nurishah binti lokman - faculty of education | …€¦ · isi kandungan vii senarai jadual xii ......
Post on 17-Sep-2018
250 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP MAKANAN HALAL
MENURUT ISLAM
NURISHAH BINTI LOKMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KONSEP MAKANAN HALAL
MENURUT ISLAM
NURISHAH BINTI LOKMAN
Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
( Pengajian Islam )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Maha Suci Allah dan segala pujian hanya untukNya, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih,
serta selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Nabi Muhammad s.a.w
Kajian ini didedikasikan khas buat insan-insan yang banyak membantu,
memberi semangat dan dorongan yang tidak terhingga…
Ayahanda & Bonda tercinta... Lokman Bin Dang & Siti Zaleha Bt Kosni
Terima kasih yang tidak terhingga dari anakmu, Pengorbanan, dorongan dan sokonganmu
Tidak akan kulupakan Menjadi kekuatan dan semangatku menuju puncak kejayaan.
Buat adinda-adindakku yang dikasihi.. Noraini Bt Lokman & Mohd Ewan Nazir B Lokman
Doa dan harapanku agar kalian beroleh kecemerlangan.
Buat Pensyarah-pensyarah PPIPS & Fakulti Pendidikan yang disanjungi Terima kasih atas bimbingan dan didikan Redhakanlah segala ilmu yang dicurahkan
Nasihat dan teguran akan aku jadikan pedoman buat bekalan di masa hadapan..
Ya Allah..Kurniakan kesejahteraan dan kebajikan buat para pendidikku.
Buat sahabat-sahabat seperjuangan Ucapan terima kasih yang tidak terhingga...
Atas jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar kalian Segala suka duka kita bersama
Pahit manis kita lalui Tak mungkin kulupakan Dan moga Rahmat Ilahi
Sentiasa mengiringi kehidupan kita
iv
PENGHARGAAN
بسم اهللا الرمحن الرحيم
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dari-
Nya dapat penyelidik menyiapkan Projek Sarjana Muda dengan jayanya. Setelah
bertungkus-lumus mencari, meneliti dan berbincang akhirnya inilah hasil yang dapat
dipersembahkan. Segala usaha yang telah penyelidik curahkan dan Insya-Allah semoga
akan mendapat keredhaan dari Ilahi. Penyelidik hanya berusaha, merancang, dan berdoa
agar perancangan dan harapan penyelidik selari dengan perancangan Allah Ta’ala serta
diberi ganjaran keredhaan dariNya.
Setinggi-tinggi penghargaan penyelidik hulurkan buat Ustaz Mohd Nasir Bin
Ripin selaku penyelia projek yang telah banyak membimbing, mendorong dan sentiasa
memberi tunjuk ajar serta nasihat sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda.
Tidak lupa juga kepada kedua-dua penilai projek ini iaitu Dr. Sulaiman Bin Kadikon dan
Dr. Abd Rahman Bin Hamzah.
Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Islam
dan Pembangunan Sosial (PPIPS), Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia,
pelajar tahun 4 fakulti pendidikan. Tidak ketinggalan buat ahli keluarga serta sahabat-
sahabat seperjuangan yang memahami dan telah banyak menolong penyelidik sama ada
secara langsung ataupun tidak langsung. Segala jasa-jasa yang telah dicurahkan Allah
jua yang membalasnya.
v
ABSTRAK
Kajian ini dilakukan bagi mengetahui persepsi pelajar Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia terhadap konsep makanan halal menurut Islam. Populasi
kajian ini adalah seramai 418 orang pelajar dari 13 kursus yang berlainan. Pemilihan
sampel secara rawak mudah telah dilakukan dan seramai 125 orang pelajar telah dipilih
sebagai responden. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan soal
selidik yang mengandungi 30 item sebagai instrumen kajian. Analisis statistik deskriptif
telah digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min. Data dianalisis
menggunakan perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS) versi 14.0. Nilai
kebolehpercayaan soal selidik ini ialah α = 0.892. Dapatan kajian mendapati purata min
untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap konsep makanan halal menurut Islam
ialah 4.31. Seterusnya nilai min bagi tahap kefahaman pelajar fakulti pendidikan
terhadap konsep makanan halal menurut Islam ialah 4.30. Manakala, min bagi bagi
kepekaan pelajar terhadap kepentingan pengambilan makanan halal ialah 4.41. Diakhir
kajian, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak-pihak tertentu.
