peranan efikasi kendiri kaunselor dalam meningkatkan ... · pemangkin dalam membina kecemerlangan...
Post on 16-Aug-2019
272 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Jurnal Kaunselor Berdaftar, Jilid 2, No.9 ;2018 E-ISSN 2600-8076 Diterbitkan oleh Lembaga Kaunselor (Malaysia) _________________________________________________________________________________________
Peranan Efikasi Kendiri Kaunselor dalam Meningkatkan Kualiti Profesionalisme
Perkhidmatan Kaunseling
Rorlinda Bt. Yusof, Noriah Mohd Ishak, Amla Salleh
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang efikasi kendiri dalam kalangan guru kaunseling. Rekabentuk kajian kuantitatif dan kualitatif digunakan bagi menjawab persoalan kajian ini. Bagi kajian kuantitatif, seramai tiga ratus enam orang guru kaunseling sekolah menengah dari enam daerah di negeri Selangor telah memberi respon kepada dua soal selidik; Instrumen Efikasi Kendiri Umum dan Efikasi Kendiri Kaunseling. Hasil kajian kuantitaif menghasilkan profil efikasi kendiri kaunseling dan melihat perbezaan berdasarkan faktor jantina, umur, dan pengalaman sebagai guru kaunseling. Kajian kualitatif pula meneroka bagaimana guru kaunseling membina dan menggunakan efikasi kendiri kaunseling dalam perkhidmatan. Sampel kajian kualitatif melibatkan empat orang subjek yang dipilih daripada tiga ratus enam orang guru kaunseling sepenuh masa di enam daerah negeri Selangor. Dua orang daripada peserta kajian memperoleh skor Kecerdasan Emosi tinggi dan dua orang memperoleh skor KE yang rendah dalam kajian tinjauan. Data kajian diproses menggunakan perisisan NVivo 2.0 melibatkan arahan Browse Nodes, Assay Scope, Boolean Search, Matrix Intersection, Document Attribution and Explore. Hasil dapatan menunjukkan guru kaunseling mempunyai tahap efikasi kendiri kaunseling yang sederhana (80-.35). Kajian turut mendapati bahawa wujud perbezaan efikasi kendiri berdasarkan faktor jantina dan umur. Dapatan kajian kualitatif telah menghasilkan tujuh kategori utama yang menggambarkan pembinaan dan penggunaan efikasi kendiri dalam kalangan guru kaunseling. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembinaan efikasi kendiri berlaku secara tersirat disebalik laluan proses perkembangan sahsiah secara holistik, sumber ransangan persekitaran dan kejelasan peranan sebagai guru kaunseling sepenuh masa. Kajian seterusnya mendapati efikasi kendiri digunakan ketika guru kaunseling menjana pemikiran kritis, membentuk daya tindak, menjana daya tahan, dan membentuk hala tuju pembinaan kerjaya. Hasil kajian ini telah membuktikan bahawa kecekapan kecerdasan emosi bertindak sebagai pendorong ketabahan profesionalisme guru kaunseling, manakala efikasi kendiri bertindak sebagai mekanisme penggerak kecerdasan emosi ke arah memacu komitmen guru kaunseling terhadap bidang tugas perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.
Kata kunci: Efikasi kendiri kaunselor, Bimbingan dan Kaunseling, kaunselor sekolah.
1.0 PENGENALAN
Kaunselor memainkan peranan penting sebagai agen
pemangkin dalam membina kecemerlangan sahsiah
generasi muda khususnya para pelajar di sekolah.
Personalia kaunseling perlu memiliki kompetensi
peribadi dan profesional yang mantap dan berkesan
(Mat Saat 2005 dan Linsay 2017). Selain itu,
kaunselor khususnya yang berkhidmat di sekolah
perlu memiliki keyakinan yang tinggi dan
melengkapkan diri dengan pelbagai kompetensi
personal dan profesional merangkumi atribut
kepimpinan, perhubungan, komunikasi dan
kontribusi, role model, berwawasan, dan advokasi
supaya perkhidmatan yang diberikan berkesan serta
mendapat kerjasama dan sokongan daripada
warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat (Young &
Bryan 2015). Pandangan ini menyokong Laporan
resolusi Konvensyen Pendidikan Keibubapaan dan
Kekeluargaan Peringkat Kebangsaan ke-2 Anjuran
Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Nasional
(MAPIN) (Mohd Feroz 2004 dalam Rorlinda 2010)
melaporkan guru kaunseling (GK)
bertanggungjawab bukan sahaja dalam hal
memantau disiplin pelajar, malah menerangkan hala
tuju pendidikan, pembangunan sahsiah dan peluang
kerjaya pelajar pada masa hadapan. Justeru, satu
resolusi telah diputuskan untuk melantik lebih ramai
guru bimbingan dan kaunseling agar jumlahnya
sesuai dengan bilangan pelajar. Keputusan tersebut
menggambarkan tingginya harapan masyarakat
terhadap peranan GK dalam meningkatkan
kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar secara
seimbang.
http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Jilid 2, No.9 ; 2018
2. PENYATAAN MASALAH
Usaha memimpin kesejahteraan pelajar di sekolah
perlu seiring dengan usaha pembinaan kesejahteraan
dan kecemerlangan guru kaunseling. Jaworski
(1996) dalam Goleman (1998) menyatakan sebelum
seseorang itu boleh memimpin dan membantu orang
lain secara berkesan, dia perlu terlebih dahulu
meneroka ke dalam diri untuk menemui dirinya yang
sebenar. menurut Combs (1982) keberkesanan
seorang kaunselor bukan hanya melalui teknik,
malah boleh dibezakan dengan melihat pada
kepercayaan kendiri dan personaliti yang dimiliki.
Menurut Jourard dan Landsman (1980) personaliti
sihat digambarkan oleh orang yang mengambil berat
tentang dirinya sendiri dan orang lain secara
mendalam. Cormier dan Cormier (1998), Belkin
(1981), Taiwo Hanbal (1998), Gladding (2004)
telah menyenaraikan ciri kaunselor berkesan sebagai
individu yang mempunyai pengetahuan dan
kefahaman kendiri tentang pelbagai aspek kendiri
seperti tahap kecekapan, nilai dan keyakinan diri,
sifat penyabar dan penyayang, kuasa dan intimasi,
perasaan sendiri, serta kesedaran interpersonal yang
melibatkan kesedaran pengalaman budaya,
kebolehan menunjukkan model dan pengaruh,
mengutamakan orang lain, fleksibel, mempunyai
perasaan belas dan empati. ciri-ciri tersebut sejajar
dengan domain kesedaran kendiri, regulasi kendiri,
motivasi kendiri, empati, kemahiran sosial,
kematangan dan kerohanian dalam model
kecerdasan emosi (Noriah-Goleman 2005).
Kajian tentang kesejahteraan psikologi guru
kaunseling (gk) mendapati bahawa gk di negara ini
ada mempunyai masalah tekanan, daya ketahanan
dan tahap kepercayaan diri yang sederhana (Che
Supeni 2000; Nilmi 2006; Siti Halimah 2004;
Shahril 2005; Wan Marzuki 2007) Shahril (2005)
mendapati bahawa 32.68 peratus gk di negara ini
tidak mempunyai daya ketahanan. Manakala Che
Supeni (2000) pula mendapati gk sering kali
mengalami tekanan dan 53.3% daripada subjek yang
dikaji bersedia untuk melepaskan jawatan gk
sepenuh masa dan bertugas sebagai guru biasa.
dapatan ini disokong oleh kajian Siti Halimah (2004)
dan beberapa kajian luar negara (barret, riggar,
flowers Crimando dan Bailey (1997). Hasil kajian
menunjukkan wujudnya tekanan dan kemungkinan
ketidakpuasan kerja dalam kalangan gk sepanjang
melaksanakan perkhidmatan b&k di sekolah.
masalah tersebut jika tidak ditangani dengan baik
boleh menjejaskan kesejahteraan psikologikal gk
serta menjejaskan keberkesanan perkhidmatan yang
disediakan.
Kajian lepas turut membuktikan bahawa
penurunan daya motivasi gk adalah berdasarkan
faktor bebanan tugas, masa kerja yang panjang,
ketidakselarasan jangkaan dengan kemampuan, serta
ketidakselarasan sokongan dan kerjasama dengan
harapan. (Asrah 2003; Che Supeni 2000; gambang
2005; Haslee 2003; Lukman 2005; Omar 1999; Siti
Halimah 2003). Selain itu, menurut Abd. Karim
(1998) antara faktor yang mengekang proses
pelaksanaan perkhidmatan b&k di sekolah ialah
faktor dalaman dan luaran diri kaunselor. faktor
dalaman meliputi aspek; (a) kemampuan kaunselor
yang masih rendah (b) sikap dan peribadi kaunselor
yang kurang memadai, (c) permasalahan yang
kurang diberi perhatian, (d) sifat kaunselor yang
dilihat sebagai hakim, (e) kurang penguasaan teknik-
teknik b&k (f) kurang motivasi, kreativiti,
kepercayaan dan keyakinan diri, (g) masalah agama
dan ras dalam memahami pelajar yang bukan dari
golongan sebangsa (h) emosi kurang matang (i)
perilaku yang tidak diteladani dan (j) penampilan
yang kurang menarik. Faktor luaran pula
membabitkan aspek kemudahan infrasturktur,
sumber kewangan dan maklumbalas persekitaran
kerja yang juga menjadi penyumbang penting
terhadap kestabilan psikologikal gk. Faktor-faktor
tersebut didapati berkaitan dengan aspek kecekapan
peribadi. ketidakcekapan yang berterusan boleh
penyumbang kepada cetusan emosi yang boleh
menimbulkan ketidakpuasan kerjaya, seterusnya
menjejaskan daya tahan gk dalam persekitaran kerja
di sekolah. pandangan ini selari dengan pendapat
Corey (2003:58) dalam pernyataannya; counseling
can be a hazardous profession and its stresses stem
from the nature of the work, from the professional
role expectations of counselors, and from the
individual dynamics of the practitioner. Sehubungan itu, Brammer (1993), Combs
(1982), dan Rogers (1961) menyarankan supaya kaunselor perlu mempunyai keyakinan dalam mendemonstrasi keberkesanan perkhidmatan jika ingin meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap mereka. Justeru, kaunselor perlu mengukur kecekapan diri supaya dapat diselaraskan dengan ciri kaunselor yang berkesan dan beretika. Saranan ini menyokong pendapat Corey (2005: 34) yang menyatakan “the most important instruments you have to work with as a counselor is yourself as a person”.
