dilakukan oleh syarikat berkenaan (Sim Y.H, 2012). Apatah lagi jika perusahaan ikan
ternakan di Pulau Pilong-Pilongan ini diusahakan, hasilnya pasti akan lebih produktif dan
memberikan keuntungan yang banyak.
Selari dengan kesemua potensi ini, sudah setentunya negara kita akan terkenal dan
menjadi tempat destinasi yang popular di Negara Brunei Darussalam. Kadar pelancong ke negara
ini juga akan meningkat dari tahun ke setahun. Secara langsung, kesemua potensi ini akan
meningkatkan lagi sumber pendapatan negara sekaligus memantapkan ekonomi negara yang
terhasil dari pertukaran mata wang asing dan hasil expot ternakan ikan dalam sangkar.
25
3.5 PULAU BARU - BARU
Pulau Baru-Baru terletak di antara dua Pulau iaitu, Pulau Berbunut dan Pulau Papatan
berdekatan dengan Kampng Sungai Bunga dan Kampong Pudak di dalam mukim Kota Batu.
Pulau ini juga terletak berhampiran dengan zon kawasan sempadan antara wilayah Brunei dan
Limbang, Malaysia. Keluasan pulau ini kira-kira 86 Hektar, di mana keseluruhan pulau ini
ditumbuhi oleh tumbuh-tumbuhan liar dan dikelilingi oleh Hutan Paya, Hutan Paya Gambut dan
Hutan Paya Bakau seperti Bakau Minyak dan Bakau Bangkita. Selain itu, pulau Baru-baru ini
juga menjadi tempat tinggal hidupan liar seperti Burung Migratori (Abdul Aziz Pandin, 2007).
Pulau ini juga berperanan sebagai tempat Kem Pemantauan Unit Khas Askar Diraja
Brunei, untuk memastikan perairan Brunei selamat daripada dicerobohi. Sebahagian penduduk di
Pulau Baru-Baru telah berhijrah ke Skim Perumahan Sungai Bunga. Manakala, hanya dua buah
keluarga sahaja yang dilaporkan masih tinggal menetap di Pulau Baru-Baru ini. Salah sebuah
keluarga tersebut ialah Haji Jaini (Outing Trip to Selirong Island, 2008).
3.5.1 Kegiatan Ekonomi
Kegiatan ekonomi pulau ini mencatatkan adanya kilang kecil pembuatan Arang Kayu yang
dijalankan oleh Mr Lim Pun Tse. Proses pembuatan arang kayu di kilang ini adalah secara
tradisional. Kayu bakau untuk pembuatan arang kayu adalah diperolehi daripada tempat-tempat
yang mempunyai pokok kayu bakau (Hanshen, 2008) .
26
3.5.2 Potensi Pulau
Pulau Baru-baru ini dilihat mempunyai potensi sebagai tempat eksplorasi hub pelancongan di
antara Brunei dan Limbang, Malaysia. Selain itu, pulau ini boleh dimajukan dan dijadikan
sebagai tempat peranginan serta penginapan resort dengan penyediaan kelengkapan yang
canggih dan moden. Ini disebabkan kawasan pulau tersebut berdekatan dengan sempadan antara
Brunei dan Malaysia. Manakala, Ekosistem yang menghiasi pulau ini menjadikan pulau ini
sebagai tempat untuk melestarikan tumbuhan-tumbuhan liar flora dan fauna Hutan Paya Bakau
asli.
3.6 PULAU PELOMPONG
Pada asalnya, pulau ini merupakan sebuah tanjung yang terletak di sebelah utara Muara
(bercantum dengan tanah besar). Dalam tahun 1963, Tanjong Pelompong telah dibahagi dua bagi
memudahkan laluan ke Pelabuhan Muara yang mengakibatkan terjadinya pulau berkenaan.
Keluasan pulau ini ialah 64 ekar (Haji Said Haji Taha, 2010). Pulau ini mempunyai
keistimewaan yang tersendiri. Keluasan pulau ini berbentuk memanjang dan memberikan
pemandangan pantai yang indah dengan kejernihan air lautannya.
