panduan!urus!sendiri! untuk! pelan!pemulihan!hutang!! uru… · · 2015-11-11sebagai"...
Post on 30-Apr-2018
247 Views
Preview:
TRANSCRIPT
0
Panduan Urus Sendiri untuk
Pelan Pemulihan Hutang
1-‐800-‐88-‐2575/www.akpk.org.my
1
Pengenalan Sebagai sebahagian daripada usaha AKPK untuk menggalakkan peminjam mengawal sepenuhnya kewangan masing-‐masing, dokumen 'Panduan Urus Sendiri' (PUS) ini diterbitkan bertujuan untuk membantu peminjam berkomunikasi atau berunding secara terus dengan pihak pemiutang berhubung dengan cadangan pembayaran balik hutang mereka. PUS adalah panduan langkah-‐demi-‐langkah yang menyediakan dokumen-‐dokumen berikut untuk membantu peminjam dalam mengemukakan cadangan pembayaran balik kepada pemiutang: • Lampiran 1 -‐ Langkah Permulaan Cadangan Pembayaran Balik Hutang • Lampiran 2 -‐ Borang A: Bajet Bulanan • Lampiran 3 -‐ Borang B: Cadangan Pembayaran Balik Hutang: Pemiutang Pelbagai • Lampiran 4 -‐ Formula Pembayaran Pro-‐rata • Lampiran 5 -‐ Contoh Surat Cadangan Pembayaran Balik Hutang:
(a) Pemiutang Tunggal (b) Pemiutang Pelbagai (c) Penyelesaian Penuh dan Muktamad
• Lampiran 6 -‐ Senarai Nombor Telefon Pemiutang • Lampiran 7 -‐ Carta Aliran – Pelan Pemulihan Hutang Peminjam dinasihatkan untuk menggunakan dokumen PUS sebagai panduan apabila menyediakan cadangan pembayaran balik hutang mereka dan perlu menghubungi pemiutang mereka terlebih dahulu sebelum meminta bantuan daripada mana-‐mana pihak lain. Sebagai peminjam, sila pastikan bahawa anda: • menerima jawapan bertulis daripada pemiutang berkenaan mengenai cadangan pembayaran balik
hutang. • menyimpan semua surat-‐menyurat, rekod pembayaran dan dokumen lain yang berkaitan dengan
pinjaman. Pelan Pemulihan Hutang Pelan pemulihan hutang biasanya dimulakan oleh peminjam dan dinilai oleh pemiutang mereka. Jika anda menghadapi kesukaran untuk membayar ansuran bulanan pinjaman, anda boleh terus berunding dengan pihak pemiutang untuk penyusunan atau penjadualan semula pinjaman tersebut. Untuk tujuan ini, anda boleh mengemukakan cadangan pembayaran balik yang bersesuaian mengikut kemampuan anda untuk pertimbangan pihak pemiutang. Selepas menilai cadangan pembayaran balik hutang anda, pihak pemiutang boleh menerima atau menolak cadangan tersebut, atau berunding dengan anda untuk mendapatkan pembayaran balik yang lebih tinggi. Pemiutang mungkin tidak terus menerima atau menolak cadangan anda. Walau bagaimanapun, pemiutang menghargai keikhlasan anda membayar balik hutang dan sedia bekerjasama untuk menghasilkan pelan pemulihan hutang. Anda harus bersedia untuk mengubah gaya hidup kerana pelan seperti ini memerlukan kesungguhan, dedikasi dan keupayaan diri. Sila rujuk Lampiran 1 sebagai panduan bagi menyediakan cadangan pembayaran balik hutang anda.