64
http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Jilid 2, No.9 ; 2018
Apabila prestasi perkhidmatan gk dikaitkan
dengan aspek kualiti peribadi dan profesionalisme,
tiga persoalan dapat dibangkitkan: (1) mungkinkah
ketidaksejahteraan psikologi gk berpunca daripada
isu-isu berkaitan persepsi negatif dan salah faham
masyarakat terhadap perkhidmatan yang
dijalankan?, (2) mungkinkah ketidaksejahteraan
psikologikal gk berpunca daripada pengaruh faktor
cetusan emosi yang timbul akibat kesukaran
menghadapi cabaran perkhidmatan yang semakin
rencam? atau (3) adakah tekanan yang dialami
berpunca daripada faktor peribadi gk yang meliputi
aspek ketidakupayaan mengurus emosi atau
kekurangan keyakinan diri dalam menyediakan
perkhidmatan berkualiti? semua persoalan tersebut
memerlukan satu kajian introspektif yang terfokus
agar gambaran yang jelas berhubung kualiti
keperibadian gk diperoleh. beberapa pengkaji telah
menyamakan daya ketahanan emosi dengan efikasi
kendiri kaunseling (Shahril 2003; dan William
2004). peningkatan sesuatu aspek efikasi akan
memperbaiki komitmen dan prestasi kerja seseorang
(Bandura 1982; Larson 1992; Lin 1988).
sehubungan itu, penilaian tahap kecekapan efikasi
kendiri telah dijadikan kompetensi teras dalam
menyediakan perkhidmatan kaunseling yang
berkesan (Martin, Easton, Wilson, Sullivan &
Takemoto 2002).
3. KAJIAN LITERATUR
3.1 Efikasi Kendiri (Ek)
Efikasi kendiri (ek) ialah proses kognitif yang
melibatkan pengukuran tahap keyakinan. kecekapan
ek boleh menjadi pengantara dalam perubahan
tingkah laku seseorang. Menurut Bandura (1982,
1997, 2003) ek merupakan suatu konsep yang
berkaitan dengan kepercayaan peribadi tentang
keupayaan mengamalkan kawalan terhadap situasi
yang berlaku dalam kehidupan seseorang. kecekapan
individu mengawal sesuatu situasi mengikut
Schwarzer & Jerusalem (1995) bergantung kepada
peranan ek dalam menyediakan asas pertimbangan
terhadap kepercayaan tentang kebolehan individu
tersebut melaksanakan aktiviti dan mengurus situasi
yang bakal dihadapi. kepercayaan peribadi merujuk
kepada rasa berkebolehan untuk melakukan sesuatu
tugas sehingga mencapai kejayaan mengikut
piawaian yang ditetapkan individu berkenaan.
Persepsi diri tentang kebolehan untuk bertindak
dengan cekap dan berkesan akan mempengaruhi
individu dalam aspek; (a) tindakan dan pengendalian
tingkah laku (b) pilihan samada untuk mendekati
suatu situasi dan persekitaran atau sebaliknya, dan
(c) ketekunan melakukan tugasan tertentu (bandura
1997). Rasa berkebolehan untuk berjaya melakukan
sesuatu mengikut piawaian yang diingini pula boleh
meningkatkan estim kendiri dan seterusnya
menaikkan ek seseorang. Sehubungan itu, sikap
optimis dan harapan yang dipertaruhkan seseorang
terhadap kebolehannya adalah asas kepada
peningkatan ek. dengan kata lain, ek ialah anggaran
keyakinan tentang kebolehan kendiri seseorang
individu yang akan membantunya mencapai hasil
sepertimana yang diharapkan.
Konsep ek bersandarkan kepada andaian
bahawa kesedaran terhadap ek menjadi penghubung
antara pengetahuan seseorang untuk melakukan
sesuatu tugas dengan perkara sebenar yang akan
dilakukannya (Larson, Suzuki, Gillespie, Potenza,
Bechtel, Toulouse 1992). Andaian ini disokong oleh
Khoo dan Tan (2004) yang berpendapat bahawa ek
akan membentuk espektasi atau harapan terhadap
diri sendiri, kemudiannya akan mendorong kepada
tindakan yang bakal diambil. semasa proses
pelaksanaan suatu tindakan, individu yang
mempunyai ek tinggi dikatakan akan mencungkil
atau menggunakan seberapa banyak potensi peribadi
yang dimilikinya untuk mencapai harapan yang telah
dibentuk sejak awal. individu berefikasi tinggi
seterusnya akan membuat tindakan-tindakan besar
dengan komitmen yang berterusan bagi memastikan
harapan yang dibentuk menjadi kenyataan. usaha
tersebut akan membawa kepada kejayaan yang
besar. kejayaan mencapai matlamat yang dibentuk
secara realistik akan memperteguhkan eknya (Dacey
& Kenny 1997). Pandangan tersebut menunjukkan
bahawa ek berperanan dalam mempengaruhi
kesediaan individu untuk melaksanakan suatu tugas
dan menentukan tahap serta jenis usaha yang akan
dilakukan untuk mencapai prestasi kejayaan yang
ditentukan.
Kajian terdahulu telah membuktikan
bahawa persepsi terhadap ek akan mempengaruhi
bentuk dan tahap kesukaran tindakan yang bakal
dilakukan oleh seseorang. individu yang mempunyai
ek tinggi didapati meminati tugas-tugas yang sukar
dan melihatnya sebagai cabaran yang boleh diukur
berbanding sebagai ancaman yang perlu dielakkan
(Boundreaux 1998; Lin 1998; Orpen 1995; Stajkovic
& Luthans 1998; Zimmerman 1995). Oleh yang
demikian, individu yang mempunyai efikasi kendiri
tinggi akan memperlihatkan ciri-ciri seperti
pencapaian peribadi yang tinggi, rendah tahap
tekanan dan tidak mudah tersinggung (Bandura
65
66
http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Jilid 2, No.9 ; 2018
2003). individu yang mempunyai ek rendah pula
akan menjauhkan diri daripada tugas-tugas sukar
yang dianggap sebagai ancaman peribadi (Betz
2000). Mereka mempunyai aspirasi dan komitmen
yang rendah terhadap matlamat yang ingin dicapai.
apabila berhadapan dengan tugas sukar, mereka akan
melihat pada kekurangan diri, pelbagai halangan dan
semua jenis situasi sukar, berbanding memberi
perhatian terhadap cara untuk melaksanakannya.
perasaan tidak berkemampuan menjadikan mereka
kurang berusaha, cepat mengalah dan mudah terlibat
dengan tekanan. Bagaimanapun, tahap efikasi
individu tidak terus berkekalan pada semua tugasan
kerana menurut Bandura (1993, 1997, 2003)
persepsi terhadap ek adalah subjektif dan spesifik
pada jenis tugas tertentu. Individu mungkin
mempunyai efikasi tinggi dalam menghadapi situasi
sosial yang sukar, namun ragu-ragu tentang
kebolehan untuk menghadapi cabaran akademik.
Selain itu, Marsh, Walker dan Debus (1991)
berpendapat individu tidak perlu membandingkan
efikasi kendirinya dengan orang lain kerana ek lebih
melibatkan kepercayaan peribadi yang bersifat
realistik untuk dirinya dalam melakukan tugas yang
ditentukan.
Menurut Bandura (1997) ek boleh
dipelajari. terdapat beberapa sumber yang boleh
membina ek iaitu; (i) pengalaman masteri, (ii)
pengalaman persekitaran (iii) rangsangan verbal dan
(iv) keadaan fisiologi merangkumi pemikiran, fizikal
dan emosi. sumber-sumber tersebut boleh
berkembang, bergantung kepada cara individu
dilayan, pengalaman kejayaan dan kegagalan dalam
hidup serta pandangan individu itu sendiri terhadap
pengalaman tersebut (Mischel 1963, 1973). Justeru,
jika individu itu percaya bahawa dia boleh berjaya,
maka dia akan mencuba sedaya upaya. hal ini
menjadikan individu lebih yakin untuk berjaya.
sebaliknya, jika individu berasa tidak mampu untuk
berjaya maka dia akan menghadapi kegagalan
kerana tiada usaha yang diupayakan untuk
membolehkan dia berjaya (Pajares 1996).
Pandangan tersebut menunjukkan ek lebih
merupakan kepercayaan yang berorientasi masa
depan dan melibatkan cara seseorang berfikir,
berperasaan, bermotivasi dan bertingkah laku untuk
melaksanakan tugas. selain itu, faktor ransangan
peribadi dan persekitaran penting sebagai
pendoroang dalam menjana pembinaan efikasi
kendiri indivdu.
