mokhtaruddin lasso ejen komunis dalam pkmm· ,i · 2017. 3. 4. · pkmm pada mulanya tidak condong...

Post on 05-Feb-2021

10 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

  • Mokhtaruddin Lasso ejen komunis dalam PKMM· , 1Atv-lW' f"\'~ Clf'>o'~"') -~ ~ -l1l"II> , r-I ,I

    RAMAl yang tidak mengenali individu ber-nama Mokhtaruddin Lasso. Dia merupakan bekas pejuang anti-Jepun ketika tercetus-nya Perang Dunia Kedua dan kemudian menjadi salah seorang pengasas Parti Ke-bangsaan Melayu Malaya (PKMM) atau Ma-layan Nasionalist Party (MNP).

    Matlamat utama penubuhan PKMM ada-lah menuntut kemerdekaan penuh bagi Ta-

    nah Melayu dan me-nentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. PKMM juga berusaha mengatasi masalah orang Mela-yu dalam bidang pe-lajaran, sosial dan ekonomi serta kebe-basan mencetak dan bersuara.

    Pada 30 Novem-ber 1945, PKMM te-lah mengeluarkan la-

    MOKHTARUDDIN pan resolusi yang di-LASSO anggap oleh pihak

    kerajaan British se-bagai diinspirasikan oleh rancangan 'Sem-bilan Perkara' Parti Komunis Malaya (PKM). '

    PKMM pada mulanya tidak condong ke-pada komunisme. Tetapi sebaik sahaja Mo-khtaruddin Lasso dilantik sebagai presiden-nya yang pertama pada Oktober 1946, parti ini mula dipengaruhi oleh komunis.

    Mokhtaruddin dan Ahmad Boestamam adalah dua individu yang mengasaskan pe-nubuhan PKMM. Kedua-duanya memain-kan 'peranan dalam pucuk pimpinan awal parti itu:

    Yang Dipertua: Mokhtaruddin Lasso Naib Yang Dipertua: Dr. Burhanuddin Helmi ' Setiausaha: Dahari Ali Bendahari: Arshad Ashaari ill lawatankuasa: Ahmad Boestamam

    Sebulan selepas penubuhannya, PKMM menubuhkan beberapa cawangan di Pulau Pinang, Perlis, Selangor, Melaka dan Singa-pura. PKMM menyebarkan , pengaruhnya melalui akhbar-akhbar hariannya iaitu,Sua-ra Rakyat, Pelita Malaya dan Semboyan Baharu dan terbitan bulanan iaitu majalah Berjuang dan Voice of the People.

    PKMM mempunyai dua cawangan pe-muda dan pemudi iaitu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang dipimpin oleh Ahmad Bo-estamam dan Angkatan Wanita Sedar (Awas) yang dipimpin oleh Shamsiah Fakeh.

    , f jo PASUKAN keselamatan British menahan seorang suspek pengganas komunis dalam gambar yang tldak bertarikh ini.

    Bagaimanapun Ahmad Boestamam berjaya menjauhkan API dari KMM di bawah Mo-khtaruddin Lasso dan pengaruh komunis-me serta mengeluarkan manifesto yang be-rasingan dari PKMM.

    Bagaimanapun beberapa bulan kemudi-an apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr. Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pim-pinan sebagai presidennya yang kedua.

    Pada Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pu-cuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat na-sionalisme.

    Mengimbas mengenai latar belakang pe-mimpin PKM ini, Mokhtaruddin dikenali sebagai Muchtar Gezar Sutan Indra Lasso @ Lang Lang Buana dilahirkan sarna ada pada tahun 1917 atau 1920 di Balai Selasa, Padang, Sumatera, Indonesia.

    Dia mendapat pendidikan awal di Balai Selasa. Pad a 1933 dia menyertai Parti Re-publik Indonesia hasil didikan seorang ber-nama Dachlan.

    Pad a tahun 1938, dia bekerja sebagai wartawan di sebuah syarikat penerbitan dikenali sebagai 'Persamaan' di Padang, Su-

    matera. Berhijr~h ke Singapura pada tahun 1939

    dan bekerJa sebagai tukang kimpal di Sungai Bidor Tin, Perak sebelum pulang ke In-donesia pad a tahun 1946 dan menghabis-kan sisa hidup di Sumatera. Sewaktu di Singapura, Mokhtaruddin melapor dirinya kepada Tan Melaka, seorang komunis In-donesia yang terkenal.

    Penghujung tahun 1939 ketika bekerja sebagai tukang kimpal, dia mula aktif dalam hubungan PKM dan menjadi individu pen-ting yang mentadbir Seksyen Melayu dalam MPAJA sewaktu Perang Dunia Kedua tet-cetus.

    Pad a Oktober 1945 dia diarahkan oleh PKM untuk memaici

top related