membangunkan mesin pelancar bulu tangkis untuk … filedengan nama allah yang maha pemurah lagi maha...
Post on 09-Apr-2019
247 Views
Preview:
TRANSCRIPT
MEMBANGUNKAN MESIN PELANCAR BULU TANGKIS
UNTUK LATIHAN LATIH TUBI PUKULAN SMASH DALAM SUKAN
BADMINTON (SISTEM FEEDER)
SAZARI BIN SAPAWI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perludikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secarapenyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atauLaporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: REKACIPTA MESIN PELANCAR BULU TANGKIS UNTUK LATIHAN
LATIH TUBI PUKULAN SMASH DALAM SUKAN BADMINTON (SISTEM
FEEDER)
SESI PENGAJIAN: 2011/2012
Saya SAZARI BIN SAPAWI ________________(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalamAKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
__________________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Disahkan oleh
_____________________________________
(TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
NO. 811/92 T/A 9,
PASIR PANJANG
45400 SEKINCAN, SELANGOR
PN. NOR FADILA BTE MOHD AMIN
Nama Penyelia
Tarikh: 21 DISEMBER 2011 Tarikh: 21 DISEMBER 2011
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : ________________________________________
Nama Penyelia : PN. NOR FADILA BTE MOHD AMIN
Tarikh : ________________________________________
MEMBANGUNKAN MESIN PELANCAR BULU TANGKIS
UNTUK LATIHAN LATIH TUBI PUKULAN SMASH DALAM SUKAN
BADMINTON (SISTEM FEEDER)
SAZARI BIN SAPAWI
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
DISEMBER 2011
iii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah diperjelaskan sumbernya”
Tandatangan : ________________________________________
Nama Penyelidik : SAZARI BIN SAPAWI
Tarikh : ________________________________________
iv
DEDIKASI
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana telah member saya kesihatan yang baik dan
ketabahan unruk menyempurnakan projek ini
Buat ayahanda tersayang
Hj. Sapawi bin Marji
Buat isteri tercinta
Asmahani bte Zainal Abidin
Buat Ahli keluarga yang tersayang
Muhazam bin Sapawi
Hairi bin Sapawi
Zilawati bte Sapawi
Arfah bte Sapawi
Siti Syarah bte Sapawi
Zawawi bin Sapawi
Nur Hilmi bin Sapawi
Buat saudara mara, kenalan dan sahabat handai
Buat teman-teman seperjuanagan 4SPH sesi 2011
Terima kasih diucapkan kepada kalian yang selama ini banyak membimbing dan
menyokong serta memberi semangat dalam mengharungi perjuangan ini.
v
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Allhamdulillah, syukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan kekuatan dan
limpah kurniaNya dan keizinanNya dapat saya menyiapkan projek ini.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih
kepada Pn. Nor Fadila Bte Mohd Amin selaku penyelia projek saya yang telah
memberi banyak bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat untuk membantu saya
menyiapkan projek ini dengan jayanya.
Selain itu, tidak lupa juga sekalung penghargaan ditujukan kepada keluarga
serta rakan-rakan, para pensyarah di Fakulti Pendidikan khususnya pensyarah dari
Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan. Tidak lupa juga kepada pihak-pihak
lain yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Terima kasih di atas
segala bantuan dan kerjasama yang sepenuhnya dalam menjayakan projek ini.
vi
ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan membangunkan mesin pelancar bulu tangkis
untuk kegunaan latihan latih tubi pukulan smash dalam sukan badminton. Dalam
kajian ini pereka hanya memfokuskan untuk membangunkan sistem feeder sahaja.
Objektif kajian adalah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemain
badminton seperti meminimunkan peranan jurulatih melontarkan bulu tangkis
menggunakan kaedah manual seperti jurulatih melontarkan bulu tangkis
menggunakan tangan secara berulang-ulang. Instrument kajian ini ialah dengan cara
menemubual pemain badminton yang terdiri daripada pemain yang mewakili
Universiti Teknologi Malaysia dalam sukan badminton diperingkat IPTA bagi
mendapatkan maklumat ciri-ciri projek yang dibangunkan. Pembangunan sistem
feeder ini melibatkan kerja-kerja merekabentuk iaitu penjanaan idea, pembangunan
lukisan kejuruteraan, proses penandaan dan pemotongan bahan serta pemasangan.