Gambar 5.0 Pulau Pelompong
Sumber: Kajian Lapangan pada 25hb Oktober, 2012.
27
Selain itu, pulau Pelompong juga menyediakan tapak bagi aktiviti riadah atau
perkhemahan yang mana antara kemudahan yang tersedia ialah tempat duduk yang dibuat antara
pohon atau pokok dan kawasan lapang yang bersaiz sederhana dan sesuai bagi aktiviti seperti
bola sepak, acara perhimpunan keluarga dan sebagainya.
Gambar 5.1 Tempat riadah di kawasan Pulau Pelompong
Sumber: Kajian Lapangan pada 25hb Oktober, 2012.
3.6.1 Potensinya Dalam Ekonomi Maritim
Pulau Pelompong dilihat sebagai antara pulau yang mampu menjana ekonomi negara dan ini
dapat dilihat dari pelbagai sudut sama ada dari aspek lautannya dan geografinya (tanah, kawasan,
pasir).
3.6.1.1 Dari aspek lautan
Ciri-ciri laut di sekitar pulau ini membuka peluang untuk memajukan persekitaran pulau
melalui:
28
i. Resort atau chalet atas air
Keindahan air laut yang tidak begitu berombak, adalah amat sesuai bagi pembinaan resort atau
chalet. Dengan adanya kemudahan ini, akan menarik lebih ramai pengunjung untuk datang dan
beriadah di Pulau ini sekaligus membuka peluang pekerjaan melalui resort atau chalet tersebut.
Resort atau chalet ini nanti bolehlah dimajukan dan diterapkan dengan nilai-nilai tradisi Brunei
seperti di Pulau Langkawi.
ii. Sangkar ikan
Keunikan air laut pulau ini adalah tempat yang sesuai untuk membuat sangkar ikan untuk
memelihara ikan seperti yang terdapat di kawasan pulau Berambang. Perlu diketahui bahawa
Syarikat Biomarine. Sdn. Bhd telah berjaya mengeksport ikan kerapu dari lautan pulau ini yang
kesemuanya bernilai BND1.2 Juta. Ini dapat menyumbang lagi pertumbuhan ekonomi rakyat dan
juga membanyakkan lagi bekalan ikan di Negara ini.
iii. Sukan Air
Aktiviti sukan air seperti berkayak adalah antara aktiviti yang sering dilakukan di perairan pulau
ini. Sukan kayak merupakan antara faktor yang menjadikan pulau ini terkenal di mata penggemar
sukan air. Aktiviti renang di perairan pulau ini juga dapat menarik orang ramai untuk datang ke
pulau ini. Juga, aktiviti jetski seperti yang terdapat di Pantai Seri Kenangan di daerah Tutong
juga boleh dilakukan di perairan pulau ini. Ini adalah satu bonus kepada pengemar sukan air
untuk melakukan aktiviti tersebut di perairan pulau ini. Selain itu aktiviti perahu layar yang
sering di buat di Pantai Serasa juga merupakan salah satu aktiviti yang dapat menarik para
pelancong untuk datang ke pulau ini.
29
3.6.1.2 Dari aspek Geografi
i. Tempat perkelahan
Pemandangan yang indah lagi unik yang terdapat dipulau ini menjadikan pulau ini boleh
dijadikan sebagai tempat perkelahan, tempat perkhemahan dan melihat matahari terbenam bagi
pengemar atau pencinta alam semulajadi. Dengan adanya kemudahan-kemudahan yang terdapat
di pulau ini menjadikan pulau ini menarik hari para pelancong untuk menikmati keindahan yang
ada di pulau ini.
ii. Aktiviti Bersukan
Pulau ini mempunyai pasir pantai begitu sesuai untuk aktiviti sukan seperti bola tampar, senaman
dan sebagainya. Aktiviti yang diadakan ini bukan sahaja untuk berhibur malah ianya dapat
mengeratkan hubungan silaturahim sesama pengunjung pulau ini.
