perintah am bab a
Post on 14-Jun-2015
2.241 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Pegawai Awam (Pendidikan):
Akta Pendidikan Etika Perguruan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan Perintah Am Pekeliling-pekeliling ikhtisas
PERINTAH AM BAB A
LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT
DIKELUARKAN DI BAWAH KUASA DYMM YANG DIPERTUAN AGONG
FASAL (2) PERKARA 132 DALAM PERLEMBAGAAN
MULAI KUATKUASA 1HB. MEI 1973(LAMA 1 JULAI 1958)
BAHAGIAN SATUFasal l : Syarat-syarat lantikan
Fasal ll : Urusan Pengambilan dan Perlantikan
Fasal lll : Tempoh Percubaan dan Perlanjutannya
Fasal lV : Penetapan Gaji Masuk
Fasal V : Pengesahan Dalam Jawatan dan Kemasukan Dalam Perjawatan Berpencen
Fasal Vl : Tarikh Perlantikan Kekanan dan Tarikh Kenaikan Gaji
BAHAGIAN DUAFasal Vll : Kenaikan Pangkat
BAHAGIAN TIGAFasal VIII : Penamatan Kerja dan Notis Berhenti Kerja
Fasal lX : Umur Bersara
BAHAGIAN EMPATFasal X : Perintah-Perintah Am Peralihan
1.Pemakaian
Bab ini akan dipakai bagi semua lantikan dan kenaikan pangkat ke jawatan-jawatan persekutuan
2.Pengecualian (ditetapkan oleh surahanjaya)
3. Tafsiran
Jabatan Ketua Jabatan Kenaikan pangkat - ..dari satu tingkatan ke satu tingkatan yang
lebih tinggi dalam satu skim yang sama Lantikan – termasuk lantikan yang pertama ke dalam
perkhidmatan kerajaan dan sebarang perlantikan pegawai sedang berkhidmat ke dalam skim perkhidmatan yang lain
Pegawai Persekutuan Pegawai dalam Perjawatan Persekutuan Pegawai sedang khidmat – termasuk pegawai dalam
percubaan, sementara, pinjaman dan kontrak Perkhidmatan Gunasama (PTD, Pegawai Akaun) Surahanjaya – SPA, Kehakiman, Polis
Bahagian Satu (lantikan)
Fasal l Lantikan
Per. 1 Syarat-Syarat Am Lantikan dan Perkhidmatan
4. Jawatan untuk warganegara sahaja
5. Perlantikan bukan warganegara (tiada calon dari warganegara sendiri; di seberang laut – lantik secara kontrak / sementara atas kebenaran dan syarat khas bagi masa terhad sahaja
6. Permohonan dar bekas pegawai yang berhenti – tidak boleh diambil balik dalam apa jua jawatan melainkan kebenaran khas
7. Permohonan dari pegawai yang dibuang/tamatkan kerja
a. Atas sebab tata tertib atau kerja yang tidak memuaskan – tidak boleh dilantik semula dalam apajua jawatan kecuali kebenaran khas/luarbiasa
b. Tidak lulus periksaan yang diwajibkan
c. Dasar mengurangkan kakitangan
8. Perlantikan Pegawai sedang berkhidmat Suruhanjaya berhak melantik pegawai-
pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat dalam satu skim perkhidmatan ke satu jawatan yang lain dalam mana-mana skim perkhidmatan.
9. Perlantikan mengikut skim-skim perkhidmatan yang telah diluluskan oleh kerajaan
10. Hari Jadi
a. Kalender Gregory
b. Hanya tahu bulan – akhir bulan
c. Hanya tahu tahun – 31 Disember
d. Lahir 29 Februari – 1 Mac
12. Jawatan-jawatan kosong perlu diiklan Semua jawatan kosong yang hendak diisi terlebih dahulu diiklankan :
Surat KhabarSurat PekelilingPapan Kenyataan JabatanMedia Elektronik
15. Kewajipan menunaikan sebarang tugas Seseorang pegawai adalah dikehendaki
menjalankan segala tugas-tugas jawatannya dan lain-lain tugas yang sesuai yang ia mungkin diarahkan untuk menjalankan dari semasa ke semasa.