vi
ABSTRACT
This research was carried out to assess the perception of students of Faculty of
Education, University Technology Malaysia towards concept of Halal food in Islamic
perspective. The population of the study are 418 students from 13 different courses. The
sampling was done randomly and 125 students were selected as respondents. The study
was following the quantitative method using questionnaire which consists of 30 items as
instrument. The descriptive statistical analyses were used to obtain frequencies rate,
percentage and mean. The data were analyzed using the statistical package of social
sciences (SPSS) software version 14.0. The reliability value of this questionnaire was
α = 0.892. The mean average to identify the perception of students towards concept of
Halal food in Islamic perspective had shown 4.31. Besides, the mean average to examine
the understanding of students towards concept of Halal food in Islamic perspective was
4.30. The aspect of their alert in consuming Halal food showing the average mean of
4.41. Finally, some suggestions were also put forward by the researcher to the
authorities concerned.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI AYAT AL-QURAN xiv
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI SIMBOL xviii
SENARAI LAMPIRAN xix
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
viii
1.3 Penyataan Masalah 10
1.4 Objektif Kajian 11
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian 12
1.7 Skop Kajian 13
1.8 Batasan Kajian 13
1.9 Definisi Istilah 14
1.9.1 Persepsi 14
1.9.2 Pelajar 15
1.9.3 Konsep 15
1.9.4 Makanan 15
1.9.5 Halal 15
1.9.6 Islam 16
1.10 Kesimpulan 17
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 18
2.1 Pengenalan 18
2.2 Konsep Makanan Halal 19
2.3 Sumber Penentuan Hukum Makanan Halal 22
2.3.1 Al-Quran 23
2.3.2 As-Sunnah 23
2.4 Prinsip Makanan Halal 25
2.4.1 Sesuatu Makanan Itu Dianggap Halal
Kerana Zat Benda Itu Sendiri
25
2.4.2 Sesuatu Makanan Itu Dianggap Halal
Dengan Memperolehi Makanan Tersebut
Dengan Cara yang Betul
26
2.4.2.1 Terdapat Logo Halal 26
2.4.2.2 Mempunyai Ilmu Pengetahuan 26
ix
2.4.2.3 Tiada Unsur Syubhah 27
2.5 Ciri Makanan Halal Yang Dianjurkan Oleh Islam 27
2.5.1 Halalan Tayyiban 28
2.5.2 Pengambilan Makanan Seimbang 30
2.6 Kepentingan Pengambilan Makanan Halal Dalam
Kehidupan Manusia
33
2.6.1 Merupakan Perintah Allah 33
2.6.2 Menjamin Kesihatan Tubuh Badan 34
2.6.3 Terhindar Daripada Penyakit Yang
Memudaratkan
35
2.6.4 Menjamin Kesejahteraan Hidup
Seseorang Di Dunia Dan Di Akhirat
36
2.6.5 Ibadah Dan Doa Diterima 37
2.7 Kajian Lepas 38
2.8 Kesimpulan 40
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 41
3.1 Pengenalan 41
3.2 Rekabentuk Kajian 41
3.3 Lokasi Kajian 42
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 42
3.5 Instrumen Kajian 43
3.5.1 Pengumpulan Data Primer 44
3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 45
3.6 Tatacara Kajian 45
3.7 Kajian Rintis 47
3.8 Analisis Kajian 47
3.9 Kesimpulan 48
x
BAB 4 ANALISIS DATA 49
4.1 Pengenalan 49
4.2 Bahagian A: Analisis Data Latar Belakang
Responden
49
4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut
Jantina
50
4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut
Umur
50
4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut
Kursus
51
4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut
Sekolah Terdahulu
51
4.2.5 Latar Belakang Responden Mengikut
Tahap Pendidikan Tertinggi
52
4.3 Analisis Data Bahagian B 52
4.4 Analisis Data Bahagian C 58
4.5 Analisis Data Bahagian D 63
4.6 Analisis Dapatan Keseluruhan 68
4.7 Kesimpulan 74
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
75
5.1 Pengenalan 75
5.2 Perbincangan 75
5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 76
5.2.2 Persepsi Pelajar Terhadap Konsep
Makanan Halal Menurut Islam
77
xi
5.2.3 Kefahaman Pelajar Terhadap Konsep
Makanan Halal Menurut Islam
80
5.2.4 Kepekaan Pelajar Terhadap Kepentingan
Pengambilan Makanan Halal
82
5.3 Rumusan 84
5.3.1 Rumusan Apakah Persepsi Pelajar Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Terhadap Konsep Makanan Halal
85
5.3.2 Rumusan Sejauhmanakah Kefahaman
Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia Terhadap Konsep
Makanan Halal
85
5.3.3 Rumusan Sejauhmanakah Kepekaan
Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia Terhadap Kepentingan
Pengambilan Makanan Halal
85
5.4 Cadangan 86
5.4.1 Ibu Bapa 86
5.4.2 Masyarakat/ Pengguna 87
5.4.3 Pengusaha/ Peniaga Tempatan 88
5.4.4 JAKIM 88
5.4.5 Kementerian Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna
89
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 89
5.6 Penutup 90
BIBLIOGRAFI 91
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Kandungan Sebenar Makanan Segera 31
3.1 Jumlah Populasi Mengikut Kursus 43
3.2 Jadual Penentu Soal Selidik 49
3.3 Pengkelasan Skala Likert 45
3.4 Pembahagian 5 Point Skala Likert 48
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 50
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 50
4.3 Taburan Responden Mengikut Kursus 51
4.4 Taburan Responden Mengikut Sekolah Terdahulu 51