Aspek-aspek yang disebutkan di atas merupakan tarikan pelancong dalam dan luar negeri
untuk memilih Pulau Pelompong sebagai salah satu lokasi riadah. Secara tidak langsung
menyumbang kepada peningkatan sumber pendapatan bagi pemilik-pemilik bot yang menjadi
salah satu alat perhubungan untuk sampai ke pulau ini selain daripada menggunakan kayak.
30
3.7 PULAU KAINGARAN
Pulau Kaingaran merupakan “Khazanah Hutan Bakau” kerana pulau ini pada keseluruhannya
ditumbuhi hutan dasar dan hutan bakau. Pulau Kaingaran terletak di Kuala Sungai Brunei
(sebelah timur laut Bandar Seri Begawan) dengan keluasan 25 hektar, berseberangan dengan
padang Golf Mentiri dan Kampong Pengkalan Sibabau, Mukim Daerah Brunei dan Muara.
(Awang Mohd Said,2003)
Gambar 6.0 Pulau Kaingaran
Sumber: Kajian Lapangan pada 25hb Oktober 2012
3.7.1 Sumber Ekonomi Maritim Pulau Kaingaran
Pulau keingaran merupakan tempat bermastautin ikan-ikan besar seperti ikan Merah,
Barabarahan, Ungah, Bekalang, Languran, Pari, Kerapu, Umpak, Taweh, Sapihi, Selungsong dan
kadang-kadang ikan Anuman dan Paita (Berjaya Vision Aquaculture, 2009). Kawasan pulau ini
merupakan tempat perusahaan ikan dalam sangkar yang menyediakan fasiliti bagi aktiviti
memancing dan tempat riadah sekeluarga.
31
Perusahaan Berjaya Vision Aquaculture merupakan ladang ternakan ikan di bawah
Syarikat Awang Hj Dollah Bin Besar dan Anak-Anak. Perusahaan ini bermula pada tahun 2001
dan terletak di kawasan perairan Tanjung Pelumpong. Walau bagaimanapun, disebabkan
keadaan di kawasan perairan Tanjung Pelumpong ini berombak dan air kemerah-merahan,
sangkar ikan ini kemudiannya dipindahkan ke perairan Pulau Kaingaran.
Pada permulaan perusahaan ikan dalam sangkar ini pihak syarikat cuma dapat membuat
sepuluh sangkar untuk tempoh percubaan. Namun pada tahun berikutnya, jumlah sangkar
bertambah sebanyak 96 buah sangkar. Terdapat bermacam-macam jenis ikan dipelihara didalam
sangkar seperti ikan Selungsung, Kerapu, Barabarahan, Ikan Putih (Languran, Kalaketuk, Aliran)
dan Kromis (Tilapia) (Berjaya Vision Aquaculture, 2009).
Gambar 6.1 Sangkar ikan
Sumber: Laman Web Berjaya Vision Aquaculture
Perusahaan ini menjadikan sektor perikanan sebagai salah satu komponen utama ke arah
menjamin sekuriti makanan negara secara berterusan. Sektor tersebut antara lain memainkan
peranan yang unggul bagi memastikan kesinambungan rangkaian pembekalan ikan,
32
menyumbang kepada pendapatan pengusaha dan ekonomi negara, penjanaan peluang-peluang
pekerjaan, perolehan pertukaran wang asing melalui perdagangan luar dan menjamin keutuhan
alam sekitar marin.
Pengeluaran tempatan setakat ini telah dapat memenuhi lebih kurang 70 peratus
permintaan domestik bagi jenis ikan yang terdapat di perairan negara dan juga jenis-jenis ikan
yang dapat dipelihara, tidak termasuk permintaan komoditi ikan yang diproses dan jenis-jenis
ikan yang jumlahnya minimal di perairan negara (Pelita Brunei, t.t)
Selain daripada itu, hutan bakau juga merupakan ekonomi maritim pulau ini.