2
Lampiran 1 Langkah Permulaan Cadangan Pembayaran Balik Hutang
Berkaitan: Y Tidak Berkaitan: T
Langkah-‐langkah
Kebolehgunaan Pemiutang Tunggal
Pemiutang Pelbagai
Penyelesaian Penuh & Akhir
1. Sediakan ‘Bajet Bulanan’ dengan menggunakan Borang A (Lampiran 2). Ambil kira juga perbelanjaan yang anda bayar pada setiap suku tahun, setengah tahun atau tahunan. Bersikap realistik dengan perbelanjaan bulanan anda supaya anda mempunyai lebihan pendapatan sebanyak yang mungkin untuk membayar balik hutang anda.
Y Y Y
2. Sediakan ‘Cadangan Pembayaran Hutang: Pemiutang Pelbagai’ dengan menggunakan Borang B (Lampiran 3) jika berkenaan. Kira pembayaran pro-‐rata kepada setiap pemiutang berdasarkan formula di Lampiran 4.
T Y Y Jika > 1
pemiutang
3. Sediakan surat cadangan pembayaran balik hutang anda: Lampiran 5(a): Pemiutang Tunggal Lampiran 5(b): Pemiutang Pelbagai Lampiran 5(c): Penyelesaian Penuh dan Muktamad
Y
Y
Y
4. Kemukakan surat cadangan anda kepada pemiutang bersama-‐sama dengan: Penyata Pendapatan Penyata KWSP Penyata Cukai Pendapatan Borang A Cek Pembayaran (jika boleh).
Y
Y
Y
Borang B
T
Y
Y
Jika > 1 pemiutang
5. Hubungi pihak pemiutang selepas memberi mereka masa untuk mengkaji dan menilai cadangan anda. Anda mungkin perlu membuat perundingan selanjutnya dengan pemiutang. Sila rujuk Lampiran 6 untuk ‘Senarai Nombor Telefon Pemiutang’.
Y Y Y
Nota: Contoh surat dan langkah-‐langkah yang ditunjukkan hanyalah sebagai panduan sahaja. Sila buat penyesuaian yang diperlukan bagi menggambarkan kedudukan kewangan sebenar anda. Sila rujuk carta aliran ‘Pelan Pemulihan Hutang’ seperti disediakan di Lampiran 7.
3
Lampiran 2 Borang A: Bajet Bulanan
Nama :
No. Kad Pengenalan : Bilangan Tanggungan :
Pendapatan Sendiri (RM)
Pasangan (RM)
Gabungan (Sendiri + Pasangan)
(RM) Gaji bersih selepas potongan berkanun (iaitu cukai, KWSP dan PERKESO)
Elaun / Komisen
Lain-‐lain Pendapatan
Jumlah Pendapatan (A)
Perbelanjaan
Sewa
Lain-‐lain pinjaman bukan bank
Barangan runcit
Pakaian
Perubatan /Insurans
Penjagaan anak
Utiliti
Pengangkutan
Lain-‐lain
Jumlah Perbelanjaan (B)
Lebihan pendapatan sebelum pembayaran pinjaman (A) – (B)
Nota: Jika tiada lebihan pendapatan selepas ditolak perbelanjaan, pertimbangkan untuk meningkatkan pendapatan atau mengurangkan perbelanjaan sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
4
Lampiran 3
Borang B: Cadangan Pembayaran Hutang – Pemiutang Pelbagai Cadangan Pembayaran Pro-‐rata
Nama: No. Kad Pengenalan:
SENARAI PEMIUTANG
No.
