perdgan rome
Post on 29-Dec-2015
59 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
PENDAHULUAN
Menurut lagenda Rom, Rom merupakan penerusan kepada Troy yang
dimusnahkan oleh Greek. Romulus dan Remus telah menemui Lembah Latium pada
tahun 753 B.C. Kedua-dua beradik ini seterusnya bertengkar berkenan dengan kawasan
yang baru mereka temui. Romulus telah berjaya membunuh Remus dan menjadi
pemerintah serta menamakan tempat yang ditemuinya itu dengan Rom, sempena
namanya. Romulus telah membina kerajaan Rom dan berasaskan pemerintahan bercorak
monarki.
Kemunculan Rom juga amat berkaitrapat dengan kawasan lembah sebagai asas
petempatan seperti tamadun yang lain. Tamadun Rom muncul di Lembah Latium di
sekitar Sungai Tiber. Kawasan ini merupakan kawasan yang berpotensi sebagai sebuah
petempatan. Petempatan ini telah didiami oleh masyarakat yang dikenali sebagai Latin
sejak abad ke-8 S.M. Para pengkaji arkeologi, menyatakan saiz fizikal petempatan awal
Rom ini lebih kecil berbanding dengan negara kota Athens dan Sparta.1
Para Sejarahwan tidak pasti dengan kemunculan Rom kerana kemunculannya
dikaitkan dengan lagenda yang dipegang kuat oleh penduduk Rom. Mereka berpendapat
bahawa, orang Latin telah mendiami kawasan Rom seawal 1000 B.C. Penduduk ini
dikatakan membina pondok di atas salah satu bukit di sekitar Lembah Latium,
mengembalakn ternakan, dan bercucuk tanam. Penduduk awal Rom ini terdiri daripada
1 Zulkarnain Abdul Rahman, 2002, Tamadun Eropah Klasik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlmn. 58.
1
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
pelbagai kaum seperti Etruscan, Latin, Celtic dan Semnite. Rom ini dikelilingi oleh tujuh
buah bukit. Pada sekitar tahun 800 B.C dan 700 B.C, penduduk ini telah mengambil
keputusan untuk bersatu umtuk perlindungan. Komuniti ini kemudiannya dikenali
sebagai Rom. Rom terletak kira-kira 15 batu (24 km) dari laut Mediterranean di atas
Sungai Tiber.
Gambar 1: Arca tentang lagenda Remus dan Romulus yang disusukan oleh serigala.
Sistem Ekonomi
Ekonomi bermaksud ilmu bukan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-
barang, dan perkhidmatan.2 Sistem ekonomi dalam tamadun Rom berubah-ubah
mengikut zaman. Pada zaman awal kemunculan, Rom mengamalkan sistem ekonomi sara
diri. Penduduk menjalankan aktiviti pertanian untuk memenuhi keperluan keluarga
semata-mata. Semasa Romulus dan Remus menemui Latium, penduduknya merupakan
petani biasa. Kegiatan pertanian merupakan aktiviti yang dominan dalam Masyarakat
Latium. Selain itu, penduduk juga menjalankan aktiviti penternakan seperti menternak
babi dan ayam.
2 Hajah Noresah bt. Baharom (Ketua Editor), 2002, Kamus Dewan Edisi Ketiga, Selangor: dewan Bahasa dan Pustaka, hlmn. 327.
2
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
Tamadun Rom juga mengamalkan sistem ekonomi komersial. Sistem ini lebih
kepada menggunakan lebihan hasil pertanian sebagai barang dagangan. Sistem barter
juga digunakan untuk mendapatkan barangan yang lain. Misalnya, penduduk awal Rom
menukarkan lebihan hasil tanamannya untuk mendapatkan garam yang ada di kawasan
pantai.3
Sistem ekonomi ini akhirnya mengalami evulosi dan menjadi sistem ekonomi
laissez-faire. Oleh kerana sistem ini semakin berkembang dan kompleks, maka wujudlah
perdagangan. Pada zaman empayar, Augustus telah memperkenalkan sistem ekonomi
laissez-faire. Sistem ini memberikan kebebasan untuk saudagar menjalankan
perdagangan.4 Pada masa ini aktiviti perdagangan aktif dan ekonomi negara semakin
baik. Aktiviti import dan eksport sama ada dalam empayar atau luar empayar telah giat
dijalankan.
FAKTOR-FAKTOR PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN EKONOMI
DAN PERDAGANGAN ROM.
3 Allen M. Ward, Fritz M. Heichelhiem, Cedric A. Yeo, 1999. A History of The Roman People. New Jersey: Prentice-Hall Inc, hlmn 44 Sivachandranlingam Sundara Raja, (2001), Tamadun Dunia, Selangor : Fajar Bakti Sdn Bhd, Hlmn. 35
3
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
Fungsi Sungai Tiber.
Menurut Livy, “kedudukannya yang unik menyumbangkan kepada perkembangan
bandar”.5 Sumber air dan tempat persinggahan di kawasan Laut Mediterranean. Pada
masa yang sama juga tempat tersebut jauh daripada aktiviti perlanunan.6 Pada zaman
awal Rom, Sungai Tiber dan lembah ini memainkan peranan yang penting sebagai laluan
untuk membawa garam dari pantai ke Italy.7 Rom juga strategik kerana menjadi tempat
perhentian para pengembara dari utara dan selatan di barat Italy dan juga kapal pedagang
dari barat Mediterrranean. Beting pasir di muara Sungai Tiber merupakan satu pertahanan
semula jadi kerana mampu mampu menghalang laluan kapal perang yang berlabuh. Oleh
itu, Rom selamat daripada sebarang ancaman yang datang dari laut. Sungai Tiber juga
mampu menghalang ancaman yang datang dari luar. Akhirnya, Sungai Tiber menjadi
persinggahan pedagang dari Greek, Pheonicia, Etruscan dan mengambil peluang untuk
berdagang di Italy.
Selain itu, kemunculan sesebuah tamadun sememangnya berkaitrapat dengan
lembah sungai sebagai nadi kebangkitan sesebuah tamadun. Kawasan lembah merupakan
kawasan tumpuan penduduk kerana kesuburan tanahnya yang sesuai untuk kawasan
pertanian. Kawasan Lembah Latium yang terletak di bahagian selatan Rom menjadi
kawasan tumpuan penduduk kerana tanahnya yang subur dan sesuai untuk pertanian.8
5 Peter Mantin &Richard Pulley, 1992. The Roman World: From Republic To Empire. Cambridge: University Cambridge Press, hlmn. 3.6Jackson J. Spielvogel, 2005. World History: Journey Across Time: The Early Ages. Columbus: McGraw-Hill, hlmn. 264.7 Allen M. Ward, Fritz M. Heichelhiem, Cedric A. Yeo, 1999. A History of The Roman People. New Jersey: Prentice-Hall Inc, hlmn 4.8 Zulkarnain Abdul Rahman, 2002, Tamadun Eropah Klasik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlmn. 49.
4
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
Keadaan iklim Mediterranean9 di Semenanjung Itali ini sesuai untuk menanam tanaman
seperti gandum, anggur dan zaitun.
Kedudukan Strategik Rom.
Kedudukan Rom yang strategik menjadikan kawasan Rom mempunyai ciri-ciri
pertahanan yang semula jadi. Rom dikelilingi tujuh buah bukit yang berfungsi
mempertahankan bandarnya daripada serangan musuh. Sungai Tiber yang berdekatan
dengan Bukit Capitoline, Bukit Palatine, dan Bukit Aventine ini dipisahkan oleh antara
satu sama lain dengan lembah.10 Bahagian timur pula terdapat empat buah bukit, iaitu,
Bukit Viminal, Bukit Quirinal, Bukit Esquiline, dan Bukit Caelian. Manakala di seberang
Sungai Tiber pula terdapat dua buah bukit, iaitu; Bukit Janiculum dan Bukit Vatican.11
Kedua-dua buah bukit ini turut membantu fungsi ketujuh-tujuh buah bukit tersebut.
Ketujuh-tujuh buah bukit ini boleh dijadikan sebagai tempat untuk mengintip pergerakan
musuh.
Bentuk muka bumi Rom yang berbukit-bukau turut memberikan perlindungan
semulajadi kepada Rom. Banjaran Alps yang memisahkan Rom dan kawasan Eropah
utara memberikan perlindungan kepada Rom daripada serangan musuh dari daratan.
Banjaran Alps menyukarkan musuh untuk menyerang Rom melalui daratan dari arah
utara. Banjaran Apennines yang mengunjur dari utara ke selatan turut memberi
9 Tamadun Eropah Klasik,hlmn. 48.10 Allen M. Ward, Fritz M. Heichelhiem, Cedric A. Yeo, 1999. A History of The Roman People. New Jersey: Prentice-Hall Inc. hlmn 311 A History Of The Roman People, hlmn 4.
5
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
perlindungan semulajadi kepada Rom.12 Misalnya, semasa Perang Punic13 kedua, tentera
Carthage seramai 46,000 tentera, 37 ekor gajah, dan sekumpulan kuda yang dibawa
bersama dibawah pimpinan Hannnibal telah melalui kawasan Banjaran Alps untuk
menyerang Rom. Namun, semasa dalam perjalanan di Banjaran Alps tentera Hannibal
terpaksa berdepan dengan salji yang tebal, berlapar dan serangan oleh kaum yang
menghuni banjaran tersebut. Cabaran-cabaran ini telah menyebabkan separuh daripada
tentera dan gajahnya terkorban sebelum sampai ke Italy.14 Kedudukan geografi yang
strategik ini memberikan peluang kepada Rom untuk mengukuhkan lagi kedudukannya
termasuklah dalam bidang ekonomi.