16. Pertukaran ke mana-mana
- Boleh diarahkan berkhidmat di mana-mana sahaja oleh kerajaan
17. Pegawai boleh dipinjamkan :mana-mana kerajaan, badan-badan berkanun / swasta mengikut syarat yang ditetapkan 18. Pegawai dikehendaki mematuhi
Pekeliling dan lain-lain perintah
Fasal ll. Urusan Pengambilan dan Perlantikan
19. Bentuk Iklan jawatan dalam surat khabar :- Nama dan taraf jawatan- Tanggagaji- Kelulusan dan kelayakan- Tarikh tutup permohonan- Alamat di mana permohonan mesti
dikirimkan
20. Tanggungjawab Ketua Jabatan Sedia draf iklan Jumlah kekosongan perlu diisi
21. Permohonan dari Pegawai kerajaan- Mesti melalui ketua jabatan- Kenyataan Perkhidmatan yang lengkap- KJ Suruhanjaya
22. Tawaran dan pemberitahu oleh Suruhanjaya Tawaran dibuat melalui KJ bagi calon berjaya Memberitahu calon tidak berjaya.
Butir-butir perlu ada dalam tawaran
•Nama jawatan
•Gaji masuk
•Tangga gaji
•Tempoh percubaan
•Kewajipan bertugas di mana
•Syarat mematuhi perintah dan peraturan
23. Surat akuan doktor dan surat sumpah Tujuan : Sihat dan tidak ada rekod jenayah
24. Surat terima dan pegang Ketua jabatan hendaklah hantar kepada
suruhanjaya :
a. Surat penerimaan jawatan
b. Surat akuan doktor
c. Surat sumpah
Lantikan calon tidak berapa sihat Boleh dilantik kalau keadaannya tidak teruk Dikenakan segala syarat Tidak dimasukkan ke jawatan pencen
sebelum 10 tahun atau dilaporkan betul-betul sihat.
KJ boleh memanggil lembaga perubatan (bab F) untuk menamatkan atau menyarakan kalau keuzuran perlu tindakan sedemekian
Fasal lll. Tempoh percubaan dan perlanjutannya 26. (dibatalkan)
27. Tempoh percubaan bagi pegawai yang baru dilantik. Pegawai baru dilantik dikenakan tempoh percubaan tiga tahun dan boleh disahkan selepas tiga tahun28. Tempoh bagi pegawai dalam percubaanPegawai dalam percubaan dilantik ke jawatan lain perlu lalui tempoh percubaan penuh.29. Tempoh bagi tugas luar biasaBudicara sama mengena atau tidak tempoh percubaan perlantikan pegawai kelayakan istemewa
30. Perlanjutan tempoh percubaan
Boleh dilanjutkan atas pertimbangan Suruhanjaya dan ada sebab munasabah (denda atau tiada denda) dengan adanya sokongan ketua jabatan. KJ perlu mnegemukakan kpd Surahanjaya sebab berlaku keperluan perlanjutan.
31. Kehilangan kekananan kerana denda
(hanya akan terima gaji akhir sebelum perlanjutan tempoh percubaan, juga akan hilang kekananan.
Fasal lV. Penetapan Gaji Masuk 32. Lantikan pertama – gaji permulaan dalam
tanggagaji jawatan. 33. Pegawai tetap dapat jawatan baru –
diletak di mata gaji tertinggi berhampiran.
34. Penetapan gaji luarbiasaSJ – boleh meletakkannya ke mana-mana
mata dalam tanggagaji tingkatan biasa mengikut budibicaranya.
STRUKTUR GAJI
A. GAJI POKOK (AMAUN DITETAPKAN)
B. IMBUHAN TETAP (eka, perumahan, keraian, gred khas)
C. KOMPONEN BERUBAH (imbuhan tahunan, insentif kritikal)
Fasal V. Pengesahan Dalam Jawatan dan Kemasukan Dalam Perjawatan Berpencen 35. Pengesahan Jawatan : a) Telah menjalani tempoh percubaan dengan jayanya
b) Hadir kursus Induksi
c) Lulus peperiksaan ditetapkan
d) Dapat sokongan / perakuan ketua jabatan
36. Tanggungjawab KJ (pengesahan)
a) Kemukakan perakuan – (Suruhanjaya)