4.5 Taburan Responden Mengikut Kelayakan 52
4.6 Taburan Skor Min Bagi Item Satu 53
4.7 Taburan Skor Min Bagi Item Dua 54
4.8 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga 54
4.9 Taburan Skor Min Bagi Item Empat 55
4.10 Taburan Skor Min Bagi Item Lima 55
4.11 Taburan Skor Min Bagi Item Enam 56
4.12 Taburan Skor Min Bagi Item Tujuh 56
4.13 Taburan Skor Min Bagi Item Lapan 56
4.14 Taburan Skor Min Bagi Item Sembilan 57
4.15 Taburan Skor Min Bagi Item Sepuluh 57
xiii
4.16 Taburan Skor Min Bagi Item Sebelas 58
4.17 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Belas 58
4.18 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Belas 59
4.19 Taburan Skor Min Bagi Item Empat Belas 59
4.20 Taburan Skor Min Bagi Item Lima Belas 60
4.21 Taburan Skor Min Bagi Item Enam Belas 60
4.22 Taburan Skor Min Bagi Item Tujuh Belas 61
4.23 Taburan Skor Min Bagi Item Lapan Belas 61
4.24 Taburan Skor Min Bagi Item Sembilan Belas 62
4.25 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh 62
4.26 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Satu 63
4.27 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Dua 63
4.28 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Tiga 64
4.29 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Empat 64
4.30 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Lima 65
4.31 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Enam 65
4.32 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Tujuh 66
4.33 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Lapan 66
4.34 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh
Sembilan
67
4.35 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh 67
4.36 Rumusan Dapatan Kajian Terhadap Persepsi
Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia Terhadap Konsep Makanan Halal
68
4.37 Rumusan Dapatan Kajian Terhadap Kefahaman
Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia Terhadap Konsep Makanan Halal
70
4.38 Rumusan Dapatan Kajian Terhadap Kepekaan
Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia Terhadap Kepentingan Pengambilan
Makanan Halal
72
xiv
SENARAI AYAT AL-QURAN
NAMA SURAH NO AYAT HALAMAN
Surah al-An‛am 38 1
Surah al-Mu’minun 51 2
Surah al-A’raf 31 3
Surah al-Baqarah 29 21
Surah at-Taubah 31 22
Surah al-Baqarah 168 23
Surah al-Baqarah 172 28
Surah al-Maidah 4 29
Surah al-Baqarah 233 30
Surah an-Nahl 114 33
Surah an-Nisa’ 10 34
Surah an-Nahl 115 35
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
5.1 Analisis Data Bagi Keseluruhan
Persoalan Kajian Berdasarkan Min
86
xvi
SENARAI SINGKATAN
AS Amerika Syarikat
BAHIES Bahagian Hal Ehwal Islam
Bhg Bahagian
Bil Bilangan
CAKE Consumers Association of Kedah (Persatuan Pengguna Kedah)
CAP Consumers Association of Penang (Persatuan Pengguna Pulau Pinang)
FP Fakulti Pendidikan
JAIM Jabatan Agama Islam Melaka
JAIN Jabatan Agama Islam Negeri
JAKIM Jabatan Agama Islam Malaysia
JHEAINS Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah
KPDEHN Kementerian Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
KS Kurang Setuju
Macma Malaysian Chinese Muslim Association (Persatuan Cina Muslim
Malaysia)
MSG Monosodium Glumate
No Nombor
Pend Pendidikan
PPIPS Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
PWTC Putra World Trade Centre (Pusat Dagangan Dunia Putra)
R&D Research & Development (Penyelidikan Dan Pembangunan)
r.a Radhiyallahu anhu
xvii
S Setuju
s.a.w sallallahu alaihi wasallam
SBP Sekolah Berasrama Penuh
SM Sarjana Muda
SMA Sekolah Menengah Agama
SMK Sekolah Menengah Kebangsaan
SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
SMT Sekolah Menengah Teknik/Vokasional
SPA Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan Awam
SPC Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Kimia
SPE Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Kejuruteraan Elektrik
SPF Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik
SPH Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Kemahiran Hidup
SPJ Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Kejuruteraan Jentera
SPK Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan Kimia
SPL Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Bahasa Inggeris
SPM Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Matematik
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
SPN Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Sains
SPP Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan Fizik
SPS Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Sains Sukan
SPSS Statistical Package of Social Science
SPT Sarjana Muda Sains dan Komputer serta PendidikanMatematik
SS Sangat Setuju
STS Sangat Tidak Setuju
SWT Subhanahu Wa Ta’ala
TS Tidak Setuju
UKM Universiti Kebangsaan Malaysia
UTM Universiti Teknologi Malaysia
WFP World Food Program
xix
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Surat Pengesahan Menjalankan Kajian (PPIPS)
C Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan Maklumat (FP)
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Islam adalah Ad-Din iaitu sebuah ajaran hidup ciptaan Allah SWT.
