perisian aplikasi 2.3.2

Post on 14-Dec-2014

4.077 Views

Category:

Technology

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

PENGALAMAN ANDA!!!

PERISIAN APLIKASIPERISIAN APLIKASIDISEDIAKAN OLEH SURIYANA AHMAD

SAMALUDIN (GURU PRAKTIKAL)

JENIS-JENIS PERISIAN KOMPUTER

Perisian Komputer

Perisian Sistem

Sistem Pengoperasian

Aturcara Utiliti

Pemacu Peranti

Penterjemah Bahasa

Perisian Aplikasi

Sumber Terbuka

Proprietary

PEMPROSESAN PERKATAAN (WORD PROCESSING)

HAMPARAN ELEKTRONIK

(SPREADSHEET)PANGKALAN DATA

(DATABASE)

PERSEMBAHAN (PRESENTATION)

GRAFIK

PENERBITAN ATAS MEJA

Aturcara yang mengenalpasti aktiviti pemprosesan untuk menyelesaikan tugas-tugas atau masalah-masalah tertentu.

Perisian aplikasi merupakan program yang mengarahkan komputer untuk membuat apa yang kita perlukan. Misalnya ia digunakan untuk memproses perkataan, membentuk pangkalan data, membentuk dokumen yang menarik, membuat carta dan lain-lain lagi.

PERISIAN APLIKASI

JENIS-JENIS PERISIAN APLIKASI

PEMPROSESAN PERKATAAN

(WORD PROCESSING)

HAMPARAN ELEKTRONIK

(SPREADSHEET)

PERSEMBAHAN (PRESENTATION

)

PANGKALAN DATA

(DATABASE)GRAFIK PENERBITAN

ATAS MEJA

PEMPROSESAN PERKATAAN (WORD PROCESSING)

Perisian pemprosesan perkataan merujuk kepada perisian yang digunakan untuk mengolah, menyusun dan membentuk teks, menyimpan dan mencetak dokumen.

PEMPROSESAN PERKATAAN

Mempunyai ciri-ciri utama semasa menyediakan dokumen:- Menghasilkan dokumen dengan

memasukkan teks (Writing), teks yang berbeza saiz, font dan stail sama ada digariskan atau dihitamkan.

Menyunting dan mengubah teks (Editing).

Memadam teks (Deleting). Menyelaraskan rupa bentuk dan

penampilan dokumen (Formatting).

PEMPROSESAN PERKATAAN

Menyisip, menyalin dan menampal teks (Copy & Paste).

Menyemak ejaan dan tatabahasa (Spelling & Grammar)

Mencari perkataan seerti atau sinonim (Thesaurus).

Mengimport grafik dari mana-mana sumber (Insert).

Menyimpan hasil untuk diedit semula (Save). Beberapa salinan cetakan boleh dibuat pada

dokumen yang asal (Print). Membina surat dengan membuat cantuman mel

(Mail Merge). Membina Header dan Footer. Membina Jadual dan Indeks dan lain-lain.

Untuk perisian pemprosesan perkataan anda perlukan :- Komputer (Papan Kekunci). Monitor untuk skrin paparan. Pencetak. Storan.

Contoh perisian Pemprosesan Perkataan ialah seperti Word Perfect, Easy Word, Open Office, Wordstar, Ami Pro, Lotus Word Pro, MS Word dan KWord.

Microsoft Word

HAMPARAN ELEKTRONIK

(SPREADSHEET)

Aplikasi yang memproses maklumat dalam bentuk “table”. Sel table ini akan memegang nilai seperti formula matematik.

Membenarkan pengguna mengorganisasi dan memanipulasi data dalam bentuk baris dan lajur.

Menyediakan fungsi-fungsi ruang sedia dibangunkan untuk statistik, kewangan, logikal, pangkalan data, grafik, data dan pengiraan masa.

Digunakan untuk analisa dan merancang perniagaan.

Berupaya untuk menterjemahkan data ke dalam bentuk grafik.

Contoh Perisian Hamparan Elektronik adalah seperti MS Excel, Lucid, Lotus 123, Quattro Pro, EasySpreadsheet, Open Office Calc dan K Spread.

PANGKALAN DATA (DATABASE)

Pangkalan data merupakan himpunan data-data berkaitan yang dikongsi bersama oleh pelbagai kategori pengguna bagi memenuhi kehendak dan keperluan maklumat sesebuah organisasi.

Contoh kegunaan pangkalan data :a. Perpustakaan b. Pasarayac. Kad kreditd. Pelancongan

Microsoft Access

Lotus Approach

Clipper

SoftBASE

PERSEMBAHAN (PRESENTATION)

Perisian aplikasi yang membenarkan pengguna mereka visual untuk persembahan bagi tujuan berkomunikasi, memberi mesej dan maklumat kepada kumpulan atau audien yang ramai.

Perisian ini akan menghasilkan aplikasi dalam bentuk persembahan. Biasanya ia digunakan untuk mempersembahkan sesuatu hasil kerja, mesyuarat dan juga promosi sesuatu barangan.

Contoh perisian Aplikasi Persembahan adalah seperti MS Powerpoint, EasyPresentation, Open Office Impress dan K Presenter.

GRAFIK (GRAPHICS EDITING)

Aplikasi yang membenarkan pengguna bekerja dan membuat penggubahan ke atas maklumat bukan teks seperti lukisan, carta dan gambar.

Ia memerlukan pengguna mempunyai kebolehan merekacipta, memanipulasi dan mencetak grafik.

Membantu membuat persembahan, membangunkan brochur dan ilustrasi.

Contoh perisian Grafik adalah seperti CorelDraw, MsPaint, GIMP, Adobe Photoshop, Paint.NET, Photoscape.

PENERBITAN ATAS MEJA

Menyediakan keupayaan bahan penerbitan yang bermutu profesional kepada pengguna. Surat – surat yang dihasilkan mengandungi teks yang berbeza bentuk, saiz , gaya  dan juga dari segi grafik, tetapi boleh dihasilkan atas meja.

Penerbitan Atas Meja membolehkan pengguna menambah gambar dan grafik atau menyerlah teks dengan ciri format khas.

Ianya untuk memudahkan penghasilan risalah, bahan edaran dan dokumen.

Contoh perisian Penerbitan Atas Meja adalah seperti Desktop Publisher, PageMaker, QuarkXPress, Microsoft Publisher dan Scribus.

Desktop publisher

Pagemaker

QuarkXPress

Microsoft Publisher

Transitional Page

top related