Nama Pemiutang
Jenis Pinjaman
No. Akaun
Baki Pinjaman (RM)
Cadangan Bayaran Pro-‐ Rata
(RM) 1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
Jumlah
5
Lampiran 4 Nota: Sila gunakan formula ini sebagai panduan mengisi Borang B
Formula Pembayaran Pro-‐rata Pembayaran pro-‐rata memastikan bahawa setiap pemiutang anda mendapat bahagian yang saksama daripada jumlah cadangan pembayaran balik. Sebagai contoh, jika anda berhutang sebanyak RM40,000 dengan 4 pemiutang: Bank A – RM15,000 Bank B – RM10,000 Bank C – RM 8,000 Bank D – RM 7,000 RM40,000 Berdasarkan lebihan pendapatan bulanan, anda mampu membayar hutang sebanyak RM500 setiap bulan (sebagai contoh). Langkah 1: Tuliskan pecahan jumlah terhutang kepada setiap bank di kolum ‘Baki Hutang’. Langkah 2: Buat pengiraan pro-‐rata (jumlah hutang kepada setiap bank ÷ jumlah hutang x
cadangan ansuran bulanan). Langkah 3: Jumlahkan kesemua bayaran kepada setiap pemiutang di kolum ‘Cadangan
Bayaran Bulanan’ dan jumlah itu akan menunjukkan sebanyak RM500 iaitu jumlah yang anda telah cadangkan.
Pemiutang Baki Hutang
(RM)
Pengiraan Pro-‐Rata
Cadangan Bayaran Bulanan (RM)
Bank A 15,000 15,000/40,000x500 188
Bank B 10,000 10,000/40,000x500 125
Bank C 8,000 8,000/40,000x500 100
Bank D 7,000 7,000/40,000x500 87
Jumlah 40,000 500
6
Lampiran 5(a) Contoh Surat – Pemiutang Tunggal
Nama dan alamat anda Tarikh
Nama dan alamat pemiutang Tuan/Puan,
Cadangan Untuk Meminda Pembayaran Balik Hutang Jenis Pinjaman:…………………………. Nombor Akaun:……………………………
Saya ingin memohon pertimbangan dan kelulusan pihak tuan/puan ke atas cadangan
saya untuk meminda pembayaran balik ansuran bulanan saya.
2. Sejak beberapa bulan/tahun yang lepas, keadaan saya telah berubah dan kini saya mengalami masalah kewangan kerana (sila nyatakan masalah anda dengan ringkas). Atas sebab ini, saya tidak dapat membuat bayaran ansuran bulanan seperti dikehendaki.
3. Berdasarkan dokumen 'Panduan Urus Sendiri' AKPK, saya telah merangka dan menyediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan bulanan saya seperti yang dilampirkan. Seperti yang tuan/puan dapat lihat, penyata itu jelas menunjukkan bahawa saya menghadapi kesukaran untuk memenuhi semua komitmen bulanan saya.
4. Walaupun saya tidak mampu membayar mengikut jumlah pembayaran seperti sebelum ini, saya bercadang untuk membayar jumlah ansuran yang lebih rendah dan mampu dibayar sebanyak (RMxxx) di mana pembayarannya akan dibuat secara tetap setiap bulan pada/sebelum (tarikh). Di samping itu saya berharap agar pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan untuk mengurangkan atau menghentikan caj kewangan yang berterusan ke atas akaun pinjaman tersebut.
5. Saya juga berharap pihak tuan/puan melihat cadangan ini sebagai sesuatu yang munasabah dan dapat menerima bayaran bulanan yang dicadangkan berdasarkan keadaan semasa saya. Saya amat berbesar hati jika pihak tuan/puan dapat mengesahkan persetujuan terhadap cadangan ini secara bertulis pada kadar yang segera. Selepas itu, saya akan membuat pembayaran mengikut jumlah yang telah dipersetujui.
Terima kasih di atas perhatian tuan/puan dalam perkara ini.
Yang ikhlas,
7
Lampiran 5 (b) Contoh Surat – Pemiutang Pelbagai
Nama dan alamat anda
Tarikh
Nama dan alamat pemiutang Tuan/Puan,
Cadangan Untuk Meminda Pembayaran Balik Hutang Jenis Pinjaman:………………………. Nombor Akaun:……………………………
Saya ingin memohon pertimbangan dan kelulusan pihak tuan/puan ke atas cadangan
saya untuk meminda pembayaran balik ansuran bulanan saya.