Hasil pembangunan sistem feeder ini telah dibuat pengujian dan hasil akhir projek
telah berfungsi dengan baik dan mencapai objektif kajian. Dengan terhasilnya
projek ini, secara tidak langsung ia mampu menjadi rujukan dan inovasi kepada
produk peralatan latihan sukan pada masa hadapan.
vii
ABSTRACT
This study is intended to developing a shuttlecock launcher machine for the
smash drills training in badminton. In this study, only focussing in the developing of
feeder system. The objective of the study is to solve the problems faced by
badminton players during technical training, such as minimizing coach role during
training by throwing shuttlecock manually in order to making effectiveness of
training. Instruments of this study are by interview. Respondents of this study are
badminton players among Universiti Teknologi Malaysia with representing in IPTA
level in badminton arena. In order to produce the good result of development, they
are several characteristics of the development of projects has been done. The
development of feeder system involves design work, such as idea selecting,
generating of product concept, development of engineering drawings, marking and
cutting materials, and installation process. The result of this project have been testing
and showing the successful result with feeder system working properly and achieved
the objectives of this study. The several suggestions have been suggested for future
development to upgrade of this project to making more valuable. With this project
indirectly it could be a reference to a sport machine products innovation and sports
training equipment in the future.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
HALAMAN JUDUL i
PENGESAHAN PENYELIA ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
SENARAI KANDUNGAN vii-x
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1-4
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Penyataan Masalah 6
1.3 Objektif Kajian 6
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 kepentingan Kajian 7
1.6 Skop dan Batasan Kajian 8
viii
1.7 Kerangka Konsep Kajian 8
1.8 Daftar Istilah 9
1.9 Kesimpulan 11
2 SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 12
2.1 Sukan Badminton 12
2.2 Jenis Sukan Badminton 13
2.3 Cara Permainan Badminton 13
2.4 Latihan Dalam Sukan Badminton 14
2.4.1 Latih Tubi Pukulan Atas Kepala 15
2.4.2 Latih Tubi Pukulan Junam 17
2.4.3 Latih Tubi pukulan Smash 19
2.5 Inovasi 22
2.5.1 Inovasi dalam Sukan 23
2.6 Kajian-Kajian Inovasi dalam Sukan 24
2.7 Rekacipta yang Berkaitan dengan Sukan Badminton 25
2.8 Teori Berkaitan Rekabentuk 27
2.9 Kesimpulan 28
3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 29
3.1 Pengumpukan Data dan Maklumat 30
3.1.1 Temubual 30
3.2 Analisa Masalah 31
3.3 Membuat Keputusan 31
3.4 Pemilihan Idea 31
3.5 Lakaran Projek 32
ix
3.6 Lukisan kerja 32
3.7 Pemilihan Rekabentuk 33
3.8 Perancangan Pembinaan 33
3.9 Bahan 34
3.10 Peralatan 34
3.11 Prosedur Kerja 34
3.12 Perancangan Masa 36
3.13 Kaedah dan Teknik Pembuatan 38
3.14 Pengujian Fungsi Prototaip 38
3.15 Kos Projek 38
3.16 Kesimpulan 40
4 ANALISIS DAN PEMBANGUNAN
4.0 Pengenalan 41
4.1 Analisa Data Temubual 42
4.1.1 Masalah yang dihadapi oleh pemain badminton
semasa menjalani latihan latih tubi pukulan smash 42
4.1.2 Ciri-ciri mesin pelancar bulu tangkis yang diperlukan
oleh pemain badminton 44
4.1.3 Tempoh sela masa pukulan smash 45