3.2 Efikasi Kendiri Kaunseling
Efikasi kendiri kaunseling (EkK) melibatkan
penilaian kaunselor terhadap kebolehan dirinya
menjalankan sesi kaunseling secara berkesan
(Larson & Daniel 1998). EkK yang mantap dijangka
dapat menghasilkan proses kaunseling yang
teraputik dan berkesan secara berterusan. Hal ini
disebabkan oleh kualiti keyakinan kaunselor boleh
mempengaruhi keberkesanan hubungan antara
kaunselor dengan klien dalam proses kaunseling
(Corey 2005). Apabila kualiti keyakinan dapat
dimanfaatkan ke dalam diri kaunselor, kemungkinan
penghasilan proses kaunseling yang mantap dapat
direalisasikan. justeru, memiliki kecekapan ek yang
tinggi adalah penting dalam mengurus tingkah laku
pelajar dan memperbaiki iklim sekolah (Brown
1999; Rusni 2004). Penghayatan kecekapan efikasi
kendiri kaunseling dapat memupuk kesungguhan
dalam menghasilkan kepuasan dan daya tahan ke
arah mencapai matlamat perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling yang berkesan. Aminah (1984)
menegaskan bahawa kejayaan perkhidmatan
kaunseling di sekolah bergantung kepada dua faktor;
(a) personaliti kaunselor dan (b) pengiktirafan pihak
atasan dan ahli dalam sekolah berkenaan. Teori dan
kajian lepas telah membuktikan bahawa kualiti
peribadi kaunselor adalah ramuan terpenting dalam
menentukan keberkesanan perkhidmatan kaunseling
(Brammer 1993; Combs 1982; & Rogers 1961).
Menurut mereka, kaunselor perlu mempunyai
keyakinan dalam mendemonstrasi keberkesanan
perkhidmatan jika ingin meningkatkan keyakinan
masyarakat. oleh itu, gk perlu mengukur kebolehan
sendiri supaya dapat diselaraskan dengan ciri
kaunselor berkesan dan beretika. Sehubungan itu,
kajian ini mengkaji ciri-ciri efikasi dalam kalangan
guru kaunseling sekolah menengah di negeri
selangor dan bagaimana gk membina dan
menggunakan efikasi kendiri kaunseling di dalam
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang
dijalankan.
4.0 PERSOALAN KAJIAN
a. Apakah profil efikasi kendiri umum dan
efikasi kendiri kaunseling GK sekolah
menengah negeri Selangor secara
keseluruhan?
b. Adakah terdapat perbezaan efikasi kendiri
kaunseling (EkK) dan efikasi kendiri umum
(EkU) GK sekolah menengah di negeri
Selangor mengikut jantina, umur dan
pengalaman sebagai guru kaunseling? .
c. Bagaimanakah GK membina efikasi kendiri
kaunseling?
67
http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Jilid 2, No.9 ; 2018
d. Bagaimanakah GK menggunakan efikasi
kendiri kaunseling semasa menjalankan
tugasan bimbingan dan kaunseling di
sekolah?
5.0 METODOLOGI KAJIAN
5.1 Rekabentuk kajian
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan
kualitatif yang dijalankan dalam dua fasa. Kajian
asal melibatkan kajian terhadap tiga pemboleh ubah
iaitu kecerdasan emosi, efikasi kendiri (umum dan
kaunseling) , dan komitmen GK. Namun untuk
kajian ini, pelaporan hanya melibatkan
pembolehubah efikasi kendiri umum dan efikasi
kendiri kaunseling serta pembinaan dan penggunaan
efikasi dalam perkhidmatan kaunseling. Kajian fasa
pertama menggunakan pendekatan kuantitatif yang
melibatkan penganalisisan data menggunakan soal
selidik, iaitu instrumen efikasi kendiri kaunselor
yang terdiri daripada efikasi kendiri umum (EkU)
dan efikasi kendiri kaunseling (EkK). Fasa kedua
pula menggunakan pendekatan kualitatif yang
melibatkan kaedah temubual individu secara
mendalam bagi menjawab persoalan kajian.
Laporan dapatan fasa pertama bermula dengan
penerangan tentang (a) ciri-ciri demografi responden
kajian yang terdiri daripada guru-guru kaunseling
sekolah menengah di negeri Selangor, (b) paparan
graf profil EkU dan EkK guru-guru kaunseling
secara keseluruhan di negeri Selangor. Statistik
deskriptif, iaitu frekuensi, peratusan dan min
digunakan bagi penghuraian profil responden serta
menjawab persoalan kajian yang berkaitan.
Selanjutnya penganalisisan data melibatkan statistik
inferensi yang membincangkan tentang perbezaan
EkU dan EkK GK berdasarkan faktor demografi
jantina, umur dan pengalaman kaunseling, diikuti
dengan penerangan berkaitan hubungan antara EkU
dan EkK. Sehubungan itu, statistik inferensi yang
merangkumi Ujian Analisis Varians Multivariat
(MANOVA) digunakan untuk menguji hipotesis
kajian.
Fasa kedua pula menghuraikan hasil dapatan
kajian kualitatif. Perbincangan adalah berdasarkan
kepada analisis data temubual individu secara
mendalam menurut perspektif empat orang peserta
kajian. Huraian secara deskriptif dilakukan
berdasarkan kategori dan tema-tema yang terbentuk
bagi menjawab persoalan kajian (a) bagaimana cara
GK membina efikasi kendiri (EK) dan (b)
bagaimana cara GK menggunakan EK semasa
menjalankan tugas dan perkhidmatan. Data kualitatif
ini dikumpulkan daripada empat orang peserta
kajian yang terdiri daripada dua orang GK yang
memperolehi skor kecekapan kecerdasan emosi
paling tinggi dan dua orang yang memperolehi skor
kecerdasan emosi paling rendah. Subjek kajian
dikenalpasti daripada hasil dapatan kajian asal. Hasil
dapatan yang menggambarkan pengalaman, amalan
tingkah laku dan rasionalisasi peserta kajian
diperoleh menerusi penjelasan petikan temubual
secara verbatim (Marshall & Rossman 1995).
5.2 Subjek Kajian Kuantitatif
Kajian fasa pertama asalnya melibatkan 360 orang
GK sekolah menengah dari enam buah daerah di
negeri Selangor. Setelah menjalankan proses
pembersihan data, hanya 306 sampel sahaja yang
diterima untuk penganalisisan data selanjutnya.
Jadual 1.0 menunjukkan profil demografi GK
sekolah menengah negeri Selangor yang terlibat
dengan kajian ini. Daripada jumlah keseluruhan
sampel, 69 orang (22.5%) terdiri daripada GK dari
daerah Hulu Langat, 46 orang (15%) dari Gombak,
26 orang (8.5%) dari daerah Kuala Langat, 23 orang
(7.5%) dari daerah Kuala Selangor, 83 orang
(27.2%) dari daerah Petaling, dan 59 orang (19.3%)
dari daerah Klang.
Dari segi komposisi mengikut jantina, data
kajian menunjukkan 93 orang (30.4%) terdiri
daripada GK lelaki dan 213 orang (69.6%) terdiri
daripada GK perempuan. Dari komposisi kaum pula,
data kajian menunjukkan 227 orang GK (74.2%)
berketurunan Melayu, 37 (12.1%) kaum Cina, 40
orang (13.1%), kaum India dan 2 orang (0.7%) tidak
menyatakan kaum dalam instrumen yang diberi.
Profil berdasarkan kategori umur menunjukkan
bahawa GK yang berumur kurang daripada 40 tahun
adalah 188 orang (61.4%), manakala yang berumur
lebih daripada 40 tahun adalah 118 orang (38.6%).
Bagi tempoh pengalaman sebagai GK pula, terdapat
183 orang (59.8%) yang mempunyai pengalaman
kaunseling kurang daripada 5 tahun dan 123 orang
(40.2%) mempunyai pengalaman kaunseling
melebihi 5 tahun. Data kajian juga
menunjukkan bahawa sebahagian besar responden
terdiri daripada mereka yang telah berkahwin, iaitu
280 orang (91.5%) dan hanya 26 orang (8.5%) yang
belum berkahwin.
68
http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Jilid 2, No.9 ; 2018
5.3 Subjek Kajian Kualittatif
Empat orang subjek kajian telah dipilih daripada tiga
ratus sampel dalam kajian tinjauan yang dijalankan
ke atas guru-guru kaunseling sekolah menengah
sepenuh masa di enam daerah negeri Selangor.
Subjek kajian terdiri daripada dua orang
memperoleh skor Kecerdasan Emosi (KE) paling
tinggi dan dua orang memperoleh skor KE paling
rendah (Jadual 2.0 ).
6.0 INSTRUMEN KAJIAN
Bagi tujuan pemerolehan data, empat jenis
instrumen telah digunakan sebagai alat kajian utama
dalam fasa pertama, diikuti dengan protokol temu
bual individu dalam fasa kedua. Instrumen-
instrumen berkaitan adalah seperti berikut: (a)
Instrumen Efikasi Kendiri Umum (IEkU) dan (b)
Instrumen Efikasi Kendiri Kaunseling (IEkK).
6.1 Alat Kajian Kuantitatif
6.1.1 Instrumen Efikasi Kendiri Umum (IEkU)
Kajian fasa pertama melibatkan penggunan
Instrumen efikasi umum yang asal diadaptasi
daripada instrumen The General Self-Efficacy Scales
(GSES) oleh Schwarzer (1992). Instrumen GSES
asal telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu
oleh Haslee Shahril (2003) dan diujisahkan dalam
satu kajian awal sebelum digunakan dalam kajian
sebenar. Instrumen ini telah diuji ke atas 615 orang
kaunselor sepenuh masa sekolah menengah dalam
kajian untuk melihat daya ketahanan kaunselor
sekolah di Malaysia. Nilai kebolehpercayaan
Cronbach Alpa untuk instrumen asal ini ialah .84,
sementara bacaan Guttman Split-Half pula ialah .85.
Instrumen asal GSES mengandungi 10 item yang
setiap item menggunakan jawapan skala likert 5-
mata iaitu 1-Sangat Tidak Benar, 2- Benar, 3- Tidak
Pasti, 4- Benar, dan 5- Sangat Benar.