Sistem Jaringan Perhubungan
12 Jackson J. Spielvogel, 2005. World History: Journey Across Time: The Early Ages. Columbus: McGraw-Hill. Hlmn. 263.13 Punic berasal daripada perkataan Latin iaitu Punicus yang bermaksud “Phoenician”.14 Jackson J. Spielvogel, 2005. World History: Journey Across Time: The Early Ages. Columbus: McGraw-Hill. Hlmn. 275-276.
6
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
Gambar 2: Via Appian (Appian Way) menghubungkan Rom dengan wilayah selatan. Jalan raya ini wujud sehingga kini.
Jaringan perhubungan telah menggalakkan perdagangan semasa empayar. Semasa
Augustus memerintah, pembinaan jalan raya dilakukan untuk menghubungkan antara
wilayah dan wilayah Rom.15 Pada akhir republik, pembinaan jalan raya di tanah awam
telah diperluaskan bagi menghubungkan kawasan ladang dan pasar, perkampungan dan
bandar, dan seterusnya bandar dengan Rom.16 Semasa zaman Pax Romana17 sistem
jaringan jalan raya Rom telah mencapai 50,000 batu (80,000 KM) 294.18 Jaringan jalan
raya in amat penting dalam sistem penghantaran. Setiap 15 KM jalan raya penghantar
boleh menggantikan kudanya dan setiap 30 KM hingga 50 KM rumah tetamu untuk
pegawai disediakan. Jalan raya yang dibina adalah untuk menghubungkan wilayah-
wilayah dengan Rom terutamanya di Ostia dan Latium.19 Via Appia merupakan jaringan
jalan raya penting kerana menghubungkan Rom dengan wilayah selatan. Jalan raya ini
turut wujud sehingga kini di Rom.
15 Peter Mantin &Richard Pulley, 1992. The Roman World: From Republic To Empire. Cambridge: University Cambridge Press. Hlmn, 216 Allen M. Ward, Fritz M. Heichelheim, Cedric A. Yeo, 1999. A History Of The Roman People. New Jersey: Prentice- Hall Inc. Hlmn 153.17 Pax Romana ialah perkataan Latin yang bermaksud “Roman Peace” ( juga dikenali sebagai Pax Augustus). 18 Jackson J. Spielvogel, 2005. World History: Journey Across Time: The Early Ages. Columbus: McGraw-Hill. Hlmn 294.19 http://www.unrv.com/culture/roman-roads.php
7
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
Di laut pula, tentera laut Rom menjaga laluan perdagangan di Laut
Mediterranean. Hal ini membolehkan kapal-kapal selamat berlabuh di pelabuhan.20
Keselamatan yang terjamin di perairan Mediterranean menggalakkan aktiviti
perdagangan di kawasan Laut Mediterranean kerana memberika keyakinan kepada para
pedagang untuk bersinggah di Rom. Muara Sungai Tiber di Rom turut menyediakan
pelabuhan kapal dan kemudahan lain yang baik untuk kapal-kapal yang berlabuh.
Semasa pemerintahan Augustus, beliau telah menubuhkan pasukan tentera laut untuk
mengawal pesisir pantai daripada ancaman lanun di perairan Mediterranean.21
Pertambahan Populasi penduduk.
Pertambahan populasi penduduk Rom telah menjadi faktor penting dalam
pertumbuhan dan perkembangan ekonomi dan perdagangan di Rom. Populasi penduduk
telah meningkat dua kali ganda antara 350 B.c dan 300 B.C, iaitu kira-kira 30,000 hingga
60,000 orang penduduk dan pada 275 B.C penduduk Rom telah mencecah 90,000
orang.22 Pertambahan penduduk ini telah menyediakan tenaga buruh dan pasaran kepada
barangan. Tindakan Rom menyerap penduduk asing ke Italy juga menambahkan bilangan
penduduk. Pertambahan penduduk ini juga telah menyumbangkan kepada pertambahan
cukai yang diterima oleh Rom. Selain itu, penduduk yang diserap ini juga mempunyai
kemahiran tertentu. Maka lahirlah golongan seperti artisan dan peniaga kecil. Urbanisasi
20 World History: Journey Across The Time: The Eary Ages. Hlmn. 29421 Zulkarnain Abdul Rahman, 2002, Tamadun Eropah Klasik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlmn. 66.22Allen M. Ward, Fritz M. Heichelheim, Cedric A. Yeo, 1999, A History Of The Roman People, New Jersey: Prentice- Hall Inc. Hlmn. 78.
8
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
yang berlaku di bandar menggalakkan perkembangan ekonomi kerana peningkatan
permintaan penduduk terhadap bahan makanan seperti gandum telah menambahkan
jumlah import.
Perluasan Kawasan.
Kemajuan ekonomi turut berhubung kait dengan kejayaan dalam perang
menyebabkan kawasan yang ditawan dalam peperangan terpaksa mengadakan kerjasama
dengan negara yang berjaya dalam sesuatu peperangan. Faktor yang membawa
kemenangan Rom dalam peperangan adalah semangat rakyat Rom yang terlalu mengejar
kuasa untuk menguasai negara-negara lain supaya berada di bawah pengaruh mereka.
Perluasan kuasa Rom telah membantu perkembangan perdagangan dan perindustrian di
Rom dan Italy. Ekspidisi ketenteraan yang dilakukan oleh Rom amat berkait rapat dengan
kepentingan ekonomi. Semasa Perang Punic pertama, Rom dan Chartage bersaing untuk
monopoli perdagangan di Pulau Sicily. Rom telah berjaya mengusir Carthage dari Sicily
dan mendapatkan pampasan perang.23 Perang Punic kedua berlaku kerana Rom bimbang
perluasan kuasa Carthage di Sepanyol. Rom telah berjaya menghalang perluasan
ekonomi Carthage. Akhirnya Carthage telah kalah dan terpaksa melepaskan Sepanyol
kepada Rom serta memberikan pampasan. Penguasaan Rom terhadap Sepanyol
menandakan telah menguasai bahagian barat Laut Mediterranean. Semasa Perang Punic
ke-3, Rom berjaya menguasai bahagian timur Mediterranean. Sekitar 148 B.C,
Makedonia tunduk di bawah kekuasaan Rom. Dua tahun kemudian, sebahagian kawasan
23 Jackson J. Spielvogel, 2005, World History: Journey Across Time: The Early Ages, Columbus: McGraw-Hill. Hlmn. 274
9
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
Greek dikuasai oleh Rom. Rom telah menjadi kuasa besar di Asia. Rom akhirnya
mengelar Laut Mediterranean sebagai ‘mare nostrum’ – “our sea”24. Perluasan kuasa
yang giat dalam tamdun Rom ini telah meluaskan lagi lingkungan perdagangan dan
perekonomian.
Peta 1: Empayar Rom dalam tahun 116.
KEGIATAN EKONOMI PENDUDUK ROM.
Pertanian.
Penduduk awal Rom menjalankan cara hidup yang ringkas sama ada kegiatan
ekonomi ataupun sosial.25 Aktiviti pertanian menjadi struktur pengantungan Empayar
Rom. Penduduk ini merupakan terdiri daripada petani biasa dan penternak.26 Pendapat ini
telah dibuktikan oleh ahli arkeologi dengan penemuan sebahagian pondok di salah
sebuah bukit di Rom.27 Kawasan petempatan penduduknya adalah kecil, iaitu hanya
24 Peter Mantin & Richard Pulley, 1992, The Roman World: From Republic To Empire, Cambridge: University Cambridge Press, hlmn. 12.25 Mary T. Boatwright, Daniel J. Gargola, Richard J.A Talbert, 2006, A Brief History Of The Romans, New York: Oxford University Press, hlmn 4.26 Allen M. Ward, Fritz M. Heichelheim, Cedric A. Yeo, 1999, A History Of The Roman Peopl,. New Jersey: Prentice Hill, hlmn. 2727 Peter Mantin & Richard Pulley, 1992, The Roman World: From Republic To Empire, Cambridge: University Cambridge Press. Hlmn. 11
10
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
beberapa buah pondok dan penduduknya kurang daripada 100 orang.28 Mereka
berpendapat bahawa petani ini datangnya dari kawasan Italy yang dikenali sebagai
Latium29 dan penduduk ini dikatakan bertutur dalam bahasa Latin. Selain itu, penduduk
ini menangkap ikan sebagai sumber makanan dan menternak binatang seperti; babi dan
ayam.
Petani biasa ini juga mengamalkan tanaman sara diri bagi memenuhi keperluan
keluarga dengan menanam lobak putih, kekacang, kubis dan salad. Di samping itu,
penduduk Rom juga menanam ‘durum’30 iaitu sejenis gandum yang keras. Mereka juga
mengumpul buah anggur liar untuk jadikan sebagai makanan dan wain. Rom telah
mempelajari menanam zaitun dan anggur daripada Greek.31 Di samping itu, penduduk
awal Rom turut menanam gandum dan barley.32
Pada zaman Republik, kebanyakan tentera adalah petani yang bekerja secara
sambilan. Selepas petani ini tamat daripada aktiviti ketenteraan, mereka akan kembali ke
tempat asalnya untuk mengerjakan ladangnya bersama-sama dengan keluarganya.