4.1.4 Masalah yang dijangkakan berlaku sekiranya
menggunakan mesin pelancar bulu tangkis semasa
latihan latih tubi pukulan smash 45
4.2 Analisi Perbandingan Rekabentuk Sistem Feeder 46
4.2.1 Dapatan Ujian Rekabentuk Sistem Feeder 48
4.3 Pembangunan Prototaip Sistem Feeder 49
4.3.1 Pemilihan Idea Rekabentuk 50
4.3.2 Pembangunan Lukisan Kejuruteraan 51
4.3.3 Penandaan dan Pemotongan Bahan 52
4.3.4 Pemasangan Bahan 53
x
4.3.5 Penetapan (setting) 55
4.4 Pengujian 56
4.5 Kesimpulan 58
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
5.0 Pengenalan 59
5.1 Perbincangan 60
5.1.1 Keberfungsian Sistem Feeder yang dibangunkan 61
5.1.2 Prinsip kendalian Sistem Feeder 61
5.1.3 Ciri-Ciri Teknical Sistem Feeder 66
5.2 Masalah yang Dihadapi 69
5.3 Cadangan 70
5.4 Kesimpulan 71
RUJUKAN 73
LAMPIRAN 78
xi
SENARAI JADUAL
NO TAJUK MUKA SURAT
JADUAL
3.1 Jadual Prosedur kerja menghasilkan prototaip mesin pelancar
bulu tangkis. 37
3.2 Kos penghasilan peototaip sistem feeder bagi mesin pelancar
bulu tangkis. 39
4.1 Masalah yang dihadapi semasa menjalani latihan latih tubi
pukulan 43
4.2 Ciri-ciri pelancar bulu tangkis yang diperlukan oleh pemain
bagi membantu mereka menjalani latihan latih tubi pukulan
smash
44
4.3 Tempoh sela masa diantara dua pukulan smash. 45
4.4 Masalah yang dijangkakan oleh responden terhadap mesin
pelancar bulu tangkis yang akan dibangunkan. 46
4.5 Jenis-jenis media pengikat yang digunakan 53
4.6 Keputusan Ujian 57
5.1 konsep kendalian sistem feeder 64
5.2 Perbandingan sistem feeder yang dibangunkan dengan sistem
feeder yang telah sedia di patenkan 67
xii
SENARAI RAJAH
NO TAJUK MUKA SURAT
RAJAH
1.1 Mesin pelancar bulu tangkis yang dihasilkan dari negara
Denmark 5
1.2 Pelancar bulu tangkis dari negara Denmark yang sedia untuk
digunakan.. 5
1.3 Model kerangka konsep kajian ( Ubah suai dari Pugh’s model
of the design process ) 9
2.1 Cara latihan pukulan atas kepala (menyerang) Selari 16
2.2 Cara latihan pukulan atas kepala (menyerang) 17
2.3 Cara latihan pukulan junam kekiri 18
2.4 Cara latihan pukulan junam kekanan 19
2.5 Cara latihan pukulan smash – melurus 20
2.6 Cara latihan pukulan smash - melintang 21
2.7 Mesin Shuttlecock Launcher yang dibangunkan oleh Taryoto 26
2.8 Mesin Shuttlecock Launching Appratus 27
3.1 Carta alir prosedur kerja projek. 35
4.1 Rekabentuk sistem feeder (idea A) 47
4.2 Rekabentuk sistem feeder (idea B) 47
4.3 Peratus keberkesanan rekabentuk feeder (idea A) 48
4.4 Peratus keberkesanan rekabentuk feeder (idea B) 48
4.5 Bahagian-bahagian utama sistem feeder yang dipilih 49
4.6 Rangka kerja pembangunan prototaip sistem feeder 50
4.7 Lukisan CAD menggunakan perisian Autodesk Inventor
Professional 2008 51
4.8 Proses penandaan bahan 52
xiii
4.9 Proses memotong Acrylic menggunakan mesin pemotong
mudah alih 52
4.10 Pemasangan bahan menggunakan pengikat jenis rivet 54
4.11 Pemasangan bahan menggunakan pengikat Skru dan Nat 54
4.12 Komponen sistem feeder yang telah siap dipasang 55
4.13 Proses penetapan (setting ) pada rantai penghubung 55
5.1 Sistem feeder yang telah dibangunkan 62
5.2 Rekabentuk cadangan sistem feeder yang menggunakan 5
unit tabung bulu tangkis 70
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Sukan menjadi aspek yang penting dalam pembangunan sesebuah negara.
Menurut Shaharudin (2006), sukan dapat menggalakkan gaya hidup sihat di samping
menjana sahsiah serta semangat berpasukan dan muhidah dikalangan rakyat.