Kepentingan hutan bakau boleh dibahagikan kepada dua iaitu ‘Kepentingan Ekologi Dan
Biodiversiti’. Hutan bakau penting untuk ekosistem pantai. Detritus hutan bakau yang terdiri
daripada daun-daun yang gugur dan dahan-dahan pokok bakau, menyumbangkan nutrien untuk
persekitaran marin. Detritus ini turut menjadi asas makanan dalam jaringan makanan di hutan
bakau yang menyokong pelbagai jenis hidupan laut yang melibatkan spesis pemakan
detritus seperti ikan belanak dan udang penaeid (Ahmad, t.t).
Selain daripada peranannya sebagai asas makanan, hutan bakau juga merupakan habitat
dan kawasan nurseri untuk ikan-ikan kecil, ketam, udang dan moluska. Banyak ikan dan kerang-
kerangan yang bernilai komersial menggunakan hutan bakau dalam sebahagian kitar
hidupnya. Ini termasuklah udang putih (Penaeus merguiensis, P. indicus, P. vannemei), ikan
kerapu (Epinephelus tauvina), ikan siakap (Lates calcarifer), ketam lumpur (Scylla serrata) dan
belanak (Mugil spp.) Di samping itu, dugong, monyet pemakan ketam, biawak dan penyu turut
menggunakan kawasan ini untuk mencari makanan. Hutan bakau turut menjadi habitat untuk
beberapa spesies haiwan yang diancam kepupusan (Ahmad, t.t).
33
3.7.2 Potensi Pulau Kaingaran
Pulau ini berpotensi untuk diperkembangkan ekonominya. Di bawah ini merupakan beberapa
perkara yang boleh meningkatkan ekonomi maritim pulau ini.
i. Kereta kabel
Kereta kabel (cable car) perlu diadakan di pulau ini agar dapat memudahkan para pelancong
melawat di sekitar kawasan Pulau Kaingaran. Jika kita lihat negara-negara luar seperti Langkawi,
Malaysia dan Stresa, Itali, mereka menggunakan kelebihan cable car ini dalam memperlihatkan
para pelancong keindahan dan kecantikan alam sekitar yang ada di negara mereka.
Secara tidak langsung, jika kita aplikasikannya di negara kita ini dapatlah ianya
mempertingkatkan ekonomi negara dalam menarik banyak pelancong datang melawat dan
mengenali lebih dekat mengenai negara kita Negara Brunei Darussalam.
ii. Jungle trekking
Dengan adanya jungle trekking atau istilah melayunya ‘meredah hutan’, kita dapat melihat
panaroma flora dan fauna yang terdapat di Pulau Kaingaran dan sekaligus dapat menjelajah
sekitar pulau. Ini dapat dijadikan aktiviti riadah bagi para pelancong malahan menarik orang
tempatan itu sendiri beriadah di samping menjaga kesihatan.
iii. River cruise
Pulau ini berpotensi untuk mengadakan river cruise. Ini adalah memudahkan para
pelancong dapat melihat secara dekat pemandangan keindahan alam sekitar dan binatang-
binatang yang terdapat di pulau-pulau dengan menyelusuri river cruise. Mereka juga dapat
34
melihat keindahan alam sekitar yang hijau dan mempunyai pengalaman melihat binatang seperti
buaya dan bangkatan.
4. CABARAN DAN PERSAINGAN DALAM MEMAJUKAN EKONOMI MARITIM
PULAU
Dalam beberapa potensi yang digariskan bagi setiap pulau di atas, cabaran merupakan antara
faktor yang mampu membantutkan kemajuan pulau-pulau yang dikaji. Walau bagaimanapun,
tidak semua pulau-pulau itu menghadapi cabaran dalam memajukan potensi tersebut. Tambahan
pula, tidak semuanya mengalami cabaran yang sama.
Cabaran tersebut adalah berdasarkan kepada faktor geografi, spesies dan habitat yang
terdapat di pulau tersebut dan sebagainya. Antara pulau-pulau yang didapati menghadapi cabaran
dalam potensi kemajuannya ialah Pulau Pilong-pilongan dan Pulau Baru-baru.