Walaupun pertanian giat dijalankan di Rom, tetapi hasil pertanian adalah kurang
produktif. Hasil pertanian di Rom kurang kerana sistem pengairan tidak digunakan secara
meluas.33 Dasar empayar Rom terhadap wilayah naungannya dalam pertanian
28 Mary T. Boatwright, Daniel J. Gargola, Richard J.A Talbert, 2006, A Brief History Of The Romans, New York: Oxford University Press, hlmn 4.29 Akhirnya dikenali sebagai Rom.30 Gandum ini sesuai untuk membuat bubur.31 Jackson J. Spielvogel, 2005. World History: Journey Across Time: The Early Ages. Columbus: McGraw-Hill. Hlmn. 26432 A Brief History Of The Romans, hlmn. 4.33 William H. Mcneill (Penterjemah: Khidmat Terjemahan Nusantara Sdn. Bhd), 1994. Kebangkitan Barat: Sejarah Masyarakat Manusia. Chicago: The University Of Chicago Press. Hlmn. 305
11
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
mempengaruhi corak pertanian empayarnya. Mesir yang berada dibawah kekuasaan Rom
mampu mengeluarkan bekalan bijiran kepada ibu kota empayar kerana sistem pengairan
yang menggalakkan aktiviti pertanian. Aktiviti pertanian giat dilakukan di Mesir kerana
tanahnya yang subur di Sungai Nil. Ketiadaan sistem pengairan di Rom menyebabkan
tanah kurang subur dan ditambahkan lagi dengan pengurusan tanah pertanian yang tidak
sistematik. Rom juga menjalankan polisi pertanian di kawasan takluknya. Sepanyol dan
Gaul menjadi pusat-pusat yang penting bagi pertanian anggur dan zaitun, sementara
Mesir dan Utara Afrika pula membekalkan iu kota empayar dengan bijirin.34
Kedudukan sosial menunjukkan taraf ekonomi
Carta 1: Carta organisasi Tamadun Rom.
Peranan atau kedudukan sosial seseorang dalam peradaban Rom menunjukkan
ekonomi seseorang. Peranan seseorang dalam organisasi sosial dalam peradaban Rom
34 Kebangkitan Barat: Sejarah Masyarakat Manusia, hlmn. 305.
12
Senator (golongan bangsawan).Penjawat pentadbiran awam.
Plebeian (rakyat biasa)Artisan, petani, peniaga kecil.
Knight Peminjam wang dan pedagang.
Wanita, orang asing, hamba.Dieksploitasi untuk tujuan ekonomi
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
menunjukkan kedudukan ekonomi seseorang.35 Golongan patrician ini merupakan
golongan yang mendominasi pemerintahan dan ekonomi di Rom. Penduduk yang berada
di Rom terbahagi kepada dua, iaitu, warganegara dan bukan warganegara. Warganegara
Rom terdiri daripada senator, tentera dan plebeian. Manakala penduduk bukan
warganegara ialah wanita, orang asing dan hamba. Penduduk warganegara mempunyai
hak untuk mengundi. Manakala penduduk bukan warganegara ini tidak dibenarkan
mengundi atau terlibat dalam sebarang pentadbiran.
Golongan knight ini merupakan pemilik tanah, mengawal kewangan, dan
menyusun strategi perang. Petani kecil daripada rakyat biasa atau plebeian hanya
memilikki sebidang tanah yang kecil sahaja. Semasa 100 B.C, golongan petani telah
kehilangan tanah dan berhutang kerana ketidakadilan ekonomi Rom. Oleh itu, petani
kecil tidak mampu bersaing dengan golonga kaya dan menyebabkn tanahnya dijual.
Keadaan ini telah mewujudkan latifundia atau ladang-ladang besar. Ladang-ladang ini
diusahakan dengan menggunakan sehingga beribu-ribu tenaga hamba iaitu tawanan
perang yang dibawa ke Itali semasa perang.36
Pengaruh yang ada pada golongan elit juga juga telah menyebabkan mereka
banyak mendominasikan sistem sosial dan ekonomi dalam tamadun Rom. Kekayaan dan
kuasa yang terdapat pada golongan atasan ini menyebabkan mereka mampu untuk
mengawal pengikut mereka supaya mengerjakan tanah kerana ramai daripada golongan
35 Peter Mantin & Richard Pulley, 1992. The Roman World: From Republic To Empire. Cambridge: University Cambridge Press, hlmn. 1336 Jackson J. Spielvogel, 2005. World History: Journey Across Time: The Early Ages. Columbus: McGraw-Hill, hlmn. 278.
13
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
atasan ini yang bergantung kepada hasil tanah.37 Golongan elit dan miskin ini mempunyai
jurang perbezaan yang sangat ketara dalam ekonomi, iaitu golongan kaya atau elit yang
memilik tanah yang luas, manakala golongan miskin hanya memiliki sebidang tanah
yang kecil dan skala pengeluarannya adalah kecil.
Walaupun kaum perempuan tidak diiktiraf sebagai warganegara, namun mereka
mempunyai kebebasan bergiat aktif dalam bidang ekonomi. Kaum ini ramai yang bekerja
sebagai pendandan rambut, bertukang, pelacur dan penyanyi atau pelayan bar (cenderung
menjadi pelacur). Kaum perempuan juga mempunyai kebebasan dalam memiliki harta
dan menguruskan hartanya. Seseorang perempuan yang merdeheka boleh mewarisi harta
daripada ayahnya.38 Kaum perempuan boleh memiliki tanah, menjalankan perniagaan,
dan menjualkan hartanya. Mereka juga menguruskan keluarga dan memiliki hamba untuk
membuat kerja rumah.39 Misalnya, Livia menikmati harta suaminya, Augustus.
Perkembangan Latifundia.
Selepas Perang Punic pertama, golongan kapitalistik pertanian telah muncul dan
meningkat. Pemilikan tanah ini telah dikuasai oleh golongan aristokrat yang tamak.
Tanah yang diperolehi oleh golongan aristokrat telah berkembang menjadi latifundia
kerana golongan petani kecil menjualkan tanahnya kepada golongan aristokrat atau
37 Mary T. Boatwright, Daniel J. Gargola, Richard J. A. Talbert, (2004), The Romans : From Village to Empire, New York : Oxford University Press, hlmn, 23.38 Robin W. Winks & Susan P. Mattern - Parkes, 2004. The Ancient Mediterranean World: From The Stone Age To A.D. 600., hlmn 126.39 Jackson J. Spielvogel, 2005. World History: Journey Across Time: The Early Ages. Columbus: McGraw-Hill, hlmn. 308.
14
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
golongan kaya.40 Hal ini disebabkan hasil pertanian yang diperolehi oleh petani adalah
sedikit berbanding dengan golongan kaya. Akhirnya, petani kehilangan tanahnya kerana
menjualkannya kepada golongan aristokrat sebelum pergi ke bandar. Ladang-ladang
besar atau latifundia di selatan Italy, Etruria dan sebahagian Latium, lebih kepada
kegiatan penternakan, iaitu menternak biri-biri, lembu dan babi. Manakala latifundia di
Campania pula lebih kepada kegiatan pertanian, iaitu untuk menanam zaitun dan
anggur.41 Latifundia ini diusahakan dengan skala pengeluaran yang besar. Pemilik-
pemiliknya cenderung menggunakan tenaga kerja hamba yang murah dan mudah
dieksploitasi. Tenaga hamba ini pula diperolehi dalam tawanan peperangan. Penggunaan
buruh hamba ini telah menyebabkan penduduk Rom tidak mampu bersaing dengan
golongan hamba untuk mendapatkan pekerjaan. Fenomena ini akhirnya menyebabkan
pengangguran dalam kalangan rakyat Rom.
Sistem pemilikan tanah.
Saiz pemilikan tanah di Rom terbahagi kepada tiga kategori, iaitu; kecil dengan
keluasan 18 – 88 iugera (12.6 – 61.6 hektar persegi), sederhana luas dengan keluasan 80
– 500 iugera (56 – 350 hektar persegi), dan ladang besar atau latifundia dengan keluasan
500 iugera (350 hektar persegi)42 ke atas. Latifundia ini berkembang semasa lewat era
republik. Kebanyakan petani biasa hanya mempunyai milikan tanah yang kecil sahaja.
40 Jackson J. Spielvogel, 2002, Western Civilization : A Brief History, United States of America: Thomson Learning, Inc, hlmn 99.41 Allen M. Ward, Fritz M. Heichelheim, Cedric A. Yeo, 1999. A History Of The Roman People. New Jersey: Prentice- Hall Inc. Hlmn. 128.42 500 iugera sama dengan 350 hektar. Oleh itu, (1 hektar= 500/350 = 0.7 iugera), 18-88 iugera = 12.6-61.6 hektar persegi, 80-500 iugera = 56-350 hektar persegi. Robin W. Winks & Susan P. Mattern - Parkes, 2004. The Ancient Mediterranean World: From The Stone Age To A.D. 600, hlmn 137.
