pembakuan bahasa

Post on 19-Mar-2016

69 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

PEMBAKUAN BAHASA. MINGGU 4. SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU. Sistem ejaan bahasa Melayu telah engalami pembakuan sejak beratus-ratus tahun jika mengambil kira tulisan Jawi sebagai tulisan tradisi bahasa Melayu. Sistem ejaan Rumi dirumuskan sistem - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

1

PEMBAKUAN BAHASA

MINGGU 4

2

SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU

Sistem ejaan bahasa Melayu telah engalami pembakuan sejak beratus-ratus tahun jika mengambil kira tulisan Jawi sebagai tulisantradisi bahasa Melayu.

Sistem ejaan Rumi dirumuskan sistem penulisannya sejak awal abad ke-20. R. J. Wilkinson (1904) telah berhasil menyusun Asas sistem ejaan Rumi bahasa Melayu.

3

Za’ba kemudiannya telah memperkemasnya sehingga menjadi satu sistem ejaan yang digunakan di sekolah selama 30 tahun. Pada tahun 1972, satu ejaan terhasil melalui kerjasama dengan Indonesia. Di Malaysia, sistem ejaan itu dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu manakala di Indonesia, dikenali sebagai Sistem Ejaan Yang Telah Disempurnakan.

4

SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU

• Sistem pengejaan baharu bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada dua sistem, iaitu Sistem Keselarasan Huruf Vokal (untuk pengejaan kata jati bahasa Melayu) dan Sistem Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal (untuk pengejaan kata pinjaman).

Sistem Keselarasan Huruf Vokal

• Keselarasan huruf vokal bererti keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara dua huruf

5

vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.

Prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku berasaskan syarat yang berikut:

1. Keselarasan antara dua huruf vokal pada kata dasar yang tidak melibatkan imbuhan.

2. Kata dasar hendaklah berakhirkan suku kata tertutup.3. Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku

kata, yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja.

6

Rajah Segitiga Vokal Melayu

a

e o

i e u

7

Pengertian Rajah

1. Garis penghubung menunjukkan vokal-vokal yang boleh dipasangkan dalam kata yang terdiri daripada dua suku kata. Dengan demikian, terbentuklah pola a-i, i-a, a-u, u-a, i-u, u-i, o- e taling , dan e taling – o ( 8 pola ).

2. Bulatan dan separuh bulatan menunjukkan masing-masing vokal yang boleh dipasangkan dengan vokal yang sama dengannya. Maka terbentuklah pola a – a, i – i, u – u, e taling – e taling, dan o – o ( 5 pola ).

3. Separuh bulatan juga menunjukkan bahawa vokal e taling dan o dilampaui oleh garis penghubung a – i atau i – a dan oleh garis a – u atau u – a. Pola yang wujud ialah e taling – a dan o – a ( 2 pola ).

8

4. Vokal e pepet diletakkan dalam segi empat dengan tiga anak panah mengarah ke vokal a, i, dan u. Pola yang wujud ialah e pepet – i, e pepet – u, dan e pepet – a ( 3 pola). Keadaan ini menunjukkan bahawa vokal e pepet hanya boleh hadir pada suku kata praakhir tetapi tidak boleh hadir pada suku kata akhir tertutup.

9

POLA KESELARASAN HURUF VOKAL

Bil. Suku Kata Suku Kata ContohPraakhir Akhir Tertutup

1 a a parah, asak2 a i alih, balik3 a u basuh, halus4 e pepet a telan, kelam5 e pepet i petik, betik6 e pepet u telus, keruh7 i a silang, bilah8 i i sirih, risik9 i u sibuk, tiruk10 u a usap, sukat11 u I pulih, surih12 u u tunduk, luhur

10

13. e taling a serat, dewan14. e taling e taling heret, leceh15. e taling o besok, elok16. o a borang, sorak17. o e taling boleh, korek18. o o borong, sorok

Daripada 18 pola keselarasan huruf vokal, ada 8 pola yang berubah daripada sistem ejaan Rumi lama (sebelum tahun 1972). Dasar tentang perubahan inimenetapkan huruf vokal I atau u yang terdapat pada suku kata akhir tertutupdigunakan sekiranya huruf vokal a, e pepet, i atau u terdapat suku kata pra-akhir.

Suku kata praakhir Suku kata akhir tertutup

Vokal a, e pepet, i atau u i, u

11

Ejaan Lama Ejaan Kini

Pola Ejaan Contoh Pola Ejaan Contoh

1 a – e taling aleh a – i alih2 a – o batok a – u batuk3 e pepet – e taling lebeh e pepet – i lebih4 e pepet – o tempoh e pepet – u tempuh5 i – e taling pileh i – i pilih6 i – o tidor i – u tidur7 u – e taling usek u – i usik8 u – o untong u – u untung

12

Tentang pola keselarasan vokal yang tidak berubah daripada sistem ejaan lama, dasar keselarasan huruf vokal menetapkan supaya digunakan huruf vokal e taling atau o pada suku kata akhir tertutup sekiranya digunakan vokal e taling atau o juga pada suku kata praakhir.

