pengajaran penulisan

Post on 11-Aug-2015

159 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

UUM

TRANSCRIPT

SGRM3023 PRINSIP PENGAJARAN PENULISANProf. Madya Dr. Abdull Sukor ShaariPusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa ModenKolej Sastera dan Sainsabdsukor@uum.edu.my019-4102604

Motivasi Berilah khabar gembira kepada hamba-hamba-

Ku, sesiapa yang mendengar perkataan lalu mereka mengikut yang sebaik-baiknya, mereka itulah orang yang mendapat petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang berkat Al-Zumar: 17 -18

Cerita ProfesorSuatu hari, seorang Profesor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Profesor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Profesor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itumendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati,"Hmm. Hari nak hujan."

“OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Profesor itu.

Hasil Pembelajaran Menjelaskan teori, pendekatan dan kaedah

mengajar penulisan di sekolah rendah Memilih dan mengaplikasikan pendekatan, kaedah

dan teknik pengajaran pelbagai jenis penulisan bahasa Melayu

Mentafsir kemahiran menulis berdasarkan suklatan pelajaran BM KBSR/KSSR supaya relevan dengan usaha untuk memperkembangkan kemahiran murid menulis

Merancang program pengajaran penulisan secara bijaksana dengan mengaitkannya dengan proses membaca dan kemahiran bahasa yang lain

Sinopsis Kursus ini membincangkan teori, prinsip dan

pendekatan pengajaran penulisan BM untuk murid sekolah rendah.

Penekanan kpd kaedah mengajar menulis peringkat awal, menulis berdasarkan apa yang murid baca dan faham, menulis secara kreatif dan membimbing penulisan murid sebagai satu proses dan menilai proses dan hasil penulisan murid.

Tarikh Pertemuan 8 Mac 2013 – Pertemuan 1 5 April 2013 – Pertemuan 2 3 Mei 2013 – Pertemuan 3 7 Jun 2013 – Pertemuan 4 12 Julai (Peperiksaan Akhir)

SAJAK PERCAKAPAN TENTANG BAHASA

Ingin kubawa bahasa kita Mendaki puncak gunung agung Tapi kaubantah Katamu Bahasa kita bahasa lembah Bahasa yang lemah Tak mungkin mampu bertahan Di dunia tinggi awan

Dan air mata bahasa pun mengalir hiba Dihina sangsi sendiri anak bangsa

Katamu lagi Kita harus berjuang di barisan hadapan Menjana kemajuan bangsa Sebelum bercakap Tentang denyut hidup bahasa

Tapi jawabku tanpa bahasa Bangsa tak akan bernyawa Dan bermakna

ABIZAIMiri, Sarawak

Konsep Pengajaran?

Satu usaha utk membawa seseorang memperoleh atau menukar ilmu pengetahuan, kemahiran, sikap atau idea

Konsep Pengajaran

Proses penyebaran ilmu pengetahuan, (teori, kaedah, fakta, idea, kemahiran), (Nagel, 1991)

Guru yg baik mendorong pembelajaran aktif dan menggalakkan pemikir yg kritis dan kreatif

Mengajar + Mendidik

mengajar “membuka mata akal’

hasil dapat disukat pd akhir tempoh yg pendek

mendidik ‘ membuka mata hati’

perlakuan lebih lama Tugas guru kedua-dua

sekali

Pengajaran dan Latihan

Seseorang yg terlatih tidak semestinya berpendidikan

Latihan ialah perkembangan kemahiran yg terbatas manakala pendidikan lebih luas yg meliputi sistem kepercayaan

Pengajaran? Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.

Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi saja? Petang dan malam, awak doakan saya tak selamatkah? Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam, cikgu! Cikgu: Panjang sangat tu! Tak pernah pun dibuat oleh orang lain! Katakan saja selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan. Murid-murid: Selamat sejahtera, cikgu! Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu akan menguji kamu semua tentang perkataan berlawan. Apabila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham? Murid-murid: Faham, cikgu! Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan. Murid-murid: (senyap) Cikgu: Pandai! Murid-murid: Bodoh! Cikgu: Tinggi! Murid-murid: Rendah! Cikgu: Jauh! Murid-murid: Dekat! Cikgu: Keadilan! Murid-murid: UMNO! Cikgu: Salah!