Bagi tujuan kajian ini, pengkaji telah
menambah 10 lagi item efikasi kendiri umum
(EkU), menjadikannya 20 item yang
mempunyai kaitan dengan skop persekitaran
tugas guru bimbingan dan kaunseling (B&K) di
sekolah. Pertambahan item adalah berdasarkan
senarai tugas pengurusan perkhidmatan guru
B&K di sekolah menengah (Pekeliling Iktisas
Bil.3/96, Bahagian Sekolah, Kementerian
Pendidikan Malaysia) dan kajian kepustakaan
berkaitan isu dan permasalahan guru B&K di
sekolah menengah. Instrumen yang dimurnikan
dengan penambahan item ini telah dirintis
untuk menguji kebolehpercayaan dan
kesahannya. Hasil ujian rintis dijalankan ke atas
113 orang guru kaunseling sekolah menengah
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kajian
mendapati daripada 20 item yang dirintiskan,
69
http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Jilid 2, No.9 ; 2018
hanya lapan item yang dikekalkan selepas
analisis faktor. Kelapan-lapan item tersebut
mempunyai nilai practical significance iaitu
dari 0.585 hingga 0.790. Sebagai rumusan,
Instrumen Efikasi Kendiri Umum (IEkU)
mempunyai lapan item yang menggunakan
Skala Likert 5-mata iaitu 1- Sangat Tidak
Setuju, 2- Tidak Setuju, 3- Tidak pasti, 4-
Setuju, dan 5- Sangat Setuju. Item-item ini
merujuk kepada aspek pemikiran, perasaan dan
tindakan GK dalam mengurus tugas bimbingan
yang merangkumi aspek pengurusan hubungan
dan konflik atau cabaran dalam perkhidmatan.
6.1.2 Instrumen Efikasi Kendiri Kaunseling
(IEkK)
Instrumen IEkK ini telah dibina sendiri oleh
pengkaji berdasarkan kerangka konseptual kajian
dan hasil kajian kepustakaan (Easton 2005; Larson
1992; William 2004). Secara khusus, instrumen
efikasi kendiri kaunseling (IEkK) yang dibina telah
mengadaptasi konstruk yang terdapat dalam
Instrumen Counseling Self-Efficacy-COSE oleh
Larson (1992). Lima konstruk COSE ialah
kepercayaan dalam kebolehan (i) mengamalkan
kemahiran mikro kaunseling, (ii) kemahiran
melayan dalam proses kaunseling, (iii) kemahiran
berhadapan dengan tingkah laku bermasalah klien,
(iv) bertindak secara cekap mengikut budaya, dan
(v) menyedari nilai sendiri. Konstruk tersebut
didapati sejajar dengan aspek kemahiran dalam
perkhidmatan kaunseling di negara ini. Berikut
dihuraikan secara ringkas tentang instrumen asal
Counseling Self-Efficacy Estimated-COSE oleh
Larson (1992). Konsistensi dalaman keseluruhan
instrumen COSE ialah 0.93 dan kebolehpercayaan
pengujian test-retest selama tiga minggu ialah 0.87
(Larson 1992). Walau bagaimanapun, bagi tujuan
kajian ini, pengkaji telah membina sendiri item-item
dalam instrumen EkK dengan menggunakan lima
konstruk utama seperti dalam instrumen COSE
(Larson, 1992), iaitu efikasi dalam (a) kemahiran
mikro kaunseling, (b) dalam proses kaunseling, (c)
menangani tingkah laku bermasalah klien, (d)
kesedaran kecekapan budaya, (e) kesedaran tentang
nilai peribadi.
Instrumen asal yang dibina mempunyai
lima konstruk dengan 187 item, selepas pengujian
analisis faktor menggunakan putaran varimaks,
didapati tidak semua item yang diuji terkumpul
dalam satu konstruk yang sama (item berserakan
pada beberapa kelompok). Oleh yang demikian,
pengkaji telah memilih kelompok yang
mengandungi item bernilai 0.5 ke atas dan
terkumpul dalam satu kelompok berbanding
kelompok yang lain. Berdasarkan nilai factor
loading 0.50 bagi 100 hingga 120 sampel (Hair,
Anderson, Tatham, & Black 1998) item-item
terkumpul telah melalui beberapa pusingan proses
pengguguran item (putaran varimaks) sehingga
diperoleh item terpilih, iaitu item yang mempunyai
nilai melebihi 0.50. Akhirnya, daripada 187 item
yang diuji, hanya 41 item sahaja yang dapat
dikekalkan dan selebihnya telah digugurkan kerana
mempunyai indeks kesahan item factor loading
kurang daripada 0.50. Secara keseluruhan nilai
faktor loading 41 item yang terpilih ialah di antara
0.556 hingga 0.871.
6.2 Alat Kajian Kualitatif
Peserta kajian telah ditemubual secara mendalam
dengan menggunakan protokol temu bual
berdasarkan prosedur temu bual berstruktur
penilaian kehidupan kerjaya atau Life Career
Assessment oleh Golman (1990) dalam Gysbers et.al
(2002). Pemprosesan data kajian temu bual ini
melalui tiga langkah, bermula dengan; (a) proses
mereduksi data yang melibatkan kerja memilih,
memfokus, memudah dan menyaring apa yang
terdapat dalam data yang ditranskripsikan.
Seterusnya, (b) memaparkan data yang melibatkan
pelbagai bentuk seperti naratif, graf, rajah pokok dan
carta (Miles & Huberman 1994). Analisis terakhir
melibatkan aspek (c) membuat kesimpulan dan
verifikasi data. Kesemua respons lisan subjek
kajian ditranskripsi dan di analisis menggunakan
perisian NVivo 2.0. Di peringkat ini, pengkaji
mengintepretasi makna di sebalik tema yang
diperoleh secara mendalam selaras dengan matlamat
persoalan kajian.
Sebagai kesimpulan pemprosesan data kualitatif
menggunakan perisian NVivo 2.0 melibatkan
aktiviti (i) pemindahan data temu bual microsoft
word kepada bentuk rich text format (rtf), (ii)
membentuk projek (create project), (iii) browse
document untuk membuka fail rtf yang ingin
dianalisis, (iv) proses membina dan menamakan
kod-kod pada nod pokok (tree node) berdasarkan
tema yang dikenalpasti sama ada sebagai chid atau
sibling. Seterusnya proses reduksi atau penyaringan
data, penyusunan data dalam bentuk gambar rajah
pokok yang menggambarkan perkaitan dan
perbezaan antara kelompok data dan analisis
70
http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Jilid 2, No.9 ; 2018
frekuensi setiap sub tema dalam transkripsi
diperoleh dengan menggunakan arahan seperti
Browse Node, Explanation-building, Assay Scope,
Boolean Search, Matric Intersection, Documen
Attribute dan Explore Model untuk menjawab
persoalan kajian yang dikaji.
6.2.1 Prosedur Mengumpul Data Kuantitif
Kajian ini melibatkan teknik pengumpulan data
secara berturutan. Gabungan pendekatan
pengumpulan data kuantitatif dan kualitatif
melibatkan pentadbiran soal selidik dalam fasa
pertama dan temu bual individu dalam fasa kedua.
Sehubungan itu, hasil dapatan fasa pertama
dijadikan rujukan dalam menentukan pemilihan
subjek kajian untuk pengumpulan data fasa kedua.
6.2.2 Prosedur Mengumpul Data Kualitatif
Data kajian ini diperolehi daripada peserta kajian
terpilih yang terdiri daripada GK yang memperoleh
skor KE yang tinggi dan rendah dalam kajian fasa
pertama (kajian tinjauan). Sebelum kajian sebenar
dijalankan beberapa prosedur telah dilalui termasuk
membina protokol temu bual dan mengurus proses
temu bual bersama subjek kajian bagi menjawab
persoalan; bagaimana GK membina dan
menggunakan EK semasa menjalankan
perkhidmatan B&K. Rajah 1.0 menunjukkan carta
aliran prosedur pengumpulan data kualitatif (fasa 2)
bermula daripada peringkat awal hingga akhir dan
Rajah 1.2 carta aliran pengumpulan data temu bual.
7.0 PENGANALISISAN DATA
7.1 Data Kuantitatif dan kualitatif
Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada
borang soal selidik akan dikodkan dan dimasukkan
ke dalam komputer. Data-data tersebut dianalisis
menggunakan perisian program “Statistic Package
For The Social Science Version 11.5” (SPSS 11.5).
Dua jenis statistik akan digunakan iaitu statistik
deskriptif dan statistik inferensi. Analisis statistik
deskriptif frekuensi, peratusan, dan min digunakan
bagi menghuraikan secara menyeluruh profil efikasi
kendiri umum (EkU) dan efikasi kendiri kaunseling
(EkK) subjek kajian. Manakala analisis statistik
inferensi digunakan untuk melihat perbezaan yang
wujud di antara pemboleh ubah EkU dan EkK yang
dikaji berdasarkan faktor jantina, umur, dan
pengalaman sebagai GK
7.2 Analisis Data Kualitatif (Temubual Individu)
Penganalisisan data kualitatif dilakukan secara
serentak dengan proses pengumpulan data mengikut
langkah-langkah yang disarankan oleh Creswell
(2005) dan Miles & Huberman (1994). Pemprosesan
data kajian temu bual ini melalui tiga langkah,
bermula dengan (a) proses mereduksi data
melibatkan kerja memilih, memfokus, dan
menyaring apa yang terdapat dalam data kualitatif
yang telah ditranskripsikan. Proses ini dilakukan dari
awal data dikumpul sehingga kesemua data selesai
dikumpul bagi tujuan menyusun semula data,
menggugurkan bahagian yang tidak menyumbang
kepada kajian dan membuat kesimpulan. Proses
reduksi data juga melibatkan aktiviti membuat
ringkasan, mengekod, mencungkil tema dan
membuat pengelompokan (kategori).
Secara jelas proses reduksi bertujuan membantu
pengkaji untuk memastikan data-data yang relevan
dan berkaitan bagi menjawab persoalan kajian.
