perak darul ridzuan jemputan menyertai jambori...
Post on 18-Sep-2019
52 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN Wisma Pengakap Perak, No. 20, Medan Istana 7,
Bandar Ipoh Raya, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Tel/Fax: 05-2420379 / 019-559 5822
Website: www.ppmperak.net Email : ppmperak@yahoo.com _____________________________________________________________________________________________
Ruj.Kami: Bil.PPMPk/Pentadbiran/PIJ/2014(49) Tarikh : 10 Jun 2014
Kepada; Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah, (u.p: Penyelia Kokurikulum) Pengetua / Guru Besar Sekolah-sekolah berkenaan (u.p: Pemimpin Pengakap) PERAK DARUL RIDZUAN Tuan,
JEMPUTAN MENYERTAI JAMBORI PENGAKAP ANTARABANGSA PERAK 2014
Dengan hormat, saya menarik perhatian tuan merujuk perkara di atas. Surat kebenaran dari Jabatan Pendidikan, J.Pel.Pk.(koku)4531/1/4 Jld7(34) bertarikh 3 Jun 2014 adalah berkaitan. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Persekutuan Pengakap Malaysia, Negeri Perak dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak akan menganjurkan Jambori Pengakap Antarabangsa Perak 2014 pada tetapan berikut:
Tarikh : 24 hingga 30 November 2014 Tempat : Teluk Batik, Lumut, Perak
3. Sehubungan itu, saya bagi pihak Persekutuan Pengakap Malaysia, Negeri Perak amat berbesar hati, menjemput para pelajar dan pemimpin pengakap di seluruh Negeri Perak untuk menyertai Jambori ini. Jambori ini akan menghimpunkan pengakap dari seluruh tanah air dan pengakap dari serata dunia. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pesuruhjaya Pengakap Daerah masing-masing atau layari laman sesawang http://jamboriperak.net/ . Besarlah harapan kami agar pihak tuan, dapat memberi kebenaran kepada pelajar dan pemimpin untuk menyertai program ini. 3. Setiap penyertaan mestilah mematuhi syarat-syarat penyertaan yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan Kebenaran Jabatan Pendidikan Perak bagi menyertai jambori ini. Walau bagaimanapun tiada paksaan kepada pelajar untuk menyertai program ini.
4. Sebarang pertanyaan mengenai jambori ini, sila hubungi,
a) Tn. Hj. Azizul Azhar bin Abdul Rahman Tel : 019 462 3900 Pengarah Operasi Jambori Antarabangsa Pengakap Perak 2014
b) En. Azlan bin Aminudin Tel : 013 479 8160 Penolong Pengarah Operasi (Bahagian Pentadbiran) Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan. Kerjasama dan perhatian pihak tuan sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
“PENGAKAP MELAHIRKAN MODAL INSAN YANG CEMERLANG” “PENGAKAP MENTRANFORMASI GENERASI”
Saya yang menjalankan tugas, Persekutuan Pengakap Malaysia, (HAJI KHAIRUL BIN HAJI ABU KASSIM, A.M.P) Pengerusi Perhubungan Pasukan Badan Beruniform (Pengakap) Jabatan Pelajaran Negeri Perak Merangkap; Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak (Pentadbiran) Persekutuan Pengakap Malaysia Perak Darul Ridzuan. b/p Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak Persekutuan Pengakap Malaysia Perak Darul Ridzuan. s.k 1. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak 2. Pengarah, Jabatan Pendidikan Perak. 3. Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah. 4. Pengerusi Program, PPM Perak 5. Pengerusi Latihan, PPM Perak 6. Pengarah Operasi Jambori Antarabangsa Pengakap Perak 2014 7. Ketua Kontinjen Pengakap, Negeri Perak 2014 8. Semua Pesuruhjaya Pengakap Daerah
d/a: No.1, Laluan Meru Permai 5, Halaman Meru Permai , Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak
Tel: 019-559 5822 , Fax: 05-201 2135
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK
JALAN TUN ABDUL RAZAK
30640 IPOH,
PERAK DARUL RIDZUAN
BORANG PERAKUAN KESIHATAN MURID SEBELUM MENYERTAI AKTIVITI
KOKURIKULUM KELOLAAN JABATAN PENDIDIKAN PERAK
NAMA AKTIVITI JAMBORI ANTARABANGSA PENGAKAP PERAK (PIJ 2014)
TEMPAT AKTIVITI Teluk Batik, Lumut, Perak
PERINGKAT AKTIVITI Peringkat Antarabangsa
TARIKH MULA 24 November 2014 TARIKH TAMAT 30 November 2014