Dianugerahkan kepada manusia melalui utusanNya yang terakhir iaitu Nabi Muhammad
s.a.w. Dengan terutusnya Muhammad s.a.w yang membawa suara wahyu tersebut maka
terjadilah satu revolusi kehidupan di dunia ini. Ia adalah suatu konsep mengenai hidup
dan kehidupan secara keseluruhan (syumul). Kesempurnaan dan keseluruhan syariat ini
meliputi segenap lapangan hidup manusia dan setiap aspek kegiatannya. Hal ini
dibuktikan dengan firman Allah SWT:
4 $̈Β $uΖ ôÛ § sù ’ Îû É=≈ tGÅ3 ø9 $# ⎯ ÏΒ &™ó© x« 4 ¢Ο èO 4’ n<Î) öΝ Íκ Íh5 u‘ šχρç |³ øt ä† ∩⊂∇∪
Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam Kitab Al-Quran ini;
kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka
(untuk dihisab dan menerima balasan). (Surah al-An’am 6: 38)
2
Berdasarkan ayat di atas, jelas menunjukkan tidak ada satu aspek pun dari hidup
manusia ini, melainkan Islam telah menetapkan ketentuan dan ketetapannya. Islam
memberi pimpinan, arahan, peraturan dan garis panduan dalam menjalani kehidupan
sebagai seorang Muslim.
Atas sebab itu, manusia khususnya umat Islam dituntut untuk menjunjung segala
perintah Allah SWT sama ada berupa suruhan atau larangan. Antaranya perintah
memakan makanan halal lagi baik. Allah telah berfirman:
$pκ š‰ r'̄≈ tƒ ã≅ ß™ ”9 $# (#θè=ä. z⎯ ÏΒ ÏM≈ t6 Íh‹ ©Ü9 $# (#θè=uΗ ùå $# uρ $·sÎ=≈ |¹ (
Wahai Rasul-rasul, makanlah olehmu makanan yang baik-baik (halal)
dan kerjakanlah amal soleh. (Surah al-Mu’minun 23: 51)
Dalam ayat ini, Allah SWT telah memerintahkan kepada rasul supaya memakan
makanan yang baik-baik (halal) yang merupakan perkara utama dan (Dia)
memerintahkan berbuat amal soleh.
Hal ini jelas menunujukkan persoalan makanan adalah sangat dititik beratkan
dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba yang bertaqwa. Walaupun Allah
SWT telah menyediakan pelbagai makanan di dunia ini, tetapi tidak semua yang sedia
ada tersebut boleh dimakan. Demi kebaikan manusia, Allah SWT memberikan batasan
tentang halal dan haram seperti yang dijelaskan di dalam al-Quran. Halal adalah segala
sesuatu yang boleh dikerjakan menurut ajaran agama. Lawannya adalah haram, iaitu
sesuatu yang dilarang untuk dikerjakan.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Makanan merupakan keperluan asasi yang perlu dipenuhi oleh setiap makhluk
yang hidup. Ia merupakan satu keperluan yang tidak dapat diabaikan dalam kehidupan
kerana proses tumbesaran dan kekuatan tubuh bergantung kepada pengambilan makanan
yang diambil. Setiap benda hidup termasuk tumbuh-tumbuhan akan mengalami proses
tersebut. Jadi, hasil daripada makanan dan minumanlah yang membentuk kepada
berlakunya proses pertumbuhan dan tumbesaran dari semasa ke semasa.
Menurut Syed Ali Tawfik Al-Attas, Pengarah Institut Kemajuan Islam Malaysia
berkata, manusia yang normal biasanya akan mengambil sebanyak tiga kali hidangan
sehari. Secara puratanya, dalam jangka masa hayat seseorang manusia akan mengambil
sebanyak 70,000 hidangan yang mana bersamaan dengan 60 tan berat makanan (Syaikh
Mohd Saifudeen et al., 2006).