Seterusnya dengan aktiviti (b) memaparkan data
yang melibatkan pelbagai bentuk seperti naratif,
graf, rajah pokok dan carta (Miles & Huberman
1994). Paparan data yang sering digunakan dalam
kajian adalah bentuk naratif. Bagaimanapun, dalam
konteks kajian ini, pengkaji memaparkan data
mengikut kesesuaian dengan persoalan kajian (rajah
model, jadual Essay Scope, jadual perbandingan dan
naratif). Analisis terakhir melibatkan aspek (c)
membuat kesimpulan dan verifikasi data. Kesemua
respons lisan subjek kajian ditranskripsikan dan
seterusnya dianalisis menggunakan perisian NVivo
71
http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Jilid 2, No.9 ; 2018
2.0. Di peringkat ini, pengkaji menginterpretasikan
makna di sebalik tema yang diperolehi secara
mendalam selaras dengan matlamat persoalan
kajian.
Sebagai kesimpulan pemprosesan data
kualitatif menggunakan perisian NVivo 2.0
melibatkan aktiviti (i) pemindahan data temu bual
microsoft word kepada bentuk rich text format (rtf),
(ii) membentuk projek (create project), (iii) browse
document untuk membuka fail rtf yang ingin
dianalisis, (iv) proses membina dan menamakan
kod-kod pada nod pokok (tree node) berdasarkan
tema yang dikenalpasti sama ada sebagai chid atau
sibling. Seterusnya proses reduksi atau penyaringan
data kesemua dianalisis, penyusunan data dalam
bentuk gambar rajah pokok yang menggambarkan
perkaitan dan perbezaan antara kelompok data dan
analisis frekuensi setiap sub tema dalam transkripsi
diperoleh dengan menggunakan arahan seperti
Browse Node, Explanation-building, Assay Scope,
Boolean Search, Matric Intersection, Documen
Attribute dan Explore Model untuk menjawab
persoalan kajian yang dikaji.
7.3 Dapatan Kajian Kuantitatif
a. Profil Efikasi Kendiri (Umum dan Kaunseling)
GK Sekolah Menengah Negeri Selangor
Profil EK GK menggambarkan min peratus skor
bagi lima subdomain efikasi kendiri kaunseling
(EkK) dan domain efikasi kendiri umum (EkU).
Skor min peratus bagi enam daerah yang dikaji telah
dijumlahkan bagi memperoleh skor min peratus
keseluruhan setiap subdomain EkK dan EkU GK
negeri Selangor. Hal tersebut ditunjukkan melalui
Jadual 4.4. EkK diwakili oleh lima subdomain yang
meliputi (a) efikasi dalam kemahiran mikro, (b)
efikasi semasa menjalankan proses kaunseling, (c)
efikasi menangani tingkah laku bermasalah klien, (d)
efikasi dalam kesedaran budaya dan (e) efikasi
dalam kesedaran nilai peribadi. EkU dilihat secara
berasingan pada satu domain. Hasil dapatan
keseluruhan skor min peratus EK GK di negeri
Selangor dapat dilihat menerusi jadual 3.0 dan rajah
graf profil 1.0.
Graf profil EK GK keseluruhan negeri Selangor
dibina berasaskan skor min peratus bagi setiap
domain yang dikaji (Jadual 4.4). Graf profil efikasi
kendiri GK yang dibina merangkumi profil enam
domain dalam EK iaitu EK dalam kemahiran mikro,
EK dalam menjalankan proses kaunseling, EK
dalam menangani tingkah laku bermasalah klien, EK
dalam kesedaran budaya, EK dalam kesedaran nilai
peribadi, dan EK umum (EkU). Berdasarkan skor
yang diperoleh pada setiap domain, jumlah purata
peratus EkK bagi GK dalam kajian ini ialah 80.35.
Skor EkU secara keseluruhan ialah 80.17.
72
http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Jilid 2, No.9 ; 2018
Rajah 3.0, graf profil efikasi kendiri kaunselor guru-
guru kaunseling keseluruhan negeri Selangor
menggambarkan bahawa profil efikasi dalam
kesedaran nilai (86.91%) mengatasi efikasi kendiri
kemahiran mikro (83.37%), diikuti efikasi kendiri
semasa menjalankan proses kaunseling (82.12%),
efikasi kesedaran budaya (78.75%) dan diakhiri
dengan efikasi dalam menangani tingkah laku
bermasalah klien (70.61%). Jumlah skor keseluruhan
efikasi kendiri kaunseling ialah 80.35%, manakala
skor efikasi kendiri umum ialah 80.17. Dapat
disimpulkan bahawa guru-guru kaunseling yang
dikaji mempunyai EK keseluruhan yang sederhana
dengan penekanan yang berbeza-beza (sederhana ke
tinggi) pada domain-domain yang dikaji. Rajah
profil menunjukkan domain EkK yang memperoleh
skor melebihi skor purata peratus (80.35) ialah EK
dalam kesedaran nilai peribadi, kemahiran mikro
dan semasa proses kaunseling. Manakala EK dalam
kesedaran budaya dan menangani tingkah laku
bermasalah klien didapati kurang daripada skor
purata peratus keseluruhan.
c. Dapatan Perbezaan EK dan Efikasi
Kendiri Kaunseling GK Sekolah Menengah
Negeri Selangor.
Perbezaan efikasi kendiri kaunseling(EkK) dan
efikasi kendiri umum (EkU) GK di Selangor
berdasarkan jantina, umur dan pengalaman
kaunseling?
Untuk menjawab persoalan kajian yang bertujuan
untuk melihat perbezaan pemboleh ubah bersandar
dengan tiga pemboleh ubah tak bersandar secara
serentak, ujian MANOVA digunakan bagi menguji
hipotesis Ho.1 hingga Ho. 3
Hipotesis Null bagi persoalan kajian 2 adalah seperti
yang berikut:
Ho.1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan
dalam EkK dan EkU dalam kalangan GK
sekolah menengah negeri Selangor
berdasarkan faktor jantina.
Ho.2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan
dalam EkK dan EkU dalam kalangan GK
sekolah menengah negeri Selangor
berdasarkan faktor umur.
Ho3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan
dalam EkK dan EkU dalam kalangan GK
sekolah menengah negeri Selangor
berdasarkan faktor pengalaman sebagai
guru kaunseling.
Hasil kajian menunjukkan wujudnya perbezaan
EkK dan EkU yang signifikan berdasarkan faktor
jantina dan umur. Hal ini dapat dilihat apabila nilai
Pillai’s Trace = 0.034, F (2,286) = 2.489, p = 0.044
(p<0.05) dan partial eta squared = 0.034 bagi
jantina. Dari segi nilai kesan, nilai η2 tersebut adalah
kecil. Keputusan analisis menunjukkan wujudnya
perbezaan yang signifikan dalam gabungan
pemboleh ubah bersandar yang dikaji antara GK
lelaki dan GK perempuan. Keadaan ini
menunjukkan hipotesis nol (Ho1) ditolak.
Seterusnya, perbandingan pemboleh ubah
bersandar EkK dan EkU berdasarkan faktor umur
menunjukkan nilai Pillai’s Trace = 0.068, F (2,286)
= 5.249 dan p = 0.000 (p<0.05) dan partial eta
squared = 0.056. Dari segi nilai kesan, nilai η2
tersebut adalah sederhana. Keputusan ini juga
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
bagi EkK dan EkU dalam kalangan GK yang
berumur di bawah 40 tahun berbanding guru
kaunseling yang berumur di atas 40 tahun. Ini
bermakna hipotesis nol (Ho2) ditolak. Walau
bagaimanapun, keputusan analisis selanjutnya
menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan
antara pemboleh ubah bersandar EkK dan EkU
dalam kalangan GK berdasarkan pengalaman
kaunseling. Hal ini dapat dijelaskan dengan merujuk
kepada nilai Pillai’s Trace bagi kategori pengalaman
ialah 0.026, F (2,286) = 1.887 dan p = 0.113
(p>0.05) dan partial eta squared = 0.026. Dengan
itu, hipotesis nol (Ho3) diterima.
7.4 Dapatan Kajian Kualitatif
Analisis data NVivo telah menghasilkan tujuh
kategori utama bagaimana guru kaunseling menjana
kecekapan Efikasi Kendiri Kaunseling (EkK). Tiga
kategori utama mewakili bagaimana guru kaunseling
membina efikasi kendiri kaunseling dan empat
kategori mewakili bagaimana guru kaunseling
menggunakan efikasi kendiri kaunseling dalam
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Tiga
kategori utama yang melibatkan cara membina EkK
ialah; (1) perkembangan sahsiah kerjaya secara
holistik, (2) sumber perangsang yang menjana
kematangan sahsiah kerjaya dan (3) kejelasan
peranan GK. Setiap kategori tersebut mempunyai
tema-tema dan subtema yang mencerminkan
keseluruhan makna kategori berkenaan (Rajah 4.0)
73
http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Jilid 2, No.9 ; 2018
Bagi kategori pertama penjanaan efikasi kendiri
kaunseling menerusi pembinaan sahsiah kerjaya
secara holistik, tujuh sub-tema yang muncul iaitu;
pertama, ketelitian dalam daya fikir, tema ini
menggambarkan bahawa guru kaunseling boleh
membina efikasi kendiri apabila mereka mampu
menilai kelebihan dan kekurangan diri,
berkecenderungan untuk membentuk matlamat
perkhidmatan, berfikiran terbuka dalam menjana
kreativiti, kecenderungan membuat refleksi kendiri
dan berupaya menganalisis sesuatu secara
konstruktif. Kedua, kestabilan emosi dalam
membina hubungan berkesan. Tema ini
menerangkan bahawa guru kaunseling juga boleh
membina efikasi kendiri apabila mereka memiliki
ciri-ciri kepekaan atau sensitiviti emosi pada suasana
persekitaran, kesediaan menghargai orang lain,
mengamalkan kemahiran empati, dan menikmati
kepuasan dan rasa selamat. Ketiga, kejujuran
memanfaatkan sumber kendiri yang digambarkan
menerusi kesediaan guru kaunseling untuk
mengiktiraf kejayaan kendiri, memupuk minat
menerusi proses retooling, menjana hasrat
mencontohi kejayaan individu lain, menghayati
nilai-nilai spiritual dalam kehidupan dan menilai
tahap fisiologi kendiri. Selain itu, guru kaunseling
juga akan boleh membina efikasi kendiri menerusi
sub tema yang ke empat iaitu; kesungguhan
menjana hubungan kerja yang harmoni. Tema ini
digambarkan menerusi tindakan segera guru
kaunseling dalam menyelesaikan sebarang konflik
yang timbul, berterusan dalam usaha menyelesaikan
konflik walaupun secara senyap, kesediaan untuk
berinteraksi dengan pelbagai pihak, suka
mewujudkan budaya kerja berpasukan. Sub tema ke
lima ialah kecenderungan mendorong semangat
membantu, yang diwakili oleh enam ciri iaitu
kesedaran terhadap tahap kemampuan diri,
mempunyai kecenderungan minat untuk membantu,
mempunyai inisiatif untuk mempertingkat diri,
bersikap terbuka terhadap perkara-perkara baru,
berani mengambil tanggungjawab dan menghayati
ciri dorongan pencapaian atau ingin berjaya dalam
melaksanakan sebarang tugas. Sub tema ke enam
ialah ketekalan daya tahan. Tema ini digambarkan
menerusi ketekunan guru kaunseling dalam
meneruskan komitmen, kecekalan mereka untuk
mengatasi halangan dan perancangan untuk
menghadapi halangan. Akhir sekali sub tema ke
tujuh ialah kegigihan guru kaunseling membina
pengetahuan dan kemahiran yang digambarkan
menerusi usaha mempertingkat pengetahuan dan
kemahiran secara formal dan menerusi sumber
luaran.
