penulisan berita dalam media cetak

Post on 14-Jan-2016

101 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Penulisan Berita dalam Media Cetak. Tempoh hayat sesuatu keluaran akhbar harian ialah 24 jam sehari . Oleh kerana itu , wartawan berdepan dengan dua tugas utama dan penting iaitu menulis dan mengedit berita tulisannya. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Penulisan Berita dalam Media Cetak

1

Tempoh hayat sesuatu

keluaran akhbar harian ialah

24 jam sehari. Oleh kerana

itu, wartawan berdepan

dengan dua tugas utama dan

penting iaitu menulis dan

mengedit berita tulisannya.

2

Penulisan berita dalam media cetak merangkumi tulisan-tulisan yang berbentuk:-

1.Laporan berita

2.Rencana dan

3.Ulasan berita

3

1. Laporan Berita

Laporan berita adalah laporan yang

faktual (mempunyai fakta; bukan

rekaan atau dongengan), baharu dan

menarik minat untuk orang

membaca, mendengar dan

menontonnya (Chamil, 2008).

4

Ciri-ciri Laporan Berita

1.Judul berita lazimnya berbentuk ringkas dan

kadang kala tidak memenuhi peraturan tatabahasa

2. Byline. Dalam konteks kewartawanan ‘byline’

bermakna nama wartawan yang menulis berita.

Contoh:

Sabah diserang penceroboh

Oleh: Borhan Abu Samah

5

3. Laporan berita dimulakan

dengan penyataan tempat dan

tarikh berita itu dilaporkan.

Contoh:

6

Utusan Malaysia: KUALA LUMPUR 3 Mei –

Kosmo KOTA BHARU-

The Sun LAHAD DATU, Sabah (March 5, 2013):

Kumpulan NSTP

1. Berita Harian Kuala Lumpur:

2.Harian Metro Tawau:

3. NST KUALA LUMPUR:

4. Penggunaan Ayat

Ayat-ayatnya panjang, selalunya satu perenggan

terdiri daripada satu ayat. Ini kerana pemberita ingin

memuatkan segala maklumat yang relevan dalam

perenggan tersebut.

Contoh: PONTIAN 4 Mac - Sekumpulan penjenayah

bertindak memecahkan dua buah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di bangunan Tabung Haji, di

sini sebelum melarikan wang tunai berjumlah RM456,000 awal pagi ini.

7

5. Sifat memetik

Petikan boleh berbentuk laporan (tidak langsung) dan boleh juga secara langsung.

Contoh (Secara langsung):

"Alhamdulliah saya dimaklumkan operasi berjalan seperti dirancangkan," katanya melalui laman sosial Twitter milik beliau di sini hari ini.

Contoh (Tidak langsung):

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau dimaklumkan bahawa operasi serangan ke atas

penceroboh Sulu di Sabah berjalan seperti yang dirancang.

8

top related