pkh perdagangan(bab 2)

Post on 22-Nov-2014

1.600 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

BAB 2

PENUBUHAN DAN PENGENDALIANPERNIAGAAN

Jenis-jenis Bantuan Perniagaan

Bank1. Bank adalah institusi kewangan yang

menyediakan perkhidmatan seperti simpanan bayaran, dan pelbagai pembiayaan yang memudahkan peniaga.

2. Antara beberapa kepentingan perbankan adalah :

a) Menyediakan kemudahan penyimpanan wang.

Bank menyediakan kemudahan menyimpan wang kepada peniaga melalui akaun simpanan, akaun simpanan tetap dan akaun semasa.

b) Menyediakan kemudahan membuat dan menerima bayarani) Bank membuat pembayaran bagi pihak peniaga melalui sistem cek. Cek merupakan arahan pemegang akaun semasa kepada bank untuk membuat bayaran kepada pihak lain.

ii) Pihak bank juga menerima bayaran untuk peniaga. Apabila seseorang peniaga memasukkan cek yang diterimanya ke dalam bank, pihak bank akan memungut bayaran baginya.

c) Menyediakan kemudahan pembiayaani) Bank memberi pinjaman kepada peniaga

melalui kemudahan overdraf dan pinjaman.ii) Kemudahan overdraf adalah diberi kepada pemegang akaun semasa. Kemudahan ini membenarkan pelanggan mengeluarkan wang melebihi jumlah deposit dalam akaun semasanya.

iii) Bank juga memberi pinjaman kepada peniaga melalui pinjaman bercagaran dan kad kredit.

d) Menyediakan perkhidmatan lain Bank juga menyediakan perkhidmatan lain kepada peniaga seperti pertukaran wang asing, cek kembara, peti simpanan selamat, perkhidmatan nasihat dan perundingan serta sebagai pemegang amanah.

BANK PUSAT

1. Bank pusat di Malaysia dikenal sebagai Bank Negara Malaysia(BNM).

2. Bank Negara adalah ditubuh dan dimiliki oleh kerajaan.

3. Bank pusat mengawasi dan mengawal pelaksanaan dasar dan peraturan kewangan yang ditetapkan.

Fungsi Bank Pusat

a. Mengeluar dan mengawal mata wang negara.b. Menjadi jurubank dan penasihat kewangan

kepada kerajaan.c. Menjadi jurubank dan peminjam terakhir

kepada bank perdagangan.d. Mengawal penghantaran wang ke luar

negara.

e. Menyediakan tempat penjelasan cekf. Melaksanakan dasar-dasar kewangan

kerajaan.

Bank Perdagangan

1. Merupakan institusi kewangan yang diurus dan dimiliki sepenuhnya oleh swasta.

2. Bank perdagangan memberi perkhidmatan kepada orang ramai dengan tujuan mendapat keuntungan.

3. Contoh bank perdagangan di Malaysia adalah:

a. Malayan Banking Berhad

b. Public Bankc. CIMB Bankd. Hong Leong Bank Berhad

Fungsi bank perdagangan

a. Menerima dan menyimpan wang melalui akaun simpanan, akaun simpanan tetap, dan akaun semasa.

b. Menyediakan perkhidmatan pertukaran mata wang asing.

c. Kad kredit dan kad ATMd. Peti simpanan selamate. Menjual cek kembara

f) Perkhidmatan wasiat dan pemegang amanah g) Perbankan elektronikh) Memberi khidmat nasihat dan pelaburani) Menjadi perujuk atau mengeluar surat

rujukan

Bank Saudagar

1. Bank yang hanya menawarkan perkhidmatan kepada badan perniagaan yang besar seperti syarikat berhad.

2. Bank saudagar tidak menyediakan perkhidmatan kepada orang awam.

3. Contoh-contoh bank saudagar seperti a) AmMerchant Bank Berhadb) RHB Sakura Merchant Bank Berhad

4. Fungsi bank saudagar:a) Memberi pinjaman kepada syarikat besarb) Menerima simpanan daripada syarikat besar.c) Membantu mengurus pelaburan bagi pihak

syarikat berhad agar dapat keuntungan.d) Membantu syarikat berhad dalam

pengambilalihan dan pencantuman syarikat berhad

e) Membantu syarikat berhad menerbitkan syer dan debentur dan juga menyenaraikan syer di Bursa Saham.

Bank badan berkanun

1. Bank badan berkanun adalah dimiliki oleh kerajaan kerana modalnya disumbang oleh kerajaan.

2. Bank badan berkanun adalah ditubuhkan oleh kerajaan bagi menyedia perkhidmatan dalam sektor-sektor tertentu.

3. Tiga jenis contoh bank badan berkanun:a) Bank simpanan Nasional.

Untuk menggalakkan orang ramai menyimpan wang secara kecil-kecilan.

b) Bank Pembangunan Malaysia Berhad.Untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor perniagaan dan perindustrian.

c) Bank Pertanian Malaysia/Agro BankUntuk menggalakkan pembangunan dan perkembangan sektor pertanian.