4.1 Pulau Pilong-pilongan
Disebalik keinginan untuk memajukan aktiviti selam skuba, snorkeling, kayak,
memancing dan menangkap ikan di Pulau Pilong-pilongan, terdapat impak negatif yang
dijangkakan. Tambahan lagi, jika aktiviti itu dijalankan dengan kerapnya di sesuatu lokasi di
pulau ini. Juga, kesar secara tidak langsung dari aktiviti ini, turut dapat dilihat contohnya sahaja
dengan penggunaan bot, perahu dan apa-apa sahaja pengangkutan air.
35
Dengan semua ini, akan berlakulah kemusnahan terhadap ekologi dan biologikal hidupan
terumbu karang jika tiada ada usaha untuk menyekat atau menghadkan sebarang aktiviti tersebut.
Jika terumbu karang ini terancam, ianya akan memakan masa yang lama untuk tumbuh kembali
semula. Lagipula, kejernihan air lautan pulau Pilong-Pilongan ini akan pudar dan tidak akan
seperti sekarang.
Cabaran yang lain pula ialah kesukaran untuk membangunkan sebarang pembinaan
infrastruktur di kawasan pulau ini umpamanya ialah pembinaan tempat penginapan seperti resort
dan hotel, tempat permainan dan jeti. Memang untuk memajukan ekonomi pulau ini perlu
menyediakan sesuatu tarikan kepada masyarakat negara dan luar negara. Namun, jenis
pembinaan infrastruktur ini boleh memusnahkan kehidupan marin pulau yang sensitif terhadap
perubahan kualiti air laut. Isu ini perlu dititikberatkan bagi mengekalkan kelestarian lokasi serta
mengimbangi jumlah ketibaan pelancong (Ruzanna, Mohammad Firdaus dan et.al, 2011).
Tambahan pula, letak pulau ini yang berada di Teluk Brunei dan keluasan yang tidak
terlalu besar adalah kurang sesuai bagi sebarang pembinaan di atas pulau. Ketidaksesuaian ini
dinilai kepada faktor keselamatan iaitu risiko atau bahaya yang mungkin belaku diakibatkan oleh
ombak yang kuat. Justeru itu, mencegah sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku
adalah lebih baik.
4.2 Pulau Baru-baru
Pulau Baru-Baru tidak memiliki pembangunan atau keistimewaan yang membanggakan dan
yang boleh menyumbang ke arah perekonomian yang berdaya tahan. Jika dibandingkan status
pembangunan ekonomi maritim pulau ini dengan pulau-pulau di Brunei yang lain seperti Pulau
36
Muara Besar, Pulau Berambang, Pulau Pelompong dan sebagainya, adalah nampak jauh
bezanya. Perbezaan ini adalah disebabkan perkara-perkara berikut:-
i. Pulau Baru-Baru ini sukar untuk dimajukan secara drastik kerana pulau ini bukan termasuk di
bawah Rancangan Kemajuan Negara (RKN). Disebabkan inilah, sebarang pembangunan belum
diusahakan oleh mana-mana pihak kerajaan mahupun swasta dalam memperkembangkan sumber
ekonomi pulau ini.
ii. Akses ke Pulau Baru-Baru ini adalah sukar dan terhad terutama dari segi kemudahan
pengangkutan dan keselamatan. Ini adalah kerana kedudukan pulau yang terletak di kawasan
yang cetek sehingga menyukarkan perahu besar dan sederhana untuk membuat perjalanan ke
pulau tersebut. Justeru itu, laluan menuju ke pulau ini menjadikan perjalanan agak rumit sekali.
Walau bagaimanapun, cabaran-cabaran tersebut tidak harus dilihat sebagai halangan
untuk menjana kemajuan ekonomi daripada pulau-pulau tersebut melainkan menjadikan cabaran
sebagai pemangkin untuk melahirkan idea-idea yang bernas bagi memajukan ekonomi melalui
pulau-pulau yang terdapat di Negara Brunei Darussalam.