2. Sejak beberapa bulan/tahun yang lepas, keadaan saya telah berubah dan kini saya mengalami masalah kewangan kerana (sila nyatakan masalah dengan ringkas). Atas sebab ini, saya tidak dapat membuat bayaran ansuran bulanan seperti yang dikehendaki kepada semua pemiutang saya. 3. Berdasarkan dokumen 'Panduan Urus Sendiri' AKPK, saya telah merangka dan menyediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan bulanan saya seperti yang dilampirkan. Seperti yang tuan/puan dapat lihat, penyata itu jelas menunjukkan bahawa saya menghadapi kesukaran untuk memenuhi semua komitmen bulanan saya. 4. Walaupun saya tidak mampu membayar mengikut jumlah pembayaran seperti sebelum ini kepada semua pemiutang saya, saya bercadang untuk membayar jumlah ansuran yang lebih rendah dan mampu dibayar sebanyak (RMxxx) (pada kadar pembayaran pro-‐rata seperti yang dilampirkan) di mana pembayarannya akan dibuat secara tetap setiap bulan pada/sebelum (tarikh). Di samping itu saya berharap agar pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan untuk mengurangkan atau menghentikan caj kewangan yang berterusan ke atas akaun pinjaman tersebut. 5. Saya juga berharap pihak tuan/puan melihat cadangan ini sebagai sesuatu yang munasabah dan dapat menerima bayaran bulanan yang dicadangkan berdasarkan keadaan semasa saya. Saya amat berbesar hati jika pihak tuan/puan dapat mengesahkan persetujuan terhadap cadangan ini secara bertulis pada kadar yang segera. Selepas itu, saya akan membuat pembayaran mengikut jumlah yang telah dipersetujui.
Terima kasih di atas perhatian tuan/puan dalam perkara ini.
Yang ikhlas,
8
Lampiran 5 (c) Contoh Surat – Penyelesaian Penuh dan Muktamad
Nama dan alamat anda
Tarikh
Nama dan alamat pemiutang
Tuan/Puan,
Cadangan untuk Penyelesaian Penuh dan Muktamad Jenis Pinjaman:………………………… Nombor Akaun:……………………………
Saya ingin memohon pertimbangan dan kelulusan pihak tuan/puan ke atas cadangan
saya untuk membuat penyelesaian penuh dan muktamad bagi hutang saya.
2. Sejak beberapa bulan/tahun yang lepas, keadaan saya telah berubah dan kini saya mengalami masalah kewangan kerana (sila nyatakan masalah anda dengan ringkas). Atas sebab ini, saya tidak dapat membuat bayaran ansuran bulanan seperti yang dikehendaki kepada semua pemiutang saya. 3. Berdasarkan dokumen 'Panduan Urus Sendiri' AKPK, saya telah merangka dan menyediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan bulanan saya seperti yang dilampirkan. Seperti yang tuan/puan dapat lihat, penyata itu jelas menunjukkan bahawa saya menghadapi kesukaran untuk memenuhi semua komitmen bulanan saya. 4. Walaupun saya tidak mampu membayar hutang saya dengan sepenuhnya, saya dapat mengumpul dana dari saudara-‐mara dan rakan-‐rakan bagi menyelesaikan hutang saya. Oleh itu, saya ingin menawarkan (RMxxx) kepada pihak tuan/puan sebagai penyelesaian penuh dan muktamad bagi akaun di atas. Tawaran ini dibuat berdasarkan pemahaman bahawa sebaik sahaja mendapat persetujuan dari pihak tuan/puan, pihak tuan/puan akan mengambil kira bahawa hutang tersebut telah habis dibayar. Oleh itu, pihak tuan/puan akan melepaskan saya dari apa-‐apa liabiliti di masa hadapan dan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada agensi rujukan kredit yang berkaitan bahawa akaun ini telah dilangsaikan sepenuhnya.