b) 3 bulan sebelum tamat tempoh percubaan
37. Tarikh pengesahan pegawai lanjut tempoh percubaan:
i) Tarikh pertama lulus peperiksaan
ii) Tarikh berjaya mendapat sokongan KJ
38. Perletakan dalam Perjawatan berpencen.
(Pegawai disah diberi pertimbangan untuk taraf berpencen setelah berkhidmatn tidak kurang daripada 3 tahun
39. Kemasukan taraf pencen sekali saja
40. Pemberitahu pengesah dan lain-lain
(Tanggungjawab suruhanjaya)
Fasal VI. Tarikh Perlantikan Kekananan dan Tarikh Kenaikan Gaji
Perlantikan
41. Pegawai Baru:
Tarikh ia melapor diri bertugas. Terpakai juga bagi pegawai dalam perkhidmatan yang dilantik ke satu jawatan baru
42. Pegawai Sementara:
Tarikh perlantikan pegawai sementara ke jawatan tetap yang serupa dikira dari hari pertama temuduga jawatan tersebut
43. Tarikh Kekananan
Mengikut tarikh perlantikannya Bila terdapat ramai pegawai yang sam
tarikh perlantikannya, maka tarikh kekananan ditentukan mengikut susunan bilangan pilihan temuduga SJ
44. Pegawai yang kembali ke jawatan asal lamanya mengikut Perintah Am 13 akan terus memegang kekananan asalkan dalam jawatan yang lamanya itu
45. Kaedah Pergerakan Gaji
Pergerakan gaji secara statik, mendatar, menegak dan melintang digantikan dengan Pergerakan Gaji BIASA dan ANJAKAN Gaji
Anugerah cemerlang RM 1000/tahun Sokongan KJ46. Bagi pegawai dalam tempoh percubaan
akan diberi kenaikan gaji seperti yang disyaratkan
47. Mendapat semula tarikh lama kenaikan gaji Bagi pegawai yang ditangguh kenaikan
gajinya kerana tidak dapat disahkan dalam jawatan akan diberi semula tarikh kenaikan gajinya oleh KJ apabila ia telah disahkan dalam jawatannya. Penyelarasan gaji perlu dilakukan mengikut peringkat ia patut terima dan dibayar dari tarikh ia disahkan dalam jawatan
48. Kenaikan gaji selepas lulus peluang pertama kali
Bagi pegawai yang lulus pertama kali maka ia akan menerima kenaikan gaji dari tarikh kenaikan gaji asalnya
49. Kenaikan gaji semasa bercuti separuh gaji dan tanpa gaji
Bagi pegawai yang bercuti separuh gaji atau tanpa gaji, tidak melebihi 180 dalam satu tahun layak dipertimbangkan pergerakan gaji
Pegawai yang cuti berkursus bergaji penuh melebihi 6 bln layak dipertimbangkan pergerakan gaji tahunan tertakluk kepada Laporan Kemajuan Kursus
BAHAGIAN 2
Fasal Vll. Kenaikan Fasal Vll. Kenaikan PangkatPangkat
50. Dasar Kenaikan Pangkat Atas dasar kebolehan mengikut
kecekapan dalam menjalankan tugas dan sifat-sifat peribadi, kelulusan serta pengalaman yang sesuai dgn jawatan.
Kekananan akan hanya diambil kira apabila dua atau lebih pegawai itu didapati mempunyai kebolehan yang sama
51. Pegawai dalam 51. Pegawai dalam pinjamanpinjaman
Setiap pegawai yang dipinjamkan atau ditukar sementara ke lain Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun atau Badan Swasta adalah layak untuk pertimbangan kenaikan pangkat mengikut perbekalan dalam skim perkhidmatan asalnya
52. Pengisian naik pangkat 52. Pengisian naik pangkat tanpa iklantanpa iklan
Bagi pengisian kekosongan tanpa iklan, KJ hendaklah membuat perakuan kepada Lembaga Kanaikan Pangkat dengan melampirkan satu senarai pegawai yang layak dipertimbangkan berserta butiran yang diperlukan
53. Pengisian naik pangkat 53. Pengisian naik pangkat dengan iklandengan iklan
Bagi kenaikan pangkat gunasama, pemberitahuan hendaklah dibuat oleh Ketua Perkhidmatan menerusi surat pekeliling warta Kerajaan. Bagi kekosongan dalam jabatan, KJ hendaklah mengiklankan kekosongan melalui pekeliling jabatan
54. Meluaskan lingkungan kenaikan 54. Meluaskan lingkungan kenaikan pangkatpangkat
Apabila berlaku tidak cukup pegawai yang sesuai mengisi semua kekosongan dalam satu-satu urusan kenaikan pangkat maka KJ boleh meluaskan lingkungan kenaikan pangkat dengan syarat memperolehi persetujuan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
55. Tarikh Kenaikan Pangkat55. Tarikh Kenaikan Pangkat1. Kepada tingkatan…dari tarikh kekosongan berlaku atau tarikh
pegawai itu berkelayakan untuk naik pangkat yang mana terkemudian.