15
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
Sebelum Perang Punic, kebanyakan orang Italy memiliki ladang sediri untuk memenuhi
keperluan keluarga. Sebahagian petani biasa memiliki tanah yang luas, dan tanaman
utama adalah gandum. Tanah ini diusahakan dengan menggunakan tenaga buruh seperti
penyewa tanah dan mengupah buruh. Selepas Perang Punic, pemilikkan ladang telah
berubah. Tentera yang menyertai ekspedisi ketenteraan mendapati tanahnya telah
diambil-alih oleh golongan kaya. Pemilikan tanah yang luas dalam kalangan orang kaya
telah mewujudkan latifundia.43 Jurang antara kedua-dua golongan ini telah menimbulkan
kebencian golongan petani biasa kepada golongan kaya. Hal ini disebabkan ketidakadilan
ekonomi yang menindas golongan petani miskin. Ladang kecil yang diusahakan oleh
petani dan hasil pengeluarannya sedikit sahaja.44 petani ini terpaksa menjualkan tanahnya
kepada golongan kaya. Oleh itu, mereka terpaksa berpindah ke bandar untuk mencari
pekerjaan. Pengusahaan bidang tanah yang kecil oleh petani secara tetap dan tidak
saintifik45 meyebabkan pengeluaran pertanian tidak produktif. Pada 200 B.C, tidak lebih
½ warganegara memiliki tanah.
Perhambaan
Perhambaan sememangnya sinonim dengan semua tamadun awal. Pada awal
kemunculan tamadun Rom, perhambaan adalah kurang kerana ahli-ahli keluarga akan
43 Albert M. Craig, William A. Graham, Donald Kagan, Steven Ozment, Frank M. Turner, 1994. The Heritage Of World Civilizations. New York: Macmillan College Pulishing Company, hlmn. 161.44 Peter Mantin & Richard Pulley, 1992. The Roman World: From Republic To Empire. Cambridge: University Cambridge Press, hlmn. 25.45 Sivachandralingam Sundara Raja, 1996.Tamadun Eropah. Selangor: Fajar Bakti Sdn.Bhd. hlmn. 49.
16
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
bekerjasama dalam mengusahakan ladangnya. Pada masa ini, perhambaan lebih bersifat
adil. Hal ini kerana hamba boleh menjadi golongan merdeheka selepas beberapa tahun
berkhidmat atau hutangnya telah langsai.46 Sehingga abad ke-3, aktiviti perhambaan di
Rom hanyalah sedikit sahaja.47 Keadaan ini berubah apabila Rom mula menakluki
kawasan baru kerana membawa tawanan perang sebagai hamba. Hamba ini boleh
dikategorikan kepada dua, iaitu, hamba awam dan hamba persendirian Hamba awam
biasanya dimilikki oleh kerajaan. Hamba ini memainkan peranan penting dalam
pembinaan bangunan, membina jalan raya, jambatan dan melayan pegawai kerajaan.
Hamba yang berpendidikan pula ditugaskan dalam membantu kerajaan mengorganisasi
untuk menakluki sesebuah kawasan. Hamba persendirian pula dimilikki secara individu.
Hamba ini selalunya dipaksa bekerja sepanjang masa untuk tuannya dan boleh dijualbeli
secara suka hati serta untuk keselesaan pemilik. Sekitar 650 B.C, Etruscan memaksa
hamba-hamba untuk melakukan kerja berat untuk keselesaan hidupnya.
Golongan hamba ini selalunya dilayan tanpa perikemanusiaan oleh tuannya.
Mereka seringkali menjadi mangsa pukulan dan deraan tuannya. Golongan hamba ini
hidup dalam keadaan yang teruk. Layanan pemilik yang tidak berperikamunusiaan ini
telah menyebabkan segelintir hambanya bertindak memberontak dan membunuh tuannya.
Menjelang akhir abad ke-2 B.C, pemberontakan hamba telah berlaku di Sicily kerana
hamba-hamba hidup dalam keadaan persekitaran yang teruk kerana sering dipukul,
kekurangan makanan, bekerja dalam keadaan berantai, dan tinggal di tempat yang gelap.
Pemberontakan ini berlangsung selama tiga tahun (135 – 132 B.C) dan pada 104 -101
46 Allen M. Ward, Fritz M. Heichelheim, Cedric A. Yeo, 1999. A History Of The Roman People. New Jersey: Prentice- Hall Inc. Hlmn. 4047 A History Of The Roman People. Hlmn. 44.
17
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
B.C pemberontakan yang terhebat telah berlaku sehingga melibatkan 17,000 orang
tentera untuk meredakan pemberontakan.48
Walaupun layanan yang tidak berperikemanusiaan diberikan kepada golongan
hamba tetapi sebahagian daripada mereka ada yang bernasib baik mendapat layanan yang
baik daripada tuannya. Semasa Perayaan Sartunalia,49 semua hamba wajib dilayan dengan
baik oleh tuannya. Hamba-hamba diberikan hak-hak istimewa sebagai orang bebas.50
Orang kaya biasanya mempunyai lebih daripada seratus atau seribu orang hamba.
Biasanya hamba ini bekerja sebagai buruh diladang. Kebanyakan hamba yang bekerja di
ladang ini ialah lelaki kerana mempunyai tenaga yang kuat. Hamba ini juga terlibat
sebagai ‘gladiator’ (melawan binatang atau sesama sendiri). Hamba perempuan pula
biasanya melakukan kerja yang ringan seperti menjahit pakaian dan memasak untuk
tuannya.51 Menjelang 100 B.C, kira-kira 40 % penduduk di Italy adalah hamba.52 Hamba
yang mempunyai gaji biasanya mudah mengalami mobilisasi sosial. Perhambaan ini
berlaku kerana pelbagai faktor. Kanak-kanak menjadi hamba kerana kehilangan
keluarganya. Terdapat juga ibu bapa menjual anak-anaknya ke pasaran hamba kerana
tidak berkemampuan untuk menyara hidup keluarganya.53 Rom telah berjaya menawan
48 Jackson J. Spielvogel, 2002, Western Civilization : A Brief History, United States of America: Thomson Learning, Inc, hlmn. 94.49 Perayaan Paganisme yang menyembah dewa Sartun pada 17 Disember. Perayaan ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu; Saturnalia sebenar yang ditujukan kepada dewa Sartun, Opali dirayakan pada 19 Disember yang ditujukan kepada Opis, dan Sigillaria dirayakan pada 22 & 23 Disember.
50 Christian Churches of God, 2003, Kenapa Kita Tidak Merayakan Hari Krismas, Diperoleh pada April
24, daripada http://www.ccg.org/indonesian/c/cb024.html 51 Jackson J. Spielvogel, 2005. World History: Journey Across Time: The Early Ages. Columbus: Mcgraw-Hill. Hlmn. 278.52 World History: Journey Across Time: The Early Ages hlmn. 309.53 Sivachandralingam Sundara Raja, 1996.Tamadun Eropah. Selangor: Fajar Bakti Sdn.Bhd. Hlmn. 44.
18
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
Carthage semasa Perang Punic yang ke-3 dan menawan rakyat Carthage sebagai hamba,
iaitu seramai 50,000 orang lelaki, termasuk kanak-kanak dan wanita.54 Penggunaan
tenaga hamba ini juga telah menyebabkan pengangguran. Kebanyakan petani menjualkan
tanahnya kepada golongan kaya kerana dibebani hutang. Mereka terpaksa pergi ke bandar
untuk mencari pekerjaan. Bagaimanapun pekerjaan sukar dicari kerana hamba telah
memenuhi kekosongan kerja tersebut. Walaupun golongan merdeheka ini bekerja tetapi
gaji yang mereka dapat terlalu sedikit.55 Ketidakadilan dalam ekonomi Rom telah
membawa kepada pengeksploitasian manusia sebagai hamba.
Sistem Cukai.
Pemungutan cukai digunakan untuk perbelanjaan kerajaan dan untuk
menyediakan bekalan kepada tentera. Setiap wilayah diwajibkan untuk membayar cukai
sebagai tanda penghormatan kepada Rom. Pelaksanaan sistem pemungutan cukai adalah
berbeza bagi kawasan yang berlainan. Sesetengah wilayah dikenakan cukai tanah atau
cukai kepala, atau dikenakan dengan kedua-dua jenis cukai. Sebahagian wilayah juga
dikenakan cukai mengikut hasil keluaran. Di German pula dikenakan cukai ‘ox-hides’.
Kebanyakan warganegara Rom dikenakan cukai mengikut harta warisan yang
dimilikkinya. Golongan hamba juga dikenakan cukai apabila menjadi golongan
merdeheka, cukai jualan, cukai kastam dikutip di pelabuhan dan sempadan wilayah, serta
mengenakan cukai sebarang kemasukan ke empayar Rom.56 Julius Ceaser telah telah
54 Jackson J. Spielvogel, 2005. World History: Journey Across Time: The Early Ages. Columbus: Mcgraw-Hill. Hlmn. 276.55 World History: Journey Across Time: The Early Ages. Hlmn. 278.56 Robin W. Winks & Susan P. Marttern - Parkes, 2004, The Ancient Mediterranean World: From The Stone Age To A.D. 600, Hlmn 156.
19
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
memaksa penduduk Gaul supaya membayar 400, 000 keping emas kepada Rom setiap
tahun. Selain itu, angkatan Ceaser telah meceroboh Britian dan memaksa penduduknya
membayar cukai.57
Semasa pemerintahan Augustus, sistem cukai telah diperbaiki lagi. Augustus telah
mengkaji semula kadar cukai yang dikenakan terhadap barangan keperluan harian seperti
bijirin, garam, dan jagung diperlukan dalam kuantiti banyak oleh seluruh rakyat Rom.58
Hal ini kerana pertambahan penduduk di Rom menyebabkan bekalan makanan
diperlukan dalam kuantiti yang banyak. Tindakan Augustus ini telah meringankan beban
penduduk Rom dengan cukai yang membebankan. Menurut Crane Brinton, para petani
hanya membayar cukai pada kadar kurang 10 % daripada keseluruhan nilai hasil
pertanian.59
Semasa era republik pengutipan cukai dikendalikan oleh individu persendirian.