37
5. KESIMPULAN
Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa pulau-pulau di Brunei sememangnya mempunyai potensi
ekonomi yang tinggi jika ia dimajukan. Kepelbagaian habitat pulau dan keistimewaan tersendiri
pulau-pulau tersebut merupakan antara faktor yang perlu diambilkira untuk memajukan pulau-
pulau di negara ini.
Selain itu, idea dan pemikiran yang bernas pula menjadi pendukung kepada kemajuan
pulau untuk menghadapi cabaran dan persaingan yang dihadapi dalam memajukan pulau-pulau
tersebut.
Tidak dinafikan, adanya pulau yang sesuai untuk dijadikan sebagai tarikan pelancong
namun aspek seperti ombak yang kuat atau kurangnya kawasan atau tapak yang sesuai, tidak
memungkinkan aktiviti pelancongan melainkan mengikut masa yang sesuai (seasonal) seperti
Pulau Pilong-pilong.
Akan tetapi, masih banyak lagi pulau-pulau yang menyediakan kawasan yang sangat
berpotensi besar jika dimajukan seperti Pulau Muara Besar. Ini tidak terhad kepada sektor
pelancongan sahaja tetapi juga sektor-sektor lain seperti perindustrian, kajian dan sebagainya.
Oleh itu, beberapa cadangan perlu diambilkira dalam fasa memajukan pulau-pulau di Brunei
demi mempertingkatkan ekonomi negara, antaranya:-
38
1) Perlindungan spesis-spesis lautan
Bagi melindungi spesis-spesis yang terdapat di kawasan pulau-pulau di Brunei ini daripada
kepupusan perlulah ada inisiatif dari pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti
memperkuatkan undang-undang kepada mana-mana pihak yang mencerobohi pulau larangan dan
meletakkan papan tanda amaran di kawasan pulau tersebut.
Contohnya di Pulau-pulau Pilong-Pilongan. Usaha-usaha telah dilakukan untuk
menyelamatkan pulau berkenaan daripada pencerobohan. Dalam tahun 1965, Pengarah Muzium-
Muzium Brunei menuntut supaya pulau tersebut dilindungi dan dipelihara di bawah undang-
undang kawasan terkawal. Sehinggalah dalam tahun 1975, baharulah pulau berkenaan mendapat
perlindungan di bawah pengurusan Jabatan Muzium-Muzium Brunei, Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan “Akta Barang-Barang Purbakala dan Harta Terpendam 1967” (Abdul Aziz
Pandin, 2010).
Juga terdapat tindakan yang lain seperti usaha kempen pembersihan. Seperti contoh,
kempen kebersihan yang dilaksanakan oleh ahli selam dari Jabatan Perikanan di lautan pulau ini.
Pembersihan itu dibuat bagi membuang sangkar-sangkar ikan yang tersangkut/terikat dengan
terumbu karang di mana ianya boleh memudaratkan kepada organisma air (Brunei Times, 2009).
2) Mempertingkatkan Perusahaan Ikan Dalam Sangkar
Perusahaan ikan dalam sangkar juga boleh dipertingkatkan lagi dengan merangka beberapa
strategi kemajuan. Antaranya ialah meningkatkan penghasilan pemeliharaan ikan-ikan termasuk
pembukaan kawasan-kawasan ternakan ikan yang baru, menggalakkan sistem penternakan ikan
berteknologi tinggi, mengoptimumkan penggunaan tapak-tapak yang sedia ada, penggunaan
39
spesis ikan atau udang yang tidak membawa penyakit dan memantapkan dan memperkesankan
lagi perkhidmatan dukungan yang disediakan kepada pengusaha-pengusaha.
Secara keseluruhannya dapatlah dirumuskan bahawa pulau-pulau di Brunei mempunyai
potensi ekonomi yang besar jika ia dimajukan dengan satu pemikiran jangka panjang sekaligus
menyumbang dan mempertingkatkan ekonomi maritim negara.
top related