Hal ini menunjukkan betapa pentingnya makanan dalam kehidupan. Jadi
manusia yang mempunyai akal dan fikiran sudah tentu dapat memilih jenis-jenis
makanan sesuai dengan tabiat dan kehendak mereka. Allah SWT telah berfirman:
(#θè=à2 uρ (#θç/ u õ° $# uρ Ÿωuρ (# þθèùÎ ô£ è@ 4 … çµ ¯ΡÎ) Ÿω = Ït ä† t⎦⎫ ÏùÎ ô£ ßϑø9 $# ∩⊂⊇∪
Makanlah dan minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau,
sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orangnya melampaui batas.
(Surah al-A’raf 7: 31)
Berdasarkan ayat di atas, manusia dituntut untuk makan dan minum tanpa
melebihi batas yang dihadkan. Justeru, makanlah sekadarnya, sebagaimana anjuran
Rasulullah, iaitu ‘makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.’ Apa yang
tersirat di sebalik nasihat baginda itu ialah bersederhana, iaitu apabila seseorang itu
4
makan dalam keadaan yang terlalu lapar, sudah tentu dia akan makan dalam keadaan
lahap dan melampau sehingga membawa kemudaratan kepada dirinya. Sementara
‘berhenti sebelum kenyang’ pula membawa hikmah besar, iaitu jika seseorang makan
dalam keadaan gelojoh dan lahap, pasti ia sukar berhenti. Ini kerana seleranya tidak
dapat dikawal lagi.
Hakikatnya, Allah begitu murka kepada hamba-Nya yang suka melampau
batasan, termasuk dalam soal pemilihan, adab dan cara makan. Mereka yang melampau
batas akan dibalas Allah dengan pelbagai jenis penyakit, sama ada ia menimpa individu
tertentu atau menyerang manusia secara keseluruhan.
Namun kadangkala soal pemakanan ini dianggap sebagai perkara biasa atau
remeh tetapi bukanlah begitu pada hakikatnya kerana Islam mempunyai batasan yang
meletakkan nilai dan peraturannya yang tersendiri. Justeru sebagai manusia yang
bertaqwa tidak boleh mengikut kemahuan hawa nafsu sahaja tanpa menghiraukan
penetapan yang telah digariskan oleh al-Quran dan al-Hadis.
Sehubungan itu, menurut Dr Tee E Siong, Presiden Pemakanan Malaysia
menyatakan bahawa pemakanan sihat haruslah memenuhi keperluan pemakanan harian
seimbang, dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang
boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan. Ia
meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan
dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Hal ini boleh dicapai dengan
mengingati tiga perkara iaitu keseimbangan, kepelbagaian dan kesederhanaan
(http://www.nutriweb.org.my/downloads/dietary_bm.pdf).
5
Sekian lama sejarah kewujudan manusia di muka bumi memperlihatkan masalah
pemakanan banyak wujud dari segi kekurangan bekalan makanan dan masalah nutrisi
akibat kesukaran mendapat komponen makanan secukupnya iaitu karbohidrat, vitamin,
protien dan lemak. Contohnya apa yang berlaku di negara-negara termiskin seperti
Somalia mengenai masalah kebuluran akibat kekurangan bekalan makanan
menyebabkan peningkatan kadar kematian dan timbulnya pelbagai penyakit terutamanya
di kalangan kanak-kanak.
Akhbar Financial Times 25 Mac 2008 melaporkan, bantuan kewangan
diperlukan segera bagi mengelakkan berlakunya lebih ramai kebuluran. Rayuan ini
berlaku berikutan harga barang makanan semakin melonjak di seluruh dunia disebabkan
pertumbuhan penduduk, permintaan tinggi daripada negara membangun, penggunaan
sumber makanan tertentu dalam pengeluaran bahan bakar bio untuk memerangi
pemanasan global serta banjir dan kemarau yang semakin kerap berlaku disebabkan
perubahan iklim. Menurut Financial Times lagi, jurang pembiayaan Program Makanan
Sedunia (WFP) kini antara AS$600 juta (RM1.92 bilion) hingga AS$700 juta (RM2.24
bilion). WFP menyalurkan bantuan makanan kepada hampir 88 juta penduduk di 78
negara pada 2006 (Utusan Malaysia, 25 Mac 2008).