Mereka dibenarkan mengambil sedikit hasil daripada cukai itu untuk kegunaan
persendirian seperti melabur. Namun kebanyakkan mereka tidak jujur dan mengambil
lebih daripada yang sepatutnya. Semasa zaman empayar, Augustus telah memperbaiki
sistem ini dengan melantik pemungut cukai kerajaan secara tetap yang bertanggungjawab
secara terus kepada kerajaan pusat.60 Perubahan ini membawa kepada sistem cukai yang
lebih adil. Augustus telah memperkenalkan dua jenis cukai kepada rakyat; 5 % bagi harta
dan 1 % daripada hasil jualan. Beliau juga menetapkan cukai perdagangan dengan
57 Peter Mantin & Richard Pulley, 1992, The Roman World: From Republic To Empire, Cambridge: University Cambridge Press, Hlmn. 26.58 Zulkarnain Abdul Rahman, 2002, Tamadun Eropah Klasik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlmn. 64.59 Tamadun Eropah Klasik, hlmn. 64.60 Tamadun Eropah Klasik, hlmn. 65.
20
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
mengenakan 20 % kepada barangan import dari luar emapayar.61 Augustus juga telah
mengenakan cukai kepada tanah. Semua tuan tanah dikenakan cukai tanah kecuali tanah
di Italy.62 Selepas 180 S.M, kebanyakan orang kaya di Rom mengelak daripada
membayar cukai dan menyebabkan punca pendapatan kerajaan semakin berkurangan.
Oleh itu, bagi membiayai peperangan, cukai telah dipindahkan ke luar bandar63 dan
memyebabkan hidup penduduk di luar bandar semakin miskin.
Ketenteraan
Semasa Augustus memerintah Rom, beliau telah menubuhkan pasukan tentera
profesional. Sebahagian penduduk Rom terlibat dalam perkhidmatan tentera profesional
dan sebahagian lagi terdiri daripada individu dari wilayah takluk Rom yang
dianugerahkan taraf kerakyatan. Kedua-dua kumpulan tentera ini perlu berkhidmat
selama 20 tahun dan diberikan gaji sepanjang perkhidmatan. Tentera ini juga menerima
pencen selepas tamat perkhidmatannya.64 Pada 100 BC, Marius telah memperbaiki sistem
ketenteraan yang sedia ada. Marius telah memperkenalkan sistem ketenteraan secara
tetap bagi menambahkan keprofesionalan. Gaji yang diterima oleh tentera adalah
sederhana, iaitu, kira-kira 225 denarii setahun dan gaji ini telah meningkat semasa
pemerintahan Severus.65 Tentera ini memainkan peranan yang penting dalam
61 Allen M. Ward, Fritz M. Heichelheim, Cedric A. Yeo, 1999. A History Of The Roman People. New Jersey: Prentice- Hall Inc. Hlmn.26162 Sivachandranlingam Sundara Raja, (2001), Tamadun Dunia, Selangor : Fajar Bakti Sdn Bhd, hlmn. 3563 Tamadun Dunia, hlmn. 46.64 Zulkarnain Abdul Rahman, 2002, Tamadun Eropah Klasik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlmn. 65 & 66.65 Robin W. Winks & Susan P. Marttern - Parkes, 2004, The Ancient Mediterranean World: From The Stone Age To A.D. 600, hlmn 153.
21
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
memperluaskan kawasan untuk tujuan ekonomi Rom. Tentera ini juga diberikan
tanggungjawab untuk memungut hasil cukai di kawasan jajahan takluk Rom.
Hiburan.
Hiburan juga menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat hedonisme
Rom. Masyarakat ini meminati hiburan seperti perlumbaan kuda, pertunjukkan gladiator
dan persembahan drama. Pertunjukkan gladiator ini merupakan satu permainan yang
ganas dan bahaya. Namun ini merupakan satu tarikan kepada penonton. Permainan ini di
perkenalkan di Rom semasa abad ke-3 B.C.66 Menurut rekod pada batu nisan, seseorang
gladiator hanya mampu bertahan dalam kira-kira 10 kali perlawanan. Gladiator ini terdiri
daripada orang merdeheka, hamba, penjenayah dan tawanan perang yang terlatih sebagai
gladiator. Orang merdeheka yang menyertai gladiator ini biasanya disebabkan ingin
mendapatkan anugerah daripada golongan bangsawan. Semasa pemerintahan Titus, kira-
kira 5,000 ekor binatang dibunuh dalam sehari. Julius Ceaser telah memperkenalkan
hiburan untuk penduduk Rom. Julius telah memperkenalkan pertunjukan gladiator untuk
menambahkan pendapatan Rom.67 Persembahn gladiator ini dilakukan di Colosseum
yang boleh memuatkan kira-kira 45,000 orang.68 Pemerintah telah membuat pelaburan
dalam mengimport binatang liar ini dari luar.69
66 The Ancient Mediterranean World: From The Stone Age To A.D. 600, hlmn 160.67 Peter Mantin & Richard Pulley, 1992, The Roman World: From Republic To Empire, Cambridge: University Cambridge Press, hlmn 26.68 The Roman World: From Republic To Empire, hlmn. 37.69 William J. Duiker, Jackson J. Spielvogel,____, World History, Ameica: Wadsworth Thompson Learning, hlmn 151.
22
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
Kegiatan pelacuran secara meluas juga telah menjadi salah satu simbol budaya
hedonisme masyarakat Rom, malahan menjadi sumber pendapatan. Kebanyakan hamba
kanak-kanak perempuan dijual oleh tuannya untuk dijadikan sebagai pelacur. Terdapat
juga kanak-kanak perempuan dijual oleh ibu bapanya sendiri ke rumah pelacuran.70
Ramai kaum wanita yang miskin terlibat dalam kegiatan pelacuran untuk menyara
kehidupannya kerana tidak mempunyai sumber pendapatan. Malah mereka mendapatkan
perlindungan di rumah pelacuran.71
Pertukangan dan hasil seni.
Gaya kesenian Greek telah meresap ke dalam kehidupan masyarakat Rom.
Selepas 146 S.M, harta rampasan dari Corinth telah dibawa masuk Rom termasuk objek
seni.72 Oleh itu, tindakan ini telah membawa kepada pengasimilasian kesenian dalam
hidup penduduk Rom terutamanya golongan elit. Kekayaan yang dinikmati oleh
golongan elit Rom menyebabkan mereka meminati keindahan dan seni bina.73 Orang
Rom mengemari seni ukir bagi melahirkan semangat empayar Rom. Rom telah meniru
kesenian Greek untuk menghias rumah bangunan kerajaan. Arca Greek lebih
mengutamakan kesempuraan (kelihatan muda, sihat, bentuk badan yang cantik).
Manakala arca Rom lebih realistik kerana turut mengukir kedutan, ketuat.74 Semasa
70 Allen M. Ward, Fritz M. Heichelheim, Cedric A. Yeo, 1999, A History Of The Roman People, New Jersey: Prentice- Hall Inc, Hlmn, 231.71 A History Of The Roman People, hlmn. 232.72 William H. McNeill (penterjemah: Khidmat Terjemahan Nusantara Sdn. Bhd.), 1994, Kebangkitan Barat: Sejarah Masyarakat Manusia, Chicago: The University Of Chicago, hlmn. 293.73 Albert M. Craig, William A. Graham, Donald Kagan, Steven Ozment, Frank M. Turner, 1994. The Heritage Of World Civilizations. New York: Macmillan College Pulishing Company. Hlmn, 18374 Jackson J. Spielvogel, 2005, World History: Journey Across Time: The Early Age, Columbus: Mcgraw-Hill, Hlmn 302.
23
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
zaman Pax Romana, kesenian dalam tamadun Rom telah mencapai tahap yang tinggi.
Augustus memainkan peranan penting dalam menghidupkan seni bina. Contohnya, hasil
seni yang ditiru ini juga boleh dilhat dalam bangunan Colosseum. Colosseum dibina
dengan gaya gabungan tiga ciri utama zaman Greek, iaitu; doric, ionoc, dan corinthian.75
Pada permulaan abad ketiga, Rom telah menjadi penghasil dan pengeksport tembikar.
Golongan elit yang lebih menggemari hasil pertukangan telah mengimport barangan
tembikar dari Spain dan Greek.
Mata wang
Gambar 3: Mata wang emas Tamadun Rom.
Keperluan fiskal Rom terutamanya untuk keperluan tentera menyebbakan Rom
menubuhkan badan triumviri monetales untuk menyelia pengeluaran wang yang terletak
di kuil Juno Moneta76 di atas Bukit Capitoline.77 Mata wang Rom yang pertama dikenali
sebagai aes grave (heavy bronze) dan unitnya dalam Roman pound (Libra). Semasa
pemerintahan Maharaja Augustus Rom menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting
kerana adanya sistem mata wang yang diperkenalkan oleh Augustus dalam empayarnya.