Bagi kategori kedua iaitu sumber
perangsang sahsiah kerjaya, tiga tema utama yang ditemui ialah pertama, kecekapan sifat idola
kehidupan, yang menerangkan guru kaunseling
boleh membina efikasi kendiri dengan mencontohi
kecekapan idola kehidupan yang memiliki sifat
kesedaran kendiri, regulasi kendiri, motivasi kendiri,
kemahiran empati dan kemahiran sosial yang tinggi.
Kedua, pengalaman yang menjana kecekapan
kerjaya yang menerangkan guru kaunseling boleh
membina efikasi menerusi pengalaman masteri
berbentuk pengalaman input yang mencetus celik
akal kerjaya kaunseling, pengalaman proses yang
mempimpin penilaian kendiri kaunselor,
pengalaman output yang mempimpin pencapaian
matlamat, dan ketiga, pengalaman yang menjana
perubahan sahsiah pelajar, seperti pengalaman
masteri yang berbentuk pengalaman input yang
memimpin celik akal kehidupan pelajar, pengalaman
proses yang mempimpin penilaian kendiri pelajar,
dan pengalaman output yang memimpin perubahan
diri pelajar.
Manakala bagi kategori ketiga, kejelasan
peranan GK, dua tema utama yang timbul ialah,
pertama; kejelasan tanggungjawab tugas
bimbingan, yang digambarkan menerusi tiga
subtema iaitu jelas matlamat perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling, kesedaran fungsi guru
74
http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Jilid 2, No.9 ; 2018
bimbingan dan pengetahuan yang jelas tentang skop
bidang tugas bimbingan. Kedua, kejelasan
tanggungjawab tugas kaunseling yang bermaksud
guru kaunseling perlu jelas dengan matlamat
kaunseling, mempunyai kecekapan dalam kemahiran
kaunseling, dan kejelasan tentang amalan etika
kaunseling.
Seterusnya analisis Nvivo mendapati GK
menggunakan EK dalam empat situasi, iaitu
semasa GK (1) menjana proses pemikiran kritis
kendiri, (2) membentuk daya pengendalian tindakan,
(3) menjana daya tahan menghadapi situasi sukar
dan (4) membentuk hala tuju dalam membina
prestasi kerjaya. Bagi kategori pertama, menjana
proses pemikiran kritis, dua tema yang muncul
ialah (a) membina pemikiran kritikal (tiga
subtema: menilai kelebihan peribadi, kekurangan
kualiti peribadi dan penerimaan kendiri) dan (b)
membentuk cara kawalan situasi (dua subtema:
pemikiran analitikal dan ketegasan komitmen).
Tema ini menerangkan bahawa GK akan
menggunakan kecekapan efikasi kendiri kaunseling
mereka semasa menilai kelebihan peribadi,
kekurangan diri. Kebolehan menerima kelebihan dan
kekurangan kendiri membuat mereka dapat
menerima kendiri. Seterusnya, efikasi kendiri
digunakan semasa GK membentuk cara mengawal
situasi yang mana mereka akan rasa berkebolehan
untuk berfikir secara analitik dan mempunyai
komitmen yang tegas. Keupayaan memproses
maklumat secara kritis sedemikian boleh
membantu GK membina keyakinan diri dalam
menghasilkan perkhidmatan B&K yang berkesan.
Seterusnya, bagi kategori kedua,
membentuk daya pengendalian tindakan, dua
tema yang mencerminkan kategori ini ialah (a)
membentuk tanggapan kemampuan diri (tiga
subtema: rasa berkebolehan, membentuk jangkaan
jenis tindakan dan membentuk jangkaan hasil
tindakan) dan (b) merangka ikhtiar mempengaruhi
pencapaian (empat subtema: rancang strategi, yakin
dan berani mengambil tanggungjawab, nikmati
kepuasan hadapi kejayaan dan penerusan daya
tahan). Kategori pertama menerangkan bahawa GK
menggunakan efikasi kendiri semasa proses
membentuk tanggapan kemampuan diri yang
mencakupi rasa berkebolehan, membentuk jangkaan
jenis tindakan dan jangkaan hasil tindakan.
Seterusnya, kategori kedua pula menerangkan GK
menggunakan efikasi kendiri semasa merancang
strategi, menjana keyakinan dan keberanian
mengambil tanggungjawab, menikmati kepuasan
semasa menghadapi kejayaan dan semasa
meneruskan daya tahan. Sebagai rumusan,
penggunan efikasi kendiri kaunseling semasa
membentuk pengendalian tindakan adalah penting
kerana tanggungjawab sebagai GK di sekolah sangat
mencabar. Untuk menghadapi situasi adverse yang
datang daripada pelbagai sudut, GK perlu cekap
menggunakan efikasi kendiri.
Untuk kategori ketiga, menjana daya
tahan hadapi situasi sukar, dua tema yang muncul
ialah (a) membentuk pendekatan menguasai
pemikiran hadapi ancaman (tiga subtema:
pendekatan rasional, emosional dan tindakan) dan
(b) membentuk daya tindak kawalan hadapi
ancaman (dua subtema: hadapi dengan berani dan
hindari dengan tenang). Akhir sekali, kategori
keempat bagaimana GK menggunakan EK dalam
perkhidmatan ialah ketika membuat pemilihan hala
tuju membina prestasi kerjaya. Dua tema utama
yang ditemui ialah (a) membentuk kesediaan
mencapai matlamat kerjaya (dua subtema: sedia
melaksanakan tanggungjawab tugas dan sedia
memupuk penghayatan nilai) dan (b) menjana
pembinaan kompetensi atau kecekapan kerjaya (tiga
subtema: kecenderungan minat bidang, cenderungan
bina hubungan dan cenderung pertingkat ilmu dan
kemahiran bidang).
8.0 IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIAN
Dapatan kajian ini mempunyai implikasi positif
kepada GK dalam perkhidmatan dan pra
perkhidmatan. Kajian ini membuktikan kesedaran
dan penghayatan EK memberi impak yang besar
terhadap komitmen GK dalam menghasilkan prestasi
kerja yang cemerlang. Hal ini menggambarkan
amalan profesional GK yang berlandaskan matlamat
yang jelas dan disertai aras keyakinan yang tinggi
boleh menyerlahkan keterampilan profesionalisme
kaunseling. Sehubungan itu, GK perlu mempunyai
kefahaman yang jelas tentang konsep dan elemen-
elemen utama yang terkandung dalam kecekapan
efikasi kendiri (umum dan kaunseling). Kecekapan
tersebut perlu diterjemahkan ke dalam tugas pada
kedua-dua skop bidang perkhidmatan iaitu bidang
bimbingan dan kaunseling. Ini bermakna
penghayatan kecekapan EK perlu menyeluruh, sama
ada ketika menjalankan tanggungjawab memimpin
dalam sesi kaunseling atau semasa mengurus
program-program pengembangan. Hasil kajian telah
membuktikan bahawa untuk membina kualiti
peribadi profesionalisme guru kaunseling yang
holistik, dua perkara utama perlu dikuasai iaitu;
75
http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Jilid 2, No.9 ; 2018
mendalami aspek pengetahuan dan menjana aspek
penghayatan kecekapan EK dalam pekerjaan. Hasil
kajian lepas telah banyak mengaitkan aspek
keyakinan dengan kecekapan profesionalisme
personali kaunseling yang berkualiti (Brammer &
Egan 2007; Lambert 1992; Rogers 1951).