Bank Koperasi

1. Bank koperasi adalah bank yang ditubuh untuk menjaga dan melindungi kebajikan dan kepentingan anggotanya.

2. Bank koperasi ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1948 untuk mempergiatkan pergerakan koperasi dan semangat bekerjasama di antara ahlinya.

3. Bank koperasi mendapat modal melalui jualan saham dan simpanan daripada anggotanya.

4. Contoh bank koperasi:

a. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atau Bank Rakyat.

b. Bank Persatuan Malaysia Berhad.

Fungsi bank koperasi :

a. Memberi pinjaman kepada anggotanya.b. Menyediakan kemudahan akaun simpanan

dan simpanan tetap.c. Membuat pelaburan dalam projek

pembangunan dan sebagainya.

Bank Islam

1. Bank Islam ditubuhkan mengikut Akta Bank Islam 1983 yang menjalankan aktivitinya mengikut syariah Islam.

2. Contoh bank Islam ialah :a) Bank Islam Malaysia Berhadb) Bank Muamalat Malaysia Berhad

Ciri-ciri bank Islam

1. Tidak membenarkan riba.a) Ini bermakna bank Islam tidak menerima dan

membayar faedah atas pelaburannya.b) Bank Islam tidak boleh membeli bon dan sekuriti

kerajaan yang berasaskan faedah.c) Akta Pelaburan Kerajaan 1983 telah dilulus bagi

kerajaan menerbit sijil atau bon pelaburan kerajaan berdasarkan syariah Islam. Hal ini membolehkan Bank Islam melabur sijil tersebut bagi mengikuti keperluan rizab yang ditetapkan.

2. Konsep perkongsian untung rugia) Konsep ini diamal bagi mengganti konsep

faedah.b) Ini bermakna semua pelaburan dan simpanan

yang dibuat di bank Islam akan dibayar bahagian keuntungan yang diperoleh oleh bank.

3. Tidak membenarkan unsur maisir(perjudian)dan gharar(ketidakpastian).a) Bank Islam tidak akan membiayai projek yang

berunsur perjudian seperti kasino dan loteri.b) Bank Islam juga tidak akan membuat pelaburan

yang mempunyai unsur gharar seperti ketidakpastian, penindasan, penipuan, dan ketidakadilan kepada mana-mana pihak. Oleh itu, aktiviti spekulasi adalah dilarang sama sekali.

Prinsip-prinsip Bank Islam

1. Tiga prinsip syariah yang diamalkan oleh bank Islam ialah :

a) Al-Mudharabah(Perkongsian untung)i) Merupakan perjanjian antara pihak bank dengan pelanggan dalam mengusahakan sesuatu projek.ii) Keuntungan daripada projek akan dibahagi antara kedua-dua pihak mengikut kadar yang dipersetujui.

iii) Jika berlaku kerugian, pelanggan akan menanggungnya kecuali kerugian itu disebabkan oleh kecuaian bank.

b) Al-Musyarakah(Usaha sama)i) Merupakan perjanjian perkongsian antara bank dengan dua atau lebih pelanggan yang bersama-sama mengendalikan sesuatu projek untuk mencari keuntungan.

ii) Keuntungan yang diperoleh akan dikongsi bersama mengikut nisbah yang telah dipersetujui.

iii) Jika mengalami kerugian, kerugian tersebut akan dikongsi bersama mengikut kadar sumbangan modal mereka.

c) Al-Wadiah(Simpanan)i) Merupakan perjanjian untuk menyimpan

harta.ii) Pihak bank bertanggungjawab ke atas

keselamatan harta dan wang tunai yang diamanahkan oleh para pelanggan.

Perkhidmatan-perkhidmatan lain bank Islam.

a) Menerima simpanan daripada orang ramai melalui akaun semasa, akaun simpanan, dan akaun pelaburan.

b) Memberi pinjaman dan membiayai projek melalui prinsip Al-Mudharabah, Al-Bai-Bithaman-Ajil, Al-Ijarah, Al-Qard-Al-Hassan, Al-Bai-At-Takjiri.

c) Membiayai perniagaan berdasarkan Al-Musyarakah dan Al-Wakalah.

d) Lain-lain perkhidmatan seperti pertukaran wang asing, menjual cek kembara, menjadi pemegang amanah, dan mengurus pelaburan bagi pihak pelanggan.

Perbezaan antara bank Islam dengan bank konvensional

Aspek Bank Islam Bank konvensional

Urus niaga Berpandukan kepada prinsip-prinsip dan hukum syarak.

Berdasarkan undang-undang dan peraturan Akta Syarikat.

Faedah atau riba Tidak dibenarkan faedah dan riba.

Faedah menjadi amalan biasa dan merupakan sumber pendapatan.

Pulangan kepada pemegang akaun

Pemegang akan dibayar pembahagian keuntungan.

Pemegang akan dibayar ganjaran faedah.

Peranan bank Bank dan pelabur merupakan rakan kongsi.

Bank bebas melakukan pelaburan yang menguntungkan.

Pelaburan Pelaburan bebas daripada unsur gharar.

Bank bebas melakukan pelaburan yang menguntungkan.

Akta Ditubuhkan di bawah Akta Bank Islam 1983

Ditubuhkan di bawah Akta Bank dan institusi-institusi kewangan 1989.

top related