Wang syiling ini diperkenalkan pada 330 s.m iaitu pada masa pemerintahan Republik
75 Sivachandranlingam Sundara Raja, 2001, Tamadun Dunia, Selangor : Fajar Bakti Sdn Bhd, Hlmn. 43.76 Moneta ini akhirnya menjadi asal-usul kepada pengunaan perkataan Money untuk wang.77 Allen M. Ward, Fritz M. Heichelheim, Cedric A. Yeo, 1999. A History Of The Roman People. New Jersey: Prentice- Hall Inc. Hlmn. 80
24
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
tetapi diperbaiki semula oleh Augustus sebagai unit pertukaran dalam membeli barang,
tambahan pula dengan adanya perkembangan ekonomi yang semakin maju pada waktu
itu yang telah menggalakkan lagi aktiviti perdagangan. Wang syiling ini diperbuat
daripada tembaga yang dihasilkan di luar Negara iaitu di Capua.78 Pada akhir abad, sistem
paksaan semasa perang Punic kedua yang membawa kepada kestabilan penggunaan
tembaga bimetallic dan wang syiling perak.79 Pada masa pemerintahan empayar
Augustus, Augustus telah menyusun semula mata wang emas, perak dan logam sehingga
menjadi sumber kewangan yang penting bagi Rom apabila menjalankan aktiviti
perdagangan dengan negara-negara luar seperti Sepanyol, India, Afrika Utara dan lain-
lain tempat lagi.
Semasa 200 A.D, ekonomi Rom semakin jatuh dan pengeluaran wang yang tidak
sistematik telah menyebabkan inflasi. Inflasi di Rom berlaku apabila mata wangnya
kehilangan nilai. Ekonomi yang lemah menyebabkan hanya sedikit sahaja cukai yang
dapat dibayar. Rom terpaksa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah untuk
pembiayaan kawasan, membayar gaji tentera dan pegawai. Oleh itu, Rom mengurangkan
kandungan emas dalam wangnya. Rakyatnya yang mengetahui bahawa wang tersebut
kurang kandungan emas menyebabkan kurang keyakinan terhadap nilai mata wang dan
seterusnya wang itu beransur kehilangan nilai.80 Rakyat Rom mula menggunakan sistem
barter.81 Hal ini kerana, Rom terpaksa membelanjakan emas yang begitu banyak bagi
perbelanjaan negara yang begitu melampau akibat terlalu memberi perhatian kepada
78 Sivachandranlingam Sundara Raja, 2001, Tamadun Dunia, Selangor : Fajar Bakti Sdn Bhd, Hlmn. 323.79 Aldo Schiavone (Penterjemah: Morgery J. Schneider), 2002. The End Of The Past, London : Harvard University Press, Hlmn, 57.80 Jackson J. Spielvogel, 2005, World History: Journey Across Time: The Early Age, Columbus: Mcgraw-Hill, Hlmn. 31981 World History: Journey Across Time: The Early Age, hlmn. 319.
25
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
bidang ketenteraan Rom. Justeru, para peniaga terpaksa menaikkan harga barang bagi
mendapatkan keuntungan seperti yang sebelumnya yang mampu memberi kemewahan
kepada golongan peniaga.
Perdagangan Rom
Forum – Kedai Dan Pasar.
Forum ialah sebuah kawasan awam utama dan terdapat di setiap bandar utama.
Forum didirikan di sebelah persimpangan jalan-jalan utama dan digunakan untuk
pelbagai tujuan seperti agama, sivik dan perdagangan.82 Petempatan kecil telah yang
terdapat di Rom telah membentuk forum yang berfungsi sebagai tempat pertemuan dan
perbincangan penduduknya. Forum ini kemudiannya membawa kepada pembentukan
pasar bagi penduduk. Kawasan lorong seperti Via Sacra telah membentuk kawasan pasar
seperti Vicus Iugarius, Vicus Tuscuc, dan Argiletum. Kawasan Viscus Tuscus terkenal
dengan kedainya yang menjual rempah, manakala Argiletum terkenal dengan kedai
menjual buku.83 Forum yang terdapat di sebelah selatan terdapat Velabrum, forum
boarium, dan forum cuppedinis yang terkenal dengan barangan mewah. Kawasan ini
merupakan kawasan tumpuan golongan kaya. Di kawasan Campus Martius, kedai mewah
banyak didapati dan juga tempat penjualan hamba.
Di kawasan wilayah timur, Forum dikenali sebagai subura. Kawasan ini
merupakan kawasan tumpuan orang miskin. Kawasan ini menyediakan keperluan harian
82 Sivachandralingam Sundara Raja, 2002, Sejarah Eropah, Kuala Lumpur: Utusan Publication, hlmn. 56.83 City OF Rome. http://www.roman-empire.net/society/society.html
26
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
untuk penduduk Rom yang miskin. Subura ini menyediakan pasar sayuran, kedai gunting
dan barangan keperluan harian. Oleh kerana kawasan ini merupakan kawasan orang
miskin, maka jenayah seringkali berlaku dan merupakan kawasan yang tidak selamat.
Kawasan ini juga tedapat ramai pelacur.84
LALUAN PERDAGANGAN DAN PRODUK.
Perdagangan Rom dapat berlangsung di Sungai Tiber kerana kedudukannya yang
strategik di Lembah Latium yang dikenali sebagai Bandar Tujuh Bukit. Kawasan ini
terletak di tebing Sungai Tiber di tengah jalan Selatan ke Utara. Di kawasan pantai Barat
pula, muara sungai telah menjadi sebuah pelabuhan sungai yang besar. Kawasan ini
merupakan tempat tumpuan bagi pedagang-pedagang dari merata dunia seperti
Mesopotamia, Arab, China, dan Sepanyol. Pedagang yang melalui Laut Mediterannean
dan singgah ke pelabuhan tersebut kerana kawasan ini adalah selamat daripada kegiatan
perlanunan. Ekonomi Rom lebih cenderung kepada “agrarian-mercantile”85 yang lebih
bergantung kepada hasil pertanian dan perdagangan semata-mata.
84 City OF Rome. http://www.roman-empire.net/society/society.html 85 Aldo Schiavone (penterjemah: Margery J. Schneider), 2002, The End Of The Past: Ancient Rome and The Modern West, Cambridge: Harvard University Press, hlmn. 63.
27
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
Kegiatan ekonomi pada awal Rom lebih bersifat ‘single-strand’ iaitu, pengeluaran
adalah untuk memenuhi keperluan dan melibatkan skala pengeluran yang kecil sahaja.
‘Single-strand’ ini kemudiannya menjadi asas kepada kemunculan ‘multi-strand’ yang
lebih berorientasikan perdagangan kerana terdapatnya pertukaran barangan antara
pembeli dan penjual.86 Pada abad ke- 9, dapat dilihat apabila banyak kedai berselirat,
kawasan perlindungan dan tempat tertutup di pusat dan di bawah lembah di Tiber,
perkhidmatan di sepanjang laluan dilakukan dengan mengadakan prosedur
“administration economy” iaitu saluran pembekal dan perdagangan seperti garam, dan
kayu, yang menelan belanja yang besar bagi menghasilkan pelbagai jenis barangan.
Pertambahan perdagangan antara republik dengan jarak yang jauh, di mana berlakunya
pembentukan kelas sosial baru dengan lebih spesifik terutama berkenaan dengan
perdagangan yang menarik perhatian dan pengumpulan jumlah perdagangan yang besar
dalam bidang komersil di ibu negara.
Oleh kerana kegiatan perdagangan yang berlangsung. Maka aktiviti
mengendalikan perdagangan import dan eksport berlaku secara langsung. telah
menjalinkan hubungan perdagangan dalam lingkungan empayarnya seperti Gaul, Pulau
Sicily, Afrika Utara (Tunisia), Mesir dan seluruh kawasan takluknya. Manakala
perdagangan yang terjalin di luar lingkungan empayarnya ialah seperti India, Arab, dan
China. Rom juga menjalankan kegiatan interport selain daripada import dan eksport.
Rom telah menjadi pusat pengumpulan bahan dagangan dari wilayah-wilayah
86. The End of The Past: Ancient Rme and The Modern West, hlmn 54.
28
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
empayarnya dan dari luar empayar.87 Para pedagang dari luar empayar dan dalam
empayar datang ke pelabuhan di Italy. Rom mempunyai dua buah pelabuhan yang
terbesar, iaitu Puteoli di Teluk Nepal dan Ostia di muara Sungai Tiber. Kedua-dua
pelabuhan ini terdapat barangan berharga yang menjadi impian setiap pedagang.
Barangan mewah seperti sutera dari China dan rempah-ratus dari India mudah didapati di
pelabuhan tersebut. Bahan mentah seperti timah dari British, timah hitam dari Sepanyol,
dan besi dari Gaul turut boleh didapati disitu.88 Sumber utama yang diperdagangkan di
Rom adalah seperti gandum, anggur dan biri-biri.89
Pada zaman Dinasti Han, China telah menghantar seorang wakil secara terus ke
empayar Roman melalui jalan laut, wakil daripada Dinasti ini ialah Kan Ying yang telah
belayar ke daerah Roman di Syria pada masa pemerintah empayar Roman Nerva dan
telah dilantik menjadi pengawal pertama yang melihat dunia Greco-Roman. Hal ini
berlaku disebabkan adanya aktiviti perdagangan dengan China kerana Rom mengimport
sutera dan lada putih dari China.90
Pada masa yang sama juga, dasar perdagangan terhadap wilayah taklukannya
telah berkembang secara drastik. Britain dan Belgium adalah pembekal utama produk
biji-bijian terutama pada musim menuai untuk dihantar ke Rhine sebagai pertukaran
untuk mendapatkan senjata. Manakala Britain pula bermula dengan industri bulu
binatang di bawah Roman. Italy dan Selatan Gaul pula mengeluarkan air anggur atau
87 http://www.geocities.com/cominglucky/rom.htm 88 Jackson J. Spielvogel, 2005, World History: Journey Across Time: The Early Age, Columbus: Mcgraw-Hill, Hlmn 293.89 http://www.geocities.com/cominglucky/rom.htm 90 Aldo Schavone, translated by Morgery J. Schneider, (2002),End of The Past: The Ancient Rme and The Modern West, London : Harvard University Press hlm, hlm, 167.