Menurut Shaharudin lagi, penekanan yang diberikan dalam mewujudkan budaya
bersukan dikalangan masyarakat Malaysia dapat menggalakkan gaya hidup sihat
serta mencapai kecemerlangan dan pengiktirafan dalam bidang sukan di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa. Justeru itu kepentingan sukan adalah kearah
meningkatkan perpaduan serta membina masyarakat yang berdisiplin dan berdaya
saing.
Menurut Mohd Taib Harun dan Norlena Salamuddin (2007), permainan
badminton adalah salah satu sukan yang popular yang di mainkan secara beregu atau
perseorangan, dimana permainan badmintan merupakan permainan yang boleh
dimainkan oleh semua samada lelaki mahupun perempuan. Menurut Mohd Taib
Harun dan Norlena Salamuddin juga, permainan ini adalah berasal dari India yang
dikenali sebagai poon serta dipercayai bahawa Duke of Beauford telah menyaksikan
sejenis permainan menggunakan raket dan bulu tangkis pada tahun 1870 di sebuah
tempat bernama Badminton. Menurut Ong Kong Swee dan Wee Eng Hoe (2006),
2
sukan badminton telah berkembang pesat keseluruh dunia dan seterusnya
International Badminton Federation (IBF) telah dihujudkan oleh negara-negara
pengasas sukan badminton seperti England, Ireland, Schotland, Wales, Denmark,
New Zealand dan Prancis, dengn India menjadi ahli bersekutu pada tahun 1936.
Sukan badminton adalah salah satu sukan yang tidak asing lagi dikalangan
masyarakat Malaysia. Menurut Tony (2007), pemain terbaik dunia adalah dari
negara Cina, Eropah, Korea, Malaysia dan Indonesia dengan jumlah hadiah wang
diperolehi adalah sangat lumayan. Menurut Tony lagi pada siri kejohanan Dunia
serta Grand prix Dunia pada tahun 1998 dan 1999, jumlah hadiah wang mencapai
sehingga lebih lima juta dolar Amarika. Jesteru itu kerajaan memperuntukkan
perbelanjaan yang tinggi dalam bidang ini. Sebanyak 365 juta ringgit telah
disediakan kepada Kementerian Belia dan Sukan bagi menggalak pembangunan dan
penyelidikan sukan (Lapaoran Bajet 2011, Portal rasmi Kementerian Kewangan
Malaysia). Oleh itu, usaha untuk mengekalkan kecemerlangan ini hendaklah
diteruskan. Barisan pemain pelapis yang terdiri dari generasi muda hendaklah
dibimbing secara saintifik dan efektif bagi mencapai hasrat ini. Menurut Hamidi &
Sarimah (2009), menyatakan kejayaan atlit dari negara China di dalam acara sukan
bertaraf dunia adalah kerana negara China mempunyai barisan atlit pelapis yang
ramai dan tidak bergantung harap kepada atlit senior.
Sukan badminton juga merupakan sukan yang dapat meningkatkan tahap
kesihatan seseorang. Sukan badminton bukan hanya membantu seseorang individu
mengembangkan kecerdasan kardiovaskular (Docherty, 1982; Wright, 2007), tetapi
juga dapat meningkatkan kesihatan tulang (Nordstroem, Pettersson dan Lorentzon,
1998). Justeru itu, sukan badminton semakin popular masa kini dan seharusnya
diperluaskan dengan pelbagai pendekatan yang lebih sistematik dan perlu diberi
galakan seperti mewujudkan lebih banyak pusat-pusat latihan yang menyediakan
perkhidmatan latihan bagi permainan badminton oleh jurulatih yang berkelayakan
dan penggunaan inovasi dan pendekatan teknologi dalam sukan badminton.
Perkembangan inovasi sains dan teknologi dalam kehidupan masa kini tidak
boleh dinafikan lagi. Inovasi alatan dan mesin telah membantu manusia dalam
menyelesaikan pelbagai masalah. Menurut Liebermann (2002), inovasi teknologi
3
sukan telah banyak membantu atlit dalam meningkatkan prastasi kemahiran sukan
mereka. Justeru itu, dalam sukan badminton, penggunaan inovasi sains dan teknologi
dalam sukan berupaya membantu pemain dan jurulatih dalam sesi latihan mereka.
