perayaanetnikdimalaysia 100404143216-phpapp01

Post on 10-Jun-2015

2.566 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

HUBUNGAN ETNIK 2011

NAMA AHLI KUMPULAN:

1.ONG CHAN KWAN2.MUHAMMAD RIKHZAN AMIR3.HAREZ HEZRY

KURSUS DAN SEKSYEN:1DDC (35)

NAMA PENSYARAH:PN.JASMIN BINTI BAHAROM

ASSALAMUALAIKUM ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM DAN SALAM SEJAHTERASEJAHTERA

PERAYAAN YANG DISAMBUTBERSAMA SEMUA ETNIK

DIMALAYSIA

TAJUK

MELAYU

CINA INDIA

KAUM-KAUM YANG LAIN: Kadazan Iban Orang Ulu Kelabit Bidayuh Sikh Punan/Penan Kenyah/Kayan Melanau

MASYARAKAT DI MALAYSIA

KAUM TERBESAR

SAMBUTAN PERAYAAN UTAMA DI MALAYSIA

Tahun Baru Cina Hari Raya Aidilfitri Perayaan Deepavali

Hari Kemerdekaan Malaysia

KAUM AGAMA TEMPAT IBADAT PERAYAAN

Melayu Islam •Masjid•surau

•Hari Raya Puasa•Hari Raya Haji

Cina Buddha •Tokong •Tahun Baru Cina•Chap Goh Mei•Hari Wesak

India Hindu •Kuil •Hari Deepavali•Hari Thaipusam

PERAYAAN UTAMAPERAYAAN UTAMAKAUM MELAYUKAUM MELAYU

Hari Raya Puasa / Hari Raya Aidilfitri

Hari Raya Qurban/Hari Raya Aidiladha

PERAYAAN KAUM MELAYU PERAYAAN KAUM MELAYU Hari Raya Puasa Dikenali sebagai Hari raya Aidilfitri. Diraikan pada 1 Syawal setiap tahun mengikut

kalendar Islam. Perlu berpuasa selama 1 bulan Selepas mengerjakan solat sunat Aidilfitri, dan

masing-masing segak dan cantik dengan pakaian baru, kaum keluarga akan berkumpul.

Ucapan ‘selamat hari raya ‘ dan kemaafan dipohon, menandakan kesalahan lalu telah dilupakan.

Juadah wajib bagi hari raya ialah seperti ketupat, rendang, sambal kacang, lemang, dan serunding.

Disambut oleh kaum lain juga dengan mengadakan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri.

HARI RAYA PUASAHARI RAYA PUASA

•Tahun Baru Cina•Chap Goh Mei•Hari Wesak

 Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, dimana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan.Mereka mencari ikhtiar unutk menewaskan makhluk ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.

Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina.Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi symbol tradisi kemeriahan masyarakat Cina. 

Perayaan ini juga disambut oleh kaum lain dengan mengadakan rumah terbuka dan datangi rumah oleh kaum lain. Juga tidak dikecuali makan besar bersama.

Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang berwarna merah akan memeriahkan suasana, disamping ucapan ‘Gong Xi Fa Cai’ akan diucapkan sesama etnik.

                        

Hari Deepavali Hari Thaipusam

Dikenali oleh masyarakat Hindu sebagai pesta cahaya,Deepavali atau Diwali adalah simbol kebaikan menumpaskan kejahatan, cahaya menumpaskan kegelapan. Di hari ini, kerajaan mengishytiharkan satu hari cuti umum.

                   Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam

kelender Hindu, biasanya pada bulan Oktober atau November.Oleh kerana namanya Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu.Asal usul perayaan ini adalah berkaitan dengan pertembungan antara Dewa Rama dengan Ravana, dimana kemenangan berpihak pada Dewa Rama, yang akhirnya berjaya merampas Sita dari Ravana yang jahat.Selain itu terdapat juga pelbagai cerita lain yang berkaitan dengan perayaan ini, seperti pergaduhan antara Dewa Krishna dengan Syaitan Asura- yang dimenangi oleh pihak baik lantas dirayakan dengan pelita dan lampu-lampu.  

              

Selain dari itu, penganut Hindu juga membersihkan diri dan jiwa mereka, dengan mengamalkan puasa, hanya makan sayuran, dan bermeditasi.Di hari Deepavali ini, pertelingkahan akan dilupakan, manakala kemaafan akan mendapat penghargaan.                                     

Pada pagi Deepavali, mereka akan bangun awal, untuk upacara mandi minyak. Ia adalah simbol kepada penyucian diri.Kemudian mereka menuju ke kuil untuk bersembahyang.Setelah itu, sepanjang hari mereka akan berkunjung ke rumah saudara dan sahabat handai. Walaupun penganut Hindu adalah Vegetarian, tetapi Deepavali tetap diserikan dengan banyak makanan yang enak seperti daging manis, pudding, dan murukku.

Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.

Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul

12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.

Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti am di Malaysia untuk semua masyarakat Malaysia .

HARI KEMERDEKAAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIAMALAYSIA

Mewujudkan suasana meriah hari perayaan tersebut dan tahu budaya kaum lain.

Merapatkan hubungan antara satu kaum dengan kaum yang lain dan dapat mengelakkan ulangan peristiwa 13 Mei.

Mewujudkan perpaduan antara kaum dan secara tidak langsung menjamin keamanan dan kemajuan negara.

Nama negara harum dengan perpaduan antara pelbagai kaum dan dicontohi oleh negara lain.

Dapat merealisasikan wawasan 2020 dan negara bangga dengan perpaduan,pelbagai budaya dan perayaan.

KESIMPULANKESIMPULAN

Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan mempunyai pelbagai perayaan.

Masyarakat Malaysia memupuk nilai murni iaitu saling hormat menghormati antara satu sama lain dan dapat hidup dalam pelbagai budaya yang berbeza.

Masyarakat Malaysia saling kunjung-mengunjungi antara satu sama lain.

Kita hendaklah bersyukur kerana situasi ini hanya terdapat di Malaysia.

top related