29
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
wain dalam kuantiti yang agak besar, Rom juga memperkenalkan penanaman buah zaitun
kepada kepada Selatan Sepanyol dan Utara Afrika.91 Dasar ini dijalankan untuk
membekalkan bahan perdagangan di pelabuhan Rom dan keperluan penduduk Rom.
Perdagangan dan pengeluaran barangan barangan pada zaman empayar mengalami
pertambahan besar kerana perdagangan dijalankan di lingkungan empayar dan diluaskan
hingga ke India, Afrika, dan China melalui orang tengah. Ekoran daripada kegiatan
perdagangan yang semakin bertambah seimbang dengan empayar Rom mula beralih ke
Timur iaitu dari Adrictic ke Mesopotamia dan Mesir kerana sebahagian besar penduduk
orang timur berada di kawasan perbandaran, tambahan pula peradaban Hellenistik
tradisional lebih canggih dan kompleks.92 Satu perkara yang paling ketara ialah adanya
tumbesaran industri di beberapa daerah pada masa ini.
Tambahan pula, dengan adanya Laut Mediterranean membolehkan perjalanan
pedagang di seluruh China dan Mesopotamia. Orang-orang Parthia yang berada di laluan
tengah laluan sutera antara Rom dan China telah cuba untuk mencegah China daripada
membuat hubungan dengan penduduk Rom secara terus-terusan. Perdagangan dijalankan
bagi memelihara kehidupan bandar di Partia yang mana bandar dapat berkembang
dengan cepat dan pantas.93 Aktiviti perdagangan dapat berjalan dengan lancar kerana
terdedah kepada angin perjalanan kerana masyarakat pada masa ini berpendapat idea,
agama, pengetahuan dan seni dapat dijadikan aspirasi dalam pengembaraan seluruh jalan
91 John P. Mckay, (2004), A History of World Societies, New York : Houghton Mifflin Company. Hlm, 167.92 Philip J. Adler, (1999), World Civilizations : Volume 1 : To 1600, Wadsworth Thompson Learning. Hlm, 126-128. 93 John P. McKay, (2004), A History of World Societies, New York : Houghton Mifflin Company. Hlm, 167.
30
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
dan perkara ini hanya dapat dilakukan melalui perdagangan kerana dari situ akan dilihat
perbezaan-perbezaan yang wujud antara negara.
Pada pertengahan abad ke-3, selepas penaklukan Pulau Sicily oleh Rom, badan
kehakiman telah diperkenalkan untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan sesama
orang asing (pedagang), sesama penduduk Rom, dan antara penduduk Rom dan orang
asing. Badan ini memperkenalkan satu set peraturan baru, iaitu “commercial law” atau
lebih dikenali sebagai “ius gentium”. Peraturan ini menjadi panduan dalam sebarang
membuat urusan perniagaan antara Rom dan Itali dan di kawasan Mediterranean.94 Set
peraturan ini telah digunakan dalam sebarang aktiviti perdagangan terutamanya di
lingkungan Laut Mediterranean.
Pada era republik polis, “economic constitution” telah terbentuk, iaitu wujudnya
hubungan pemilik tanah kecil. Pada masa yang sama, golongan bangsawan telah berjaya
mengawal petani kecil, rakyat dan tentera.95 Pada zaman Republik Rom perdagangan
tidak begitu penting. Hal ini kerana masyarakat Rom pada masa itu hnya menjalani hidup
secara sederhana dan mereka mengusahakan tanaman sendiri serta hasil barangan
keperluan sendiri. Walaupun begitu, mereka juga terlibat dalam aktiviti perdagangan
tetapi hanya dalam jumlah yang amat sedikit kerana mereka masih terikat dengan
ekonomi sara diri menyebabkan mereka hanya tukar hasil tanaman untuk mendapatkan
besi, buah zaitun dan sebagainya dengan jiran mereka. Semasa era pemerintahan akhir
republik, Julius Ceaser telah melakukan peluasan wilayah Rom secara besar-besaran
94 Aldo Schiavone, 2002, The End of the Past: Ancient Rome and The Modern West, Cambridge: Havard University Press, hlm, 5695 The End of The Past: Ancient Rme and The Modern West, hlmn. 55.
31
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
telah menjadikan Rom sebagai kuasa besar di Mediterranean yang meliputi Syria,
Makedonia, Yunani, Mesir, Timur Tengah, Gaul (Perancis dan Belgium) dan Britain. Hal
ini telah menyebabkan negara-negara ini terpaksa melakukan hubungan perdagangan
dengan Rom dengan mengimport barang-barang dagangan keluaran negara Rom seperti
besi, buah zaitun, anggur dan lain-lain serta Rom juga perlu mengadakan hubungan
perdagangan dengan negara-negara ini kerana keperluan Rom iuntuk mendapatkan
barang- barang yang tidak terdapat di Rom. Melalui hubungan perdagangan yang meluas
ini kita dapat lihat bahawa Rom merupakan sebuah kuasa yang kuat dan berpengaruh
kerana banyak hubungan perdagangan yang dilakukan sehingga Rom mampu muncul
sebagai sebuah negara yang kuat.
Sistem kepercayaan penduduk Rom telah mempengaruhi kegiatan perdagangan
empayar Rom. Pada zaman empayar, orang-orang Rom merayakan Perayaan Sartunalia
yang dirayakan selama tujuh hari, iaitu dari 17 Disember hingga 23 Disember. Pada masa
ini tidak ada kegiatan perdagangan dijalankan.96 Oleh itu, sebarang aktiviti import dan
eksport tidak dapat dijalankan.
Pada zaman pemerintahan Maharaja Augustus juga, Rom menjadi pusat
perdagangan yang paling penting dan maju serta pusat perdagangan antarabangsa yang
sibuk. Antara perdagangan yang dijalankan ialah dengan mengimport sutera dan lada
putih dari China, mutiara, kosmetik, minyak wangi, batu permata, kulit penyu, rempah-
ratus, pokok jati, lada hitam, sutera China dan tekstil dari India. Dari Afrika Timur
96 Christian Churches of God, 2003, Kenapa Kita Tidak Merayakan Hari Krismas, Diperoleh pada April
24, daripada http://www.ccg.org/indonesian/c/cb024.html
32
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
dibawa gading emas, bulu binatang, batu ambar, lilin dan hamba pula dibawa dari Rusia
dan Jerman. Britain pula membekalkan timah hitam, besi, tiram, dan anjing perburuan.
Perdagangan ini juga mementingkan kualiti kerana gelas yang terbaik dari Mesir dan
Sidon di Phoenicia. Sepanyol pula membawa logam, emas, perak, bahan pencelup, linen
dan minyak zaitun ke Rom. Afrika Utara pula menghantar hamba, emas, abut marmar,
gading dan binatang liar yang digunakan untuk pertunjukkan gladiator. Asia Kecil dan
Syria pula menjadi pembekal kain bulu, fabrik, permaidani, kain bertekat, barang-barang
kulit dan keluli. Industri hanya dijalankan oleh beberapa artisan tempatan yang memiliki
kedai-kedai sendiri sahaja.97 Rom pula menjadi pengeksport wain, emas, kain linen,
zaitun kepada negara-negara yang terlibat dengan perdagangan Rom. Hal ini
menunjukkan terdapatnya hubungan perdagangan yang berlangsung dalam keadaan stabil
kerana setiap negara memerlukan hasil barangan yang tidak terdapat dalam negara
mereka.
Selain itu semasa pemerintahan Augustus, perdagangan yang dijalankan adalah
lebih meluas merentasi Laut Mediterranean kerana Rom mengalami kemuncak
kegemilangan pada zaman Augustus. Hal ini telah membawa Rom kepada perdagangan
yang maju sehingga mampu mencapai sebuah negara yang amat berkembang sebagai
pusat perdagangan yang utama pada masa ini. Augustus telah berjaya meneruskan
pentadbirannya sehingga menjadi lebih stabil yang belum pernah wujud sebelum ini.
Perdagangan menjadi semakin pesat pada zaman pemerintahannya sehingga mampu
muncul sebagai pusat perdagangan yang maju dan berjaya di Laut Mediterranean.
97 Jackson J. Spielvogel, 2005, World History: Journey Across Time: The Early Age, Columbus: Mcgraw-Hill, Hlmn 293.
33
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
Tumbesaran dan perubahan dalam bidang ekonomi dapat dilihat melalui pemerinatahn
Augustus kerana telah dimasukkan dengan gelombang yang kedua yang menjadikan
konsep ekonomi Rom sangat menarik terutama berkaitan dengan perdagangan.98 Selain
itu, kita juga perlu faham bahawa sistem empayar Rom sehingga mampu menghalang dan
mencetuskan sesuatu ekonomi yang lebih dinamik dan mungkin boleh dibandingkan
tetapi perlu dilihat dalam situasi tumbesaran sebelum dan selepas pemerintahan Maharaja
Augustus, sekurang-kurangnya dalam keadaan tumbesaran praperindustrian yang wujud
di Eropah.
