murid pintar cerdas

Post on 11-Jun-2015

4.048 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

1+4-5x9+34x5

6-90+16x8-10x0=0

aHLAN WASAHLAN

mY NAME IS QISTINA

Sekolah=school

Cikgu=teacher

Mama=mother

AHLI KUMPULAN:

WAN NUR RABIATUN WAN IBRAHIM

SITI RAHMAH MAZLAN

NORASFAIZAH TOKIMAN

UMI NADIA AZIZ

PELAJAR PINTAR CERDAS

DEFINISI

CIRI-CIRI

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

IDENTIFIKASI

KESIMPULAN

PROGRAM PENDIDIKAN

DEFINISI PINTAR CERDAS

Stanford Binet (1916)

-orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai “The Stanford Binet Test”

-memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik.

• Lewis Terman (1916)

- Memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan untuk berfikir secara abstrak.

• Piaget (1950)

- Pintar cerdas merujuk kepada kebolehan individu membuat adaptasi terhadap persekitaran fizikal dan sosial.

Secara umumnya, pintar cerdas boleh kita takrifkan sebagai satu kepandaian luar biasa yang dimiliki oleh seseorang .

• Mereka memiliki kebolehan yang luar biasa untuk memahami dan mengadaptasi segala cabaran persekitaran terhadap hidup dan mindanya.

FAKTOR PELAJAR PINTAR CERDAS

GENETIK PERSEKITARAN

• Ramai pakar genetik dan psikologi telah berusaha mencari dan menentukan sejauh manakah kebenaran bahawa tahap kepintaran juga diwarisi.

• Kebanyakan pakar bersetuju bahawa asas potensi mental seseorang sedikit sebanyak diwarisi daripada ibu bapanya.

• Usaha untuk membuktikan faktor perwarisan genetik adalah agak sulit dan terdapat lebih daripada satu gen yang terlibat dalam proses perwarisan.

• Asuhan dan pengayaan pengalaman memainkan peranan penting untuk membantu memperkembang dan mempertingkatkan kepintaran seseorang.

• Kanak-kanak amat memerlukan kesempatan dan peluang untuk mengembang dan memperkayakan pengalamannya. Oleh itu, kanak-kanak yang mewarisi kepintaran daripada ibu bapanya memerlukan ransangan luar yang kondusif untuk mengasah bakat.

CIRI-CIRI PELAJAR PINTAR CERDAS

Aspek pembelajaran akademik

Aspek kreativiti

Aspek kepimpinan

•Menunjukkan minat membaca yang lebih awal dan tinggi berbanding dengan rakan-rakan sebaya yang lain.

•Memiliki daya ingatan yang tajam dan baik.

•Cenderung dan suka berinteraksi dengan orang yang lebih dewasa.

• Suka membuat sesuatu secara bersendirian mengikut caranya sendiri, walaupun kadang-kadang tidak dapat diterima oleh orang lain.

• Berkeupayaan mengemukakan idea-idea yang unik atau luar biasa.

• Mudah bosan dengan kerja-kerja rutin yang membataskan mereka bereksperimen, mencipta atau mencuba sesuatu.

• Secara semula jadi mereka muncul sebagai ketua sesuatu kumpulan atau dijadikan ketua oleh rakan-rakannya.

• Idea atau penglibatannya sentiasa ditunggu atau diharapkan oleh rakan-rakan yang lain.

• Menunjukkan kebolehan membuat keputusan yang baik dan suka memulakan sesuatu usaha atau gerak kerja.

IDENTIFIKASI PELAJAR PINTAR CERDAS

PEMERINGKATAN GURU

UJIAN PENCAPAIAN INDIVIDUUJIAN KECERDASAN INDIVIDU

PEMERINGKATAN IBU BAPA

PEMERINGKATAN GURU

• Membuat senarai semak tingkah laku atau soal selidik pelajar yang mempunyai ciri-ciri pintar cerdas.

• Guru perlu mempunyai latihan khusus tentang tatacara identifikasi pelajar pintar cerdas.

PEMERINGKATAN IBU BAPA

•Membuat senarai semak tingkah laku dan soal selidik tentang perkembangan minat, pengetahuan dan bakat serta kebolehan.

UJIAN KECERDASAN INDIVIDU

• Bertumpu kepada kepada penilaian kebolehan diskriminasi, generalisasi, tingkah laku motor, maklumat umum dan perbendaharaan kata.

• Dua ujian kecerdasan individu yang popular ialah Skala Kecerdasan Stanford-Binet dan Skala Wechler.

UJIAN PENCAPAIAN INDIVIDU• Bertumpu kepada penilaian

perkembangan kemahiran kanak-kanak dalam bidang akademik.

• Dua ujian pencapaian individu yang popular ialah Ujian Pencapaian Individu Peabody (PIAT) dan Ujian Beza Antara Luas (WRAT).

• PIAT menilai pencapaian dalam bidang matematik, pengenalan bacaan, kefahaman bacaan, ejaan dan maklumat umum.

• WRAT menilai pencapaian dalam bidang bacaan, aritmatik dan ejaan.

PROGRAM PENDIDIKAN

KAEDAH PENGKAYAAN

KAEDAH PENGELOMPOKAN

KAEDAH PECUTAN

KAEDAH PENGKAYAAN• Merujuk kepada penyediaan

pengalaman belajar yang berbeza oleh guru dalam kelas.

• Boleh meningkatkan kecekapan kefahaman pelajar pintar cerdas.

• Penekanan bukan sahaja diberi kepada penguasaan konsep dan pemahaman tetapi juga kepada pemindahan generalisasi dan aplikasi

KAEDAH PENGELOMPOKAN

• Istilah pengkelompokan merujuk kepada penempatan pelajar-pelajar yang mempunyai kebolehan yang hampir sama dalam suatu kelas yang khusus.

• Namun, program ini tidak dapat mempertingkatkan mutu pencapaian murid secara automatik.

• Pengkelompokan mesti disusuli dengan pelajaran yang berkualiti aktiviti pengkayaan.

KAEDAH PECUTAN• Kaedah pecutan juga boleh dikenali

sebagai ‘Acceleration’ atau memendekkan masa belajar.

• perubahan dalam sukatan pelajaran membolehkan pelajar pintar cerdas ini menyiapkan program pendidikan biasa dalam masa yang singkat.

• Namun, kaedah ini memerlukan pendidikan lanjutan yang baik agar kanak-kanak pintar ini dapat mengisi masa dengan produktif.

KESIMPULAN• Kanak-kanak pintar cerdas ini adalah

kanak-kanak biasa yang dikurniakan sedikit kelebihan oleh Allah s.w.t berbanding kanak-kanak yang lain.

• Jika kita telusuri hikmah disebalik kejadian ini, dapatlah kita merumuskan bahawa sesetengah perkara yang tidak dapat diselesaikan oleh kita mungkin dapat diselesaikan golongan cendekiawan ini.

RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL

top related