Pembelajaran?

Berlakunya perubahan tingkah laku yg kekal (Rich & Knight, 1991)

Strategi Pengajaran Mengandungi pendekatan, kaedah dan

teknik Satu set tindakan mengajar yg bertujuan

utk mencapat matlamat jangka panjang Sebuah rancangan tersusun utk mencapai

kejayaan

Pendekatan Pengajaran Pendekatan Deduktif

Pendekatan Induktif

Pendekatan Eklektif

Strategi Pengajaran Pengajaran Dalam Kumpulan Besar

(ramai) Pengajaran Dalam Kumpulan Kecil Pengajaran Secara Individu

Pengajaran Kumpulan Kecil Memberi peluang kpd

pelajar belajar mengikut kebolehan mereka sendiri

Meningkatkan self-esteem pelajar

Berpusatkan pelajar dan menyokong pembelajaran kolaboratif

Kumpulan mengikut kebolehan, pemulihan KBSR/KBSM

Kelebihan

Kumpulan Kecil

Teknik Merujuk kpd taktik, aktiviti, atau langkah-

langkah penyampaian pengajaran Mencapai hasil pembelajaran segera

Teknik Kaedah berceritan tetapi menggunakan

teknik soal jawab Apabila guru menggunakan dalam unit

kecil, kaedah berceritan akan menjadi teknik

Teknik Teknik merujuk kepada aktiviti, perlakuan dan

kemahiran yang digunakan oleh guru dalam pengajaran

Taktik guru untuk mencapai hasil pembelajaran segera ketika mengajar sesuatu bahan pengajaran

Contohnya dalam kaedah bercerita menggunakan teknik menyoal

Kalau guru menggunakan sebagai unit kecil dalam pengajaran, kaedah bercerita menjadi teknik.

Digunakan dalam langkah-langkah pengajaran

Teknik Perbincangan Demonstrasi Simulasi Permainan bahasa Sumbang saran Soal jawabr Latih tubi kuiz

Pengajaran Berkesan

The Mediocre teacher, tells The Good teacher, explain The Superior teacher, demonstrate The Great teacher, inspire

Pengajaran Berkesan

Guru yang baik – sukar didefinisikan Kelas tersusun, berstruktur, penekanan

disiplin akademik Kelas bebas utk pilih aktiviti Guru berkesan – yang berjaya mencapai

hasil pembelajaran (Cooper,et al. 1999)

Pengajaran Berkesan

Guru berkesan – menggunakan banyak srtaegi dalam pengajaran dalam kelas

Emmer, Evertson dan Anderson (1980) – Guru yg fleksibel dan menggunakan pelabagai strategi pengajaran.

Pengajaran Berkesan

Brophy (1994) Pengharapan yg positif dan tinggi

terhadap pencapaian pelajar Menguruskan bilik darjah dgn berkesan Merancang dan menyampaikan

pengajaran yg menghasilkan pembelajaran pelajar

Faktor Pengajaran Berkesan

a) Ciri-Ciri Peribadi b) Ciri-ciri profesional

Ciri-Ciri Peribadi

Kajian mendapati ciri peribadi yg mendapat kadar tertinggi

Simpati baik Bertimbang rasa sabar Tingkah laku stabil Kaw

Ciri-Ciri Peribadi

Kajian mendapati ciri peribadi yg mendapat kadar lebih rendah tapi penting

keadilan humor jujur Bersungguh-sungguh kreatif Banyak ilmu (resourcefulness)

Ciri-Ciri Peribadi

Menguasai subjek yg diajar Memahmi perkembangan asas kanak-

kanak Cemerlang dlm pengetahuan umum Pengetahuan kaedah dan teknik Sikap positif terhadap kerja Bersedia utk kedaan lebih baik di sekolah