Jika dilihat realiti yang berlaku di negara Malaysia hari ini pula, bukan masalah
kebuluran yang berlaku tetapi masalah lambakan makanan yang menyebabkan
kewujudan pelbagai penyakit antaranya masalah kegemukan (obesiti) dan kemunculan
penyakit-penyakit kronik seperti kanser, sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Hal ini berlaku kerana ramai kalangan kita yang suka memilih makanan mengikut
kegemaran, keinginan dan selera masing-masing. Ada yang hanya melihat kelazatan
dan khasiat yang diperoleh tanpa meneliti sejauhmana ia sesuai untuk dimakan, terutama
dari segi kebersihan dan kehalalannya menurut syariat agama.
6
Sekiranya kita telusuri perkara yang berkaitan dengan makanan dan barangan
halal dan haram, banyak isu yang telah timbul di negara ini. Pada 1 Februari 2008,
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merujuk kepada penutupan sebuah kilang di
Kepala Batas yang menghasilkan produk berasaskan makanan laut. Pihak berkuasa
Jabatan Kesihatan negeri mendapati pengendali kilang itu telah menyimpan daging babi
bersama dengan produk lain dalam peti sejuk, menggunakan bahan pengawet yang
diharamkan dan juga menggunakan minyak masak yang dikitar semula untuk memasak.
Tambahan, minyak itu juga disimpan di dalam bekas plastik kitar semula yang tidak
bersih (Utusan Malaysia, 1 Februari 2008).
Seterusnya terdapat satu lagi isu yang menggelirukan pengguna berkenaan
minuman ringan yang dikatakan mengandungi alkohol. Pada 1 Februari 2008, Persatuan
Pengguna Kedah (CAKE) meminta kerajaan mengharamkan minuman ringan
mengandungi alkohol yang menggunakan label buah-buahan. Presiden Persatuan
Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. M. Mohamed Idris berkata, minuman ringan itu, yang
antara lainnya menggunakan label dan gambar buah-buahan didapati mengandungi
kadar alkohol sehingga 5.5 peratus. Beliau mendakwa, maklumat mengenai kandungan
alkohol dalam minuman itu dicetak dengan kecil dan sukar dibaca yang membuatkan
pengguna menyangka bahawa mereka membeli minuman buah-buahan atau minuman
ringan (Utusan Malaysia, 2 Februari 2008).
Berhubung kes di atas, menunjukkan bahawa masyarakat Islam perlu
meningkatkan pengetahuan serta kefahaman tentang makanan halal dalam memilih
makanan. Pengetahuan tentang halal dan haram tidak seharusnya dipandang enteng
sebaliknya harus difahami dan diteliti dengan baik. Masyarakat Islam di Malaysia
bertuah kerana kerajaan Malaysia telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) sebagai badan yang berkuasa dalam memantau pengeluaran produk yang halal
dengan memberi perlabelan logo halal. Dalam hal ini, Mantan Menteri di Jabatan
Menteri, Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin menyatakan bahawa logo halal sudah
7
memadai bagi umat Islam di negara ini membezakan sesuatu produk itu halal atau
sebaliknya (Utusan Malaysia, 27 September 2002).
Namun masyarakat Islam hari ini juga seharusnya sentiasa berwaspada dan
berhati-hati agar tidak tertipu dan terpedaya dengan penggunaan sijil halal palsu pada
produk makanan tidak halal serta istilah mengelirukan oleh pengusaha makanan tidak
bertanggungjawab. Demikian pesanan Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk
Nasir Tun Sakaran yang bertanggungjawab ke atas isu agama Sabah. Beliau berkata,
kerajaan amat prihatin akan isu produk makanan dan gunaan halal yang kini menjadi
perhatian khususnya masyarakat Islam. Katanya, bagi mengatasi masalah itu kerajaan
memberikan tanggungjawab kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) memainkan peranan utama
dalam hal ehwal produk makanan serta barangan gunaan halal (Utusan Malaysia, 3
Januari 2008).
Kita mungkin tertanya-tanya mengapa logo halal yang dikeluarkan di negara ini
digandingkan dengan perkataan Malaysia, iaitu Halal Malaysia. Inilah suatu keunikan di
Malaysia. Sebelum penandaan halal menjadi faktor penting dalam dunia perniagaan hari
ini, ia telah tertanam kukuh dalam kebudayaan masyarakat Melayu Islam yang amat
sensitif terutamanya bagi sumber makanan dan produk barangan gunaan harian. Namun
demikian penggunaan bahan dan barangan yang ringkas lebih-lebih lagi dalam produk
makanan pada masa-masa yang lalu menyebabkan perlabelan ini tidak dipandang begitu
penting berbanding pada hari ini.