2. Kekosongan timbul kerana pemegang nya bersara…dari tarikh pemegang nya bercuti sebelum bersara
3. Kekosongan yang baru diadakan atau dinaikan taraf…dar tarikh jawatan itu diwujudkan atau dinaikan taraf
4. Kepada Jawatan (Tingkatan Tertinggi ‘D’ dan ke atas)…mulai dari tarikh pegawai menjalankan tugas jawatan.
Tarikh sebenar kenaikan pangkat bergantung kpd tarikh yang ia didapati layak dan sesuai oleh Lembaga Kenaikan Pangkat dan tidak lebih awal.
56. Perletakan dalam tangga gaji 56. Perletakan dalam tangga gaji naik Pangkatnaik Pangkat. Bagi pegawai yang dinaikkan pangkat ke satu
jawatan yang mempunyai tangga gaji tertentu harus mengikut peraturan:
Jika gaji terakhir dalam tingkatan lamanya adalah lebih rendah daripada gaji permulaan dalam tingkatan barunya, ia akan menerima gaji permulaan dalam tingkatan barunya.
Jika sama atau lebih tinggi, ia akan mendapat gaji di mata tertinggi yang berhampiran dalam tangga gaji jawatan barunya.
Tarikh kenaikan gaji naik Tarikh kenaikan gaji naik pangkatpangkat
Tarikh kenaikan adalah pada hari genap ulangtahun kenaikan pangkat tersebut.
Jika tarikh kenaikan pangkat itu ialah satu haribulan, danpada satu haribulan bulan berikutnya bila tarikh kenaikan pangkat itu bukannya satu
haribulan
BAHAGIAN TIGA
VIII. PENAMATAN KERJA DAN NOTIS BERHENTI KERJA
Kuasa Menamatkan Perkhidmatan
Kuasa menamatkan perkhidmatan hendak lah tidak rendah daripada kuasa yang boleh melantik seseorang pegawai. Sebelum ditamatkan perkhidmatan, pegawai diberi peluang membela diri dalam tempoh tidak kurang 14 hari.
Sebab-sebab kerja ditamatkan…
1. Menyembunyi maklumat tentang kesihatan atau membuat sumpah palsu.
2. Tidak lulus peperiksaan3. Tidak mendapat sokongan KJ4. Dasar mengurangkan kakitangan5. Tindakan tata tertib 6. Kerja tidak memuaskan7. Tidak lulus and tidak mengikuti Kursus Induksi
Notis Berhenti Kerja / Letak Jawatan
Pegawai perlu memberi Notis berhenti1. Pegawai Telah Sah – 3 bulan notis / satu jawatan
bulan gaji2. Pegawai percubaan / sementara– 1 bulan Notis/
satu bulan gaji3. Pegawai Kontrak – menurut syarat kontrak4. Serta merta – 1 bulan gaji
Notis Berhenti Pegawai ada IKATAN
Sebelum memberi notis behenti semua hutang kerajaan mesti diselesaikan.
Melainkan jikalau telah diberi pengecualian tertentu oleh kerajaan termasuk syarat terpaksa berkhidmat bagi masa tertentu yang belum selesai lagi
Pertimbangan Khas Memendekkan Notis
a. Dalam keadaan tertentu sahaja Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam boleh membenarkan tempoh notis berhenti kerja itu dipendekkan
b. Seseorang pegawai, sementara atau tetap, yang dilantik ke satu jawatan kerajaan yang lain tidak dikehendaki meletakkan jawatannya
PERSARAAN
Persaraan Persaraan adalah mengikut peruntukan
dalam Akta 227/ Akta Pencen 1980. Tidak seorangpun pegawai mempunyai
hak mutlak utk mendapat pampasan bagi perkhidmatan yang lepas atau untuk mendapat apa-apa pencen, ganjaran atau lain-lain faedah di bawah Akta ini
Jika YDPA berpuas hati bahawa seseoarang pegawai bersalah atas kecuaian, salah aturan atau salahlaku.