Tingkah laku Pengajaran Berkesan Kejelasan penyampaian

Kepelbagaian penyampaian

Terlibat dgn proses pembelajaran

Mengetahui pencapaian pelajar

Tingkah laku Pengajaran Berkesan

1. Kejelasan penyampaian. Menentukan isi-isi penting difahami pelajar Menerangkan konsep dengan jelas , langkah

demi langkah

2. Kepelbagaian dan keanjalan pengajaran Penggunaan set induksi Stimulasi rangsangan Bantuan alatan

Tingkah laku Pengajaran Berkesan3. Orientasi tugas Masa yang diperuntukkan untuk

menyampaikan ilmu.

4. Penglibatan dalam proses belajar Memberi ruang untuk proses belajar di

kalangan pelajar

5. Pencapaian pelajar Sebanyak mana pelajar dapat memahami dan

menyelesaikan tugas yang diberi.

Tingkah laku Pengajaran Berkesan(Borich, 2004) Provide clear and empathetic learning

environment Promote active student involvement Cater students learning differences Assist students to identify the outcomes

of their learning Engage in self-developmental

PENILAIAN KURSUS

a) Tugasan (70%) :- Tugasan Kumpulan 1 : 20%

Tugasan Kumpulan 2 : 20%

Tugasan Individu : 30%

b) Peperiksaan Akhir (30%) Struktur Esei Jumlah : 30%

PENILAIAN KURSUS

Secara Kumpulan (5 orang), berdasarkan pemerhatian pengajaran rakan anda di sekolah, berikan komen terhadap pengajaran beliau. (30%) (Tugasan 1)

Setiap kumpulan (5 orang) dikehendaki menyiapkan sebuah nota mengenai tajuk-tajuk yang

berkaitan dengan strategi, pendekatan atau kaedah pengajaran penulisan bahasa Melayu (20%) (Tugasan 2)

Secara individu, anda dikehendaki menulis sebuah Rancangan Pengajaran Harian berkaitan dengan strategi, pendekatan atau kaedah pengajaran penulisan bahasa Melayu sekolah rendah. (20%)

 

TUGASAN

Panduan Penulisan Kerja Kursus Panjang tugasan individu (RPH) mestilah antara 3 hingga 5 halaman termasuk halaman kulit, dan lampiran Tugasan Pemerhatian – maksimum 5 halaman Langkau 2 baris Pemilihan warna kulit tugasan seperti berikut:

i) Kertas Kerja kumpulan : Putih ii) Tugasan mestilah ditaip mengikut format berikut: i) Langkauan : 2 baris ii) Saiz font : 12 New Times Roman iii) Nombor halaman- bawah sebelah kanan iv) Gunakan sistem nombor bagi setiap tajuk atau subtopik v)Gunakan sistem APA

Kecuali Tugasan RPH, isi Kandungan Tugasan Perlu Ada Halaman kulit i) Kandungan halaman ii) Pendahuluan, isi dan rumusan iV) Rujukan V) Lampiran

Tugasan mestilah asli. Tarikh AKHIR tugasan mesti dihantar pada:

a) Tugasan Kumpulan 1 : Pertemuan 2 B) Tugasan Kumpulan 2 : Pertemuan 3 b) Tugasan Individu : Pertemuan 4

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Termaktub dlm Akta Pelajaran 1961. Dibentuk drp cadangan

Penyata Razak Penyata Rahman Talib "….menyatukan budak-budak daripada semua

bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar besar…" (Penyata Razak 1956: perenggan

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Cadangan BM- diajar semua murid, syarat bantuan

kerajaan Bm - satu subjek penting SRP/SPM BM/BI - subjek wajib SR/SM

Penyata Rahman Talib (1960)

……bahawa bahasa kebangsaan hendaklah diajar mulai darjah 1 (SRJTC/T/I)

Pelajaran rendah akan dimajukan dgn bahasa kebangsaan

Dasar Pendidikan kebangsaan -bertujuan BM bahasa pengantar utama.