Implikasi kedua dapatan kajian
menunjukkan GK perlu menyedari bahawa membina
efikasi kendiri merupakan suatu tuntutan
profesional. Pembinaaan aras keyakinan yang tinggi
dalam efikasi kendiri umum dan kaunseling adalah
penting kerana GK dipertanggungjawab untuk
melaksanakan dua skop bidang kerja yang luas, iaitu
perkhidmatan membimbing pelajar secara umum
dan membimbing pelajar secara klinikal dalam sesi
kaunseling. Penghayatan efikasi kendiri kaunseling
yang tinggi semasa menguruskan kedua-dua skop
tugasan perkhidmatan akan menjana rasa
berkebolehan seterusnya memantapkan keyakinan
GK. Kecekapan ini akan memantapkan keyakinan
serta memacu komitmen GK dengan perkhidmatan
profesionalisme bimbingan dan kaunseling di
sekolah (Gambang 2005; Haslee 2003; Martita
1999). Sehubungan itu, kajian menyarankan agar
GK (i) melipatgandakan usaha menjana interaksi
hubungan dengan pelbagai lapisan warga sekolah,
(ii) menanam azam untuk mencontohi ciri-ciri
kepimpinan individu atau pakar-pakar bidang yang
telah berjaya, (iii) membudayakan kecekapan
membuat refleksi kritikal dengan mempertautkan
pengalaman-pengalaman lepas dengan falsafah insan
dan ketuhanan, (iv) memperluas penglibatan dalam
pelbagai bentuk pengalaman di dalam dan di luar
skop bidang perkhidmatan B&K, dan (v)
memperkasa komitmen untuk menjalankan sesi
kaunseling secara serius dan terancang. Kejayaan
melaksanakan tanggungjawab tersebut akan dapat
menjana kepuasan dan keyakinan diri GK.
Pengiktirafan kendiri yang terbina mampu
mempertingkatkan aras keyakinan GK dalam
menghasilkan perkhidmatan B&K yang berkesan
dan profesional.
Selain itu, kajian ini mencadangkan supaya
GK juga perlu (a) kreatif dalam usaha mendapatkan
sokongan warga sekolah terhadap perkhidmatan
B&K, (b) mengenalpasti warga sekolah yang
berpotensi dan berminat dengan perkhidmatan
menolong bagi membentuk ‘task force’ atau
kumpulan penggerak yang komited, (c)
menyebarkan maklumat tentang peranan dan
kepakaran guru kaunseling kepada warga sekolah,
(c) mendekati tugas secara terancang dan sistematik
dengan mengambilkira keperluan utama sekolah, (d)
mendapatkan khidmat konsultasi atau runding cara
dengan warga sekolah khasnya pihak pentadbiran,
(e) membudaya pendekatan membina, (f)
mengemaskini pengetahuan dan kemahiran-
kemahiran profesional, (g) berbincang dengan
pendidik kaunselor tentang bidang-bidang
kurikulum yang boleh dijadikan kekuatan dalam
membina keperluan kemahiran kerjaya dan
kehidupan pelajar, dan (h) menyediakan program in-
house untuk kakitangan dan guru-guru sekolah.
Cadangan di atas sejajar dengan pandangan Staley
(1997) tentang peranan kaunselor sekolah dalam
menangani pelbagai cabaran abad 21.
Implikasi seterusnya ialah terhadap aspek
perancangan dan pengurusan pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan
Pejabat Pendidikan Daerah. Beberapa tindakan
boleh dilaksanakan ke arah membina keyakinan
sekaligus memartabatkan profesionalisme GK di
negara ini. Antaranya termasuk; GK diberi peluang
untuk (a) menjalani latihan pembinaaan kecekapan
EK dalam kursus-kursus peningkatan
profesionalisme GK, (b) mewujudkan pusat giat GK
di setiap daerah bagi membolehkan GK menjalankan
aktiviti pembinaan EK menerusi perbincangan isu
peribadi dan profesional dalam kumpulan seperti
‘personal group therapy’, (c) memperkasa program
mentorship dan (d) memasukkan kurikulum
kecekapan dalam program atau bengkel Membina
Insan Pelajar dan Program Pembangunan dan
Peningkatan Profesionalisme Guru serta kakitangan
sekolah. Cadangan yang disarankan bertujuan untuk
membina efikasi kendiri (EK) dan kecekapan
peribadi dan sosial guru kaunseling menerusi
program-program penjanaan profesionalisme
kaunselor.
Implikasi seterusnya ke atas penyediaan
program latihan di institusi latihan kaunselor.
Program-program latihan kaunseling perlu menjurus
kepada aktiviti membina keterampilan peribadi GK
(seperti aktiviti memimpin latihan permainan
kaunseling, pengucaan awam, dan latihan
kepimpinan majlis kerohanian) dan aktiviti membina
kecekapan sosial yang melibatkan integrasi pelbagai
kaum. Cadangan ini adalah berdasarkan kepada hasil
kajian yang menunjukkan pengalaman masteri yang
dilalui semasa latihan pendidikan kaunseling dapat
menjana kreativiti, keterbukaan minda, dan
kecekapan sosial. Selain itu, perlaksanaan aktiviti
bidang B&K secara berpasukan dan sistematik yang
menggunakan pendekatan ‘school based
76
http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Jilid 2, No.9 ; 2018
attachment’ boleh menyediakan pengalaman
menjana keyakinan, sikap berdikari dan
berkolaborasi semasa menjalankan tugas dalam
seting pekerjaan yang sebenar. Sebagai rumusan
penerapan kecekapan EK dalam latihan pendidikan
kaunselor secara teoritikal dan praktikal dapat
memperteguh keyakinan dan ketrampilan semasa
melaksanakan tanggungjawab kepimpinan
kaunseling di sekolah.
Implikasi seterusnya ialah kepada pihak
pentadbir, kepimpinan dan guru-guru di sekolah. GK
merupakan personalia utama di barisan hadapan
sekolah yang berusaha membina kecemerlangan
sahsiah pelajar. Mereka memainkan peranan besar
dalam tanggungjawab merancang, menyelaras,
melaksana dan menilai program dalam perkhidmatan
B&K di sekolah. Oleh itu, maklum balas dan
kerjasama pihak pentadbir dan rakan sekerja sangat
penting bagi menjana keyakinan GK dalam
menjayakan program B&K dengan berkesan. Hasil
kajian mendapati sokongan dan kepercayaan pihak
pentadbir menjadi perangsang yang boleh
membangkitkan keyakinan GK semasa
melaksanakan tanggungjawab B&K, namun
demikian terdapat juga peserta kajian yang
mengalami pengalaman sukar dalam memperoleh
kepercayaan, sokongan dan penerimaan daripada
pihak pentadbir serta rakan guru. Tanggapan negatif
guru-guru terhadap jawatan GK sepenuh masa telah
menghalang mereka daripada memberi kerjasama
kepada GK dalam program perkembangan yang
dirancang.
Cadangan yang dikemukakan memerlukan
penggemblengan usaha pelbagai pihak secara
komited disertai dengan penghayatan nilai-nilai
kecekapan emosi. Hal ini bertujuan supaya usaha
menjana EK dapat dilaksanakan secara selamat
dalam persekitaran yang kondusif. Sejajar dengan
saranan Stone (2005) supaya pengetua dan timbalan
pengetua sekolah yang membudayakan ciri-ciri
kecerdasan emosi yang tinggi dengan
menghidupkan nilai-nilai kemanusiaan menerusi
pengiktirafan positif sesama manusia akan
menyumbang kepada terbinanya keyakinan individu.
Dengan itu, matlamat visi perkhidmatan B&K
sekolah yang menjurus kepada usaha melahirkan
generasi yang menghayati ciri-ciri kemanusiaan dan
nilai-nilai kecemerlangan dapat direalisasikan
menjelang tahun 2020.
9. PENUTUP
Perkhidmatan B&K merupakan bidang ilmu
yang semakin berkembang dan menjadi keperluan
penting kepada masyarakat di negara ini, khususnya
para pelajar di sekolah. Sehubungan dengan itu,
usaha melahirkan sahsiah GK yang berpersonaliti
unggul merupakan suatu keperluan yang kritikal.
Hal ini disebabkan GK di sekolah perlu memikul
amanah memimpin generasi pewaris ke arah
memaksimumkan potensi akal, hati dan budi
(kecekapan insan cemerlang). Tanggungjawab
tersebut memerlukan keyakinan yang tinggi dalam
kalangan GK. Sehubungan itu, tahap Efikasi Kendiri
GK yang masih berada di tahap sederhana
menggambarkan bahawa kesedaran yang tinggi
perlu ada pada GK sendiri dan pihak-pihak berkaitan
yang menyokong usaha memartabatkan kualiti
profesion kaunseling. Kesedaran pemikiran tersebut
akan dapat menjana usaha dan tindakan positif ke
arah memperkasa kecekapan EK secara terancang
dan berterusan. Sebagai kesimpulan, keseluruhan
dapatan menunjukkan guru kaunseling sekolah perlu
mempunyai idea yang jelas tentang cara bagaimana
untuk membina dan bila untuk menggunakan
kecekapan efikasi kendiri semasa menjalankan
perkhidmatan kaunseling. Hal ini boleh membantu
guru kaunseling menjalankan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling dengan berkesan,
sekaligus meningkatkan keyakinan terhadap
perkembangan profesionalisme dirinya sebagai guru
kaunseling.
RUJUKAN
Aminah Hj. Hashim. (1984). Bimbingan dan
kaunseling dalam pendidikan menengah.
Persatuan Kaunselor Malaysia. Jurnal
PERKAMA 1: 21-27.
Asrah Datok Ambas. (2003). Perkembangan
profesion yang berterusan. Seminar
Kaunseling Kebangsaan 2003, Bahagian
Sumber Manusia Kementerian Pendidikan
Malaysia. Kuala Lumpur
Bandura, A. (1982). Self-efficacy mechanism in
human agency. American Psychologist 37:
122-147.
Bandura. A. (1986). Self-eficacy. In A.Bandura
(pnyt.), social foundations of thought and
action: a social cognitive theory, hlm. 45-
61. Englewood Cliffs. New Jersey: Prentice
Hall.
77
http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Jilid 2, No.9 ; 2018
Bandura, A. (1989). Human agency in social
cognitive theory. American Psychologist
44: 1175-1184.
Bandura, A. (1990). Perceived self-efficacy in the
exercise of personal agency. Applied Sport
Psychology 2: 128-163.
Bandura, A. (1991). Social cognitive theory of self-
regulation. Organization Behavior and
Human Decision Making Processes 50:
248-287.