Suku Kata Praakhir Suku Kata Akhir Tertutup

Vokal e taling atau o vokal e taling atau o

13

Pola Ejaan Contoh

1. e taling – e taling leceh, gelek, selekeh

2. e taling - o tempoh, belok, selekoh

3. o – e taling boleh, ponteng, celoteh

4. o – o obor, corong, borong

14

POLA KEKECUALIAN KESELARASAN HURUF VOKAL

Bil. Pola Ejaan Contoh Kata Bahasa Contoh Kata BahasaNusantara Inggeris

1 a – e taling aneh, awet kabaret, jaket2 a – o barong, calon atom, kontraktor3 e pepet – e taling gembleng setem4 e pepet – o bendok, jempol gabenor, interkom5 i – e taling imlek tiket, kriket6 i – o ijon, pilon diftong, transistor7 u – e taling tulen, ulet subjek8 u – o buron, bunglon kupon, konduktor9 a – e pepet pakem teater, plaster10 e taling – i - hipotesis, objektif

15

11 e taling – u - petroleum, spektrum12 e pepet – e pepet demdem -13 i – e pepet iseng artikel, filem, dividen14 o – i - fosil, polis15 o – u - bonus, forum16 e taling – e pepet - meter17 o – e pepet - Oktober, broker

16

Ejaan Kata Serapan daripada Bahasa Inggeris dan Bahasa Eropah

Penyusunan ejaan bagi kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain yang ditulis dalam huruf Roman dilakukan dengan mengikut peraturan penyesuaian huruf, contohnya:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Contoh Penggunaan

a a abstrakae ae aerialai ai aileron, aisingau au audit, automatikb, bb b lobi, hobi

17

Bagi penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain yang ditulis dengan huruf Roman, yang dipentingkan Ialah bentuk ejaan dan bentuk visualnya.

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

carbon jadi karbon bukan kabancartoon kartun katunconductor konduktor kondakterdialogue dialog dailoginstitute institut institiutstructure struktur strakcer

18

Kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropahyang lain dikecualikan daripada peraturan sistem keselarasan hurufvokal menurut Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu.

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

atom tetap atom bukan atumbonus bonus bonos, bunusfossil fosil fosel, fusilpistol pistol pestol, pistul

19

Ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain diterima dan dikekalkan bentuk-nya dalam bahasa Melayu dengan beberapa penyesuaian.

Penulisan gugus konsonan di awal kata atau awal suku katadikekalkan. Sebagai contoh:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

bl block jadi bl - blokbr brake br- brekchl- chlorophyll kl- klorofilchr- chronology kr- kronologicl- clinic kl- klinikcr- credit kr- kredit

20

fr- franc jadi fr- francgl- glocose gl- glukosagr- gravity gr- gravitikn- knot kn- knotkr- krone kr- kronepl- plumbum pl- plumbumpr- practical pr- praktikalps- psychology ps- psikologipt- ptomaine pt- ptomainsc- scandal sk- skandalscr- script skr- skripsk- ski sk- skisn- snooker sn- snukersp- spectrum sp- spektrumsph- sphere sf- sfera

21

spr- spring jadi spr- springsq- squadron sk- skuadronst- stable st- stabilstr- structure str- strukturtr- tragedy tr- trageditz- tzar tz- tzar

22

Sebagai kekecualian kepada peraturan gugus konsonan, beberapa kata tertentu telah diterima mengikut sistem ejaan lama yang menggunakan huruf e pepet, sebagai contoh:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

class jadi kelas bukan klasclub kelab klab, klubglass gelas glasgrant geran granplan pelan planstamp setem stem

23

Penulisan huruf gugus konsonan pada akhir kata (atau pada akhirsuku kata) bagi kata yang diterima bentuk gugus konsonannya adalah seperti yang berikut:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

-lf golf jadi -lf golf-lt cobalt -lt kobalt-nce science -ns sains-nk bank -nk bank-ps forceps -ps forseps-rd standard -rd standard-rm chloroform -rm kloroform-rt consert --rt konsert

24

-x complex jadi -ks kompleks-xt text -ks teks

Huruf gugus konsonan di akhir kata dalam bahasa Inggeris yang disesuaikan dengan penambahan huruf vokal dalam bahasa Melayuadalah seperti yang berikut:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

-ct fact jadi -kta fakta-gm paradigm -gma paradigma-ism materialism -isme materialisme

25

Kata daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain yang sudah sebati atau telah lama terserap dalam bahasa Melayu dikekalkan ejaannya mengikut kaedah ejaan bahasa Melayu,contohnya:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

bureau jadi biro bukan bureaucustom kastam kustomdriver drebar driber, drivermodern moden modernpension pencen pensionstation stesen station, stasion,

stesyen

26

Semua huruf ‘g’ yang diucapkan ‘j’ dalam bahasa Inggeris tetap Diterima sebagai huruf ‘g’ juga dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

agenda tetap agenda bukan ajendagymnasium gimnasium jimnasiumtechnology teknologi teknolojitragedy tragedi trajedi

27

Huruf ‘g’ yang diucapkan ‘j’ mengikut sebutan dalam bahasa Inggeris, disesuaikan menjadi huruf ‘j’ dalam bahasa Melayu.Sebagai contoh:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

agent jadi ejen, agencollege kolejcontingent kontinjenengine enjin

28

Ejaan Kata Serapan daripada Bahasa Arab

Terdapat dua cara untuk mengeja kata setapan daripada bahasaArab dalam bahasa Melayu, iaitu:

• Kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap atau sebatidalam bahasa Melayu dieja dalam tulisan Rumi seperti mengeja kata jati bahasa Melayu, sebagai contoh:

sahabat darurat hakimizin kubur zatsabar zalim

29

• Istilah daripada bahasa Arab boleh ditulis menggunakan kaedahtransliterasi huruf Arab ke tulisan Rumi, sebagai contoh:

hadithkidhibisti’malqunutriya’

top related