pada suatu hari

Post on 11-Jan-2016

257 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

ஹ்

TRANSCRIPT

Peta Cerita Mengenai Kepekaan Deria

Ahli kumpulan: E. Angel, N.Chitra, Choo, M.Parames

ISL : M3

Pada suatu hari, seekor anak bangau bersiar-siar di tepi sawah.

Anak bangau melihat bayangnya di dalam air. Anak bangau terkejut

melihat bayang dirinya. “ Wah, rupa-rupanya leherku ini sangat panjang!

Kakiku juga sangat panjang,” kata anak bangau dalam hatinya.

Anak bangau berasa sangat sedih. Anak bangau berasa dirinya

sangat hodoh dan berasa malu kerana lehernya panjang dan kakinya juga

panjang. “ Ibu mengapakah rupa saya sangat hodoh? Anak bangau

bertanya kepada ibunya. Ibunya terkejutnya mendengar kata-kata itu.

Ibu bangau lalu berkata kepada anaknya, “ Wahai anakku, tidak

baik berkata begitu! Janganlah menyangka dirimu sangat hodoh. Rupamu

sangat cantik.” Tetapi anak bangau tetap tidak percaya pada kata-kata

ibunya. Lama-kelamaan, besarlah anak bangau. Dengan kaki panjangnya,

anak bangau mudah mengharung air dan lumpur di dalam sawah.

Dengan leher panjangnya, anak bangau mudah menangkap ikan.

“Benarlah kata ibuku. Aku seekor bangau yang cantik. Dengan kaki

panjang dan leher panjangku, aku mudah mencari makanan,” kata

anak bangau dalam hatinya. Pada suatu hari, anak bangau berehat di tepi

kolam. Anak bangau dapat melihat dan merasa kulitnya yang lembut dan

licin, bulunya putih, bersih dan cantik. Aku memang seekor bangau yang

cantik,” katanya dalam hati dengan perasaan sangat gembira.

ANAK BANGAU MENYANGKA DIRINYA HODOH

top related