YDPA boleh mengurangkan atau menahan pencen, ganjaran atau lain-lain faedah
Syarat:
a. Umur mencapai 56 tahun
b. Disahkan dalam jawatan
c. Diberi taraf berpencen
Jenis Persaraani. Wajid had umur 56 tahunii. Bersara pilihan (L – 40; P- 40)iii. Atas alasan kesihataniv. Atas sebab penghapusan jawatanv. Atas sebab penyusunan semula organisasivi. Atas sebab kepentingan awam; negara;
Perkhidmatan Awamvii. Persaraan dilantik ke Pertubuhan Antara
bangsa atau Perniagaan
Syarat Perkhidmatan
i. Jawatan Tetapii. Disahkan dalam jawatan terakhiriii. Dimasukkan ke dalam jawatan tetap
dan berpenceniv. Perkhidmatan yang boleh diambilkira
sahajav. Cukup umur mengikut Akta Pencen
1980
Faedah Persaraan
1. Ganjaran Perkhidmatan
2. Pencen Perkhidmatan
3. Wang Tunai sebagai gantian cuti rehat jika ada cuti rehat yang terkumpul
Tempoh Penerimaan PencenPencen Wajib & Pilihan: Di bayar seumur hidup Jika terlibat dengan kes jenayah atau
diistiharkan bankrap, pencen akan diberhentikan. Elaun tanggungan nafkah akan dikurniakan kepada isteri atau anak-anak.
Pencen dipulihkan semula selepas pengampunan dari YDPA atau pelepasan mahkamah bagi kes bankrap
Tempoh Penerimaan Pencen
Jika pesara mati, balu atau duda dan anak-anak di bawah umur 21 yang masih belum berkahwin akan dibayar pencen terbitan sebanyak pencen yang dibayar pada pencen.
Pencen dikurangkan 70% selepas 12 ½ tahun dari tarikh kematian pesara
Pencen tidak terhenti jika balu atau anak-anak berkahwin semula.
Pencen atas sebab kesihatan
Terpakai kepada pegawai yang telah disahkan dalam jawatan dan keputusan persaraan bergantung kepada laporan Lembaga Perubatan:
a) Apabila pegawai telah menghabiskan semua cuti sakit dan masih tidak sihat
b) Apabila pegawai perubatan berpendapatan tidak ada harapan penyakitnya akan sembuh
c) Bila pegawai mengambil cuti 45 hari cuti setahun selama 3 tahun berturut-turut
d) Apabila kewarasan dan kesihatan badan diraguie) Pegawai menghidapi penyakit kronik:TB, kusta f) Tercedera semasa bertugas
Jika persaraan atas sebab kesihatan berpunca dari bencana yang ditimpa semasa menjalankan tugas rasmi atau bencana akibat penyakit yang berpunca dari perjawatan dan kemalangan bukan dari kecuaian atau kelalaian, pegawai layak mendapat ganjaran dan pencen pesara (Pencen Hilang Upaya)
PHU bergantung kepada darjah kecacatan yang ditentukan oleh Lembaga Perubatan
Persaraan Pilihan Sendiri Surat pengesahan daripada KJ pegawai
adalah diperlukan bagi mengesahkan persaraan pilihan sendiri.
Usia pilihan 40 dan pencen dibayar pada usia 45 bagi perempuan dan 50 bagi lelaki.
Mengambilkira perkhidmatan lepas Sekiranya terdapat perkhidmatan lepas
pegawai yang tiada dicatatkan di Kenyataan Perkhidmatan, permohonan hendaklah dikemukankan ke bahagian pencen supaya perkhidmatan itu dapat dipertimbang kan untuk diambil kira.
Tempoh Perkhidmatan Yang Terputus
Tempoh perkhidmatan yang terputus kerana bercuti tanpa gaji untuk berkursus boleh diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah persaraan dengan syarat:
1. Pegawai diberi kelulusan cuti belajar tanpa gaji / biasiswa
2. Kursus berkaitan dgn perkhidmatan3. Pegawai kembali bertugas dengan kerajaan
selepas tamat kursus
Tanam SelasihTanam Ubi KayuTerima KasihThank you
top related