Akta Pelajaran (1961)

BM - bahasa pengantar utama, B. Inggeris - sub jek wajib

BM-wajib bagi semua SM

Tragedi 13 Mei 1969 -BM- dijadikan alat perpaduan & secara bersungguh-sungguh

BM ditukar ke B. Malaysia Julai 1972, Dato' Hussein Onn - program menukar BI

secara beransur-ansur ke BM Semua kursus sehingga universiti menggunakan BM

mulai 1983 DBP - ditugaskan - pembinaan/pengembangan -

system ejaan dan sebutan, kosa kata dan istilah

Pelaksanaan DPK melalui BM

1. Sukatan pelajaran BM - melaksanakan Dasar Bahasa Kebangsaan

2. Matlamat pendidikan bahasa di sekolah ialah……

"…..utk membolehkan pelajar-pelajar menghargai dan membanggakan BM sbg B. Kebangsaan dan B. rasmi, alat perpaduan, memahami, mengguna sistem bahasa dalam kehidupan seharian, mendapatkan ilmu pengetahuan".

Peranan Guru BM -

memastikan pencapaian matlamat ini pengetahuan sistem bahasa yg mantap pengetahuan teori/pendekatan/ strategi patriotisme kpd BM

Huraian Sukatan Pelajaran

Falsafah Pendidikan Negara Matlamat Mata Pelajaran BM Objektif Mata Pelajaran BM Organisasi Kandungan Kemahiran Bahasa Pengisian Kurikulum Sistem Bahasa Pengisian Kurikulum - KBT

Matlamat Kurikulum BM

Melengkapkan murid dengan keterampilan bahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan urusan harian.

Objektif BMPenulisan

Memperkembangkan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis

Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan dengan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul

Menggunakan bahasa baku yang meliputi tatbahasa, ejaan, kosa kata serta sebutan dan intonasi yang betul dalam aktiviti bertutur, membaca dan menulis.

Konsep Penulisan

Proses menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dgn berkesan kpd pembaca dgn menggunakan bentuk grafik

Kegiatan menghasilkan simbol-simbol grafik yg disusun berdasarkan pertuturan bagi membentuk perkataan dan ayat

Konsep Penulisan

Kemahiran menulis merujuk keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui.

Penekanan dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

Konsep Penulisan

Peringkat awal – kegiatan membolehkan murid menguasai simbol-simbol grafik

Perlu latihan mental

Fungsi

Supaya sesuatu idea, maklumat, pendapat dan ilmu pengetahuan dapat disampaikan dengan tepat, jelas dan berkesan.

Meluaskan pengetahuan, pengalaman dan perhubungan.

Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan.

Fungsi

Melatih murid-murid menggunakan format karangan yg betul

• Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dlm situasi sebenar sehari-hari

• Menyiapkan murid menghadapi peperiksaan.

• Menyuburkan minat

• Meluaskan kosa kata

• Memberikan kepuasan jiwa.

Model PenulisanRajah 2.1: Penghasilan Sesebuah Bahan Penulisan

Penyampaian idea yang jelas, tepat dan berkesan

Isi tepat, jelas, asli

Proses menulis

Khalayak

Tujuan atau sebab penulisan dibuat

Pemilihan kata, kosa kata, peribahasa dan istilah

Penyusunan para, tajuk dan kesatuan atyat

Tatabahasa dan rumus bagi unsure bahasa seperti kata kerja

Sintaksis Struktur ayat Pemilihan stilistik

Tahap Penulisan

Menulis Secara Mekanis Tulisan kemas, cantik, mudah dibaca Menulis huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan

ayat

Kemahiran Grafik

Ia merangkumi :-Kemahiran mekanis - membentuk dan

menggabung huruf besar dan huruf kecil-mengeja perkataan betul -menggunakan tanda bacaan dengan betul

Kemahiran Tatabahasa

Ia meliputi kecekapan murid-murid untuk menggunakan pelbagai jenis pola dan struktur ayat

