membuat corak

Post on 25-Jul-2015

281 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Mencorak & Membuat Rekaan

Definisi Susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau bebas. Terdapat dua jenis corak, iaitu corak

terancang dan corak tidak terancang.

Motif -Sama ada rupa atau bentuk asas dalam rekaan/gubahan.-Ia drpd motif, flora, fauna, geometrical & organik.

Corak Tradisi

-Corak yg mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yg berunsur tradisi.Cth: Corak bunga buluh , Corak pucuk rebung, Corak bunga kiambang.

- Guna motif yg disusun dgn teratur & dlm susunan tertentu.- Motif menghasilkan corak yg ada pelbagai jenis susunan,seperti penggunaan garisan grid dlm penghasilan corak.

Corak Terancang

Corak Tidak Terancang

-dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu.-dihasilkan dgn cara, merenjis,meniup, mengayak,menggolek dll- contoh: Corak teknik cerminan , Corak teknik pualaman, Corak cetakan tali, Cetakan daun, Corak tiupan Corak stensilan

• Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain.

• Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.

• Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara.

Antaranya melalui kegiatan seperti:

Corak tidak terancang secara

Corak terancang secara

a. Pualaman b. Tiupan c. Titisan d. Ikatan dan celupan e. Renjisan dan percikan

a. Lukisan b. Catan c. Cetakan d. Capan e. Lipatan dan guntingan f. Resis g. Kolaj h. Kaligrafi

JENIS-JENIS MOTIF DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

• Motif boleh didapati daripada;i. Rupa atau bentuk daripada alam ciptaan

Tuhan Contohnya, Buah mangga ,Daun Siti Fatimah, Bunga teratai, Bunga mawar

ii. Bentuk asas spt persegi, bulat,bujur, segitiga & geometri.

iii. Bentuk dari bahan buatan manusiaiv. Rupa atau bentuk angka dan hurufv. Rupa atau bentuk kraf tradisional

Corak tidak terancang

Pualaman • Pualaman adalah proses menghasilkan corak tidak terancang dengan

menggunakan bahan yang tidak bercampur dengan air iaitu cat minyak yang

telah disatukan dalam bekas yang dipenuhi oleh air.

• Proses ini memerlukan campuran beberapa warna cat minyak di dalam air dan

kemudiannya permukaan kertas akan diletakkan ke ke dalam campuran tersebut

dan kemudianya diangkat setelah warna-warna yang bercampur tadi memenuhi

ruang permukaan kertas. Hasilnya terjadilah corak tidak terancang yang sungguh

menarik.

Alatan yang diperlukan

• Cat• Tinner• Kayu (pengacau)• Air• Talam• Kertas yang agak tebal

Cara-cara

1. Sebuah talam telah diisikan dengan air.

2. Cat dicairkan dengan menggunakan thinner 

dan dititiskan mengikut cita rasa sendiri.

3. Kayu digunakan untuk mengacau dan

menghasilkan corak yang dikehendaki.

4. Tangkupkan kertas lukisan ke atas permukaan cat/air

dalam talam dan keluarkan dengan cepat.

5. Akhirnya jemur.

6. Kemudian, pualaman yang dihasilkan digunakan

untuk menghasilkan bingkai photo.

Hasil-hasil corak pualaman

Organisasi rekaan aplikasi menggunakan corak pualaman

Pembalut hadiah

Bingkai gambar

Beg kertas

Tiupan

Pengenalan:• Aktiviti ini melibatkan murid – murid menghasilkan

reka corak tidak terancang melalui aktiviti meniup warna menggunakan penyedut minuman.

Alatan dan bahan yang diperlukan:

Bahan • Warna air

• Kertas lukisan

Alatan • Penyedut minuman

• Berkas warna• Berus warna

Cara- cara:

1. Warna air perlu dibancuhkan dengan air. Pastikan bancuhan itu cair..

2. Titik di atas lukisan dan kemudian tiup dengan menggunakan penyedut minuman.

3. Ulang dengan menggunakan warna-warna lain.

Hasil-hasil corak tiupan:

Corak tidak terancang

Titisan ,

Ikatan dan celupan,

Benjisan dan percikan

Contoh titisan :

Ikatan dan Celupan

Pengenalan

Teknik ikat dan celup yang digunakan ialah simpulan, ikatan, lipatan dan jahitan.

Celupan yang terlalu dalam menghasilkan corak yang besar, sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya yang terhasil adalah kecil.

Teknik ikat dan celup dalam batik juga dikenali sebagai batik pelangi.

Haji Che Su b. Ishak adalah antara tokoh batik yang terkenal di Malaysia.

Garam digunakan sebagai bahan penyerapan.

Jenis kain yang biasa digunakan ialah kain kapas, sutera dan organza.

DEFINISI

Teknik ikat dan celup yang digunakan

ialah simpulan, ikatan, lipatan dan

jahitan yang menghasilkan corak yang

menarik.

Bahan dan Alat

Bahan : Kertas ,tisu,warna batik,getah gelang,kain

Alat :Besen warna,berus

Jenis-jenis ikatan

Jahitan

Simpulan Lipatan dan ikatan

Ikatan yang diisi dengan pelbagai objek

Langkah LIPATAN DAN CELUPAN

LANGKAH 1 :Bancuh warna air ke dalam bekas mengikut warna yang anda ingini.

LANGKAH 3: Celup hujung kertas tisu perlahan-lahan kedalam bekas warna. Biarkan warna meresap. Teruskan mencelup bahagian yang lain dengan warna yang berbeza.

Contoh Ikatan dan Celupan

RENJISAN DAN PERCIKAN

Reka corak renjis didefinisikan sebagai suatu teknik dalam menghasilkan corak terancang atau tidak terancang dengan cara semburan, percikan atau tiupan.

Renjisan dan Percikan

• Renjisan dan percikan ialah satu teknik menghasilkan corak tidak sengaja dengan cara menghambur titik-titik warna air yang berselerak kesana-sini.

• Renjisan dan percikan boleh berlaku keatas permukaan kertas kering atau lembap.

• Kesan warna yang direnjis atau dipercik menimbulkan corak tidak terancang.

Bentuk kreativiti artistik dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif.

Reka corak terancang dan tidak terancang mewujudkan kesan tampak yang berbeza tetapi memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya.

Mencipta reka corak renjis melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.

ALAT DAN BAHAN

Kertas Bekas warna

Warna air

Warna poster

Berus warna

top related