Sejajar dengan ini, latihan kemahiran pemain juga perlu mengalami perubahan
positif. Penggunaan alatan atau mesin bantuan latihan perlu digunakan untuk
memaksimumkan kemahiran dengan lebih berkesan. Menurut Yong Hong Then
(2004), antara kelebihan penggunaaan teknologi peralatan sukan adalah dapat
meningkatkan prestasi pemain pada tahap yang baik. Justeru dengan ini penggunaan
mesin atau alat bantuan latihan adalah menjadi salah satu pendekatan yang baik
dalam meningkatkan prestasi pemain badminton pada masa kini.
1.1 Latar Belakang Masalah
Pemain badminton masa kini memerlukan rangsangan yang pelbagai untuk
memastikan mereka berlatih. Minat untuk mereka berlatih akan bertambah
sekiranya diberi rangsangan yang pelbagai. Menurut Siti Musrifah Ismail (2006),
pendekatan alat yang berteknologi mampu menarik minat atlit-atlit untuk berlatih
dengan bersungguh-sungguh. Kaedah latihan tradisional menimbulkan rasa kurang
menarik dibandingkan dengan penggunaan alat latihan yang bersesuaian yang mana
ianya mampu menimbulkan rangsangan positif terhadap latihan mereka.
Latihan merupakan perkara yang perlu ditekankan untuk memastikan
kecemerlangan sesuatu aktiviti sukan. Menurut Aderemy Minhat (2008), latihan
akan mempengaruhi keputusan pencapaian seseorang atlit kerana tahap kekuatan
otot dan perubahan-perubahan pada saiz serta biokimia pada komposisi tubuh
memberi kesan positif terhadap prestasi, kepantasan dan ketangkasan seseorang
pemain. Justeru itu, kepentingan latihan seharusnya diberi penekanan kepada
pemain untuk memastikan peningkatan prestasi mereka. Di dalam sukan badminton
khususnya, latihan yang sangat ditekankan adalah latihan latih tubi pukulan.
Menurut Ballou (1982), teknik latihan yang berkesan adalah dengan membuat latih
tubi pukulan. Antara salah satu kaedah latih tubi pukulan yang disarankan oleh
beliau adalah dengan menggantung bola atau bulu tangkis dengan menggunakan tali
4
atau benang setinggi lebih kurang 12 kaki dan pemain diminta memukul bulu
tangkis tersebut berulang kali.
Kemajuan dalam inovasi sains dan teknologi kini memberi lembaran baru
dalam banyak bidang termasuk sukan. Penggunaan peralatan sukan berteknologi
tinggi semakin berkembang. Dengan penggunaan alatan bantuan latihan yang
berteknologi didapati dapat memberi kesan yang positif kepada prestasi pemain.
Menurut Sheikh Kamaruddin (2000), alatan sukan berteknologi yang dicipta kini
berfungsi sebagai alat latihan dan pemulihan yang telah banyak membantu pemain
meningkatkan daya fizikal mereka. Jesteru dengan ini, penggunaan inovasi alatan
atau mesin bantuan latihan dilihat dapat memberi sumbangan yang positif dalam
meningkatkan prestasi pemain.
Adalah sangat membebankan kerajaan pada masa kini untuk membekalkan
set atau mesin bantuan latihan cangggih kepada pemain-pemain badminton di
peringkat sekolah mahupun peringkat pengajian tinggi kerana kos untuk
menyediakannya adalah terlalu mahal. Kebanyakan yang menghasilkan mesin-
mesin latihan ini adalah dimonopoli oleh syarikat luar negara. Menurut Mohd
Jeflus (2003), kos untuk menyediakan kelengkapan alatan sukan adalah tinggi dan
ini menjadi salah satu faktor yang menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan
sukan. Jesteru itu penglibatan syarikat tempatan adalah sangat digalakkan dalam
menghasilkan produk peralatan latihan sukan supaya dapat menyediakan peralatan
latihan sukan yang lebih kompetatif dan murah.
