penjodoh bilangan

Post on 21-Nov-2015

24 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Isi tempat kosong dengan pilihan jawapan yang sesuai

kawan, deret, tompok, butir, rawan, lembar, ruas, titik, pintu, kaki, pasukan, bentuk, gerombolan, laras, pohon1. Adam membeli ________________ jala sebagai hadiah kepada ayahnya.

2. Pada lengan baju Fatin terdapat dua __________________ cat merah

3. Pasukan penyelamat menemui empat ______________ senapang di dalam gua di kaki bukit itu.

4. Aiman asyik melihat se ________________ semut itu berjalan meniti ranting pokok itu.5. Nabil membuat tabung daripada dua _______________ buluh.

6. Salma mengambil se ______________ benang hitam untuk menjahit butang bajunya.

7. Asyraf membeli sepuluh ______________ telur puyuh untuk emaknya.

8. Se_______________ gajah liar merosakkan ladang sawit di kampung itu.

9. Aktiviti satu __________________ penyeludup di sempadan Malaysia dengan Thailand ditumpaskan oleh polis.

10. Dua __________________ pokok kelapa tumbang dekat rumah Mastura ketika kejadian rebut malam tadi.

11. Kebakaran di bandar itu dipadamkan oleh se _______________ ahli bomba.

12.Tiga _____________ rumah kedai musnah dalam kebakaran semalam.

13. Kamarul memberi se _________________ cincin berlian ketika melamar Siti.

14. Di Busut itu kelihatan beberapa _____________ cendawan mulai tumbuh kerana kawasannya yang lembab.

15. Akibat se ______________ nila rosak susu sebelanga.

top related