5. Saya juga berharap pihak tuan/puan melihat cadangan ini sebagai sesuatu yang munasabah dan dapat menerima penyelesaian penuh dan muktamad yang telah dicadangkan berdasarkan keadaan semasa saya. Saya amat berbesar hati jika pihak tuan/puan dapat mengesahkan persetujuan terhadap cadangan ini secara bertulis pada kadar yang segera. Selepas itu, saya akan membuat bayaran penyelesaian seperti yang telah dipersetujui.
Terima kasih di atas perhatian tuan/puan dalam perkara ini.
Yang ikhlas,
9
Lampiran 6 Senarai Nombor Telefon Pemiutang
(Setakat 31 Mei 2013: Nombor mungkin berubah dari masa ke masa)
1. Affin Bank Bhd : 1-‐800-‐88-‐3883 2. Alliance Bank Malaysia Bhd : 03-‐26948800 3. AmBank (M) Bhd : 1-‐300-‐80-‐8888 4. Bangkok Bank Bhd : 03-‐21737200* 5. Bank of America Malaysia Bhd : 03-‐20321133* 6. Bank of China (M) Bhd : 03-‐21626633* 7. Bank of Tokyo-‐Mitsubishi UFJ (M) Bhd : 03-‐20348000* 8. CIMB Bank Bhd : 1-‐300-‐88-‐0900 9. Citibank Bhd : 03-‐23830000 10. Deutsche Bank (Malaysia) Bhd : 03-‐20536788* 11. Eon Bank Bhd : 03-‐26161133 12. Hong Leong Bank Bhd : 03-‐76268899 13. HSBC Bank (M) Berhad : 1-‐300-‐88-‐0181 14. JP Morgan Chase Bank Bhd : 03-‐22704111* 15. Malayan Banking Berhad : 1-‐300-‐88-‐6688 16. OCBC Bank (M) Berhad : 1-‐300-‐88-‐5000 17. Public Bank Bhd : 1-‐800-‐22-‐5555 18. RHB Bank Bhd : 03-‐92068118 19. Standard Chartered Bank Malaysia Bhd : 1-‐300-‐88-‐8888 20. The Bank of Nova Scotia Bhd : 03-‐21410766* 21. The Royal Bank of Scotland Bhd : 03-‐21609888* 22. United Overseas Bank (Malaysia) Bhd : 03-‐26128121 23. Sumitomo Mitsui Banking Corporation (M) Bhd : 03-‐21681500* 24. Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) : 1-‐300-‐88-‐2476 25. AEON Credit Service (M) Bhd : 03-‐27199999 26. Al Rajhi Banking & Investment Corporation (M) Bhd : 1-‐300-‐82-‐6000 27. Bank Islam Malaysia Berhad : 03-‐26900900 28. Bank Muamalat Malaysia Berhad : 1-‐300-‐88-‐8787 29. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad : 1-‐300-‐88-‐12265 30. MBF Cards (M) Sdn Bhd : 03-‐21677600 31. Diners Club (M) Sdn Bhd : 03-‐21611055 32. Kuwait Finance House (M) Bhd : 1-‐800-‐88-‐8534 33. Asian Finance Bank Berhad : 03-‐20791000* 34. Bank Simpanan Nasional : 1-‐300-‐88-‐1900
*Talian Am
10
Lampiran 7 Carta Aliran Pelan Pemulihan Hutang
1. ANALISA KEDUDUKAN KEWANGAN ANDA
2. SENARAIKAN BAKI JUMLAH HUTANG
3. KIRA BAJET PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BULANAN ANDA
4. TULIS SURAT CADANGAN KEPADA PEMIUTANG ANDA
5. SURAT JAWAPAN DARI PEMIUTANG ANDA
6. TERUSKAN DENGAN PERJANJIAN DAN PEMBAYARAN BARU
7. DAPATKAN BANTUAN AKPK (1800-‐88-‐2575/www.akpk.org.my)
PERUNDINGAN
DITERIMA DITOLAK
top related