Kemahiran ini mempunyai hubungan rapat dengan kemahiran lisan

Kemahiran Stilistik

Kebolehan murid-murid menggambarkan makna tepat dalam pelbagai gaya dan laras

Memilih perbendaharaan kata dan pola serta struktur ayat tepat penting dalam menguasai kemahiran ini

Kemahiran Retorik

Kemahiran yang menggunakan unsur-unsur kohesi bagi menjalankan ayat-ayat dalam teks supaya kelihatan lengkap dan tersusun

Pengunaan unsur kohesi seperti kata dan frasa penghubung (maka, jadi, oleh itu)serta kata rujukan (dia, beliau dan mereka) dapat membantu murid-murid untuk kuasai kemahiran ini

Kemahiran Organisasi

kemahiran yang sama dengan kemahiran retorika tetapi kemahiran ini mengutamakan kebolehan menghasilkan kesatuan dlm pemerengganan

Kesatuan pemerengganan – tiap-tiap perenggan perihalkan satu tema

Kemahiran Organisasi

Murid-murid perlu memilih isi2 berkaitan dengan tema, mempunyai pengetahuan bahawa isi penting dalam sesuatu perenggan mesti dinyatakan dalam ayat judul

Ayat judul blh ditempatakan pada awal atau akhir perenggan atau pada seluruh perenggan *bagi karangan naratif

Kemahiran organisasi

Kemahiran organisasi ini sukar dikuasai oleh para pelajar.

Guru perlu melatih mereka kerana penguasaan kemahiran ini mempengaruhi prestasi para pelajar

Kemahiran Organisasi

Kemahiran menulis – kemahiran bahasa sukar dan hanya dapat dikuasai melalui proses pengajaran

Dalam penulisan para pelajar perlu memilih pola dan struktur ayat yang berkesan serta menyusun ayat-ayat dalam satu contoh bagi menyampaikan maksud

Mempunyai hubungan rapat dengan kemahiran lisan dan membaca

Teori Pembelajaran Bahasa dan Kaitan dgn Penulisan

Teori Behaviorisme ( Skinner)Perubahan Tingkahlaku-peneguhan dan maklum balas. Cth; guru menyediakan soalan-soalan dan latihan (latih-tubi) dan melatih murid menulis daripada latihan pratulisan sehinggalah peringkat mengarang.

Menekankan amalan dan sikap sebagai cara untuk mempelajari bahasa.

Berfahaman bahawa data-data bahasa dapat dikaji dan dilakukan latihtubi untuk menghasilkan ketrampilan berbahasa

Mengkaji semua ayat/ujaran dengan tujuan melihat ciri yang berbeza

Kategori tatabahasa adalah berdasarkan struktur tiap-tiap aspek bahasa

Teori Kognitif (Piaget)

kemahiran pengekodan, menyimpan dan mengingat kembali.Cth; guru menggalakkan dan memberi latihan menulis berdasarkan perkembangan mental dan kebolehan murid mengikut urutan/objektif.

Manusia mpunyai peringkat otak dan saraf yang tinggi - berkebolehan mempelajari pelbagai perkara

P&P adalah proses mental bukan mekanis Kanak-kanak menyerap dan menyesuaikan pengetahuan

sedia ada dalam otaknya dengan data-data yang diperoleh daripada persekitaran

Teori Mentalis

Dipelopori oleh Noam Chomsky, Miller, Katz dan Lakoff Tidak bersetuju dengan teori sebelumnya Memperkenalkan analisis bahasa Transformasi generatif

(Chomsky) Mendokong istilah generatif, kreatif, eksplisit, kegramatisan

dan transformasi Berandaian bahawa teori kod kognitif bahawa P&P bahasa

sebagai satu proses kognitif

Pandangan Teori Mentalis

Penguasaan bahasa mempunyai hubungan erat dengan kebolehan mental

Manusia secara semula jadi mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa

Competence dan performance mempunyai daya cipta untuk menghasilkan dan menggunakan bahasa yang diketahui

Bahasa dihuraikan melalui analisis transformasi-genaratif yang mengandungi struktur dalaman dan struktur luaran

Kesalahan membentuk rumus tidak dianggap sebagai kegagalan sebaliknya sebagai percubaan hipotesis.