NAMA PENUH MURID
JANTINA KETURUNAN AGAMA
NO. MyKad NO. INSURANS TAKAFUL
(Dapatkan dari pihak Sekolah)
NO. TELEFON RUMAH NO.TELEFON TANGAN
PENJAGA
REKOD PERUBATAN
Adakah anda pernah imunisasi terhadap tetanus? Ya tidak
Jika pernah sebutkan tarikh teakhir anda menerima imunisasi
SILA TANDAKAN / JIKA YA DAN X JIKA “TIDAK” DIPETAK YANG BERKENAAN Pernah pening atau sakit kepala yang teruk Pernah dilakukan pembedahan di tubuh
Pernah bermasalah pernafasan atau asma Pernah mempunyai sakit sawan (epilepsy)
Alahan pada ubatan atau air laut Pernah alami diabetes atau tekanan darah tinggi
Pernah alami kecederaan pada tulang Pernah alami mabuk laut atau perjalanan
Pernah alami sakit jantung Pernah alami sakit buah pinggang
Pernah anda dalam satu bulan yang lalu mengalamai sebarang penyakit berjangkit atau cirit birit
SILA BERIKAN MAKLUMAT TERPERINCI JIKA MASALAH KESIHATAN DIATAS
BERKAITAN DENGAN ANDA
Penting! Sila maklumkan masalah kesihatan anda kepada jurulatih mana-mana
aktiviti yang anda sertai
Tandatangan Peserta Tarikh Tandatangan Disahkan oleh Pengetua(Cop)
Nama.
................................ ........................... ..............................................
BORANG PELEPASAN TANGGUNGAN AKTIVITI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM
PERINGKAT NEGERI Sila serahkan kepada Urusetia Pendaftaran semasa melapor diri pada tarikh dan tempat ditetapkan.
Saya / kami/ (nama ibu bapa/penjaga) ...................................................................................................... dengan ini
memberi kebenaran kepada (nama anak /jagaan) ....................................................................................................
No. kad Pengenalan......................................... dari sekolah .................................................................................................
Daerah..........................................................................untuk menyertai aktiviti perkhemahan yang dikelolakan
bersama oleh PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAN KERAJAAN NEGERI PERAK mulai 24
hingga 30 hb November 2014 bertempat di TELUK BATIK, LUMUT, PERAK dengan ini mengaku
dan sanggup tidak berubah-ubah bagi pihak saya / kami dan pihak anak /jagaan kami mengikut
peraturan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia KP(BS)8591/ Jld.XIV(24)
bertarikh 10 Oktober 1998, para 3(C).
Sesungguhnya saya / kami faham bahawa segala langkah keselamatan sepenuhnya akan
diambil oleh pihak penganjur /pengelola bagi mengelak berlakunya yang tidak diingini dan akan
melakukan tindakan segera bagi pihak ibu bapa /penjaga diatas jua insiden dalam tempoh, tarikh
dan tempat yang dinyatakan diatas. Oleh tu saya tidak akan melakukan sebarang pendakwaan /
tindakan undang-undang sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini keatas anak/jagaan saya
dalam tempoh tarikh dan tempat yang telah dinyatakan diatas.
Saya mengaku anak/jagaan saya sihat untuk membolehkannya mengikut aktiviti
perkhemahan dan telah mempunyai Insuran Takaful yang sah yang telah diuruskan oleh pihak
sekolah ditempat dimana anak / jagaan saya bersekolah.
Nombor telefon saya untuk dihubungi ialah:.........................................(Rumah) .......................................... (Hp)
Sekian. Terima kasih
Saya yang benar, Saksi,
....................................................................... ................................................................
(Nama: .......................................................) (Nama:..............................................)
No:K/P:...................................................... No. K/P:............................................
Disahkan Oleh Pengetua,
Cop Sekolah:
Tarikh:.........................................
(Tempoh laku maklumat di dalam borang ialah pada tarikh akhir aktiviti perkhemahan)
top related