Selain daripada harga yang tinggi, produk peralatan latihan sukan yang
telah dihasilkan di luar negara didapati masih mempunyai banyak kelemahan
antaranya adalah saiz alat yang besar dimana ianya memerlukan dua orang atau
lebih untuk mengendalikannya dan tidak begitu praktikal. Selain daripada itu,
kebanyakan mesin masih lagi menggunakan kabel bekalan kuasa untuk
mendapatkan bekalan elektrik. Ini dapat dilihat melalui maklumbalas dan komen
daripada pengguna yang telah menggunakan produk tersebut melalui laman web
yang disediakan oleh syarikat pengeluar produk ini. Antara komen dan
maklumbalas yang diterima adalah produk begitu berat, bentuknya yang kurang
5
menarik dan sukar dikendalikan. Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 adalah contoh mesin
pelancar bulu tangkis yang berada di pasaran antarabangsa.
Rajah 1.1: Mesin pelancar bulu tangkis yang dihasilkan dari negara Denmark.
Rajah 1.2: Pelancar bulu tangkis dari negara Denmark yang sedia untuk digunakan.
Kini sudah tiba masanya, rakyat Malaysia perlu berani memperkembagkan
ilmu dan kepakaran teknologi yang ada untuk merekacipta mesin dan alatan sukan
yang setanding dengan jenama luar negara agar dapat memecahkan monopoli alatan
ini oleh syarikat luar negara. Para graduan universiti perlulah mengaplikasikan ilmu
pengetahuan yang dipelajari diperingkat universiti dengan membuka lembaran baru
dalam dunia rekacipta untuk memajukan sukan negara.
6
1.2 Penyataan Masalah
Sukan badminton di Malaysia menunjukkan kemajuan yang sangat
memberangsangkan, meskipun begitu masih terdapat kekurangan dari segi melatih
pemain pelapis bagi sukan ini. Pendekatan penggunaan alat atau mesin bantuan
latihan latih tubi pukulan dalam latihan sukan badminton diharap dapat membantu
meningkatkan prestasi pemain, akan tetapi untuk mendapatkan alatan ini
memerlukan kos yang tinggi kerana produk yang sedia ada kebanyakannya
dihasilkan diluar negara. Justeru itu, kajian ini adalah bertujuan untuk
membangunkan satu mesin bantuan latihan pukulan smash bagi sukan badminton
yang dinamakan Shuttkecock Jet, dimana mesin ini berfungsi melancarkan bulu
tangkis untuk tujuan latih tubi pukulan smash. Selain daripada itu mesin yang akan
dihasilkan perlulah memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki oleh pemain.
1.3 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
i. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pemain badminton semasa
menjalani latih tubi pukulan smash.
ii. Mengenalpasti ciri-ciri mesin pelancar bulu tangkis yang dapat memenuhi
ciri-ciri yang diperlukan oleh pemain badminton.
iii. Membangunkan sistem feeder bagi mesin pelancar bulu tangkis yang dapat
memenuhi ciri-ciri yang diperlukan oleh pemain badminton untuk latihan
latih tubi pukulan smash.
1.4 Persoalan Kajian
Secara umumnya, persoalan kajian ini melibatkan rekabentuk sistem feeder
mesin pelancar bulu tangkis yang boleh membantu pemain sukan badminton semasa
menjalani latihan latih tubi pukulan smash. Persoalan kajian adalah khusus kepada
aspek-aspek seperti berikut:
7
i. Apakah masalah yang dihadapi oleh pemain sukan badminton semasa
menjalani latihan latih tubi pukulan smash.
ii. Apakah ciri-ciri dan spesifikasi mesin pelancar bulu tangkis yang diperlukan
oleh pemain sukan badminton bagi membantu mereka menjalani latihan
latih tubi pukulan smash.
iv. Apakah rekabentuk sistem feeder yang sesuai bagi mesin pelancar bulu
tangkis yang dapat memenuhi ciri-ciri yang diperlukan oleh pemain
badminton untuk latihan latih tubi pukulan smash.
v. Membangunkan satu sistem feeder untuk mesin pelancar bulu tangkis yang
dapat memenuhi ciri-ciri yang diperlukan oleh pemain badminton untuk
latihan latih tubi pukulan smash.
top related