pembangunan di malaysia ppt

Post on 08-Jun-2015

3.622 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

pembangunan malaysia

TRANSCRIPT

1

Pembangunan di Malaysia

Musbri MohamedDIL; ADIL ( ITM )Pursuing MBL ( UKM )

2

Apakah maksud apabila seorang individu itu berkata bahawa Malaysia sedang membangun dengan pesat atau sebaliknya ?

3

Pembangunan membawa implikasi kuantitatif dan kualitatif oleh kerana proses pembangunan melalui proses perubahan yang berterusan.

4

Melalui masa dan juga pembangunan maka kita lihat keadaan sekeliling kita berubah menjadi amat berbeza sejak puluhan, ratusan dan ribuan tahun yang lalu.

5

Penulis sendiri lahir awal tahun 60an dan kini hampir menjangkau usia 50 tahun.

6

Pelbagai perubahan pesat berlaku di antara tahun 1962 sehingga 2009 . Syukur dipanjatkan kepada Allah s.w.t yang telah memberi penulis ruang dan peluang untuk hidup sehingga kini di mana aspek kehidupan manusia begitu cepat membangun secara perbandingan dengan umat manusia selepas ujud era banjir besar di zaman Nabi Noh a.s.

7

Pembangunan ekonomi ialah perubahan-perubahan kuantitatif dan kualitatif kepada angkubah-angkubah ekonomi yang utama di peringkat makro atau agregat di peringkat mikro atau individu.

8

Di sudut kuantitatif kita melihat angkubah-angkubah keluaran negara kasar dan per kapita, produktiviti pekerja, pendapatan per kapita, paras tabungan dan pelaburan, jurang perbezaan pendapatan antara kelompok-kelompok masyarakat, jam bekerja dalam seminggu, bilangan katil hospital dan lain-lain.

9

Manakala itu di sudut kualitatif kita melihat samada pendapatan per kapita yang tinggi itu diperolehi dengan mengorbankan alam sekitar , keselesaan di tempat kerja, ketegangan antara kelompok-kelompok masyarakat , agihan pendapatan untuk masyarakat dan lain-lain.

10

Di antara matlamat pembangunan ekonomi ialah :-

1. Meningkatkan pendapatan per kapita penduduk.

2. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan yakni mengagihkan semula pendapatan.

3. Memperluaskan peluang pekerjaan.

4. Mengurangkan pergantungan kepada impot , memperluaskan peluang mengekspot untuk memperolehi tukaran asing.

5. Memperbaiki keadaan kesihatan rakyat untuk meningkatkan produktiviti.

6. Memperluaskan peluang pelajaran dan pendidikan termasuk siber.

7. Menjamin pertumbuhan ekonomi mampan.

11

12

13

top related