Memetik kata-kata Lokman Ab. Rahman dalam artikelnya “Mengapa Halal
Malaysia” mengatakan tujuan utama pengenalan logo ini ialah untuk penyelarasan, di
samping itu strategi lain ialah untuk menghapuskan penggunaan logo halal palsu seperti
Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHIES) dan sebarang perlabelan halal yang tidak disahkan
oleh mana-mana pihak berautoriti negara Islam. Label halal yang banyak digunakan
oleh pihak premis tanpa pengesahan rasmi JAKIM tidak boleh dipertanggungjawabkan
8
sungguhpun penggunaannya tiada sekatan dari perundangan. Kesemuanya ini dimulakan
di Malaysia dan tidak negara Islam lain (http://www.halal.gov.my).
Pola masalah makanan kini sudah berubah, di mana makanan sudah lebih
daripada cukup tetapi sebaliknya terdapat anasir-anasir tertentu yang ingin mengaut
keuntungan mudah dengan mengubah kandungan bahan makanan. Kini, boleh
dikatakan sesetengah bahan mentah (makanan basah) juga tidak lagi ‘segar’ kerana telah
ditambahkan pelbagai bahan kimia. Bukan sahaja kimia dalam baja, racun perosak,
suntikan antibiotik, makanan ternakan dengan campuran kimia tertentu dan sehinggakan
bahan kimia pengawet turut digunakan untuk mengekalkan kesegaran sayur, buah dan
daging sebelum dijual.
Tidak cukup bahan kimia ditambah dalam keadaan ‘segar’, bahan mentah ini
kemudian diproses ke dalam bungkusan tertentu supaya dapat disimpan lebih lama.
Konsep pembungkusan makanan, yang bermula daripada perkembangan teknologi dan
pemahaman kimia, pada mulanya bertujuan menyimpan bekalan makanan untuk waktu
kecemasan seperti ketika perang, wabak penyakit atau dalam perjalanan jauh, tetapi kini
sudah terlalu dikomersialkan. Bermula dari penggunaan pengawet untuk memanjangkan
hayat atas rak produk makanan, pembungkusan makanan kini ‘dimajukan’ dengan
menambah pewarna dan perasa tiruan (bahan kimia) untuk meningkatkan jualan produk.
Mengambil kira sifat asas manusia memilih sesuatu yang lebih ‘sedap’ dan mudah,
kebanyakan daripada kita kini jelas memilih untuk bergantung hidup kepada makanan
siap diproses atau makanan yang dimasak di luar.
Ini terbukti berlaku di mana pada 23 September 2008, Persatuan Pengguna Pulau
Pinang (CAP) merujuk kepada laporan media baru-baru ini mengenai skandal
melibatkan kematian empat kanak-kanak di China selepas mengambil susu bayi yang
dicemari dengan bahan kimia toksik yang dikenali sebagai melamin. Bahan kimia ini
adalah yang sama ditemui di pusat makanan haiwan peliharaan di Amerika Syarikat
(AS) tahun lalu apabila pihak berkuasa AS mengaitkan pencemaran yang sama dalam
9
produk makanan haiwan dari China. Rekod buruk China bukan sahaja melibatkan soal
produk susu dan makanan haiwan tetapi juga produk melibatkan pengguna seperti
barang permainan dan ubat yang pastinya menimbulkan kebimbangan yang dahsyat
(Utusan Malaysia, 23 September 2008).
Berikutan isu-isu yang timbul, menunjukkan makanan halal dan haram menjadi
agenda yang begitu hangat diperkatakan. Isu ini bukan hanya memberi kesan kepada
masyarakat beragama Islam sahaja, malahan turut mendapat perhatian daripada
penganut-penganut agama lain kerana pengusaha makanan di Malaysia terdiri dari
pelbagai kaum. Sebagai umat Islam adalah menjadi kewajipan kepada kita semua untuk
memastikan makanan yang dimakan adalah halal, iaitu bebas daripada sumber najis dan
haram bermula dari proses penyediaan bahan mentah, proses pembuatan, penyimpanan,
masakan, pengilangan, pembungkusan dan pengangkutan. Kerajaan juga turut
memandang berat terhadap isu makanan halal kerana ia memberi kesan kepada
masyarakat di Malaysia. Justeru dalam usahanya untuk mencapai matlamat tersebut,
kerajaan telah menjadikan Malaysia sebagai pusat makanan halal (hub halal) sedunia.