Pandangan Teori Interaksionalis Haliday

Berkembang dalan Tahun 60an Tokoh-tokohnya ialah Bloom (1970),Bowennan (1973),Gromer

(1976) dll Berpandangan kognitif sahaja tidak boleh menjelaskan

penguasaan bahasa – hanya boleh mantafsirkan makna yang tidak menjamin dilahirkan dalam bentuk bahasa

Pandangan Teori Interaksionalis Haliday

Sebagai satu alat berinteraksi dan ia melibatkan proses mental dan linguistik

Mementingkan proses pembentukan hipotesis tentang undang-undang bahasa dalam p&p

Seseorang pelajar perlu menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna

Teori Pembelajaran Sosial Bandura

Melibatkan sosial, kognitif dan tingkahlaku, memainkan peranan dalam pembelajaran.

Anggap manusia makhluk aktif. Tiga idea utama:

Model Determinisme Timbal Balik: Bergantung kepada perlakuan, individu dan persekitaran. a. Meniru Secara langsung:

Peniruan terus – tulis atas angin

b. Peniruan Sekatlakuan: Boleh dilakukan ditempat-tempat tertentu sahaja

c. Peniruan Tidak sekatlakuan: Peniruan boleh dilakukan di mana sahaja.

Faktor-Faktor Penguasaan KM

Minat Pengalaman Aktiviti Lisan Keadaan Emosi Taraf Hubungan Sosial Dgn Orang

Dewasa Peneguhan Situasi Pembelajaran

Beberapa contoh dapatan kajian tentang penulisan Kajian yang dijalankan oleh Marohaini dan Zulkifli

(1997), mendapati penumpuan guru diberikan kepada hasil karangan daripada proses mengarang itu sendiri. Maka beliau mencadangkan agar bentuk pengajaran lebih menekankan aspek input isi daripada strategi mengarang.

Faridah, Nooreiny dan Raja Mohd Fauzi (2001), pula dalam kajian terhadap penulisan murid sekolah menengah mendapati murid yang guru melakukan perubahan dalam penulisan ialah menilai proses kognitif yang menggunakan pendekatan konstruktivisme seperti perbincangan kumpulan murid boleh menambah minat dan mampu menulis dengan baik.

Hubungan Antara Bertutur, Membaca dan Menulis Kemahiran berbahasa juga merupakan satu

kemahiran atau kecekapan seseorang untuk menerima dan mentafsir maklumat melalui pendengaran, pertuturan, pembacaan dan penulisan. Lazimnya seseorang yang mahir berbahasa ialah orang yang pendengaran, pertuturan, pembacaannya dan penulisannya baik.

Kemahiran Bertutur kemahiran bertutur boleh ditakrifkan sebagai satu

proses komunikasi yang kompleks yang melibatkan proses mental yang merangsang alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. bagi menguatkan maksud pertuturan, seseorang perlu menggunakan unsur linguistik seperti intonasi, nada, tekanan, sebutan dan jeda yang sesuai.

Kemahiran Membaca Membaca boleh diertikan sebagai satu perlakuan

mendapatkan maklumat melalui lambang-lambang bertulis atau bercetak. Aktiviti membaca melibatkan dua proses iaitu menterjemah lambang bertulis atau bercetak kepada bunyi bahasa dan mendapatkan maklumat atau makna daripada bunyi-bunyi yang disuarakan. Membaca juga melibatkan proses mekanis dan mental.

Kemahiran Menulis Menulis boleh ditakrifkan sebagai satu proses

pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa. Kemahiran menulis berkait rapat dengan kebolehan murid menulis dalam bentuk tulisan yang terang, jelas dan lengkap.