Semasa pemerintahan Augustus, beliau telah memperkenalkan sistem ekonomi
Laissez-faire (let it be), iaitu bersifat bebas, pedagang-pedagang bebas dalam mecorakkan
kegiatan ekonomi yang membiarkan sahaja ekonomi yang wujud sehinggalah akan
terbentuk dengan sendirinya. Melalui sistem ekonomi ini, kegiatan perdagangan dapat
dijalankan dengan lebih teratur kerana sistem cukai dapat diatur dengan lebih baik tanpa
membebankan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti perdagangan. Pelaksanaan
laissez-faire dalam sebarang kegiatan ekonomi telah membawa kepada perhubungan
perdagangan dengan dunia luar.
Penggunaan mata wang semakin diperbaiki untuk memudahkan urus niaga dalam
perdagangan. Rom telah menggunakan wang syiling dalam perdagangan. Penggunaan
mata wang ini membantu pedagang dalam mengukur nilai sesuatu barangan. Pada 100
A.D, mata wang Rom diterima di seluruh kawasan Mediterranean.99 Selain itu, pedagang
98 Aldo Schiavone, (penterjemah: Morgery J. Schneider), (2002), The End of The Past: Ancient Rome and The Modrn West, London : Harvard University Press. Hlm, 61.99 World History: Journey Across Time: The Early Ages. Hlmn. 294.
34
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
asing juga boleh menggunakan mata wang Rom untuk menjalankan urusniaga di Gaul
dan Greek. Sistem mata wang yang standard mengikut berat juga digunakan untuk
memudahkan pedagang semasa membuat urusniga di pelabuhan.
Masyarakat Rom lebih mengutamakan ekonomi yang berasaskan industri yang
melibatkan golongan artisan tempatan sebagai pedagang dan pengusaha.100 Perdagangan
menjadi sumber utama Rom kerana melalui perdagangan Rom mampu menjadi sebuah
negara yang kaya dan bertamadun apabila banyak melakukan hubungan perdagangan
dengan negara luar dan negara yang berjaya ditawan oleh Rom. Sementara majoriti
penduduk Rom mengusahakan tanah dan pertanian yang membawa mereka terlibat dalam
kegiatan perdagangan kerana mereka memerlukan hasil pertanian seperti anggur, zaitun
dan lain-lain yang untuk diimport ke negara-negara lain. Tambahan pula, Rom yang
terletak di pertengahan jalan perdagangan utama Laut Mediterranean menyebabkan Rom
dapat melakukan hubungan perdagangan tanpa sebarang halangan sesuai dengan
kedudukan Rom sebagai sebuah pelabuhan yang strategik.
Hamba juga umpama satu produk yang sangat bernilai kepada Rom. Misalnya,
semasa Perang Punic ketiga yang melibatkan antara Rom dengan Carthage membawa
kepada penawanan Chartage (Afrika Utara), dan menjadikan rakyat Carthage sebagai
hamba. Rom telah berjaya menawan seramai 50,000 orang penduduk Carthage dijual
sebagai hamba abdi di pasaran hamba.101 Ekonomi moden yang wujud pada waktu itu
juga tepat pada masanya kerana lebih ketara daripada sifat dasar yang dinamik, tetapi
100 Sivachandralingam Sundara Raja, 2001, Tamadun Dunia, Selangor : Fajar bakti Sdn. Bhd. Hlm, 325. 101 Jackson J. Spielvogel, 2005, World History: Journey Across Time (The Early Ages), Columbus: McGraw-Hill, hlmn. 276.
35
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
melalui peringkat “disequilibrium” iaitu ketidaksamaan102 yang diperolehi oleh rakyat
dalam bidang ekonomi yang berbeza antara tempoh dan masa yang mana lebih cenderung
mengadakan interaksi terutama dengan kawasan-kawasan lain yang berbeza daripada
pelbagai unsur.103
Antara perusahaan yang dijalankan oleh Rom pula seperti tembikar, tekstil, bahan
besi dan senjata ekoran daripada terdapatnya banyak peperangan pada masa ini. Hanya
selepas tamatnya peperangan dan negara yang bertamadun disatukan di bawah satu
pentadbiran pusat yang berkesan iaitu pada zaman Augustus, kegiatan perdagangan bebas
dilakukan malah meliputi kawasan yang lebih luas lagi. Misalnya adalah seperti
perdagangan bebas di antara Laut Hitam dan Sepanyol baru digalakkan, tambahan pula,
semua perkara yang melibatkan aktiviti perdagangan adalah sama seperti penggunaan
system mata wang yang sama, undang-undang yang sama, dan keistimewaan yang
sama104 telah menggalakkan lagi aktiviti perdagangan malah dengan adanya sistem
pengangkutan yang baik pula membolehkan aktiviti perdagangan dapat berjalan dengan
baik kerana hasil barangan pedagang dapat dibawa dengan senang.105
Pada sekitar tahun 300 SM, Itali dan kawasan desa Timur Eropah lain telah
menggunakan tanah untuk membina villa ataupun estet bagi mengumpul lebih banyak
kekayaan dan bagi memastikan ekonomi menjadi semakin kukuh tetapi hal ini telah
menyebabkan ramai peladang mengalami kerugian dan telah memiskinkan golongan ini.
102 Aldo Schiavone, (penterjemah: Morgery J. Schneider), 2002, The End of The Past: The Ancient Rme and The Modern West, London : Harvard University Press. Hlm, 60.103The End of The Past: The Ancient Rme and The Modern West, hlmn, 60.104 Sivachandralingam Sundara Raja, (2001), Tamadun Dunia, Selangor : Fajar bakti Sdn. Bhd. Hlm, 324.105 Internet.
36
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
Perkara ini berlaku kerana sebelum ini peladang banyak bergantung kepada ekonomi
pertanian bagi tujuan perdagangan dan mereka memperoleh banyak keuntungan daripada
aktiviti perdagangan. Hal ini telah memaksa lebih ramai orang yang berpengaruh untuk
mendapatkan kebebasan dan pendapatan tetap serta perlindungan dengan menentang
pengutip cukai yang mengutip cukai secara melampau dan tidak adil.106 Akibat wujud
masalah yang sebegini, pertambahan stratifikasi sosial turut berlaku di mana golongan
kaya menjadi lebih ramai dan semakin berbeza dengan orang miskin yang menjadi lebih
teruk. Hal ini telah menyebabkan berlakunya kejatuhan ekonomi dalam empayar Rom
terutama berkenaan dengan ekonomi perdagangan. Penetapan cukai yang sebegini telah
membawa kepada kemajuan aktiviti perdagangan tamadun Rom kerana tidak
memanipulasikan mana-mana pihak malah mengenakan syarat-syarat yang sama sahaja
dalam menjalankan aktiviti perdagangan seperti undang-undang, sistem mata wang serta
keistimewaan yang diperolehi kerana kepentingan Laut Mediterranean yang menjadi
lebuh raya yang menghubungkan kawasan tengah empayar Rom.107 Tetapi ianya jauh
berbeza selepas kematian Augustus kerana perdagangan Rom mula mengalami masalah
apabila sistem pungutan cukai tidak lagi dipungut secara adil yang menyebabkan
pelbagai masalah muncul sehingga membebankan pedagang, peladang dan golongan
miskin kerana pungutan cukai yang dikenakan terhadap mereka jauh berbeza dengan
golongan atasan sehingga menyebabkan berlakunya ketidakadilan dalam ekonomi di
Rom.
106 Philip J. Adler, 1999, World Civilizations ; Volume 1 ; To 1600 : Wadsworth Thompson Learning. Hlm, 126-128. 107 Sivachandralingam Sundara Raja, 2001, Tamadun Dunia, Selangor : Fajat Bakti Sdn. Bhd. Hlm, 324.
37
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
Kesimpulan.
Sistem ekonomi dan perdagangan telah mengalami perubahan sejak kemunculan
Rom. Pada awal kemunculan tamadun Rom, kegiatan ekonomi lebih kepada sistem
ekonomi sara diri, iaitu memenuhi keperluan harian. Kegiatan perdagangan juga telah
wujud tetapi dalam bentuk yang terhad. Perdagangan pada masa ini lebih menggunakan
sistem barter dalam urusniaga. Kegiatan ekonomi dan perdagangan tamadun Rom telah
bertambah kompleks dan berkembang apabila perluasan kuasa giat dilakukan oleh
pemerintah-pemerintah. Antara sistem ekonomi yang terdapat dalam empayar Rom ialah
sistem ekonomi sara diri, sistem ekonomi komersil, dan sistem ekonomi kapitalisme atau
laissez-faire. Kemunculan sistem ekonomi laissez-faire ini telah melahirkan golongan
kapitalis yang mencorakkan ekonomi Rom sehingga aktiviti perdagangan semakin
berkembang. Empayar Rom mula mengalami kemajuan dalam ekonomi kapitalisme
38
Sejarah: Peradaban Awal (LSD 2013)
tetapi empayar Rom tidak dapat bertahan lama dalam sistem ekonomi ini. Walaupun
Rom maju dari segi ekonomi pada zaman pemerintahan Augustus tetapi ekonominya
mula menglami kemerosotan apabila pemerintah Rom selepas Augustus kurang memberi
perhatian kepada ekonomi malah lebih memberi perhatian kepada bidang ketenteraan
sehingga membawa kepada kejatuhan empayar Rom tanpa memikirkan kebajikan rakyat
yang menyebabkan Rom menghadapi masalah kewangan yang teruk sehingga gagal
mempertahankan negara mereka. Empayar Rom akhirnya hilang yang sebelum ini
dikenali sebagai sebuah tamadun yang paling berpengaruh dan dikenali di serata dunia
akibat kejatuhan sistem pemerintahan maharaja yang tidak stabil.
39
top related