Sebagaimana dengan kenyataan yang diutarakan oleh Bekas Perdana Menteri
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Malaysia perlu melaksanakan pendekatan
proaktif untuk memaju dan menghasilkan produk makanan halal yang bermutu tinggi
dan berdaya saing. Pengusaha-pengusaha tempatan tidak hanya perlu bergantung
kepada label semata-mata untuk memasuki pasaran global. Beliau berkata demikian
semasa berucap merasmikan Pameran Perdagangan Makanan dan Minuman
Antarabangsa Kelima dan Persidangan Antarabangsa Makanan Halal 2004 di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC). Perdana Menteri turut meminta para pengeluar
makanan halal tempatan bekerjasama mempertingkatkan penyelidikan dan
pembangunan (R&D) produk mereka agar lebih berdaya saing (Utusan Malaysia, 16
Julai 2004).
10
Sebenarnya penetapan halal yang telah digariskan Islam mempunyai kepentingan
kerana dari aspek makanan membawa kepada proses pertumbuhan dan pembesaran.
Setiap benda yang hidup secara fitrah alam akan mengalami proses tersebut. Apabila
ditinjau dari kaca mata Islam, makan bukan sahaja untuk tujuan di atas tetapi ia juga
mempunyai maksud dan matlamat yang lebih jauh dari itu, iaitu untuk membolehkan
manusia menjalankan aktiviti kehidupan yang diredai Allah dan beramal ibadat hanya
kepadaNya.
Oleh itu, sebagai makhluk yang berakal manusia dilarang makan makanan
tertentu yang telah diharamkan kerana mendatangkan kesan yang tidak baik, seterusnya
dianjurkan makan makanan yang halal lagi baik bukan sahaja memberi kesihatan
jasmani dan rohani malahan dapat menjaga keadaan hidup seseorang serta identiti
keislamannya (Mohamed Jusoh, 1986).
1.3 Pernyataan Masalah
Kehidupan umat Islam kini semakin mencabar. Penyelidik melihat banyak
perkara yang mempengaruhi masyarakat dalam pemilihan makanan. Ini kerana umat
Islam pada hari selalu didedahkan dan disogok pelbagai jenis makanan yang sifatnya
tidak menepati dengan prinsip Halalan Tayyiban seperti makanan segera. Di samping
itu, mereka memilih makanan berdasarkan kegemaran dan selera masing-masing tanpa
pengetahuan yang kukuh mengenai konsep makanan halal yang dianjurkan oleh Islam.
Makanan yang baik bukan sahaja mengambil kira kandungan zat yang ada dalam
makanan tersebut tetapi juga aspek bersih dan halal turut diberi penekanan.
Atas sebab-sebab demikian, penyelidik berasa amat wajar dan perlu satu kajian
awal dijalankan untuk mengesan tahap kefahaman pelajar khususnya pelajar-pelajar di
peringkat pengajian tinggi terhadap konsep makanan halal, seterusnya kepekaan mereka
terhadap kepentingan pengambilan makanan halal menurut Islam. Oleh yang demikian,
11
penyelidik merancang untuk menjalankan kajian mengenai “apakah persepsi pelajar
terhadap konsep makanan halal menurut Islam?”.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini mempunyai beberapa objektif kajian yang ingin dicapai oleh
penyelidik. Berikut adalah objektif kajian:
1.4.1 Mengenalpasti persepsi pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia terhadap konsep makanan halal.
1.4.2 Mengkaji tahap kefahaman pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia terhadap konsep makanan halal.
1.4.3 Menganalisa kepekaan pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia terhadap kepentingan pengambilan makanan halal.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif yang telah dinyatakan di atas, maka persoalan kajian yang
ingin dijawab ialah:
1.5.1 Apakah persepsi pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
terhadap konsep makanan halal?
1.5.2 Sejauhmanakah tahap kefahaman pelajar Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia terhadap konsep makanan halal?
12
1.5.3 Sejauhmanakah kepekaan pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia terhadap kepentingan pengambilan makanan halal?
1.6 Kepentingan Kajian
Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi manafaat kepada beberapa pihak yang
terlibat seperti berikut:
1.6.1 Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
Antara kepentingan kajian ini, adalah untuk memberi kefahaman kepada pelajar
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia berkaitan konsep makanan halal,
kepentingan pengambilan makanan halal dalam kehidupan seharian sebagai seorang
Muslim dan di samping meningkatkan kesedaran berkaitan apa yang halal menurut
Islam.
1.6.2 Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) Universiti
Teknologi Malaysia
Hasil dapatan kajian ini, boleh dijadikan sebagai bahan rujukan kepada Pusat
Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) Universiti Teknologi Malaysia dan
dijadikan sebagai koleksi maklumat tambahan di Perpustakaan Kamar Hikmah.
1.6.3 Masyarakat
Seterusnya kajian ini dapat memberi kefahaman kepada masyarakat umum
tentang konsep makanan halal menurut pandangan Islam dan kepentingannya. Secara
top related