Bandura, A. (1993). Perceived self-efficacy in
cognitive development and functioning.
Educational Psychologist 28: 117-148.
Bandura, A. (1994). Self-eficacy. Dlm. V. S.
Ramachaudran (Pnyt.), Encyclopedia Of
Human Behavior, Vol. 4, hlm. 71-81. New
York: Academic Press.
Bandura, A. (1997). Self-efficacy in changing
societies. New York.: Cambridge
University Press.
Bandura, A. (2003). Self efficacy: The exercise of
control. New York: Freeman and
Company.
Brammer, L.M & Macdonald, G. (1999). The
Helping Relationship: Process And Skills.
Ma: Allyn And Bacon.
Barret, K., Riggar, T.F., Flowers, C.R., Crimando,
W. & Bailey, T. (1997). The turnover
Dilemma: A disease with solution. The
Journal of Rehabilitation 63 (2): 36-47.
Belkin, G. (1981). Practical counseling in the
schools. New York: Guilford Press
Betz, N.E. (2000). Self-efficacy theory as a basis of
career assessment. Journal of Career
Assessment 8: 205-222.
Boundreaux, E., Carmark, C.L., Scarinci, I.C. &
Brantley, P.L. (1998). Predicting smoking
stage of change among sample of low
socio-economic status, primary care
outpatients: Replication and extension
using decisional balance and self-efficacy
theories. International Journal of Behavior
Medicine 5: 148-165.
Brown, B.L. (1999). Emotional Intelligence:
Keeping Your Job. Trends And Issues. Eric
Clearing House On Adult.,Career And
Vocational Education Center On Education
And Training For Employment College Of
Education. Columbus: The Ohio State
University.
Che Supeni Abdul Ghani. (2000). Masalah
kaunselor dalam melaksanakan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di
sekolah: Satu kajian kes di daerah Kota
Setar, Kedah. Kertas Projek Sarjana
Pendidikan, Universiti Malaya.
Combs, A. (1982). A personal approach to
teaching: Beliefs that make a difference.
Boston: Allyn & Bacon.
Cormier, S., & Cormier, B. (1998). Interviewing
strategies for helpers: Fundermental skills
and cognitive behavioral interventions. CA:
Brooks/Cole Publishing Company.
Corey, G. (2005). Theory and practice of
counseling & psychotherapy. Ed. Ke-7.
Thomson: Brooks/Cole Publishing
Company.
Cottone, R.R. & Tarvydas, V.M. (1998). Ethical
and professional issues in counseling. New
Jersey: Prentice Hall.
Dacey, J. & Kenny, M. (1997). Adolescent
Development. Ed.Ke-2. Dubuque: Brown &
Benchmark Publisher.
Easton, C.J. (2004). The Relationship Between
Emotional Intelligence And Counseling
Self-Efficacy. Dissertation Abstracts
International Section A: Humanities &
Social Sciences 65 (7-A).
Gambang A/L Pura. (2005). Kefahaman guru
kaunseling sekolah menengah kerajaan
terhadap kemahiran membentuk
perhubungan dan komunikasi dalam sesi
kaunseling: Satu kajian kes. Prosiding
Konvensyen Kebangsaan Persatuan
Kaunseling Malaysia. Institut Latihan
Keselamatan Sosial KWSP (ESSET) Bangi.
24-26 Jun.
Gladding, S.T. (2004). Counseling: A
comprehensive profession. Ed. Ke.5.
Pearson: Merill Prentice Hall. New Jersey.
Gysbers, N.C. ( 2004). Professional School
Counseling 8 (1): 1-14
Haslee Shahril Lim Abdullah. (2003). A Study Of
Malaysian School Counselor Resilience.
Phd Thesis. Faculty Of Education,
University Of Malaya.
Holland, J.L. & Holland, J.E. (1977). Distribution of
personalities within occupations and fields
of study. The Vocational Guidance
Quaterly 25 (3): 226-231.
Jowarski. J. (1996). Working with emotional
intelligence. London: Bloomsbury.
Jourard, S. & Landsman, T. (1980). Healty
personality. New York: Macmillan.
Jurusalem, M. & Mittag, W. (1995). Self-efficacy in
stressful life transitions. Dlm. A. Bandura
(pnyt.). Self-efficacy in changing societies,
78
http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Jilid 2, No.9 ; 2018
hlm. 177-201. New York: Cambridge
University Press.
Khoo Adam & Stuart Tan. (2004). Master your
mind design your destiny. Singapore:
Adam Khoo Learning Publisher.
Larson, L. M., Suzuki, L.A., Gillespie, K. N.,
Potenza, M. T., Bechtel, M. A. & Toulouse,
A. L. (1992). Development and validation
of the Counseling Self-Estimate Inventory.
Journal of Counseling Psychology 39:
104-120.
Larson, L.M. & Daniels J.A. (1998). Review of the
counseling literature. The Counseling
Psychologist 26 (2): 179-218.
Lin, C. (1998). Comparison of the effects of
perceived self-efficacy on coping with
chronic cancer pain and coping with
chronic low back pain. Clinical Journal of
Pain 14: 303-310.
Lukman Moidin. (2005). Pengetahuan kaunseling
dan perkhidmatan unit bimbingan dan
kaunseling di sekolah. Seminar Kaunseling
anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia
Kali ke 2. Hotel City Bayview: 30 Mei-2
Jun.
Marsh,H.L., Walker, R. & Debus, R. (1991).
Subject-specification components of
academic self-concept and self-efficacy.
Contemporary Educational Psychology 16:
331-345.
Martin, W.E., Easton, C., Wilson, S., Sullivan, S. &
Takemoto, M. (2004). Relationship
between emotional intelligence and
counselor self-efficacy. Poster session
presented at Annual Western Psychological
Association 92nd Annual Convention,
Irvine, CA.
Maynard. A. (2017). Characteristics-of-an-effective-
counselor/ Retrieved:
http://www.ccu.edu/blogs/cags/2017/03/7-
Mischel, W. (1963). Personality and assessment.
New York: Wiley.
Mischel, W. (1973). Toward a cognitive social
learning conceptualization of personality.
Psychological Review 80: 252-283.
Michele, E.C. & Jason, D.A. (2004). The
relationship between counselor job
satisfaction and consumer satisfaction in
vocational rehabilitation. Rehabilitation
counseling bulletin 47 (4): 205-214.
Nilmi Ahmad Shagir. (2006). Kecekapan kaunseling
pelbagai budaya, efikasi swadiri dan ikatan
kerjasama kaunselor-klien di sekolah
menengah di Malaysia. Tesis Doktor
Falsafah, Universiti Putra Malaysia.
Noriah Mohd Ishak, Siti Rahayah Ariffin & Zuria
Mahmud. (2005). Emotional intelligence as
core competency towards professionalism:
A comparive study among teachers.
Prosiding for CECA Conference. 723-737.
Omar Chek Man. (1999). Pelaksanaan Perkhidmatan
kaunselor sepenuh masa di Sekolah
Menengah Kebangsaan Taman S.E.A. PJ
Selangor Darul Ehsan. Laporan Praktikum
Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Fakulti Pendidikan.
Orpen, C. (1995). Self-efficacy beliefs and job
performance among black managers in
South Africa. Psychology Reports 76:
649-650.
Pajares, F. (1996). Self-efficacy beliefs and
mathematic problem-solving of gifted
students. Contemporary Educational
Psychology 21: 325-344.
Razza, N.J. (1993). Determinants of direct-care staff
turnover in group homes for individuals
with mental retardation. Mental
Retardation 31: 284-291.
Rogers, C. (1961). Client –centered therapy: Its
current practice, implications and theory.
Boston: Houghton Mifflin.
Rusni Mohd Nor. (2004). Perkaitan antara budaya
sekolah deng pencapaian akademik pelajar.
Tesis Dr Fal. Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Schwarzer, R. & Jerusalem, M. (1995). Generalized
self-efficacy scale. Dlm. J.Weinmanr, S.
Wright, & M. Johnston (pnyt.). Measure in
health psychology: A user’s portfolio,
hlm. 35-37. Windsor, UK: NFER-
NELSON.
Stajkovic, A.D. & Luthans, F. (1998). Self-efficacy
and work-related performance: A meta-
analysis. Psychological Bulletin 124: 240-
261.
Siti Halimah Syed Nordin. (2003). Tekanan kerja di
kalangan guru kaunseling. Seminar
Kaunseling Kebangsaan. Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Taiwo Hanbal Abdul Raheem. (1998). School
Counseling: The nature of man in Islam as
its foundation. Kuala Lumur: A.S.
Noordeen
Wan Marzuki Bin Wan Jaafar. (1999). Pengaruh
perkembangan penyeliaan dan efikasi
swadiri kaunseling terhadap prestasi
kaunselor. Tesis Dr Fal. Universiti Putra
Malaysia.
79
http://kblkm.org/ Jurnal Kaunselor Berdaftar Jilid 2, No.9 ; 2018
William, E.M., Crystal Jr., Sheilah, W., Michehelle,
T. & Shannon, S. (2004). Salience of
emotional intelligence as a core
characteristic of being a counselor.
Counselor Education & Sipervision 44:
17-30.
Young, A., & Bryan, J. (2015). The school
counselor leadership survey: Instrument
development and exploratory factor
analysis. Professional School
Counseling,19, 1-15.
Zimmerman, B.J. (1995). Self-efficacy and
educational development. Dlm. A. Bandura
(pnyt.). Self-efficacy in changing societies,
hlm. 10-15. New York: Cambridge
University Press.
Young, A., & Miller-Kneale, M. (2013). School
counselor leadership: The essential practice.
Alexandria, VA: American School Counselor
Association
Young, A., Dollarhide, C.T, & Baughman, A.
(2005).The voices of school counselors:
essential characteristics of school
counselor leaders. . Volume 19, number 1 |
ASCA American School Counselor
80
top related