Ia juga merangkumi kebolehan menggunakan ayat dan penggunaan tanda baca yang betul bagi menyampaikan sesuatu maksud.

KesimpulanDalam KBSR, kemahiran mendengar, bertutur,

membaca dan menulis bukanlah sesuatu yang terpisah sifatnya malah seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa selari.

Walaupun pada dasarnya, mendengar dan bertutur seharusnya mendahului membaca tulisan tetapi kadangkala kanak- kanak telah pandai menulis ketika masuk sekolah.

Ini tidaklah merisaukan kerana sewaktu mereka menulis mereka juga membaca dan bertutur.

Kesimpulan

Peringkat Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan imaginatif.

Peringkat Kemahiran Menulis

a. Peringkat Pramenulis

b. Peringkat Mekanis

c. Peringkat Pelahiran

Peringkat Kemahiran Menulis

Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan kemas dan betul.

Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan kepada murid.

Berikut ialah contoh aktiviti pramenulis: • Menulis dari kiri ke kanan • Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan. • Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis.

Peringkat Kemahiran Menulis

• Menyambung titik • Latihan membentuk corak campuran bulatan

dan garisan lurus yang dilakukan secara bebas. • Latihan membentuk garisan lurus • Latihan melukis gambar yang mengandungi

garis lurus dan bulat. • Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk • Melukis gambar

Peringkat Kemahiran Menulis

• m

Peringkat Mekanis Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka

akan melangkah ke peringkat mekanis. Pada peringkat ini, murid-murid diajar menguasai kemahiran membentuk huruf-huruf besar dan kecil dalam abjad.

Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat.

Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran ini, anda boleh menjalankan aktiviti-aktiviti yang berikut:

• Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik menulis. • Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada bentuk-bentuk huruf tertentu.  

Peringkat Mekanis c  

Peringkat Pelahiran

Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan mengeja. Mereka sudah boleh menulis pelbagai jenis karangan.

Anda boleh memulakan pengajaran menulis pada peringkat ini dengan jenis-jenis penulisan terkawal, berpandu, separa terkawal, dan separa berpandu. Kemudian mereka boleh didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif.

Pada peringkat ini, murid-murid dapat melahirkan idea dan pendapat tentang pengetahuan serta pengalaman yang telah dilalui. Dalam masa yang sama mereka akan menggunakan kemahiran tatabahasa dan ejaan yang telah dikuasai mereka.

 

Peringkat Pelahiran

Menulis jawapan pemahaman • Menulis karangan • Menulis ayat berdasarkan gambar • Membina ayat • Peluasan ayat • Menulis rencana • Mengisi silang kata • Melengkapkan ayat• Imlak

Teknik Pengajaran

Penulisan Berpandu (Guided)  Murid dikawal drp kesalahan Isi dan bahasa disediakan guru Isi tempat kosong Sambung petikan, teks ayat Menggunakan gambar-gambar Membincangkan rangka karangan  

Pendekatan Bebas

Pelajar diberi kebebasan menentukan hala tuju   Bahan-bahan di luar bilik darjah   Penulisan ilmiah   Penulisan kreatif

 

Pendekatan Proses

Prapenulisan Penulisan Penulisan Semula Penerbitan

 

Pendekatan Proses

Mementingkan proses penghasilan karangan berbanding hasil. Setiap pelajar dibimbing dari semasa ke semasa untuk menghasilkan draf karangan

 

Prapenulisan

Memilih tajukTakrif tajukMencadangkan tajukBerfikirMembacaPenentuan isi dan rangkaPemilihan kata kunci, kosa kataMencatat ayat pertama,

Penulisan

Membuat draf Menyusun atur isi Merangka cara dan bentuk persembahan Menyunting/mengedit Bahasa -lancar, gramatis, tanda baca, perenggan,

format Kosa kata Isi Olahan hujah

Penulisan dan Penerbitan

Penulisan Semula Draf demi draf

  Penerbitan

Berkongsi bahan dgn rakan Pamerkan hasil edarkan

Sekian, Terima kasih

top related